A. Pendahuluan Sintaksis merupakan bidang bahasa yang dapat
dibuktikan secara empirikal, iaitu menerusi kajian- kajian yang
dijalankan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), sintaksis
merupakan ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat. Setelah
membuat fahaman menerusi sumber-sumber sahih yang diperoleh, saya
mendapati kebanyakan pakar memberikan pelbagai takrifan tentang
sintaksis dengan menggunakan gaya bahasa yang tersendiri tetapi
tetap menghala ke arah maksud yang sama. Contohnya, menurut Nik
Safiah Karim (2008), sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Menurut beliau, sintaksis juga dikenal sebagai kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa. Tatabahasa ialah peraturan-peraturan
bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu
bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan
ayat-ayat yang gramatis (Siti Hajar Abdul Aziz, 1996). Selain itu,
pakar bahasa yang lain turut memberikan takrifan tentang sintaksis.
Menurut Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah
untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata
disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Menurut
beliau, yang dibincangkan dalam pembahasan sintaksis ialah struktur
frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling
kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang
paling besar ialah ayat. Beberapa orang pakar telah memberikan
definisi tentang frasa yang dilihat tidak jauh berbeza antara satu
sama lain. Contohnya, menurut Asmah Omar (1968) menyatakan frasa
adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa.
Definisi ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dilaksanakan
oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1995) yang mengatakan frasa
sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit
terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua
definisi ini jelas menjurus kepada satu maksud, iaitu unit frasa
yang terletak antara klausa dan kata.Kesimpulannya, berdasarkan
sumber yang diperoleh tentang takrifan bidang bahasa sintaksis
daripada pendapat pakar bahasa yang banyak serta kolaborasi ilmu
daripada pensyarah pembimbing sendiri semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kuliah, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis
merupakan ilmu linguistik yang menjurus kepada kajian tentang ayat
secara khususnya sama ada dari segi struktur, bentuk, binaan atau
konstruksi ayat. Dan untuk menguji sejauh manakah penguasaan saya
sebagai bakal guru bahasa Melayu tentang ilmu sintaksis ini, maka
saya berusaha menjelmakannya dalam pelaksanaan tugasan ini. Tugasan
ini mengcakupi penjelasan tentang proses pembentukan frasa dan
klausa serta tugas-tugasnya dan disertai oleh penganalisisan
penggunaan frasa dan klausa berdasarkan sepuluh ayat yang
disediakan.
B. Proses Pembentukan Frasa dan Klausa serta
Tugas-tugasnya.Proses Pembentukan Empat Jenis Frasa dan
Tugasnya.Menurut Asraf (2007), frasa ialah sepatah kata atau lebih
daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau
predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Subjek ialah kata atau
kata-kata yang merupakan frasa nama yang diceritakan dalam sesuatu
ayat sementara predikat merupakan kata atau kata-kata dalam bentuk
frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek ayat (Kamus Pelajar
Edisi Kedua, 2008). Objek pula ialah frasa nama yang wujud selepas
frasa kerja transitif atau frasa sendi dalam sesuatu ayat.Binaan
frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis frasa, iaitu
frasa nama frasa sendi, frasa adjektif dan frasa kerja (Nik Safiah
Karim, 2008). Proses pembentukan keempat-empat jenis frasa tersebut
terbentuk daripada empat pola ayat seperti yang berikut, iaitu:i.
Pola 1: (FN + FN)ii. Pola 2: (FN + FS)iii. Pola 3: (FN + FA)iv.
Pola 4: (FN + FK)Pola 1: (FN + FN)Frasa nama ialah kata nama atau
sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan dapat bertugas
sebagai subjek, atau objek, atau predikat dalam ayat (Abdullah
Hassan, 2007). Menurut Asraf (2008: 195), jika subjek ayat itu
frasa nama dan predikatnya frasa nama, maka ayat itu mempunyai pola
FN + FN. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FN)
1.Sharifah guru pelatih.
2.Dia jurutera.
Semua kata nama yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat
dalam sesuatu ayat merupakan frasa nama. Daripada contoh ayat (1)
hingga (2) di atas, dapat dinyatakan bahawa semua kata tersebut
termasuk dalam kelas kata nama. Pola 2: (FN + FS)Frasa sendi ialah
sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama
sebagai objek kata sendi itu (Asraf, 2007). Secara mudahnya, frasa
sendi merupakan gabungan kata sendi dengan frasa nama sebagai
objek. Jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa sendi,
maka ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya:No.SUBJEK
(FN)PREDIKAT (FS)
3.Pelajar itudari Kelantan.
4.Ahmad ke kedai.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (3) hingga (4)
sementara frasa sendi bertugas sebagai predikat ayat. Frasa sendi
sebagai predikat ayat terdiri daripada kata sendi dari, dan ke, dan
disertai oleh frasa nama sebagai objek. Frasa sendi boleh didahului
oleh kata bantu seperti akan, belum, boleh, dapat dan sebagainya.
Contohnya, ayat 4 : Ahmad akan ke kedai.
Pola 3: (FN + FA)Frasa adjektif ialah kata adjektif yang dapat
bertugas sebagai predikat dalam ayat (Asraf, 2007). Jika subjek
ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa adjektif, maka ayat itu
mempunyai pola FN + FA. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)
5.Kedai itujauh.
6.Pemuda itu berani.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (6) hingga (6)
sementara frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam ayat-ayat
ini. Frasa adjektif sebagai predikat ayat terdiri daripada kata
adjektif jauh, dan berani. Frasa adjektif yang bertugas sebagai
predikat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, agak,
paling, dan terlalu. Kata penguat yang boleh diletakkan di depan
kata adjektif seperti agak, paling dan terlalu. Kata penguat
seperti nian, sekali boleh diletakkan di belakang kata adjektif
sementara kata penguat yang bebas, yakni boleh diletakkan di
belakang atau di depan adjektif seperti amat, sangat, dan sungguh.
Contoh frasa adjektif berdasarkan contoh ayat (5) hingga (6) yang
diletakkan kata penguat ialah seperti yang berikut:
No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)
7.Kedai itu(agak) jauh.
8.Pemuda itu berani (sekali).
Selain itu, frasa adjektif juga boleh disertai kata bantu yang
letaknya di depan seperti akan, belum, masih, sedang, sudah dan
kata bantu yang lain. Namun demikian, kata bantu mestilah
diletakkan sebelum kata penguat. Selain itu, frasa adjektif juga
boleh diluaskan dengan cara menambahkan frasa sendi.
Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)
(FA)(FS)
9.Kedai itu(agak) jauhdari sini.
10.Pemuda itu beranibagaikan singa.
Pola 4: (FN + FK)(a) : FN + FKTTr (Tak Transitif)Frasa kerja tak
transitif terdiri daripada kata kerja tanpa objek yang dapat
bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang
mempunyai kata kerja sebagai kata utamanya. Menurut Asraf (2008:
195), jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja
tak transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FK.
Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)
11.Asyraf(masih) lena.
12.Ibu tersenyum.
Daripada contoh ayat (11) hingga (12) di atas, dapat dinyatakan
bahawa semua kata yang bertugas sebagai predikat ayat terdiri
daripada kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif dapat
berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek kecuali
yang berapitan ber-kan. Kerja tak transitif terbahagi kepada
bentuk-bentuk yang berikut:(a) Asal(b) Berawalan ber-(c) Berapitan
ber..an(d) Berapitan ber..kan(e) Berawalan me-(f) Berawalan terKata
kerja tak transitif dalam ayat-ayat di atas boleh disertai kata
bantu (misalnya: belum, masih, hendak, sudah) dan diletakkan
sebelum kata kerja tak transitif. Contohnya, dalam ayat (11).(b):
FN + FK (Tak Transitif) + (Keterangan)No.SUBJEK (FN)PREDIKAT
(FK)
(FK)Keterangan (FS, KN, KA)
13.Asyraf(masih) lenadi situ.
14.Ibu tersenyummanis.
15.Anak-anak itumenderitakelaparan.
Frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat (13)
hingga (15) terdiri daripada kata bantu bagi ayat (13) dengan kata
kerja tak transitif dan disertai oleh frasa sendi atau kata nama
atau kata adjektif yang bertugas sebagai keterangan.Ayat 13: FN +
KB+ KKTTr + FS (Keterangan)Ayat 14: FN + KKTTr + KA
(Keterangan)Ayat 15: FN + KKTTr + KN (Keterangan)(c): FN + FKTr
(Transitif) Frasa kerja transitif ialah kata kerja yang mesti
disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas
sebagai predikat ayat. Objek yang wujud selepas kata kerja
transitif mestilah terdiri daripada frasa nama. Menurut Asraf
(2008: 205), jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa
kerja transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FK.
Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)
Kata kerja transitifFrasa nama
16.Ismailmembacabuku.
17.Pesakit itumenemuidoktor.
18.Matahari menyinarkan cahaya.
Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang
berikut:(a) Berawalan me-(b) Berapitan me..kan(c) Berapitan
me..i(d) Berapitan memper..kan(e) Berapitan memper..i (d): FN +
FKTr (Transitif) + (Keterangan)No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)
(FK)(Keterangan)
19.Ismailmembaca bukudi beranda.
20.Pesakit itumenemui doktorsemalam.
21.Matahari menyinarkan cahayaterik.
Frasa kerja bertugas sebagai predikat (kb) + KK + FN +
(keterangan)Kata kerja transitif tidak boleh dipisahkan daripada
frasa nama sebagai objeknya. Semua ayat di atas diperluas dengan
frasa sendi atau kata adjektif atau kata nama sebagai
keterangan.Ayat 19: FN + KKTr + FS (Keterangan)Ayat 20: FN + KKTr +
KN (Keterangan)Ayat 21: FN + KKTr + KA (Keterangan)Proses
Pembentukan Klausa dan Tugasnya.Menurut Asraf (2007: 286), klausa
ialah sekelompok kata yang terdiri daripada subjek dan predikat
seperti ayat juga. Klausa juga boleh ditakrifkan sebagai ayat kecil
yang mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi
sebahagian daripada ayat yang lebih besar (Kamus Pelajar Edisi
Kedua, 2008). Klausa mesti wujud dalam ayat majmuk. Secara umumnya,
ayat dapat diluaskan dengan memancangkan ayat tambahan yang lain
pada ayat utama, iaitu dikenal sebagai klausa. Klausa boleh
ditentukan menggunakan kata hubung atau kata tanya.Klausa terbahagi
kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas (Siti
Hajar Abdul Aziz, 2008). Klausa bebas ialah klausa yang boleh
berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap. Klausa
tak bebas pula ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan
dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam
klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:Ayat: Dia lulus dalam
ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.1. Dia lulus dalam ujian
(klausa utama/klausa bebas)2. Kerana belajar bersungguh-sungguh
(klausa tak bebas)Menurut Nik Safiah Karim (et al., 1993),
pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan
menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat
campuran. Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih
klausa, iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas (Goay Teck
Chong, et al, 2008). Pembahagian tugas klausa-tugas klausa adalah
seperti yang berikut, iaitu:i. Klausa sebagai subjekii. Klausa
sebagai predikatiii. Klausa sebagai objek
iv. Klausa sebagai pelengkapv. Klausa sebagai penerangvi. Klausa
sebagai keterangan
(i) Klausa Sebagai SubjekKlausa sebagai subjek ialah klausa yang
bertugas sebagai subjek dalam ayat pancangan. Contohnya, ayat-ayat
di bawah ini ayat-ayat pasif yang menunjukkan bahawa subjeknya
terdiri daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa
kerja pasif.No.SUBJEK (Klausa)PREDIKAT (Frasa Kerja Pasif)
22.Bagaimana cantiknya gadis itutidak dapat saya ceritakan.
23.Apakah yang terjadimasih belum diketahui oleh masyarakat.
Subjek dalam ayat (22) hingga (23) terdiri daripada klausa dalam
bentuk ayat tanya, iaitu Bagaimana cantiknya gadis itu, dan Apakah
yang terjadi. Manakala, ayat-ayat di bawah dapat juga menunjukkan
bahawa klausa boleh bertugas sebagai subjek. Contohnya:No.PREDIKAT
(Frasa)SUBJEK (Klausa)
24.Tidak dapat saya katakanbahawa hal itu tidak benar.
25.Memang benarbahawa lelaki itu penyanyi.
Ayat-ayat di atas adalah ayat-ayat songsang kerana predikatnya
di depan dan subjeknya di belakang. Subjek ayat-ayat tersebut
adalah klausa dan predikatnya frasa, iaitu frasa kerja pasif bagi
ayat (24) dan frasa adjektif bagi ayat (25). Setiap klausa dalam
semua ayat di atas dikenal sebagai klausa kerana terdiri daripada
sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Contohnya:Ayat
24: bahawa hal itu tidak benar Subjek : hal itu Predikat : tidak
benar
(ii) Klausa Sebagai PredikatKlausa ini bertugas sebagai predikat
dalam ayat pancangan. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT
(Klausa)
Predikat Subjek
26.Cincin ini mahalharganya.
27.Guru itusiapanamanya.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (26) hingga (27)
sementara predikatnya terdiri daripada klausa dalam bentuk
songsang, iaitu predikatnya di depan dan subjeknya di belakang.
(iii) Klausa Sebagai ObjekMenurut Asraf (2007: 286), klausa
sebagai objek ialah klausa yang bertugas sebagai objek kepada kata
kerja transitif dalam ayat pancangan. Objek terdiri daripada frasa
nama. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Frasa Kerja
Transitif + Objek)
28.Saya masih belum mengetahui apakah yang terjadi.
29.Sharifah mengatakan bahawa dia tidak pasti tentang hal
itu.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (28) hingga (29)
sementara predikatnya terdiri daripada kata kerja transitif yang
diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Yang bercetak condong dalam
semua ayat di atas ialah klausa yang bertugas sebagai objek kerana
wujud selepas kata kerja transitif, iaitu mengetahui, dan
mengatakan.
(iv) Klausa Sebagai PelengkapMenurut Asraf (2007: 286), klausa
sebagai pelengkap ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai
pelengkap selepas kata kerja tak transitif dalam ayat pancangan.
Pelengkap ialah kata nama yang bertugas untuk melengkapi kata kerja
tak transitif atau kata adjektif. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa
Nama)PREDIKAT (Frasa Kerja Tak Transitif + Pelengkap)
30.Latifah berkata bahawa bibirnya kering.
31.Saya yakin bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (30) hingga (31)
sementara predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif
yang diikuti oleh frasa nama sebagai pelengkap. Yang bercetak
condong dalam semua ayat di atas ialah klausa yang bertugas sebagai
pelengkap kerana wujud kata nama seperti bibirnya, dan tuduhan
untuk melengkapi kata kerja tak transitif dan kata adjektif, iaitu
berkata (kata kerja tak transitif), dan yakin (kata adjektif).
(v) Klausa Sebagai PenerangMenurut Asraf (2007: 286), klausa
sebagai penerang ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai
penerang selepas kata nama dalam ayat pancangan.
Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Kata Nama + Penerang)
32.Zakiahmendapat berita bahawa hal itu tidak benar.
33.Mereka mendapat pengesahan bahawa lelaki itu tidak
bersalah.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (32) hingga (33).
Semua klausa bawahan yang bertugas sebagai penerang dalam ayat-ayat
di atas terletak selepas frasa nama seperti yang terdapat dalam
perkataan yang dicetak tebal.
(vi) Klausa Sebagai KeteranganKlausa sebagai keterangan ialah
klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan, iaitu kata, atau
frasa, atau klausa tambahan kepada predikat ayat dalam ayat
pancangan. Contohnya: No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (kluasa
sebagai Keterangan)
34.Hujan turun dengan lebatnya sehingga kampung kami
kebanjiran.
35.Ayah Menggali lubang dengan (dia) menggunakan cangkul.
Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (34) hingga (35).
Bahagian yang dicetak dengan bentuk condong dalam semua ayat di
atas ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan. Klausa
utama dengan klausa bawahan dihubungkan dengan menggunakan kata
hubung seperti sehingga, dan dengan.
C. Penganalisisan Penggunaan Frasa dan Klausa. Bagi
membincangkan penganalisisan penggunaan frasa dan klausa dalam
bahagian tugasan ini, 10 ayat telah disediakan. Ayat 1 hingga 5
daripada 10 ayat seperti yang disediakan bersama dengan tugasan ini
adalah untuk membincangkan penganalisisan penggunaan frasa
sementara ayat 6 hingga 10 untuk penganalisisan penggunaan klausa.
Sebagai permulaan tugasan untuk bahagian ini, penganalisisan
penggunaan frasa akan dibincangkan terlebih dahulu berdasarkan ayat
1 hingga 5 seperti yang disediakan. Ayat 1: Bulan depan daerah kami
akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.Ayat tersebut mempunyai
satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa
nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama
daerah yang menjadi inti frasa, iaitu kata nama utama yang
membentuk frasa nama sementara kata ganti nama diri pertama kami
menjadi kata nama yang bertugas sebagai penerang kepada frasa nama
daerah.Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal
ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat wujud pada
awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat.
Subjek ayat tersebut wujud di tengah-tengah ayat. Dan disebabkan
frasa nama daerah kami yang bertugas sebagai subjek ayat ini telah
dikenai kesan kata kerja pasif dikunjungi, maka ayat ini dikenal
sebagai ayat pasif songsang terbahagi. Ayat ini merupakan ayat
pasif songsang terbahagi kerana predikat tambahan dalam ayat yang
bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat, iaitu kata nama
waktu bulan depan. Predikat tambahan yang bertugas sebagai
keterangan ayat ini boleh diletakkan pada awal ayat dalam ayat
pasif songsang terbahagi. Seterusnya, predikat utama ayat ini yang
wujud pada akhir ayat, iaitu frasa kerja pasif akan dikunjungi
pemimpin parti tersebut terdiri daripada lima patah kata. Kata
bantu akan merupakan kata keterangan waktu yang bertugas meluaskan
frasa kerja pasif tersebut. Kata kerja pasif berimbuhan awalan di,
iaitu dikunjungi ialah kata kerja pasif utama yang membentuk frasa
kerja pasif akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Pemimpin ialah
kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi
sebagai penerang kepada kata nama pemimpin. Pemimpin parti ialah
kata ganti nama orang ketiga dan diikuti kata penentu tersebut.
Frasa nama pemimpin parti tersebut merupakan objek bagi kata sendi
nama oleh yang telah digugurkan dalam ayat kerana kata sendi oleh
selepas kata kerja pasif yang berawalan imbuhan di tidak wajib
digunakan dan boleh digugurkan. Namun demikian, harus memenuhi
syarat kata ganti nama diri ketiga selepas kata kerja pasif
tersebut. Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat biasa yang
berikut, iaitu Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami
bulan depan. Dalam ayat biasa, pemimpin parti tersebut merupakan
frasa nama yang bertugas sebagai subjek dan frasa akan mengunjungi
daerah kami
bulan depan ialah predikat ayat. Sementara frasa nama daerah
kami bertugas sebagai objek kerana terletak selepas kata kerja
transitif mengunjungi. Namun demikian, setelah ayat biasa ini
dipasifkan, maka objek dalam ayat biasa boleh ditukar menjadi
subjek dalam ayat pasif.Selain itu, ayat transformasi yang boleh
dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut, iaitu:Ayat pasif
biasaDaerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut bulan
depan.Ayat pasif songsangAkan dikunjungi pemimpin parti tersebut
bulan depanlah daerah kami.Ayat pasif songsang terbahagiAkan
dikunjungi pemimpin parti tersebutlah daerah kami bulan depan.
Ayat 2:Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.Ayat
tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Pola ayat ini
terdiri daripada Frasa nama + Frasa kerja. Frasa nama sebagai
subjek ayat terdiri daripada frasa nama hasil padinya. Frasa nama
hasil padinya terbina daripada kata nama hasil yang menjadi inti
frasa, iaitu kata nama utama yang membentuk frasa nama hasil
padinya sementara kata nama padi menjadi kata nama sebagai penerang
kepada kata nama hasil. Dan kata ganti nama diri ketiga -nya
merupakan kata asal dia yang bertugas sebagai penerang kepada kata
nama padi.Subjek ayat ini terletak pada awal ayat. Manakala
predikat ayat terletak pada akhir ayat selepas subjek ayat. Susunan
kata seperti ayat ini dikenal sebagai ayat aktif tak transitif
susunan biasa. Frasa kerja berguni-guni di dalam kepuk itu bertugas
sebagai predikat ayat. Frasa kerja yang bertugas sebagai predikat
ayat ini terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa
kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif berguni-guni yang
terbentuk daripada kata nama ganda seluruh, iaitu guni-guni yang
menerima imbuhan awalan ber, iaitu berguni-guni.Frasa sendi nama di
dalam kepuk itu pula bertugas sebagai penerang kepada kata kerja
tak transitif berguni-guni. Kata kerja tak transitif berguni-guni
terdiri daripada frasa sendi nama, iaitu konstituen kata sendi nama
di dengan frasa nama arah dalam diikuti frasa nama kepuk serta
disertai oleh kata penentu itu.Predikat utama ayat ini ialah frasa
kerja berguni-guni sementara frasa sendi nama di dalam kepuk itu
ialah predikat tambahan yang menjadi keterangan kepada frasa kerja
berguni-guni.Ayat transformasi yang boleh dibina daripada ayat ini
ialah seperti yang berikut, iaitu:Ayat Songsang Berguni-guni di
dalam kepuk itulah hasil padinya.Ayat songsang terbahagiDi dalam
kepuk itulah hasil padinya berguni-guni.
Ayat 3:Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami
terima itu.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat terdiri daripada frasa nama perintah yang kami terima
itu. Predikat ayat pula terdiri daripada frasa dengan segeranya
kami laksanakan.Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak
pada awal ayat. Hal ini demikian kerana predikat ayat diletakkan
pada awal ayat sementara subjek ayat wujud pada akhir ayat. Dan
disebabkan terdapat frasa kerja laksanakan yang didahului oleh kata
ganti diri yang pertama, iaitu kami, maka ayat ini dikenal sebagai
ayat pasif songsang terbahagi. Frasa nama perintah yang kami terima
itu yang bertugas sebagai subjek terdiri daripada kata nama
perintah, kata sandang yang yang berfungsi sebagai kata nama, kata
ganti nama diri pertama kami, kata kerja tak transitif terima dan
disertai oleh kata penentu itu. Frasa nama yang kami terima itu
berfungsi sebagai penerang kepada kata nama perintah. Seterusnya,
predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada
predikat tambahan, iaitu frasa sendi dengan segeranya dan diikuti
predikat utama oleh frasa kami laksanakan. Frasa sendi dengan
segeranya merupakan predikat tambahan yang terdiri daripada
konstituen kata sendi nama dengan diikuti kata keterangan masa
segera serta disertai oleh kata ganti nama diri ketiga -nya. Frasa
sendi dengan segeranya merupakan predikat tambahan dalam ayat yang
bertugas sebagai keterangan kepada kata kerja pasif
laksanakan.Seterusnya, predikat utama ayat dengan frasa kami
laksanakan terdiri daripada kata ganti nama diri pertama kami dan
diikuti oleh kata kerja pasif laksanakan.Ayat ini ialah ayat
transformasi daripada ayat susunan biasa, iaitu Kami melaksanakan
perintah yang kami terima itu dengan segeranya. Selain itu, ayat
transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang
berikut: Ayat pasif biasa Perintah yang kami terima itu kami
laksanakan dengan segeranya. Ayat pasif songsang Kami laksanakan
dengan segeranya perintah yang kami terima itu.
Ayat 4:Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan
harga barangan.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu
predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama orang sementara
predikatnya terdiri daripada frasa sibuk memperkatakan kenaikan
harga barangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, subjek ayat
ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana
sebahagian predikat ayat wujud pada awal ayat sementara sebahagian
lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut wujud di
tengah-tengah ayat. Dan disebabkan adanya frasa kerja transitif
berimbuhan apitan memper_kan, iaitu frasa kerja aktif
memperkatakan, maka ayat ini dikenal sebagai ayat aktif songsang
terbahagi. Frasa sendi nama di seluruh negara merupakan predikat
tambahan yang diletakkan pada awal ayat yang bertugas sebagai
penerang kepada frasa nama kenaikan harga barangan. Frasa sendi
nama terdiri daripada konstituen kata sendi nama di dengan kata
bilangan tak tentu seluruh yang bertindak sebagai kata bantu kepada
frasa nama negara dan disertai oleh frasa nama negara.Seterusnya,
predikat utama ayat ini yang wujud pada akhir ayat, iaitu frasa
kerja sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan terdiri daripada
frasa adjektif sibuk yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir
sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan, iaitu
memperkatakan diikuti kata nama berimbuhan apitan ke_an, iaitu
kenaikan, frasa nama harga dan disertai oleh frasa nama barangan.
Frasa nama kenaikan harga barangan berfungsi sebagai objek kepada
kata kerja transitif memperkatakan. Frasa nama kenaikan berasal
daripada kata kerja naik. Namun demikian, kata kerja naik ditukar
menjadi kata nama apabila menerima imbuhan apitan ke-an. Frasa nama
harga barangan berfungsi sebagai penerang frasa nama kenaikan
manakala frasa nama barangan juga berfungsi sebagai penerang kepada
frasa nama harga.Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat
aktif susunan biasa, iaitu Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga
barangan di seluruh negara. Selain itu, ayat transformasi yang
boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut:Ayat aktif
songsangSibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh
negaralah orang.
Ayat pasif biasa Kenaikan harga barangan sibuk diperkatakan
orang di seluruh negara.
Ayat pasif songsang Sibuk diperkatakan orang di seluruh
negaralah kenaikan harga barangan.
Ayat 5:Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu
polis. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Subjeknya terdiri daripada frasa nama pengedar dadah itu. Frasa
nama pengedar dadah itu terbina daripada kata nama pengedar yang
menjadi inti frasa, iaitu kata nama utama yang membentuk frasa nama
sementara kata nama dadah menjadi kata nama yang bertugas sebagai
penerang dan disertai oleh kata penentu itu.Walau bagaimanapun,
subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian
kerana sebahagian predikat ayat wujud pada awal ayat sementara
sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut
wujud di tengah-tengah ayat. Dan disebabkan frasa kerja diburu
telah dikenai kesan kata kerja pasif berimbuhan awalan di, maka
ayat ini dikenal sebagai ayat pasif songsang terbahagi. Predikat
ayat yang diletakkan pada awal ayat, iaitu frasa sendi nama, iaitu
konstituen kata sendi nama ke dengan kata ganti tak tentu mana-mana
dan disertai kata nama sahaja. Frasa sendi nama ke mana-mana sahaja
bertugas sebagai penerang kepada kata nama polis.Seterusnya,
bahagian predikat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri
daripada frasa kerja pasif yang terbentuk daripada kata bantu terus
yang hadir sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di, iaitu
konstituen frasa kerja pasif diburu dengan frasa nama polis yang
berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif diburu.Ayat ini
ialah ayat transformasi daripada ayat biasa, iaitu Polis terus
memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.Selain itu, ayat
transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang
berikut, iaitu:Ayat pasif biasa Pengedar dadah itu terus diburu
polis ke mana-mana sahaja.
Ayat pasif songsangTerus diburu polis ke mana-mana sahajalah
pengedar dadah itu.
Seterusnya, penganalisisan penggunaan klausa akan dibincangkan
berdasarkan ayat 6 hingga 10 seperti yang disediakan.
Ayat 6: Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah
terhadap rakyatnya.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu
subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat
majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada klausa
yang bertugas sebagai subjek, iaitu klausa bahawa pemimpin itu
tidak amanah terhadap rakyatnya. Predikat ayat ini terdiri daripada
frasa kerja pasif pelaku diri pertama saya jelaskan dan diikuti
oleh frasa sendi nama kepadanya. Frasa kerja pasif pelaku diri
pertama terikat dengan hukum aneksi persona, iaitu antara kata
ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir
perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi
nama kepada dan disertai oleh kata ganti nama diri ketiga -nya.
Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut,
iaitu;(i) Saya jelaskan kepadanya.(ii) Pemimpin itu tidak amanah
terhadap rakyatnya.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan
menggunakan kata hubung bahawa. Konstituen bahawa pemimpin itu
tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal sebagai klausa tak bebas
kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi
berfungsi sebagai subjek kepada kata kerja pasif dijelaskan. Bahawa
pemimpin itu tidak amanah terhadap disebut sebagai klausa kerana
terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat.
Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah pemimpin itu yang terdiri
daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama pemimpin dengan
kata penentu itu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa
adjektif yang terbina daripada kata nafi tidak dengan kata adjektif
amanah dan disertai frasa sendi nama terhadap rakyatnya. Frasa
sendi nama terdiri daripada kata sendi nama terhadap dengan frasa
kata nama rakyat dan diikuti kata ganti nama diri ketiga -nya. Oleh
sebab klausa ini bertugas sebagai subjek dalam ayat majmuk, maka
klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai subjek.
Ayat pasif songsang ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif susunan
biasa seperti yang berikut, iaitu:Saya menjelaskan kepadanya bahawa
pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.
Ayat 7:Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.Ayat
tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat
tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat
tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kawasan
kediamannya itu. Kawasan ialah kata nama sebagai inti frasa
sementara kata nama kediamannya berfungsi sebagai penerang dan
disertai oleh kata penentu itu. Predikat ayat ini ialah frasa nama
bagaimana keadaannya yang merupakan klausa yang berfungsi sebagai
predikat. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal
yang berikut, iaitu;(iii) Kawasan kediamannya itu.(iv) Keadaannya
bagaimana.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk
dengan menggunakan kata tanya bagaimana. Konstituen bagaimana
keadaannya dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat
berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai
predikat selepas frasa nama kawasan kediamannya itu yang bertugas
sebagai subjek ayat. Bagaimana keadaannya disebut sebagai klausa
kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan
predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah keadaannya
yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama
keadaannya dan diikuti oleh kata ganti nama diri ketiga -nya.
Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina
daripada kata nama bagaimana. Oleh sebab klausa ini bertugas
sebagai predikat dalam ayat majmuk, maka klausa ini dikenal sebagai
klausa yang berfungsi sebagai predikat.Ayat tanya dengan kata tanya
susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat tanya susunan
songsang seperti yang berikut, iaitu:Bagaimanakah keadaannya
kawasan kediamannya itu.
Ayat 8:Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak
selamat.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh
sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek
utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu
konstituen Penduduk di situ. Penduduk ialah kata nama sebagai inti
frasa sementara kata sendi nama di berfungsi sebagai penerang kata
nama penduduk dan disertai oleh kata tunjuk situ yang berfungsi
sebagai kata ganti tempat.Predikat ayat ini ialah frasa kerja tak
transitif yang terdiri daripada kata kerja tak transitif
berpendapat dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai
pelengkap, iaitu berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.
Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut,
iaitu;(i) Penduduk di situ berpendapat.(ii) Kediaman mereka tidak
selamat .Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk
dengan menggunakan kata hubung bahawa. Konstituen bahawa kediaman
mereka tidak selamat dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak
dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi
sebagai pelengkap selepas kata kerja tak transitif yang berimbuhan
awalan ber, iaitu berpendapat. bahawa kediaman mereka tidak selamat
disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang
ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut
ialah frasa nama kediaman mereka yang terdiri daripada frasa nama,
iaitu konstituen kata nama kediaman dan diikuti oleh kata ganti
nama diri ketiga mereka sebagai penerang. Prediket klausa pula
terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi tidak
dan diikuti oleh kata nama selamat. Oleh sebab klausa ini wujud
selepas kata kerja tak transitif yang berimbuhan awalan ber, iaitu
berpendapat dalam ayat majmuk, maka klausa ini dikenal sebagai
klausa yang berfungsi sebagai pelengkap.Ayat aktif tak transitif
susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif tak transitif
susunan songsang seperti yang berikut, iaitu: Berpendapat bahawa
kediaman mereka tidak selamatlah penduduk di situ.
Ayat 9:Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah
melarikan diri.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek.
Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk.
Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu
konstituen pihak polis. Pihak ialah kata nama sebagai inti frasa
sementara kata nama polis berfungsi sebagai penerang kepada kata
nama pihak.Predikat ayat ini ialah frasa kerja transitif yang
terdiri daripada kata kerja transitif menerangkan dan diikuti oleh
klausa yang berfungsi sebagai objek, iaitu bahawa pendatang asing
itu telah melarikan diri. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua
ayat tunggal yang berikut, iaitu;(iii) Pihak polis menerangkan
sesuatu.(iv) Pendatang asing itu telah melarikan diri.Kedua-dua
ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata
sesuatu sudah merujuk kepada pendatang asing itu telah melarikan
diri.Konstituen pendatang asing itu telah melarikan diri dikenal
sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai
ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai objek kepada kata kerja
transitif menerangkan. Bahawa pendatang asing itu telah melarikan
diri disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata
yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut
ialah frasa nama pendatang asing itu yang terdiri daripada frasa
nama, iaitu konstituen kata nama pedatang dengan kata nama asing
sebagai penerang dan diikuti oleh kata penentu itu. Prediket klausa
pula terdiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata bantu
telah dengan kata kerja transitif berimbuhan apitan me_kan, iaitu
melarikan dan disertai oleh kata nama diri sebagai objeknya. Oleh
sebab klausa ini wujud selepas kata kerja transitif, iaitu
menerangkan, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi
sebagai objek.Ayat aktif transitif susunan biasa ini boleh
ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan songsang seperti
yang berikut, iaitu: Bahawa pendatang asing itu telah melarikan
diri telah diterangkan oleh pihak polis.
Ayat 10:Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa
pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Ayat tersebut mempunyai
lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong
dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri
daripada frasa nama, iaitu konstituen kakitangan pejabat itu.
Kakitangan ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata nama
pejabat berfungsi sebagai penerang kepada kata nama kakitangan dan
disertai oleh kata penentu itu.Predikat ayat ini ialah frasa kerja
transitif yang terdiri daripada kata kerja transitif mendapat
dengan frasa nama pengesahan dan diikuti oleh klausa yang berfungsi
sebagai penerang, iaitu bahawa pengarah baharu itu bukan orang
tempatan. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal
yang berikut, iaitu;(v) Kakitangan pejabat itu mendapat
pengesahan.(vi) Pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Kedua-dua
ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung bahawa.Konstituen pengarah baharu itu bukan orang
tempatan dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat
berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai
penerang kepada frasa nama pengesahan. Bahawa pengarah baharu itu
bukan orang tempatan disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada
sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi
klausa tersebut ialah frasa nama pengarah baharu itu yang terdiri
daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama pengarah dengan
kata adjektif baharu sebagai penerang kepada kata nama pengarah dan
diikuti oleh kata penentu itu. Prediket klausa pula terdiri
daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi bukan dengan
kata nama orang dan disertai oleh kata nama tempatan yang bertugas
sebagai penerang kepada kata nama orang. Oleh sebab klausa ini
wujud selepas frasa nama, iaitu pengesahan, maka klausa ini dikenal
sebagai klausa yang berfungsi sebagai penerang.Ayat aktif transitif
susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan
songsang seperti yang berikut, iaitu:Pengesahan bahawa pengarah
baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat
itu.
Penulisan ReflektifPada 20 Januari 2014 yang lalu, soalan
tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3110, iaitu kursus Sintaksis
telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu En. Maniyamin
bin Ibrahim. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib
dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini.
Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang diberikan di dalam bilik
kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang
dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang tentang
kehendak tugasan ini. Dalam perbincangan tersebut, pensyarah
memberikan huraian dan penjelasan satu persatu. Walaubagamanapun,
terdapat sebahagian daripada tugasan ini yang agak mengelirukan
saya. Mungkin disebabkan saya sendiri masih belum dapat menguasai
sepenuhnya bidang ilmu ini oleh sebab masih pada peringkat untuk
memahami pelajaran bidang ilmu ini. Namun demikian, kekeliruan ini
bukanlah satu masalah besar oleh sebab saya sendiri dibimbing
dengan banyak oleh pensyarah pembimbing yang cukup berpengetahuan
tentang bidang ini. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik kuliah, saya akan berusaha mengambil peluang dan ruang
untuk bertanyakan beliau sendiri atau menerusi rakan-rakan.
Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Berasa
terujalah saya oleh sebab kursus ini adalah antara kursus yang
mencabar dan memerlukan penelitian yang rapi. Tambahan lagi,
walaupun saya agak cepat dalam memahami sesuatu perkara yang
diajarkan berkaitan bidang ini tetapi cepat pula saya tidak
mengingati kembali. Namun demikian, saya mengambilnya sebagai satu
cabaran yang pastinya dapat memberikan saya pengalaman dan
pengetahuan baharu yang banyak sewaktu melaksanakan tugasan ini
nanti. Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada
pensyarah, saya terus memulakan langkah awal dalam pelaksanaan
tugasan ini. Salah satunya, setelah saya memahami sepenuhnya skop
tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi pusat sumber
Institut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku
yang berkaitan. Selain itu, saya mula membuat carian internet
berdasarkan skop dalam kehendak soalan tugasan. Saya berusaha
terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang berkaitan untuk
memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Namun demikian, sedikit
kerancuan terjadi oleh sebab buku-buku bahasa yang ada mempunyai
huraian dan pegangan yang berbeza. Contohnya, huraian dan pegangan
yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan ialah berbeza daripada
buku- buku yang lain yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa seperti
Zaba, Asmah Omar, Asraf dan lain-lain.. Kerancuan ini menyebabkan
kekeliruan berlaku oleh sebab ketidakseragaman huraian dari segi
ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Walaupun kekeliruan berlaku
tetapi saya tidak menjadikannya sebagai halangan sebaliknya
mematuhi cadangan dan ajaran daripada pensyarah pembimbing yang
tidak dapat disangkal lagi kehebatannya ilmu bahasanya. Melihat
kepada perkara ini, dapatlah saya membuat sedikit banyak punca
mengapa kerancuan ini sendiri berlaku di sekolah dalam pengajaran
bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana berpunca daripada huraian
dan pegangan daripada buku-buku
bahasa yang tidak menunjukkan keseragaman. Perkara ini pernah
dibincangkan oleh Awang Sariyan (1994) yang mengatakan antara
faktor yang menyebabkan kerancuan bahasa ialah fahaman terhadap
buku yang berbeza huraian atau pegangan. Namun demikian, perkara
ini memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang cukup
banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai
bidang sintaksis sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman
dalam kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran
pelaksanaan tugasan kerja kursus oleh para pelajar dalam
meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan
kursus ini. Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini
sendiri, saya berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih baik
menerusi kefahaman yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu,
setelah saya memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam
kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan rujukan berserta
penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya mula
melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya cuba
menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari bahagian
a hinggalah bahagian b. Dan setelah melalui pelbagai proses untuk
menghasilkan tugasan ini, ternyata saya mendapat pengalaman dan
pengetahuan baharu yang banyak terutamanya semasa melaksanakan
tugasan bahagian b, iaitu berkaitan penganalisisan penggunaan frasa
dan klausa tentang sintaksis secara am dan linguistik secara
khusus.Antara pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya dapat
semasa menghasilkan penganalisisan penggunaan frasa dan klausa
termasuklah saya berpeluang untuk memanfaatkan ruang ini bagi
mengaplikasikan segala ilmu tentang frasa dan klausa yang
dipelajari sama ada secara langsung di bilik kuliah atau diperoleh
daripada sumber- sumber lain seperti buku dan carian internet. Di
sinilah, saya menyedari bahawa untuk membuat penganalisisan
terhadap 10 ayat yang diberikan bersama dengan soalan tugasan ialah
bukan perkara yang mudah tetapi tidaklah sesukar mana apabila
penggunaannya difahami dengan telitinya. Sebagai contohnya, semasa
membuat analisis pembentukan ayat yang menggunakan frasa dengan
tugas- tugasnya yang tertentu bagi ayat 1 hingga 5, saya mendapat
pengalaman yang cukup berharga. Pengalamannya pastilah melibatkan
penggunaan ilmu frasa untuk menganalisis ayat. Frasa seperti yang
sedia maklum merupakan sepatah kata atau lebih daripada sepatah
kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek
dalam sesuatu ayat (Asraf, 2007: 279).Dan untuk menganalisis setiap
ayat tersebut, saya akan mencari terlebih dahulu subjek dan
predikat ayat. Subjek ayat terletak pada awal ayat bagi ayat inti
sementara predikat ayat terletak pada akhir ayat. Namun demikian,
subjek ayat dapat juga terletak pada akhir ayat bagi ayat
transformasi. Seterusnya, saya akan mengenal pasti jenis ayat
tersebut. Mengikut kebiasaanya, inilah antara perkara yang
menyukarkan saya dalam menganalisis jenis sesuatu ayat sekiranya
ayat tersebut merupakan ayat transformasi. Begitu juga, apabila
hendak membina ayat transformasi daripada ayat yang bersusunan
biasa. Akan mengambil masa yang banyaklah untuk saya mengenal
pastinya. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah antara perkara
yang menyeronokkan semasa
melakukan tugasan oleh sebab saya akan berusaha mendapatkan
jawabannya sehinggalah mendapat jawabannya yang tepat setelah
membuat semakan daripada rakan-rakan yang lebih berpengetahuan.
Bukan sahaja pengalaman menganalisis penggunaan ayat dalam frasa
yang saya dapat, malahan saya juga mendapat pengetahuan baharu
seperti formula untuk membina ayat transformasi dari satu langkah
ke satu langkah sehingga dapat membina beberapa ayat transformasi
yang betul. Sebagai contohnya, daripada ayat bersusunan biasa, saya
jadikannya ayat tranformasi seperti ayat songsang, ayat songsang
terbahagi, ayat pasif, ayat pasif songsang, dan ayat pasif songsang
terbahagi. Proses percubaan demi percubaanlah yang membuatkan saya
lebih teruja. Selain itu, jika terdapat sebarang kekeliruan yang
memerlukan penjelasan relevan mengenai sesuatu perkara semasa
membuat analisis ayat, dengan segeranya saya akan merujuk kepada
mana-mana sumber dan mencari tahu rasionalnya. Sebagai contohnya,
bagi ayat 7 yang diberikan, iaitu hasil padinya berguni-guni di
dalam kepuk itu. Saya akui saya mengalami kekeliruan untuk mengenal
pasti golongan kata bagi setiap perkataan yang membentuk frasa ini,
iaitu perkataan berguni-guni. Kerancuan bermula apabila saya keliru
dengan golongan kata ini, sama ada golongan kata kerja tak
transitif disebabkan adanya imbuhan awalan ber- atau kata ini ialah
kata bilangan himpunan. Oleh itu, untuk menyelesaikan kekeliruan
ini, saya memanjangkan kekeliruan ini kepada pensyarah pembimbing
setelah berasa tidak mendapatkan ulasan secukupnya daripada sumber
lain. Di sinilah, pengalaman menganalisis memberikan pengetahuan
baharu kepada saya, iaitu setelah saya mendapat jawaban dengan
penjelasan yang cukup mantap. Maka, ketahuilah saya bahawa kata
berguni-guni adalah kata bilangan himpunan di mana kata dasarnya
ialah terdiri daripada kata ganda guni-guni. Dengan ini, mendapat
pengetahuan baharulah saya. Walaupun nampak seperti kata remeh yang
sepatutnya tidak menimbulkan kekeliruan, tetapi itulah yang berlaku
kepada saya. Namun demikian, pengalaman sebeginilah yang membantu
saya mendapat pengetahuan baharu.Begitu juga semasa membuat
analisis penggunaan klausa bagi ayat 6 hingga 10 yang disediakan.
Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman
dan Razali Ayob ( 2006) mengatakan klausa ialah ayat dalam ayat
yang wujud dalam ayat majmuk. Klausa juga terbentuk daripada
kelompok kata dalam frasa (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Seperti yang sudah diterangkan dalam huraian bahagian a, klausa
dapat berfungsi sebagai klausa subjek, klausa predikat, klausa
objek, klausa pelengkap, klausa penerang, dan klausa keterangan
berdasarkan sebab-sebab tertentu. Untuk memulakan penganalisisan
klausa, saya terlebih dahulu mengenal pasti subjek utama dan
predikat utama ayat, kemudian membahagikan ayat tersebut kepada dua
pecahan ayat tunggal. Seterusnya, kata hubung atau kata tanya yang
digunakan untuk menggabungkan kedua-dua ayat tersebut dikenal
pasti. Setelah itu, saya akan mengenal pasti klausa yang berfungsi
sebagai tugas yang tertentu berdasarkan sebab-sebab yang dapat
dikenal pasti. Untuk ini, saya harus mengaplikasikan semua fahaman
saya dalam bidang sintaksis sama ada dalam golongan kata, subjek,
predikat, objek dalam ayat, penerang, pelengkap, dan keterangan dan
lain-lain yang berkaitan. Setiap kata yang membentuk frasa dalam
klausa ini saya amati dengan telitinya.
Tugasan menghasilkan penganalisisan klausa ini memberikan saya
pengalaman bagi mendapatkan analisis yang cermat agar fungsi klausa
sebagai tugas-tugas tertentu adalah tepat. Perkara ini memberikan
saya pengalaman bernilai di mana saya harus memahami dan ari
menguasainya terlebih dahulu dahulu sebelum dengan mudahnya dapat
mengecamkan fungsi klausa bagi setiap ayat yang diberikan tersebut.
Dari segi pengetahuan baharu pula, tidak saya nafikan bahawa setiap
kali saya mengalami kekeliruan, saya akan berusaha mendapatkan
penyelesaiannya. Dan setiap kali penjelasan yang saya dapat pasti
saya turut belajar sesuatu dengan ilmu pengetahuan yang baharu.
Sebagai contohnya, sekiranya dalam frasa, setiap ayat yang
menggunakan kata tanya seperti bagaimana, siapakah dan lain-lain
yang berkaitan wajib meletakkan tanda soal pada akhir ayat. Ini
berbeza daripada klausa di mana kata tanya dapat digunakan tanpa
meletakkan tanda soal pada akhir ayat. Hal ini demikian kerana kata
tanya tanpa tanda soal boleh digunakan oleh sebab wujud dalam ayat
majmuk.Begitu juga, kata tanya dapat bertugas sebagai klausa subjek
sekiranya terletak pada awal ayat sedangkan sekiranya dalam frasa,
kata tanya tidak boleh menjadi subjek sebaliknya menjadi predikat
ayat. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini demikian kerana yang
dikatakan klausa ialah apabila terdapat kata hubung atau kata tanya
yang menggabungkan dua ayat tunggal dalam satu ayat utama. Inilah
antara pengetahuan baharu yang saya dapat. Cuba bayangkan situasi
di mana saya tidak mengetahui ilmu ini, pastinya saya tidak akan
sesekali memilih ayat yang mempunyai kata tanya sebagai subjek.
Inilah pengalaman dan pengetahuan baharu yang sangat berguna kepada
saya untuk lebih memahami sintaksis secara am dan linguistik secara
khusus. Saya juga mendapat pemahaman baharu bahawa mengapakah
setiap kali saya mengalami kekeliruan pastinya ada sahaja
penjelasan tepat mengenainya. Itulah yang saya peroleh setiap kali
mengutarakan soalan kepada pensyarah pembimbing apabila keliru
dengan sesuatu. Yang pastinya pensyarah tanpa gagal atau bertangguh
untuk memberikan penjelasan tentangnya. Malahan, penjelasan demi
penjelasan dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan kepada
saya. Bahkan, saya cuba pula mengaplikasikannya terhadap sebarang
kekeliruan berikutnya yang hampir sama.Yang menjadi persoalannya
mengapakah setiap kekeliruan yang dihadapi dalam bidang ini
mempunyai penjelasan dan jawaban. Hal ini demikian kerana sintaksis
merupakan salah satu daripada struktur linguistik. Yang dikatakan
struktur ialah cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada
pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola,
sistem atau bentuk tertentu seperti struktur dalam bahasa Melayu
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Manakala, linguistik
didefinisikan sebagai satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini
bermaksud bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara
saintifik. Oleh sebab itulah, sintaksis dikatakan sebagai bidang
bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal, iaitu melalui
kajian. Disebabkan itu juga, setiap yang terkandung dalam bidang
ini mempunyai penjelasannya dengan hujah yang relevan. Hal ini
demikian kerana bidang sintaksis ini telah dikaji secara
empirikal.
Selain itu, penjelasan tentang setiap kekeliruan dalam bidang
sintaksis mempunyai jawaban dengan hujah yang utuh juga turut
dikaji oleh Nor Hashimah Jalaluddin dalam GEMA Online Journal of
Language Studies, Volume 6 (2) Order 2006: Research and
Publications culture Barbarians: A Synergistic (2006) yang
mengatakan bahawa, Linguistics is the scientific study of language.
Ini jelas bermaksud bahawa linguistik ialah kajian bahasa secara
saintifik. Dan ciri saintifik yang ada dalam bidang sintaksis
membolehkan sebarang pertelingkahan yang wujud dapat diselesaikan
menerusi penyelidikan. Menurut beliau lagi, penyelidikan bukan
sahaja dapat memperlihatkan satu fenomena bahasa dengan lebih
jelas, malah akan menjadikan ilmu itu lebih sahih kesaintifikannya.
Beliau turut menambah bahawa ciri saintifik memberi ruang kepada
ilmu linguistik itu untuk terus diselidiki. Ciri saintifik ini pula
harus mampu memenuhi kriteria pengamatan (observatory), penghuraian
(descriptive) dan penjelasan (explanatory). Ketiga-tiga kepadaan
(adequacy) ini menjadi piawai kepada peningkatan mutu (tinggi) ilmu
linguistik itu sendiri. Ketiga-tiga ciri ini akan mudah
dilaksanakan dengan bantuan penyelidikan, kerangka teori yang baik
dan persembahan yang menarik. Dan sekali lagi saya mendapat
pengetahuan baharu tentang bidang sintaksis ini secara am dan
linguistik secara khusus.Berdasarkan pengalaman yang saya peroleh
setelah menjalankan tugasan ini, saya yakin bahawa pengalaman ini
dapat membantu profesion saya sebagai seorang bakal guru bahasa
Melayu dan dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Keyakinan saya ini adalah berlandaskan kepentingan bidang sintaksis
itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Dan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan dapat dimartabatkan
sekiranya pengguna bahasa ini menggunakan bahasa dengan betul.
Bagaimana hendak berbahasa menggunakan bahasa yang betul? Semuanya
kembali kepada kepentingan bidang sintaksis itu sendiri yang
merupakan ilmu tatababahasa yang merujuk kepada pengetahuan atau
pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Sekiranya tepat tatabahasanya,
maka tepatlah penggunaan bahasanya. Dan apabila pengguna sendiri
sebagai penutur menggunakan bahasa mereka dengan bahasa yang betul,
mengapa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak dapat
dimartabatkan? Sedangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sendiri
sudah membawa maksud yang cukup tinggi, iaitu bahasa yang mampu
menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke
peringkat tinggi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).Dan menjadi
tugas sayalah dalam meneruskan pencapaian ini, iaitu sebagai bakal
guru bahasa Melayu yang dapat menggunakan kesemua pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang sintaksis dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu yang berkesan. Hal ini demikian kerana
saya merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa yang harus
mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa
yang akan diajarkan. Bahasa sendiri terdiri daripada ayat-ayat.
Tanpa ayat-ayat, bahasa tidak akan berdiri dengan sendirinya. Oleh
itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai struktur sintaksis kepada
bakal guru bahasa Melayu seperti saya sangat
penting kerana secara jelasnya bidang ini adalah berhubung
dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang
mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat
mengajarkan sesuatu bahasa dengan cemerlang? Berdasarkan persoalan
ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan sintaksis
kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan dan kefahaman
tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Jika
guru bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang
sintaksis, bagaimana pula anak muridnya? Sedangkan guru bahasa itu
adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus pembawa bahasa
Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri pincang
ilmunya, ke mana hala tuju bahasa Melayu yang digunakan sebagai
bahasa ilmu?Menurut dapatan jurnal yang dikaji oleh Loeb, S.,
Miller, L., dan Strunk, K. (2009) yang bertajuk, The State Role in
Teacher Professional Development and Education throughout Teachers,
mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah guru yang
mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan
guru mempengaruhi keupayaan murid. Namun demikian, bagaimana jika
sebaliknya berlaku apabila guru sendiri yang ternyata kurangnya
ilmu tentang sintaksis pastinya tidak akan dapat memberikan
penerangan tepat mengenai sesuatu perkara yang mengelirukan.
Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku.
Antaranya, masalah ini membuatkan murid sering melakukan kesilapan
yang sama berulangkali kerana mereka kurang memahami apa yang
diterangkan oleh guru mereka. Perkara ini semua adalah penting
dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa
Melayu yang menggunakan bahasa ilmu untuk menaikkan martabat bahasa
ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu saya
menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan sintaksis yang ada
untuk membantu profesion saya pada masa akan datang dengan
sebaiknya. Saya yakin bahawa jika segalanya diaplikasikan dengan
baik, pastinya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan dapat
dimartabatkan. Dan untuk mengakhiri refleksi ini, semoga semua ilmu
yang diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin apabila
diaplikasikannya di sekolah apabila bergelar pendidik kelak.
BibliografiAbdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Abdullah Hassan dan Ainon
Mohamad. (1995). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Shah Alam:
Fajar Bakti.Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu.
Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman
dan Razali Ayob. ( 2006). Sintaksis. Pahang: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.Asmah Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asraf. ( 2007). Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.Awang Sariyan.
(1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Bahasa Melayu: Bahasa Antarabangsa
dan Upaya Pengantarabangsaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Penterjemahan Memperkasakan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Diperoleh pada: 25 Februari 2014.
Daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251Dewan Bahasa dan Pustaka.
(2008 - 2014). Laman Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=klausaFairose Shamsuddin. (6
Januari 2010). Cemerlang Bahasa Melayu. Dimuat turun pada 25
Januari 2012. Daripada:
http://fairosesmkbtkbm.blogspot.com/2010/01/klausa.htmlGoay Teck
Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. (2008). Teks Pra-U STPM
Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman.Kamus Dewan
Edisi Keempat. (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus
Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State
Role in Teacher Professional Development and Education throughout
Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud.
(1993). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid
Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Norhairie Nordin. Mari Berbahasa Sebaiknya. Diperoleh pada: 25
Februari 2014. Daripada:
http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/Nor
Hashimah Jalaluddin. (2006). Research and Publications Culture
Barbarians: A Synergistic. GEMA Online Journal of Language Studies,
Volume 6 (2), 1675-8021. Akamedia.(2014). Sintaksis. Diperoleh
pada: 30 Februari 2014. Daripada:
http://books.google.com.my/books?id=WhiTFhRQbTwC&printsec=frontcover&dq=sintaksis&hl=en&sa=X&ei=6IAoU7WA8WlrQfZpIGwDw&ved=0CC0Q6AEwAA#v=onepage&q=sintaksis&f=false
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan
Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lampiran Kerja Kursus Projek Sintaksis BMM3110 15