Latar belakang Tun Dr Mahatdir bin Mohamad
GFPA1013
Latar belakang Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Mathatdir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di lorong
Kilang Ais, Seberang Perak,Alor Setar, Kedah. Ibunya adalah Wan
Tempawan binti Wan Hanafi dan ayahnya pulak adalah Mohamad bin
Iskandar. Beliau meupakan anak bongsu dari sembilan adik
beradik.
Dr Mahathir memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu
Laki-laki Seberang Perak, Kedah dalam tempoh 2 tahun sebelum
menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar
iaitu di Kolej Sultan Abdul Hamid. Encik Mohamad bin Iskandar
adalah guru besar sebuah sekolah inggeris pada tahun 1908 dan
merupakan anak melayu pertama menjadi guru besar. Beliau adalah
seorang yang tegas dan menitikberatkan pendidikan anak-anaknya.
Sejak kecil lagi Tun Dr Mahatdir dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai arah tuju dan cara mencapai matlamatnya. Secara
Semulajadi beliau seorang yang rajin dan mempunyai dedikasi yang
tinggi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Sewaktu perang dunia ke-2, Dr. Mahatdir menghabiskan masanya
dengan berniaga cendol, diikuti dengan mebuka kedai kopi dan
kemudiannya gerai buah- buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Selepas
itu, beliau meneruskan pengajiannya di Kolej Perubatan King Edward
VII, Universiti Malaya, Singapura. Dan telah dianugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih
di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. Selepas itu, beliau
membuka klinik sendiri kerana ingin membantu rakyat yang tidak
mempunyai wang ketika itu.
Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa
perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum
melayu. Inilah yang mendorong beliau menceburi bidang politik dan
keusahawanan.
Kerjaya dan politik.
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai
perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun
1957. beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr siti
Hasmah Mohamad Ali pada 5 ogos 1958 dan dikurniakan tujuh cahaya
mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Pada tahun 1957 beliau
berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, klinik yg diberi nama MAHA yang terletak di Jalan Tunku
Ibrahim. Ketika itu beliau merupakan anak melayu pertama yang
membuka klinik persendirian di Alor Setar.
Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir menentang Malayan
Union dengan lantangnya selepas itu beliau menubuhkan Kesatuan
Melayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946,
Dr. Mahathir salah seorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan
Kesatuan Melayu Kedah ke dalam UMNO. Dengan penggunaan nama pena
CHE DET beliau banyak menulis tentang kisah-kisah dan permasalahan
yang melanda masyarakat melayu didalam akhbar-akhbar tempatan.Bakat
kepimpinan mula terserlah semasa beliau menuntut lagi apabila
dilantik menjadi presiden pertubuhan Islam Kolej Kedoktoran. Dalam
perbahasan dan perdebatan beliau tidak segan silu untuk menyatakan
pendapatnya yang sebenar.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun1964, Dr Mahathir dipilih
sebagaiAhli ParlimenKota Setar selepas menewaskan calonParti Islam
Se-Malaysia(PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi
ahliMajlis Tertinggi UMNOpada tahun1965. Dalam Pilihan Raya 1969,
beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989
undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak
memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.
Berikutanperistiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada
keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada12 Julai, selepas
pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya,
beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada26
September1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema
Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah
dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun1970dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
ApabilaTun Abdul Razakmenjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
masuk semula ke dalam UMNO pada7 Mac1972dan dilantik
sebagaisenatorpada tahun1973. Beliau bertanding diKubang Pasupada
pilihan raya umum1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding.
Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah
satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun1975.
Pada1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara
mengejut dan penggantinya DatukHussein Onnmelantik Dr Mahathir
sebagai timbalannya, sambil masih
mengekalkanportfoliopendidikanyang disandangnya. Tidak lama selepas
itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
Pada pertengahan1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk
Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir
sebagai penggantinya. Pada10 Julai,1981Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai
Menteri Pertahanan. Pada31 Oktober,2003, Dr Mahathir bersara dan
menamakan timbalannya,Datuk Seri Abdullah Badawisebagai
penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripadaUMNOpada 19 Mei 2008
dalam satu ceramah diAlor Setar,Kedahkerana hilang keyakinan
terhadap kepimpinanAbdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun
dalamPerhimpunan Agung UMNO 2008pada Mac 2009, Dr Mahathir
menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr
Mahathir kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001
dikekalkan.
Keistimewaan Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir ataupun lebih
tepat lagi adalah seorang yang revolusiner. Beliau ingin perubahan
berlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama
Malaysia dikenali dalam pentas dunia. Beliau mahukan rakyatnya
menepati masa dan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalam
'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia lebih rapat dan
menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua
dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai sektor
industri.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan
Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan
rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi
daripada Jepun yang telah memberi peranan yang lebih besar kepada
sektor swasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep
ini telah meningkatkan lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta
imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai sistem
ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat.
Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran kereta nasional
yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta
import dikenakan cukai 100%).
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan
dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham
Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka
masa tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia
kepimpinan Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran
30% pemilikan saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah
mendorong kerajaan menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan
syarikat-syarikat kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka
penglibatan Bumiputera dalam perniagaan.
WAWASAN YANG JELAS
Nama Dr. Mahathir Mohammad akan tercatat dalam lipatan sejarah
Negara sebagai pemimpin dan negarawan ulung yang paling banyak
berjasa dan berbakti kepada Malaysia dan rakyatnya,malah kepada
sebahagian penduduk dunia. Tokoh yang amat disayangi dan disanjungi
ini menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri Keempat setelah Tun
Hussein Onn mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan pada tahun
1981.
Sungguhpun Dr Mahathir merupakan pemimpin yang paling lama
memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam sejarah
kepimpinan Negara berbanding para pemimpin sebelum beliau, namun
tidak ramai yang merungut mengenainya. Malah, jika diberi pilihan
sebahagian besar berharap beliau akan terus menerus berkhidmat
sebagai pemimpin mereka.Dr.Mahathir telah membawa banyak perubahan
yang positif kepada pembangunan, terlalu besar kemajuan dan tanpa
henti-henti memajukan ekonomi rakyat dan Negara.Cita-citanya
mendaulat dan mermartabatkan bangsanya di arena antarabangsa telah
Berjaya. Natijahnya, tercetus budaya kerja yang terpuji dan gigih
dalam usaha meningkatkan negara dari segi kemajuan ekonomi dan
pembangunan Negara.
Dr. Mahathir, sebagaimana tiga Perdana Menteri sebelum beliau,
juga Berjaya memenuhi tuntutan eranya. Jika Tunku Abdul Rahman
Berjaya mengisi tuntutan untuk memerdekaan, Tun Abdul Razak Berjaya
mengisi tuntutan untuk membangunkan Negara dan mengisi kemerdekaan
dan Tun Hussein Onn berhasil memenuhi tuntutan kemajuan dan
perpaduan , kejayaan yang dicapai oleh Dr Mahathir pula mencakupi
kesemuanya. Dr Mahathir telah melakukan lebih daripada apa yang
telah dilakukan oleh pemimpin sebelum beliau demi memartamatkan
lagi bangsanya. Ini adalah sejajar dengan saranan yang sering
beliau laungkan kepada rakyat iaitu jangan semata-mata menuntut
agar diri mereka dihormati tetapi berusahalah memajukan diri dan
Negara kerana dengan cara itu penghormatan terhadap mereka akan
datang tanpa dipinta.
Dr Mahathir meneruskan tuntutan pembangunan negar dengan membina
bangunan pencakar langit iaitu KLCC, memperkenalkan lebuh raya
maklumat( information super highway), Koridor Raya Multimedia,
Putrajaya dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga mengadakan
pelbagai pameran bertaraf antarabangsa untuk memperkenalkan M
alaysia kepada dunia. Kemudian, beliau meneruskan usahanya dengan
memajukan ekonomi Negara menerusi program persyarikatan Malaysia,
penswastaan dan pelbagai usaha lagi bagi melahirkan lebih ramai
jutawan di Negara ini termasuk usahawan melayu yang sudah sejak
sekian lama jauh tertinggal di belakang bangsa lain. Apa yang
penting ialah Dr Mahathir telah Berjaya menjadikan mereka usahawan
atau ahli perniagaan yang mampu bersaing dengan orang lain di
peringkat antarabangsa.
BERANI MENGKRITIK KUASA BESAR
Dr Mahathir bukan sahaja menggunakan kepintaran beliau bagi
membangunkan Negara tetapi turut menggunakan forum-forum
antarabangsa bagi menyampaikan buah fikiran dan gesaan dalam
membela Negara-negara yang ditindas. Jasa beliau dalam membantu
Negara-negara mundur dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki
oleh Malaysia telah mendapat sanjungan pelbagai pihak dan
menjadikan Negara dihormati dan disanjungi tinggi oleh masyarakat
antarabangsa.
Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Dr.Mahathirlah yang
telah menjadikan Negara kita terkenal dan dikenali dunia berbanding
sebelum ini. Tentu kita masih ingat suatu masa dulu di mana rakyat
Malaysia menghadapi masalah untuk menerangkan kepada luar tentang
Malaysia. Mereka terpaksa menerangkan antara lain, bahawa Malaysia
adalah sebuah Negara yang terletak di selatan Thailand dan di utara
Singapura untuk menjelaskan kepada orang luar tentang kedudukan
Negara kita. Ini adalah kerana kedua-dua Negara itu lebih dikenali
orang luar berbanding Malaysia.
Bagaimanpun, pendekatan yang diamalkan oleh Dr Mahathir dalam
ucapan-ucapan beliau yang sering mengkritik dan menegur apa saja
yang dirasakan tidak kena dan tidak adil di peringkat
antarabangsa,krususnya terhadap Negara barat yang mengagungkan
dirinya sebagai The Perfect Nation, telah mengubah sindrom sepi
masyarakat dunia terhadap Malaysia. Dr Mahathir juga turut mencanai
minda penduduk dunia ketiga sepertimana yang beliau lakukan
terhadap rakyat Malaysia. Beliau berani dan mampu berbuat demikian
kerana apa yang dilakukannya di neraga sendiri sudah terbukti dan
membuahkan hasil. Sebagai pemimpin bertaraf dunia, beliau mahu
Negara-negara miskin dan kurang maju berusaha dengan lebih gigih
untuk memajukan diri masing-masing bagi menjadikan dunia ini lebih
aman dan makmur.
Berdasarkan hakikat inilah Dr Mahathir menggunakan segala
kepakaran yang dimilki oleh Malaysia untuk membantu memajukan
Negara lain yang masih mundur. Beliau juga menjadi jurucakap bagi
Negara mengkritik secara terbuka segala kepincangan dunia akibat
tindakan kuasa-kuasa besar menjadikan beliau di sanjung tinggi dan
digeruni bukan sahaja oleh Negara kecil malah oleh Negara maju dari
timur dan barat. Pekara ini jarang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
lain. Walaupun Malaysia sebuah Negara kecil tetapi ia amat berani .
Dr Mahathir telah Berjaya menebus maruah bangsa dan negaranya
kerana berani mengajar bangsa yang pernah menjajahnya. Bukan itu
saja, Dr Mahathir juga mengecam Perdana Menteri Australia ketika
itu, Paul Keating yang secara biadap menganggap beliau keras kepala
apabila Dr Mahathir enggan menghadiri siding kemuncak APEC di
Seattle, Amerika Syarikat. Ini telah merenggangkan hubungan
Malaysia-Australia, namun begitu Keating telah mengalah dan melawat
Malysia untuk memperbaiki hubungan antara neraganya dan
Malaysia.bagaimanapun, Dr Mahathir bukanlah pemimpin yang bersikap
keras dengan tidak menetu. Jika kena caranya, beliau akan berlembut
juga. Sebagai seorang yang bersikap pemaaf, beliau telah memulihkan
hubungan di antara negara-negara kembali pulih.
KEPRIHATINAN DAN KECINTAAN TERHADAP ISLAM.
Dalam perjuangan menegakkan Islam pula, nama Dr Mahathir memang
tidak asing dan disanjung tinggi bukan sahaja dikalangan
negara-negara Islam, malah dikalangan individu dan pertubuhan yang
memperjuangkan Islam seluruh dunia. Beliau dikenali sebagai tokoh
yang lantang menyuarakan ketidakadilan termasuk persepsi salah yang
dilemparkan oleh barat terhadap Islam.Dr Mahathir juga kerap kali
diminta oleh Presiden Palestin, Yasser Arafat supaya menyuarakan
nasib buruk yang menimpa rakyat Palestin akibat keganasan dan
kebiadaban rejim Yahudi.
Kesungguhan dan komitmen Dr Mahathir serta rakyat dan kerajaan
Malaysia dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas dan ditekan
dengan pelbagai cara oleh Israel amat dihargai oleh rakyat
Palestin.sebagai pemimpin Islam yang komited terhadap agamanya, Dr
Mahathir banyak menyuarakan pandangan tentang ketidakadilan ini di
pelbagai forum antarabangsa. Ini termasuklah melalui syarahan khas
beliau bertajuk Islam Agama Yang Disalah Fahami , kepada kumpulan
cendekiawan Islam dan barat di Oxfort, England atas jemputan Pusat
Pengajian Islam Oxfort, sebuah institusi akademik yang bersekutu
dengan Universiti Oxfort semasa beliau singgah di sana dalam
perjalanan ke Bosnia Herzegovina.
Dr Mahathir mempunyai keazaman yang tinggi untuk
mempertingkatkan pencapaian Malaysia dalam aspek pembangunan , baik
fizikal mahupun spiritual. Keazaman ini bukan digambarkan melalui
teori yang penuh retorik semata-mata tetapu melalui tindakan yang
sudah menampakan hasil buat Malaysia dan negara-negara Islam.Ketika
Malaysia sudah memesatkan pembangunannya, Negara-negara Islam lain
yang masih mundur akibat kepimpinan politik yang tidak stabil. Ini
menyebabkan ekonomi mereka menjadi semakin tenat dan gawat. Beliau
membantu negara-negara ini dengan mengingatkan mereka tentang
pentingnya bagi mereka menjadikan pembangunan ekonomi sebagai salah
satu asas penting untuk membina keutuhan dan kekuatan ekonomi.
Keutuhan ekonomi mampu menjadi benteng bagi Negara Islam untuk
mempertahankan diri daripada acaman luar baik yang bercorak
ideologi, ekonomi mahupun politik.
KontroversiKrisis perlembagaanPada tahun 1983 dan 1991, Mahathir
berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto
Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum pindaan ini, setiap
Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat
persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan
oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa
mendapat persetujuan Agung. Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk
undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang
Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah
Agung, Mahathir dipercayamerencanakan pemecatan Ketua Hakim Negara,
Tun Salleh Abas dan tiga orang lagi hakim Mahkamah Agung yang cuba
untuk menghalang kes tersebut. Siri insiden 1988 ini dilihat
sebagai titik hitam sejarah perundangan negara Malaysia yang
sepatutnya bebas dari campur tangan pihak eksekutif.Mahathir selaku
ketua badan eksekutif telah mencampuri urusan badan kehakiman
ketika itu.
Pemecatan Anwar IbrahimPada tahun 1998, kerajaan di bawah
pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan
salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar pada masa itu
adalahTimbalan Perdana MenteridanMenteri Kewangan. Anwar mendakwa
bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan
nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi
tuduhan tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar
sebenarnya korupsi dan nepotisme dan cuba untuk menggantikan
Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas melihat kejatuhanPresiden
SuhartodiIndonesiaatas isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali
sebagai "Gerakan Reformasi" dan tertubuhnyaParti Keadilan
Nasional(PKR) dalamPilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu,
PKR hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut
dan hampir pupus padaPilihan Raya Umum Malaysia 2004apabila hanya
memenangi satu kerusi Parlimen diPermatang Pauhyang dimenangi oleh
isteri Anwar,Dr Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun
berjaya mendapat kemenangan besar dalamPilihan Raya Umum Malaysia
2008dengan memenangi 31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara
semua parti-parti pembangkang di Malaysia.
Keluar UMNOPada19 Mei2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar
dari parti UMNO. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan
terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang
Melayu di negara ini. Dr Mahathir mendakwa UMNO kini hanyalah
dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO
dan mengutamakan kepentingan keluarganya (menantunya Khairy adalah
Naib Ketua Pemuda UMNO) sehingga membelakangkan negara. Pengumuman
keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang
di Alor Star, Kedah.
Pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat
dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari
jawatan sebagai presiden UMNO. Dr Mahathir dilaporkan mengadakan
perjumpaan denganDato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO
yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu
berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah
menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar
dari UMNO.
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan
perdana menteri,Tun Musa Hitamberkata 'duri dalam daging sudahpun
terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti
bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah
berlalu.
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama
isterinya,Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah
menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut
berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Bertitik tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan
keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara yang diterajui UMNO
semakin dipulihkan.
Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal
dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO
kecualiTun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat
jawatan tersebut..Dato' Onn Jaafarkeluar dari UMNO apabila cadangan
beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak
dipersetujui.Tunku Abdul RahmandanTun Hussein Onnpula meninggal
dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana
berselisih pendapat dengan Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri
selama lebih 22 tahun.
SUMBANGANNYA DIIKTIRAF DUNIA.
Antara faktor yang menjadikan Dr Mahathir seorang tokoh yang
popular di peringkat antarabangsa ialah kepetahan beliau berpidato
di forum antarabangsa, kelantangannya mengkritik ketidakadilan yang
menjadi amalan Negara maju dalam bidang politik dan ekonomi serta
kebernasan buah fikiran yang beliau kemukakan dalam mencari
penyelesaian terhadap sesuatu isu antarabangsa.beliau dikenali
sebagai pejuang dunia Islam kerana kesungguhannya membela nasib
rakyat Islam Bosnia. Kesungguhan kerajaan dan rakyat Negara
membantu meringankan penderitaan rakyat Islam Bosnia menjadikan
Malaysia disanjung tinggi oleh masyarakat Islam seluruh dunia.
Beliau telah dianugerah sebagai The Dragon of Bosnia kerana jasanya
membantu rakyat dan Negara Bosnia. Selepas itu, beliau dianugerah
oleh kerajaan Arab Saudi sebagai anugerah Antarabangsa King Faisal
bagi mengenangkan jasa beliau dalam menegakkan kedaulatan Islam.
Kerajaan juga telah menganugerahkan Dr Mahathir dengan Anugerah
Jawaharlal Nehru bagi Kefahaman Antarabangsa pada 1996.Pelbagai
lagi anugerah yang perolehi olehnya semasa beliau berjuang bagi
menjadikan Malaysia satu nama besar di mata dunia
Walaupun pelbagai Negara mengiktiraf perjuangan dan sumbangan
beliau, namun beliau tetap merendah diri dan mengangap semua
anugerah yang diberikan kepadanya lebih merupakan penghormatan
kepada Negara dan seluruh rakyat Malaysia. Anugerah dan pujian yang
diberikan kepada beliau tidak menjadikannya seorang yang sombong
dan membesarkan diri. Sebaliknya ianya membuat beliau terus
bersemangat untuk memikirkan cara demi kebaikan bersama.PENCAPAIAN
TUN DR MAHATHIR DALAM ARENA POLITIK DAN ANTARABANGSA
1945: Mengambil bahagian dalam penentanganMalayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dariKolej Perubatan King
Edward(yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di
Singapura;
1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan diHospital Alor Star,
Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka
kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiketParti
Perikatanselepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji
Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat
12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965: Menjadi ahliMajlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas, HajiYusoff Rawadalam
Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar;
beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi
dalam pilihanraya;
Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada12 Julai,
berikutan pengedaran suratnya kepadaTunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalambahasa Inggerisyang bertajuk
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan
serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada7 Mac;
Dilantik menjadi PengerusiLembaga Perindustrian Makanan
Malaysia(FIMA).
1973: Dilantik sebagai senator.
1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di
Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada5 September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presidenUMNO,
selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri Malaysiaoleh
TunHussein Onnpada15 September;
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk
menjadiMenteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia(1 Jun1978 -
Julai 1981);
1981: MenjadiPresiden UMNOpada26 Jun, danPerdana Menteri
Malaysiake-empat pada10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun
Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 -6 Mei, 1986)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",
"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur",
"Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisipemulauanbarangUK("Buy
British Last");
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam diSemenanjung
Malaysiauntuk menyeleraskannya denganMalaysia Timur;
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
Menarik balik pengharaman bukuDilema Melayu(The Malay
Dilemma)
Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembaliGuthrie
CorporationolehPerbadanan Nasional Berhad(PNB) diBursa Saham
Londonpada7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang
200,000ekartanahpertaniankepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasaYang di-Pertuan
AgongdanSultan-sultan, supayarang undang-undangyang diputuskan oleh
Parlimen atauDewan Undangan Negeridapat menjadiakta, selepas
penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan
negeri masing-masing;
MenubuhkanPROTON, sebuah projek kereta nasional.
1986: DatukMusa Hitammeletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada27 Februari;
Ghafar Babadilantik sebagaiTimbalan Perdana Menteri
Malaysia;
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada7 Meidi samping memegang
jawatan Perdana Menteri;
Suatu pertikaian tertimbul dengan negeriSingapuratentang lawatan
rasmiChaim Herzog, Presiden negaraIsrael.
1987: Menewaskan cabaranTengku Razaleigh Hamzahuntuk jawatan
Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada24 April;
Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri
Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
1988: Memecat empathakimMahkamah Tertinggi, termasuk TunSalleh
Abaskerana menghalangperbicaraantentangsalah laku tata tertibsemasa
kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa
itu, UMNO telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 -
Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana
Menteri;
Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripadapendakwaan,
selepas peristiwaDouglas Gomez;
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan
pemimpin-pemimpinAustraliamerosot apabilaPaul Keatingmewajahkan Dr.
Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan
menghadiriPersidangan APEC.
1997: Menetapkan nilaimata wangMalaysia pada1 Septembersupaya
mengatasiKrisis Kewangan Asia 1997.
1998: Memecat Datuk SeriAnwar Ibrahimdari semua jawatan dalam
kerajaan dan dalam UMNO pada2 September;
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahanliwatdan penyalahgunaan
kuasanya; Anwar dihadapkan kemahkamahpada2 November;
Pergaulan denganAmerika Syarikatmenjadi buruk apabilaAl Gore,
Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara
Malaysia di PersidanganAPECyang pada masa itu dianjurkan oleh
Malaysia.
MelantikDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawisebagai Timbalan Perdana
Menteri;
Pembukaan rasmiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA)
diSepang, yang menelan kos sebanyak RM13bilion;
Penghabisan pembinaanMenara Berkembar Petronasyang mempunyai 88
tingkat, iaitumenara berkembaryang tertinggi di dunia;
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" olehMajalah TIME.
1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada8 Januari, di samping
memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami
Krisis Ekonomi 1997;
Pembukaan rasmiCyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan
peranan yang penting dalamKoridor Raya MultimediaMalaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5
Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan
mata pelajaranMatematikdanSains, mulai tahun 2003;
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri
dalamPerhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat
penangguhan selama 18 bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada31
Oktober,2003dan menamakan timbalannya,Datuk Seri Abdullah Badawi,
sebagai pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama
22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin
negaraAsiayang paling lama perkhidmatannya;
Dianugerahkan sebagaiTun, pangkat kehormatan yang tertinggi di
Malaysia.
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.)
membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
RujukanMahathir dan Abdullah akan hadir perasmian Perhimpunan
Agung UmnoDr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.
Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta,
Bernama. Dicapai 19 Mei 2007
[1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008
Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19
Mei 2008
Nur Jazlan,The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19
Mei 2008
http://dr-chedet.blogspot.com/, Blog lama.
[http://thestar.com.my/news/list.asp?file=/2003/1/20/nation/honourlist&sec=nation"
Sultan of Kedah's Honours ListHonours List for the Year 2003", The
Star Online. 20 Januari 2003.]
Mahathir pencetus tamadun insaniah,juz art, 2003.
(Melayu)Blog Mahathir - Che Det(Melayu)Institut Pemikiran Tun Dr
Mahathir(Melayu)http://www.tunmahathir.com
(Melayu)Ensiklopedia Malaysia: Mahathir bin Mohamad2091591