Asas Pendidikan Muzik | 28 1.0 Pengenalan Istilah muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut Steven Porler, (1986) muzik adalah bunyi. Bunyi melibatkan interaksi empat perkara iaitu tenaga, alat, persekitaran, serta penerima. Tenaga menghidupkan sesuatu alat melalui getaran, getaran dibawa melalui persekitaran dan disambut oleh penerima. Apabila seseorang itu menyanyi, tenaga dari suaranya menggetarkan sistem peti suara. Bunyi ini dibawa melalui udara dan diterima oleh telinga pendengar. Muzik adalah diakui sebagai satu seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu (Johami Abdullah, 1997). Muzik seolah- olah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kita sedar atau tidak, muzik tetap berada di seluruh tempat dan seolah-olah menjadi fungsi ataupun pelengkap kepada aktiviti harian kita. Pendidikan muzik di sekolah menjadi aspek penting bagi kanak-kanak sebagai pelengkap kepada penyuburan diri kerana muzik adalah seni. Budaya sesebuah masyarakat tidak akan lari dari muzik, tarian, alat muzik, lagu-lagu tradisi serta teks yang terdapat dalam sesebuah lagu. Dalam sesetengah masyarakat, muzik menjadi elemen penting sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti sosial mereka.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28
1.0 Pengenalan
Istilah muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan
irama yang indah dan menyenangkan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut
Steven Porler, (1986) muzik adalah bunyi. Bunyi melibatkan interaksi empat perkara
iaitu tenaga, alat, persekitaran, serta penerima. Tenaga menghidupkan sesuatu alat
melalui getaran, getaran dibawa melalui persekitaran dan disambut oleh penerima.
Apabila seseorang itu menyanyi, tenaga dari suaranya menggetarkan sistem peti
suara. Bunyi ini dibawa melalui udara dan diterima oleh telinga pendengar.
Muzik adalah diakui sebagai satu seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran,
dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu
(Johami Abdullah, 1997). Muzik seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seharian kita. Sama ada kita sedar atau tidak, muzik tetap berada di seluruh tempat
dan seolah-olah menjadi fungsi ataupun pelengkap kepada aktiviti harian kita.
Pendidikan muzik di sekolah menjadi aspek penting bagi kanak-kanak sebagai
pelengkap kepada penyuburan diri kerana muzik adalah seni. Budaya sesebuah
masyarakat tidak akan lari dari muzik, tarian, alat muzik, lagu-lagu tradisi serta teks
yang terdapat dalam sesebuah lagu. Dalam sesetengah masyarakat, muzik menjadi
elemen penting sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti sosial mereka.
Secara tuntas, muzik memainkan peranan penting dalam setiap insan di
dunia ini. Pada masa yang sama muzik juga membantu seseorang itu berjaya dalam
hidup mereka dengan cemerlang sekiranya sifat usaha itu diteruskan.
2.0 Tingkah laku muzikal
Menurut Johami Abdullah (1997), segala tingkah laku manusia adalah diakibatkan
daripada yang dipelajarinya sejak seseorang itu dilahirkan. Kebanyakan daripada
cara-cara manusia berfikir, bertutur, dan bertindak itu akibat daripada interaksi dan
asimilasi dengan manusia lain. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa muzik
merupakan satu lagi jenis tingkah laku manusia yang boleh memperoleh.
Tingkah laku manusia boleh melibatkan unsur-unsur muzik dikenali sebagai
tingkah laku muzikal. Tingkah laku ini terdiri daripada persembahan, pendengaran
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28
dan literasi muzik. Satu mazhab yang menganggap muzik sebagai satu seni yang
luar biasa dan tersendiri yang patut disanjung tinggi kerana hal ini bukan semata-
mata satu bentuk tingkah laku manusia yang biasa. Tingkah laku manusia
dibahagikan kepada dua iaitu sifat semula jadi dan akibat Asimilasi dengan
persekitaran. Sifat semula jadi merujuk kepada potensi seseorang individu boleh
ditentukan dengan faktor-faktor genetik. Akibat Asimilasi dengan persekitaran pula
menyatakan bahawa mana-mana individu boleh dilatih untuk melakukan apa sahaja
jika seseorang itu dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang tertentu.
Namun, tidak kira faktor genetik ataupun faktor persekitaran, peranan sebagai
seorang pendidik muzik adalah mengajar setiap pelajarnya seberapa yang boleh.
(Johami Abdullah, 1997).
Terdapat dua faktor yang mendorong manusia untuk bertingkah laku.
Pertama adalah disebabkan faktor genetik ( faktor dalaman) dan yang kedua adalah
disebabkan faktor persekitaran ( faktor luaran ). Faktor genetik mempunyai perkaitan
dengan aspek biologi seperti personaliti dan potensi untuk bertingkah laku.
Manakala faktor persekitaran berkait rapat dengan rangsangan persekitaran atau
tempat individu itu dibesarkan. (Johami Abdullah (1993), Abeles H.F., Hoffer C.R. &
Klotman R.H. (1995) dalam Modul Pendidikan Muzik (MZU3104, 2011).
2.1 Faktor Dalaman
Setiap bayi yang lahir akan memiliki ciri yang pelbagai dan berbeza-beza.
Perbezaan ini ada kemungkinan berlaku kerana mewarisi sifat-sifat fizikal ataupun
tingkah laku ibu bapa atau mungkin juga daripada keturunan keluarga terdahulu,
iaitu nenek moyang mereka ( Wong Kiet Wah, 2013).
Faktor dalaman terdiri daripada faktor genetik dan faktor biologi. Faktor
genetik mempunyai kaitan dengan darah keturunan seseorang. Sebagai contoh
dalam sebuah keluarga jika bapanya seorang pemuzik maka salah seorang anaknya
berkemungkinan besar mempunyai kemahiran muzikal setanding bapanya. Anak itu
bertingkah laku muzikal disebabkan oleh genetik sedia ada. Bakat juga salah satu
faktor dalaman. Bakat adalah suatu kondisi pada seseorang yang kemungkinannya
dengan suatu latihan khusus mencapai suatu kecekapan, pengetahuan, dan
pengetahuan dan keterampilan khusus, misalnya berupa kemampuan memainkan
muzik.
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28
Manakala faktor biologi pula berkenaan pembentukan fizikal manusia yang
mempengaruhi hasil seni. Menurut ahli sosiologi segala tingkah laku manusia itu
adalah akibat daripada hanya sifat-sifat semula jadi manusia sendiri. Kanak-kanak
mewarisi ciri-ciri fizikal ataupun sikap yang ada pada ibu bapa ataupun salasilah
keturunannya yang terdahulu. Sebagai bukti keluarga Bach. Keluarga ini telah
menghasilkan beberapa generasi pemuzik yang handal dan terkenal. Begitu juga di
tanah air ini, iaitu keluarga Soliano.
2.2 Faktor Luaran
Munn (1969) dalam Wong Kiet Wah (2013) mengatakan bahawa persekitaran ialah
kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Faktor
luaran membantu perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. (Urie
Bronfenbrenner (1979, 1989) dalam Wong Kiet Wah (2013). Menurut Edgar Vinacke
menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
Faktor luaran seperti persekitaran semula jadi dan faktor pemasyarakatan
memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku muzikal seseorang.
Terdapat beberapa faktor luaran persekitaran seperti mikrosistem di mana kanak-
kanak dengan masyarakat. Contohnya, terpengaruh dengan adik-beradik atau jiran
tetangga. Selain itu, mesosistem iaitu satu mikrosistem boleh mempengaruhi
mikrosistem yang lain iaitu terpengaruh dengan pihak ketiga. Contohnya, kawan-
kawan di sekolah.
Faktor luaran seperti masyarakat merupakan proses apabila seseorang
individu dapat memperoleh beraneka jenis tingkah laku yang perlu untuk berfungsi
dalam sesuatu masyarakat.
3.0 Kesimpulan
Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana
itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi
asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai
salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik
mengandungi utusan dalam bentuk irik. Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh
meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam