1.0 PENDAHULUAN Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja. Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit- unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn). 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
Analisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa
Melayu Akademik bagi Semester Dua adalah analisis frasa dan ayat yang
terdapat dalam rencana yang diberi dari segi struktur (binaan) dan jenis sahaja.
Ini adalah salah satu cabang ilmu yang terdapat dalam sintaksis. Sintaksis ialah
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis
frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang
membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa
adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn).
1
2.0 BORANG REKOD KOLABORASI PENSYARAH PEMBIMBING DAN
PELAJAR
Nama pelajar : Syaza Yasmin, Nurzehan, Hasnurfarisha
Semester / Kumpulan : Semester 2 / PPISMP 2E
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Akademik
Pensyarah pembimbing : Dr Tuan Haji Ali bin Mahmood
Tarikh Perkara yang dibincangkan T/tangan
pensyarah
T/tangan pelajar
26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu
Akademik diedarkan kepada
pelajar PPISMP 2E
05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan
oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood
06-04-07 Pembahagian kumpulan secara
bertiga bagi satu kumpulan
07-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan pembahagian
tugas kepada ahli-ahli kumpulan
09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan
di perpustakaan
12-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan membuat analisis
frasa nama
2
13-04-07 Membuat analisis frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi
nama yang terdapat dalam
petikan
14-04-07 Membuat analisis jenis ayat
15-04-07 Pengumpulan maklumat dan
analisis petikan
Mengira peratusan jenis frasa
dan jenis ayat
16-04-07 Menaip draf kerja kursus
17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi
tugasan individu
25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri
mengenai tugasan
Semakan draf kerja kursus oleh
Dr Sabri
26-04-07 Memperbaiki kerja kursus
Menyusun dan menjilid kerja
kursus
05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan
kepada pensyarah penilai
3
3.0 JADUAL PELAKSAAN TUGASAN KERJA KURSUS
Bil Tarikh Perkara Catatan
1 26-03-07 Soalan KKBI Bahasa Melayu
Akademik diedarkan kepada pelajar
2 05-04-07 Taklimat tentang soalan tugasan
oleh Dr Tuan Haji Ali Mahmood
3 06-04-07 Pembahagian kumpulan secara
bertiga bagi satu kumpulan
4 07-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan pembahagian tugas
kepada ahli-ahli kumpulan
5 09-04-07 Pencarian bahan-bahan rujukan di
perpustakaan
4
6 12-04-07 Perbincangan bersama ahli
kumpulan dan membuat analisis
frasa nama
7 13-04-07 Membuat analisis frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama yang
terdapat dalam petikan
8 14-04-07 Membuat analisis struktur dan jenis
ayat
9 15-04-07 Pengumpulan maklumat dan analisis
10 16-04-07 Menaip draf kerja kursus
11 17-04-07 Membuat analisis dan graf bagi
tugasan individu
12 25-04-07 Perbincangan dengan Dr Sabri
mengenai tugasan
13 Semakan draf kerja kursus oleh Dr
Sabri
14 26-04-07 Memperbaiki kerja kursus
15 Menyusun dan menjilid kerja kursus
16 05-05-07 Tugasan kerja kursus diserahkan
kepada pensyarah penilai
5
4.0 ANALISIS PETIKAN RENCANA
Bahagian A : Analisis secara berkumpulan bertiga
6
ANALISIS FRASA
(i) Frasa nama
Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati
bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai
kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan
penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang
dianalisis;
Bil Frasa nama Struktur frasa
Kata nama Penerang
1 Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan
2 semua pengeluar pengeluar semua
3 pengeluar makanan pengeluar Makanan
4 makanan segera makanan segera
5 bulan Mei 2007 bulan Mei 2007
6 kandungan khasiat kandungan khasiat
7 kalori produk kalori produk
8 papan tanda papan tanda
9 produk makanan produk makanan
10 kalori makanan kalori makanan
11 kbanyakan makanan makanan kebanyakan
12 hal ini hal ini
13 para pengguna pengguna para
14 suatu usaha usaha suatu
15 had minimum had minimum
16 langkah ini langkah ini
17 penyakit kronik penyakit kronik
18 penyakit kencing manis penyakit kencing manis
19 penyakit darah tinggi penyakit darah tinggi
7
20 penyakit lemah jantung penyakit lemah jantung
21 penyakit obesitik penyakit oesitik
22 pencegahan ini pencegahan ini
23 kalangan kanak-kanak kanak-kanak kalangan
24 semua pengguna pengguna semua
25 orang dewasa orang dewasa
(ii) Frasa kerja
Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh
terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata
kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut
adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;
Bil Frasa kerja Struktur
Kata kerja Penerang
1 menyatakan bahawa menyatakan bahawa
2 diberi tempoh diberi tempoh
3 mempamerkan kandungan mempamerkan kandungan
4 pemameran kandungan pemameran kandungan
5 mengelakkan kekeliruan mengelakkan kekeliruan
6 menyatakan kandungan menyatakan kandungan
7 diambil oleh orang dewasa diambil oleh orang
dewasa
8 menjadi panduan menjadi panduan
9 perlu dilakukan dilakukan perlu
10 melebihi had minimum melebihi had minimum
11 mencegah penyakit mencegah penyakit
12 mengambil makanan segera mengambil makanan segera
13 memastikan bahawa memastikan bahawa
8
pengambilan pengambilan
14 menjejaskan kesihatan menjejaskan kesihatan
15 menetapkan pengeluar menetapkan pengeluar
16 yang dipasarkan dipasarkan yang
17 disokong oleh semua
pengguna
disokong oleh semua
pengguna
(iii) Frasa adjektif
Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat
dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat (yang
menerangkan frasa kerja dalam predikat) dan sebagai penerang kepada kata
nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami
mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan.
(iv) Frasa sendi nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama
dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang
berada dalam petikan ialah:
9
Bil Frasa sendi nama Struktur
Kata sendi nama Frasa nama
1 …mengatakan bahawa
semua pengeluar makanan
segera…
bahawa semua pengeluar
2 …diberikan tempoh sehingga
bulan Mei, 2007…
sehingga bulan Mei
3 …kalori termasuklah pada
papan tanda, rísalah…
pada papan tanda
4 …yang boleh diambil oleh
orang dewasa dan kanak-
kanak…
oleh orang dewasa
5 …dan kanak-kanak pada
setiap hari.
pada setiap hari
6 ...yang bermanfaat kepada
para pengguna.
kepada para pengguna
7 ...yang terdapat di pasaran
mengandungi...
di pasaran
8 …had minimun yang
diperlukan oleh seseorang.
oleh seseorang
9 …penyakit kronik seperti
kencing manis, darah tinggi...
seperti kencing manis
10 ...amat penting bagi para
pengguna.
bagi para pengguna
11 ...mestilah disokong oleh para
pengguna.
oleh para pengguna
Data peratusan jumlah frasa
10
Frasa Bilangan dapatan Peratusan
Frasa nama 25 25/53 x 100% = 47.16%
Frasa kerja 17 17/53 x 100% = 32.07%
Frasa adjektif 0 0/53 x 100% = 0%
Frasa sendi nama 11 11/53 x 100% = 20.75%
Jumlah 53 53/53 x 100% = 100%
ANALISIS AYAT
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal,
11
tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar
merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat tunggal
terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri
daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat
ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama.
Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat
berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga
menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan
mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan
ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh
kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk
pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis