PENGENALAN Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PENGENALAN
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan
amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa
dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa
Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu
entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini
menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai
bangsa dan budaya.
Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu
perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya)
ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa
Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin
memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris,
dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan
menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan
Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba
untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami
antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak.
Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom
Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering
diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk
memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara
khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempakdan Kreko menggunakan bahasa yang
lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak