1 ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, D/A KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, 81930 BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI, JOHOR email : [email protected]http://alumnikkbp.wordpress.com Kepada, AlumniKKBP.bil ( ) Tarikh : Tuan/Puan/Dato’/Datin Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1 / 2012. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar 1/2012. 2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada : Tarikh : 10 Mac 2012. Hari : Sabtu. Masa : 2.00 petang. Tempat : Bilik Seminar KKBP. 3. Agenda mesyuarat : 3.1 Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar. 3.2 Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 3.3 Perlantikan pengerusi mesyuarat. 3.4 Ucapan mesyuarat. 3.5 Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
30
Embed
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR, KOLEJ · PDF fileMenyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 ... Menjalankan aktiviti. SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput
untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar 1/2012.
2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar akan diadakan pada :
Tarikh : 10 Mac 2012.
Hari : Sabtu.
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Bilik Seminar KKBP.
3. Agenda mesyuarat :
3.1 Ucapan aluan Pengarah Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3.2 Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
3.3 Perlantikan pengerusi mesyuarat.
3.4 Ucapan mesyuarat.
3.5 Cadangan Penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
2
3.6 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
3.7 Perbincangan Perlembagaan Alumni KKBP.
3.8 Perbincangan aktiviti Alumni KKBP
4.7.1 Pendaftaran pertubuhan.
4.7.2 Pendaftaran ahli.
4.7.3 Majlis Ramah Mesra Alumni KKBP dan Kakitangan KKBP.
4.7.4 Aktiviti susulan.
3.9 Hal-hal lain.
4. Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam
mesyuarat nanti.
3. Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
.
Sekian, terima kasih
Saya yang menurut perintah,
…………………………………..
( SAHALANI BIN BASAR )
Pengarah,
Kolej Komuniti Bandar Penawar.
3
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
Pendahuluan
Sebagai sebuah kolej yang telah lama ditubuhkan, Kolej Komuniti Bandar
Penawar (KKBP) telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang.
Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai
pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan
kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut.
Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam
pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-
lumus menimba ilmu di kelas.
Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini
berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu
persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan
ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan
fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajar-
pelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak
beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan
segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga
Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI KKBP.
4
Relevan Penubuhan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi
memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk
memajukan kolej. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula
hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di KKBP. Dengan
ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu
idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan
kepada kolej khasnya dan komuniti amnya.
Jika difikirkan semula, sebuah kolej yang telah berusia hampir 1 dekad
sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-
pelajarnya bagi memastikan kewujudan kolej ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan
kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian
dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian
terhadap isu-isu yang berlaku di kolej.
Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti kolej bagi membawa
impak yang lebih besar kepada kemajuan kolej kerana mereka dilihat sebagai satu
lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat
dan kolej. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah
memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.
Pihak kolej sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang
pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak kolej
mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk
membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad
kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.
5
Objektif Penubuhan
Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar
KKBP, malah membantu kolej untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan
kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :
1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap
lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.
2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki sistem
pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar dan
alumni sentiasa diberi perhatian.
3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kemajuan kolej.
4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan
lebih lancar dan sistematik.
5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang
dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.
7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam
pekerjaan.
6
Aktiviti
Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:
• Pembangunan sosial dan akademik pelajar.
• Penjanaan Kewangan.
• Perkongsian kepakaran.
• Bakti Komuniti kepada masyarakat.
Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:
1. Majlis ramah mesra Alumni dan Kakitangan KKBP bagi menjalinkan kembali
hubungan keakraban bekas pelajar dengan kakitangan KKBP khususnya staf
akademik.
2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah
pengangguran di kalangan pelajar KKBP.
3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke KKBP.
4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelajar menjadi
seorang usahawan KKBP yang berjaya.
5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas pelajar
dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada
Masyarakat Kami Berbakti”.
Penutup
Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan
Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa KKBP. Melalui penubuhannya semua
pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung
mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar
penubuhan Alumni KKBP dapat direalisasikan dengan jayanya.
7
CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
1. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1
2. Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni KKBP.
3. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1
4. Mendraf perlembagaan Alumni KKBP.
5. Proses pendaftaran Alumni KKBP
6. Menjalankan aktiviti.
SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN
BIL TINDAKAN TANDA ( / ) CATATAN
1 Mesyuarat Penaja
2 Surat permohonan Penubuhan
dan JK Penaja Pertubuhan
3 Surat Kelulusan Penubuhan
4 Perlembagaan dan peraturan-
peraturan persatuan
5 Senarai AJK Pertubuhan
6 Senarai aktiviti utama
pertubuhan
7 Surat pengesahan penubuhan
dan pendaftaran pertubuhan
8 Perlaksanaan Persatuan
8
SENARAI JAWATANKUASA PENAJA
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930 BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
Penaung : ……………………………………………………………………..
Pengerusi : ……………………………………………………………………..
Naib Pengerusi : ……………………………………………………………………..
Setiausaha 1 : …………………………………………………………………….
Setiausaha 2 : ……………………………………………………………………
Bendahari : ……………………………………………………………………
Ahli Jawatankuasa :
Biro ……………………………………………………
Ketua : …………………………………………………………………………..
Biro …………………………………………………..
Ketua : ………………………………………………………………………….
Biro ……………………
Ketua : …………………………………………………………………………
Biro ……………………
Ketua : …………………………………………………………………………
9
KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
81930, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI, JOHOR
FASAL 1 – NAMA
1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama ALUMNI KOLEJ KOMUNITI
BANDAR PENAWAR di dalam perlembagaan ini.
FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar 2.1.1 Alamat berdaftar Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.
2.2. Alamat Urusan 2.2.1 Alamat urusan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar ialah di:
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
Jalan Ungku Abdul Aziz,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor.
2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis
Tertinggi.
10
FASAL 3 – LOGO DAN LAMBANG
ALUMNI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR : Nama organisasi .
Vektor Manusia : Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar
Logo Kolej : Merupakan logo Kolej Komuniti JPKK Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
FASAL 4 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap
lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP.
4.2 Sebagai satu mekanisma sokongan kepada KKBP dalam memperbaiki system
pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar
dan alumni sentiasa diberi perhatian.
4.3 Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Kolej dari segi sumber
11
pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat
membantu kemajuan kolej.
4.4 Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada pihak kolej. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan
lebih lancar dan sistematik.
4.5 Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang
dianjurkan oleh pihak Kolej sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.
4.6 Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi KKBP.
4.7 Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk
membantu kecemerlangan kolej dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.
4.8 Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam
pekerjaan.
FASAL 5- KEAHLIAN
5.1 Ahli Berstatus Pelajar 5.1.1 Mana-mana pelajar yang pernah menuntut di Kolej Komuniti Bandar Penawar
layak untuk mendaftar sebagai ahli.
5.1.2 Setiap ahli berstatus pelajar layak untuk mengundi dan diundi dalam setiap
Mesyuarat Agung yang diadakan.
5.2 Ahli Berstatus Pensyarah 5.2.1 Mana-mana pensyarah yang pernah mengajar di layak untuk mendaftar sebagai
ahli.
5.2.2 Setiap ahli berstatus pensyarah diberi pengecualian daripada membayar
sebarang yuran yang ditetapkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
12
5.3 Prosedur Permohonan dan Penerimaan Keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar. 5.3.1 Mereka yang ingin memohon keahlian Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar
perlu mengisi borang yang diterbitkan oleh Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan
dihantar kepada Setiausaha Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar untuk diluluskan.
5.3.2 Pendaftaran juga boleh dilakukan secara online melalui laman blog Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar iaitu http://alumnikkbpe.wordpress.com.
5.3.3 Pemohon yang diluluskan permohonannya hendaklah membayar yuran
pendaftaran serta yuran tahun pertama seperti yang telah ditetapkan dalam Fasal
Yuran.
5.3.4 Pemohon yang diterima permohonannya juga dikehendaki mematuhi segala
perkara yang termaktub dalam perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
FASAL 6: TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI 6.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar mempunyai tanggungjawab
seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh dan mentaati perlembagaan Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar serta peraturanperaturan lain yang dibuat untuk mencapai matlamat Alumni
Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.1.2 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti Alumni Kolej Komuniti Bandar
Penawar.
6.1.3 Menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.
6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan ini setiap ahli
berhak bersuara,memilih,dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Alumni
Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau menjadi calon untuk sesuatu
pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah menjadi ahli dan menjelaskan semua
yurannya sama ada semasa atau tertunggak.
6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau tergantung keahlian Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar disebabkan pelanggaran peraturan dan perlembagaan ini
tidak berhak :
13
6.4.1 Menjadi calon bagi sesuatu perlantikan dan pemilihan untuk sebarang jawatan di
dalam Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.2 Bersuara atau mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung
Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.3 Memilih, mengundi dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam mana-mana
Mesyuarat Agung Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
6.4.4 Menggunakan sebarang kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras
dengan hak-hak sebagai seorang ahli.
FASAL 7 - PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
7.1 Pemberhentian secara sukarela 7.1.1 Segala bayaran tertunggak kepada Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang
ditanggung oleh ahli yang ingin berhenti hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan
dari tarikh penyerahan surat pemberhentian.
7.1.2 Pihak Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar berhak mengambil tindakan
undang-undang ke atas ahli yang berhenti tetapi masih belum menjelaskan bayaran
tertunggak dalam tempoh yang telah ditetapkan.
7.1.3 Mana-mana ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang membuat
permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan
oleh Majlis Tertinggi adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Alumni Kolej
Komuniti Bandar Penawar.
7.2 Pemecatan ahli 7.2.1 Setiap ahli Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar yang didapati menjalankan
sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh
masa sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum tindakan
sedemikian diambil, ahli berkenaan hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Ahli
berkenaan hendaklah diberi peluang untuk membela diri. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Majlis
14
Tertinggi. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi
dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Majlis Tertinggi.Ahli
yang dipecat boleh membuat rayuan untuk menjadi ahli semula dengan bayaran RM
50.
FASAL 8 – YURAN
8.1. Yuran Pendaftaran 8.1.1 Yuran pendaftaran yang telah ditetapkan ialah RM 50.00.
8.1.2 Yuran ini boleh dijelaskan oleh setiap ahli permohonan untuk menjadi ahli dibuat.
8.1.3 Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan sebelum 31 Disember tahun
permohonan keahlian ahli tersebut diluluskan kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar atau melalui Jawatankuasa Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
8.2. Yuran Tahunan
8.2.1 Yuran tahunan yang telah ditetapkan ialah RM10.00
8.2.2 Yuran ini boleh diserahkan secara terus kepada Bendahari Alumni Kolej Komuniti
Bandar Penawar ataupun kepada Jawatankuasa Kolej Komuniti Bandar Penawar.
8.2.3 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh bermula dari 1 Januari
sehingga 31 Disember setiap tahun.
FASAL 9- PENAUNG ATAU PENASIHAT 9.1 Majlis Tertinggi berhak melantik orang-orang yang layak menjadi penasihat atau
penaung jika difikirkan perlu dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis.
15
FASAL 10- MAJLIS TERTINGGI 10.1. Majlis Tertinggi hendaklah terdiri daripada:
a. Seorang (1) Pengerusi
b. Seorang (1) Naib Pengerusi
c. Seorang (1) Setiausaha 1
d. Seorang (1) Setiausaha 2
e. Seorang (1) Bendahari
f. Seorang (1) ketua serta dua (2) orang ahli untuk setiap biro-biro yang berikut :
i. Perlembagaan dan Alumni
ii. Pembangunan Sumber Manusia
iii. Akses dan Multimedia
iv. Ekonomi
v. Kebajikan dan Kerohanian
vi. Perhubungan dan Urusan Luar
vii. Publisiti dan Tugas-Tugas Khas
viii. Sukan dan Rekreasi
10.2. Mana-mana pemegang jawatan yang didapati bersalah di mahkamah atas
Institusi : …………………………………………………….( jika masih belajar )
Nombor Telefon : ……………………………… Email: ……………………………
Program Pengajian dan Tahun di KKBP : ………………………..
-------------------------------------------Keratan Sumbangan Derma---------------------------------- Bersama ini saya sertakan RM……………………….. ( Ringgit Malaysia :
………………………………………………….. ) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi
menjayakan penubuhan Alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Saya yang benar,
…………………………………………..
Nama : ……………………………………………..
*** Borang diserahkan kepada : 1. Encik Azhar Bin Abd Hamid
2. Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan & Alumni KKBP.