BAB 1KONSEP, MATLAMAT, PRINSIP, KEPENTINGAN DAN STRATEGI
PELAKSANAAN KOKURIKULUM
.1
KONSEP 1.1.1 Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada
kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti
ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut
kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid
tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti
kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
untuk perkembangan mental, minat, bakat jasmani, rohani dan
pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif. 1.1.2
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa : (a)
Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental
(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial,
jasmani dan rohani) ; (b) (c) Semua murid mempunyai minat dan bakat
yang boleh dikembangkan; Semua murid boleh dididik, dan boleh pula
mendidik diri sendiri dan rakan sebaya; i. ii. Sekolah
bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat dan
negara; Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan
mendidik murid.
.2
MATLAMAT Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang
hendak dicapai adalah seperti berikut : 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4
1.2.5 1.2.6 1.2.7 1.2.8 Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan
kepercayaan kepada Tuhan; Menyeimbangkan perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid; Mengukuhkan
perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di dalam sekolah dan
antara sekolah; Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid
dalam aktiviti yang diceburi; Membina dan meningkatkan disiplin
murid; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat; Mewujudkan sekolah berwatak.
.3
PRINSIP Prinsip-prinsip berikut perlu diambil untuk melaksanakan
aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu : 1.3.1 1.3.2 Menyediakan
kemudahan asas dan peralatan supaya dapat mewujudkan pembelajaran
merentasi kokurikulum yang menyeronokkan; Merancang, menganjur,
mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti
yang melengkapkan dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah; 1.3.3 Program kokurikulum memberi penekanan
kepada pemerolehan, peningkatan ilmu, kemahiran baharu untuk
memupuk sikap positif, nilai-
nilai murni untuk meningkatkan kualiti, sahsiah, disiplin,
ketahanan diri, daya saing bagi kesejahteraan diri murid dan
masyarakat; 1.3.4 1.3.5 Program kokurikulum memberi penekanan
kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuh semangat patriotisme dan
perpaduan antara kaum; Memberi integrasi; 1.3.6 1.3.7 Memastikan
perjalanan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada kurikulum badan
induk / gabungan atau yang berkaitan; Menyediakan skema penilaian
aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan memberi peluang
kepada murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian secara
berterusan; 1.3.8 Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan
dikelolakan akan memberi peluang serta kesempatan kepada murid
untuk mengembangkan minat, bakat kreativiti dan inovasi
masing-masing; 1.3.9 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi
kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi
pengajian tinggi; 1.3.10 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam
program dan kegiatan kokurikulum; 1.3.11 Memberi penghargaan dalam
aktiviti kokurikulum. peluang sepenuhnya kepada murid menyertai
kegiatan kokurikulum dan memperagakan kebolehan kepada masyarakat
secara
1.4
KEPENTINGAN KOKURIKULUM : 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 Memupuk
semangat bekerjasama,kepimpinan dan daya saing di kalangan pelajar.
Pengisian masa yang berfaedah kepada para pelajar. Merapatkan
hubungan silaturrahim antara pelajar dengan guru. Menaikkan imej
dan kualiti sesebuah sekolah. Melahirkan pelajar yang
inovatif,kreatif dan berdisplin.
1.5
STRATEGI PELAKSANAAN Untuk mencapai matlamat tersebut, yang
berikut ialah beberapa strategi pelaksanaannya : 1.5.1 Memberi
wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum
dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di
sekolah; 1.5.2 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform,
persatuan / kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan
aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid
melibatkan diri dengan aktif secara individu atau berkumpulan;
1.5.3 1.5.4 1.5.5 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua
aktiviti kokurikulum, yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan;
Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat
masyarakat; Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah
(JBPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum; 1.5.6 1.5.7 1.5.8
1.5.9 Merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti untuk mencapai
matlamat yang dikehendaki; Merekod dan menilai kemajuan aktiviti
kokurikulum yang dijalankan; Menganjur dan mengelola pertandingan
yang melibatkan semua murid; Menyelia dan menilai aktiviti secara
sistematik dan berterusan; ke semasa.
1.5.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak,
dari semasa
BAB 2KOMPONEN-KOMPONEN KOKURIKULUM
2.1
BIDANG KOKURIKULUM Bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga
komponen : 2.1.1 BADAN BERUNIFORM :
a. Kelab Judo b. Kelab Karate c. Kelab Taekwando d. Pasukan
Kadet Bersatu Malaysia (Darat, Laut dan Udara) e. Pasukan Kadet
Bomba dan Penyelamat f. Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalan Raya
g. Pasukan Kadet Pertahanan Awam h. Pasukan Kadet Polis i. Pasukan
Kadet Remaja Sekolah j. Pasukan Pancaragam k. Pergerakan Briged
Putera l. Pergerakan Pandu Puteri m. Pergerakan Pengakap n.
Pergerakan Puteri Islam o. Persatuan Bulan Sabit Merah p. Persatuan
Silat Seni q. Persatuan Silambam r. St. John Ambulans Malaysia s.
Persatuan Wushu.
2.1.2
KELAB / PERSATUAN
Persatuan akademik a. Persatuan Agama Islam b. Persatuan Bahasa
c. Persatuan Drama dan Kesusasteraan d. Persatuan Ekonomi
Rumahtangga e. Persatuan Geografi / Sejarah f. Persatuan Kebudayaan
g. Persatuan Kemahiran Hidup h. Persatuan Perdagangan i. Persatuan
Persuratan / Bahas j. Persatuan Sains & Matematik k. Persatuan
Sains Kemasyarakatan l. Persatuan Tingkatan Enam Kelab Hobi dan
Rekreasi a. Kelab Alat Pandang Dengar b. Kelab Bahasa Isyarat c.
Kelab Astronomi d. Kelab Bina Badan e. Kelab Binaan / Bangunan f.
Kelab Elektronik g. Kelab Kebajikan h. Kelab Keceriaan Sekolah i.
Kelab Kembara j. Kelab Koir Sekolah k. Kelab Komputer l. Kelab
Memancing m. Kelab Menaip n. Kelab Motor Mekanik o. Kelab Muzik dan
Seni Suara p. Kelab Pelancongan
q. Kelab Pencinta Alam r. Kelab Pengguna s. Kelab Perpustakaan /
Pusat Sumber t. Kelab Rekreasi u. Kelab Seni Foto v. Kelab Seni
Tampak / Halus w. Kelab Seni Tari x. Kelab Pandu Arah y. Kelab
Wayang Gambar Kelab / Persatuan Perkhidmatan a. Persatuan Pengawas
Sekolah b. Persatuan Pengawas Perpustakaan c. Kelab Koperasi d.
Kelab Pengguna e. Kelab Pelancongan f. Kelab Doktor Muda g. Kelab
SPBT h. Kelab Rukunegara i. Kelab Setia 2.1.3 SUKAN / PERMAINAN
Permainan : a. Kelab Badminton b. Kelab Bola Baling c. Kelab
Bola Jaring d. Kelab Bola Keranjang e. Kelab Bola Sepak f. Kelab
Bola Tampar g. Kelab Bowling h. Kelab Bowling Padang
i. Kelab Catur j. Kelab Dart k. Kelab Gasing Pangkah l. Kelab
Gimnastik m. Kelab Gimrama n. Kelab Golf o. Kelab Goalball p. Kelab
Hoki q. Kelab Karum r. Kelab Kriket s. Kelab Ping Pong t. Kelab
Ragbi u. Kelab Sepak Takraw v. Kelab Sofball w. Kelab Squasy x.
Kelab Tenis y. Kelab Equestrian z. Kelab Permainan Tradisional
Olahraga : a. Kelab Berbasikal b. Kelab Olahraga c. Kelab Memanah
d. Kelab Merentas Desa e. Kelab Motor f. Kelab Senamrobik Sukan Air
: a. Kelab Berkeno / Kayak b. Kelab Luncur Air c. Kelab Perahu
Layar
d. Kelab Perahu Naga e. Kelab Polo Air f. Kelab Renang g. Kelab
Rowing ( Berdayung) h. Kelab Skuba i. Kelab Skuter Air j. Kelab
Snorkeling k. Kelab Terjun 2.2 TAKWIM KOKURIKULUM Takwim
Kokurikulum haruslah dirancang dengan teliti untuk memastikan
keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Beberapa faktor
perlu diambil kira semasa menyediakan takwim tersebut, iaitu :
2.2.1 2.2.2 2.2.3 Kemudahan prasarana, seperti dewan, gelanggang,
padang, bilik mesyuarat, gymnasium dan lain-lain yang cukup
mengikut keperluan; Personel / guru penasihat / jurulatih mempunyai
kepakaran dan tauliah mengikut bidang masing-masing serta mematuhi
prosedur yang berkaitan; Takwim yang dirancang menjurus kepada
pengelolaan aktiviti yang berteraskan ilmu pengetahuan, memupuk
perpaduan dan integrasi dan selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan; 2.2.4 Takwim itu haruslah mengikut
perancangan yang telah dijadualkan dan dipatuhi oleh semua yang
terlibat. 2.3 PENGELOLAAN AKTIVITI Pelbagai aktiviti boleh
dilaksanakan oleh persatuan / kelab. Aktiviti ini boleh
dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, penggal dan
tahunan. Kebanyakan sekolah menetapkan satu hari tertentu untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan
ditetapkan dalam takwim berkenaan.
2.3.1
Jenis Aktiviti
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
persatuan / kelab dan badan beruniform, antaranya : (a) (b) (c) (d)
(e) (f) (g) (h) (i) 2.3.2 Kejohanan Olahraga Tahunan; Lawatan;
Perkhemahan; Pameran; Seminar; Pertandingan aktiviti kokurikulum;
Pesta Kebudayaan; Lawatan sambil belajar; Ekspedisi. Prosedur
Mengendalikan Aktiviti
Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti
sangat penting untuk mencapai matlamat sesebuah persatuan. Kejayaan
sesuatu aktiviti bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan
pengendalian aktiviti tersebut. Perancangan aktiviti bermaksud
merancang, merangka, menyusun dan menyelaras tugas yang telah
ditetapkan. Pengendalian aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan
mengawal serta melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang.
2.3.3 Penyediaan Kertas Kerja
Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti. Perkara yang perlu ada dalam sesuatu
kertas kerja ialah : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Pendahuluan;
Objektif dan matlamat; Tema; Tarikh, tempat dan tempoh pelaksanaan;
Dif perasmi; Bilangan penyertaan dan kategori; Sumbangan
penyertaan;
(h) (i) (j) (k) (l) (m) (n)
Syarat penyertaan; Jawatankuasa induk; Jawatankuasa kecil
pelaksana; Perbelanjaan; Pendapatan; Penutup; Jadual aktiviti.
2.3.4 Peruntukan masa Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967,
Jilid 11, Bil. 27, No. 5652 telah membuat ketetapan pembahagian
masa untuk Kokurikulum seperti yang berikut: Sekolah Menengah
Tingkatan Peralihan ,1 3 4&5 Aliran Sastera Sains Teknik
Pertanian Perdagangan SRT Peruntukan Masa 180 minit 180 minit 140
minit 100 minit 140 minit 180 minit 180 minit 180 minit
6 Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa 3 dan 4 60 minit 5 dan 6 120 minit (
Nota:Peruntukan masa minimum seminggu)
BAB 3 STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH
3.1
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 3.1.1 Dalam
mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, guru besar sebagai
Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan
Kokurikulum Sekolah untuk memantau, menilai, memperbaiki dan
mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara
perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar dapat
memberikan faedah kepada murid dan sekolah, antaranya : (a) (b) (c)
(d) (e) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; Kekerapan mengadakan
mesyuarat; Pembentukan jawatankuasa kecil; Pelaporan berkala;
Dokumentasi.
3.2
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 3.2.1 Bidang Tugas
3.2.1.1 Menjalankan tugas-tugas pengetua / guru besar semasa
ketiadaan pengetua / guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Penolong Kanan (HEM). 3.2.1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut
arahan pengetua / guru besar.
3.2.1.3 Bertanggungjawab kepada pengetua / guru besar dalam
semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang. 3.2.1.4
Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah. 3.2.1.5
Membantu pengetua / guru besar di dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah termasuk sidang petang. 3.2.2 Senarai Tugas
3.2.2.1 Kokurikulum (a) Persatuan Dan Kelab i.Merancang kegiatan
persatuan dan kelab. ii. iii. iv. Mengurus pemilihan peserta untuk
kegiatan persatuan dan kelab. Menyelia kegiatan persatuan dan
kelab. Menyelaras aktiviti persataun dan kelab di dalam dan di luar
sekolah. (b) Pasukan Badan Beruniform i. ii. iii. iv. Merancang
kegiatan pasukan badan beruniform. Mengurus beruniform. Menyelia
kegiatan pasukan badan beruniform. Menyelaras aktiviti pasukan
badan beruniform di dalam dan di luar sekolah. (c) Kelab Sukan dan
Permainan i. ii. iii. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan.
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan
permainan. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan. pemilihan
peserta untuk kegiatan badan
iv. 3.2.2.2 Pentadbiran (a)
Menyelaras aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di
luar sekolah. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan
sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturanperaturan
Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Jld. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U (A) 196
bertarikh 21hb Mei 1998.
(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)
Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum.
Menyediakan kokurikulum. Menentukan langkah-langkah keselamatan
dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. Membantu sekolah dalam
segala jenis penerbitan berkaitan dengan kokurikulum.
Bertanggungjawab mengenai lawatan anjuran pihak sekolah dengan
mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957. Menyelaras hari-hari
perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pengagihan murid mengikut
aktiviti dalam kegiatan pencapaian. kokurikulum dan untuk
meningkatkan untuk tahap kegiatan anggaran belanjawan
pengurusan
(i) (j)
Menguruskan alatan kokurikulum.
kemudahan
Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar
satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri.
(k)
Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
kokurikulum.
(l)
Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti
kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka.
(m) (n)
Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes
kemalangan yang layak dituntut. Merancang aktiviti kokurikulum
untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.
3.2.2.3 Tugas-tugas Lain (a) (b) Menganggotai Jawatankuasa yang
diluluskan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa.
Melaksanakan arahan dan tugasan yang diamanahkan oleh pengetua /
guru besar dari semasa ke semasa. 3.2.3 Senarai Tugas Ahli
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 3.2.3.1 Tanggungjawab
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah (a) (b) (c) (d) (e) (f)
antarabangsa. (g) (h) (i) Memastikan guru mematuhi dan melaksanakan
aktiviti mengikut takwim dan jadual kokurikulum. Menentukan tarikh
kejohanan olahraga sekolah, merentas desa, hari kecemerlangan
kokurikulum dan kegiatan lain. Membuat penilaian aktiviti
kokurikulum dan membuat Merancang aktiviti jangka panjang dan
jangka pendek. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali
setahun. Menentukan peraturan aktiviti kokurikulum. Menentukan
takwim dan jadual aktiviti. Memastikan penglibatan murid yang
menyeluruh. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam
kegiatan
kokurikulum peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
laporan tahunan. (j) (k) (l) Memastikan konsep sukan untuk semua
dan sukan elit dilaksanakan di sekolah. Membuat anggaran
perbelanjaan bagi aktiviti dan menentukan peruntukan kewangan yang
akan digunakan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru
dan murid yang tekah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum yang disertai. (m) Memastikan semua tempat dan alat
selamat digunakan oleh murid. 3.2.3.2 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
(h) (i) Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum Menentukan
objektif aktiviti kokurikulum tercapai. Bertanggungjawab dalam
pelaksanaan dasar kokurikulum sekolah. Menyelaras dan memantau
aktiviti tahunan setiap unit dilaksanakan. Memastikan setiap
aktiviti kokurikulum berjalan lancar, berterusan dan berkesan.
Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum dengan pihak sekolah. Mengawal segala urusan kewangan
yang dikutip daripada murid. Menerima laporan kedudukan stok dan
inventori berkaitan kokurikulum. Menerima laporan kegiatan
kokurikulum pada akhir tahun daripada Setiausaha Kokurikulum,
Penolong Setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Unit. (j) Menentukan
penghargaan dan pengiktirafan yang akan diberi kepada murid yang
mencapai tahap kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum yang
disertai.
3.2.3.3 (a) (b) (c)
Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum Menyelaras semua aktiviti
kokurikulum. Membantu pengetua / guru besar dalam perancangan,
pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas
murid. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan
pada peringkat persatuan / kelab, badan beruniform, serta sukan dan
permainan.
(d) (e) (f) (g)
Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa
mengikuti aktiviti kokurikulum. Memastikan rekod dan data
kokurikulum murid diselerenggara dengan baik. Memastikan
boring-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemas
kini dan mencukupi. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi
dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan
untuk mereka.
3.2.3.4 (a) (b) (c) (d) (e)
Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum Menyelaras semua aktiviti
sukan sekolah. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai
dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM. Menbantu pengetua / guru besar
mengagih dan menjayakan tugas baharu dalam olahraga dan permainan.
Menetapkan murid dalam rumah sukan. Menyediakan anggaran belanjawan
tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan.
(f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m)
Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar
sekolah. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan
sekolah. Menyimpan dan mengemas kini buku stok inventori peralatan
sukan. Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan
dan kemudahan sukan. Menyediakan laporan lengkap tentang semua
aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk edaran, rujukan
dan rekod. Sentiasa berbincang dengan pengetua / guru besar atau
Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. Merekod
pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian sukan sekolah. Menghadiri kursus berkaitan
kokurikulum dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran guru.
3.2.3.5 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab / Badan Beruniform
Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan / kelab dan
badan beruniform. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan
mesyuarat. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. Menyediakan
borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai aktiviti.
Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat
difailkan dengan baik. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan
ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan. Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum, seperti
:
- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada
murid pada tarikh yang ditetapkan; - mengumpulkan kad tersebut
semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. (h) Menyediakan
borang/ buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu : - Borang
penyertaan persatuan, - Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli,
- Buku laporan aktiviti. (i) (j) Mengumpulkan buku aktiviti untuk
edaran, rujukan dan rekod. Membuat laporan tahunan keseluruhan
tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. 3.2.3.6 (a)
(b) (c) (d) (e) (f) (g) Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin
Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli
Jawatankuasa. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan. Memastikan
aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan jawatankuasa
menjalankan tugas, seperti terkandung dalam perlembagaan. Merancang
aktiviti tahunan dengan kerjasama murid. Memastikan aktiviti
berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk
peningkatan kecemerlangan pasukan badan beruniform, persatuan /
kelab serta kelab sukan dan permainan. (h) (i) (j) Memastikan
pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan kokurikulum
diurus dan dipelihara dengan baik. Memastikan minit mesyuarat dan
laporan aktiviti disedia dan difailkan. Mendaftar setiap pasukan
badan beruniform, persatuan / kelab serta kelab sukan dan
permainan.
(k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) (t)
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan
kepada ahli-ahli. Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di
peringkat sekolah / zon / daerah dalam aktiviti yang dijalankan.
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. Memantau
dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau
mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. Menentukan
papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam
kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil
penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Bekerjasama
dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari
semasa ke semasa.
3.2.3.7 (a) (b) (c) (d) (e) (f)
Tanggungjawab Guru Kelab Permainan dan Rumah Sukan Membentuk
jawatankuasa. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan minat murid dalam aktiviti permainan. Berusaha mendapatkan
khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. Memastikan
undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. Memilih dan
melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas /
tingkatan / sekolah.
(g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p)
Menguruskan
pengangkutan
untuk
pasukan
sekolah
ke
pertandingan luar. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa /
penjaga dan surat rawatan untuk ke pertandingan luar sekolah.
Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang diserta.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan
peralatan serta pengurusan. Menyemai semangat kesukanan dalam
kalangan murid. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan
sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi. Merancang
aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan. Mengambil langkah untuk
menilai dan mempertingkatkan prestasi tahunan pasukan sekolah.
Merekodkan profil pemain dan pasukan yang cemerlang. Menghadiri
kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran
Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan. (q)
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari
semasa ke semasa. 3.3 3.3.1 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi (a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. (b) Meneliti catatan minit
mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan yang
sewajarnya. (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
guru penasihat dari semasa ke semasa.
3.3.2
Timbalan Pengerusi (a) Membantu pengerusi untuk menjalankan
tugas dan tanggungjawab yang diberi. (b) Mempengerusikan mesyuarat
semasa ketiadaan pengerusi. (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
3.3.3
Setiausaha (a) (b) (c) (d) (e) Menguruskan urusan surat
menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan.
Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diminta oleh guru
penasihat dari semasa ke semasa.
3.3.4
Penolong Setiausaha (a) (b) (c) Membantu setiausaha untuk
menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Menjalankan tugas
setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. Menjalankan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
3.3.5
Bendahari (a)Bertanggungjawab persatuan. (b) Membuat dan
menyimpan kira-kira tentang semua perkara berkaitan kewangan dan
bertanggungjawab atas kesahihannya. tentang semua hal berkaitan
kewangan
(c)Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya. (d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya
diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. (e)Menyediakan laporan
kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung. (f)
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat
dari semasa ke semasa. 3.3.6 Penolong Bendahari (a) (b) Menjalankan
tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari. Menjalankan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke
semasa. 3.3.7 Ahli Jawatankuasa (a) (b) (c) Membantu pelaksanaan
semua tugas dalam aktiviti kokurikulum. Mempengerusikan sesuatu
biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 3.3.8
Pemeriksa Kira-kira (a) (b) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan
laporan kewangan tahunan dan bertanggungjawab terhadapnya.
Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
CONTOH : CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH
JBPS ( JAWATANKUASA BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH )
GURU BESAR
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
PENYELARAS PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
PENYELARAS KELAB / PERSATUAN
PENYELARAS KELAB SUKAN / PERMAINAN
Setiausaha Sukan
GURU PENASIHAT
GURU PENASIHAT
GURU PENASIHAT
Guru Ketua Rumah
Guru Sukan Dan
Guru Rumah Sukan
PENGERUSI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, KELAB/PERSATUAN, KELAB
SUKAN/PERMAINAN, KETUA RUMAH DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH
3.4 43.4.1
STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN
BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, SHAH ALAM. Latar Belakang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dibuka pada 19 Mac 1921
satu-satunya lokasi yang wujud pada masa itu di Batu 6, Kampung
Bukit Naga Klang. Nama asal sekolah ini .adalah Sekolah Melayu Batu
6, Jalan Bukit Kemuning, Klang
Pada awal sekolah ini dibuka ia hanya mempunyai seramai 23 orang
murid lelaki sahaja, hanya selepas 3 tahun kemudian 3 orang murid
perempuan telah mendaftar. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya 2
orang iaitu Cikgu Md Zain bin Mohamad sebagai Guru .Besar dan Cikgu
Abdur Rahman bin Lebai sebagai penolongnya
Bangunan kayu yang mula-mula dibina hanya bertahan selama lima
tahun sahaja dan pada akhir tahun 1925 ia digantikan dengan
bangunan kayu bertiang yang lebih sempurna dengan keluasan 64 kaki
panjang dan 26 kaki lebar bagi menampung bilangan murid yang terus
meningkat sehingga 84 orang pada tahun1941 dan setelah kemasukan
Jepun jumlah muridnya terus merosot hingga pada akhir pemerintahan
Jepun (tahun 1945), Sekolah Melayu Bukit Naga terpaksa ditutup.
Semua peralatannya dipindahkan ke sekolah yang baru dibina oleh
orang-orang kampong di Jalan Kebun. Guru-guru juga turut
dipindahkan ke sekolah tersebut. Pada peringkat asalnya sekolah
baru itu juga dikenali dengan nama .Sekolah Melayu Bukit Naga
Walaubagaimanapun, Sekolah Melayu Bukit Naga ini dibuka semula
pada tahun 1946, iaitu sewaktu pihak British memerintah semula
Tanah Melayu. Semenjak itu Sekolah Melayu Bukit Naga terus
berkembang maju dengan penambahan murid dan bangunan.bangunan baru
dan seterusnya mendapat nama baru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga
Disaat yang mencuit hati, hayat bangunan kayu bersejarah yang
berusia 73 tahun terpaksa dirobohkan pada Disember 1998 diatas
faktor keselamatan dan digantikan dengan
.bangunan
batu
setinggi
4
tingkat
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga kini berdiri megah menjadi mercu
tanda Kampung Bukit Naga diatas Lot 3849, Seksyen 32, Bukit Naga,
Shah Alam yang meliputi kawasan seluas 6 .ekar
Visi Sekolah Melahirkan insan cemerlang dan berketrampilan
menjelang 2014 Misi Sekolah Mengujudkan pengurusan sekolah yang
cekap dan efisien dalam persekitaran yang kondusif serta mesra
pelanggan. Motto : Berilmu dan berbakti
BAB 4AKTA PELAJARAN / PEKELILING IKHTISAS / PERATURAN
KOKURIKULUM
4.1
AKTA PELAJARAN 1) Dasar perlaksanaan:
Dalam
Peraturan
2{Peraturan-Peraturan
Pendidikan
(Kurikulum
Kebangsaan)
1997},kegiatan kokurikulum dimaksudkan sebagai: apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah,
mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari dalam bilik darjah. Petikan di atas menegaskan tiga ciri
penting mengenai kegiatan kokurikulum iaitu:(a) Kegiatan
kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang; (b) Kegiatan
kokurikulum adalah lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran;.dan
(c) Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang memberi peluang
kepada muridmurid atau pelajar-pelajar memantapi dan memperkayai
pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah mereka
pelajari. 2) Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan dalam Peraturan
2{Peraturan-Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan)1997} itu
adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan seperti ditegaskan
dalam Subperaturan 3 (1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997:Kurikulum Kebangsaan ialah suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
untuk menyampaikan pengetahuan. Subperaturan 3 di atas menegaskan
dengan jelas bahawa setiap kegiatan atau aktiviti kokurikulum
mestilah:-
a) b) c)
Membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya; Menanam
dan mempertingkatakn nilai moral;dan Menyampaikan ilmu
pengetahuan.
3) Syeksen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta550) pula menegaskan
bahawa pelaksanaan Kokurikulum Kebangsaan di sekolah kebangsaan
atau bantuan kerajaan adalah wajib. Dengan demikian ,oleh kerana
kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum
Kebangsaan, maka pelaksanaannya di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan tentulah juga wajib. 4) Untuk menjelaskan kandungan atau
skop kegiatan kokurikulum yang menjadi sebahagian daripada
Kurikulum Kebangsaan itu, Subperaturan 3(3)dalam PeraturanPeraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan 4 dalam
PeraturanPeraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah)1998 menegaskan
bahawa:Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan kerajaan dan
bantuan kerajaaan meliputi kegiatan dalam persatuan yanng
ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut, iaitu (a) mata
pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997; (b) hobi
dan reaksi; (c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; (e)
apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. 5)
Sehubungan dengan kewajipan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di
sekolah kerajaaan dan bantuan kerajaan maka penyertaan pelajar
dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah
wajib.Sehubungan itu,kehadiran pelajardalam kegiatan dan aktiviti
kokurikulum mestilah direkodkan seperti dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986,KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh
15 Januari 1986. 6) Berkaitan dengan penyertaan murid atau pelajar
dalam kegiatan kokurikulum di sekolah ini juga, Subperkara 5.1
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985,KP (BS)8591/Jld.11 (29
Bertarikh 2hb.Januari 1985), menegaskan bahawa:Matlamat gerak kerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap murid
atau pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam
(badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu
kegiatan sukan
atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan
pelajar-pelajar dala kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.
7) Selanjutnya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000,
KP(BS)8591 Jld.XVI (16) bertarikh 13 NOV.2000 dinyatakan bahawa
perlaksanaan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau
paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Perlembagaan Negara. 8) Perlaksanaan kegiatan kokurikulum di
sekolah perlu juga mengandungi elemen-elemen pembangunan
kemanusiaan dan pembentukan keperibadian pelajar. Subperkara 5.3
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985,KP (BS) 8591/Jld.11(29)
bertarikh 2hb.Januari 1985 menegaskan bahawa:Sekolah-sekolah,
khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja
kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil
bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat;
bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai
gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, krtatanegaraan, moral
dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan
pembentukan keperibadian. 9) Penglibatan dan kerjasama
agensi-agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta masyarakat umumnya
dalam penganjuran dan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah
sebagai khasnya yang selaras dengan konsepSekolah Sebagai Institusi
Masyarakat adalah digalakkan.Subperkara 4.2.1(iii) dan Subperkara
5.2.3 dalam Surat Perkeliling Ikhtisas Bil.4/1985 bertarikh
2hb.Februari 1985 memperkatakan secara langsung mengenai
penglibatan masyarakat dalam penglibatan kokurikulum seperti
berikut:(a) Subperkara 4.2.1 (iii) :Sumbangan Material dan tenaga
terhadap Bahan-Bahan Pengajaran,Kemudahan Gerak Kerja Kokurikulum
dan Kebajikan Murid: Menggalakkan ibu bapa dan masyarakat di semua
sekolah menyumbangkan material dan tenaga untuk menolong
menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti
buku-buku dan alat-alat perpustakaaan, serta melengkapkan kemudahan
gerak kerja kokurikulum bagi kebajikan pelajar. (c) Subperkara
5.2.3:Membawa Kepakaran Masyarakat kepada Pelajar-Pelajar semasa
Gerak Kerja Kokurikulum:
Di samping itu msyarakat pula boleh membuat sumbangannya
terhadap kemajuan muridmurid di sekolah. Masyarakat mempunyai
keistimewaan dan ada kemahiran tersendiri. Kemahiran yang
dimaksudkan itu meliputi kemahiran-kemahiran seperti membetulkan
jaring bagi kaum nelayan, dalam membaja bagi bidang pertanian,dan
juga kemahiran manipulatif dan teknikal seperti memperbaiki radio
dan televisyen. Segala kemahiran ini boleh diajarkan kepada
murid.Guru besar hendaklah mengaturkan pengajaran kemahiran ini.
Penyebaran kepakaran ini boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah. (Ini sejajar dengan konsep deshcooling).
Walau pun begitu pihak sekolah hendaklah berpandukan kepada SCHOOLS
Regulation 1951. 10) Kegiatan Kokurikulum sebagai sebahgian
daripada proses pendidikan perlu dilaksanakan sebagai). Suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
(FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN).
4.3
PERATURAN KO KURIKULUM
1.
Keahlian 1.1 Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) dikehendaki
menjadi ahli salah satu aktiviti kokurikulum dalam setiap bahagian
yang dinyatakan seperti berikut : i-Persatuan/kelab ii-Permainan
iii-Pasukan Beuniform 1.2 1.3 Tahun 3 dikhususkan memilih dan
menyertai salah satu unit beruniform sahaja. Murid tidak dibenarkan
menukar keahlian setelah menyertai aktiviti ko-kurikulum
tersebut.
2.
Kehadiran 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Murid mesti hadir pada waktu dan
masa yang ditetapkan di dalam jadual Kokurikulum. Murid mesti
membawa bersama Buku Pelaporan Penilaian Aktiviti Ko Kurikulum
untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat. Guru Penasihat
dikehendaki merekodkan kehadiran murid di dalam rekod Kehadiran.
Ketidakhadiran murid perlu direkodkan. Murid juga dikira hadir
sekiranya mempunyai pengesahan doktor dan kebenaran bertulis
daripada Guru Besar.
3.
Pakaian 3.1 Murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum samada
di dalam atau di luar sekolah hendaklah berpakaian seragam sekolah
atau berpakaian PJK sekolah atau baju T rumah sukan dengan trek
buttom sekolah. 3.2 3.3 Murid mesti memakai kasut sekolah dengan
pakaian uniform atau kasut sukan dengan pakaian PJK/ Baju T Shirt
rumah sukan. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar ke
sekolah.
4.
Perjalanan aktiviti kokurikulum 4.1 Setiap unit beruniform/
persatuan/kelab/permainan/ sukan perlu mempunyai visi,
matlamat,carta organisasi, takwim aktiviti dan pelaksanaan aktiviti
harian/mingguan/bulanan. 4.2 Semua aktiviti mesti dijalankan
seperti mana dijadualkan. Guru Penasihat tidak dibenarkan
membatalkan atau menangguhkan aktiviti tanpa kebenaran Guru Besar.
4.3 4.4 4.5 Guru Penasihat mesti hadir bersama-sama ahli di tempat
aktiviti dijalankan Guru Penasihat dikehendaki menandatangani
kehadiran di buku Kokurikulum di Pejabat. Satu laporan lengkap
mesti dihantar kepada P.Kanan Kokurikulum sehari selepas aktiviti
dijalankan.
5.
Sijil 5.1 5.2 Guru Penasihat perlu memberi sijil kepada ahli
mengikut penyertaan murid dalam aktiviti sekolah/zon/daerah/negeri/
kebangsaan dan antarabangsa. Sijil juga diberikan kepada ahli yang
manjawat jawatan penting seperti
Pengerusi/Pen.Pengerusi/Setiausaha/Pen.Setiausaha/ Bendahari dan
sebagainya. 5.3 Guru Penasihat perlu menyediakan senarai nama
penerima sijil , nama aktiviti, masa dan tarikh yang lengkap
sebelum diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan disahkan
oleh Guru Besar.
6.
Kemudahan dan Peralatan 6.1 Segala kemudahan dan peralatan
sekolah hendaklah digunakan dan dijaga dengan baik.
6.2 6.3
Segala peralatan seperti meja , kerusi, skitel, bola dan
sebagainya yang telah digunakan mesti dihantar balik ke tempat
asalnya. Setiap pembelian alatan perlulah dimaklumkan terlebih
dahulu kepada Pen Kanan ko-Kurikulum dan mendapat kebenaran
bertulis daripada Guru Besar.
6.4
Setiap kehilangan/kerosakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak
pengurusan sekolah.
7.
Displin dan Keselamatan 7.1 7.2 Guru Penasihat bertanggungjawab
penuh diatas semua aspek displin dan keselamatan ahli masing-masing
Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memberi
arahan jelas dan tepat, menggunakan wisel untuk mengawal pergerakan
murid, menyediaan Kotak First Aids dan murid-murid diminta pulang
selepas aktviti tamat. 7.3 Guru Penasihat perlu memaklumkan setiap
kemalangan/kecederaan yang berlaku ke atas ahli kepada pihak
sekolah dan mengambil langkah-langkah rawatan awal yang sesuai.
8.
Kewangan 8.1 Semua pungutan wang dari ahli-ahli mestilah dengan
kebenaran Guru Besar 8.2 Semua pungutan wang dan perbelanjaan mesti
direkodkan. 8.3 Rekod kewangan perlu diserahkan bersama laporan
lengkap tahunan.
9.
Lawatan/aktiviti di luar sekolah 9.1 Guru Penasihat yang
merancang lawatan/aktiviti di luar sekolah mesti mendapat kebenaran
Guru Besar dan mengisi Borang Peraturan-Peraturan (Pelancongan)
Sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan. (Lihat Lampiran) 9.2
Penglibatan murid dalam aktiviti diluar kawasan sekolah mesti
dengan kebenaran bertulis darpada ibu/bapa dan penjaga
9.3
Guru Penasihat bertanggungjawab sepenuhnya di atas murid
sehingga mereka sampai ke sekolah / rumah dengan selamat.
10.
Tuntutan 10.1 Garis panduan tuntutan elaun makanan/minuman untuk
murid mewakili sekolah seperti berikut : i-Aktiviti yang dijalankan
sepanjang hari ialah RM 3.00 seorang ii-Aktiviti yang dijalankan
separuh hari ialah RM 1.50 seorang iii- Aktiviti ang dijalankan
kurang daripada 3 jam ialah RM 1.00 seorang 10.2 Garis panduan
tuntutan perjalanan untuk guru dan murid semasa menjalankan tugas
luar kawasan sekolah seperti berikut : i- Murid murid boleh
menuntut tambang pergi-balik berdasarkan kepada harga tiket bas.
ii- Sekiranya guru penasihat itu membawa murid bersama dengan
kenderaan sendiri, guru itu boleh menuntut harga tiket bas untuk
setiap murid (pergibalik)atas nama-nama murid tersebut dibawah
tuntutan guru , atau iii Guru itu boleh menuntut berpandukan jarak
iaitu 25sen setiap 1km 10.3 Adalah digalakkan kepada setiap guru
dan murid menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik jika
melebihi 10 orang murid
BAB 5 REFLEKSI
a) Huraian Aktiviti yang Dijalankan di Sekolah Pelbagai aktiviti
telah dijalankan oleh Unit Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit
Naga, Shah Alam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan terdiri daripada
aktiviti dari badan beruniform, kelab dan persatuan. Berikut
merupakan huraian mengenai aktivitiaktiviti yang dijalankan. 5.1
Aktiviti Kelab Muzik dan Kebudayaan 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Objektif :
Menanam semangat cintakan seni dan kebudayaan negara kita.
Menggalakkan murid berminat dalam bidang muzik. Memperkenalkan
alat-alat muzik dan kebudayaan negara kita. Matlamat : Memberi
peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat seni nyanyian,
tarian dan lakonan. Menubuhkan pasukan koir tarian dan boria
sekolah. Memupuk minat murid dalam mata pelajaran muzik. Strategi :
Membantu murid berbakat dalam bidang masing-masing. Mengambil
bahagian dalam pertandingan di dalam atau di luar sekolah. Memberi
penghargaan kepada murid-murid yang mewakili sekolah.
Aktiviti Kelab Muzik dan Kebudayaan 2011 Bulan Februari Aktiviti
1. Penubuhan kompang
2. Latihan kompang Mac 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan
ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 1. Penubuhan
nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan
kompang 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder
Alat muzik 3. Latihan kompang 4. Buku skrap / alat muzik
tradisioanal dan moden 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan
ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 4. Penubuhan
nyanyian solo / bintang kecil 1. Penubuhan nyanyian solo / bintang
kecil 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan nyanyian solo /
bintang kecil September Oktober 3. 1. 2. 3. 1. Persembahan bulan
patriotik Buku skrap / alat muzik tradisional dan moden Penubuhan
nyanyian koir Penubuhan nyanyian koir / bintang kecil Penubuhan
nyanyian koir
April
Mei
Jun
Julai Ogos
HURAIAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KELAB MUZIK DAN
KEBUDAYAAN
Kelab Muzik dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Bukit Naga turut
sama dibantu oleh panitia muzik di dalam menjalankan pelbagai
aktiviti. Ini kerana setiap aktiviti yang dijalankan ianya
berkaitan di antara satu sama lain. Sepanjang menjalankan aktiviti
semua ahli kelab telah didedahkan dengan pelbagai aspek nyanyian,
tarian, koir dan permainan alat. Di antara aktiviti yang telah
berjaya dilaksanakan seperti berikut : a) Nyanyian Koir Lazimnya
semua ahli akan menyanyikan 3 buah lagu patriotik iaitu Negaraku,
Negeri Selangor dan lagu sekolah setiap kali perjumpaan. Ahli kelab
telah mempelajari kategori lagu iaitu Lagu Semasa, Patriotik, Asli
dan sebagainya. Ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk
membuat persembahan koir mengikut kategori yang telah ditetapkan
seperti berikut : Kumpulan 1 = Menyanyikan lagu semasa Kumpulan 2 =
Menyanyikan lagu patriotik ( Bunga Melor, Setangkai Mawar, Satu
Malaysia ) Kumpulan 3 = Menyanyikan lagu asli b) Buku Skrap
Aktiviti membuat buku skrap mengenai alat muzik tradisional dan
moden ini telah dijalankan pada bulan Mei dan September. Pada bulan
Mei kesemua ahli telah melukis alat-alat muzik tradisional dan pada
bulan September pula mereka telah melukis alat-alat muzik
moden.
c) Tarian Ahli Kelab Muzik dan Kebudayaan telah mempelajari
teknik asas menari yang diketuai oleh Cikgu Norzakiah. Mereka telah
belajar 4 step tarian joget dan tarian moden.
d) Ensamble Rekoder Dalam ensamble rekoder setiap ahli telah
belajar bermain alat rekoder secara berpandu. Teknik-teknik yang
dipelajari adalah seperti berikut : Teknik tiupan Teknik penjarian
Not dalam rekoder Postur Harmoni
5.2
TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37
JAWATANKUASA PENGELOLA TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM
PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI : Pn. Hjh Umi Kalsom Bt Kusni
Guru Besar, SK Bukit Naga : En. Yahya Bin Selamat GPK Kokurikulum :
Pn. NorInee Bt. Khairon GPK Kurikulum Pn.Hjh Rakimi Bt Hashim GPK
Hal Ehwal Murid Pn. Hjh Rosmah Bt Abd Manaf GPK Petang SETIAUSAHA
PEN.SETIAUSAHA 1 PEN.SETIAUSAHA 2 BENDAHARI Juruacara Pn. Manisah
Bt. Mokhtar Pengurus Kejohanan En. Adrizal b. Mohd Adnan : Pn.
Zuraikhan Binti Shamsi : En. Khairuddin Bin Saperi : En. Shahru
Hasimin Bin Othman : Pn. Ramlah Bt. Sulaiman Penyambut Tetamu Cik
Nurul Asyikin Bt. Wahab Teknik dan Peralatan En. Shahru Hasimin Bin
Othman En.Muhammad Azizul B. Abraur Pelepas En. Faimi B. Mohammed
En. Ahmad Kamal B. Basir Pengurus Peserta Keselamatan dan Disiplin
Pn.Nurul Akmar Bt. Ramly Cik Mohanavadivu Statistik
Pn.Rafiah Bt. Salim Pn.Che Rohaida Bt. Yusof Pn. Siti Kasiam Bt.
Omar En. Hanizu B. Hamzah En. Fazza Fairuz B. Tukiran Hakim Lorong
100M En. Mohd Nassir B. Samsuddin Pn.Wan Ramlah Bt Wan Ahmad Cik
Hazami Bt Wahab Penyelaras Lontar Peluru En. Khairuddin B. Saperi
Pn. T. Uma @ Annita Penyelaras Lompat Jauh Pn. Suzilah Bt Mohd Noor
Pn. Rohaidah Bt. Zainal Pn. Sazliana Bt Hassan Hakim Penamat
Pn.Marsidah Bt Abd Aziz En.Mohd Zainuddin B. Abd Ghani Pn. Marziati
Bt. Misri Pn.Norisah Bt. Roslan En.Mariani Bt. Hanafi Pn.Mufidah
Bt. Kadzri Pn.Suriatty Bt. Ibrahim
Cik Siti Zurainiwati Bt. Hamzah Cik Janica Juri Pn.Kalpana Devi
a/p Karisnil Pn. Norhayati Bt. Yusop
Hakim Lorong 200M Cik Siti Hasnita Bt. Saniran Pn.Ramlah Bt.
Sulaiman Pn. Arijan Bt. Salim Penyelaras Lompat Tinggi En. Md Narol
B. Idris Pn. Zuraidah Bt. Bakri Pencatat Masa En.Mohd Fathi B. Abd
Hamid Pn.Fadzlina Bt Mohd Ramli Pn. Marlinda Bt. Ahmad Siaraya Tn
Hj. Mohd Ridzan B. Abd Shahir
Dokumentasi Pn. Farah Bt Ghani
5.2.1
Objektif : Memupuk semangat setia kawan di kalangan rakan
sepasukan Mengeratkan hubungan di antara ibu bapa yang hadir untuk
memberikan semangat kepada anak-anak mereka.
Menyediakan pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mereka
taruhkan dalam temasya sukan. Menjadi medan terbaik untuk mereka
tonjolkan bakat mereka dalam arena sukan.
5.2.2
Maklumat Program : Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 27 Februari
2011 Ahad 8.00 pagi 2.00 petang Kompleks Sukan Negara Panasonic,
Shah Alam
5.2.3
Penglibatan :
Semua warga SKBN, ibu bapa dan masyarakat setempat. 5.2.4
Peserta :
Program Temasya Sukan Tahunan 2011 disertai oleh semua warga
Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dari Tahun 4 hingga Tahun 6,
guru-guru dan kakitangan SKBN serta ibu bapa terlibat dalam
menjayakan sukan pada tahun ini. 5.2.5 Perasmi :
Program Temasya Sukan Tahunan 2011 Sekolah Kebangsaan Bukit Naga
telah dirasmikan oleh En. Mohammad Faudzi bin Mahmud yang merupakan
YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.
5.2.6
Penglibatan Guru :
Semua guru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga terlibat dalam
menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini.
5.2.6 Penglibatan saya:
Saya telah ditugaskan sebagai hakim lorong 200M. Penglibatan
saya dalam sukan tahunan ini sememangnya memerlukan komitmen yang
jitu, kepekaan yang tinggi dan bersungguhsungguh supaya acara sukan
ini dapat dijalankan dengan sempurnanya mengikut apa yang telah
dirancangkan bersama. Saya bersyukur kerana melalui program yang
telah dirancangkan ini sekaligus memperolehi pengalaman baru serta
dapat mempelajari perancangan untuk melaksanakan sesuatu program
ko-kurikulum
TENTATIF PROGRAM TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK BUKIT NAGA KALI KE 37.
MASA ACARA ATURCARA MAJLIS PERASMIAN # KETIBAAN GURU, MURID-MURID
& IBU BAPA # KETIBAAN TETAMU KEHORMAT # PERBARISAN RUMAH SUKAN
& UNIT BERUNIFORM # NYANYIAN LAGU NEGARAKU # BACAAN DOA # LAFAZ
IKRAR # UCAPAN GURU BESAR # UCAPAN PERASMIAN ACARA MURID JAM 0930 #
ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 4 # ACARA LOMPAT JAUH PEREMPUAN
TAHUN 4 # ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 5 # ACARA LOMPAT JAUH
PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 6 # ACARA LOMPAT
JAUH PEREMPUAN TAHUN 6
JAM 0800 JAM 0900
JAM 0945
# ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 4 #
ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 5 #
ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 6 #
ACARA 80M LARI BERPAGAR LELAKI TAHUN 4 # ACARA 80M LARI BERPAGAR
PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA 80M LARI BERPAGAR LELAKI TAHUN 5 # ACARA
80M LARI BERPAGAR PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA 80M LARI BERPAGAR
LELAKI TAHUN 6 # ACARA 80M LARI BERPAGAR PEREMPUAN TAHUN 6
JAM 1000
JAM 1030
# ACARA 200M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 4 #
ACARA 200M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA
200M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 4
JAM 1100
# ACARA 100M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 4 #
ACARA 100M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA
100M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 6
JAM 1115
# ACARA TARIK TALI LELAKI # ACARA TARIK TALI PEREMPUAN
JAM 1200
# ACARA IBU
# ACARA BAPA # ACARA KANAK-KANAK # ACARA PEGAWAI JAM 1300
ATURCARA MAJLIS PENUTUP # PENYAMPAIAN HADIAH JAM 1400 BERSURAI
5.3
PROGRAM
PERKHEMAHAN
UNIT
BERUNIFORM
SEKOLAH
KEBANGSAAN BUKIT NAGA Aktiviti perkhemahan merupakan satu
langkah pendedahan dan membolehkan ahliahli memperolehi kemahiran
asas perkhemahan, di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman
serta mewujudkan keprihatinan tentang latihan yang dijalankan agar
lebih dinamik dan pragmatik sejajar dengan era pembangunan negara
dan kehendak semasa. Program ini diharap dapat menonjolkan jati
diri dan disiplin yang tinggi untuk menangani cabaran-cabaran dan
strategi kea rah pemantapan pasukan ahli unit beruniform di
peringkat sekolah. Di samping mewujudkan keseimbangan di antara
emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara. 5.3.1 Matlamat Menambah pengetahuan dan
pengalaman di kalangan ahli-ahli unit beruniform serta
memperkembangkan bakat, potensi, semangat juang dan keyakinan diri
agar dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri
khususnya, sekolah dan negara amnya. 5.3.2 Objektif Meningkatkan
ketaqwaan kepada Tuhan.
5.3.3
Meningkatkan abiliti dan kendiri. Menghayati erti batasan
kehidupan. Memupuk semangat juang, keberanian dan kreativiti.
Meningkatkan semangat kekitaan, berpasukan dan berdisiplin.
Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
Penganjuran Tarikh Tempat : 13 15 Mac 2009 : Kem Lembah Genting,
Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.
Kumpulan Sasaran : Para ahli Unit-unit Beruniform terdiri
daripada Pergerakan Pengakap, Puteri Islam, Pasukan Bulan Sabit
Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Jumlah peserta dianggarkan
seramai 120 orang. 5.3.4 Perangkaan / Penglibatan / Statistik A.
Persatuan Kelab Perkhemahan ini disertai oleh seramai 120 orang
ahli-ahli Pasukan Pakaian Seragam yang terdiri daripada : Pengakap
Puteri Islam Tunas Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah Tunas Kadet
Remaja Sekolah B. Penglibatan Jurulatih Aktiviti-aktiviti fizikal
seperti kembara, jungle tracking, flying fox, laluan berhalangan
dan survival dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari pihak Kem
Lembah Genting. C. Penglibatan Guru : : : : : 25 orang 23 orang 23
orang 23 orang 26 orang
Semua guru SK Bukit Naga terlibat dalam menjayakan program
perkhemahan ini. Hampir 90% guru-guru mengikuti perkhemahan di Kem
Lembah Genting, Batang Kali. TENTATIF PROGRAM HARI / TARIKH / MASA
JUMAAT 13 / 03 / 2009 3.00 4.00 ptg 5.30 7.00 ptg 7.00 9.30 mlm
9.30 10.30 mlm 10.30 11.00 mlm 11.00 12.00 tgh mlm 12.00 12.30 pg
12. 45 pg Pendaftaran peserta-peserta perkhemahan Bertolak ke Kem
Lembah Genting, Batang Kali. Solat Asar Minum Petang Penempatan
Persiapan Diri Makan malam Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak Ice
breaking Latihan Malam Kebudayaan Minum malam Kembara Malam (Night
Walk) Bersih diri Tidur AKTIVITI
SABTU 14 / 03 / 2009 5.30.- 7.00 pg 7.00 8.00 pg 8.00 8.50 pg
9.00 4.00 ptg 4.00 5.00 ptg 5.00 6.30 ptg 7.00 9.00 mlm 9.00 11.00
mlm 11.00 11.30 mlm 11.45 mlm Pengurusan Diri Makan malam Solat
Maghrib Tazkirah Solat Isyak Pertandingan Malam Kebudayaan Minum
malam Flying Fox (Sesi 1) Minum petang Solat Asar Bangun Pengurusan
Diri Solat Subuh Kuliah Subuh Riadhah Minum pagi Kembara Kompas
Jungle Tracking Ikhtiar Hidup (Survival) Solat Zuhur Mandi
Sungai
Tidur
AHAD 15 / 03 / 2009 5.30 7.00 pg 7.00 8.00 pg 8.00 8.30 pg 8.30
10.30 pg 10.30 11.00 pg 11.00 12.30 tghhr 12.30 2.00 ptg 2.00 ptg
Minum pagi Majlis Perasmian Penutup Solat Zuhur Bertolak pulang ke
SKBN Bangun Pengurusan Diri Solat Subuh Kuliah Subuh Senaman pagi
Sarapan Laluan berhalangan Flying Fox ( Sesi 2 ) Mandi sungai
b) Kelebihan Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
semua sekolah di seluruh Negara amnya dan Sekolah Kebangsaan Bukit
Naga khasnya pastinya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat
memberi manfaat bukan sahaja kepada murid-murid, bahkan ianya
memberi manfaat kepada guru-guru dan pembangunan sekolah.
Kokurikulum di sekolah merupakan aktiviti yang bertujuan untuk
menyemai, memupuk dan menanam perasan espirit de corps, iaitu
perasaan kekitaan diantara murid-murid berbilang kaum. Di samping
itu, ia juga melatih murid-murid bersikap bertanggungjawab,
berdisiplin, berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu bidang yang
mereka sertai. Untuk lebih jelas lagi, berikut dijelaskan kelebihan
aktiviti kokurikulum : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memupuk semangat
kerjasama, muhibah dan tolenrasi dikalangan pelajar. Dapat
mencungkil dan mengembangkan bakat dan minat pelajar dalam lapangan
yang mereka sukai. Melatih pelajar membuat kerja secara berpasukan
dan bekerjasama , dengan ini dapat menyediakan pelajar cara hidup
bermasyarakat. Pelajar belajar secara tidak formal, bergaul dan
beinteraksi dalam masyarakat. Boleh membina dan memperkembangkan
daya kreatif murid. Melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas dalam
bidang pelajaran, cergas dalam sukan dan persatuan. Mendedahkan
kepada pelajar pengalaman pentadbiran sesebuah persatuan dan kelab,
memupuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar dan melatih pelajar
menjalankan tugas-tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan
baik. viii. Aktiviti kokurikulum boleh mendisiplinkan pelajar
berdasarkan peraturan-peraturan permainan dan persatuan yang perlu
dipatuhi.
c) Kelemahan Walaupun aktiviti kokurikulum yang dijalankan
memberi banyak manfaat dan kelebihan, namun tidak dapat dinafikan
bahawa ianya juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara
kelemahan-kelemahan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Naga ialah : i. Kekurangan kemudahan prasarana dan
peralatan Kekurangan kemudahan prasarana dan peralatan menjadi
kelemahan utama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti
kokurikulum di sekolah. Ini kerana, pihak sekolah tidak mempunyai
dewan untuk memudahkan murid-murid menjalani latihan aktiviti
kokurikulum. Ini ditambah pula dengan keadaan padang sekolah yang
tidak sempurna menjadikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan
terbatas.
ii.
Kekangan masa Kekangan masa turut menyumbang ke arah kelemahan
pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Naga. Pelbagai program
dan aktiviti lain yang turut dijalankan di sekolah menjadikan
aktiviti kokurikulum dapat dijalankan hanya dua kali sebulan.
Disebabkan itu juga, pihak sekolah terpaksa mencari tarikh yang
sesuai untuk dijalankan aktiviti kokurikulum agar tidak mengganggu
program-program lain dan semua murid dan guru dapat menghadiri
aktiviti kokurikulum ini. iii. Komitmen guru Komitmen guru-guru
adalah penting bagi menjayakan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan. Akan tetapi, adakalanya sesetengah guru tidak dapat
menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Ini menyebabkan
aktiviti kokurikulum yang dijalankan kurang berkesan kerana
bilangan guru yang hadir tidak mencukupi.
d) Punca kelemahan i. Sikap dan persepsi guru Punca utama
kelemahan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan
Bukit Naga ialah sikap guru itu sendiri yang memandang remeh
terhadap aktiviti kokurikulum. Terdapat sebilangan guru yang
beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting dan
mengganggu masa terluang mereka. Mereka juga beranggapan bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sudah memadai
bagi murid-murid dan murid-murid tidak perlu menyertai aktiviti
kokurikulum. Disebabkan itu, mereka mencari pelbagai alasan untuk
tidak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan.
ii.
Guru terlalu banyak kerja Bebanan kerja yang terlalu banyak dan
ditambah pula dengan penglibatan mereka
di dalam pelbagai aktiviti dan program lain menyebabkan ia
menjadi punca kelemahan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
Bebanan kerja yang bertambah dari sehari ke sehari memberi impak
yang besar kepada aktiviti kokurikulum di mana guru-guru tidak
dapat memberikan komitmen yang tinggi selain tidak menyertai
aktiviti yang telah ditetapkan. iii. Kurang kerjasama antara
guru-guru Kurang kerjasama di kalangan guru-guru dapat dilihat
apabila berlangsungnya aktiviti kokurikulum di sekolah. Terdapat
sebilangan guru yang lebih suka bersembang dengan rakan-rakan lain
dan membiarkan sebilangan kecil guru lain menjalankan tugas
bersendirian tanpa pertolongan dari rakan-rakan lain.
e) Cadangan Pemurnian
Berikut merupakan beberapa cadangan pemurnian bagi mengatasi
kelemahan-kelemahan aktiviti kokurikulum yang sedia ada. i. Pihak
sekolah perlu menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana
pelajar
boleh menggunakan peralatan pada masa lapang. Pihak sekolah
hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan
pelajar agar mereka dapat menggunakan kemudahan alatan bagi mereka
bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya menyediakan alatan pada
waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan
alatan tiada. Selain daripada menggalakan pelajar bersukan ia juga
dapat menghindar pelajarpelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang
tidak berfeadah seperti melepak, berbual kosong, mengacau pelajar
lain dan lain-lain. ii. Guru-guru perlu lebih kerap diberi kursus
oleh Pejabat Pelajaran Daerah / jabatan
untuk memberi kesedaran kepada guru bahawa aktiviti kokurikulum
adalah sebahagian daripada aktiviti pembelajaran. iii. Pihak
sekolah hendaklah menyediakan peruntukan kewangan yang
mencukupi
untuk aktiviti kokurikulum dan melengkapkan kemudahan seperti
dewan, gelanggang badminton dan padang permainan. iv. Pihak sekolah
perlulah menyediakan sijil-sijil yang berkaitan seperti sijil
kejurulatihan bolasepak, sepaktakraw dan sebagainya. v. Pihak
sekolah perlu mendapat sokongan dan penglibatan ibu bapa serta
masyarakat
kampung terutamanya yang berkebolehan untuk menjadi tenaga
pengajar atau pembantu dalam aktiviti ko-kurikulum. vi. Pihak
sekolah perlu menyediakan sijil khas penglibatan pelajar dalam
bidang
kokurikulum dan juga penglibatan guru dalam aktiviti
kokurikulum.
vii.
Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum perlu diberi
insentif dalam apa
jua bentuk seperti memberi peluang mengikuti kursus yang lebih
tinggi dan keutamaan dalam pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat
serta kemudahan untuk menyambung pelajaran.
Penutup Sesungguhnya, aktiviti kokurikulum mempunyai banyak
manfaat dan faedah kepada para pelajar dan ianya juga merupakan
sebahagian dari proses pembelajaran di mana para pelajar
mempelajari sesuatu yang baru sekaligus memperolehi pengalaman
berharga dengan menyertai aktiviti kokurikulum ini. Pelbagai
langkah perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah agar
aktiviti kokurikulum yang dijalankan dapat dimantapkan dan
kerjasama dari pelbagai pihak terutama guru-guru khasnya diperlukan
dengan harapan pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini mencapai
matlamat yang disasarkan.