1.0 PendahuluanMorfologi merupakan bidang bahasa yang dapat
dibuktikan secara empirikal. Menurut Abdullah Hassan (2009:117)
menyatakan bahawa morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji
bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan.
Kamus Linguistik (1997:162) turut memberikan takrifan kepada
morfologi, iaitu sebagai satu cabang tatabahasa yang mengkaji
struktur, bentuk, dan golongan kata.Manakala, Nik Safiah Karim
(2009:43) menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata.
Yang dimaksudkan dengan struktur kata ialah susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang
bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan tetapi
konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia
( Abdullah Hassan, 2006: 12). Manakala penggolongan kata ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama (Nik Safiah
Karim et.al, 1996: 2006).Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam turut
memberikan definisi tentang bidang ini. Menurut Raminah Hj. Sabran
dan Rahim Syam (1985:152), morfologi ialah satu bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan
disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu sementara
perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi
makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Sesuatu perkataan itu
pula dibentuk daripada satu morfem atau lebih.Secara literalnya,
morfologi ialah satu bidang linguistik dan cabang tatabahasa yang
memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi
struktur, pembentukan kata mahupun penggolongan kata. Penguasaan
dalam bidang ini dapat membantu kita untuk menggunakan bahasa
Melayu dengan lebih berkesan terutamanya dalam penulisan dan
berinteraksi. Hal ini demikian kerana penulisan dan komunikasi yang
berkesan ialah satu proses apabila penutur dapat menyalurkan
maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Sehubungan
dengan itu, sebagai pengguna bahasa kita mestilah dapat menguasai
bidang morfologi dengan baik.
2.0 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu Dalam istilah
linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan
baharu dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 133)
menyatakan bahawa proses pembentukan kata menerangkan bagaimana
sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan
ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses pembentukan kata dalam
bahasa Melayu melibatkan pembentukan kata nama, kata kerja, kata
adjektif, dan kata baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat
bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan
kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses
pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses
tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan, pemajmukan,
penggandaan dan akronim. Dalam tugasan ini, penjelasan tentang
proses pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan proses
pengimbuhan dan proses penggandaan kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif akan dibincangkan berserta contoh yang relevan.2. 1 Proses
pembentukan kata yang melibatkan proses pengimbuhan kata nama, kata
kerja dan kata adjektifMenurut Asraf (2007: 57), mengatakan bahawa
proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada
kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Menurut beliau, sesuatu
kata dalam bahasa Melayu dapat diubah bentuknya dan maknanya dengan
menggunakan imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila
digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif. Awalan Imbuhan yang diletakkan pada awal perkataan
(sebelum kata dasar) dalam penggunaannya. Misalnya ter-, ber-, me-,
men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-,se-, ke-, dan lain-lain.
Berikut ialah contoh penggunaan imbuhan awalan bagi kelas kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif.Imbuhan awalan kata nama, kata
kerja, dan kata adjektifImbuhan awalankata dasarKata terbitan
ber-rodaberoda
me-masakmemasak
di-kejardikejar
diper-alatdiperalat
men-carimencari
mem-bawamembawa
memper-kuatmemperkuat
meng-bommengebom
meny-sapumenyapu
sebesarsebesar
terangkatterangkat
pe-kerjapekerja
per-buruperburu
pem-buatpembuat
AkhiranImbuhan yang letaknya di akhir kata. Contohnya: -an,
-man, -wan, -wati, -kan, -i, -kah, -lah, -ku, -mu, dan,
-nya.Imbuhan akhiran kata nama, kata kerja, dan kata
adjektifImbuhan akhirankata dasarKata terbitan
-anbacabacaan
-manbudibudiman
-wandermadermawan
-watiseniseniwati
-kanjalanjalankan
-idekatdekati
-kahsiapasiapakah
-lahdiadialah
-kumilikmilikku
-mudiridirimu
-nyaubatubatnya
ApitanImbuhan yang terjadi daripada awalan yang digabungkan
dengan akhiran. Contohnya: ber..an, ber..kan, me..kan, me..i,
di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan, memper..i,
diper..kan, diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan, se..nya.
Imbuhan apitan kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan
apitankata dasarKata terbitan
ber..anlariberlarian
ber..kansenjatabersenjatakan
me..kanbukumembukukan
me..idudukmenduduki
di..kantemuditemukan
di..ilaludilalui
ter..kangambartergambarkan
ter..iatasteratasi
memper..kanrumahmemperumahkan
memper..iisterimemperisteri
diper..kanmaindipermainkan
diper..isenjatadipersenjatai
ke..anramaikeramaian
per..anbuatperbuatan
pe..ankerjapekerjaan
se..nyabelumsebelumnya
Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan
terbahagi kepada empat, iaitu er-, el, em- dan in-.Imbuhan sisipan
kata nama, kata kerja, dan kata adjektifImbuhan sisipankata
dasarKata terbitan
er-sabutgigiserabutgerigi
el-serakselerak
em-gilanggersikgemilanggemersik
in-sambungkesinambungan
2.2 Proses pembentukan kata yang melibatkan proses penggandaan
kata nama, kata kerja dan kata adjektifProses penggandaan ialah
proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa
atau berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Menurut
Asraf (2007: 282), terdapat empat jenis penggandaan, iaitu; 1.
Penggandaan penuh atau seluruh2. Penggandaan separa3. Penggandaan
berentak4. Penggandaan berimbuhan
Penggandaan penuh atau seluruhProses penggandaan penuh atau
seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan
seluruhnya serta diberi tanda sempang (-). Kata dasar yang
digandakan seluruhnya itu boleh terdiri daripada pelbagai kelas
kata termasuklah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Contohnya:Kata dasar dan kelasnyaKata ganda seluruh
ayam (kata nama)ayam-ayam
pelajar (kata nama)pelajar-pelajar
duduk (kata kerja)duduk-duduk
besar (kata adjektif)besar-besar
hidup (kata kerja)hidup-hidup
cantik (kata adjektif)cantik-cantik
Penggandaan separaProses penggandaan separa ialah proses yang
mengulangi sebahagian kata dasar sahajaPenggandaan separa berlaku
pada dua jenis kata dasar, iaitu: Pada kata dasar tunggal dan
lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak
pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam
bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal
e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :Kata
dasar dan kelasnyaKata ganda separa
daun (kata nama)dedaun
bola (kata nama)bebola
jari (kata nama)jejari
pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku
hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.
Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan
boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian
hadapan kata dasar.Kata dasar berimbuhanKata ganda separa
tersenyumtersenyum-senyum
membantubantu-membantu
berkataberkata-kata
sebesarsebesar-besar
Penggandaan berentak atau bersajakProses penggandaan berentak
ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh
kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan
berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :1. Penggandaan
berentak yang mengalami persamaan bunyi di hujungContoh:
hingar-bingar kuih-muih tunggang-langgang2. Penggandaan berentak
yang mengalami persamaan bunyi di pangkalContoh: suku-sakat
porak-peranda3. Penggandaan berentak yang mengalami persesuaian
bunyi di tengahContoh: tanah-tanihSemua penggandaan berentak diberi
tanda sempang (-) oleh sebab salah satu atau kedua-dua kata yang
membentuk kata ganda bersajak itu tidak mempunyai makna dan tidak
dapat berdiri sendiri. Penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata
nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Contohnya:Kata
NamaKata AdjektifKata Kerja
tanah-tanihkusut-masaimundar-mandir
lauk-pauksegar-bugarulang-alik
desas-desusgilang-gemilanglalu-lalang
Penggandaan berimbuhanProses penggandaan imbuhan ialah kata
ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa awalan, akhiran,
apitan, atau sisipan. Contohnya:awalanteragak-agak
akhiranbau-bauan
apitansebaik-baiknya
sisipantali-temali
Penggandaan berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai kelas
kata termasuklah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Penggandaan berimbuhan juga mesti disertai tanda sempang (-).kata
namabuah-buahan, tumbuh-tumbuhan
kata adjektifkeanak-anakan, besar-besaran
kata kerjaberjalan-jalan, terkebil-kebil
3.0 Penganalisisan Penggunaan Kata Tugasan berikutnya ini ialah
berkaitan penganalisisan penggunaan kata berdasarkan sebuah artikel
yang dipilih daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penelitian penggunaan kata terbitan dalam artikel yang dipilih dan
penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam perkataan tersebut
berserta proses pengimbuhan yang berlaku merupakan fokus penting
dalam pelaksanaan tugasan berikutnya ini. Oleh itu, saya telah
memilih sebuah artikel yang bertajuk, Melestarikan Terbitan Bahasa
Melayu yang ditulis oleh Diarani Mat Adam. Artikel penuh ini
terdapat dalam lampiran yang disertakan dengan tugasan ini.
Bil.Kata terbitanGolongan kata bagi kata dasarProses pengimbuhan
yang berlaku
1.BerlangsungKata dasarnya ialah langsung. Langsung ialah
golongan kata tugas sebelum berubah menjadi kata terbitan
berlangsung, iaitu golongan kata kerja.Kata terbitan berlangsung
terdiri daripada kata dasar langsung. Apabila kata dasar langsung
menerima imbuhan awalan ber-, akan berubah menjadi kata terbitan
berlangsung.
2.PenulisanKata dasarnya ialah tulisan. Tulisan ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan penulisan.Kata
terbitan penulisan terdiri daripada kata dasar tulisan. Apabila
kata dasar tulisan, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata
dasar menerima imbuhan apitan pe..an, huruf t akan berubah menjadi
huruf n. Seterusnya, kata terbitan penulisan terhasil.
3.PenerbitanKata dasarnya ialah terbitan. Terbitan ialah
golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan
penerbitan.Kata terbitan penerbitan terdiri daripada kata dasar
terbitan. Apabila kata dasar terbitan, iaitu huruf t sebagai huruf
pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, huruf t
akan berubah menjadi n. Seterusnya, kata penerbitan terhasil.
4.UcapanKata dasarnya ialah ucap. Ucap ialah golongan kata nama
sebelum berubah menjadi kata terbitan ucapan.Kata terbitan ucapan
terdiri daripada kata dasar ucap. Apabila kata dasar ucap menerima
imbuhan akhiran -an, kata dasar ucap akan berubah menjadi kata
terbitan ucapan.
5.PerasmianKata dasarnya ialah rasmi. Rasmi ialah golongan kata
adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan perasmian yang
tergolong dalam kata nama.Kata terbitan perasmian terdiri daripada
kata dasar rasmi. Apabila kata dasar rasmi menerima imbuhan apitan
pe..an, akan berubah menjadi kata terbitan perasmian.
6.KetuaKata dasarnya ialah tua. Tua ialah golongan kata kerja
adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan ketua, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan ketua terdiri daripada kata dasar
tua. Apabila kata dasar tua menerima imbuhan awalan ke-, akan
berubah menjadi kata terbitan ketua.
7.PengarahKata dasarnya ialah arah. Arah ialah golongan kata
kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan pengarah, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan pengarah terdiri daripada kata
dasar arah. Apabila kata dasar arah, iaitu huruf vokal a sebagai
huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe-, imbuhan
pe- akan berubah menjadi peng-. Seterusnya, kata pengarah
terbit.
8.BerkataKata dasarnya ialah kata. Kata ialah golongan kata nama
sebelum berubah menjadi kata terbitan berkata, iaitu golongan kata
kerja.Kata terbitan berkata terdiri daripada kata dasar kata.
Apabila kata dasar kata menerima imbuhan awalan ber-, akan berubah
menjadi kata terbitan berkata.
9.MemastikanKata dasarnya ialah pasti. Pasti ialah golongan kata
adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan memastikan, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan memastikan terdiri
daripada kata dasar pasti. Apabila kata dasar pasti menerima
imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan
memastikan.
10.SebagaiKata dasarnya ialah bagai. Bagai ialah kelompok kata
kata sendi daripada golongan kata tugas sebelum berubah menjadi
kata tugas (kata hubung) dalam kata terbitan sebagai.Kata terbitan
sebagai terdiri daripada kata dasar bagai. Apabila kata dasar bagai
menerima imbuhan awalan se-, kata dasar bagai akan berubah menjadi
kata terbitan sebagai.
11.MemainkanKata dasarnya ialah main. Main ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan memainkan, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan memainkan terdiri daripada
kata dasar main. Apabila kata dasar main menerima imbuhan apitan
me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan memainkan.
12.MenyebarluaskanKata dasarnya ialah sebar luas. Sebar luas
ialah kata majmuk sebelum berubah menjadi kata terbitan
menyebarluaskan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan
menyebarluaskan terdiri daripada kata dasar sebar luas. Apabila
kata dasar sebar, iaitu huruf s sebagai huruf pertama pada kata
dasar menerima imbuhan awalan me..kan, huruf s akan bertukar
menjadi ny. Seterusnya, kata menyebarluaskan terbit.
13.PenggunaanKata dasarnya ialah guna. Guna ialah golongan kata
kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan penggunaan, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan penggunaan terdiri daripada kata
dasar guna. Apabila kata dasar guna, iaitu huruf g sebagai huruf
pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, imbuhan pe-
akan berubah menjadi peng- dan kemudian ditambah akhiran an. Maka,
kata terbitan penggunaan terhasil.
14.FungsinyaKata dasarnya ialah fungsi. Fungsi ialah golongan
kata tugas dalam kelas kata sandang sebelum berubah menjadi kata
terbitan fungsinya, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan
fungsinya terdiri daripada kata dasar fungsi. Apabila kata dasar
fungsi menerima imbuhan akhiran -nya, akan berubah menjadi kata
terbitan fungsinya.
15.TermaktubKata dasarnya ialah maktub. Maktub ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan termaktub, iaitu
kata kerja tak transitif.Kata terbitan termaktub terdiri daripada
kata dasar maktub. Apabila kata dasar maktub menerima imbuhan
awalan ter-, akan berubah menjadi kata terbitan termaktub.
16.BekerjasamaKata dasarnya ialah kerjasama. Kerjasama ialah
golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan
bekerjasama, iaitu kata kerja tak transitif.Kata terbitan
bekerjasama terdiri daripada kata dasar kerjasama. Asalnya apabila
awalan ber- bertemu dengan kata yang suku pertamanya diakhiri er
seperti kerja, maka awalan ber berubah menjadi be-. Dan apabila
kata dasar kerjasama menerima awalan be, maka akan berubah menjadi
kata terbitan bekerjasama.
17.BerkaitanKata dasarnya ialah kait. Kait ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan berkaitan, iaitu
kata kerja tak transitif.Kata terbitan berkaitan terdiri daripada
kata dasar kait. Apabila kata dasar kait menerima imbuhan apitan
ber..an, maka akan berubah menjadi kata terbitan berkaitan.
18.MenggalakkanKata dasarnya ialah galak. Kata dasar galak ialah
golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan
menggalakkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Apabila kata dasar
galak, iaitu huruf g sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima
imbuhan apitan me..kan, apitan me..kan akan bertukar menjadi
meng..kan dan seterusnya berubah menjadi kata terbitan
menggalakkan.
19.MeningkatkanKata dasarnya ialah tingkat. Tingkat ialah
golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan
meningkatkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan
meningkatkan terdiri daripada kata dasar tingkat. Apabila kata
dasar tingkat menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi
kata terbitan meningkatkan.
20.PerkembanganKata dasarnya ialah berkembang. Berkembang ialah
golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan
perkembangan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan perkembangan
terdiri daripada kata dasar berkembang. Apabila kata dasar kembang
menerima imbuhan apitan per..an, maka terhasillah kata terbitan
perkembangan.
21.MerupakanKata dasarnya ialah rupa. Rupa ialah golongan kata
nama sebelum berubah menjadi kata terbitan merupakan, iaitu kata
kerja transitif aktif.Kata terbitan merupakan terdiri daripada kata
dasar rupa. Apabila kata dasar rupa menerima imbuhan apitan
me..kan, akan berubah menjadi kata terbitan merupakan.
22.PembudayaanKata dasarnya ialah budaya. Budaya ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pembudayaan.Kata
terbitan pembudayaan terdiri daripada kata dasar budaya. Apabila
kata dasar budaya, iaitu huruf b sebagai huruf pertama pada kata
dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah
menjadi pem- dan kemudian ditambah akhiran an maka, terhasillah
kata terbitan pembudayaan.
23.DirancangKata dasarnya ialah rancang. Rancang ialah golongan
kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan dirancang,
iaitu kata kerja pasif.Kata terbitan dirancang terdiri daripada
kata dasar rancang. Apabila kata dasar rancang menerima imbuhan
awalan di, akan berubah menjadi kata terbitan dirancang.
24.MengadakanKata dasarnya ialah ada. Ada ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan mengadakan, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan mengadakan terdiri
daripada kata dasar ada. Apabila kata dasar ada, iaitu huruf vokal
a sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan
me..kan, imbuhan me- akan berubah menjadi meng-. Seterusnya, kata
mengadakan terbit.
25.MemberikanKata dasarnya ialah beri. Kata dasar beri ialah
golongan kata kerja sebelum berubah menjadi kata terbitan
memberikan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan
memberikan terdiri daripada kata dasar beri. Apabila kata dasar
beri menerima imbuhan apitan mem..kan, akan berubah menjadi kata
terbitan menjadikan.
26.PendedahanKata dasarnya ialah dedahan. Dedahan ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pendedahan.Kata
terbitan pendedahan terdiri daripada kata dasar dedahan. Apabila
kata dasar dedahan, iaitu huruf d sebagai huruf pertama pada kata
dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah
menjadi pen- dan kemudian ditambah akhiran an maka, terhasillah
kata terbitan pendedahan.
27.BacaanKata dasarnya ialah baca. Baca ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan bacaan, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan bacaan terdiri daripada kata dasar
baca. Apabila kata dasar baca menerima imbuhan akhiran -an, akan
berubah menjadi kata terbitan bacaan.
28.SehinggaKata dasarnya ialah hingga. Hingga ialah kelompok
kata kata sendi daripada golongan kata tugas sebelum berubah
menjadi kata tugas (kata hubung) dalam kata terbitan sehingga.Kata
terbitan sehingga terdiri daripada kata dasar hingga. Apabila kata
dasar hingga menerima imbuhan awalan se-, kata dasar hingga akan
berubah menjadi kata terbitan sehingga.
29.menerimaKata dasarnya ialah terima. Kata dasar terima ialah
golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan
menerima, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menerima
terdiri daripada kata dasar terima. Apabila kata dasar terima,
iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima
imbuhan awalan me-, huruf t akan berubah menjadi n. Seterusnya,
kata menerima terbit.
30.DiserahkanKata dasarnya ialah serahkan. Serahkan ialah
golongan kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan
diserahkan, iaitu golongan kata kerja pasif.Kata terbitan
diserahkan terdiri daripada kata dasar serahkan. Apabila kata dasar
serahkan menerima imbuhan apitan di..kan, akan berubah menjadi kata
terbitan diserahkan.
31.PenerbitKata dasarnya ialah terbit. Terbit ialah golongan
kata kerja sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata
terbitan penerbit.Kata terbitan penerbit terdiri daripada kata
dasar terbit. Apabila kata dasar terbit, iaitu huruf t sebagai
huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t
akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penerbit
terhasil.
32.DijalankanKata dasarnya ialah jalan. Jalan ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan dijalankan, iaitu
golongan kata kerja pasif.Kata terbitan dijalankan terdiri daripada
kata dasar jalan. Apabila kata dasar jalan menerima imbuhan apitan
di..kan, akan berubah menjadi kata terbitan dijalankan.
33.MenambahKata dasarnya ialah tambah. Tambah ialah golongan
kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan menambah, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menambah terdiri daripada
kata dasar tambah. Apabila kata dasar tambah menerima imbuhan
awalan me-, akan berubah menjadi kata terbitan menambah.
34.MengejarKata dasarnya ialah kejar. Kejar ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan mengejar, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan mengejar terdiri daripada
kata dasar kejar. Apabila kata dasar kejar, iaitu huruf k sebagai
huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, huruf k
akan bertukar menjadi ng. Seterusnya, kata mengejar terbit.
35.SasaranKata dasarnya ialah sasar. Sasar ialah golongan kata
adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan sasaran, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan sasaran terdiri daripada kata
dasar sasar. Apabila kata dasar sasar menerima imbuhan akhiran -an,
akan berubah menjadi kata terbitan sasaran.
36.KhususnyaKata dasarnya ialah khusus. Khusus ialah golongan
kata adjektif sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata
terbitan khususnya.Kata terbitan khususnya terdiri daripada kata
dasar khusus. Apabila kata dasar khusus menerima imbuhan akhiran
-nya, maka terhasillah kata terbitan khususnya.
37.KandungannyaKata dasarnya ialah kandungan. Kandungan ialah
golongan kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan
kandungannya.Kata terbitan kandungannya terdiri daripada kata dasar
kandungan. Apabila kata dasar kandungan menerima imbuhan akhiran
-nya, maka terhasillah kata terbitan kandungannya.
38.merakamkanKata dasarnya ialah rakamkan. Rakamkan ialah
golongan kata kerja pasif sebelum berubah menjadi kata terbitan
merakamkan, iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan
merakamkan terdiri daripada kata dasar rakamkan. Apabila kata dasar
rakamkan menerima imbuhan apitan me..kan, akan berubah menjadi kata
terbitan merakamkan.
39.MembawaKata dasarnya ialah bawa. Bawa ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membawa, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membawa terdiri daripada
kata dasar bawa. Apabila kata dasar bawa, iaitu huruf b sebagai
huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, awalan
me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata membawa terbit.
40.BergunaKata dasarnya ialah guna. Guna ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan berguna, iaitu
kata kerja tak transitif.Kata terbitan berguna terdiri daripada
kata dasar guna. Apabila kata dasar guna menerima imbuhan awalan
ber-, maka akan berubah menjadi kata terbitan berguna.
41.DiteladaniKata dasarnya ialah teladan. Teladan ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan diteladani, iaitu
golongan kata kerja pasif.Kata terbitan diteladani terdiri daripada
kata dasar teladan. Apabila kata dasar teladan menerima imbuhan
apitan di..i, akan berubah menjadi kata terbitan diteladani.
42.DiambilKata dasarnya ialah ambil. Ambil ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan diambil, iaitu
golongan kata kerja pasif.Kata terbitan diambil terdiri daripada
kata dasar ambil. Apabila kata dasar ambil menerima imbuhan awalan
di-, akan berubah menjadi kata terbitan diambil.
43.PengajaranKata dasarnya ialah ajaran. Ajaran ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan pengajaran.Kata
terbitan pengajaran terdiri daripada kata dasar ajaran. Apabila
kata dasar ajaran, iaitu huruf vokal a sebagai huruf pertama pada
kata dasar menerima imbuhan apitan pe..an, awalan pe- akan berubah
menjadi peng-. Seterusnya, kata pengajaran terbit.
44.MembacaKata dasarnya ialah baca. Baca ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membaca, iaitu
kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membaca terdiri daripada
kata dasar baca. Apabila kata dasar baca, iaitu huruf b sebagai
huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan me-, awalan
me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata membaca terbit.
45.KaryanyaKata dasarnya ialah karya. Karya ialah golongan kata
nama sebelum berubah menjadi kata terbitan karyanya.Kata terbitan
karyanya terdiri daripada kata dasar karya. Apabila kata dasar
karya menerima imbuhan akhiran -nya maka terhasillah kata terbitan
karyanya.
46.MenampilkanKata dasarnya ialah tampil. Tampil ialah golongan
kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan menampilkan,
iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan menampilkan terdiri
daripada kata dasar tampil. Apabila kata dasar tampilkan, iaitu
huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan
apitan me..kan, huruf t akan berubah menjadi huruf n. Seterusnya,
kata menampilkan terbit.
47.KebangsaanKata dasarnya ialah bangsa. Bangsa ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan kebangsaan.Kata
terbitan kebangsaan terdiri daripada kata dasar bangsa. Apabila
kata dasar bangsa menerima imbuhan apitan ke..an, maka terhasillah
kata terbitan kebangsaan.
48.TerlibatKata dasarnya ialah libat. Libat ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata kerja tak transitif dalam
kata terbitan terlibat.Kata terbitan terlibat terdiri daripada kata
dasar libat. Apabila kata dasar libat menerima imbuhan awalan ter,
maka terhasillah kata terbitan terlibat.
49.MembicarakanKata dasarnya ialah bicara. Bicara ialah golongan
kata kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan membicarakan,
iaitu kata kerja transitif aktif.Kata terbitan membicarakan terdiri
daripada kata dasar bicara. Apabila kata dasar bicara, iaitu huruf
b sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima imbuhan apitan
me..kan, awalan me- akan berubah menjadi mem-. Seterusnya, kata
membicarakan terbit.
50.DijayakanKata dasarnya ialah jaya. Jaya ialah golongan kata
adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan dijayakan, iaitu
golongan kata kerja pasif.Kata terbitan dijayakan terdiri daripada
kata dasar jaya. Apabila kata dasar jaya menerima imbuhan apitan
di..kan, akan berubah menjadi kata terbitan dijayakan.
51.PenulisKata dasarnya ialah tulis. Tulis ialah golongan kata
kerja sebelum berubah menjadi golongan kata nama dalam kata
terbitan penulis.Kata terbitan penulis terdiri daripada kata dasar
tulis. Apabila kata dasar tulis, iaitu huruf t sebagai huruf
pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t akan
berubah menjadi huruf n. Seterusnya, kata terbitan penulis
terhasil.
52.BerkongsiKata dasarnya ialah kongsi. Kongsi ialah golongan
kata nama sebelum berubah menjadi kata terbitan berkongsi, iaitu
golongan kata kerja tak transitif.Kata terbitan berkongsi terdiri
daripada kata dasar kongsi. Apabila kata dasar kongsi menerima
imbuhan awalan ber, maka akan berubah menjadi kata terbitan
berkongsi.
53.PengalamanKata dasarnya ialah mengalami. Mengalami ialah
golongan kata kerja transitif sebelum berubah menjadi golongan kata
nama dalam kata terbitan pengalaman.Kata terbitan pengalaman
terdiri daripada kata dasar mengalami. Apabila kata dasar mengalami
menerima imbuhan apitan pe..an, awalan me- akan ditukar kepada
awalan pe- dan ditambah akhiran an, maka terhasillah kata terbitan
pengalaman.
54.Keistimewaan Kata dasarnya ialah istimewa. Istimewa ialah
golongan kata adjektif sebelum berubah menjadi kata terbitan
keistimewaan, iaitu golongan kata nama.Kata terbitan keistimewaan
terdiri daripada kata dasar istimewa. Apabila kata dasar istimewa
menerima imbuhan apitan ke..an, maka akan berubah menjadi kata
terbitan keistimewaan.
55.panduanKata dasarnya ialah pandu. Pandu ialah golongan kata
kerja asal sebelum berubah menjadi kata terbitan panduan, iaitu
golongan kata nama.Kata terbitan panduan terdiri daripada kata
dasar pandu. Apabila kata dasar pandu menerima imbuhan akhiran -an,
akan berubah menjadi kata terbitan panduan.
4.0 Penulisan Refleksi Pada 10 Februari 2014 yang lalu, soalan
tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3109, iaitu kursus Morfologi
Bahasa Melayu telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu
Encik Mohd Yusoff Shamsuddin. Tugasan ini merupakan salah satu
tugasan yang wajib dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam
semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang diberikan
di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama
rakan-rakan sekuliah yang dibimbing oleh pensyarah telah
bersama-sama berbincang tentang kehendak tugasan ini. Dalam
perbincangan tersebut, pensyarah memberikan huraian dan penjelasan
satu persatu. Walaubagamanapun, terdapat sebahagian daripada
tugasan ini yang agak mengelirukan saya. Mungkin disebabkan saya
sendiri masih belum dapat menguasai sepenuhnya bidang ilmu ini oleh
sebab masih pada peringkat untuk memahami pelajaran bidang ilmu
ini. Namun demikian, kekeliruan ini bukanlah satu masalah besar
oleh sebab saya sendiri dibimbing dengan banyak oleh pensyarah
pembimbing yang cukup berpengetahuan tentang bidang ini. Setiap
kali sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, saya
akan berusaha mengambil peluang dan ruang untuk bertanyakan beliau
sendiri atau menerusi rakan-rakan. Malahan, saya berasa teruja
untuk menyiapkan tugasan ini. Berasa terujalah saya oleh sebab
kursus ini adalah antara kursus yang agak mencabar dan memerlukan
penelitian yang rapi. Tambahan lagi, walaupun saya agak cepat dalam
memahami sesuatu perkara yang diajarkan berkaitan bidang ini tetapi
cepat pula saya tidak mengingati kembali. Namun demikian, saya
mengambilnya sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan
saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak sewaktu
melaksanakan tugasan ini nanti. Oleh itu, selepas mendapat
penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus memulakan langkah
awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya
memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula
mengunjungi pusat sumber Institut untuk mendapatkan bahan-bahan
rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Selain itu, saya mula
membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak soalan
tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami
buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan
berikutnya. Namun demikian, sedikit kerancuan terjadi oleh sebab
buku-buku bahasa yang ada mempunyai huraian dan pegangan yang
berbeza. Contohnya, huraian dan pegangan yang terdapat dalam buku
Tatabahasa Dewan ialah berbeza daripada buku- buku yang lain yang
ditulis oleh pakar-pakar bahasa seperti Zaba, Asmah Omar, Asraf dan
lain-lain. Kerancuan ini menyebabkan kekeliruan berlaku oleh sebab
ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan
tatabahasa. Walaupun kekeliruan berlaku tetapi saya tidak
menjadikannya sebagai halangan sebaliknya saya banyak bertanyakan
pensyarah pembimbing. Melihat kepada perkara ini, dapatlah saya
membuat sedikit banyak punca mengapa kerancuan ini sendiri berlaku
di sekolah dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana
berpunca daripada huraian dan pegangan daripada buku-buku bahasa
yang tidak menunjukkan keseragaman. Perkara ini pernah dibincangkan
oleh Awang Sariyan (1994) yang mengatakan antara faktor yang
menyebabkan kerancuan bahasa ialah fahaman terhadap buku yang
berbeza huraian atau pegangan. Namun demikian, kesemua ini
memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang cukup banyak
membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai bidang
morfologi sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam
kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan
tugasan kerja kursus oleh para pelajar dalam meningkatkan kefahaman
kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini. Apa yang pasti,
pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka
bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih baik
daripada sebelumnya. Oleh itu, setelah saya memahami sedikit banyak
mengenai kandungan dalam kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan
rujukan berserta penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya
mula melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya
cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari
bahagian 1.0, 2.0 hinggalah bahagian 4.0. Dan setelah melalui
pelbagai proses untuk menghasilkan tugasan ini, ternyata saya
mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak terutamanya
semasa melaksanakan tugasan bahagian 3.0, iaitu berkaitan
penganalisisan penggunaan kata.Pengalaman dan pengetahuan baharu
yang saya peroleh semasa melaksanakan tugasan kerja kursus projek
ini ingin saya bahagikan kepada dua ulasan berdasarkan dua bahagian
utama dalam tugasan ini, iaitu bahagian 2.0 yang berkehendakkan
saya membuat huraian tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu
yang melibatkan proses pengimbuhan dan proses penggandaan kata
nama, kata kerja, dan kata adjektif berserta dengan contoh yang
relevan bagi setiap proses berkenaan. Menerusi pelaksanaan tugasan
pada bahagian ini, saya berkesempatan untuk memanfaatkan ruang dan
peluang ini bagi meningkatkan kefahaman saya dalam bidang
linguistik morfologi ini. Semasa melaksanakan tugasan pada bahagian
ini, terdapat pengetahuan baharu yang peroleh. Sebagai contohnya,
hampir kesemua bahan daripada sumber yang saya peroleh hanya
mengatakan bahawa proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu melibatkan
empat proses sahaja, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Namun demikian, dalam sebuah buku rujukan yang bertajuk
Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu menyentuh mengenai lima imbuhan
yang terlibat dalam proses pengimbuhan, iaitu penambahan satu
imbuhan, iaitu awalan rangkap seperti memper-, diper-, dan teper-
(Asraf, 2007: 57). Perkara ini memberikan saya satu contoh
pengetahuan baharu tentang ilmu morfologi dalam proses
imbuhan.Seterusnya, pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya
peroleh semasa melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini, adalah
semasa saya melaksanakan tugasan pada bahagian 3.0 yang
berkehendakkan saya membuat penganalisisan penggunaan kata. Untuk
memenuhi keperluan tugasan pada bahagian ini, sebuah artikel
daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah saya
pilih. Penelitian penggunaan kata terbitan dalam artikel yang
dipilih dan penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam
perkataan tersebut berserta proses pengimbuhan yang berlaku
merupakan fokus penting dalam pelaksanaan tugasan berikutnya ini.
Saya akui semasa awal mendapat tugasan ini, saya melihat bahawa
tugasan ini tidaklah sesukar mana. Dengan berbekalkan bahan-bahan
rujukan yang ada, saya memulakan pelaksanaannya. Dan ternyata
gambaran awal saya agak melencong. Hal ini adalah kerana saya
mengalami masalah di mana saya tidak dapat mengenal pasti kata
dasar dalam kata terbitan yang ada. Kekeliruan juga semakin
bertambah apabila saya merujuk kepada banyak buku yang memberikan
huraian yang berbeza. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk
bertanyakan pensyarah pembimbing dan pensyarah bahasa yang lain
jika berkesempatan. Dengan huraian dan penjelasan daripada
pensyarah, dapatlah juga saya melaksanakan tugasan ini. Begitu juga
semasa menganalisis kata dalam proses pengimbuhan yang berlaku,
iaitu apakah yang berlaku semasa proses penghasilan kata terbitan
daripada kata dasar. Sebagai contohnya, kata terbitan penulis.
Hasil daripada pemahaman, saya menjelaskan bahawa kata terbitan
penulis terdiri daripada kata dasar tulis. Apabila kata dasar
tulis, iaitu huruf t sebagai huruf pertama pada kata dasar menerima
imbuhan awalan pe, huruf t akan berubah menjadi huruf n.
Seterusnya, kata terbitan penulis terhasil. Pengetahuan baharunya
di sinilah, saya bukan sekadar mengetahui jenis imbuhan yang
diterima oleh kata dasar tersebut, tetapi juga mengetahui mengenai
sebarang perubahan huruf- huruf tertentu apabila menerima apa-apa
jenis imbuhan. Ditambah lagi saya seorang yang mudah keliru dengan
imbuhan yang berawalan me- yang dapat berubah bentuknya menjadi
mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- menurut apa huruf pertama
pada kata dasar yang dimbuhinya. Dan tindakan saya untuk mengatasi
masalah ini adalah dengan sentiasa membuat latihan kata dengan
merujuk buku yang dicadangkan agar fahaman saya tidak mudah rancu.
Dan seandainya masih wujud kekeliruan, saya akan memanjangkan
kerancuan ini kepada pensyarah yang lebih pakar. Ternyata kesemua
pengalaman yang saya lalui sepanjang proses melaksanakan tugasan
ini memberikan pengetahuan baharu yang banyak kepada saya. Malahan,
saya berasa teruja oleh sebab berpeluang untuk melihat sejauh
manakah pemahaman dan penguasaan saya terhadap segala ilmu yang
dipelajari sama ada secara langsung di bilik kuliah atau diperoleh
daripada sumber- sumber lain seperti buku dan carian internet
semasa melaksanakan tugasan ini. Di sini juga, saya menyedari
bahawa untuk menjelmakan keseluruhan bidang morfologi ini semasa
menyiapkan tugasan bukanlah perkara yang mudah. Tetapi tidaklah
sesukar mana apabila penggunaannya difahami dengan telitinya. Dan
paling penting saya mendapat pengalaman yang cukup berharga.
Pengalaman dan pengetahuan inilah yang akan saya bawa apabila
mengalas peranan sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah
demi merealisasikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan
meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
murid.Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa
Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia. Tujuan utamanya ialah kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa
untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Dan dalam usaha mempertingkatkan
dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu hingga ke peringkat
global sekali pun, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan
penting dalam menyahut cabaran ini (Awang Sariyan, 2012: 15). Oleh
itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa
Melayu. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan
dan penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980: 45)
menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di
peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan
tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni.Maka, guru
wajarlah memperkasakan diri dengan ilmu ini bagi menjayakan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekali gus untuk
merealisasikan hasrat ini demi meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu dalam kalangan murid. Persoalannya, bagaimanakah pengalaman
dan pengetahuan yang saya peroleh ini dapat dihubungkaitkan dengan
peranan saya sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah
kelak?Secara amnya, banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin
morfologi dan proses-prosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu
pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
2008). Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih
berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama
dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi,
sintaksis, dan semantik (Abdullah Hassan, 24 Mac 2009). Tanpa
pengetahuan tentang morfologi, adalah sukar untuk menghuraikan
bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan
permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat,
terutamanya warga pendidik dan pelajar adalah berkaitan dengan hal
morfologi dan sintaksis. Di sini kita dapat lihat bahawa pentingya
seorang guru bahasa Melayu dalam menguasai bidang ilmu ini yang
tidak sahaja berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu bahkan juga meliputi kepentingan yang lebih meluas, iaitu
untuk mewariskan bahasa itu sendiri menerusi pengetahuan dan
penggunaan yang tepat.Sebelum itu, saya ingin memetik kata-kata
daripada dapatan jurnal Loeb, S., Miller, L., dan Strunk, K. (2009:
19) yang bertajuk, The State Role in Teacher Professional
Development and Education throughout Teacher, yang mengatakan
bahawa seorang guru yang profesional ialah guru yang mengetahui
segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan guru
mempengaruhi keupayaan murid. Ini bermaksud bahawa seorang guru
perlulah melengkapkan dirinya terlebih dahulu dengan kefahaman ilmu
morfologi yang diajarkannya. Hal ini kerana guru bahasa Melayu
ialah model pengguna bahasa itu sendiri. Jika guru dapat
menunjukkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat, maka murid akan
beroleh hasil yang sama (Abdullah Hassan, 2009: 45). Robert Lado
(1980: 12), ada menegaskan, "kalau hendak menjadi guru bahasa, maka
kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur
bahasa itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia
dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam
bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut
dan mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa itu supaya
pelajar mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat
mereka." Apa yang ditekankan di sini adalah kebolehan bercakap
dalam bahasa Melayu sahaja tidak mencukupi tanpa menguasai ilmu
yang membentuk bahasa itu sendiri. Sebagai contohnya, bagaimana
jika terdapat guru yang diri sendiri kurang ilmu tentang morfologi
untuk mengajarkan bidang ilmu ini. Pastinya guru tersebut tidak
akan dapat memberikan penerangan tepat mengenai sesuatu perkara
apabila terdapatnya sebarang kekeliruan. Kesannya, pelbagai
jangkaan masalah lanjutan akan berlaku. Antaranya, murid akan
sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana mereka
kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Apabila guru
gagal menyampaikan pengajarannya, maka itu bukanlah suatu
pengajaran yang berkesan. Perkara ini semua adalah penting
dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa
Melayu yang menggunakan bahasa ilmu untuk menaikkan martabat bahasa
ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu saya
menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk
membantu peranan profesion saya pada masa akan datang dengan
sebaiknya. Saya yakin bahawa jika segalanya diaplikasikan dengan
baik, pastinya hasrat untuk memartabakan bahasa Melayu akan dapat
akan tercapai dengan murid turut mendapat manfaatnya.Dan menjadi
tugas sayalah dalam meneruskan pencapaian ini, iaitu sebagai bakal
guru bahasa Melayu yang dapat menggunakan kesemua pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang morfologi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu yang berkesan. Hal ini demikian kerana
saya merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa yang harus
mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa
yang akan diajarkan. Yang menjadikan sesuatu bahasa itu bermakna
apabila bidang tatabahasa digunakan secara tepat. Apatah lagi
morfologi adalah salah satu bidang tatabahasa yang berkaitan
pembentukan kata bahasa Melayu yang menjadi asas utama bagi
pemahaman terhadap sistem bahasa Melayu baku pada keseluruhannya.
Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai bidang ilmu ini kepada
bakal guru bahasa Melayu seperti saya sangat penting kerana secara
jelasnya bidang ini adalah berhubung dengan bagaimana hendak
membentuk kata dengan rumus tatabahasa yang betul. Tanpa
pengetahuan yang mantap tentang morfologi, bagaimanakah guru-guru
bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa dengan cemerlang?
Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya
pengetahuan bidang ilmu ini kepada guru-guru bahasa Melayu kerana
pengetahuan dan kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam
pengajaran bahasa Melayu. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin &
Julaina Nopiah (2003) dalam Jurnal Bahasa yang bertajuk, Penguasaan
Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik yang mengatakan
bahawa keupayaan seseorang guru mempengaruhi keupayaan muridnya. Ia
samalah dengan konsep bahawa jika guru bahasa Melayu sendiri gagal
atau kurang memahami bidang yang diajarkannya, bagaimana pula
kesannya terhadap penguasaan bahasa Melayu anak muridnya? Sedangkan
guru bahasa itu adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus
pembawa bahasa Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri
pincang ilmunya, bagaimanakah hasrat untuk merealisasikan dasar
memartabatkan bahasa Melayu akan tercapai?Sememangnya, pengalaman
dan pengetahuan dalam bidang bahasa ini memberikan manfaat manfaat
yang banyak dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, perlunya
penguasaan ilmu ini bagi bakal guru bahasa Melayu seperti saya
supaya kelak saya dapat mengajarkan murid yang mampu menguasai
sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan
tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan
digunakan dalam kehidupan seharian. Ini penting bagi membentuk
pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa kerana bahasa ini
digunakan sebagai bahasa ilmu. Dalam pengajaran dan pembelajaran
sendiri, apabila guru cukup terlatih dengan ilmu yang diajarnya,
maka proses pembelajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar.
Selain itu, masalah kerancuan bahasa juga akan dapat dielakkan
(Awang Sariyan, 2012). Malahan, dengan penguasaan ilmu ini, guru
juga dapat mengenal pasti kesalahan dan penggunaan bentuk kata
dalam bahasa serta membetulkan kesalahan yang dilakukan murid tanpa
ragu-ragu. Ini sekali gus dapat membentuk guru bahasa Melayu yang
mampu merealisasikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
seterusnya membantu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
dalam kalangan murid. Dan sebagai penutup refleksi sekali gus
menjadi rumusan keseluruhan tugasan kerja kursus ini, saya sekali
lagi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana
banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan
tugasan ini. Tanpa penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah,
rasanya tentu banyak kesulitan yang akan saya hadapi. Dan saya
sendiri setelah sehabis daya berusaha menyiapkan tugasan ini,
akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini mengikut
peruntukan masa yang ditetapkan. Paling penting, saya bukan sekadar
gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini, bahkan saya
memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bermakna daripada itu,
iaitu pengalaman dan pengetahuan baharu. Bagi saya, sepanjang
proses dalam menyiapkan tugasan ini cukup membantu memberikan saya
satu pengalaman yang cukup bermakna. Mengakhiri refleksi ini,
semoga semua ilmu yang diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik
mungkin apabila diaplikasikannya di sekolah apabila bergelar
pendidik kelak.
BibliografiAbdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti.Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.Abdullah
Hassan. (2009). Mengapa Kami Bantah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.Abdullah Hassan. (24 Mac 2009).
Linguistik untuk Guru Bahasa. Diperoleh pada 15 Ogos 2013.
Daripada:http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/6-linguistik-untuk-guru-bahasa_24.htmlAsraf.
( 2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn.
Bhd.Awang Sariyan. (1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Bahasa Melayu: Bahasa
Antarabangsa dan Upaya Pengantarabangsaannya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Penterjemahan
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Diperoleh pada: 25
Februari 2014. Daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251Dewan
Bahasa dan Pustaka. (2008 - 2014). Laman Carian Pusat Rujukan
Persuratan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=morfologiDiarani Mat Adam. (
Jun 2012). Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan Edisi Keempat . (2005). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Lado, Robert. (1980).
Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009).
The State Role in Teacher Professional Development and Education
throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228.
Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria. ( 2002). Ilmu Linguistik dan
Pengajaran Bahasa. Dimuat turun pada 20 Ogos 2013, daripada
http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/ling1.htmlNik Safiah
Karim. (1980). Bahasa Melayu, Teori dan Aplikasinya. Kuala Lumpur:
Sarjana Enterprise dan Persatuan Linguistik Malaysia.Nik Safiah
Karim et.al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.Nik Safiah Karim. (1996). Pendahuluan dalam Unsur
Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu: Siri Monografi Sejarah Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Norhairie Nordin. Mari Berbahasa Sebaiknya. Diperoleh pada:
25 Februari 2014. Daripada:
http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/Nor
Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah. (2003). Penguasaan
Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa,
5(3), 65-72.Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Siri
Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd
Lampiran
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 23