FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI NAMA : ELANGO A/L RAJA NO MATRIX : 830420075715001 NO K.P : 830420075715 NO TEL. : 012-2031404 E-MAIL : [email protected]LEARNING CENTRE : PETALING JAYA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Menurut surat pekeling “ SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2008 bertarikh 9
Julai 2008 ” satu ujian telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengukur
dan menilai tahap kecergasan murid – murid sekolah di Malaysia. Ujian segak ini juga selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Jelas sekali aspek Jasmani diberi keutamaan dalam membina potensi seseorang individu.
Maka dengan itu Ujian Segak atau Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) merupakan satu instrumen yang boleh digunakan dalam mengukur
dan menilai tahap kecergasan murid – murid sekolah di seluruh Malaysia.
1.1 Latar belakang Perancangan Ujian Segak
SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap
kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam
SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan
menengah. Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK) mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk
Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos
bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja. Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan. Semua
data ujian direkod dengan menggunakan Borang BSSR untuk sekolah rendah dan Borang BSSM
untuk sekolah menengah.
1.2 Perancangan Awal
1. Kertas Kerja Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 4/2006 pada 23 Jun 2006 dan diluluskan.
2. Kertas Maklumat Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan pada 23 Januari 2007 dan diluluskan.
3. Uji rintis Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia telah dilaksanakan pada 2006 di seluruh Jabatan Pelajaran Negeri mengikut sekolah yang terpilih seramai lebih kurang 12,000 murid telah diuji.
4. Norma Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia mengikut uji rintis telah dibina.
1.3 Pengisian Ujian Segak
1. Pengiraan Indeks Jisim Badan
2. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 minit - untuk mengukur dayatahan kardiovaskular. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.90 (mengikut protokol daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).
3. Ujian Tekan Tubi Lelaki dan Tekan Tubi Separa Untuk Perempuan – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot tangan. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.93 (mengikut protokol daripada Johnson dan Nieman, 1986)
4. Ujian Ringkuk Tubi Separa – untuk mengukur dayatahan dan kekuatan otot abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman, 1999)
5. Ujian Jangkauan Melunjur – untuk mengukur kelenturan Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A., 2000).
1.4 Perancangan 2007
1. Norma ujian akan disemak dan diperbaiki. Ujian akan dilakukan di semua JPN pada bulan Mac mengikut sekolah terpilih.
2. Ujian kecergasan di dua buah Sekolah Sukan Negara akan dilaksanakan pada bulan Mac atas permintaan YB Menteri Pelajaran. 3. Buku Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia akan dikawal mutu dan dicetak.
4. Pengiktirafan SEGAK daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Kecergasan Malaysia akan diperoleh. Perbincangan telah dibuat dan pengiktirafan diterima secara lisan.
5. Surat Pekeliling Iktisas SEGAK akan disediakan.
6. Taklimat kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
7. Kursus kepada Guru Jurulatih Utama pada bulan Julai dan Ogos.
1.5 Perancangan 2008
1. Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan SEGAK diedarkan ke sekolah.
2. Pembelian alatan ujian Segak daripada peruntukan ‘one‐off’ PPK.
3. Kursus pendedahan SEGAK kepada guru.
4. Pengumpulan data melalui sistem maklumat murid.
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK)
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Merupakan satu Proggram penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan.
Ianya dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan
Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
Matlamat Ujian Segak
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum
Objektif Ujian Segak
Murid dapat:
1. mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal;
2. menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. mengetahui tahap kecergasan kendiri;
4. merancang dan melakukan tindakan susulan; dan
5. mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf berdasarkan prestasi semasa.
2.0 Prosedur Ujian
Ujian SEGAK terdiri daripada 5 set ujian iaitu ,
Pengiraan Indeks Jisim Badan
Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
Ujian Tekan Tubi
Ujian Ringkuk Tubi Separa
Ujian Jangkauan Melunjur
2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
Ukuran : Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)Tujuan : Menilai komposisi badanTahap : Murid Tahun 4 Jantina : Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan
Pengukur tinggi Penimbang berat Borang skor
Pengurusan dan organisasi
Pengukuran ini hendaklah dilakukan sebelum bateri ujian kecergasan dilaksana.
Prosedur
Murid dikehendaki menimbang berat badan dan mengukur ketinggian dalam ukuran metrik.
Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) .Tinggi (m) x Tinggi (m)
Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti indeks jisim badan dan risiko yang berkaitan.
Lelaki
Perempuan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
Ujian 1 : Naik Turun BangkuTujuan : Untuk menilai daya tahan kardiovaskularTahap : Murid Tahun 4 Jantina : Lelaki dan Perempuan
Alatan dan kemudahan
Bangku - Ketinggian 30.5 cm (1 kaki) Jam Randik Borang Skor Rakaman metronome (96 detik seminit) Radio CD
Pengurusan dan organisasi
Aktiviti dijalankan berpasangan. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak
Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas
bangku. Penguji akan memberikan isyarat 'mula'. Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik, kaki kanan turun
diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.
Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. Guru atau murid mengambil kadar denyutan nadi. Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.
Ujian ini diambil daripada YMCA 3-Minute Step Test.
Sumber: David K. Miller (2006, Measurement by the physical educator: Why and how (5thed).
2.3 Ujian Tekan Tubi
Ujian 2a : Tekan TubiTujuan : Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta
otot bahuTahap : Murid Tahun 4 Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan:
Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi). Jam Randik.
Pengurusan dan organisasi
Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur
Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan
Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm
Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan
prosedur 1 hingga 3. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid
berhenti. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan 1 hingga 3.
Ujian ini diambil daripada Johnson dan Nelson (1986).
Sumber: David K. Miller (2006, Measurement by the physical educator:Why and how
Ujian 2b : Tekan Tubi SuaianTujuan : Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot
bahuTahap : Murid Tahun 4 Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan:
Kawasan lapang dan rata. Span ( 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi). Jam randik. Tilam senaman
Pengurusan dan organisasi
Ujian dilaksanakan secara berpasangan. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur
Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan - gambar A.
Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm - gambar B.
Luruskan tangan seperti kedudukan sedia - gambar C. Kiraan satu ulangan lakuan. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan
prosedur 1 hingga 3. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid
berhenti. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut
arahan
Ujian ini diambil daripada Johnson dan Nelson (1986).
Sumber: David K. Miller (2006, Measurement by the physical educator: Why and how (5th ed).
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
Ujian 3 : Ringkuk Tubi SeparaTujuan : Untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomenTahap : Murid Tahun 4Jantina : Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan
Pita lekat bersaiz 2.5 cm Pita ukur Jam randik Metronom 50 dsm Pelapik getah Penanda 15 cm seperti pensel, lidi atau straw minuman
Pengurusan dan organisasi
Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan pelaku. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.
Prosedur
Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh
lantai. Buka kaki seluas bahu. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua
tangan menggelunsur hingga menyentuh penanda kedua Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronom dengan kadar 50 detik
seminit selama 1 minit. Murid B mengira ulangan perlakuan.
Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
Berhenti melakukan ujian. Jari tidak menyentuh penanda kedua. Tumit diangkat. Tidak dapat mengikut rentak rakaman metronom dua kali berturut-turut.
Ujian ini diambil daripada The President's Challenge (Preseident's Council on Physical
Fitness and Sports, 2002).Sumber: David K. Miller (2006, Measurement by the physical educator: Why and how (5th ed).2.5 Ujian Jangkauan Melunjur
Ujian 4 : Jangkauan MelunjurTujuan : Untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan, paha dan sendi
pinggul (lower back and posterior thighs)Tahap : Murid Tahun 4 Jantina : Lelaki dan perempuan
Alatan dan kemudahan:
Alat pengukur jangkauan Borang skor.
Pengurusan dan organisasi:
Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.
Prosedur:
Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki di letak di belakang penanda 23 cm. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik
perpuluhan. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak mengganggu pelaku.
Ujian ini diambil daripada American Association For Health, Physical Education,Recreation and Dance (AAHPERD), 1980.Sumber: David K. Miller (2006), Measurement by the physical educator: Why and how (5th
Norma SEGAK murid tahun 4
3.0 Dokumentasi Bergambar Ujian
Sebelum memulakan ujian segak, Jurulatih memberikan taklimat ringkas kepada murid- murid
Jurulatih juga menunjukkan cara dan teknik – teknik untuk melakukan ujian segak denagn betul.
Jurulatih sedang memberikan peluang kepada murid – muird untuk melakukan percubaan sebelum ujian bermula.
Jurulatih sedang mengukur ketinggian dan berat murid untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI)
Murid – murid sedang melakukan ujian naik turun bangku dengan mengikut rentak detik metranom
Murid lelaki sedang melakukan ujian tekan tubi.
Murid perempuan sedang melakukan ujian tekan tubi suaian.
Ujian ringkuk tubi separa sedang dilakukan oleh seorang murid perempuan.
Murid – murid perempuan sedang melakukan ujian jangkauan melunjur.