1 INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) No. Sebut Harga: JAKIM 21/2018 TARIKH BUKA : 05 APRIL 2018 (KHAMIS) TARIKH TUTUP 12 APRIL 2018 (KHAMIS) ARAHAN: PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MENGISIKANNYA
28
Embed
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) JABATAN … · 1.5.4 Sekiranya penyebut harga bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, penyebut harga ... dikehendaki menandatangani
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN
MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
(ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN
WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
No. Sebut Harga: JAKIM 21/2018
TARIKH BUKA : 05 APRIL 2018 (KHAMIS) TARIKH TUTUP 12 APRIL 2018 (KHAMIS)
ARAHAN:
PENYEBUT HARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN SEBELUM MENGISIKANNYA
2
BAHAGIAN 1:
ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
1.1 KENYATAAN TAWARAN
Dokumen sebut harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan Malaysia telah ePerolehan enabled dalam bidang yang berkaitan di bawah kod bidang berikut serta
pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh sebut harga ini diiklankan.
020201
221502
Mesin-mesin Pejabat Dan Aksesori atau
Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin dan Peralatan Pejabat
1.2 SYARAT-SYARAT AM
1.2.1 Penyebut harga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman
dalam bidang berkaitan;
1.2.2 Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila menyertai
sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh
menyebabkan penyertaan penyebut harga ditolak;
1.2.3 Sebarang urusan/pertanyaan yang melibatkan sebut harga mestilah dalam tempoh tiga (3) hari dari
hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat:
Unit Perolehan
Institut Latihan Islam Malaysia
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u.p.: Puan Hamizah bt Mohd, No. Tel: 03-8921 8404)
1.2.4 Skop sebut harga ini ialah Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Mesin Penapis Air ILIM
1.2.5 Spesifikasi hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam sebut harga ini (Lampiran A);
1.2.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, perlindungan insurans dan apa-
apa kos yang terlibat dan berkaitan;
1.2.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Harga (Lampiran Q) yang disediakan dan
hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.
3
1.3 CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
1.3.1 Dokumen sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut :
TAJUK LAMPIRAN NAMA LAMPIRAN
Arahan kepada Penyebut Harga Bahagian 1
Skop Perkhidmatan Bahagian 2
Spesifikasi Teknikal Perkhidmatan Bahagian 3
Jadual Spesifikasi Teknikal Lampiran A
Jadual Harga Lampiran B
Latar Belakang Penyebut Harga Lampiran C
Surat Akuan Penyebut Harga Lampiran D
Surat Akuan Pembida Lampiran E
Senarai Rekod Pengalaman Kerja yang Berkaitan Sahaja (Tahun 2016 hingga 2017) Lampiran F
Senarai Semak Dokumen Sebut Harga Lampiran G
Borang Sebut Harga Perkhidmatan Lampiran Q
1.3.2 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penyebut harga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.
1.3.3 Harga bagi setiap jenis kerja hendaklah dimasukkan dengan lengkap ke jadual harga mengikut
spesifikasi teknikal yang ditetapkan. 1.3.4 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas kontraktor hendaklah
menandatangani ringkas semua pembetulan.
1.4 PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
1.4.1 Sebut harga diiklankan pada 05 APRIL 2018 (KHAMIS) dan ditutup pada 12 APRIL 2018 (KHAMIS)
sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari;
1.4.2 ILIM tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen sebut harga yang dihantar
kerana hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran. Mana-mana tawaran sebut harga
yang dihantar lewat tidak akan diterima. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung kepada tawaran bidaan yang dihantar
melalui pos/perkhidmatan courier;
1.4.3 Penyebut harga adalah dikehendaki menanggung sendiri semua kos yang terlibat berhubung dengan
sebut harga yang disertainya;
4
1.4.4 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Harga adalah seperti berikut mengikut
susunan:
(a) Lampiran Q: Borang Sebut Harga Bekalan/Perkhidmatan
(b) Lampiran B: Jadual Harga
(c) Lampiran C: Latar Belakang Penyebut Harga
(d) Lampiran D: Surat Akuan Penyebut Harga
(e) Lampiran E: Surat Akuan Pembida
(f) Lampiran H: Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank untuk 3 bulan
(Januari, Februari dan Mac 2018)
(g) Lampiran I: Salinan Pendaftaran Kementerian Kewangan
(h) Lampiran J : Salinan Surat Pendaftaran GST
(i) Lampiran G: Senarai Semak
1.4.5 Dokumen yang perlu dimasukkan dalam Sampul Tawaran Teknikal adalah seperti berikut mengikut
susunan:
(a) Lampiran A : Jadual Spesifikasi Teknikal
(b) Lampiran F : Senarai Rekod Pengalaman (Tahun 2016 dan 2017)
1.5 TAWARAN HARGA
1.5.1 Tempoh sah laku bagi harga yang ditawarkan di dalam sebut harga mestilah tidak kurang daripada 60
hari;
1.5.2 Penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahaja. Tawaran
alternatif adalah tidak dibenarkan;
1.5.3 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga yang ditawarkan. Permohonan akan
dibuat secara bertulis kepada penyebut harga yang berjaya;
1.5.4 Sekiranya penyebut harga bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah laku sebut harga, penyebut harga
hendaklah menjawab secara bertulis kepada Kerajaan;
1.5.5 Penyebut harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga iaitu
transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran melalui sistem ePerolehan akan
dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi
yang bernilai RM1.2 juta atau lebih (Perenggan 4, SPP Bil. 2 Tahun 2013).
1.5 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
1.5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima
apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009. (Akta 694);
5
1.5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana
anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat
aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. (Akta 694);
1.5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan
awam dan menyenarai hitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya mana-mana pihak
terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
(Akta 694); dan
1.5.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini
walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau
tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009. (Akta 694).
1.6 SPESIFIKASI
1.6.1 Spesifikasi adalah seperti di Lampiran A- Jadual Spesifikasi
1.6.2 ILIM tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara
tafsiran penyebut harga dengan tafsiran Jakim mengenai penentuan spesifikasi teknikal.
1.7 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT
1.7.1 Penyebut harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas bekalan yang
dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam sebut harga;
1.8 KONTRAK
1.8.1 Semua syarat-syarat yang terkandung di dalam dokumen atau di mana-mana jadual yang terdahulu
bersama-sama dengan dokumen sebut harga ini adalah merupakan sebahagian daripada kontrak yang
akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan pembida yang berjaya. Penyebut harga yang berjaya
dikehendaki menandatangani kontrak dengan pihak Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak
memenuhi syarat-syarat kontrak;
1.8.2 Jakim mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa apabila penyebut harga yang
berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.
1.9 PEMBAYARAN
1.9.1 Pembayaran bagi perkhidmatan ini akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM);
6
1.9.2 Penyebut harga yang terpilih sebagai pembekal perlu mengemukakan invois berdasarkan perkhidmatan
sebagaimana yang ditetapkan di dalam jadual pelaksanaan perjanjian kontrak untuk proses bayaran.
Jumlah yang tercatat di dalam kontrak adalah jumlah maksimum dan jumlah sebenar akan ditentukan oleh
kualiti/kuantiti perkhidmatan yang disediakan (termasuk pemotongan di atas ketidakpatuhan kontrak, jika
berkaitan).
1.10 HARGA
1.10.1 Harga bagi semua perkara dan skop kerja/perkhidmatan yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit
Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam. Harga
ini mestilah sah laku dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tutup sebut harga;
1.10.2 Segala urusan pembayaran yang melibatkan sebut harga ini adalah melalui sistem ePerolehan.
1.11 PERTANYAAN
1.11.1 Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut harga dan pertanyaan
SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN
MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
JADUAL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN
Penyebut harga adalah dikehendaki mengemukakan semua perkara ini dan semua item adalah MANDATORI.
BIL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PATUH (YA/TIDAK)
SPESIFIKASI PENYEBUT HARGA (JIKA ADA)
1. Jenama dan Model Mesin Penapis Air Sila Nyatakan:
Jenama:
…………………………………………
Model:
…………………………………………..
1. Pengesahan Status Mesin Penapis Air Sila Nyatakan :
i. Status kelulusan HALAL JAKIM (Sila sertakan Salinan Sijil Status Halal)
ii. Status kelulusan SIRIM (Sila sertakan Salinan Sijil Kelulusan SIRIM)
2. Kos Pemasangan Dan Penyelenggaraan
i. Kos Pemasangan dan Kos Penghantaran Produk adalah PERCUMA di seluruh kawasan yang dinyatakan dari tempat pengilang
ii. Kos Penyelenggaraan adalah telah termasuk KOS SEWAAN dan penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan setiap DUA BULAN/mengikut jadual penyebut harga.
i) Pengalaman Kerja/Senarai Kerja Yang Telah DISIAPKAN (TAHUN 2016-2017)
Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi
Harga Kontrak Tempoh Tarikh Siap Sebenar
10
LAMPIRAN F1
ii) Senarai Kerja Dalam Tangan/Kerja Yang SEDANG DILAKSANAKAN
Bil Nama Projek dan Agensi yang Mengawasi
Harga Kontrak Tempoh
11
LAMPIRAN B
TAWARAN HARGA
SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN
MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BIL KUANTITI
(UNIT) LOKASI
KADAR SEWAAN BAGI SEBULAN (RM)
KADAR SEWAAN BAGI
60 BULAN (RM)
MESIN PENAPIS AIR
1.
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM), JALAN MAKTAB, SEKSYEN 12, 43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
1.1 3
Blok Kemudahan ILIM (Dewan Makan A, B dan C)
1.2 1 Blok Kemudahan ILIM (Surau)
1.3 3 Asrama Blok A, B dan C (Setiap Blok 1 unit)
1.4 3 Blok Akademik A -3 tingkat (Setiap Aras 1 unit)
1.5 2 Blok Akademik B -4 tingkat (Aras Bawah dan Tiga sahaja)
1.6 4 Blok Pentadbiran - 4 tingkat (Setiap Aras 1 unit)
1.7 1 Dewan Datuk Mohd Shahir
17 unit Jumlah (RM)
2. INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM) JALAN PANTAI PERANGINAN, BUKIT KELUANG, 22200 BESUT, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
3 unit ILTIM
Jumlah (RM)
JUMLAH KESELURUHAN (RM) : 1+2 (TIDAK TERMASUK CAJ 6% GST)
12
LAMPIRAN Q
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan
nombor ini
No. Sebut Harga
Jakim 21/2018
(Kew. 284-Pin. 5/94)
KERAJAAN MALAYSIA
WP PUTRAJAYA
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada
9.1 Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam LembaranImbangan (Balance Sheet)*
yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.
19
Aset*
(A)
Liabiliti*
(B)
Nilai Kewangan
(Worth) (A – B)
Semasa : RM
Tetap : RM
_____________
Jumlah : _____________
Semasa : RM
Tetap : RM
____________
Jumlah : ____________
Semasa : RM
Tetap : RM
__________
Jumlah : ___________
9.2 Akaun Wang Di Tangan (Cash in hand) - ____________________
* Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir yang telah disahkan oleh bank (Februari, Mac dan April 2016). Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.
9.2.1 Nama dan alamat bank di mana akaun dibuka:
________________________________________________
9.2.2 No akaun bank: ___________________________________
9.3 Kemudahan Kredit bagi Sebut Harga ini. (Sila sertakan salinan surat daripada bank/ insititusi kewangan terlibat dan diakui sah)
9.3.1 Nama dan alamat Bank/ Institusi Kewangan yang memberi kemudahan kredit:
9.3.2 Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk Sebut Harga ini:
i. Overdraf atau Talian Kredit RM ……………………
ii. Overdraf Bercagar RM ……………………
iii. Pinjaman Tetap Yang Akan/Layak Diperolehi Untuk Projek Ini
RM …………………….
iv. JUMLAH KESELURUHAN RM …………………….
10. No. Cukai Pendapatan : …………………………………………
20
Peringatan Penting : ** Sila sertakan salinan penyata Bulanan Bank tiga (3) bulan terakhir ( Januari, Februari dan Mac
2018) yang telah disahkan oleh bank sebelum tarikh tutup Sebut Harga. Sebut Harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.
21
LAMPIRAN D
SURAT AKUAN SEBUT HARGA Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia Jalan Maktab, Seksyen 12 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Tuan,
SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat ……………………………………………………………… mengambil bahagian dalam SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM), JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) 2. Syarikat sebagai Penyebutharga dengan ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan syarat-syarat Sebut Harga, kontrak dan spesifikasi teknikal yang terkandung di dalam dokumen Sebut Harga. Penyebutharga juga telah memahami bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhak menerima atau menolak Sebut Harga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain. 3. Penyebutharga mengakui bahawa semua kenyataan yang diberikan adalah benar dan jika sekiranya mana-mana kenyataan yang tidak benar penyebutharga bersedia diambil tindakan oleh pihak Kerajaan. 4. Penyebutharga bersetuju bahawa sah laku harga Sebut Harga yang ditawarkan ini selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh tutup Sebut Harga. Dalam tempoh tersebut penyebutharga tidak boleh menarik diri daripada tawaran ini. 5. Selanjutnya sekiranya tawaran Sebut Harga ini diterima, penyebutharga akan mengikat suatu kontrak serta memberi bon pelaksanaan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh terima surat tawaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 6. Kami yang bertandatangani di bawah ini juga bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat am dan wajib yang dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga (Syarat-Syarat Am dan wajib Sebut Harga). Harga yang dinyatakan seperti di Lampiran B (Jadual Harga) akan dijadikan asas penilaian bayaran untuk perkhidmatan dan perbekalan tersebut.
22
Ditandatangani oleh:
Tandatangan:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Jawatan:
Cop/Alamat Syarikat:
Tarikh:
Disaksikan oleh:
Tandatangan:
Nama:
No Kad Pengenalan:
Tarikh:
23
LAMPIRAN E
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
(JAKIM)
Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili
…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran
…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu
yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN
KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut
harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi
rasuah kepada mana-mana individu dalam JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA atau mana-mana individu lain
sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan
dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan
segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai
polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……………………………......
Nama:
No. K/P:
Cop Syarikat:
Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.
24
LAMPIRAN H
SALINAN PENYATA AKAUN BANK BAGI BULAN JANUARI,
FEBRUARI DAN MAC 2018
25
LAMPIRAN 1
SALINAN SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN
MALAYSIA
DAN
SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT
MALAYSIA (SSM)
LAMPIRAN J
26
SALINAN SURAT PENDAFTAAN GST
27
LAMPIRAN E
SENARAI SEMAK
SH JAKIM BIL 21/2018: PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN MESIN PENAPIS AIR UNTUK INSTITUT LATIHAN ISLAM
MALAYSIA (ILIM) DAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN WILAYAH TIMUR (ILTIM),JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA (JAKIM)
Sila tandakan () bagi dokumen–dokumen yang disertakan:
Bil
Perkara/ Dokumen
Untuk Ditanda Oleh
Syarikat
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka SebutHarga
DOKUMEN HARGA
1.
Lampiran B - Jadual Harga
2.
Lampiran C - Latar Belakang Syarikat
3.
Lampiran D - Surat Akuan Sebut Harga
4.
Lampiran E - Surat Akuan Pembida
5.
Profil Syarikat
6.
Lampiran H - Penyata Kewangan untuk tiga bulan terkini (Jan, Feb dan Mac 2018 yang telah disahkan oleh pihak bank)
7.
Lampiran I- Salinan Sijil Pendaftaran KKM DAN SSM
8.
Lampiran J - Salinan Sijil Akuan Pendaftaran GST
9 Lampiran Q
ARAHAN PERBENDAHARAAN 170
9
Lampiran G – Senarai Semak
28
Bil
Perkara/ Dokumen
Untuk Ditanda Oleh
Syarikat
Untuk Ditanda Oleh
Jawatankuasa Pembuka SebutHarga
DOKUMEN TEKNIKAL
1.
Lampiran A - Jadual Pematuhan Spesifikasi/ Spesifikasi Teknikal
2.
Lampiran F - Pengalaman Syarikat (dari tahun 2016 hingga 2017) Lampiran F1 – Senarai Kerja Dalam Tangan (2017 dan 2018)
3. Lampiran G - Senarai Semak
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut Harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama: Jawatan: Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil……………….(jika ada). Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: