MHDS YOUTHS “Alunan Alam di bulan Ramadhan” Pengenalan Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan diri dalam segi rohani,minda dan juga jasmani dengan memperbanyakkan amal ibadah, ilmu dan kerja-kerja kebajikan. Oleh itu sering juga di bulan Ramadhan, persatuan-persatuan amal, masjid-masjid dan juga organisasi setempat dari kalangan masyarakat Islam Singapura akan giat menjalankan progam dan aktiviti- aktiviti kebajikan untuk semua peringkat umur sepanjang bulan yang mulia ini. MHDS Youths juga tidak melepaskan peluang yang murni ini untuk bergading bahu dan berkerjasama dengan Nur Ikhwan (kumpulan pelajar Islam, Temasek Polytechnic) untuk menjayakan suatu program khas sempena bulan Ramadhan ini. Program tersebut, dinamakan “Alunan Alam di bulan Ramadhan”. Ia bertujuan untuk menjadi langkah pertama bagi mengeratkan ukhuwwah antara golongan muda umat Islam Singapura dan juga mendidik remaja kita mengenai kelebihan & keistimewaan Ramadhan dan ni’mat-ni’mat Allah yang sering kita lupa atau remehkan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah beach-cleaning, team-building games, iftar bersama, solat berjemaah, solat terawih dan tazkirah di tepi pantai. Objektif Objektif-objektif program tersebut ialah seperti berikut: Menjalin ukhuwwah dan silaturrahim antara Nur Ikhwan (N.I) dan MHDS Youths. Mempereratkan ukhuwwah dan nilai ‘satu keluarga’ antara ahli-ahli unit masing-masing. Menerapkan nilai tanggungjawab dalam penjagaan dan cinta alam di bulan Ramadhan. Mengenali keistimewaan dan kemanisan Ramadhan melalui solat berjemaah.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MHDS YOUTHS
“Alunan Alam di bulan Ramadhan”
Pengenalan
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan diri dalam segi rohani,minda dan juga jasmani dengan memperbanyakkan amal ibadah, ilmu dan kerja-kerja kebajikan. Oleh itu sering juga di bulan Ramadhan, persatuan-persatuan amal, masjid-masjid dan juga organisasi setempat dari kalangan masyarakat Islam Singapura akan giat menjalankan progam dan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk semua peringkat umur sepanjang bulan yang mulia ini.
MHDS Youths juga tidak melepaskan peluang yang murni ini untuk bergading bahu dan berkerjasama dengan Nur Ikhwan (kumpulan pelajar Islam, Temasek Polytechnic) untuk menjayakan suatu program khas sempena bulan Ramadhan ini. Program tersebut, dinamakan “Alunan Alam di bulan Ramadhan”. Ia bertujuan untuk menjadi langkah pertama bagi mengeratkan ukhuwwah antara golongan muda umat Islam Singapura dan juga mendidik remaja kita mengenai kelebihan & keistimewaan Ramadhan dan ni’mat-ni’mat Allah yang sering kita lupa atau remehkan.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah beach-cleaning, team-building games, iftar bersama, solat berjemaah, solat terawih dan tazkirah di tepi pantai.
Objektif
Objektif-objektif program tersebut ialah seperti berikut: Menjalin ukhuwwah dan silaturrahim antara Nur Ikhwan (N.I) dan MHDS
Youths. Mempereratkan ukhuwwah dan nilai ‘satu keluarga’ antara ahli-ahli unit
masing-masing. Menerapkan nilai tanggungjawab dalam penjagaan dan cinta alam di bulan
Ramadhan. Mengenali keistimewaan dan kemanisan Ramadhan melalui solat berjemaah. Mendidik remaja kita mengenai:
o Keindahan ciptaan Allaho Tanggungjawab kita untuk beribadah, dan ibadah itu harus berterusan
dan tidak semestinya hanya di masjid.o Mensyukuri ni’mat-ni’mat dan kurniaan Allah kepada kita.o Ramadhan, dunia dan hidup ini hanya sementara. Oleh itu haruslah kita
bergegas untuk sentiasa mempertingkatkan dan mempersiapkan diri untuk menghadapNya.
o Fadhilat 10 malam terakhir Ramadhan Mengadakan suatu program yang berbeza dan istimewa pada bulan
Ramadhan.
Permintaan Khas
Kami bercadang untuk mengenakan bayaran sebanyak $5 seorang untuk setiap peserta. Ini untuk memudahkan kami untuk dapatkan konfirmasi kehadiran mereka dan juga bantu untuk mengurangkan budget untuk program tersebut.
Kami juga dengan segala hormatnya ingin menjemput Ustaz TM Fouzy, Ustaz Hasan Saifouridzal ataupun salah seorang dari Exco MHDS untuk menjadi Tetamu Terhormat dan juga Imam bagi solat jemaah, terawih dan tazkirah ringkas pada malam program tersebut jikalau Ustaz tidak keberatan.