Acara lontar peluru 1. GAYA – GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU 1. Teknik berdiri Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut : 1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar. 2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan. 2. Teknik Lontaran sisi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Acara lontar peluru
1. GAYA – GAYA DALAM ACARA LONTAR PELURU
1. Teknik berdiri
Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan
teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :
1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan
memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan
yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan
peluru ditolak keluar.
4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.Buku peraturan Olahraga KOAM 2010-2011
4. KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA
1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.
2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan
3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.
5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah“over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.
7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5. TEKNIK MENGUKUR JARAK
Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda
yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung bulatan
melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.
Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas
sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah
bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh