HBEF3503
HBEF3503
ISI KANDUNGAN1.0Muqadimah
1
2.0Penelitian dan Kaedah Diagnosis Murid Pendidikan Khas
33.0Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran
64.0Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi
murid Bermasalah Pembelajaran 105.0Perlaksanaan Program Pendidikan
Inklusif 126.0Laporan Program Pendidikan Inklusif 157.0Halangan dan
cara mengatasi
17 7.0Rumusan
19
8.0Rujukan 20
1.0MuqadimahPendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari
segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk
belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang
pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga
mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan
individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama
dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih
daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan
mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu
yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang
normal ( Lokman, 2009).Apabila memperkatakan tentang pendidikan
khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu
pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan
inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang
memberikan maksud merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku
Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik
darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan
belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira
status.Pendidikan Inklusif ialah melibatkan pelajar pelajar dengan
berkeperluan khas dalam kelas kelas biasa di mana bantuan yang
sesuai bagi mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti
pengajaran dan pembelajaran biasa di bilik darjah bersama rakan
sebaya mereka ( Kamariah Jarji, 1994).Akan tetapi, pendekatan
pendidikan inklusif ini hanya dijalankan di sekolah sekolah
tertentu di Malaysia serta mengikut standard serta piawaian KBK
yang ditetapkan oleh Sektor Pendidikan Khas Malaysia. Terdapat 4
kategori KBK yang boleh didapati dalam aliran perdana. Mereka ialah
dalam kategori :
i. Fizikal (cacat angota)
ii. Emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)
iii. Pembelajaran khusus Dsylexsia
iv. Penguasaan Kemahiran 3M
Konsep Pendidikan Inklusif itu sendiri memberi peluang
pendidikan kepada murid-murid yang mempunyai pelbagai jenis
kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang
belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan murid-murid
yang sebaya dengan mereka. Dengan perkataan lain, pelajar khas
diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal.Di dalam
kelas pendidikan inklusif, murid-murid mengikut kurikulum biasa
yang telah diubahsuai oleh ahli-ahli pendidikan.
Oleh itu, berdasarkan kriteria yang diberikan ini, satu kajian
telah dibuat bagi memastikan perlaksanaan pendidikan inklusif ini
dijalankan dengan jayanya di sekolah. Dalam tugasan ini, pengkaji
perlulah mengambil salah satu cara menilai murid pendidikan khas di
sekolah kemudian, kaji dan ambil maklumat peribadi murid pendidikan
khas tersebut dan satu perancangan kaedah pembelajaran yang sesuai
dengan murid tersebut serta halangan halangan dalam usaha membantu
murid berkenaan di sekolah dijadikan subjek kajian serta hasil
laporan daripada program berkenaan akan diberikan di akhir tugasan
ini.
2.0Penelitian dan kaedah diagnosis murid pendidikan khas2.01
Penelitian Kanak Kanak Pendidikan KhasKanak-kanak bermasalah
pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan
disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang
dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak
dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematikTerdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat
menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti
dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak
berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak
yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor
faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan
kanak-kanak biasa.
b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan
fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam
perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah
daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan
kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan
menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak
sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat
mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh
kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau
lebih.
c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan
terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang
berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka
berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai
mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat
mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang
sama dengan mereka.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar
mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan
untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek
seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan
kepakaran dan penglibatan masyarakat. Akan tetapi, berbeza pula
dengan kanak kanak istimewa yang dimasukkan ke dalam pendidikan
inklusif. Kanak-kanak istimewa yang lain juga boleh dimasukkan
dalam kelaspendidikan inklusif jika masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh mereka tidak begitu serius. Malah, sekiranya murid
ini mampu menguasai kemahiran kemahiran yang dipelajari mereka akan
mengikuti program inklusif di bilik darjah.Murid-murid dalam kelas
pendidikan inklusif dibimbing oleh guru resos yang bekerjasama
dengan guru kelas agar mereka dapat memahami konsep yang
disampaikan oleh guru kelas dengan lebih efektif.Murid-murid yang
mengalami kecacatan dibantu oleh alat sokongan khas.Jika seseorang
murid tidak dapat mengikut kurikulum biasa, murid-murid ini akan
mengikuti kurikulum pendidikan khas.2.02Kaedah Diagnosis Murid
Pendidikan KhasSeperti dalam aktiviti satu, cara pengkaji menilai
dan mendiagnos murid yang mempunyai ciri ciri pendidikan khas di
sekolah saya ialah dengan mengunakan dua instrumen iaitu ISD dan
IPMBP. Instrumen ini saya gunakan bagi mengenalpasti murid tersebut
mempunyai masalah disleksia dan bermasalah pembelajaran. Hasil
daripada pemerhatian dan temubual bersama guru pemulihan khas
sekolah saya mendapati murid Jerrynick Jeffrey ini mempunyai
masalah Disleksia dan memerlukan rujukan pakar.
Disamping itu, selain mengunakan instrumen tersebut murid ini
juga diuji dengan Ujian Saringan Linus Konstruk 1 dan 2 dan skor
pencapaian tidak melepasti Konstruk 1 dan 2. Dalam kajian
seterusnya kita akan berkenalan dengan maklumat peribadi murid yang
bernama Jerrynick Jeffrey.
3.0Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran3.1. Latar
Belakang Murid.
Nama penuh murid yang menjadi sampel kajian saya ialah Jerrynick
Jeffrey . Murid ini berusia sembilan tahun dan dilahirkan pada 7
Julai 2006 di Kampung Longgom Kudat. Adik Jerrynick merupakan anak
ketiga daripada enam orang adik beradik. Adik Jerrynick hanya
berjalan kaki ke sekolah bersama kakaknya yang belajar di sekolah
yang sama dalam darjah 6. Ayahnya bernama Jeffrey Ombolong bekerja
sebagai petani dan Ketua Kampung Longgom Kudat. Pendapatan bulanan
beliau adalah RM 450 sebulan. Latar belakang pendidikan ibu bapa
hanyalah setakat sekolah rendah.
Secara umumnya, terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang ke
arah masalah Pendidikan Khas. Malahan kesulitan-kesulitan yang
dihadapi kanak-kanak terbabit secara tidak langsung telah
menjejaskan prestasi pelajaran murid terbabit di Kelas Perdana.
.
Dalam skop kajian saya ini, saya mendapati salah satu punca
mengapa adik Jerrynick dimasukkan ke kelas pemulihan adalah
disebabkan kegagalan yang teruk dalam Ujian Pencapaian Akhir Tahun
semasa di darjah satu pada tahun lepas. Selain itu, murid ini juga
gagal menguasai Konstruk 1 dan 2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Matematik dan dikategorikan sebagai Linus Tegar. Ujian ini
menggambarkan bahawa adik Jerrynick masih memerlukan khidmat
sokongan serta bimbingan yang lebih daripada guru terutamanya dari
aspek kemahiran mengira dan membaca. Adik Jerrynick mengalami
masalah penumpuan pembelajaran di bilik darjah serta sering
menganggu kawan, bising di kelas dan tindakan yang sukar dikawal
serta sering menterbalikkan huruf dan tulisan.Dalam aspek akademik
seperti membaca, mengira dan menulis pula, adik Jerrynick
bermasalah dalam memahami isi kandungan pembelajaran yang
disampaikan.Bukan itu sahaja, berdasarkan penelitian saya terhadap
buku rekod kehadiran adik Jerrynick, saya mendapati adik Jerrynick
sering kali tidak datang ke sekolah. Lantaran ketidak hadirannya
itu, telah menyebabkan adik Jerrynick ketinggalan dalan sesetengah
mata pelajaran yang dibelajar. Menurut guru kelas adik Jerrynick,
semasa beliau belajar di darjah satu pada tahun lepas, hampir
setiap bulan adik Jerrynick tidak ke sekolah. Ketidakhadiran adik
Jerrynick ke sekolah telah memberikan impak yang negatif terhadap
kesediaan belajar. Oleh itu, atas inisiatif pihak sekolah serta
Guru Pemulihan SK Bangau Kudat. Adik Jerrynick telah dibawa
berjumpa doktor pakar di Klinik Kesihatan Kudat pada 8 Disember
2014 . Hasil pemeriksaan dan diagnosis Doktor Norhayati Nordin,
Pakar Perunding Psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang, Kota
Kinabalu mengesahkan bahawa Adik Jerrynick mengalami Disleksia .
Adik Jerrynick mengalami masalah Disleksia . Oleh itu, pegawai
perubatan telah mengesahkan bahawa adik Jerrynick ditempat di
Sekolah Pendidikan Khas SK Bangau Kudat. 3.2. Ciri-ciri Murid:
Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang dilakukan, didapati
murid ini mempunyai masalah berkaitan disleksia. Menurut Azizi
Azjat (2009), Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu
Disleksia Visual (Penglihatan), Diseleksia Auditori (Pendengaran)
dan Disleksia Visual-Auditori (Penglihatan dan pendengaran).
Menurut Mazira Mohamad Ghazali (2011), Disleksia dipercayai
berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap
disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini
berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan otak semasa kandungan
ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan
besar penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan.
Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Barat mendapati
kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga
yang mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya
boleh diwarisi tetapi yang membezakannya adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun. Hasil daripada ujian pra
tersebut, didapati murid ini mempunyai simptom menghidap disleksia
visual iaitu masalah menulis dan menyalin semula perkataan yang
dilihat atau diingat secara terbalik.3.2.1. Fizikal
Bagi kajian ini, adik Jerynick mempunyai fizikal yang normal
seperti murid murid yang biasa . Akan tetapi tingkah lakunya yang
aktif menyebabkan dia dikenali di sekolah dengan pelbagai masalah
di bilik darjah. Saiz tubuh badan Jerrynick kecil dan kurus. 3.2.2.
Intelek
Keupayaan intelek adik Jerrynick ini masih boleh dibimbing. Ini
kerana, adik Jerrynick mempunyai potensi dalam subjek Matematik.
Namun, akibat kurangnya fokus di dalam kelas dan daya tumpuan
sering terganggu dan terarah ke benda lain mengakibatkan murid ini
hilang tumpuan dan mengabaikan pelajaran yang diajar oleh guru di
bilik darjah. Malah, kurang kefahaman terhadap subjek yang diajar
dan mempunyai masalah Disleksia dan menulis secara terbalik
mengakibatkan daya kemampuan intelek adik Jerrynick lemah dan
sering ditertawakan oleh rakan sekelasnya. Di samping itu,
sekiranya guru menyoal , murid ini kerap mengelak, tidak suka atau
keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan
yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah).
Malah, adik Jerrynick juga selalu kehilangan barang (misalnya
pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
sekiranya melakukan aktiviti menulis di bilik darjah. Penumpuan
adik Jerrynick mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti
lain dan mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia
dan keupayaan.3.2.3. Emosi
Murid ini sering terganggu dari segi emosi. Ini kerana, murid
ini kerap memberikan masalah di sekolah dan di rumah. Di sekolah ,
adik Jerrynick akan ditertawakan oleh murid murid lain dan sering
terabai dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
akibat tulisan yang terbalik. Manakala di rumah pula, ibu bapa adik
Jerrynick sering mengabaikannya kerana mereka tidak tahu cara dan
memahami keadaan sebenar anak mereka. 3.2.4. Sosial
Dari segi sosial , dari pemerhatian yang dijalankan , adik
Jerrynick selalu meninggalkan tempat duduk di kelas. Malah, murid
ini kerap keluar kelas dan suka memanjat dan selalu berlari ke sana
sini. Malah, murid ini sering bergerak cergas apabila aktiviti
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, namun kerap menghadapi masalah
untuk bermain dan melakukan aktiviti riadah secara senyap. Oleh
yang demikian, pelajar ini telah mengikuti Kelas Pendidikan Khas di
Sk Bangau Kudat pada 13 Januari 2015 setelah mendapat penempatan
daripada Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah. Malah pelajar ini mengikuti program
percubaan selama 3 bulan untuk melihat prestasinya di Kelas
Pendidikan Khas berkenaan. Hasil daripada program percubaan dan
bimbingan dari tiga orang guru Pendidikan Khas selama enam bulan,
pencapaian akademik adik Jerrynick bertambah baik .Murid ini dapat
membaca, menulis dan mengira bagi silibus Pendidikan Khas Tahap 1.
Malah kelakuannya di dalam kelas juga berubah kepada murid yang
rajin dan tidak nakal di bilik darjah namun masih dalam pemantauan
Guru Pendidikan Khas. Oleh itu, daripada kajian ini Adik Jerrynick
layak untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif di kelas perdana
bersama Guru Pendidikan Khas. Namun, hanya pada subjek subjek
tertentu sahaja kerana adik Jerrynick masih pada peringkat
permulaan dan perlu pemantauan daripada Guru Pendidikan Khas.
4.0Mengenal pasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi
murid
Bermasalah PembelajaranDaripada kajian ini, didapati murid
berkenaan tidak mempunyai masalah yang serius dalam akademik. Maka,
Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid berkenaan ialah
Pendidikan Inklusif Penuh. Murid mengikuti pembelajaran di kelas
biasa untuk semua mata pelajaran. Guru Pendidikan Khas terlibat
sebagai pembimbing atau Guru pendamping. Selain itu, ujian mata
pelajaran juga diberikan kepada murid berkenaan dan sama dengan
murid biasa. Berdasarkan Jadual 1, berikut adalah kategori subjek
yang diambil oleh adik Jerrynick di Kelas Perdana.
Jadual 1 : Murid Pendidikan Khas Yang Diinklusifkan Penuh di
Kelas PerdanaMASALAHNAMA PELAJARSUBJEK YANG DIAMBILKELAS YANG
DIINKLUSIFKAN
DisleksiaJerrynick JeffreySemua subjek yang di ajar di kelas
aliran perdanaKelas Tahun 2 Perdana
5.0Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif
5.1SebelumSebelum bermulanya program pendidikan Inklusif , satu
jawatankuasa Khas diadakan bagi membantu program ini berjalan
lancar. Kemudian, jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di
peringkat sekolah membuat pemilihan murid berdasarkan hasil laporan
penilaian dan ujian diagnostik yang dijalankan ke atas adik
Jerrynick Jeffrey.
Setelah data diambil dan dianalisis , maka pihak sekolah akan
bermesyuarat dengan guru pendidikan khas, PPM dan guru guru aliran
perdana yang terlibat . Setiap guru akan diberikan taklimat yang
jelas menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid murid
Pendidikan Khas tersebut. Pihak ibu bapa juga atau penjaga adik
Jerrynick juga dipanggil ke sekolah dan diterangkan tentang
kepentingan program ini terhadap anak anak mereka dan mereka
menandatangani surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak
mereka mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Prosedur seterusnya
ialah penyediaan Jadual Kelas yang sama dengan aliran perdana.
Penolong Kanan Kurikulum , En Liasin Hasim memaklumkan pada semua
murid perdana dan warga sekolah tentang penempatan adik Jerrynick
di dalam kelas biasa pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan ini
diberikan secara formal dan tidak formal. Pihak PIBG SK Bangau juga
turut dimaklumkan berkenaan Program Inklusif yang dijalankan. Adik
Alyan ditempatkan di Kelas 2 Perdana dan dia diletakkan di bahagian
hadapan di dalam kelas berkenaan. Dari segi dekorasi kelas, tiada
perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar yang
dibuat di kelas yang dipilih namun guru guru Pendidikan Khas serta
PPM bertindak sebagai mentor mereka. 5.2.Semasa
Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah aliran
perdana berjalan seperti biasa selama dua bulan melalui Program
Pendidikan Inklusif. Guru pendamping akan membuat pemerhatian dari
semasa ke semasa dan mendapatkan maklum balas serta berbincang
dengan guru guru yang terlibat dan mengambil tindakan susulan ke
atas adik Alyan sekiranya berlaku masalah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.
Malah, adik Jerrynick juga turut mengikuti Program Kuiz Bahasa
Melayu yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi murid murid Tahun 2.
Di samping itu, Jerrynick juga dilibatkan dalam aktiviti
berkumpulan dan bercakap di hadapan kelas. Dari segi latihan , adik
Jerrynick tidak terkecuali daripada menyiapkan latihan yang
diberikan oleh setiap guru. Ini juga menyumbang kepada faktor
kelulusan akademik yang baik bagi adik Jerrynick.Ini kerana
tulisannya suda jelas dan mudah difahami. Ini kerana hasil Kaedah
Smart Cilik yang dilakukan oleh Guru Pendidikan Khas dengan memberi
penekanan kepada tulisan huruf yang betul setiap kali menulis.
Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain menggunakan
cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan
murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa
berlaku di sekolah malah di luar sekolah. Sikap tolenrasi dan
keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak
positif kepada pembelajaran Jerrynick.5.3.Selepas
Setiap bulan, guru pendamping menilai kemajuan adik Jerrynick
dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke
dalam Rekod Prestasi Murid. Malah, penilaian keberkesanan program
terhadap murid khas ini sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat. Guru Pendamping juga memberi khidmat
bimbingan dan kaunseling kepada murid. Di samping itu, Guru
Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau
penjaga. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan
dihantar ke Unit Pendidikan Khas ,Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.6.0Laporan
Program Pendidikan Inklusif
Di Sk Bangau, adik Jerrynick Jeffrey telah mengikuti Program
Pendidikan Inklusif secara penuh. Menurut Guru Besar dan Penolong
Kanan 1 , Jerrynick ditempatkan di Kelas Cemerlang iaitu kelas 2
Perdana. Malah, sebelum program ini dijalankan, pemakluman awal
kepada pihak ibu bapa, PIBG, guru guru kelas yang terlibat dan guru
pendidikan khas yang terlibat . Di samping itu , ibu bapa juga
menandatangani surat kebenaran membenarkan anak mereka mengikuti
Program Pendidikan Inklusif di SK Bangau, Kudat.
Penempatan murid ini adalah secara inklusif penuh.Ini bermakna
mereka akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara sepenuh
masa di kelas yang terpilih bersama murid murid normal biasa. Ciri
ciri murid pendidikan khas yang mengikuti program ini telah
ditentukan oleh pihak sekolah dan mendapat kelulusan daripada pihak
Sektor Pengurusan Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah. Malah murid ini dipilih kerana telah
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di
samping itu, murid ini juga mampu berkomunikasi dan mengurus diri
dengan sempurna. Mereka mempunyai tingkah laku yang terkawal dan
tidak mempamerkan masalah tingkah laku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid
lain. Di samping itu, tingkah laku sedemikian akan mengganggu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
kelak.Paling utama ialah murid-murid tersebut mendapat persetujuan
dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Selain daripada
itu,istimewanya Program Pendidikan Inklusif di sekolah ini ialah
semua guru dan pentadbir telah diberikan kursus mengenai program
ini secara khusus oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kudat serta
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah. Mereka telah diterangkan mengenai ciri-ciri murid
pendidikan khas, bagaimana implementasi program tersebut dan
bidang-bidang kuasa masing - masing. Justeru, setiap guru telah
mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa
yakin untuk mengajar murid-murid dalam program pendidikan inklusif
tersebut. Di samping itu, murid-murid normal dan warga sekolah juga
diberikan penerangan oleh pihak pentadbir.
6.1. Pencapaian Daripada penilaian selama dua bulan, didapati
adik Jerrynick Jeffrey mempunyai peningkatan yang baik dalam
akademik berbanding di Kelas Pendidikan Khas. Kemajuan yang
ditunjukkan oleh adik Jerrynick Jeffrey diakui oleh semua guru yang
terlibat. Guru Kelas dan Guru Pendidikan Khas juga mengakui bahawa
murid ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua
aspek seperti tingkah laku, komunikasi dan pencapaian akademik.
Selain itu , murid ini juga mengikuti Pertandingan Kuiz Bahasa
Melayu Tahun 2 dan wakil zon tamalang ke peringkat daerah bagi
acara lari 4 x 100 meter lelaki. 6.2. Pendedahan dan kerjasama di
kalangan ahli sekolahSemua staf akademik dari guru besar, guru
penolong kanan hinggalah guru-guru mata pelajaran dan guru kelas
Pendidikan Khas telah mendapat pendedahan mengenai Program
Pendidikan Inklusif sebelum program ini dilaksanakan.Kursus
pendedahan tiga hari dua malam tersebut telah diberikan oleh
pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran
Negeri Sabah beserta pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kudat . Kursus
dan taklimat mengenai murid-murid pendidikan khas ini telah membuka
minda dan memberi keyakinan kepada para guru untuk mengajar
murid-murid pendidikan khas ini. Guru-guru mata pelajaran turut
bersetuju mengenai kerjasama yang dijalin antara beliau dan
guru-guru khas. Kewujudan kerjasama ini telah membantu meningkatkan
kualiti pembelajaran murid-murid pendidikan khas. Ia turut
menggariskan skop tanggungjawab yang dibahagikan antara mereka.
Kerjasama antara guru mata pelajaran dan guru pendamping jelas
kelihatan di dalam bilik darjah.Mereka saling bantu membantu dan
bertanya antara satu sama lain.6.3. Proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Kelas Perdana
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid ini iaitu
Jerrynick akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sama dengan murid lain. Di samping itu, dia juga yang melibatkan
diri secara aktif semasa guru mengajar. Semua guru menggunakan
bahan bantuan mengajar yang sama seperti murid lain. Namun
Jerrynick yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang
diberikan guru tanpa merujuk kepada guru pendamping. Ini
menunjukkan murid ini tidak bergantung kepada guru pendamping
sahaja. Mereka telah beransur-ansur berdikari dan hanya memerlukan
bantuan kepada guru khas sekiranya perlu.6.4. Sosialisasi dan
komunikasi murid pendidikan khas.
Dari segi sosialisasi dan komunikasi murid ini, mereka nampak
sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan murid-murid lain
menggunakan cara komunikasi biasa. Mereka boleh bersosialisasi
dengan murid-murid lain dan begitu juga sebaliknya. Di samping itu,
murid ini juga masih menerima rawatan dari pihak hospital dari segi
mengunakan ubat penenang. Sungguhpun demikian murid ini akan
berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan baik.
Komunikasi dua hala yang berkesan didapati semasa waktu rehat.
Muridini akan bergaul bukan sahaja dengan rakan sekelas tetapi
dengan semua murid di sekolah ini .
7.0Halangan dan cara mengatasi masalah penddikan inklusif di
kalangan murid pendidikan khas
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus
Perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan
pendidikan Malaysia bertaraf dunia.Namun terdapat pelbagai isu dan
cabaran dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di
setiap sekolah.Sememangnya banyak isu dan halangan yang dihadapi
dalam melaksanakan pendidikan inklusif di sekolah . Berikut antara
halangan yang dihadapi dan cara mengatasi masalah pendidikan
inklusif di sekolah ini.7.1 Kerjasama Ibu Bapa
Ibu bapa murid ini pada mulanya kurang memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah. Namun, hasil inisiatif Guru Pemulihan Khas,
Guru Linus dan Guru Bahasa Inggeris Linus melawat ke rumah pelajar
menunjukkan impak positif. Hasil penerangan berkenaan prosedur
rawatan di Klinik Kesihatan Kudat dan rujukan pakar serta elaun
murid bekeperluan khas memudahkan pihak sekolah memujuk ibu bapa
terbabit untuk membawa anak mereka ke KKIA Kudat.
7.2Penyelarasan Pengajaran
Akibat kewujudkan kelas inklusif di Perdana memberikan beban
kepada Guru Kelas dan Guru Subjek. Terdapat guru kelas dan guru
subjek yang enggan mengajar murid ini dan memberikan alasan. Namun
hasil perbincangan dengan Guru Besar , Penolong Kanan Kurikulum
serta taklimat daripada Pihak Unit UPSPK PPPD Kudat kepada guru
guru di sekolah memudahkan proses penerimaan mereka dan memudahkan
penyelarasan jadual waktu serta cara mengajar murid murid ini.
Disamping itu, beban tugas juga dikurangkan dengan kewujudan guru
pendamping.7.3Alat dan Kelengkapan Pada mulanya kelengkapan murid
pendidikan khas di sekolah ini agak daif. Namun, hasil kerjasama
dengan pihak UPSPK Kudat dan sekolah serta penubuhan Kelas
Pendidikan Inklusif . Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah
menghantar bantuan dari segi kelengkapan peralatan bagi memudahkan
pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas ini.
8.0Rumusan
Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah
menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada
kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih
murid pendidikan khas yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja
mengikuti program ini. Selain daripada itu murid pendidikan khas
yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku
berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mereka ini dikategorikan sebagai murid pendidikan khas berfungsi
tinggi.
Selain itu, mereka telah diberikan taklimat dan penerangan
mengenai perjalanan program dan
kelas-kelas terpilih sebelum mereka mengikuti Program Pendidikan
Inklusif secara sepenuh masa. Kelas Pendidikan Inklusif Sk Bangau
mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid
pendidikan khas tidak membebankan. Walaupun meja dan kerusi murid
pendidikan khas itu turut ditempatkan di dalam kelas secara kekal
tetapi pertambahan ini tidak memadatkan ataupun memenuhkan ruang di
dalam bilik darjah tersebut.
Murid pendidikan khas yang terpilih ini mendapat bantuan dan
kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah
bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan
oleh semua pihak seperti Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan
Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Pejabat Pelajaran Daerah Kudat
dan pihak sekolah Sk Bangau. Mereka turut memberi kerjasama dalam
semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan Pejabat
Pelajaran Daerah Kudat,berdaftar dengan program Pendidikan Khas Sk
Bangau dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang
diperlukan. Di samping itu, kewujudan guru-guru pendamping yang
seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program
ini. Wujudnya kerjasama dari segi kerja dan tanggungjawab antara
guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu
program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar
bersama-sama atau co-teaching bersama-sama guru mata pelajaran
semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan
dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik
semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat
membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran.
Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan
beransur-ansur kurang dari masa ke semasa.APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSIAbdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan
Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan
Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala
Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik:
Pendidikan Khas 2020. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993).
Laporan Kajian: Satu Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di
Kalangan Kanak-kanak berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan
Malaysia.PAGE 7