Page 1
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 1/26
Pengenalan
Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa
I. Maksud bunyi bahasa
Bunyi bahasa adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bunyi bahasa
dapat pula diertikan sebagai bunyi yang diartikulasikan yang menghasilkan gelombang bunyi
sehingga dapat diterima oleh telinga manusia.
II. Kajian bunyi bahasa
Fonetik merupakan kajian mengenai bunyi bahasa. Berdasarkan proses terjadinya,
fonetik dapat dibezakan menjadi tiga jenis, iaitu :
a. Fonetik artikulatoris
Fonetik artikulatoris adalah fonetik yang mempelajari bagaimana mekanisme
alat-alat ucap manusia yang menghasilkan bunyi bahasa serta pengklasifikasian
bahasa berdasarkan artikulasinya.
b. Fonetik akustis
Fonetik akustis mempelajari bunyi bahasa yang berupa getaran udara dan
mengkaji tentang frekuensi getaran bunyi, amplitudo, intensitas dan timbrenya.
c. fonetik auditoris
Fonetik auditoris mempelajari bagaimana mekanisme telinga menerima bunyi
sebagai hasil dari udara yang bergetar.
III. Produksi bunyi bahasa
Dalam proses pembentukan bunyi bahasa ada tiga faktor yang terlibat, iaitu :
1. sumber tenaga ( udara yang dihembusjan oleh paru-paru )
2. alat ucap yang dilewati udara dari paru-paru ( batang tenggorok, kerongkongan,
rongga mulut dan rongga hidung )
3. artikulator ( penghambat )
Proses pembentukan bahasa melibatkan empat komponen, iaitu proses aliran udara,
proses fonansi, proses artikulasi dan proses orsonal. Penghasilan bunyi melibatkan alat-alat
ucap di sekitar mulut, hidung dan tekak. Namun, pada dasarnya alat ucap terdiri atas paru-
paru, tekak , langit-langit,g dalam, gigi,bibir dan lidah.
Page 2
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 2/26
Klasifikasi Bunyi Bahasa
I. Berdasarkan ada tidaknya artikulasi
a. Vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami halangan pada saat
pembentukannya.
b. Konsonan ialah bunyi bahasa yang dibentuk dengan menghalang arus udara pada
sebahagian alat ucap.
c. Semi-vokal ialah bunyi yang sebenarnya tergolong konsonan tetapi pada saat
diartikulasikan belum membentuk konsonan murni.
II. Berdasarkan jalan keluarnya arus udara.
a. Bunyi sengau ialah bunyi yang dihasilkan dengan menutup arus udara ke luar
melalui rongga mulut dan membuka jalan agar arus udara dapat keluar melalui
rongga hidung.
b. Bunyi lisan ialah bunyi yang dihasilkan dengan jalan mengangkat hujung anak
tekak mendekati langit-langit lunak untuk menutupi rongga hidung, sehingga arus
udara keluar melalui mulut.
III. Berdasarkan ada tidaknya ketegangan arus udara saat bunyi di artikulasikan.
a. Bunyi keras (fortis) ialah bunyi bahasa yang pada waktu diartikulasikan disertai
ketegangan kuat arus.
b. Bunyi lunak (lenis) ialah bunyi yang pada waktu diartikulasikan tidak disertai
ketegangan kuat arus.
IV. Berdasarkan lamanya bunyi diucapkan atau diartikulasikan
a. Bunyi panjang
b. Bunyi pendek
V. Berdasarkan darjah kenyaringannya, bunyi dibezakan menjadi bunyi nyaring dan
bunyi tak nyaring. Darjah kenyaringan ditentukan oleh luas atau besarnya ruang resonansi
pada waktu bunyi diucapkan. Makin luas ruang resonansi saluran bicara waktu membentuk
bunyi, makin tinggi darjah kenyaringannya. Begitu pula sebaliknya.
Page 3
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 3/26
VI. Berdasarkan kewujudannya dalam suku kata
a. Bunyi tunggal ialah bunyi yang berdiri sendiri dalam satu suku kata (semua bunyi
vokal atau monoftong dan konsonan).
b. Bunyi rangkap ialah dua bunyi atau lebih yang terdapat dalam satu suku kata. Bunyi
rangkap terdiri dari
- Diftong (vokal rangkap) : [ai], [au] dan [oi].
- Klaster (gugus konsonan) : [pr], [kr], [tr] dan [bl].
VII. Berdasarkan arus udara
a. Bunyi egresif ialah bunyi yang dibentuk dengan cara mengeluarkan arus udara dari
dalam paru-paru. Bunyi egresif dibezakan menjadi :
- Bunyi egresif pulmonik : dibentuk dengan mengecilkan ruang paru-paru,otot perut
dan rongga dada.
- Bunyi egresif glotalik : terbentuk dengan cara merapatkan pita suara sehingga glotis
dalam keadaan tertutup.
b. Bunyi ingresif, yaitu bunyi yang dibentuk dengan cara menghisap udara ke dalam
paru-paru. Bunyi ingresif dibezakan menjadi :
- Ingresif glotalik : pembentukannya sama dengan egresif glotalik tetapi berbeda pada
arus udara.
- Ingresif velarik : dibentuk dengan menaikkan pangkal lidah ditempatkan pada langit-
langit lunak.
Pembentukan Vokal
I. Berdasarkan posisi bibir
a. Vokal bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir bulat. Misalnya, vokal
[u], [o] dan [a].
b. Vokal tak bulat iaitu vokal yang diucapkan dengan bentuk bibir tidak bulat atau
melebar. Misalnya, [I], [e] dan [¶].
II. Berdasarkan tinggi rendahnya lidah
a. Vokal tinggi, yaitu vokal yang dibentuk jika rahang bawah merapat ke rahang atas :[I] dan [u].
Page 4
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 4/26
b. Vokal madya atau muda ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah menjauh
sedikit dari rahang atas : [a] dan [¶].
c. Vokal rendah ialah vokal yang dibentuk jika rahang bawah dimundurkan lagi
sejauh-jauhnya : [a].
III. Berdasarkan maju mundurnya lidah
a. Vokal depan iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah bagian
depan : [i] dan[e].
b. Vokal tengah iaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan lidah begian tengah : [a]
dan [¶].
c. Vokal belakang, yaitu vokal yang dihasilkan oleh gerakan naik turunnya lidah
bagian belakang : [u] dan [o].
IV. Berdasarkan strikturnya
Striktur adalah keadaan hubungan posisional artikulator (aktif) dengan artikulator
pasif atau titik artikulasi. Dilihat dari strukturnya, vokal dibezakan menjadi :
a. Vokal tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat setinggi mungkin
mendekati langit-langit dalam batas vokal. [i] dan [u].
b. Vokal semi tertutup iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat kepada dua
pertiga di atas vokal paling rendah : [e] dan[o].
c. Vokal semi terbuka iaitu vokal yang dibentuk dengan lidah diangkat dalam
ketinggian sepertiga di atas vokal paling rendah :[Î] dan [o].
d. Vokal terbuka ialah vokal yang dibentuk dengan lidah dalam posisi serendah
mungkin : [a] dan [A].
Pembentukan Konsonan
I. Berdasarkan daerah artikulasinya (striktur)
a. Konsonan bilabial ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan kedua
belah bibir yang bersama-sama bertindak sebagai artikulator dan titik artikulasi :
[p], [b], [m] dan [w].
b. Konsonan labiodental ialah konsonan yang dihasilkan dengan mempertemukan gigi
atas sebagai titik artikulasi dan bibir bawah sebagai artikulator : [f] dan [v].
c. Konsonan apiko-dental ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagaiartikulator dan daerah antar gigi (dents) sebagai titik artikulasi : [t], [d] dan [n].
Page 5
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 5/26
d. Konsonan apiko-alveolar ialah konsonan yang dihasilkan oleh hujung lidah sebagai
arikulator dan lengkung kaki gaga (alveolum) sebagai titik artikulasi : [s], [z[, [r]
dan [l].
e. Konsonan paltal (lamino-palatal) ialah konsonan yang dihasilkan oleh bagian
tengah lidah (lamina) sebagai artikulator dan langit-langit keras (plantum) sebagai
titik artikulasi : [c], [j], [S], [n] dan [y].
f. Konsonan velar (dorso-velar) iaitu konsonan yang dihasilkan oleh belakang lidah
(dorsum) sebagai artikulator dan langit-langit lembut sebagai titik artikulasi : [k],
[g], [x] dan [h].
g. Konsonan glotal atau hamzah ialah konsonan yang dibentuk oleh posisi pita suara
sama sekali merapat sehingga menutup glotis : [?]
h. Konsonan laringal iaitu konsonan yang dibentuk dengan pita suara terbuka lebar
sehingga udara keluar dan digesekan melalui glotis : [h].
II. Berdasarkan cara artikulasinya
a. Konsonan halang (stop) ialah konsonan yang dihasilkan dengan cara menghalangi
sama sekali udara pada daerah artikulasi : [p], [t], [c],[k], [d], [j], dan [g].
b.Konsonan geser (frikatif) ialah konsonan yang dibentukmdengan cara
menggesekkan udara yang keluar dari paru-paru : [h], [s], [S], [z] dan [x].
c. Konsonan likuida (lateral) ialah konsonan yang dihasilkan dengan menaikkan lidah
ke langit-langit sehingga udara terpaksa diaduk dan dikeluarkan melalui kedua sisi
lidah : [l].
d. Konsonan getar (trill) iaitu konsonan yang dihasilkan dengan cara menjauhkan dan
mendekatkan lidah ke alveolum dengan cepat dan berulang-ulang : [r].
e. Semi vokal ialah konsonan yang pada saat diartikulasikan belum membentuk
konsonan murni : [w] dan [y].
III. Berdasarkan posisi pita suara
a. Konsonan bersuara ialah konsonan yang terjadi jika ydara yang keluar dari rongga
ujaran turut menggetarkan pita suara : [b], [m], [v], [d], [r], [n], [j], [h], [g] dan [r].
b. Konsonan tak bersuara, yaitu konsonan yang terjadi jika udara yang keluar dari rongga
ujaran tidak menggetarkan pita suara : [p], [t], [c], [k], [?], [f], [S], [x] dan [h].
Page 6
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 6/26
IV. Berdasarkan jalan keluarnya udara
a. Konsonan sengau ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga
hidung : [m], [n] dan [h}.
b. Konsonan lisan ialah konsonan yang terjadi jika udara keluar melalui rongga mulut,
contohnya adalah semua konsonan selain pada konsonan sengaul.
Objektif
Kajian ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan tambahan dengan membuat
kajian kepada bahasa etnik yang terdapat dalam negeri Sabah. Kita sedia maklum bahawa
negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan
kaum. Selama ini kita banyak membuat kajian dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
sahaja. Oleh itu, kita perlulah mengkaji sebaik-baiknya kerana ini adalah peluang kita untuk
mencari sebutan-sebutan yang sesuai untuk dikaji dan dipamerkan dalam penulisan kita.
Dengan kata lain, kajian ini akan memberikan penambahbaikan dalam pemahaman kita
terhadap subjek Fonem ini. Namun begitu, kita perlulah memantapkan pengetahuan sebelum
membuat kajian dengan menggunakan bahasa etnik. Ini kerana sekiranya kita tidak
memahami kehendak soalan maka sukar bagi kita untuk menghuraikannya. Justeru itu,
kematangan dalam membuat huraian dengan semua pencarian yang kita lakukan adalah perlu
agar mudah difahami dan dinilai oleh para pembaca amnya.
Batasan
Kajian ini sangat terhad dan dibatasi oleh keadaan geografi kita yang agak banyak
gangguannya. Kita sedia maklum bahawa kawasan kita dibatasi oleh keadaan jalan yang
berbukit-bukau dan juga jalan raya yang tidak berturap. Walaupun pembaikan jalan sering
dilakukan tetapi jalan tersebut sering rosak kerana masalah kenderaan pengangkutan yang
berat sering melalui jalan raya tersebut. Ini juga salah satu kekangan kita dalam melaksanakan
kajian yang diamanahkan tetapi kerana adanya kemajuan teknologi moden maka bahan-bahan
ini dapat dicari melalui internet. Walaupun begitu, maklumat asli perlu juga untuk kesahihan
dapatan ini. Oleh kerana bahasa etnik yang saya kaji ini agak mudah juga maka tidak sukar
bagi saya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Page 7
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 7/26
2. Isi 1 Pengaruh Bunyi Bahasa
2.1 Proses Asimilasi
Proses asimilasi adalah pengaruh yang mempengaruhi bunyi tanpa mempengaruhi
identiti fonem dan terbatas pada asimilasi fonetis saja. Berdasarkan arah pengaruh
bunyinya, proses asimilasi dibezakan menjadi :
a. Asimilasi Progresif iaitu proses asimilasi yang terjadi apabila arah pengaruhnya ke
depan.
b. Asimilasi Regresif iaitu proses asimilasi yang terjadi apabila arah pengaruhnya ke
belakang.
2.2 Artikulasi penyerta
Proses pengaruh bunyi yang disebabkan oleh artikulasi ini dibedakan menjadi :
a. Labialisasi iaitu pembulatan bibir pada artikulasi primer sehingga terdengar bunyi
semi-vokal [w] pada bunyi utama tersebut. Misalnya, bunyi [t] pada kata tujuan
terdengar sebagai bunyi [tw].
b. Retrofleksi iaitu penarikan ujung lidah ke belakang pada artikulasi primer,
sehingga terdengar bunyi [r] pada bunyi utama. Misalnya, [k r ] dari bunyi [k] pada
kata kardus.
c. Palatalisasi iaitu pengangkatan daun lidah ke arah langhit-langit keras pada
artikulasi primer. Misalnya bunyi [p] pada kata piara terdengar sebagai [py].
d.Velarisasi iaitu pengangkatan pangkal lidah ke arah langit-langit lunak pada
artikulasi primer. Misalnya, bunyi [m] pada kata mahluk terdengar sebagai [mx].
e. Glotalisasi iaitu proses penyerta hambatan pada glottis atau glottis tertutup rapat
sewaktu artikulasi primer diucapkan. Vokal dalam bahasa Indonesia sering
diglotalisasi. Misalnya, bunyi [o] pada kata obat terdengar sebagai [?o].
2.3 Pengaruh bunyi karena distribusi
Pengaruh bunyi karena distribusi menimbulkan proses-proses sebagai berikut :
a. Aspirasi iaitu pengucapan suatu bunyi disertai dengan hembusan keluarnya udara
dengan kuat sehingga terdengar bunyi [h]. Misalnya, konsonan letup bersuara
[b,d,j,g] terdengar sebagai [bh,dh,jh,gh].
Page 8
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 8/26
b. Pelepasan iaitu pengucapan bunyi hambat letup yang seharusnya dihambat tetapi
tidak dihalang dan dengan serentak bunyi berikutnya diucapkan. Pelepasan dibezakan
menjadi tiga, iaitu :
- lepas tajam atau lepas penuh iaitu pelepasan alat-alat artikulasi dari titik
artikulasinya yang terjadi secara tajam ataw secara penuh.
- Lepas sengau iaitu suatu pelepasan yang terjadi kerana adanya bunyi nasal
didepannya.
- Lepas sampingan iaitu pelepasan yang terjadi kerana adanya bunyi sampingan
didepannya.
- Pemgafrikatan iaitu suatu keadaan yang terjadi jika bunyi letup halang yang
seharusnya dihalang dan diletupkan tidak dilakukan, melainkan setelah hambatan
dilepaskan secara bergeser dan pelan-pelan.
2.4 Kehomorganan
Kehomorganan ialah konsonan yang mempunyai sifat khusus. Terdapat dua jenis
kehomorganan iaitu :
a. Kehomorganan penuh
kehomorganan penuh adalah kehomorganan yang muncul akibat perbezaan bunyi.
b. Kehomorganan sebahagian
adalah kehomorganan yang muncul apabila perbedaan diantara pasangan fonem
tersebut pada cara artikulasinya sedangkan daerah artikulasinya sama.
3. Isi 2 Transkripsi Bunyi Bahasa
Transkripsi adalah penulisan atau perubahan teks dengan tujuan untuk menyarankan
lafaz bunyi, fonem, morfem atau tulisan sesuai dengan ejaan yang berlaku dalam suatu bahasa
yang menjadi sasarannya. Transkripsi dibezakan menjadi.
a. Transkripsi fonetis, yaitu penulisan pengubahan menurut bunyi. Tanda […]
b. Transkripsi fonemis, yaitu transkripsi bahasa menurut fonem. Tanda /…/
c. Transkripsi fonemis, yaitu penulisan pengubahan menurut morfem. Tanda {…}
d. Transkripsi ortografis, yaitu penulisan pengubahan menurut huruf atau ejaan bahasa
yang menjadi tujuannya. Tanda <…>
Transliterasi adalah penggantian huruf demi huruf dari abjad yang satu ke abjad yang
lain tanpa menghiraukan lafaz bunyi kata yang bersangkutan. Misalnya, transliterasi dariaksara Jawa dialihkan ke huruf abjad Melayu.
Page 9
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 9/26
4. Isi 3 Bunyi Suprasegmental
Ciri-ciri bunyi suprasegmental antara lain :
a. Jangka ialah panjang pendeknya bunyi yang diucapkan. Tanda […]
b.Tekanan ialah penonjolan suku kata dengan memperpanjang pengucapan,
meninggikan nada dan memperbesar intensitas tenaga dalam pengucapan suku kata
tersebut.
c. Jeda atau sendi ialah ciri berhentinya pengucapan bunyi. Sendi dibezakan menjadi:
- Sendi tambah (+) iaitu jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran
panjangnya kurang dari satu fonem.
- Sendi tunggal (/) iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa dengan
ukuran panjang satu fonem.
- Sendi rangkap (//) iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur klausa atau
kalimat, di antara subjek dan predikat.
- Sendi kepang rangkap (#) iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah pertuturan
sebagai tanda diawali dan diakhirinya tuturan.
d. Intonasi dan ritme
Intonasi adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan naik turunnya nada
dalam penglafazan kalimat
Ritme adalah ciri suprasegmental yang berhubungan dengan pola pemberian tekanan pada
kata dalam kalimat.
5. Isi 4 Kajian Fonem
5.1 Pengertian Fonem dan Fonemisasi
Fonem adalah satuan bunyi bahasa terkecil yang bersifat fungsional, ertinya satuan
memiliki fungsi untuk membezakan makna.
Fonemisasi adalah usaha untuk menemukan bunyi-bunyi yang berfungsi dalam rangka
pembezaan makna tersebut.
Page 10
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 10/26
5.2 Pengenalan Fonem
Dalam mengenali fonem terdapat beberapa pokok fikiran umum yang disebut premis-
premis fonologis. Berdasarkan sifat umumnya premis-premis bahasa tersebut adalah sebagai
berikut :
a. Bunyi bahasa mempunyai kecenderungan untuk dipengaruhi oleh lingkungannya.
b. Sistem bunyi mempunyai kecenderungan bersifat simetris.
c. Bunyi-bunyi bahasa yangsecara fonetis mirip harus digolongkan ke dalam kelas-
kelas bunyi (fonem) yang berbeda, apabila terdapat pertentangan di dalam
lingkungan yang sama.
d. Bunyi-bunyi yang secara fonetis mirip dan terdapat di dalam distribusi yang
komplementer, harus dimasukkan ke dalam kelas-kelas bunyi (fonem) yang sama.
Untuk mengenal dan menentukan bunyi-bunyi bahasa yang bersifat fungsional (fonem
), biasanya ditentukan melalui kontras pasangan minimal. Pasangan minimal ini adalah
pasangan bentuk-bentuk bahasa yang terkecil dan bermakna pada sebuah bahasa atau kata
tunggal yang secara idealnya sama, kecuali satu bunyi berbeda.
Contohnya :
dara dan tara à /d/ dan /t/
kalah dan galah à /k/ dan /g/
5.3 Beban Fungsional Fonem
Dalam kajian fonologi sering dipaparkan beban fungsional dari oposisi fonemis
tertentu. Beban oposisi rendah terdapat pada bunyi /p/ dan /f/ pada katakapan dan kafan,
sedangkan beban oposisi tinggi terdapat pada bunyi /k/ dan /g/ pada kata gita dan kita.
6. Isi 5 Realisasi dan Variasi Fonem
6.1 Realisasi Fonem
Realisasi fonem adalah pengungkapan sebenarnya dari ciri atau satuan fonologis iaitu
fonem menjadi bunyi bahasa
6.1.1 Realisasi vokal berdasarkan pembentukannya, realisasi fonem vokal dibezakan
sebagai berikut :a. Fonem /i/ adalah vokal tinggi-depan-tak bulat.
Page 11
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 11/26
b. Fonem /u/ adalah vokal atas-belakang-bulat.
c. Fonem /e/ adalah vokal sedang-depan-bulat.
d. Fonem /¶/ adalah vokal sedang-tangah-bulat.
e. Fonem /o/ adalah vokal sedang-belakang-bulat
f. Fonem /a/ adalah vokal rendah-tengah-bulat.
6.1.2 Realisasi konsonan berdasarkan cara pembentukannya, realisasi fonem
konsonan dibezakan sebagai berikut :
a. Konsonan hambat, dibedakan sebagai berikut :
- konsonan hambat-bilabial, iaitu fonem /p/ dan /b/
- konsonan hambat-dental, iaitu fonem /t/ dan /d/
- konsonan hambat-palatal, iaitu /c/ dan /j/
- konsonan hambat-velar, iaitu /k/ dan /g/
b. Konsonan Frikatif, dibezakan sebagai berikut :
- Konsonan frikatif-labio-dental, iaitu /f/ dan /v/
- Konsonan ferikatif-alveolar, iaitu /s/ dan /z/
- Konsonan frikatif-palatal tak bersuara, iaitu /š/
- Konsonan frikatif-velar tak bersuara, iaitu /x/ dan /kh/
- Konsonan frikatif-glotal tak bersuara, iaitu /h/
c. konsonan getar-alveolar, iaitu /r/
d. konsonan lateral-alveolar, iaitu /l/
e.konsonan sengau, dibezakan dalam daerah artikulasinya
sebagai berikut :
- konsonan sengau -bilabial, iaitu /m/
- konsonan sengau -dental, iaitu /n/
- konsonan sengau -palatal, iaitu /ň/
- konsonan sengau -velar, iaitu /h/
f. semi-vokal , yaitu semivokal bilabial (/w/) dan semivokal
palatal( /y/).
Page 12
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 12/26
6.2 Variasi Fonem
Variasi fonem ditentukan oleh lingkungan dalam pengedaran yang komplementer
disebut variasi alofonis. Variasi fonem yang tidak membezakan bentuk dan arti kata disebut
alofon.
a. Alofon vokal
- Alofon fonem /i/, iaitu
[i] jika terdapat pada suku kata terbuka. Misalnya, [bibi]à /bibi/
[I] jika terdapat pada suku kata tertutup. Misalnya, [karIb]à /karib/
[Iy] palatalisasi jika diikuti oleh vokal [aou].à [kiyos]à /kios/
[ϊ] nasalisasi jika diikuti oleh nasal. [ϊndah]à /indah/
- Alofon fonem /ε/, iaitu
[e] jika terdapat pada suku kata terbuka dan tidak diikuti oleh suku kata yang
mengandung alofon [ε]. Misalnya, [sore]à /sore/
[ε] jika terdapat pada tempat-tempat lain. Misalnya, [pεsta]à/pesta/
[¶] jika terdapat pada posisi suku kata terbuka. [p¶ta]à/peta/
[¶] jika terdapat pada posisi suku kata tertutup. [sent¶r]à/senter/
- Alofon fonem /o/, iaitu
[o] jika terdapat pada suku kata akhir terbuka. [soto]à/soto/
[É] jika terdapat pada posisi lain. [jeblÉs]à/jeblos/
- Alofon fonem /a/, iaitu
[a] jika terdapat pada semua posisi suku kata.
[aku]à/aku, [sabtu]à/sabtu/
- Alofon fonem /u/, iaitu
[u] jika terdapat pada posisi suku kata terbuka.
[aku]à/aku/, [buka]à/buka/
[U] jika terdapat pada suku kata tertutup.
[ampUn]à/ampun/, [kumpul]à/kumpul/
[uw] labialisasi jika diikuti oleh[I,e,a].
[buwih]à/buih/, [kuwe]à/kue/
Page 13
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 13/26
b. Alofon konsonan
- fonem /p/
[p] bunyi lepas jika diikuti vokal.
[pipi]à/pipi/, [sapi]à/sapi/
[p>] bunyi tak lepas jika terdapat pada suku kata tertutup.
[atap>]à/atap/, [balap>]à/balap/
[b] bunyi lepas jika diikuti oleh vocal.
[babi]à/babi/, [babu]à/babu/
[p>] bunyi taklepas jika terdapat pada suku kata tertutup, namun berubah lagi menjadi
[b] jika diikuti lagi vokal.
[adap>]à/adab/, [jawap>]à/jawab/
- Fonem /t/
[t] bunyi lepas jika diikutu oleh vokal.
[tanam]à/tanam/, [tusuk]à/tusuk/
[t>] bunyi tak lepas jika terdapat pada suku kata tertutup.
[lompat>]à/lompat/,[sakit>]à/sakit/
[d] bunyi lepas jika diikuti vocal.
[duta]à/duta/, [dadu]à/dadu/
[t>] bunyi hambat-dental-tak bersuara dan tak lepas jika terdapat pada suku kata
tertutup atau pada akhir kata.
[abat>]à/abad/,[murtat>]à/murtad/
- Fonem /k/
[k] bunyi lepas jika terdapat pada awal suku kata.
[kala]à/kala/, [kelam]à/kelam/
[k >] bunyi tak lepas jika tedapat pada tengah kata dan diikuti konsonan lain.
[pak >sa]à/paksa/, [sik >sa]à/siksa/
[?] bunyi hambat glottal jika terdapat pada akhir kata.
[tida?]à/tidak/, [ana?]à/anak/
- Fonem /g/
[g] bunyi lepas jika diikuti glottal.[gagah]à/gagah/, [gula]à/gula/
Page 14
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 14/26
[k >] bunyi hambat-velar-tak bersuara dan lepas jika terdapat di akhir kata.
[beduk >]à/bedug/,[gudek >]à/gudeg/
- Fonem /c/
[c] bunyi lepas jika diikuti vokal.
[cari]à/cari/, [cacing]à/cacing/
- Fonem /j/
[j] bunyi lepas jika diikuti vokal.
[juga]à/juga/, [jadi]à/jadi/
- Fonem /f/
[j] jika terdapat pada posisi sebelum dan sesudah vokal.
[fakir]à/fakir/, [fitri]à/fitri/
- Fonem /p/
[p] bunyi konsonan hambat-bilabial-tak bersuara
[piker]à/piker/, [hapal]à/hapal/
- Fonem /z/
[z] [zat]à/zat/, [izin]-à/izin/
- Fonem /š/
[š] umumnya terdapat di awal dan akhir kata
[šarat]à/syarat/, [araš]à/arasy/
- Fonem /x/
[x] berada di awal dan akhir suku kata.
[xas]à/khas/, [xusus]à/khusus/
- Fonem /h/
[h] bunyi tak bersuara jika terdapat di awal dan akhir suku kata.
[hasil]à/hasil, [hujan]à/hujan/[H] jika berada di tengah kata
Page 15
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 15/26
[taHu]à/tahu/, [laHan]à/lahan/
- Fonem /m/
[m] berada di awal dan akhir suku kata
[masuk]à/masuk/, [makan]à/makan/
- Fonem /n/
[n] berada di awal dan akhir suku kata.
[nakal]à/nakal/, [nasib]à/nasib/
- Fonem /ň/
[ň] berada di awal suku kata
[baňak]à/banyak/, [buňi]à/bunyi/
- Fonem / /Ƞ
[ ] berada di awal dan akhir suku kata.Ƞ
[ arai]à/ngarai/, [pa kal]à/pangkal/Ƞ Ƞ
- Fonem /r/
[r] berada di awal dan akhir suku kata, kadang-kadang bervariasi dengan bunyi getar
uvular [R].
[raja] atau [Raja]à/raja/, [karya] atau [kaRya]à/karya/
- Fonem /l/
[l] berada di awal dan akhir suku kata.
[lama]à/lama/, [palsu]à/palsu/
- Fonem /w/
[w] merupakan konsonan jika terdapat di awal suku kata dan semi vokal pada
akhir suku kata.
[waktu]à/waktu/, [wujud]à/wujud/
Page 16
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 16/26
- Fonem /y/
[y] merupakan konsonan jika terdapat di awal suku kata dan semi vokal pada
akhir suku kata.
[santay]à/santai/, [ramai]à/ramai/
7. Isi 6 Gejala Fonologis
7.1 Netralisasi dan Akrifonem
Netralisasi adalah alternasi fonem akibat pengaruh lingkungan atau pembatalan
perbezaan minimal fonem pada posisi tertentu. Alternasi fonem adalah perubahan fonem
menjadi fonem lain tanpa membezakan makna. Adanya bunyi /t/ pada akhir lafal kata [babat]
untuk /babad/ adalah hasil netralisasi.
Arkifonem adalah golongan fonem yang kehilangan kontraspada posisi tertentu dan
biasa dilambangkan dengan huruf besar seperti/D/ yang memiliki alternasi atau variasi
fonem /t/ dan fonem /d/ pada kata [babat] untuk /babad/ .
7.2 Pelepasan Fonem dan Kontraksi
Pelepasan bunyi adalah hilangnaya bunyi atau fonem pada awal, tangah dan akhir
sebuah kata tanpa mengubah makna. Pelepasan dapat pula berupa kontraksi atau pemendekan
kata.
Contoh : /tetapi/ menjadi /tapi/.
Pelepasan dibagi menjadi tiga, iaitu
a. Aferesis, yaitu pelepasan fonem pada awal kata.
/tetapi/ menjadi /tapi/, /baharu/ menjadi /baru/
b. Sinkope, yaitu pelepasan fonem pada tengah kata.
/silahkan/ menjadi /silakan/, /dahulu/ menjadi /dulu/
c. Apokope, yaitu pelepasan fonem pada akhir kata.
/president/ menjadi /president/, /standard/ menjadi /standar/
Jenis pelepasan bunyi yang lain adalah haplologi ,iaitu pemendekan pada sebuah kata
kerana penghilangan suatu bunyi atau suku kata pada pengucapannya.
Misalnya : tidak ada menjadi tiada, bagaimana menjadi gimana.
Page 17
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 17/26
7.3 Disimilasi
Disimilasi adalah perubahan bentuk kata karena salah satu dari dua buah fonem yang
sama diganti dengan fonem yang lain. Contoh disimilasi :
a. Disimilasi sinkronis
Contohnya : ber + ajarà belajar. Fonem /r/ pada awalan ber- diubah menjadi
/l/.
b. Disimilasi diakronis
Contohnya : kata cipta berasal dari bahasa Sanskrit iaitu citta. Jadi
terdapat perubahan dari fonem /tt/ menjadi /pt/.
7.4 Metatesis
Dalam proses metatesis yang diubah adalah urutan fonem-fonem tertentu yang
biasanya terdapat bersama dengan bentuk asli, sehingga ada variasi bebas. Misalnya, jalur
menjadi lajur, almari menjadi lemari.
7.5 Penambahan Fonem
Berdasarkan letaknya, penambahan fonem dibezakan menjadi :
a. Protesis, iaitu penambahan fonem di awal kata.
/mas/ menjadi /emas, /tik/ menjadi /ketik/.
b. Epentesis, yaitu penambahan fonem di tengah kata.
/upat/ menjadi /umpat/, /kapak/ menjadi /kampak/.
c. Paragoge, yaitu penambahan fonem di akhir kata.
/ina/ menjadi /inang/, /lamp/ menjadi /lampu/.
8. Fonotaktik Bahasa Rungus
8.1 Fonotaktik
Fonotaktik adalah bidang fonologi atau fonemik yang mengatur tentang penjajaran fonem
dalam kata. Contohnya, kata Buluntung = Pelangi memiliki 9 fonem. Jajaran fonem dari kata
tersebut adalah /b,u,l,u,n,t,u,n,g,/.
Page 18
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 18/26
8.2 Edaran Fonem
Edaran fonem adalah bahagian yang membahas posisi fonem apakah fonem tersebut
terletak pada bagian awal,tengah atau akhir dalam sebuah kata.
8.2.1 Edaran Vokal
Edaran vokal lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini.
Jadual Posisi Vokal Dalam Fonem
Posisi
Fonem Awal Tengah Akhir /i/
/e/
/∂/
/a
/u/
/o/
Inggolow Tulu =Pening Kepala
eroton = bergaris
/∂mas/ emas
Agum = Ramis
Undu-undu = hati =heart
Opos = hati
Kilau = Semut
naketian = termengandung
/ruw∂t/ ruwet
Gangak = Jenis Lipas
Tobuk = Rambut
Kirop = Bulu Mata
Lanoi = Berudu
kore = baru tahu
/tipe∂/ tipe
Gipa = Udang Galah
Ongkuzu = Ketam Air Tawa
Tolingo = Telinga
8.2.2 Edaran Konsonan
Edaran konsonan lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini.
Jadual Posisi Konsonan Dalam Fonem
Posisi
Fonem Awal Tengah Akhir
/p/
/b/
/t/
/d/
/c/
Poo = Paha
Bongit = Janggut
Tamanang = Mandul
Dila = Lidah
Cacamot=Alat Mengetam Padi
Lapap Hakod = Tapak Kaki
Sambakon = Kening
Lontugi = Gonggok
Todung =Hidung
Sangup = Timun
Tarob = Gerhana Bulan
Gonit = Petir
Palad = Tapak Tangan
Page 19
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 19/26
/j/
/k/
/g/
/f/
/v/
/s/
/z/
/š/
/h/
/m/
/n/
/ň/
/ /ƞ
/r//l/
/w/
/y/
-
Kavanit = Racun
Gazad = ajak
-
Varis = Kerabat
Singot = Sengat
-
-
Humungot = Marah
Madsa = menetas
Nababak = Pecah
-
-
Ralan = Jalan
Li’ou = Leher
Waalon = Turasan
Yalow = Dia
leca = licin
Lanjzag = dedahkan
Kokirum=Tersengih
Gugundai=Rambut palsu
-
Buvang = Beruang
Sosohuk = Penyenduk nasi
Zumazad = Berpecah
-
-
Mamanau = Berjalan
Banat= Pakaian
-
-
Sori = Di sana
Bulukun = Tenggiling
Apadwot =Jarang antara jarak
Mirogop = gotong royong
-
Limbatok = lintah pacat
Gongkoring = mengkarung
-
-
-
-
-
-
-
Mihukum=perbahasan
Bantaran = Jambatan
-
-Bakas = Babi Hutan
Bahul = Pantun
Bariuw = Mata Juling
8.3 Ciri-ciri sistem ejaan bahasa Momogun Rungus yang dibentuk,dijangka:
i. Tidak mengelirukan pengguna.
ii. Dapat diterima dengan mudah oleh majoriti penutur bahasa Momogun Rungus
tanpa rungutan yang munasabah.
iii. Dapat memberi gambaran yang paling hampir dan dianggap munasabah
terhadap bunyi sebutan dalam bahasa Momogun Rungus.
Page 20
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 20/26
8.4 Deretan Fonem
8.4.1 Deretan vokal
Deretan vokal lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini.
Indeks vertikal menunjukan komponen pertama dan indeks horisontal menunjukkan
komponen kedua.
Jadual Deretan Vokal Dalam Bahasa Rungus
Vokal /i/ /e/ /¶/ /o/ /a/ /u/
/i/ — — — — ia iu
/e/ — — — eo — —
/¶/ — — ¶¶ — — —
/a/ ai — — ao aa au
/o/ — — — — oa —
/u/ ui ue — — ua —
8.4.2 Deretan konsonan
Deretan konsonan lebih lanjut dijelaskan melalui jadual di bawah ini.
Indeks vertikal menunjukan komponen pertama dan indeks horisontal menunjukkan
komponen kedua.
Jadual Deretan Konsonan Dalam Bahasa Rungus
Fone
m
p t c k b d j g s h w y m n ň ƞ l r
p Pt ps py pl pr
t Tp tt tb tw ty tm tr
c
k kt Kc kb kd ks kw km
b bt bd bs by bl br
d dh dy dm dl dr
j ji jr
Page 21
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 21/26
g gy
s sp st sc
h ht hk hs hw hy hm hl hr
w
y
m mp mt mc mb mj ms mh ml mr
n np nt nc nk nd nj
ň
ƞ k ƞ gƞ sƞ lƞ r ƞ
l lp lt lk lb ld lj ls lh lw lm
r rp rt rc rk rb rd rs rh rw ry rm rn rl
8.5 Diftong
Diftong adalah dua buah vokal yang berdiri bersama dan pada saat diucapkan berubah
kualitinya. Perbezaan vokal dengan diftong adalah terletak pada car hembusan nafasnya.
Terdapat 5 diftong dalam bahasa Momogun Rungus iaitu [ai],[au],[oi],[ou] dan [ui]. Contoh
penggunaannya ialah;
i. Valai (rumah) untuk diftong [ai]
ii. Adau (matahari) untuk diftong [au]
iii. Longoi untuk diftong [oi]
iv. Tokou untuk diftong [ou]
v. Lungui untuk diftong [ui]
Sementara diftong [iu] tidak diterimapakai iaitu perkataan [maliu] tidak tepat
berbanding dengan perkataan yang diterimapakai iaitu [maliw], satu lagi perkataan yang juga
tidak diterimapakai menggunakan diftong [iu] ialah [riuw] dan tepatnya perkataan yang
diterimapakai ialah [rizu].
8.6 Sengkang
Penggunaan sengkang hanya dilakukan kepada kata dasar yang digandakan sebagai
contoh [miambat-ambat dab meraat-raat].
Page 22
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 22/26
8.7 Jeda (Persendian ( Juncture)
Jeda, persendian, atau juncture menyangkut perhentian bunyi dalam bahasa. Suatu
bunyi segmental dalam suku kata, kata, frasa, klausa, kalimat, dan wacana pastilah disertai
dengan bunyi suprasegmental perhentian di sana-sini. Bunyi suprasegmental yang berciri
prosodi perhentian di sana-sini itu disebut jeda atau persendian. Bahasa yang satu dengan
yang lain berbeda jedanya. Ada yang jelas dan ada yang tidak jelas (Bloch & Trager, 1942:35-
36).Menurut Samsuri (1970:15-16), jeda dapat dibedakan atas empat jenis jeda atau sendi
sebagai berikut. Sendi tambah (+), yakni jeda yang berada di antara dua suku kata. Ukuran
panjangnya kurang dari satu fonem. Misalnya:
[ta+li] /tali/
[su+lit] /sulit/
[ka+it] /kait/
Sendi tunggal (/), iaitu jeda yang berada di antara dua kata dalam frasa. Ukuran panjangnya
satu fonem. Misalnya:
di / kampus
ke /Karawang
dengan /sukses
Sendi rangkap (//), iaitu jeda yang berada di antara dua fungsi unsur klausa atau kalimat
atau di antara subjek dan predikat. Misalnya:
Ibu itu // pergi ke mall.
Adiknya // belum pergi?
Sendi kepang rangkap (#), iaitu jeda yang berada sebelum dan sesudah tuturan sebagai tanda
diawali dan diakhirinya tuturan. Sendi kepada rangkap yang berposisi di akhir tuturan
biasanya disertai nada turun (v#) atau nada naik (#).
8.8 Bunyi Suprasegmental
Bunyi suprasegmental adalah bunyi yang menyertai bunyi segmental. Seperti halnya
bunyi segmental, bunyi suprasegmentalpun dapat diklasifikasikan menurut ciri-cirinya
sewaktu diucapkan. CIri tersebut disebut ciri-ciri prosodi (prosodic features). Ciri
suprasegmental merupakan istilah yang digunakan dalam penandaan bahasa lisan. Dalam
bahasa tulis penandaan itu disebut tanda baca, baik ciri suprasegmental maupun tanda baca
memegang peranan penting dalam berbahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang telah dipaparkandikaji sebagai unit-unit bahasa yang berdiri sendiri. Sebenarnya, bunyi-bunyi bahasa itu di
Page 23
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 23/26
dalam ujar tidak hanya rangkaian vokal dan konsonan saja, yang satu mengikuti yang lain
sesuai dengan susunan tertentu, tetapi ada bunyi lain yang turut mendukungnya. Bunyi-bunyi
lain itu menyangkut panjang pendeknya ucapan (jangka), tinggi-rendahnya ucapan (nada),
dan keras-lemahnya ucapan (tekanan). Sebaliknya, jika bunyi segmental diucapkan dengan
waktu yang sekejab sahaja, tentu sahaja bunyi suprasegmental pengiringnya memiliki ciri
prosodi pendek. Intonasi mengacu ke naik turunnya nada dalam pelafalan kalimat, sedangkan
ritme mengacu ke pola pemberian tekanan pada kata dalam kalimat. Jeda, persendian, atau
juncture menyangkut perhentian bunyi dalam bahasa. Suatu bunyi segmental dalam suku kata,
kata, frasa, klausa, kalimat, dan wacana pastilah disertai dengan bunyi suprasegmental
perhentian di sana-sini. Bunyi suprasegmental yang berciri prosodi perhentian di sana-sini itu
disebut jeda atau persendian. Bahasa yang satu dengan yang lain berbeza jedanya. Ada yang
jelas dan ada yang tidak jelas.
9.0 Penutup
Semua yang dilakukan ini adalah berlandaskan perbincangan secara ilmiah tanpa ada
perasaan syak-wasangka ataupun lebih tepat curiga-mencurigai. Simposium ini juga
dilakukan tanpa ada rasa emosi yang boleh mengganggu terhasilnya kajian ini. Dengan
adanya kajian ini, secara tidak langsung kita dapat menambahkan pengetahui untuk mengkaji
bahasa-bahasa yang lain. Namun sebarang penghasilan tidak akan terurai tanpa kerjasama dari
semua pihak.
Page 24
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 24/26
GLOSARIRIUM
artikulasi: alat ucap yang dapat digerak-gerakan
aspirasi: pengucapan bunyi yang dibarengi konsonan /h/
bunyi akustis: bunyi sebagai getaran udara
bunyi distingtif : bunyi yang membedakan arti
bunyi egresif : bunyi yang dihasilkan dengan mengeluarkan suara
bunyi fungsional : bunyi distingtif
bunyi ingresif : bunyi yang dihasilkan dengan menghisap udara
bunyi signifikasi: bunyi distingtif
ciri prosodi: ciri-ciri suprasegmental
deretan: urutan atau untaian
diftong : vokal rangkap
distribusi: penyebaran atau posisi dalam kontruksi
fon: bunyi ujar atau bunyi bahasa
fonetik : kajian bunyi bahasa
glotalisasi: pengucapan bunyi yang disertai glotal /?/
gugus: deretan konsonan dalam satu suku kata
homorgan: bunyi bahasa yang memiliki pasangankluster : gugus
Page 25
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 25/26
labialisasi: pengucapan bunyi yang disertai labial /p, b, m/
langue: sistem bahasa pada pikiran manusia
nada: tinggi rendahnya bunyi
palatalisasi: pengucapan bunyi yang disertai palatal /l/
parole: sistem pengucapan bahasa
pasangan posisi fonem: tempat fonem dalam kata
proses
proses artikulasi: proses produksi bunyi bahasa
proses fonasi: proses pengucapan
proses oro-nasal : proses pengucapan melalui mulut dan hidung
pungtuasi: tanda baca
realisasi fonem: pengungkapan yang sebenarnya dari ciri atau satuan fonologi
retrofleksi: artikulasi bunyi yang disertai oleh ujung lidah yang melengkung ke arah palatum
segmental : bunyi yang dapat dipilah-pilah seperti vokal dan konsonan
striktur : keadaan hubungan posisional artikulator dan titik artikulasi
suku kata buka: suku kata yang berakhir dengan vokal
suku kata tutup: suku kata yang berakhir dengan konsonan
suku kata: vokal atau kombinasi vokal dan konsonan dalam kata
suprasegmental : bunyi yang sukar dipilah-pilah seperti tekanan, jangka, dan nada
tekanan: keras lemahnya bunyi
tranliterasi: penggantian huruf demi huruf dari abjad yang satu ke abjad yang lain
transkripsi : penulisan atau penggubahan teks dengan tujuan tertentu sesuai dengan ejaan
yang berlaku dalam suatu bahasa
urutan konsonan: penyebaran atau posisi konsonan dalam kata
urutan fonem: penyebaran atau posisi fonem dalam kata
urutan konsonan: urutan konsonan dalam kata
urutan vokal : penyebaran atau posisi vokal dalam kata
Page 26
5/8/2018 Agment bkumpln 1 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/agment-bkumpln-1 26/26
Bibliografi
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripadahttp://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur :PTS Profesional 2002.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.