Top Banner
m/s 1 AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH “JAUHILAH DARI AMALAN RASUAH KERAJAAN MALAYSIAPENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA . PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN
37

AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

Apr 18, 2019

Download

Documents

lamthuan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

m/s 1

AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

“JAUHILAH DARI AMALAN RASUAH KERAJAAN MALAYSIA”

PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG

TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA . PENYEBUT HARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN

TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA

TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN

Page 2: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 2

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

SENARAI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

1. SEKSYEN 1 - Dokumen Pelawaan 4 – 6

2. SEKSYEN 2 - Arahan Dan Syarat-Syarat Kepada

Penyebut Harga 8 – 13

3. SEKSYEN 3 - Spesifikasi Teknikal 15 - 16

4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran

JADUAL 1 - Jadual Pematuhan Spesifikasi

Teknikal 18 - 19

JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga 20 - 21

JADUAL 3 - Jadual Pelaksanaan Projek 22

BORANG SEBUT HARGA 23 - 25

LAMPIRAN A - Surat Pengakuan Kebenaran

Maklumat 26 - 28

LAMPIRAN B - Maklumat Am Latar Belakang

Penyebut Harga 29 - 30

LAMPIRAN C - Rekod Pengalaman 31

LAMPIRAN D - Testimoni Pelanggan 32

LAMPIRAN E - Sijil Kehadiran Latihan 33

LAMPIRAN F - Surat Akuan Pembida 34 - 35

LAMPIRAN i - Senarai Semak 36 - 37

Page 3: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 3

SEKSYEN 1

DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA

Page 4: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 4

LAMPIRAN Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

No. Sebut Harga AAN/017/2016/SH

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI

KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian

daripada Perjanjian Sebut harga.

Kepada (Nama Syarikat)

__________________________

___________________________

No. Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan: _____________________ dan

berdaftar dalam Negeri Selangor, Wilayah

Persekutuan K.Lumpur @ Putrajaya serta

bertaraf Bumiputera.

Kod bidang pendaftaran yang relevan

dengan pembelian ini:

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan Malaysia di bawah salah satu

kod bidang seperti berikut:

- 210101 (Bekalan dan Perkhidmatan

bagi Sektor Teknologi Maklumat dan

Komunikasi – Hardware(Low End

Technology) ),

- 210201(Alat Perhubungan)

- atau 210202 (Sistem

Perhubungan/Telekomunikasi)

Pelawaan sebut harga dikeluarkan

Oleh Kementerian / Jabatan (Alamat Lengkap)

AGENSI ANGKASA NEGARA

PUSAT ANGKASA NEGARA,

LOT 2233, JALAN TURI, KG. SG. LANG,

42700 BANTING,

SELANGOR DARUL EHSAN

No. Telefon : 03-31824000

Tarikh : 21 April 2016

Page 5: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 5

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan :

1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan DENGAN TANGAN

1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki 28 April 2016

1.3. Arahan Pengiriman : Agensi Angkasa Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan,

Pusat Angkasa Negara, Lot 2233, Jalan Turi, Banting, 42700 SELANGOR.

1.4. Sila sertakan profil syarikat termasuk pengalaman kerja berkaitan bersama sebut

harga yang dikemukakan.

1.5. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan

bertanda ‘NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

1.6. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di

alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada 28 April 2016, dan

1.7. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 21 April 2016

Page 6: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 6

Bil. Perihal bekalan/perkhidmatan dan

Syarat-syarat Khas

Unit

Ukuran

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut

Harga

1

2

Tajuk Perolehan: SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

Spesifikasi kerja adalah seperti di

lampiran yang disertakan.

Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran

dengan Kementerian Kewangan

Malaysia di bawah salah satu kod

bidang 210101 (Bekalan dan

Perkhidmatan bagi Sektor Teknologi

Maklumat dan Komunikasi –

Hardware(Low End Technology) ),

210201(Alat Perhubungan) atau

210202 (Sistem

Perhubungan/Telekomunikasi) dan

juga sijil pendaftaran lain yang

berkaitan.

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

Nota:Harga Tawaran Hendaklah Tanpa Cukai GST 6%.

i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

ii) Tarikh penyerahan dan penawaran ialah ....................... (rujuk Jadual 3)

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan perkhidmatan di atas dengan harga dan

syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di

belakang ini.

T/tangan Penyebut

harga :

----------------------------------------------------------

Nama dan K/P : ----------------------------------------------------------

Alamat Syarikat : ----------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------

Tarikh : ________________

MUSTAHAK – LIHAT SYARAT-SYARAT AM DI BELAKANG

Page 7: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 7

SEKSYEN 2

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

Page 8: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 8

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini,

syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan sepertimana syarat-syarat am itu

ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. KAEDAH BARANG

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA

i. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan

kos tambahan yang berkaitan.

ii. Harga yang ditawarkan hendaklah tanpa cukai GST 6%.

3. SEBUT HARGA KESELURUHAN / SEBAHAGIAN

Sebut harga hendaklah ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian

bilangan item.

4. BARANG-BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat

butir-butir penuh diberi.

5. PENYETUJUAN

i. Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga.

ii. Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai setuju sebut harga yang

berasingan.

6. PEMERIKSAAN

i. Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa

atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa

pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

ii. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian

apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang

dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang

dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8. PENOLAKAN

i. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada barang-

barang yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak.

ii. Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang-barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia

hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah

dilakukan mengenai barang-barang yang ditolak itu.

Page 9: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 9

iii. Fasal-fasal (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan

untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

9. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh

disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa

kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih

dahulu.

10. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju

tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa

pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini

atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11. INSURANS

Tiada apa-apa insurans atas barang-barang dalam perjalanan daripada negeri

pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

BARANG-BARANG EK-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA

12. CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

13. PEMBUNGKUSAN

i. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan.

ii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang

tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

14. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat

asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah dinyatakan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur cukai

adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. MATAWANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

Page 10: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 10

17. PEMBUNGKUSAN

i. Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke

Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu

dieksport dengan tidak dibungkus.

ii. Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan

dan belanja pembungkusan.

iii. Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang

tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

- RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG -

Page 11: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 11

NOTA KEPADA PENYEBUT HARGA

Sebut harga ini mempunyai syarat-syarat dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh semua penyebut harga bagi SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI

FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA. Penyebut harga perlu mematuhi keperluan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ANGKASA seperti yang tertera di bawah.

AM

a) Sebut harga ini hanya dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang

berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan eP-enabled dalam Negeri

Selangor/ WP Putrajaya/WP Kuala Lumpur di bawah salah satu kod bidang berikut

iaitu 210101 (Bekalan dan Perkhidmatan bagi Sektor Teknologi Maklumat dan

Komunikasi – Hardware(Low End Technology) ), 210201(Alat Perhubungan) atau

210202 (Sistem Perhubungan/Telekomunikasi).

b) Pendaftaran Penyebut harga di Kementerian Kewangan adalah merupakan syarat ke

atas sebut harga yang dikemukakan. Sesalinan sijil pendaftaran dengan Kementerian

Kewangan dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan

dalam tawaran sebut harga.

DOKUMEN SEBUT HARGA

a) Hanya dokumen sebut harga yang dikeluarkan oleh ANGKASA akan diterima.

Dokumen-dokumen lain yang diperolehi daripada sumber-sumber selain daripada

yang tersebut di atas atau fotostat/offset tidak akan diterima.

b) Dokumen sebut harga ini mestilah ditaip atau ditulis dengan terang. Tiada pindaan

dalam dokumen sebut harga diterima tanpa ditandatangani oleh Penyebut harga.

PENYEMPURNAAN BEKALAN & PERKHIDMATAN

a) Pembekalan peralatan ini hendaklah disempurnakan sebelum 29 Julai 2016.

PENYERAHAN SEBUT HARGA

a) Tawaran sebut harga yang dikemukakan haruslah disediakan berdasarkan format dan

keperluan yang tertera dalam dokumen sebut harga ini.

b) Pihak Penyebut harga hendaklah membaca dengan teliti dokumen sebut harga ini.

Seterusnya Penyebut harga hendaklah mengisi dan menandatangani serta

menurunkan cop syarikat pada lampiran-lampiran dan jadual-jadual yang

berkenaan.

Page 12: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 12

c) Setiap tawaran sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat

berlakri (sealed) iaitu:

I. Sampul surat PERTAMA yang mengandungi:-

i. Borang Sebut harga untuk bekalan/perkhidmatan (LAMPIRAN Q)

ii. Senarai Semak (Lampiran i)

iii. Satu salinan pendaftaran syarikat (ROC)

iv. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

v. Jadual Kadar Harga (Jadual 2)

vi. Borang Sebut harga

vii. Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat (Lampiran A)

viii. Maklumat Am Latar Belakang Penyebut harga (Lampiran B)

ix. Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat bagi 3 bulan terakhir

x. Dokumen kemudahan perbankan/overdraf (jika berkaitan)

xi. Rekod Pengalaman (Lampiran C)

xii. Testimoni Pelanggan (Lampiran D)-WAJIB Disertakan

xiii. Sijil Kehadiran Latihan dari pihak prinsipal/pembuat (Lampiran E)-

WAJIB Disertakan

xiv. Surat Akuan Pembida (Lampiran F)

xv. Lampiran Q

Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan

perkataan “SAMPUL KEWANGAN”

II. Sampul surat KEDUA yang mengandungi:-

i. Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 1)

ii. Jadual Pelaksanaan (Jadual 3)

Pada sampul ini ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan

perkataan “SAMPUL TEKNIKAL”.

PERINGATAN:

PENYEBUT HARGA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENUNJUKKAN

MAKLUMAT MENGENAI HARGA TAWARAN UNTUK SEBUT HARGA DAN

MELETAKKAN NAMA ATAU LOGO SYARIKAT PADA MANA-MANA

DOKUMEN DALAM SAMPUL KEDUA.

Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan sebut harga anda

tidak akan dipertimbangkan.

d) Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang

lain, berlakri (sealed) dan ditandakan seperti berikut:

Page 13: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 13

“SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI

KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA”

No. Ruj. Sebutharga : AAN017/2016/SH

e) Dokumen Tawaran Sebut harga yang telah siap dan lengkap diisi hendaklah

dialamatkan kepada:

AGENSI ANGKASA NEGARA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PUSAT ANGKASA NEGARA

JALAN TURI, KG. SG. LANG,

BANTING

42700 SELANGOR.

f) Sebut harga hendaklah dihantar menggunakan tangan dan dimasukkan ke dalam peti

sebut harga di pejabat AGENSI ANGKASA NEGARA, BAHAGIAN KHIDMAT

PENGURUSAN, PUSAT ANGKASA NEGARA, JALAN TURI, KG. SG. LANG,

BANTING, 42700 SELANGOR tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari, 28 April

2016

g) ANGKASA tidak terikat untuk memilih keseluruhan pakej yang ditawarkan tetapi

sebaliknya berhak untuk memilih sebahagian daripada item yang ditawarkan sahaja

sekiranya perlu.

SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

a) ANGKASA akan memberi notis bertulis kepada Penyebut harga yang berjaya apabila

sebut harganya dipersetujui.

b) Kerajaan tidak terikat mempersetujui sebut harga yang terendah sekali atau mana-

mana sebut harga.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan syarat dan spesifikasi sebut harga boleh

menghubungi pegawai berikut:

Pn. Nur Aida Binti Mohd Lana (Urusetia Perolehan)

Email: [email protected]

Encik Hamid Bin Salim (Spesifikasi Teknikal)

Email : [email protected]

- BERAKHIR -

Page 14: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 14

SEKSYEN 3

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Page 15: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 15

PEMATUHAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

1.0 AM

Fasiliti Kawalan Misi terdiri daripada dua (2) sistem antenna iaitu:

1) Mission Control Station (MCS) – Model 4000 Sistem antena bersaiz 5.0 meter diameter yang boleh menjalankan operasi Penjejakan, Telemetri & Kawalan (TT & C) dalam julat frekuensi Jalur-S termasuk kemampuan penjejakan auto, sistem frekuensi dan pemasaan GPS, pengubah frekuensi, sistem jalur asas bagi pemodulatan dan penyahmodulatan data, penyeragaman bit dan kerangka, sistem pemantauan dan kawalan dan keupayaan pengesahan arahan.

2) Image Receiving & Processing Station (IRPS) – Model 12000

Antena yang bersaiz 7.3 meter diameter yang beroperasi dalam julat frekuensi Jalur-X dan berkemampuan menjalankan penjejakan auto dalam Jalur-S dan X, juga terdiri daripada sistem frekuensi dan pemasaan, pengubah frekuensi, sistem jalur asas bagi penyahmodulatan data, penyeragaman bit dan kerangka, sistem pemantauan dan kawalan dan pengesahan arahan dengan keupayaan pemodulatan.

2.0 SKOP PERKHIDMATAN

Bagi maksud sebutharga ini, Penyebutharga adalah dikehendaki menjalankan

perkhidmatan diagnosis mengikut skop seperti berikut:

1. Diagnosis Antena System Model 4000 & Model 12000 (meliputi Subsistem

elektrikal, mekanikal, Radio Frequency, computer, hardware&software, peralatan

sokongan lain) – Sila rujuk Lampiran 1

1.1 Kontraktor dikehendaki melaksanakan system recovery pada sistem sedia ada

melibatkan keseluruhan komponen, sub komponen dan subsistem tanpa

melibatkan alat ganti yang perlu diperoleh dari sumber luar (pihak prinsipal, 3rd

party supplier, vendor dan lain-lain yang mana berkaitan)

1.2 Perkhidmatan ini hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada

mendiagnosis, membetulkan, dan/atau mengkonfigurasi dan sekiranya perlu.

1.3 Kontraktor hendaklah menjalankan perkhidmatan tambahan seperti mengenal

pasti dan menyelesaikan masalah kekurangan dan kerosakan untuk semua

subsistem, komponen dalam sebutharga ini.

1.4 Penyebutharga yang berjaya hendaklah menyediakan tenaga pekerja,

perkakasan, peralatan dan khidmat sokongan bagi menyempurnakan

perkhidmatan ini dan semua kos yang terlibat adalah telah termasuk dalam kos

yang dinyatakan oleh penyebutharga tanpa sebarang kos tambahan.

1.5 Kontraktor hendaklah memaklumkan Kerajaan secara bertulis tiga (3) hari

sebelum kerja dilaksanakan jika Perkhidmatan perlu dilakukan di luar waktu

pejabat.

1.6 Bayaran Perkhidmatan di luar waktu pejabat hendaklah termasuk sebahagian

dari Nilai Kontrak ini tanpa sebarang kos tambahan.

1.7 Kontraktor hendaklah memastikan kakitangan, pekerja, ejen, wakil dan sesiapa

sahaja bagi pihak Kontraktor melaksanakan Perkhidmatan secara profesional

Page 16: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 16

dan mengikut spesifikasi pengilang dan prosedur yang disyorkan serta protokol

Kerajaan. Kerajaan berhak untuk menolak mana-mana pihak Kontraktor yang,

dalam proses penghakiman, adalah tidak layak untuk menjalankan kerja, atau

yang tidak menjalankan tugas secara profesional.

1.8 Kontraktor tidak berhak untuk meyimpan, menyalin atau mengedarkan mana-

mana perisian, data atau dokumen yang dimiliki oleh Kerajaan kepada sesiapa

tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Kerajaan.

1.9 Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan diagnosis yang merangkumi

butiran berikut (yang mana berkaitan):

1.9.1 Skop kerja

1.9.2 Senarai peralatan

1.9.3 Method statement

1.9.4 Laporan bergambar

1.9.5 Cadangan dan syor

1.9.6 Anggaran perbelanjaan (Corrective maintenance cost sekiranya ada)

1.9.7 Lain-lain maklumat yang bersesuaian

2. Diagnosis Transmitter (SSPA)

2.1 Spesifikasi Solid State Power Amplifier (SSPA) adalah seperti berikut:

BIL BUTIRAN SPESIFIKASI

1 Jenama Paradise Datacom

2 Model No. HPAS2400AOD

3 High Power Density 400W

4 Frequency Range 2.02 GHz – 2.12 GHz

2.2 Perkhidmatan ini hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada

mendiagnosis, membetulkan, dan/atau mengkonfigurasi dan sekiranya perlu.

2.3 Kontraktor tidak berhak untuk menyimpan, menyalin atau mengedarkan mana-

mana perisian, data atau dokumen yang dimiliki oleh Kerajaan kepada sesiapa

tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Kerajaan.

2.4 Kontraktor dikehendaki menyediakan laporan diagnosis yang merangkumi

butiran berikut (yang mana berkaitan):

2.4.1 Skop kerja

2.4.2 Laporan bergambar

2.4.3 Cadangan dan syor

2.4.4 Anggaran perbelanjaan (Corrective maintenance cost sekiranya ada)

2.4.5 Lain-lain maklumat yang bersesuaian

3.0 PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Diagnosis Sistem Antena Mission Control Station (MCS) , Image Receiving & Processing Station (IRPS) Dan Pemancar (SSPA) Di Fasiliti Kawalan Misi, Agensi Angkasa Negara seperti di Jadual 1.

4.0 LOKASI KERJA

Fasiliti Kawalan Misi, Pusat Angkasa Negara

Page 17: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 17

SEKSYEN 4

JADUAL DAN LAMPIRAN

Page 18: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 18

JADUAL 1 – Sampul Teknikal

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

BIL ITEM

SPESIFIKASI

KUANTITI

PEMATUHAN JENIS/JENAMA CATATAN

YA TIDAK

1. Sistem Antena Model 4000(MCS)

Diagnosis:

- Antenna Control Unit

- Positioner Assemblies

- RF Downlink

- RF Uplink

- Back End / Baseband Equipment

- GSC Computer

1 LJT Assoc

2. Sistem Antena Model 12000(IRPS)

Diagnosis:

- Antenna Control Unit

- Positioner Assemblies

- RF Downlink

- Back End / Baseband Equipment

- GSC Computer

1 LJT Assoc

Page 19: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 19

BIL ITEM

SPESIFIKASI

KUANTITI

PEMATUHAN JENIS/JENAMA CATATAN

YA TIDAK

3. Pemancar(Transmitter)

Diagnosis:

- Solid state power amplifier 400Watt

1 Paradise Datacomm

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar. ………………………………………… Tandatangan :

Page 20: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH

m/s 20

JADUAL 2 – Sampul Kewangan SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

JADUAL KADAR HARGA

BIL SKOP PERKHIDMATAN LOKASI KERJA SENARAI KERJA

KUANTITI HARGA

SEUNIT (RM) JUMLAH

(RM)

1.

Perkhidmatan Diagnosis Sistem Antena Di Fasiliti Kawalan Misi, Agensi Angkasa Negara

Fasiliti Kawalan Misi, Pusat Angkasa Negara

1) Sistem Antena Model

4000(MCS): - Antenna Control

Unit - Positioner

Assemblies - RF Downlink - RF Uplink

- Back End / Baseband Equipment

- GSC Computer

2) Sistem Antena Model 12000(IRPS)

- Antenna Control

Unit - Positioner

Assemblies - RF Downlink - RF Uplink - Back End / Baseband

1 1

Page 21: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH

m/s 21

BIL SKOP PERKHIDMATAN LOKASI KERJA SENARAI KERJA

KUANTITI HARGA

SEUNIT (RM) JUMLAH

(RM)

Equipment

- GSC Computer

3) Pemancar (SSPA)

- Solid state power amplifier 400Watt

1

JUMLAH HARGA BEKALAN

Jika ada butiran yang dikehendaki dalam Spesifikasi dan Skop Pembekalan tidak termasuk di dalam Jadual Pematuhan ini, harga butiran tersebut hendaklah disifatkan telah dimasukkan ke dalam salah satu butiran dalam Jadual Pematuhan Harga. Harga yang ditawarkan hendaklah tanpa cukai GST 6%

Nama & Cop Syarikat

:

Nama Penyebutharga

:

Tarikh :

Page 22: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 006/2015/SH

m/s 22

JADUAL 3 – Sampul Teknikal

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

BIL PERKARA TARIKH MULA TARIKH TAMAT TEMPOH MASA

1. Menjalankan perkhidmatan diagnosis sistem antena MCS,IRPS dan

SSPA

Nota:

Tarikh jangkaan pengeluaran SST ialah pada 9 Mei 2016. Bagaimanapun Kerajaan berhak meminda tarikh tersebut sama ada lebih

awal atau lebih lewat. Tarikh akhir penyempurnaan bekalan ialah pada 29 Julai 2016.

Penyebutharga boleh menyediakan jadual perancangan dalam format Carta Gantt dan dilampirkan bersama JADUAL 3.

Tempoh Penyempurnaan / Penyerahan Yang Ditawarkan: ................................... hari / minggu / bulan (dari tarikh SST dikeluarkan)

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

…………………………………………

Tandatangan :

Page 23: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 23

Sampul Kewangan

KERAJAAN MALAYSIA

AGENSI ANGKASA NEGARA

BORANG SEBUTHARGA

Kepada : KETUA PENGARAH

AGENSI ANGKASA NEGARA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Tarikh :

Tuan,

SEBUT

HARGA BAGI

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT

HARGA

NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH

Adalah saya / kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan

tawaran bagi peralatan yang diperlukan dengan harga-harga yang telah ditentukan di

dalam Jadual Pematuhan Harga iaitu sebanyak Ringgit Malaysia

............................................................................. Tawaran ini mempunyai sahlaku

untuk tempoh selama Sembilan Puluh (90) hari daripada tarikh sebutharga ini

ditutup.

2. Saya / Kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya: -

i. Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk

penerimaan tawaran kami;

ii. Bahawa Kerajaan berhak mengubah mana-mana spesifikasi teknikal

yang dinyatakan;

iii. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebut harga yang

terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab

di atas penolakan sesuatu sebut harga ;

Page 24: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 24

iv. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima keseluruhan pakej

tawaran dan berhak untuk menerima dan menawarkan sebahagian

daripada pakej tawaran yang dikemukakan;

v. Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan keseluruhan kuantiti

item yang ditawarkan dan berhak untuk menawarkan sebahagian

kuantiti atau item per item yang ditawarkan;

vi. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal

akan ditandatangani di antara pihak kami dengan Kerajaan selaras

dengan tawaran yang diberikan;

vii. Bahawanya sekiranya tawaran kami diterima maka kami akan

mendeposit dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan

Surat Setuju Terima Sebut harga tetapi sebelum bermulanya

pembekalan, perkara-perkara berikut: -

a. Bon Pelaksanaan; (jika nilai perolehan melebihi RM200,000.00)

viii. Bahawa Borang Sebut harga beserta Surat Setuju Terima Sebut harga

ini hendaklah menjadi kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan

Penyebut harga walaupun kontrak yang formal belum di laksanakan;

ix. Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan pembekalan dalam

tempoh yang telah ditetapkan;

a. Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat sepertimana

yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga ini;

b. Bahawa Kerajaan berhak membatalkan atau mengubah kontrak

formal bagi perkara tersebut di atas tanpa memberi sebarang

alasan dan sebab. Kerajaan tidak akan membayar sebarang

pampasan atas gantirugi yang ditanggung oleh kami;

c. Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka kami

membenarkan pihak Kerajaan untuk membuat potongan

sebanyak 0.8% ke atas inbois yang dikeluarkan oleh kami bagi

fee perkhidmatan eP tertakluk kepada had maksimum potongan

sebanyak RM9,600.00 bagi inbois bernilai RM1.2 juta lebih.

x. Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.

Page 25: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 25

Bagi pihak penyebutharga ;

Tandatangan penyebut

harga

:

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Alamat / Cop Syarikat :

Dihadapan

Tandatangan Saksi :

Nama Penuh Saksi :

No. Kad Pengenalan Saksi :

Alamat :

Page 26: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 26

LAMPIRAN A – Sampul Kewangan

BORANG A - SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN

KESAHIHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENYEBUT HARGA

Nama

Pembekal :

Alamat :

Kepada :

UNIT PEROLEHAN, AGENSI ANGKASA NEGARA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

(Pihak yang akan menilai sebutharga )

Tuan,

Maklumat Latar Belakang, Kewangan dan Teknikal PENYEBUT HARGA

1. Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang terkandung

dalam Arahan Kepada Penyebut harga termasuk arahan yang

menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-

dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama Dokumen Sebut harga

kami semasa mengemukakan sebut harga ini untuk membolehkan ANGKASA

menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang disebut harga,

semasa penilaian sebut harga .

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian sebut harga ini akan

mengambil kira dan mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang

disebut harga. Justeru itu sebut harga kami akan hanya dipertimbang untuk

diperakukan kepada Lembaga Perolehan untuk disetuju terima sekiranya kami

didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang disebut harga,

mengikut penilaian ANGKASA berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-

dokumen yang kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan

semua maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama sebut

Page 27: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 27

harga kami sebelum sebut harga ditutup dan maklumat-maklumat atau

dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan

diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.

4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan

bersama-sama ini di Lampiran A, B, C, D, E dan dokumen-dokumen yang kami

sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada

semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang

boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau sebut harga kami,

sekiranya mana-mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan

itu didapati tidak benar atau palsu.

5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa sebut harga kami akan

ditolak (disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-

maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk

memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/atau menyertakan

mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan

ANGKASA menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumen

berhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami

seperti berikut:-

(1) Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank mengenai Wang Dalam Tangan

Penyebut harga bagi Tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup

sebutharga .

(2) Laporan Pelanggan atas prestasi kontrak semasa yang bukan kontrak

ANGKASA atas Lampiran E dalam satu sampul berlakri bagi setiap

kontrak semasa yang sedang dilaksanakan.

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana Pegawai Kerajaan,

Jurutera-Jurutera Projek, Bank dan Institusi Kewangan lain, dan lain-lain atau

mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-

maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh ANGKASA untuk menyemak

maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat

tambahan. Kami mengambil maklum bahawa pihak ANGKASA juga boleh

merujuk apa-apa maklumat yang kami kemukakan dengan mana-mana pihak

termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri. Walau bagaimanapun kami tetap

bertanggungjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang

kami berikan bersama-sama ini.

Page 28: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 28

Yang Benar,

Tarikh :

(Tandatangan Penyebut harga )

Nama Penuh :

No. Kad

Pengenalan

:

Atas Sifat :

Yang memberi kuasa dengan sempurnanya untuk

Menandatangani sebut harga ini untuk dan bagi

Pihak:

(Meteri atas Cop Penyebutharga )

Saksi : Tarikh :

Nama Penuh :

No. Kad

Pengenalan

:

Pekerjaan :

Alamat :

Page 29: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 29

LAMPIRAN B – Sampul Kewangan

BORANG B - MAKLUMAT AM LATAR BELAKANG PENYEBUT HARGA

1. Nama :

2. Alamat :

No. Telefon : No. Faks :

3. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

(Sertakan salinan Pendaftaran)

i No Pendaftaran :

ii Tarikh Daftar :

iii Sah hingga :

iv Kod Bidang :

v Taraf (Bumiputera / Bukan Bumiputera) :

vi Jika Bumiputera, tempoh sah taraf Dari Hingga

4. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Nyatakan

i. Modal dibenarkan : RM

ii. Modal dibayar : RM

5. Perniagaan utama lain, jika ada

(a) sejak

(b) sejak

Page 30: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 30

6. Ahli-ahli syarikat

i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah:

Nama Jawatan Saham Modal

Dipegang

Page 31: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 31

LAMPIRAN C – Sampul Kewangan

REKOD PENGALAMAN

(Senarai semua rekod pengalaman yang berkaitan dengan perolehan ini mulai tahun

2013 dan ke atas. Sila sertakan surat setuju terima/ surat tawaran/P.O/LO

(salah satu sahaja) )

BIL NAMA KONTRAK PELANGGAN

(KEMENTERIAN/AGENSI)

NILAI

KONTRAK

(RM)

TEMPOH

KONTRAK

Nama & Cop Syarikat :

Nama Penyebutharga :

Tarikh :

Tandatangan :

Page 32: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 32

LAMPIRAN D – Sampul Kewangan

TESTIMONI PELANGGAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH

Penyebutharga DIWAJIBKAN menyertakan sekurang-kurangnya satu (1) salinan

testimoni daripada pelanggan berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan di

dalam sebutharga ini. Kegagalan Penyebutharga mengemukakan dokumen ini boleh

mengakibatkan tawaran Penyebutharga DITOLAK

Page 33: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 33

LAMPIRAN E – Sampul Kewangan

SIJIL KEHADIRAN LATIHAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH

Penyebutharga DIWAJIBKAN menyertakan sekurang-kurangnya satu (1) salinan sijil

kehadiran latihan yang dikeluarkan oleh pihak prinsipal/pembuat berkaitan dengan

sistem yang dinyatakan dalam sebutharga ini. Kegagalan Penyebutharga

mengemukakan dokumen ini boleh mengakibatkan tawaran Penyebutharga

DITOLAK

Page 34: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 34

LAMPIRAN F – Sampul Kewangan

SURAT AKUAN PEMBIDA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA),

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

NO. SEBUT HARGA : AAN 017/2016/SH

Saya, Nombor

K.P

(Nama Wakil Syarikat)

yang mewakili Nombor (Nama Syarikat)

Pendaftaran dengan ini mengisytiharkan

bahawa (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau

memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA NEGARA

atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebut harga

seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa* bagi saya

mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati

bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam

AGENSI ANGKASA NEGARA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan

untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil

syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi sebut harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya

atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan

untuk dipilih dalam sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan

segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Page 35: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 35

Yang Benar,

……………………………...........

Nama :

No.Kad Pengenalan :

Cop Syarikat :

Catatan: * Surat Perwakilan Kuasa hendaklah disertakan bersama dengan surat ini.

Page 36: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 36

LAMPIRAN i – Sampul Kewangan

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN DIAGNOSIS SISTEM ANTENA DI FASILITI

KAWALAN MISI, AGENSI ANGKASA NEGARA

NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

SENARAI SEMAK Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil Perkara Lampiran

Untuk Ditanda

Oleh Penyebut

harga

Untuk Ditanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka

Sebut harga

SAMPUL SURAT PERTAMA (A) - KEWANGAN

1 Senarai Semak (Check List) Lampiran i

2 Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (ROC)

3 Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang dicetak daripada sistem ePerolehan.

4 Jadual Kadar Harga Jadual 2

5 Borang Sebut Harga

6 Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat

Lampiran A

7 Maklumat Am Latar Belakang Penyebut harga

Lampiran B

8 Rekod Pengalaman Lampiran C

9 Testimoni Pelanggan – Wajib disertakan

Lampiran D

10 Sijil Kehadiran Latihan – Wajib disertakan

Lampiran E

11 Surat Akuan Pembida Lampiran F

12 Lampiran Q Lampiran Q

13 Salinan penyata bulanan akaun bank syarikat bagi 3 bulan terakhir(Januari, Februari & Mac 2016)

14 Dokumen kemudahan perbankan/overdraf (jika berkaitan)

SAMPUL SURAT KEDUA (B) – TEKNIKAL

1 Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal

Jadual 1

2 Jadual Pelaksanaan Projek Jadual 3

Page 37: AGENSI ANGKASA NEGARA KEMENTERIAN SAINS, … filePENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN ... 16 4 SEKSYEN 4 - Jadual dan Lampiran Maklumat ... 18 - 19 JADUAL 2 - Jadual Kadar Harga

SULIT NO. SEBUT HARGA: AAN 017/2016/SH

m/s 37

PENGESAHAN OLEH PENYEBUT HARGA Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Urus setia mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. .......................... (jika ada).

Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama

Pengerusi :

Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh :