Top Banner
© koninklijke brill nv, leiden, ��6 | doi �0.��63/ ��3��969-� �34003Al-BayĀn – Journal of Qur ʾ Ān and ḤadĪth Studies �4 ( �0 �6) 5�-73 brill.com/jqhs Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars’ Differences in Understanding the Qur’an and Hadith Texts Dr Faisal Ahmad Shah Merupakan pensyarah kanan di Jabatan al-Quran & al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya [email protected] Abstract This article explains the importance of the Arabic language and its methods to under- stand the texts of the Qur’an and hadith. Arabic language scholars have set methods that should be followed in order to produce an accurate understanding of Qur’an and hadith texts. The mastery of the rules of the Arabic language is very important because any negligence will lead to deviation from the true meaning of the Qur’an and hadith. Through a direct analysis of the works of selected scholars, this article discusses schol- ars’ differences of understanding towards Qur’an and hadith texts according to their Arabic language proficiency. Keywords Arabic methods – Qur’an – hadith – understanding – accurateness – texts – skills 1 Pendahuluan Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalahnya. Ini ditegaskan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
23

Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

Mar 16, 2018

Download

Documents

trandat
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

© koninklijke brill nv, leiden, ���6 | doi �0.��63/��3��969-��34003�© koninklijke brill nv, leiden, ���6 | doi �0.��63/��3��969-��34003�

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies �4 (�0�6) 5�-73

brill.com/jqhs

Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars’ Differences in Understanding the Qur’an and Hadith Texts

Dr Faisal Ahmad ShahMerupakan pensyarah kanan di Jabatan al-Quran & al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

[email protected]

Abstract

This article explains the importance of the Arabic language and its methods to under-stand the texts of the Qur’an and hadith. Arabic language scholars have set methods that should be followed in order to produce an accurate understanding of Qur’an and hadith texts. The mastery of the rules of the Arabic language is very important because any negligence will lead to deviation from the true meaning of the Qur’an and hadith. Through a direct analysis of the works of selected scholars, this article discusses schol-ars’ differences of understanding towards Qur’an and hadith texts according to their Arabic language proficiency.

Keywords

Arabic methods – Qur’an – hadith – understanding – accurateness – texts – skills

1 Pendahuluan

Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran dan bahasa yang digunakan oleh nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalahnya. Ini ditegaskan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Page 2: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

52

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

Begitu juga firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 124 yang bermaksud: Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) yang diberikanNya itu.

Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan bahwa Allah SWT mengetahui kepada siapa risalahnya hendak dipertanggungjawabkan. Termasuklah di dalamnya bahasa yang akan digunakan iaitu bahasa Arab.

Syeikh Islam Ibn Taymiyyah ketika mengulas mengenai kepentingan bahasa Arab menyatakan:“ Sesungguhnya Allah SWT ketika menurunkan al-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan daripadaNya kitab dan hikmah dengan bahasa Arab dan menjadikan orang – orang terdahulu yang berpegang dengan agama ini bercakap dalam bahasa Arab. Tidak ada cara untuk memelihara agama dan mengetahuinya melainkan melalui bahasa ini maka mengetahuinya adalah daripada agama.1 Beliau menambah lagi dengan katanya: Bahasa Arab itu adalah daripada agama dan mengetahuinya adalah fardu wajib. Sesungguhnya memahami kitab dan sunnah adalah fardu, tidak akan dapat difahami melainkan dengan memahami bahasa Arab. Justeru apa yang tidak menyempurnakan perkara wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.2

Para sahabat merupakan generasi yang sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan bahasa al-Quran dan hadith nabi. Umar bin al-Khattab pernah menegaskan dengan katanya: Pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya ia daripada agama kamu dan pelajarilah faraid kerana sesungguhnya ia daripada agama kamu.3 Ubai bin Ka‘ab turut menegaskan pendirian yang sama dengan katanya: Pelajarilah bahasa Arab sebagaimana kamu belajar menghafaz al-Quran.4 Imam al-Syafi‘i pernah menegaskan: Wajib ke atas setiap orang Islam untuk mempelajari daripada apa yang mampu daripada bahasa Arab dalam menunaikan fardunya.5

1  Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim Ibn Taymiyyah, Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim, tahqiq Nasir ‘Abd al-Karim al-‘Aql, Bayrut: Dar ‘Alam al-Kutub. 1999. Hlm 162.

2  Ibid. hlm 207.3  Abu Bakar bin Abu Shaibah, 1409, al-Musannaf fi al-Ahadith wa al-Athar, tahqiq Kamal Yusuf

al-Hut, Riyad: Maktabah al-Rushd, no hadith 30546.4  Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an, Bab Ma Ja’a fi I‘rab al-Quran no hadith 29329.5  Muhammad bin ‘Ali al-Shawkani, Irshad al-Fuhul ila tahqiq al-Haq min ‘Ilm al-Usul, tahqiq

Ahmad ‘Azw ‘Inayah, Dar al-Kitab al-‘Arabi. 1999. j.2 hlm 209.

Page 3: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

53

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

Pendapat yang sama turut dikemukakan oleh al-Mawardi dengan katanya: Mengetahui bahasa Arab fardu bagi setiap muslim daripada kalangan mujtahid dan selainnya6

Ketegasan para ulama terhadap keperluan mempelajari bahasa Arab juga bagi menggelakkan umat Islam tertipu dan terpedaya dengan penyelewengan musuh-musuh Islam terhadap maksud teks-teks al-Quran dan hadith. Golongan Syiah merupakan golongan yang gemar menyelewengkan maksud lafaz hadith dengan membacanya secara salah. Antaranya hadith yang bermaksud: Ikutilah dengan dua orang selepas aku Abu Bakar dan Umar.7

Golongan Syiah meriwayatkannya dengan baris nasab (mansub) iaitu Ya Aba Bakar dan Umar iaitu Abu Bakar dan Umar perlu mengikuti dan mencontohi dua orang lain bukan Abu Bakar dan Umar yang diikuti dan dicontohi.8

Al-Tufi dalam syarah Mukhtasar al-Rawdah menjelaskan sabda nabi yang bermaksud: Kami tidak diwarisi apa yang kami tinggalkan sebagai sedekah.

Riwayat ini dibaris dengan baris depan (raf‘) yang bermaksud bahawa para nabi tidak diwarisi secara mutlak. Tetapi golongan Syiah membariskan lafaz sadaqah dengan baris atas yang membawa kepada maksud yang berbeza iaitu“ Kami tidak diwarisi,kami tidak tinggalkan sedekah9

2 Kaedah Bahasa Arab dan Kesannya Terhadap Perbezaan Fahaman Ulama Terhadap Nas al-Quran dan Hadith

Dalam bahagian ini, penulis akan membincangkan beberapa contoh kefahaman ulama terhadap kaedah bahasa Arab dan kesannya kepada pemahaman mereka terhadap nas al-Quran dan hadith.

2.1 Kaedah 1: Perselisihan Ulama Mengenai Lafaz Bahasa Arab Yang Mempunyai Dua Makna Yang Bertentangan

Nas-nas syarak kadangkala mengandungi lafaz yang mempunyai makna yang dikongsi bersama sehingga berlaku perselisihan di kalangan ulama dalam

6  Ibid. Ahmad bin Hanbal. Musnad Ahmad bin Hanbal j.5 hlm 382, Muhammad bin ‘Isa bin Thaurah al-Tirmizi, Jami’ al-Tirmizi, Kitab al-Manaqib, Manaqib Abu Bakr wa ‘Umar.

7  Ahmad bin Hanbal. Musnad Ahmad bin Hanbal j.5 hlm 382, Muhammad bin ‘Isa bin Thaurah al-Tirmizi, Jami‘ al-Tirmizi, Kitab al-Manaqib, Manaqib Abu Bakr wa ‘Umar.

8  Ali al-Ahmadi al-Mayaniji. Mawaqif al-Syiah. J.1 hlm 295.9  Najm al-Din Abu al-Rabi‘ Sulayman bin ‘Abd al-Qawiy al-Tufi, Sharh Mukhtasar al-Rawdah,

tahqiq Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki, j. 3 hlm 581.

Page 4: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

54

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

menentukan maknanya. Terdapat juga lafaz yang mempunyai dua makna yang bertentangan. Antara contohnya ialah seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: Nipiskanlah misai dan perbanyakkan janggut. Riwayat Ahmad

Dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibn Umar r.a dengan lafaz: Nipiskanlah misai-misai dan perbanyakkan janggut

Perbuatan A‘fu mempunyai dua makna yang bertentangan dalam percakapan orang Arab. Makna yang pertama ialah waffiru wa katthiru (perbanyakkan). Makna yang kedua pula ialah pendekkan, kurangkan atau sedikitkan. Lafaz A‘fu dengan maksud lebatkan dan perbanyakkan terdapat dalam ayat al-Quran surah al-A’raf ayat 95 yang bermaksud: Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang)

Abu Hayyan menjelaskan A‘fu bermaksud menjadi banyak, berkembang biak. Al-Hasan pula berkata ia membawa maksud menjadi gemuk. Berbeza dengan lafaz A‘fu di kalangan orang Arab dengan maksud pendekkan dan kurangkan. Justeru dalam hal ini, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan maksud A‘fu dalam hadith.10

a) Sesetengah ulama berpendapat bahawa maknanya ialah pendekkan dan kurangkan

b) Manakala majoriti ulama berpendapat bahawa maksudnya ialah lebatkan dan perbanyakkan.Mereka berhujjah deggan hadith-hadith sahih yang lain antaranya riwayat Ibn Umar r.a dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang bermaksud: “Berbezalah dengan orang musyrik, perbanyakkan janggut dan pendekkan misai”11

2.2 Kaedah 2: Perselisihan Ulama Mengenai Lafaz Bahasa Arab Yang Mengandungi Makna Yang Berbeza Tetapi Tidak Bertentangan

Antara contoh yang boleh dikemukakan bagi kaedah ini ialah firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud: Maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih

10  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Athar al-Lughah fi Ikhtilaf al-Mujtahidin. Riyad: Dar al-Salam, hlm 108.

11  Abd al-Rauf al-Munawi. 1972. Fayd al-Qadir Syarh al-Jami‘ al-Saghir. Dar al-Fikr j.4 hlm 517.

Page 5: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

55

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk bertayammum dengan al-So‘id al-Tayyib ketika ketiadaan air sewaktu bermusafir, atau tidak mampu menggunakannya kerana sakit. Namun persoalan yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan dengan al-So‘id?

Al-So‘id menurut percakapan orang Arab mempunyai beberapa pengertian:

Tanah yang berada pada permukaan bumi dinamakan so‘id. Permukaan bumi dinamakan so‘id dan ini termasuklah juga jenis-jenisnya dan bahagian-bahagiannya. Jalan juga dinamakan dengan so‘id. Manakala lafaz al-Tayyib membawa maksud tanah pertanian, tanah yang suci sebagaimana dinisbahkan kepada halal (halalan tayyiban).12

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan tanah yang harus digunakan untuk tayammum:

a) Al-Hanafiyah, al-Malikiyah, al-Auza‘i, ‘Ata’, al-Thauri dan selain mereka menyatakan so‘id ialah permukaan tanah/bumi sama ada di atasnya wujud tanah atau tidak. Justeru harus di sisi mereka bertayammum dengan setiap apa yang berada di atas permukaan bumi daripada bahagian-bahagiannya seperti batu kecil, pasir, dan selainnya.13 Imam Abu Hanifah menambah: Setiap apa yang terhasil daripada bumi daripada batu, al-nurah, al-Zarnikh, al-Jas, al-Tin, al-Rukham dan selainnya yang merupakan bahagian-bahagian bumi atau daripada jenisnya.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Daripada Jabir r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan seseorang pun daripada para nabi sebelumku: Aku dibantu dengan musuh berada dalam ketakutan selama perjalanan sebulan. Dijadikan bagiku bumi sebagai tempat sujud dan suci. Sesiapa daripada umatku yang sempat dengan solat maka solatlah, dihalalkan bagiku binatang ternakan yang tidak dihalalkan kepada seseorang pun sebelumku, diberikan kepadaku syafaat, nabi terdahulu

12  Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.2 hlm 147-148. Lihat juga Ali bin Habib al-Mawardi. 1982. Tafsir al-Nukat wa al-‘Uyun. Kuwait j.1 hlm 394.

13  Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.2 hlm 147.

Page 6: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

56

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

diutuskan kepada kaumnya secara khusus sedangkan aku diutuskan kepada manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’i)

Allah menjadikan tanah sebagai suci dan dinamakan al-Ard yang merangkumi kesemua bahagian-bahagiannya dan setiap apa yang berada di permukaan bumi daripada jenis-jenisnya. Maksud sabda nabi: sesiapa yang sempat untuk solat maka hendaklah dia solat. Teks ini umum merangkumi setiap orang dan setiap tempat. Perkara ini disokong dengan hadith berikut:

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dijadikan bumi kesemuanya bagiku dan bagi umatku sebagai masjid (tempat sujud) dan suci. Sesiapa yag sempat daripada umatku solat maka di sisinya tempat sujudnya dan sucinya (riwayat al-Bukhari, Ahmad dan al-Baihaqi)

Daripada Ammar bin Yasir r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Sesungguhnya memadai bagi engkau untuk engkau menepuk kedua tangan engkau ke bumi kemudian menghembusnya kemudian menyapu kedua tangan engkau, wajah engkau dan dua telapak tangan engkau. (muttafaq ‘alayhi)

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya beberapa orang daripada penduduk Badwi datang bertemu Rasulullah SAW lalu bertanya: Kami berada di tanah berpasir selama 3 bulan dan empat bulan. Terdapat di kalangan kami orang yang junub, wanita haid, wanita nifas dan kami tidak menemui air? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Ke atas kamu tanah (riwayat Ahmad, al-Tabrani dalam al-Ausat dan al-Baihaqi)

Kesemua hadith di atas menunjukkan bahawa tayammum tidak khusus kepada tanah yang mempunyai debu sahaja.

Mereka menjelaskan penyebutan al-turab (tanah) pada sesetengah hadith tidak menjadikannya syarat dan menafikan yang lain.

Dari sudut bahasa pula mereka menjelaskan: Pendapat yang sahih di sisi ahli bahasa bahawa al-So‘id ialah permukaan tanah dalam keadaan mana sekalipun. Dinamakan so ‘idan kerana kedudukannya pada permukaan tanah/bumi.14

14  Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.2 hlm 147-148. Lihat juga Nail al-Autar j.1 hlm 305-306. Al-San’ani.. Subul al-Salam j.1 hlm 93-94.

Page 7: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

57

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

b) Ramai ulama dalam kalangan al-Syafi ‘iyah, al-Hanabilah, Abu Yusuf daripada al-Hanafiyyah dalam satu riwayat daripadanya menjelaskan bahawa so’id dalam ayat bermaksud semata-mata tanah sama ada didapati di atas permukaan bumi atau dikeluarkan daripada perut bumi.15

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa nabi saw bersabda: Kita dilebihkan atas manusia disebabkan tiga: Dijadikan saf kita seperti saf para malaikat, dijadikan bagi kita bumi kesemuanya sebagai tempat sujud. Dijadikan tanahnya bagi kita suci jika kita tidak temui air. Diberikan ayat-ayat ini daripada akhir surah al-Baqarah daripada kanz (perbendaharaan) di bawah arasy tidak diberikan kepada nabi sebelumku (riwayat Muslim dan Ahmad)

Berdasarkan hadith ini jelas menunjukkan bahawa dibenarkan solat di atas bumi secara umum kemudian dikhususkan tanah untuk tayammum. Jika diharuskan kesemua tanah di bumi sudah pasti dalam hadith ini tidak disebutkan daripada bumi kepada tanah. Bukti yang menunjukkan perbezaan antara keduanya dalam teks ialah apabila nabi SAW menyebutkan dijadikan tempat sujud dengan lafaz kulliha (kesemuanya).

Daripada Abu Zar r.a bahawa nabi SAW bersabda: Tanah mensucikan orang Islam walaupun sebanyak 10 kali haji selagi mana seseorang itu tidak menemui air (riwayat Ashab al-Sunan)

Mereka menjelaskan bahawa hadith-hadith banyak mengisyaratkan bahawa minhu yang dimaksudkan dalam ayat ialah al-Turab. Mereka memahami al-So’id yang terdapat selain daripada hadith-hadith ini ialah al-Turab

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a beliau menyebutkan al-So’id: al-Harth (bercucuk tanam) iaitu tempat mencampakkan benih.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah yang bermaksud: Sapulah wajah-wajah kamu dan kedua tangan kamu daripadanya

15  Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.2 hlm 147.

Page 8: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

58

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

Ayat ini membawa maksud seseorang itu menggunakan debu yang ada pada anggotanya kerana min itu membawa maksud al-Tab’id. Tab’id tidak berlaku melainkan dengan sapu daripada tanah. Jika tidak, tidak berhasil sapuan itu dengan sesuatu pun.16

Dari sudut bahasa mereka menyebutkan: jika So’id itu merupakan lafaz yang dikongsi namun datang takhsisnya dengan tanah daripada Ibn Abbas. Ia juga ditafsirkan oleh ‘Ali dan Ibn Mas’ud r.a17

Justeru mereka berpandangan berdasarkan ijtihad mereka bahawa tidak harus bertayammum melainkan dengan tanah yang kering, tidak terbakar dan mempunyai debu yang boleh terlekat pada anggota.18

2.3 Kaedah 3: Perselisihan Ulama Mengenai Makna Yang Dikongsi Pada Satu Lafaz

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 33 yang bermaksud: Sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan walinya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

Lafaz sultan berkemungkinan membawa maksud al-Diyat dan al-Qisas. Munurut fuqaha’, bagi wali satu daripada dua perkara iaitu al-Qisas atau memaafkan tetapi mereka berselisih pendapat adakah berpindahnya daripada qisas kepada maaf dengan mengambil diyat merupakan suatu hak yang wajib bagi wali tanpa wujud di sana pilihan bagi orang yang dihukum qisas. Atau diyat tidak sah melainkan dengan reda kedua-dua pihak. Jika orang yang diqisas tidak reda dengan pembayaran diyat maka tidak ada pilihan bagi wali melainkan qisas secara mutlak atau maaf secara mutlak?19

16  Ahmad bin Yusuf. 1986. Al-Dur al-Masun fi ‘Ulum al-Kitab al-Maknun. Dar al-Qalam j.4 hlm 216.

17  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000 Hlm 112.18  Abu Mansur al-Azhari. 1979. Al-Zahir fi Gharib Alfaz al-Syafie. Kuwait: Wizarat al-Auqaf

hlm 52. Lihat juga Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.2 hlm 147-149. Lihat juga Tafsir al-Mawardi j.1 hlm 394.

19  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. hlm 121.

Page 9: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

59

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

a) Hanafiyah, Malik melalui riwayat Ibn al-Qasim yang mahsyur, al-Thauri dan al-Auza’i menjelaskan bahawa tidak wajib bagi wali melainkan dengan menuntut qisas atau memaaf tanpa diyat melainkan pembunuh reda untuk membayar diyat.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Hadith riwayat Anas bin Malik mengenai kisah al-Rubayyi’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kitab Allah al-Qisas (muttafaq ‘alayhi)

Berdasarkan fakta ini jelas menunjukkan tiada bagi wali melainkan qisas.Qisas merupakan wajib ayni maka tidak boleh bagi wali mengambil diyat melainkan dengan reda pembunuh.

Menurut al-Hanafiyah: Jika kita memberi pilihan kepada wali antara diyat dan qisas maka ia merupakan satu penyatuan antara dua makna yang dikongsi pada masa yang sama dan ini dilarang dalam ijtihad mereka.

b) Manakala al-Syafi‘iyah, al-Hanabilah, Malik melalui riwayat Ashab, kebanyakan fuqaha’ Madinah daripada Malikiyah dan selain mereka, Abu Thaur dan Daud berpendapat bahawa wali mempunyai pilihan sama ada memilih qisas atau mengambil diyat, sama ada pembunuh reda atau tidak reda. Pembunuhan secara sengaja di sisi mereka, wali diberi pilihan sama ada qisas ataupun diyat.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang warisnya dibunuh maka dia diberi dua pilihan sama ada dia meminta diyat, atau melaksanakan qisas (Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Daud, al-Nasa’i dan al-Tirmizi)

Lafaz al-Tirmizi iaitu “sama ada dia memaafkan atau dia dibunuh balas”. Ini membuktikan bahawa wali mempunyai pilihan.

2.4 Kaedah 4: Perselisihan Ulama Disebabkan I’rab dan Tasrif Yang Berbeza

Perselisihan ulama juga berlaku disebabkan I’rab dan tasrif yang berbeza sebagaimana hadith dengan maksud berikut:Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: sembelihan bagi janin adalah

Page 10: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

60

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

sembelihan ibunya (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, dan al-Tirmizi menghasankannya, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Satu riwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dengan lafaz: kami bertanya: Wahai Rasulullah, kami berkorban unta, menyembelih lembu dan kambing, dalam perutnya ada janin, adakah kami membuangnya atau kami memakannya? Rasulullah menjawab: Makanlah jika kamu kehendaki sesungguhnya sembelihannya ialah sembelihan ibunya

Daripada Jabir r.a daripada nabi SAW bersabda: sembelihan janin ialah sembelihan ibunya (Riwayat al-Darimi, Abu Daud, Abu Nu’aym dalam al-Hilyah dan al-Hakim dan beliau mensahihkannya)

Lafaz zakat yang kedua diriwayatkan dengan raf ’ pada kebanyakan sanad. Ia juga diriwayatkan secara mansub. Menurut al-Khattabi dan selainnya riwayat dengan raf ’ lebih terpelihara.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum janin haiwan yang disembelih jika ditemui dalam keadaan telah mati

a) Menurut majoriti ulama, haiwan yang dimakan dagingnya jika telah disembelih kemudian keluar daripada perutnya janin yang telah mati maka harus memakannya.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Hadith Abu Sa’id dan Jabir: Sembelihan janin ialah sembelihan ibunya

Mereka menjelaskan lagi bahawa riwayat terpelihara yang dikeluarkan oleh ulama hadith ialah dengan raf ’ dan bukan dengan nasab. Dii’rabkan lafaz zakat yang kedua sebagai khabar kepada mubtada’ kepada zakat janin. Jadilah maknanya sembelihan ibu janin merupakan sembelihan bagi janin. Hadith ini telah mengkhususkan umum ayat dan mengeluarkan janin yang ibunya telah disembelih daripada hukum bangkai.

Manakala ulama yang meriwayatkan dengan nasab, ia menjadi mansub dalam keadaan zarfiyah. Maknanya ialah sembelihan janin terhasil sewaktu sembelihan ibunya seperti ji’tu tulu’a al-shamsi yang bermaksud: Aku datang sewaktu naik matahari

Pendapat ini disokong dengan riwayat al-Baihaqi yang meriwayatkan Zakat al-Janini fi zakat ummihi

Page 11: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

61

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

Dalam riwayat lain pula bizakati ummihiMaksud yang lain pula ialah sembelihan janin termasuk di bawah

sembelihan ibunya. Dibuang huruf jar dan dinasabkan lafaz zakat sebagai maf’ul seperti dakhaltu al-dara

Hadith secara jelas menyatakan halalnya memakan janin yang mati kerana sembelihan ibunya dikira sebagai sembelihan baginya berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW.

Riwayat riwayat yang datang menjelaskan jawapan jika berkaitan janin yang mati kerana tidak timbul kekeliruan bagi janin yang hidup. Sahabat sendiri telah memahami bahawa janin yang keluar dalam keadaan hidup tidak halal melainkan dengan sembelih.Perkara ini disokong oleh riwayat Ahmad dan Abu Daud bahawa sahabat-sahabat yang bertanya bertanya: adakah kami membuangnya atau kami memakannya? tiada seorang pun yang menyangka bahawa sahabat ingin membuang janin yang keluar dalam keadaan hidup daripada perut ibunya kerana mereka mengetahui sejak sekian lama bahawa ia halal dengan sembelihan. Janin juga mengikut ibunya, tidak mungkin menyembelihnya secara berasingan sebelum ia keluar. Justeru sembelihan ibu sudah memadai jika ia keluar dalam keadaan telah mati.

Qiyas memahami bahawa sembelihan janin ialah sembelihan ibunya kerana janin merupakan sebahagian daripada ibunya. Justeru sembelihan ibu merupakan sembelihan kepada keseluruhan bahagian-bahagiannya dan tidak ada makna untuk mensyaratkan ia mesti hidup.

b) Abu Hanifah dan Zufar berkata: Tidak halal memakan janin jika tidak keluar dalam keadaan hidup kemudian disembelih. Ini adalah kerana menurut mereka sembelihan haiwan tidak berlaku bagi haiwan yang lain. Mereka mentakwilkan hadith sembelihan janin seperti sembelihan ibunya iaitu sembelihlah ia sebagaimana kamu sembelih ibunya.

c) Setengah ulama antaranya Malik menjelaskan jika ia keluar dalam keadaan telah mati, sempurna kejadiannya dan sempurna bulunya maka halal dengan sembelihan ibunya. Jika tidak sempurna dan tidak tumbuh bulunya maka haram. Mereka berhujah dengan fakta-fakta berikut:

Daripada Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: sembelihan janin jika telah berbulu adalah sembelihan ibunya tetapi ia disembelih sehingga keluar daripadanya darah (Riwayat Hakim)

Abu Daud juga meriwayatkan dengan lafaz ini daripada hadith JabirMa’mar meriwayatkan daripada al-Zuhri daripada Abdullah bin Kaab

bin Malik r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika janin telah berbulu

Page 12: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

62

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

maka sembelihannya ialah sembelihan ibunya (Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir)

Kesimpulannya ialah jika disembelih binatang lalu didapati dalam perutnya janin, jika janin keluar dalam keadaan hidup maka hendaklah disembelih tanpa khilaf. Jika mati sebelum sempat disembelih maka ia menjadi halal mengikut pendapat majoriti ulama sama ada telah berbulu ataupun tidak.

Imam Malik pula mensyaratkan sempurna kejadiannya dan tumbuh bulunya untuk menghalalkan sembelihan ibunya.

Jika ia keluar sedangkan ia masih hidup dan mampu untuk disembelih kemudian tidak disembelih sehingga ia mati maka ia menjadi haram. Jika tidak sempat untuk disembelih sehingga ia mati maka ia menjadi halal di sisi majoriti ulama.

2.5 Kaedah 5: Perselisihan Ulama Disebabkan Struktur TeksPerselisihan ulama juga disebabkan struktur teks seperti contoh berikut:

2.5.1 Contoh 1Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 35 yang bermaksud: Jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan keduanya berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya.

Ayat ini bermaksud jika kamu takut permusuhan dan pertelingkahan antara suami dan isteri maka lantiklah orang tengah yang adil daripada pihak suami dan orang tengah yang adil daripada pihak isteri. Jika kedua-dua orang tengah tersebut mempunyai niat yang baik Allah akan memberkati usaha mereka.

Damir huma pada ayat yang bermaksud: nescaya Allah akan menjadikan keduanya berpakat baik mempunyai dua kemungkinan:

1- Damir tersebut kembali kepada dua orang tengah. Maksudnya Allah memudahkan antara dua orang tengah dalam memperbaiki hubungan antara suami dan isteri.

2- Damir kembali kepada suami dan isteri. Maksudnya Allah mempermudahkan antara pasangan suami dan isteri dengan usaha islah (perbaikan) dua orang tengah.20

20  Ali bin Habib al-Mawardi.Tafsir al-Mawardi j.1 hlm 388.

Page 13: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

63

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

2.5.2 Contoh 2Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 145 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan damir ha’ pada ayat yang bermaksud sesungguhnya ia najis adakah kembali kepada khinzir ataupun daging? Sekumpulan ulama antaranya al-Mawardi dan Ibn Hazam berpendapat damir tersebut kembali kepada Khinzir kerana ia yang paling hampir disebutkan. Mereka menegaskan bahawa pengharaman dinisbahkan kepada khinzir bukan khusus kepada dagingnya sahaja bahkan merangkumui lemaknya, bulunya, tulangnya dan kukunya. Jika dikembalikan damir kepada khinzir maka ia memenuhi maksud tersebut. Jika ia dikembalikan kepada daging maksudnya yang diharamkan ialah daging sahaja.

a) Abu Hayyan dalam tafsirnya dan buku-buku nahunya menjelaskan bahawa damir tersebut kembali kepada daging yang dinisbahkan kepada Khinzir. Kerana damir jika didahului dengan mudaf dan mudaf ilaihi dan mungkin kembali pada setiap daripadanya secara berasingan maka ia kembali kepada mudaf bukan kepada mudaf ilaihi. Ini adalah kerana mudaf yang dibincangkan di sini. Manakala mudaf ilaihi disebutkan sebagai ikutan sahaja. Sebagai contoh Raaitu ghulama zaydin faakramtuhu. Damir pada faakramtuhu kembali kepada ghulam (budak) kerana dialah yang dibincangkan bukan pada Zaid kerana Zaid bukan yang dimaksudkan.21

Mereka menjelaskan lagi bahawa penyebutan daging dan bukan yang lain walaupun termasuk yang dimaksudkan kerana ia (penyebutan daging) lebih penting dan lebih banyak dimaksudkan sebagaimana haiwan-haiwan yang lain.22

21  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 138.22  Jamal al-Din al-Isnawi. 1985. Al-Kaukab al-Durri fima yatakharraju ‘ala al-Usul al-Nahwi-

yyah min al-Furu’ al-Fiqhiyyah. Dar Ammar hlm 202-203. Lihat juga al-Dur al-Masun j.5 hlm 200.

Page 14: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

64

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

2.6 Kaedah 6: Perselisihan Ulama Dalam Menentukan Maksud Teks Sebagai Hakikat Atau Majaz

Ulama juga berselisih dalam menentukan maksud teks sebagai hakikat atau majaz seperti firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 26 yang bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap ugama Allah dan Rasul-rasulNya); maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung bangunan itu jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.

Lafaz bunyanahum berkemungkinan membawa maksud hakikat dan boleh juga membawa maksud kiasan (majaz). Kedua-duanya harus dalam bahasa Arab. Justeru ulama berselisih pendaapat mengenai maksud Bunyan dalam ayat ini:

a) Satu golongan berpendapat bahawa bunyan yang dimaksudkan di sini ialah secara hakikat. Allah mengkehendaki bangunan al-Sorh yang dibina oleh Haman untuk Firaun. Justeru Allah menyebutkan “lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka”

b) Setengah golongan pula beranggapan bahawa bunyan membawa maksud majaz iaitu apa yang mereka bina daripada rancangan jahat. Mereka seolah-olah seperti seeseorang yang membina bangunan, berlindung daripadanya daripada kebinasaan lalu bangunan tersebut jatuh ke atasnya dan membunuhnya.

Ibn Abbas ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa azab mendatangi mereka daripada langit yang di atas mereka.23

Contoh lain yang boleh dikemukakan ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tuhan kami turun setiap malam ke langit dunia ketika berbaki satu pertiga malam yang akhir. Lalu Tuhan berkata: Sesiapa yang berdoa kepadaku nescaya aku kabulkan, sesiapa yang meminta, aku memberinya, sesiapa yang memohon keampunan, aku akan mengampuninya. (muttafaq alayhi)

Orang Arab menggunakan maksud nuzul dengan dua wajah. Salah satunya hakikat dan yang satu lagi kiasan dan ia pula terbahagi kepada beberapa wajah.Dalam hal ini ulama berselisih pendapat maksud tuhan kami turun kepada beberapa pendapat:

23  Abdullah bin al-Sayyid Abu Muhammad. 1978. Al-Tanbih ‘ala al-Asalib allati aujabat al-Ikhtilaf bayna al-Muslimin fi Ara’ihim wa Mazahibihim wa I’tiqadihim. Dar al-I’tisam hlm 58-59. Lihat juga Tafsir al-Mawardi j.2 hlm 389. Lihat juga al-Kasyaf j.3 hlm 689.

Page 15: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

65

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

a) Sesetengah ulama berpendapat nuzul yang dimaksudkan di sini ialah nuzul yang hakikat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah sesuai dengan sifat kesempurnaan Allah dan keagungannya.

b) Sesetengah ulama pula berpendapat nuzul di sini ialah secara kiasan dan mereka berselisih pendapat dari sudut takwilannyai. Turunnya perintah Allah pada setiap waktu sahur. Maksud hadith

ialah Allah memerintahkan turun ke langit dunia dan diseru dengan perintahnya

Orang Arab menisbahkan perbuatan kepada siapa yang mengarahkan /memerintahkan sebagaimana mereka menisbahkannya kepada orang yang melakukannya sendiri. Sebagai contoh mereka menyebutkan “ketua telah menulis catatan”, “Qadi telah memotong tangan pencuri” sedangkan kedua-duanya tidak melakukan perbuatan tersebut secara lansung tetapi mereka yang mengarahkan. Justeru dalam percakapan ia memerlukan taukid (penguat) seperti Ja‘a Zaydun nafsuhu dan seperti raaitu muhammadan zatahu

Fakta ini disokong apabila ulama hadith meriwayatkan ya’ dengan dibaris depan “yunzalu”24ii. Setengah ulama pula mentakwilkan bahawa Allah pada waktu

tersebut lebih hampir dengan sifat rahmat berbanding waktu yang lain dan Allah mendengar hamba-hambanya dengan rasa kasih dan rahmat.

iii. Orang Arab juga menggunakan nuzul dengan maksud menerima sesuatu selepas dibentangkan kepadanya seperti mereka mengucapkan nazala fulanun ‘ala ra’yi fulanin.25

2.6.1 Contoh 3Yang lain di bawah kaedah ini ialah firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 43-44 yang bermaksud: Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang suci.

24  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 176.25  Abdullah bin al-Sayyid Abu Muhammad. 1978.Al-Tanbih. hlm 65-66.

Page 16: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

66

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

Hamzah dan al-Kusa’i membaca lamastum tanpa alifUlama berselisih pendapat dalam menentukan maksud ayat atau

kamu bersentuh dengan perempuan

Orang Arab menisbahkan al-lams ini kepada al-lams bi al-yad dan kadang kala dengan maksud jimak.

a) Sesetengah ulama antaranya Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, ‘Ubaidah, al-Nakha’i, al-Sha’bi, ‘Ata’, Ibn Sirin dan al-Shafie menyatakan yang dimaksudkan dengan al-lams dalam ayat ialah sebenar-benar sentuh iaitu sentuh tangan atau bersentuhnya dua kulit secara mutlak daripada jimak dan selainnya.

b) Manakala setengah ulama lain pula antaranya ‘Ali, Ibn Abbas, al-Hasan, Qatadah dan Mujahid beranggapan bahawa sentuh di sini ialah kiasan kepada jimak.26

Al-Lams dalam ayat ini yang mengandungi dua maksud telah membawa perselisihan di kalangan fuqaha’ dari sudut terbatalnya wuduk disebabkan bersentuh lelaki dengan perempuan atau sebaliknya.

a) Majoriti ulama antaranya al-Malikiyah, al-Syafiiyah, al-Hanabilah menyatakan yang dimaksudkan dengan al-lams dalam ayat ialah sentuh antara lelaki dan wanita. Disebabkan persentuhan tersebut wuduk menjadi batal.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:Umum ayat yang menjelaskan bahawa sentuh merupakan antara perkara

yang membatalkan wuduk. al-lams membawa maksud sentuh dengan tangan dan kiasan pada jima’. Ulama menegaskan jika tidak pasti antara hakikat dengan majaz maka sebaiknya di fahami secara hakikat sehingga datang dalil yang menunjukkan majaz. Antara bukti yang menyokong pendapat ini ialah:27

Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 7 yang bermaksud: Dan kalau Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) sebuah Kitab (yang bertulis) pada kertas, lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata: “Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata”.

26  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 176.27  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 177. Lihat juga al-Dur al-Masun j.2

hlm 692.

Page 17: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

67

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

Begitu juga firman Allah dalam surah al-Jin ayat 8 yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Kedua-dua ayat ini membuktikan bahawa al-lams digunakan dengan maksud sentuh dengan tangan

Manakala hadith nabi turut menggunakan lafaz al-lams dengan maksud sentuh. Antaranya hadith Aishah r.a katanya: sedikit hari melainkan Rasulullah mengelilingi kami mengucup atau menyentuh

Daripada Ibn Mas’ud katanya: al-Qublah (kucupan) itu daripada al-lams. Padanya wuduk. Al-lams pula bukan jimak (riwayat al-Baihaqi)

Hadith Ibn Umar r.a katanya: kucupan lelaki kepada isterinya dan menyentuhnya dengan tangannya dikira sebagai persentuhan. Sesiapa yang mengucup isterinya atau menyentuhnya dengan tangannya maka ke atasnya wuduk (Riwayat Malik, al-Syafie dan disahihkan oleh Imam al-Nawawi)

b) Manakala satu golongan lagi berpendapat antaranya al-Hanafiyah, Ahmad dalam riwayat yang ketiga baginya bahawa tidak batal wuduk disebabkan sentuh walaupun dengan shahwat kerana yang dimaksudkan dalam ayat ialah jimak.

Mereka berhujjah dengan fakta-fakta berikut:

Penyebutan wanita dalam ayat membawa kepada pemalingan makna daripada al-lams (sentuh) kepada jimak. Orang Arab menyebutkan lamastu al-mar’ata ay jama‘tuha

Bacaan lamastum dalam ayat dibaca lamastum yang menunjukkan mufa’alah iaitu berlaku antara dua orang yang juga boleh membawa erti jimak.Terdapat ayat-ayat lain yang menggunakan perkataan al-mass dan yang dimaksudkan ialah jimak28 sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 47 yang bermaksud: Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun

Begitu juga firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 237 yang bermaksud: Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu jimak dengan mereka

Ada di antara sahabat yang menafsirkannya dengan jimak seperti Ali dan Ibn Abbas

28  Ibn Rushd. Bidayah al-Mujtahid j.1 hlm 353.

Page 18: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

68

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

Struktur ayat dan uslubnya juga menunjukkan mulamasah ialah jimak.Allah menyebutkan kedatangan al-Ghait mengisyaratkan kepada hadath

kecil kemudian menyebutkan tentang mulamasah bagi mengisyaratkan tentang hadath besar.

Antara dalil-dalil yang mengisyaratkan tidak batalnya wuduk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita ialah seperti berikut:

Daripada Abu Salamah daripada Aishah r.a katanya: Aku tidur di hadapan Rasulullah dan kedua kakiku pada kiblatnya. Jika nabi sujud, nabi mencucukku, lalu aku tarik kedua kakiku, jika nabi bangun aku hulurkan kembali. Rumah ketika itu tiada lampu.

Di sisi al-Nasa’i daripada riwayat al-Qasim daripada Aishah jika sekiranya Rasulullah solat sedang aku bertentangan di hadapannya seperti jenazah yang dibaringkan. Jika nabi hendak solat witir nabi menyentuhku dengan kakinya.

Daripada hadith-hadith di atas jelas membuktikan bahawa sentuh wanita tidak membatalkan wuduk.

Daripada Habib bin Abu Thabit daripada Urwah daripada Aishah r.a bahawa nabi SAW mengucup setengah isterinya kemudian keluar untuk solat tetapi tidak berwuduk. Aku bertanya? Siapakah dia melainkan awak? lalu Aishah ketawa (riwayat Ahmad, Ashab al-Sunan dan selain mereka)

2.6.1.1 Perincian mazhab majoriti ulama mengenai isu ini29Ulama berselisih pendapat tentang sifat sentuh yang membatalkan wuduk:

a) Al-Malikiyah, al-Hanbaliyah menegaskan bahawa sentuh wanita tanpa alas jika dengan shahwat membatalkan wuduk. Jika bukan dengan shahwat ia tidak membatalkan wuduk sama ada melibatkan wanita ajnabiyah atau mahram sama ada kecil atau dewasa.

Nabi solat dengan mendukung Umamah binti Abu al-‘As bin al-Rabi’. Jika nabi sujud nabi meletakkannya. Jika nabi bangun nabi mendukungnya kembali.

Hadith ini jelas mengisyaratkan bahawa sentuh tanpa shahwat tidak membatalkan wuduk.

Sentuh bukanlah hadath tetapi membawa kepada keluarnya mazi.

b) Syafiiyah menurut riwayat yang sahih menjelaskan jika bersentuh kulit lelaki dan wanita yang halal berkahwin yang kedua-duanya telah mempunyai nafsu shahwat maka wuduk mereka terbatal. Tiada beza antara orang yang menyentuh atau disentuh, secara sengaja atau tidak,

29  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 180-181.

Page 19: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

69

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

dengan shahwat atau tidak dengan shahwat dan berterusan lama atau sekejap.

Mereka berhujjah dengan fakta berikut:

Umum ayat yang tidak mensyaratkan shahwat pada sentuhAl-lams (sentuh) mendorong kepada shahwat

Manakala mahram dan kanak-kanak tidak mendatangkan shahwat di sisi manusia yang normal.

2.6.2 Contoh 4Daripada Abu Musa al-Ash’ari r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada nikah melainkan dengan wali (Riwayat Ahmad, al-Arba’ah dan al-Hakim dan selainnya)30

Hadith mengisyaratkan nikah tanpa wali tidak sah. Ia membawa dua kemungkinan iaitu 1. Membatalkan sah nikah secara hakikat 2. Membatalkan kesempurnaan nikah atas mafhum majaz. Justeru para fuqaha’ berselisih pendapat adakah wali menjadi syarat daripada syarat-syarat nikah atau tidak?31

a) Abu Hanifah, Zufar, al-Sha’bi dan al-Zuhri berpendapat yang dimaksud-kan ialah makna majaz iaitu tiada nikah sempurna atau tiada nikah yang digalakkan melainkan dengan wali. Jika wanita yang telah baligh mengu-ruskan nikahnya dengan redanya tanpa wali maka ia telah mencukupi dan harus.

Golongan Hanafiyah berhujjah dengan fakta-fakta berikut:Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 240 yang bermaksud: Maka

tidaklah kamu bersalah mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah menisbahkan tindakan kepada wanita dalam banyak ayat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 232 yang bermaksud: Apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ‘ maka janganlah kamu (Wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula

30  Imam al-Suyuti mengisyaratkan kesahihannya dalam al-Jami’ al-Saghir. Begitu juga al-Munawi dalam Fayd al-Qadir j.6 hlm 437.

31  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 183.

Page 20: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

70

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri Dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak).

Begitu juga surah al-Baqarah ayat 230 yang bermaksud: Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain.

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa nabi SAW bersabda: Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, gadis diminta izin tentang dirinya dan izinnya ialah diamnya (Riwayat Muslim, Malik, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Muslim dan al-Nasa’i: Gadis, bapanya meminta izin daripadanya tentang dirinya, izinnya ialah diamnya kemungkinan nabi menyebutkan: diamnya ialah pengakuannya.

b) Majoriti ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan hadith ini ialah tidak sah nikahnya melainkan dengan akad daripada wali. Wanita tidak boleh menikahkan dirinya secara mutlak. Jika dia melakukannya maka ia adalah batal walaupun walinya memberi keizinan kepadanya.32

Jumhur berhujjah dengan fakta-fakta berikut:Ayat surah al-Baqarah ayat 232 yang bermaksud: Maksudnya: Dan apabila

kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka maka janganlah kamu (Wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ayat ini ditujukan kepada wali-wali, jika mereka tiada hak sebagai wali kenapa mereka dilarang daripada menghalang wanita berkahwin semula dengan bekas suami mereka.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 221 yang bermaksud: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang

32  Al-Munawi. Fayd al-Qadir j.6 hlm 437.

Page 21: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

71

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Ayat ini juga ditujukan kepada para wali.Al-Zuhri meriwayatkan daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah SAW

bersabda: Mana-mana wanita dinikahkan tanpa izin daripada walinya maka nikahnya batil, nikahnya batil, nikahnya batil. Jika dia telah mensetubuhi isterinya maka baginya mahar disebabkan persetubuhan tersebut. Jika berlaku pertelingkahan maka pemerintah menjadi wali bagi siapa yang tidak mempunyai wali. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi).

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa nabi SAW bersabda: al-Baghaya (perempuan tidak baik) menikahkan diri mereka sendiri tanpa bukti (Riwayat al-Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a Tidak menikahkan wanita wanita, tidak menikahkan wanita dirinya. Sesungguhnya penzina wanita dialah yang menikahkan dirinya. (Riwayat Ibn Majah dan al-Daraqutni).

2.7 Kaedah 7: Perselisihan Ulama Mengenai Maksud Huruf al-Ma’aniUlama juga turut berselisih pendapat dalam menentukan maksud huruf al-Ma‘ani sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali

Ulama bahasa Arab, fuqaha’ dan ahli tafsir berselisih pendapat dalam menentukan makna huruf ba’ dengan perselisihan yang besar kerana ba’ berkemungkinan membawa makna-makna berikut:33

1- Al-Ilsaq2- Al-Za’idah3- Al-Tab’id4- Al-Isti’anah5- Al-Ta’diyah

33  ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Salam Tuwailah. 2000. Hlm 239.

Page 22: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

72

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Shah

Berdasarkan perkongsian makna huruf ba’ ulama berselisih pendapat adakah wajib menyapu kepala keseluruhannya atau menyapu sebahagiannya dan tidak wajib seluruhnya?

a) Imam Malik dan Ahmad mengikut pendapat yang mahsyur daripada keduanya, begitu juga mazhab di sisi Hanbali dan kebanyakan Malikiyah, al-Muzani daripada al-Syafiiyah menyatakan wajib menyapu keseluruhan kepala dan tidak dikira jika menyapu sebahagiannya

Mereka berhujahkan dengan fakta berikut:

Firman Allah yang bermaksud:Sapulah dengan kepala kamuMereka berselisih dalam menentukan maksud huruf ba’

Imam Malik menjelaskan huruf ba’ itu silah iaitu za’idah (penambahan) maksudnya menjadi wajib. Setengah pula berpendapat ba’ itu berperanan sebagai ilsoq. Kepala itu hakikat kepada nama untuk kesemua kepala, separuh kepala adalah majaz. Hakikat kepala itu adalah asalnya.

Daripada Abdullah bin Zayd r.a bahawa Rasulullah SAW menyapu kepalanya dengan dua tangannya, membawa kedua tangannya daripada hadapan kepala kemudian kembali ke hadapan kepala semula. Memulakan dengan bahagian hadapan kepala sehingga ke tengkuk kemudian kembali ke tempat baginda memulakannya. (Riwayat al-Jamaah)

Daripada Talhah bin Musarrif daripada bapanya daripada datuknya r.a bahawa beliau melihat Rasulullah SAW menyapu kepalanya sehingga sampai ke Qazal (antara dua telinga di belakang kepala) dan selepasnya daripada awal tengkuk (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Baihaqi)

b) Jumhur ulama antaranya al-Hanafiyah, Syafiiyah, Malik dan Ahmad satu riwayat daripada keduanya, setengah daripada Malikyah, al-Layth dan al-Auza’i bahawa tidak wajib merangkumkan keseluruhan kepala dengan sapu dan sudah memadai sebahagiannya.

Mereka berhujah dengan fakta-fakta berikut:Kebanyakan Syafiiyah menegaskan bahawa ba’ yang dimaksudkan di sini

berfungsi sebagai al-tab’id. Mereka menukilkannya daripada al-Syafie.Ramai ulama menyatakan bahawa ayat ini bersifat mutlak di mana Allah

memerintahkan sapu secara mutlak. Mutlak tercapai dengan menyapu sebahagian kepala atau keseluruhannya. Yang wajib ialah sapu sama ada

Page 23: Arabic Language Methods and their Effects on the Scholars ... · PDF fileal-Quran dengan bahasa Arab dan menjadikan rasulnya turut menyampaikan ... 4 Ibid. Kitab Fadail al-Qur’an,

73

Al-BayĀn – Journal of QurʾĀn and ḤadĪth Studies 14 (2016) 51-73

Arabic Language Methods & Understanding Qur’an & hadith

secara keseluruhan atau sebahagiannya. Ayat ini tidak mengisyaratkan kepada keseluruhan kepala tetapi hanya menyapu kepala secara umum.

Daripada Anas r.a katanya: Aku melihat Rasulullah SAW berwuduk dan di atas kepalanya serban Qatariyah lalu beliau memasukkan tangannya di bawah serbannya lalu menyapu bahagian depan kepalanya tanpa menanggalkan serbannya (Riwayat Abu Daud)

Daripada al-Mughirah bin Shu’bah r.a bahawa nabi SAW berwuduk dan menyapu bahagian hadapan kepala dan atas serbannya di samping atas dua khufnya (riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tabrani)

Daripada Bilal r.a bahawa nabi SAW menyapu ke atas dua khuf dan bahagian hadapan kepala dan ke atas serban (Riwayat al-Baihaqi dan beliau menghasankannya)

Mereka menjelaskan bahawa telah thabit dalam hadith-hadith yang sahih bahawa nabi menyapu bahagian hadapan kepala sahaja.

Ibn al-Munzir pula menjelaskan: Sahih daripada Ibn Umar r.a yang berpada dengan menyapu sebahagian kepala dan tiada seorang sahabat pun yang mengingkarinya. Ibn al-Munzir menjelaskan lagi dinukilkan daripada Salamah bin al-Akwa’ bahawa beliau menyapu di bahagian hadapan kepalanya

Kesemua dalil ini membuktikan bahawa sapu sebahagian kepala adalah memadai.

3 Penutup

Tulisan ini membuktikan bagaimana telitinya para ulama dalam mengeluarkan hukum seterusnya memahami teks-teks al-Quran dan hadith nabi. Mereka berusaha mengaplikasikan setiap kaedah yang ditetapkan oleh ulama bagi menghasilkan kefahaman yang tepat terhadap teks-teks al-Quran dan hadith nabi. Namun tidak dinafikan perselisihan di kalangan mereka tidak dapat dielakkan kerana kepakaran dan kemahiran mereka terhadap disiplin ilmu dalam pengajian Islam berbeza-beza. Apa yang penting setiap fakta yang mereka kemukakan mempunyai hujahan dan dalil yang boleh dipertanggungjawabkan. Bahasa Arab merupakan ilmu alat yang mengandungi skop perbahasan yang sangat luas. Pengetahuan dan keilmuan terhadap kaedah-kaedah dalam bahasa Arab banyak membantu dalam memahami teks-teks al-Quran dan hadith. Namun bergantung kepadanya sahaja tidak mencukupi kerana disiplin dalam ilmu al-Quran, hadith, usul fiqh turut diperlukan bagi menghasilkan kefahaman yang tepat dan jitu.