KERTAS 1 Lima puluh minit
Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau
empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan
saja yang betul. Pilih jawapan itu.
Soalan 1 hingga Soalan 24
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan
yang paling sesuai.
1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit
rumput.
A gergaji C parang
B cangkul D sabit
Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada
para penumpang.
A Jurujual C Hartawan
B Pramugari D Seniman
3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat
penanya.
A pada C dari
B dengan D daripada
4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini.
A apa-apa C mana-mana
B siapa-siapa D bila-bila
5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti
selama dua
minggu.
A terangkat C mengangkat
B berangkat D diangkat
6. Saya __________ daripada tidur apabila mendengar bunyi bising
di luar.
A menjaga C terjaga
B berjaga D penjagaan
Soalan 7 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
7. Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian
bas.
A mendukung C mengelek
B menjunjung D menjinjing
8. Selepas makan, Rina _______________ meja dan membasuh
pinggan.
A menggilap C mengelap
B menggosok D menyapu
9. Rajesh ____________Boon Tan adalah pemain bola sepak sekolah
yang handal.
A dan C namun
B atau D serta
10. Mak cik mengusahakan jualan kerepek pisang ini secara
____________, kata Mak
Cik Limah.
A rendah-rendah C kecil-kecilan
B seluas-luasnya D habis-habisan
Soalan 11 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
11. Banyak pohon kelapa tumbuh subur di _________ pantai.
A tepi C dalam
B atas D depan
12. _____________ harikah ayah kamu ke Melaka?
A Di mana C Apa
B Berapa D Siapa
13. Adik tidak mahu menelan ubat itu kerana sangat
______________.
A pahit C payau
B kelat D masin
14. Kereta ayah ___________ selepas terlanggar tiang elektrik
itu.
A retak C pecah
B remuk D hancur
15. Cikgu Wasidah memang baik dan ________________ orangnya.
A lemah longlai C lemah lembut
B lemah semangat D lemah gemalai
Soalan 16 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
16. Tukang jahit itu menggunting kain dengan sebilah
______________.
A pisau C parang
B gunting D sabit
17. Rafidah membeli se_____________ payung di pasar raya
Gemilang.
A kaki C pucuk
B laras D buah
18. Terdapat sebatang pokok mangga di _______________
rumahnya.
A depan C bawah
B atas D antara
19. Perlawanan hoki terpaksa dibatalkan ______________ hujan
lebat.
A setelah C kerana
B apabila D sementara
Soalan 20 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
20. Nenek sedang mengisi sarung bantal dengan
______________.
A bebenang C dedaun
B bebola D kekabu
21. Datuk Zaki membeli lukisan yang mahal itu. ___________
hendak meletakkan di
pejabatnya.
A Dia C Beliau
B Baginda D Anda
22. Adakah ___________ bersetuju dengan cadangan saya ini? tanya
Rohan kepada
kawan-kawannya.
A kalian C kami
B kita D anda
23. Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu
__________, kata Hisham
kepada Iwan.
A telinga lintah C mulut murai
B mulut tempayan D banyak mulut
24. Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri
buku ceritanya.
A patah hati C ada hati
B baik hati D kecil hati
Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.
25. Halim sudah menjelaskan yuran pada minggu lepas.
A menyudahkan C memberikan
B membayar D menamatkan
26. Ayah menggantikan tiang rumah yang sudah lapuk itu.
A lama C longgar
B usang D reput
Soalan 27
Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris.
27. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar.
A dibiarkan C disimpan
B dilepaskan D dibuang
Soalan 28
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
28. Bilakah kejadian itu berlaku, Hafiz?
A Naim telah cedera dalam kejadian itu.
B Kemalangan itu melibatkan dua orang murid sekolah kita.
C Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
D Kejadian itu berlaku di Jalan Pahang.
Soalan 29
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
29. Saya tidak setuju dengan cadangan Farid itu.
A Mengapakah anda tidak bersetuju dengan cadangan Farid ini?
B Apakah pandangan kamu terhadap cadangan Farid ini?
C Apakah cadangan yang ingin kamu kemukakan?
D Bagaimanakah cadangan ini dapat dilaksanakan?
Soalan 30
Pilih ayat yang betul.
30. A Wah, cantik anyaman ini!
B Hai, janganlah menangis lagi anakku!
C Aduh, cantik sungguh pemandangan dari bukit ini!
D Oh, malang betul nasib kanak-kanak itu!
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.
31. Apakah yang berlaku kepada Molly?
A sakit perut C sakit kepala
B muntah-muntah D demam
32. Molly sakit perut mungkin sekali kerana...
A dia tidak makan apa-apa kecuali cendol saja
B dia tidak makan apa-apa
C dia makan cendol di luar kawasan sekolah
D dia keracunan makanan
33. Apakah maksud kata pesanan berdasarkan dialog ini?
A ingatan C amanat
B nasihat D amaran
34. Apakah nasihat yang diberi oleh kakak kepada Molly?
A Jangan makan makanan yang tidak diketahui cara
penyediaannya.
B Jangan membeli makanan yang dijual di kantin.
C Jangan lupa membawa makanan ke sekolah.
D Makan makanan yang hanya disediakan oleh ibu.
35. Semua yang berikut adalah kebaikan membawa bekalan ke
sekolah, kecuali...
A Kita dapat menabung wang belanja.
B Makanan yang dibekalkan terjamin kebersihannya.
C Kita dapat membelanjakan wang saku.
D Kita dapat belajar berjimat cermat.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
36. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur?
A 8.00 pagi C 7.45 pagi
B 7.15 pagi D 8.00 pagi
37. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini?
A 42 orang C 38 orang
B 48 orang D 50 orang
38. Mereka berpeluang melihat dinasour ...
A di Muzium Negara. C di Planetarium Negara.
B di Petrosains. D di Menara Berkembar Petrosains.
39. Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka?
A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana
B Dataran Merdeka D Planetarium Negara
40. Pilih penyataan yang tidak benar.
A Lawatan itu diadakan selama dua hari.
B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui kejadian
gempa
bumi.
C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas.
D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.
KERTAS 2 Satu jam lima belas minit
Kertas ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian
B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.
Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1,
Soalan 2, atau Soalan 3.
Bahagian A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]
Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.
1.
____________________________________________________________________________________________________________________________________
2.
____________________________________________________________________________________________________________________________________
3.
____________________________________________________________________________________________________________________________________
4.
____________________________________________________________________________________________________________________________________
5.
___________________________________________________________________________________________________________________________________
Bahagian B
[Masa yang dicadangkan: 40 minit]
[30 markah]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu
karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah kata.
1. Sekolah anda mengadakan kegiatan secara gotong-royong.
Gambarkan suasana kegiatan tersebut.
ATAU
2. Tulis suatu karangan yang bertajuk Kebersihan Diri. Gunakan
isi-isi penting
yang diberikan sebagai panduan.
ATAU
3. Sekolah anda mengadakan temasya sukan tahunan. Catat
peristiwa-peristiwa yang
menarik sepanjang temasya sukan tersebut. Gunakan rangkaian kata
di bawah ini
sebagai panduan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan: 20 minit]
[20 markah]
Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daipada
petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang
daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu
perenggan.
Molly: Aduh, sakitnya perut saya!
Kakak: Mengapa Molly?
Molly: Perut saya memulas-mulas, kakak.
Kakak: Mari kakak sapukan minyak. Nanti suruh ibu bawa ke
klinik. Apa
yang kamu makan tadi, Molly?
Molly: Saya makan cendol yang dijual oleh penjaja di tepi jalan
semasa
pulang dari sekolah. Lebih kurang sejam kemudian, perut saya
sakit.
Kakak: Entah-entah kamu keracunan makanan. Itulah kamu, sudah
beberapa
kali ibu pesan, jangan makan makanan yang tidak kita ketahui
cara
penyediaannya. Mungkin cara penyediaannya tidak bersih.
Biasanya
begitulah keracunan makanan berlaku.
Molly: Betul cakap kakak. Saya berasa kesal kerana tidak
mendengar pesanan ibu
Kakak: Lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama. Mulai hari
kamu bawa
makanan yang disediakan oleh ibu untuk kamu makan di
sekolah.
Kebersihannya terjamin dan kamu pun boleh berjimat cermat.
Molly: Betul juga kata-kata kakak.
Kakak: Sudahlah. Kakak hendak beritahu ibu agar membawa kamu ke
klinik.
Sabtu, 12 Jun 2007
7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid
Tahun Tiga dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan
ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.
10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di
Taman KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di
Menara Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa
bahagian. Kami berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi,
dan pembentukan petroleum melalui pameran Diorama Geomasa.
1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.
Seterusnya kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara.
Kami bersiar-siar di Dataran Merdeka sebelum pulang.
6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada
pukul 10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan
gembira.
Isi Penting
(a) Tahu cara-cara menjaga kebersihan diri.
(b) Menggunakan sabun semasa mandi
(c) Kita harus menggosok gigi tiga kali sehari.
(d) Rambut dan pakaian haruslah sentiasa kemas
menganjurkan - datang menyaksikan merasmikan kebolehan bersorak
sokongan - diumumkan - juara - menyampaikah hadiah
Malik dan Jamil adik beradik. Mereka tinggal bersama dengan ibu
bapa mereka. Malik amat baik hati dan ringan tulang. Namun, Jamil
bersikap sebaliknya.
Setiap hari, mereka membantu ibu bapa mereka bersawah. Jamil
kerap curi tulang. Pada waktu petang pula, Malik dan Jamil akan
mencari kayu api di hutan. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke
hutan untuk mencari kayu api, mereka bertembung dengan seekor
harimau. Mereka ketakutan. Jamil terus memanjat sebatang pohon
untuk menyelamatkan dirinya.
Malik pula tidak dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, dia
seorang pemuda yang berani dan bijak. Malik berlawan dengan harimau
itu. Dia berjaya mengalahkan harimau itu.
Jamil turun dari pokok itu. Dia berasa malu kepada abangnya. Dia
meminta maaf daripada abangnya kerana bersikap mementingkan diri.
Mulai hari itu, Jamil bertekad mengubah sikapnya.