ALATAN PENANAMAN PADI SECARA TRADISIONAL DI KEDAH BIL 1 ALATAN
FUNGSI TAJAK (Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan
untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di
tapak semaian).
2
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk
menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik
badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.
3
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas
kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus,
merata dan memecah ketulanketulan tanah serta membersihkannya dari
rumput rampai.
4
Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk
menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.
5
Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk
menajak tanah supaya batas sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar
digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.
6
Tenggala Untuk membajak sawah Diperbuat daripada kayu halban
jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis
dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau
dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.
7
Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai) Kerja-kerja penyediaan
petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan
tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi)
sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.
8
Sabit Untuk memotong rumputrumput yang tumbuh di atas batas
sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi.
9
Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu
panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air
masuk ke dalam petak semaian.
10 Bakul Mengkuang Digunakan untuk membawa biji benih padi ke
tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat daripada
mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladangpeladang, bekas-bekas
lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh
kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi.
11
Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah
sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala
yang ditarik oleh seekor kerbau.
12
13
Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak
sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala
14
Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk
menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta
membersihkannya daripada rumput rampai
15
16
Sisir Kapar Untuk menarik kapar di dalam petak sawah.
Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di
tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat
tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar
lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga
dapat meratakan tanah sawah
17 Tenggiling Untuk memecahkan tanah yang berketul dan meratakan
tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik
tanpa menggunakan tenggiling
18
Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi.
Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6 inci.
Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.
19 Mencabut Semai Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan
oleh kaum wanita
20
Semai-semai Semai-semai yang telah diketulkan di himpun,
kemudian diangkat ke petakpetak sawah yang disediakan untuk proses
menanam padi
21 22 23
ALATAN PENANGKAPAN IKAN TRADISIONAL BIL 1 JENIS ALATAN
PENERANGAN/FUNGSI Sejenis alat penangkapan yang bersaiz sederhana
dan mudah dibawa. Kegunaannya dilabuh di dasar-dasar sungai
selalunya di kawasan yg mempunyai reba di mana ikan atau udang
galah suka berkumpul. Tempat diletak "bubu" akan ditanda untuk
mengecam kedudukannya. Biasanya "bubu" akan dibawa dengan perahu.
Umpan seperti isi kelapa dibubuh untuk menarik perhatian ikan
masuk. Sebuah "bubu" dibentuk daripada satu tapak berbentuk bulat
yang diperbuat daripada rotan dan buluh. Dibentuk besar di bahagian
hadapan dan mengecil ke belakang. Di bahagian hadapan "bubu" dibuat
satu pintu masuk yang dipangil injap. Injap ini berbentuk seperti
kon. Ia membenarkan ikan masuk tetapi menghalang mereka daripada
keluar. Satu lagi pintu yang boleh dibuka dan ditutup disediakan di
bahagian belakang bagi mengeluarkan ikan yang terperangkap. "Bubu"
biasanya ditahan begitu saja semalaman atau dua hingga tiga hari di
dalam air sebelum ia ditarik naik untuk melihat hasil
tangkapannya.
-Bubu jenis ini ditahan di gelung air2 Tangkul Terdapat dua
jenis "tangkul" yang sering digunakan iaitu "tangkul tarik" dan
"tangkul angkat". "Tangkul" biasanya digunakan di kalangan penduduk
yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan parit tali air terutama
pada musim hujan di waktu air melimpah. Tangkul Tarik Diperbuat
daripada buluh beting. Dua batang buluh panjang digunakan untuk
dipacak di kiri dan kanan parit tali air. Dua buah takal diikat di
hujung buluh yang dipacak untuk dimasukkan ke dalam batang buluh
dan hujung "tangkul" diikat di relang tersebut supaya senang untuk
mengelilingi "tangkul" dan tali panjang untuk menaikkan tangkul.
"Tangkul" biasanya ditahan dan diangkat pada satu jangka masa yang
tidak ditetapkan. Lama dan cepat masa bergantung pada jenuhnya ikan
yang terperangkap masuk.
Tangkul Angkat (Sungai)
Tangkul Angkat Diperbuat daripada buluh beting. Empat ranting
diperlukan dimasukkan ke dalam dua biji gelenggang (buluh yang
dikerat pendek) untuk dijadikan empat penjuru. Di keempat-empat
penjuru ini "tangkul" diikat. "Tangkul" yang besar menggunakan tuas
untuk mengangkat naik ke atas. Untuk menahan "tangkul" ianya
direndamkan ke dalam air sungai. Apabila sampai waktu yang
ditetapkan barulah ianya diangkat. Adakalanya ditahan dari waktu
malam dan diangkat pada waktu pagi. Sekiranya ikan banyak,
"tangkul" akan diangkat dengan begitu kerap. "Tangkul" yang bersaiz
kecil digunakan di alor. Belat "Belat" ditahan di parit, anak
sungai dan alor. Buluh-buluh yang dibelah halus dan dijalin dipacak
merentangi tempat tersebut bagi menyekat arus aliran air. Secara
tidak langsung, ia menyekat pergerakan ikan yang lalu bagi
memerangkap mereka di dalam bubu yang dipasang di mulut "belat"
Tangkul Tarik (Parit Tali air)
3
4 5 6 7