1.0 Pengenalan Tenis kini merupakan salah satu sukan yang digemari ramai orang. Rafael Nadal, Roger Federer, Andy Roddick, adik beradik Williams ialah antara mereka yang dikenali di seluruh dunia kerana kehebatan bermain sukan yang berasal dari Perancis ini. Gelanggang tenis juga dapat dilihat di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga semakin tertarik untuk mempelajari sukan ini malahan kelab-kelab, pejabat-pejabat, para pekerja serta persatuan-persatuan kini melibatkan sukan tenis dalam senarai sukan yang ditawarkan kepada ahli. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sukan ini kian diminati dan dan jelas menghiburkan ramai orang di serata dunia. Sukan beraket ini menjadi terkenal kerana dapat dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira faktor usia, jantina dan bangsa. Tenis dapat dimainkan secara berseorangan, beregu mahupun tenis campuran. Selain itu, sukan ini dapat membawa keseronokkan kepada kedua-dua pihak pemain dan lawan. Kenyataan yang menunjukkan pelbagai jenis kejohanan tenis profesional seperti Piala Davis, Grand Slam, Terbuka Australia,Terbuka US, Wimbledon dan Roland Garros. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 Pengenalan
Tenis kini merupakan salah satu sukan yang digemari ramai orang. Rafael Nadal, Roger
Federer, Andy Roddick, adik beradik Williams ialah antara mereka yang dikenali di seluruh
dunia kerana kehebatan bermain sukan yang berasal dari Perancis ini. Gelanggang tenis juga
dapat dilihat di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga semakin tertarik
untuk mempelajari sukan ini malahan kelab-kelab, pejabat-pejabat, para pekerja serta
persatuan-persatuan kini melibatkan sukan tenis dalam senarai sukan yang ditawarkan kepada
ahli. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sukan ini kian diminati dan dan jelas menghiburkan
ramai orang di serata dunia.
Sukan beraket ini menjadi terkenal kerana dapat dimainkan oleh pelbagai lapisan
masyarakat, tanpa mengira faktor usia, jantina dan bangsa. Tenis dapat dimainkan secara
berseorangan, beregu mahupun tenis campuran. Selain itu, sukan ini dapat membawa
keseronokkan kepada kedua-dua pihak pemain dan lawan. Kenyataan yang menunjukkan
pelbagai jenis kejohanan tenis profesional seperti Piala Davis, Grand Slam, Terbuka
Australia,Terbuka US, Wimbledon dan Roland Garros.
Tenis merupakan salah satu olahraga yang telah lama bertapak di dalam dunia ini iaitu
sekitar tahun 1500 sebelum Masihi lagi. Di mana-mana di seluruh dunia kini dapat dilihat
peminat-peminat sukan ini bermain. Mereka bermain samada di gelanggang-gelanggang
awam, kelab desa mahupun di gelanggang tenis persendirian. Sukan ini dikatakan sebagai
1
Sukan ini sebenarnya tidak memerlukan peralatan yang banyak. Cukuplah sekadar jika
memiliki raket tenis, beberapa biji bola tenis, kasut yang sesuai serta pakaian yang longgar
dan selesa semasa bergerak sewaktu bermain di gelanggang tenis. Permukaan gelanggang
pula hendaklah rata samada gelanggang yang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen
atau parguay. Ukuran gelanggang tenis lazimnya 23.77 meter atau 78 kaki panjang dan 8.23
meter atau 27 kaki lebar untuk perseorangan dan 10.98 untuk keseluruhan gelanggang.
Garisan di gelanggang tenis pula hendaklah dengan ditanda dengan terang dan jelas.
Lazimnya, ditandai dengan garisan putih.
2
2.0 Sejarah Permainan Tenis
Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis merupakan
permainan yang paling diminati ramai. Menurut beberapa cacatan sejarah, permainan
menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan
Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai
permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola
yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat
sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan
menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan
sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da
Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua
permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting Magazine
menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports
yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis, pada mulanya
merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman
Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan
luar.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah
diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur
Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets.
Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh
Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah
ditubuhkan pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan
3
Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan
sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu
set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula
telah menubuhkan kelab tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah,
Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah
berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis
antarabangsa.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21
orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara.
Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon. Namun di Malaysia, permainan
tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah
ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk
merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara
Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki
dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai
pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju
dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang
terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats
Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai
lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah
yang tinggi nilainya.
4
3.0 Alatan yang Digunakan
Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar
mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur,
lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama
yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu,
peralatan pemain juga harus disediakan.
Gelanggang
Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh
dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay.
Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki)
lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau
tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih.
5
Jaring
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan
digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah
jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik
tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang
tegang semasa permainan.
Raket
Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang
bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga
adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9
gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain
harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.
6
Bola
Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga
58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga
dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.
7
Pakaian Pemain
Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian
tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu
permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan
perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara
perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek
panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula,
skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih.
Pegawai Permainan
Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi
bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas
disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang
permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan
permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang
terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil
servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan
yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.
8
4.0 Cara Bermain
Memilih raket
Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :
Saiz gengaman tangan
Saiz dan berat raket
Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru
atau mula bermain tenis.
Cara memegang raket tenis
Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara
memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang
pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan
pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan.
Tempoh permainan
Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set
dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira
sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan
kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya
pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa
10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan
pusingan kedua bagi wanita.
9
Cara mendapatkan mata
Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu
set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya
ada empat kali servis.
Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0. Mana-mana pemain yang berjaya
memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan
jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh
pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang
permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu.
Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini
memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua
mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya
dengan satu mata.
Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri
gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang
pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun,
jika kedudukan terikat pada 5-5, permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain
mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set
maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan,
seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
10
Memulakan permainan
Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu bagi menentukan permain mana yang
akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah
bersedia, maka permainan boleh dimulakan.
Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat
servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada
dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan
memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis
lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola
daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B).
Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan
lawannya.
Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan
membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua
pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka
mencapai kemenangan.
Dalam permainan dan Tamat permainan
Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam
hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan
pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa
membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang
mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan.
11
Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang
diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik.
Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.
5.0 Grip (Cekak)
Umumnya raket tenis berbentuk oktagonal. Kelapan sisi tersebut dibahagi menjadi sisi atas,
bawah, kiri, kanan dan sudut 1, 2, 3, dan 4 (arah jarum jam) seperti yang diilustrasikan pada
gambar di atas. Yang digunakan menjadi penentu dari setiap grip adalah posisi dari pangkal
hujung jari telunjuk kita.
Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama dalam permainan
tenis.Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak yang sesuai untuk membuat pukulan.
Jenis cekak yang digunakan dalam permainan ini adalah
12
1. Cekak Eastern
Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak jabat tangan. Bagi
memastikan cekak yang betul, raket hendaklah dipegang menggunakan tangan kiri, tapak
tangan pula hendaklah diletakkan di atas tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah
sehingga ke pemegang raket tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari-jari mengelilingi
pemegang seperti berjabat tangan.
ii) Cekak continental
Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang konkrit yang
mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betuladalah, ibu jari digerakkan
13
mengikut pusingan jam menghala bahagian atas pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan
akan berada di bawah pemegang dan ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah
dilakukan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras pinggang.
iii) Cekak kilas sebelah tangan
Cekak ini susah digunakan ketika bermain terutamanya bagi pemain yang kurang
berpengalaman.Untuk mendapatkan cekak yang betul, mulakan dengan cekak eastern tetapi
putarkan ibu jari mengikut pusingan jam supaya berada di bawah tapak tangan yang
memegang raket. Tujuannya adalah untuk kekuatan cekak pada pukulan tersebut.
iv) cekak kilas dua belah tangan.
14
Cekak ini sama digunakan dalam cekak kilas sebelah tangan tetapi tangan yang satu lagi
diletakkan bersebelahan sebelah atas tangan yang mencekak raket untuk memberikan
sokongan dan kekuatan.
v) Cekak pukulan servis dan smesy
Bagi membuat pukulan servis dan smesy, pemain digalakkan menggunakan cekak eastern
dengan kedudukan muka raket terbuka semasa memukul.
vi) Cekak pukulan voli
15
Untuk pukulan voli boleh menggunakan cekak yang digunakan dalam pukulan hadapan dan
pukulan kilas bagi pemain yang kurang berkemahiran. Bagi yang mahir, pemain boleh
menggunakan cekak dalam pukulan servis dan smesy.
6.0 Footwork
16
7.0) Forehand
Pukulan hadapan
Merupakan pukulan yang banyak digunakan dalam permainan tenis. Ia merupakan pukulan
yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai digunakan untuk pemain yang baru belajar
permainan ini. Berikut merupakan tunjuk cara pukulan hadapan:
• Kedudukan sedia. Lutut dibengkokkan, badan tegak dan raket berada di hadapan
badan. Kaki dibuka seluas bahu dan berat badan berada di hujung kedua-dua kaki.
Gunakan cekak eastern dengan tangan kiri menyokong leher raket. Mata sentiasa
memandang pada bola.
• Berpusing ke sisi dan ayunan ke belakang. Gerakan ini dilakukan serentak apabila
bola mendarat di sebelah kanan badan. Kaki kanan melangkah ke hadapan bagi bola
rendah, selari dengan garis belakang untuk bola sederhana dan melangkah ke belakang
untuk bola tinggi. Raket di bawa ke belakang badan dan kedudukan kepala raket
hendaklah selari serta rendah sedikit daripada ketinggian bola. Ayunan dilakukan
dengan tenang dan lengan serta siku tidak diluruskan atau dikeraskan.
17
• Hayunan ke hadapan. Pergerakan keseluruhan pada lengan dan putaran di buat dari
bahagian bahu. Raket hendaklah selari dan bergerak sedikit ke atas apabila kaki kiri
melangkah ke arah bola. Bola dipukul ketika ia melantun pada aras pinggang pemain.
Pergelangan tangan dikeraskan dan pemindahan berat badan dipindahkan dari kaki
belakang ke kaki hadapan.
• Ikut lajak. Kedudukan muka raket berterusan melalui garis pukulan dan ke atas
sehingga ia berhenti. Kedudukan badan tegap dan selari dengan garis tepi, kaki
hadapan dibengkok sedikit dan jari kaki belakang atas gelanggang. Berat badan
sepenuhnya di atas kaki hadapan.
• Kembali kepada kedudukan sedia bagi menyediakan diri pemain untuk
membuat pukulan seterusnya
18
8.0 ) Backhand (Pukulan Kilas)
Jenis pukulan kilas
a) Pukulan Kilas Sebelah tangan.
b) Pukulan Kilas Dua Tangan.
Sebelum memulakan permainan, pemain perlu memilij jenis pukulan:
Adalah dicadangkan kepada beginners menggunakan pukulan kilas dua tangan).
Terdapat empat fasa dalam pukulan kilas satu
tangan:
1. Ayun belakang
2. Ayun hadapan
3. Kontak
4. Ikut lajak
19
Cekak pukul kilas timuran
Dalam corak ini, pergelangan tangan pemain yang menggunakan tangan kanan berada ke kiri
sedikit dari bahagian atas pemegang raket jika dilihat dari atas raket. Bahagian tepi raket
berada dalam kedudukan berseranjang dengan gelanggang. Bahagian dalam ibu jari harus
bersentuhan dengan sisi serong rata pada belakang pemegang raket.
20
Pukulan Kilas Sebelah Tangan
21
Cekak timuranAmpu raket pada leher dengan tangan yang satu lagiPusing bahu lebih awalDirian berhadapan
Persediaan
Pindahkan berat ke hadapanLaluan ayunan selari atau rendah ke tinggiBuat sentuhan lebih awaltangan diayun ke atas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga
Menghayun
Ke luar Mengarah pada jaringMengangkat raket ke atasMenudingkan raket ke arah sasaran
lajak
Pukulan kilas dua belah tangan
Pukulan ini menggunakan cekak pukulan kilas tetapi tangan kiri mencekak
raket disebelah atas tangan kanan.
•Kedudukan sedia. Kekalkan cekak pukulan kilas dengan tangan kiri
memegang raket hampir dengan tangan kanan.
•Berpusing, tukar cekak dan hayunkan ke belakang. Pergerakan dilakukanapabila bola
mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkahmengikut arah bola yang datang.
Kedudukan badan membongkok sedikitke hadapan bagi membolehkan pukulan dan hayunan
yang kuat.
•Hayunan ke hadapan. Keseluruhan pergerakan hayunan kedua-dua tangan agak terkawal dari
putaran bahagian badan dan pinggul. Raket dihayun dengan kaki kanan melangkah ke arah
bola yang hendak dipukul. Kedua-dua pergelangan tangan dikeraskan dan mata sentiasa
memandang pada bola.
•Ikut lajak. Hayunan diteruskan selepas melakukan pukulan tanpa kedua-dua tangan
melepaskan raket sehingga berhenti. Mata memerhati pada bola yang dipukul untuk ketepatan
pukulan.
•Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.
Ansur Maju
1) Mulakan latihan dengan ayunan raket untuk membuat pukulan kilas
2) Membuat ayunan raket dengan dirian berhadapan, separa terbuka dan terbuka untuk
membentuk satu asas sokongan yang kuat dengan meregangkan kaki lebih luas
daripada bahu .
3) Mulakan pukulan kilas secara berpasangan dalam service box (tidak perlu ikut lajak
atau memusingkan badan, hanya memukul bola dengan pukulan kilas )
22
4) Selepas itu, berlatih pukulan kilas dengan ikut lajak dan mengambil kira posisi badan
(raket dihayun tinggi dari bawah ke atas, tangan yang sebelah lagi menghala ke
belakang semasa memukul bola).
Lati tubi:
1) Untuk membiasakan diri dengan ayun balik
• Pasangan anda melontarkan 10 biji bola yang dilantun tinggi secara berturut-turut
secara berturutan
• Matlamat anda:mengembalikan bola tersebut
• Fokus: kawalan dan bukan kekuatan serta penggunaan ayunan dari bawah ke atas
2) Pukul kilas berturut-turut untuk membiasakan diri untuk memegang raket untuk pukulan
kilas
Cara:
berdiri di belakang garisan servis
Pukul bola ke arah pukul kilas pasangan anda
Kira bilangan pukul kilas lembut yang berturutan sebelum tersasar.
9.0 voli
Volley merupakan teknik pukulan yang perlu di pelajari oleh setiap pemain tenis untuk
membuat pukulan, menurut Brown terdapat dua kombinasi semasa membuat pukulan volley
iaitu ketika kita hendak bergerak ke hadapan dan ingin membuat pukulan tetapi tidak sempat
untuk membuat pukulan seterusnya. Kemudian ketika kita ingin mengakhiri point dengan
23
membuat pukulan yang jauh dari jangkauan lawan dan kita berada di posisi menyerang
dihadapan Jaring (1998:69).
Teknik Pukulan Volley
Pukulan ini merupakan pukulan yang paling sukar untuk dikuasai khususnya bagi pemain
yang baru mula bermain. Pemain yang baru mendapatkan penguasaan pukulan voli
memerlukan lebih tumpuan dan reaksi yang cepat. Pemain juga haruslah lebih agresif dan
menutup sudut-sudut lapangan bagi memberikan tekanan kepada lawan.
Untuk pemain yang sering bermain beregu, maka pukulan inilah yang biasa digunakan
dan kedudukan yang sesuai perlulah dikuasai. Cara untuk mendapatkan teknik pukulan voli
dengan baik ialah memastikan posisi sisi badan anda perlu dalam keadaan posisi siap.
1. Raket haruslah dipegang pada grip untuk pukulan voli
2. Kedudukan kaki perlulah sejajar dengan bahu dan agak berada pada titik
keseimbangan yang baik.
3. Badan perlulah digerakkan secara dinamik dan pihak lawan yang akan
menghadang bola. Lakukan gerakan menjinjit untuk mendapat pukulan yang
terbaik.
4. Siku pemain perlu beradadi depan badan dan pegang raket ke atas sekurangnya
berada di atas pergelangan anda.
5. Tangan yang pasif (tidak memegang raket) berfungsi sebagai penyeimbang,
biasakan untuk menempatkannya pada posisi memegang leher raket
24
Semasa bola datang, posisikan kepala dan tangan anda menuju pada arah bola. Rasakan
bahawa badan anda hendak mengambil bola dan biasanya kaki akan bergerak mengikut arah
badan.
Cara membuat pukulan voli adalah dengan ayunan yang pendek. Bola yang datang dipukul
semasa berada di depan badan pemain sehingga terjadi perpindahan berat badan ke depan.
25
Gunakanlah pergelangan tangan untuk memukul dan posisikan raket agak terbuka. Ayunan
pendek dengan cepat dari atas ke bawah perlulah dilakukan agar dapat memberikan sedikit
kesan pada bola.
Bagi pemain yang baru belajar bermain tenis, untuk tahap awal gunakanlah pukulan voli yang
hanya menahan laju bola. Apabila telah mencapai tahap lebih mahir maka anda dapat
memberikan sedikit ayunan agar bola mendapat lebih tekanan. Gerakan voli yang baik adalah
gerakan yang memukul dalam keadaan bergerak dan bukan statik. Lakukan follow through ke
arah yang anda inginkan untuk bola dipukul lalu kembali ke posisi tengah untuk bersiap
menghadapi pukulan berikutnya.
26
FASA-FASA DALAM PERLAKUAN
Voli atau Pukulan Sangga
Voli bererti memukul bola sebelum bola itu mendarat. Pukulan voli dilakukan bertujuan tidak
memberi peluang kepada pihak lawan bersedia untuk membalas pukulan voli itu. Terdapat
dua jenis pukulan sangga (volley) iaitu sangga pepat (forehand volley) dan sangga kilas
(backhand volley). Pukulan sangga yang baik adalah kunci kejayaan terutamanya apabila
bermain dekat jaring sama ada untuk perseorangan mahupun beregu. Dalam kedua-dua
pukulan sangga ini, perkara yang penting ialah kedudukan pemain yang akan membuat
pukulan ini haruslah berada dekat jaring. Voli adalah penting dalam permainan regu kerana
kebanyakan mata dimenangi atau hilang pada jaring. Pasukan regu yang baik akan bergerak
bersama-sama ke arah jaring dalam tempoh yang singkat. Pasukan yang tidak bermain
berhampiran jaring biasanya akan kalah. Keupayaan memukul voli biasanya membezakan
antara pemain baru daripada pemain pertengahan dan pemain pertengahan dengan pemain
handal.
Pukulan Sangga Pepat
Badan hendaklah sentiasa bersedia dan mata ditumpukan pada bola. Raket dipegang di depan
anda. Cekakan pada raket hendaklah ketat dan kemas. Jika cekakan itu longgar, raket akan
bergerak dan tergoyang di dalam tangan dan menyebabkan kehilangan kawalan. Pukulan ini
ialah pergerakan di mana pukulannya di bawah sedikit seperti menghiris. Adalah lebih mudah
memukul bola di sebelah depan luar badan.
Pukulan Sangga Kilas
Ramai pemain berpendapat pukulan jenis ini mudah. Anda hendaklah dalam kedudukan
bersedia, iaitu dengan berdiri seakan-akan membongkok. Pertama sekali ialah memasukkan
bahu anda supaya bahagian atas badan selari dengan garisan penerbangan bola. Sentuhan bola
27
dengan raket ialah di depan badan. Adalah penting memukul bola antara enam inci – satu kaki
di atas badan. Cekakan atau pegangan raket hendaklah kukuh.
Posisi bersedia
1) Forehand volleys
Pukulan dari sisi, terutama dari garisan tengah dapat memberi tekanan kepada pihak
lawan.
28
2) backhand volleys
Pukul kilas atau dengan pukulan sangga depan
3) voli tinggi
29
5) Voli Rendah
Kepala raket mestilah berserenjang dengan gelanggang semasa memukul bola
6) Voli Bersudut.
30
Semasa voli, bola boleh:
i) Diarahkan ke kawasan atau ke sudut yang tertentu
ii) Dilambung melepasi aras kepala pemain lawan , dan
iii) Dijunamkan (drop) berhampiran dengan jaring.
Lazimnya kedudukan yang sesuai untuk melakukan pikulan voli adalah dikawasan antara
jaring dan garisan servis.
Pepat dan kilas:
1.Genggam dan keadaan sedia seperti biasa untuk pukulan pepat / kilas.
2. Apabila bola sampai, pusingkan bahu dan raket dihayun ke sisi badan.
3.Hayunan raket ke sisi, hanya merupakan satu pergerakan yang pendek.
4.Apabila raket di gerakkan ke sisi, berat badan dirasa di bahagian kaki belakang .
5.Gerakkan raket ke depan untuk menemui bola – sentuh dengan bola lebih merupakan satu
‘punch’ atau ‘push’. Raket tidak dihayunkan kepada bola .
6.Selepas sentuh dengan bola, reket terus bergerak tetapi ikut lajak ini pendek sahaja
pergerakan.
Voli pepat
31
Voli kilas
Voli secara pukulan pepat atau kilas boleh dimainkan mengikut situasi yang tertentu. Pada
umumnya, bola boleh di voli di aras rendah ,aras atas kepala (sisi) ataupun diarahkan ke sudut
yang sesuai . Semasa sesuatu voli ini dilakukan kedudukan kepala raket sangat penting untuk
memastikan bola itu bergerak seperti yang dikehendaki.
Latihan Voli ( Pepat)
1. Latihan ansur maju
a) Latihan gerak kaki : Kedudukan sedia – kaki kiri mengalah ke depan dan raket ditarik
ke sisi – raket digerakkan ke depan ( tindakan menolak ).Buat berulang – ulang.
b) Ulang pergerakan dalam latihan, bila raket dibawa ke depan cuba tolak bola yang
dibaling oleh pasangan.
c) Latihan voli bola yang dipukul oleh pasangan dari hujung gelanggang
32
d) Latihan voli bola rendah ke sebelah kiri , tengah , dan kanan gelanggang
e) Latihan voli bola tinggi ke sebelah kiri, tengah, dan kanan gelanggang
(langkah – langkah di atas boleh diamalkan untuk latihan voli kilas )
2.Latihan voli (pepat dan kilas)
a) Voli dari tengah – tengah petak servis bola ditujukan ke pertengahan
gelanggang – kiri , tengah , kanan
b) Voli bola ke hujung gelanggang
c) Voli bola supaya menjunam melepasi jaring
33
3. Latihan berkait
a) (Berpasangan) Servis bola kepada kawan . Bergerak ke depan dan voli bola yang
dibalas oleh kawan. Cuba voli pepat dan voli kilas
b) Berdiri diantara garisan servis dan jaring . Pasangan memukul bola cara pepat, dari
hujung gelanggang . Voli bola ke kawasan garisan servis
c) Voli bertubi – tubi dengan pasangan – seorang voli pepat dan seorang voli
kilas.
Drill (Volley)
1. Buat latihan berterusan sampai rasa mahir dan konsisten. Semasa berdiri di depan net
berlatih voley dengan menahan bola yang di pukul oleh individu dari gelanggang pihak lawan
dalam situasi yan tidak kompetitif. Tujukan bola yang ditahan agar mengena garis tengah.
2. Berlatih teknik membuat voley satu persatu. Kemudian barulah cantumkan
semula langkah dan teknik yang dipelajari untuk menghasilkan voley yang sempurna.
3. Berlatih untuk melakukan lajak terus selepas membuat voley. Lajak terus akan
pergi ke arah yang sama dengan hayunan belakang. Teknik ini bantu meningkatkan
sentuhan voley dan jatuhan voley yang baik.
4. Bermula dari service line, pasangan akan membaling bola agar memwujudkan satu
situasi seperti voley dan melatih pemain untuk melakukan voley. Ini melatih tahap kepekaan
dan kepantasan.
5. Secara berpasangan, pelajar harus mengambil jarak yang sikit dan pukul bola itu
dengan perlahan tanpa membiarkan bola menjejak tanah. Ini dapat memahirkan
pukulan voley.
6 Dari service line, kedua-dua pemain biarkan bola itu melantun sekali sebelum
memukulnya.maju setapak ke depan setelah melakukan pukulan. Teruskan sehingga berada
34
dekat dengan net. Pada tahap ini jangan biarkan bola itu melantun. Teruskan hingga bola
terperangkap antara raket anda. Ini membantu kita cara pengawalan bolayang betul.
Penilaian Dalam Kemahiran (Voli)
Pukulan volley dalam perkembangan teknik dan taktik permainan tenis dewasa inisangat
penting untuk dikuasai. Hal ini sesuai dengan pernyataan Brown yang menyatakan, bahawa
pukulan volley sangat penting dalam permainan kerana sebahagian besar point bertambah
atau hilang dibahagian net (jaring). Baik dalam permainan perseorangan mahupun beregu,
pukulan volley yang baik dapat memperbaiki posisi di gelanggang dan bergerak masuk untuk
melakukan pukulan yang akan membuat menang. Sebagai pukulan pertahanan, volley dapat
menghindar daripada kesulitan dan dapat meneruskan permainan serta menyerang lagi.
Volley sering dilakukan oleh para pemain untuk bertahan dan bahkan untuk serangan balik
agar cepat memperoleh angka atau point.
Begitu juga pendapat yang telah dikemukakan oleh Magethi yang menyatakan
bahawa volley adalah pukulan bola sebelum menyentuh ke bahagian gelanggang (court)
(1990:17). Untuk volley yang akan menghasilkan angka, Mottram menerangkan bahwa
dengan memukul bola lob atas kepala lawan kalau berada dekatnet (1996:68). Teknik
volley merupakan lanjutan dari latihan dasar yang telah sebelumnya, iaitu forehand dan
backhand drive. Seperti cabang olahraga khususnya permainan tenis lapangan jenis
pukulan forehand volley perlu adanya penguasaan teknik yang benar. Dalam permainan tenis
lapangan, teknik permainan tenis perlu diketahui, digemari dipelajari dan dipraktikkan dengan
benar.
Penguasaan teknik dasar adalah untuk tujuan memantapkan dan pengembangan lagi
potensi pukulan selanjutnya. Tujuan lain adalah untuk menghindari kesalahan-kesalahan
dalam memukul bola. Jadi jelas bahawa, penguasaan teknik dalam cabang olahraga tenis itu
sangat penting dan harus dikuasai dalam usaha untuk meningkatkan prestasi permainan.
35
Pukulan ini dapat meningkatkan jumlah pungutan mata mahupun cara menerapkan taktik
permainan untuk memperolehi kemenangan dalam suatu pertandingan. Pada umumnya
pukulan volley sering dilakukan pada permainan jangka pendek. Schraff berpendapat bahwa
pukulan volley ada beberapa macam iaitu
a)forehand volley,
b) backhand volley,
c) lob volley
dan d) drop shot dan stop volley
(1981:71), perbedahan dari keempat jenis pukulan volley tersebut adalah terletak pada arah
datangnya bola tenis dari pihak lawan. Dari keempat jenis pukulan volley tersebut di atas
sebagai seorang pelatih atau pemain haruslah menguasai kemahiran jenis forehand Volley
kerana forehand volley merupakan salah satu jenis pukulan volley yang masih sangat
sederhana dan masih mudah untuk dipelajari berbanding daripada pukulan-pukulan
volley yang lainnya. Pada umumnya pemain sering melakukan kesalahan pada saat melakukan
pukulan volley. Kesalahan tersebut adalah kerana ayunan raket terlalu pajang ke belakang,
dan yang seharusnya dilakukan dalam melakukan pukulan volley adalah dengan menarik raket
tidak terlalu jauh panjang ke belakang. Pukulan volley sering kali kurang diperhatikan oleh
para pemain, biasanya pukulan drive yang didahulukan daripada volley.
Pukulan forehand volley merupakan pukulan dimana bola yang masih melayangdan
belum jatuh ke tanah (court) sebelah kanan pemain, sebaliknya backhand volley di sebelah
kiri pemain. Umumnya pemain lebih mudah melakukan forehand volley dibandingkan
dengan backhand volley. Menurut Mottram, ramai pemain yang beranggapan bahawa pukulan
volley merupakan suatu jenis pukulan yang memerlukan gaya permainan yang tinggi dan
tidak mungkin dapat mereka buat (1996:62). Hal ini tidak seperti jangkaan dan pandangan
36
mereka kerana bagi melakukan kemahiran volley ini, pemain haruslah mempunyai ketajaman
dan kecepatan untuk bergerak bagi melakukan pukulan volley, dan bagi para pemain yang
mempunyai kelebihan seperti ini, pukulan volley jelas merupakan suatu perkara yang tidak
sukar bagi dikuasai. Tetapi, kesukaran untuk menguasai kemahiran jenis ini bukanlah
merupakan suatu alasan mereka untuk tidak mengembangkan bakat untuk memukul bola
sebelum bola memantul dari permukaan lapangan.
Bagi menguasai pukulan forehand volley dengan baik, terdapat beberapa kaedah
latihan yang dapat dilakukan antara contohnya kaedah yang telah dikemukakan oleh Brown
iaitu, bagi melatih pukulan forehand volley ini terdapat beberapa kaedah latihan iaitu pertama
Forehand volley dengan sasaran kotak di dinding, keduanya adalah melakukan Forehand
volley dengan berpasangan, seterusnya adalah melakukan Forehand volley dengan sasaran
tetap (1998:79). Tujuan latihan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap pengawalan bola,
hal ini kerana apabila kita menguasai kaedah mengawal bola maka kemampuan untuk
mengawal bola diharapkan semakin baik.
Dari ketiga-tiga cara latihan tersebut diatas maka ianya dapat meningkatkan tahap
penguasaan para pemain terutamanya pemain yang baru menceburi dalam sukan tenis ini.
Latihan forehand volley dengan sasaran yang wajar dan suatu bentuk memodifikasi
latihan forehand volley dengan sasaran berpindah. Hal ini kerana, dua jenis latihan ini sering
digunakan para pelatih dalam melatih pukulan volley.
Teknik Pukulan Volley Tenis
Pukulan ini merupakan pukulan yang paling sukar untuk dikuasai khususnya bagi sesiapa
sahaja yang baru berjinak-jinak dalam sukan jenis ini. Hal ini kerana bagi menguasainya
kemahiran ini ianya memerlukan penumpuaan dan reaksi yang cepat. Kita juga akan lebih
agresif dan menutup sudut-sudut lapangan dengan memberikan tekanan kepada lawan.
37
Antara cara-cara untuk menghasilkan volley yang baik adalah pastikan badan anda
berada dalam keadaan yang siap sedia. Seterusnya, pegang raket pada grip untuk membuat
pukulan volley, pastikan kedudukan kaki anda berada dalam keadaan yang selesa iaitu hingga
kira-kira sejajar bahu agar anda memperolehi keseimbangan badan.Seterusnaya adalah, cara
melakukan volley adalah dengan membuat raket tenis ayuanan iaitu ayunan yang pendek.
Bola yang tiba haruslah dipukul pada saat bola tersebut berada di depan badan anda.
Gunakanlah pergelangan anda dalam memukul dan posisi raket mestilah agak terbuka.
Bagi pemulaan pemain yang baru belajar bermain tenis, bagi tahap awal gunakanlah
pukulan volley yang sifatnya hanya memblok laju bola. Apabila telah mencapai tahap tinggi,
maka anda dapat memberikan sedikit ayunan agar bola lebih menekan. Gerakan volley yang
baik adalah gerakan yang memukul dalam keadaan bergerak dan bukannya dalam keadaan
statik. Hal ini bermaksud, bagi mendapat pungutan mata yang tinggi serta pukulan volley yang
baik, pemain haruslah aktif dalam melakukan pergerakan.
Method Latihan Pukulan Volley
Dalam permainan tenis juga, para pemain harus mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi para pemain agar dapat menghasilkan permainan yang mantap.Volley
dalam permainan tenis padang, Brown menyatakan terdapat pelbagai bentuk latihan dan salah
satu daripada latihan tersebut adalah volley yang menggunakan sasarandalam permainan ini
(1998). Volley ini juga terbahagi kepada dua iaitu latihan yang bersasaran tepat dan sasaran
berpindah. Selain itu forehand volley pula bertujuan meluaskan pukulan dan dapat dilakukan
dengan menggunakan method drill. Ini merupakan proses latihan untuk melatih
pukulan forehand volley dan dilakukan dengan satu arah sasaran samada tetap atau sasaran
berpindah.
38
1. Latihan Forehand volley dengan Sasaran Tetap
Latihan ini merupakan satu pukulan yang mengarah kepada sasaran tertentu yang tetap dan
gerakannya tidak banyak berubah seperti menerima,mengawal bola serta mengarahkan bola
ke satu sasaran dengan gerakan footwork. Latihan ini mempunyai kelebihan kerana dapat
mengetahui kesalahan pukulan dan para pemain dengan cepat dapat membaiki kesalahan
pukulan tersebut. Namun terdapat juga kelemahan teknik ini iaitu pemain tidak dapat
membuat pukulan forehand volley ke semua sudut dengan baik.
2.Latihan Forehand volley dengan Sasaran Berpindah
Latihan ini merupakan satu proses pukulan mengarahkan bola secara berpindah ataupun dari
satu sasaran ke satu sasaran yang yang mempunyai pelbagai pergerakan seperti mengawal,
menerima, mengarah dengan gerakan footwork dan pukulan bola pertama berbeza daripada
masa pukulannya dengan pukulan bola yang lain. Pukulan ini juga mempuyai kelebihan yang
lebih baik dengan pukulan tetap, kerana pukulan ini dapat meningkatkan kemampuan pemain
bagi memasukkan bola ke dalam gelanggang pada waktu pukulan forehand ke semua
kawasan dengan baik.
3.Latihan Forehand volley Dengan Menggunakan Sasaran Tetap dan Sasaran
Berpindah
Dalam permainan tenis sasaran ini sama dengan forehand volley di mana arah sasaran dari
sudut backhand, sudut forehand, sudut backhand pendek dan lebar dan diakhiri sudut
forehand pendek dan lebar. Mempunyai pola pergerakan yang berbeza yang membawa
maksud, pergerakan pada posisi raket tenis ketika memukul bola. Manakala pergerakan bola
yang berbeza bermaksud sasaran padasudut belakang backhand menghadap serong ke arah
sudut sasaran backhand daris emua pergerakan raket dengan bola tersebut. Gerakan yang
39
sukar mempunyai pelbagai gerakan harus dipelajari. Pergerakan tersebut amat sukar kerana
memerlukan pemilihan kelompok otot tertentu dan pergerakan otot dalam gerakan yang tepat.
Terdapat kelebihan dan kekurangan latihan ini. Sebagai contoh, latihan forehand
volley sasaran tepat adalah, semasa melakukan pukulan pemain dapat membaiki kesalahan
dengan cepat dan pukulannya akan menuju ke sasaran dan tidak berubah sehingga pemain
dengan dapat menghafal dan kuasai pukulan tersebut. Namun, dari aspek kekurangannya
adalah gerakan footwork dan impact bola kurang dikuasai. Selain itu, pemain juga akan
mudah merasa bosan keranahanya dapat memukul pada satu sasaran sahaja tanpa ada pukulan
lain sehingga arah forehand volley akan berpusat pada satu arah sahaja.
Selain itu, kelebihan dan kekurangan latihan forehand volley sasaran berpindah
adalah pemain akan dapat menguasaifootwork dan impact secara sekaligus, tahap kecekapan
dalam permainan juga dikuasai dan mereka lebih mudah menyesuaikan posisi dalam
melakukan forehand volley sehingga ingatan dalam latihan ini dapat diingat semasa
melakukan forehand volley pada saatpermainan yang sebenarnya. Manakala kelemahan teknik
ini adalah kesalahan jelas kelihatan kerana pukulan forehand kurang cepat diperbaiki kerana
adanya pergerakan berpindah-pindah sehinggakan unsur–unsur ketilitian dan kecermatan
didahulukan berbanding dengan kekuatan.
40
10.0 Lob
Lob Pepat Dan Lob Kilas
Jika anda dapat melakukan pukul pepat dan pukul kilas secara tekal, maka anda sudah pun
bersedia untuk melakukan pukulan lob. Lob ialah pukulan lengkung yang tinggi dan tidak
kuat, serta merupakan salah satu daripada pukulan yang paling berguna dalam permainan
tenis. Walaupun terdapat banyak kelebihan lob, namun pemain jarang sekali melakukan atau
memperkukuhkan pukulan ini. Dengan tidak mengamalkan kemahiran penting ini, pemain
terlepas peluang menambah satu lagi pukulan kemenangan dalam senarai mereka. Lob
pertahanan memberi peluang menambah mata dalam saat-saat menghadapi kesukaran
manakala lob serangan pula merupakan pukulan untuk mengumpul mata kerana kedua-
duanya dapat menyebabkan pemain lawan anda hilang keseimbangan. Lob yang berkesan
boleh mengganggu perhatian dan meresahkan pemain lawan anda. Gunakan lob pada bila-bila
masa untuk membantu anda memenangi permainan kerana jarang sekali pemain menyedari
akan kelebihannya ini.
Cubalah lakukan pukulan lob sekali sekala walaupun anda rasa bahawa anda akan
kehilangan mata. Ini kerana pemain lawan akan terkejut apabila menerima lob daripada anda.
Tanpa ancaman sebegini, pemain lain berasa tidak perlu untuk mempertahankan diri mereka.
Mereka akan mengagak bahawa anda akan terus bermain seperti biasa dengan pukulan asas
yang biasa dan menyebabkan mereka leka.
Bagaimanapun, cuba jangan terlalu banyak menggunakan lob. Contohnya, jangan
fikir anda dapat menewaskan pemain perseorangan dengan hanya pukulan lob semata-mata.
Sebaliknya, fikirkan bahawa anda boleh memenangi mata sekiranya dan menggunakan lob
untuk meneruskan permainan sekiranya anda menghadapi kesukaran. Apabila anda dapat
mengawal permainan, lakukan Lob ke bahagian pukul kilas. janganlakukan hantaran yang
41
dapat mempamerkan niat anda untuk melakukan lob, sebaliknya pukul seperti biasa. Apabila
anda meluru ke satu sudut untuk mengambil bola, lakukan lob secara bersilang merentasi
gelanggang. Lob bola pada aras rendah untuk hantaran yang tinggi dan jauh pula untuk
hantaran yang bersifat pertahanan.
Dalam permainan regu, masukkan lob dalam rancangan permainan anda. Balas
dengan servis yang sukar diambil, lob ke atas melepasi jarring, ke arah pemain yang gemar
berdiri berhampiran jarring, dan lob apabila kedua-dua pemain lawan berada di jaring adalah
merupakan sebahagian daripada pakej taktik anda.
Jika tidak memukul satu lob pertahanan, anda tidak mempunyai banyak masa untuk
bersedia. Melakukan pergerakan menghadang yang tangkas dengan cekak yang ketat dan
kemas dan muka raket yang terdedah untuk mengangkat bola adalah apa yangdapat anda
lakukan untuk mengekalkan permainan. Jika anda mempunyai lebih banyak masa, ayunkan
raket dalam gerakan bawah ke atas untuk memastikan bola terpantul tinggi melepasi jarring
dan jauh ke belakang supaya pemain lawan berundur untuk mengambilnya.
Lob kilas ialah pukulan dengan menggunakan cekak kilas sama ada cekak baratan
terubah suai atau cekak timuran standard, seperti yang dipilih oleh kebanyakkan pemain.
Pemain yang menggunakan pukul kilas dua tangan mungkin mengalami kesukaran untu
kmemukul lob kilas kerana raket sukar digerakkan apabila terkena hantaran tepat dan kencang
yang ditujukan kearah mereka. Apabila anda mempunyai banyak masa untuk bersedia
melakukan lob, sekali lagi pergerakan raket ialah lauan sapuan dari bawah ke atas untuk
mengangkat bola supaya tinggi dan memukulnya jauh ke belakang.
Jika anda berada di kawasan jaring dan pasangan lawan anada cuba melakukan lob
melepasi kepala anda, anda mempunyai banyak pilihan. Jika anda membiarkan bola melantun
tanpa bergerak dari posisi pertahanan, balas pukulan itu selepas bola melantun dan
42
kembalikan lob dengan satu smash. Jika anda berada terlalu hampIr dengan jaring pula,
bergerak ke hadapan dan balas dengan satu smash sebelum bola itu melantun.
Jika dengan membiarkan bola melantun menyebabkan anda terpaksa bergerak dari
posisi serangan maka balas pukulan itu semasa bola masih lagi melayang di udara. Jika anda
tidak dapat memukul bola semasa ia melayang di udara berundur dengan segera dan pecut
arah bola menuju ke garisan belakang. Jangan berlari tepat di bawah bola yang sedang
melayang. Jika anda bersedia dari awal untuk melakukan lob, kembalikan bola seberapa
tinggi dan seberapa jauh kebelakang yang dapat. Pada waktu ini anda hanya fikirkan cara
untuk mengekalkan bola dalam permainan.
Apabila anda berada di belakang gelanggang dan pemain lawan anda melakukan lob,
anda boleh membalasnya dalam dua cara. Pertama, teruskan bermain dan buat satu smash
terkawal ke dalam kawasan belakang gelanggang. Kedua, kembalikan lob itu dengan satu lob
juga. Reli lob lawan lob sering kali juga berlaku tetapi ia tidak begitu menarik dan bukan satu
permainan yang cantik.
Apabila anda berada di belakang gelanggang dan pemain lawan anda melakukan lob,
anda boleh membalasnya dalam dua cara. Pertama, teruskan bermain dan buat satu smash
terkawal ke dalam kawasan belakang gelanggang. Kedua, kembalikan lob itu dengan satu lob
juga. Reli lob lawan lob sering kali juga berlaku tetapi ia tidak begitu menarik dan bukan satu
permainan yang cantik.
43
Lob Pertahanan
Pesediaan untuk melakukan lob pertahanan merupakan salah satu bahagian yang paling sukar
dilakukan. Teknik yang paling penting adalah berkaitan dengan pergerakan kaki. Langkah
kaki dan pergerakan tangan yang kuat dan cepat diperlukan. Lob pertahanan boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Pemanasan Badan Lob-Smesy dan Kejar bola.
Lob Pertahanan 1: Pemanasan Badan Lob-Smesy
Pemanasan badan lob-smesy boleh dilakukan bersama pasangan pemain. Pemain berdiri di
belakang garisan belakang dan main bola sebanyak 10 kali dengan lob. Pasangan pemain
akan membalas dengan smesy terkawal yang diarahkan ke posisi pemain. Pemain yang handal
biasanya akan menggunakan senaman ini sebagai sebahagian daripada aktiviti pemanasan
badan. Untuk melakukan perlakuan ini dengan lebih baik, gunakan sentuhan yang lembut
semasa membuat pukulan.
Lob Pertahanan 2 : Kejar Bola
Kaedah atau teknik ini dilakukan supaya dapat membuatkan pemain lawan perlu mengerjakan
bola semasa bermain. Langkah permulaan yang pantas diperlukan untuk melakukan teknik ini
dengan baik.
Lob Serangan
Lob serangan direka untuk memenangi mata dengan menggunakan satu hantaran yang tidak
dijangka oleh pemain lawan. Lob serangan dapat mengejutkan pemain lawan terutamanya
mereka yang mengharapkan pemain memukul satu hantaran biasa. Keadaan ini dapat
menjadikan pemain lawan menjadi kelam-kabut dan membolehkan pemain menhantar bola
jauh ke atas kepala untuk memenangi mata. Semasa melakukan lob serangan, pemain
haruslah kelihatan seperti melakukan hantaran bola yang biasa untuk mengelirukan pemain
44
lawan. Jika tidak, pemain lawan dapat mengagakkan teknik yang hendak dilakukan oleh
pemain. Kekurangan lob serangan ialah peluang peluang untuk menggunakannya tidak begitu
kerap dan pukulan itu memerlukan lebih masa dan sentuhan yang sukar dikuasai oleh
kebanyakan pemain. Lob serangan biasanya tidak sesuai untuk pemain baru dan ia boleh
dilakukan oleh pemain yang berpengalaman. Lobs serangan boleh dibahagikan kepada 3 jenis,
iaitu Reli “Moon-Ball”, Lob Undur dan Permainan Lob-Smesy.
Lob ialah pukulan tinggi dan tidak kuat, serta merupakan salah satu daripada pukulan
berguna dalam permainan tenis. Lob boleh dilakukan dengan satu pukulan lob samaada ke
sebelah pukulan pepat atau pukulan kilas.
1) LOB PEPAT
a) Persediaan
1. Cekak pukul pepat
2. Berlari dan pasakkan kaki
3. Ayun balik yang pendek untuk lob pertahanan
45
b) Mengayun
1. Dedahkan muka raket
2. Ayun rendah kemudian tinggi
c) Lajak
1. Tamatkan dengan raket tinggi bagi lob pertahanan
2. Lengkapkan lajakan bagi lob serangan
** Untuk mengelak lob menjadi rendah dan pendek, perlulah bidik ke arah 1/3 belakang
gelanggang. Kemudian tambahkan jarak pada lajak anda.
46
2)LOB KILAS
a) Persediaan
1. Cekak kilas.
2. Berlari dan pasakkan kaki.
3. Ayun balik yang pendek untuk lob pertahanan.
47
b) Mengayun
1. Muka raket terdedah.
2. Ayun rendah kemudian tinggi
C) Lajak
1. Tamatkan dengan raket tinggi untuk lob pertahanan.
2. Lengkapkan lajak untuk lob serangan.
** Untuk mengelakkan lob terkeluar dari gelanggang, pendekkan ayunan balik dan
jangan ayun terlalu kuat.
48
DRILL (Lob)
1.Arahkan seorang berada di luar service line dan seorang lagi di sebelah net gelanggang
sebelah. Orang yang berada di net akan mebalingkan ke arah orang yang berada di luar
service line dengan kadar yang tinggi. Perkara yang perlu dilakukan ialah pukul bola itu
melalui atas net kepada pembaling bola itu semula. Pastikan bolaitu masuk ke gelanggang
sebelah. Ulang sebanyak beberapa kali. Setelah pemukul berasa selesa dengan pemukulannya
arahkan dia bergerak ke arah baseline. Pembaling bola akan membaling seperti sebelumnya,
jika pemukul gagal memukul sehingga ketinggian sepatutnya, pembaling akan mematikan
pukulan itu dengan balingan overhead.
2.Untuk mengejar top spin lob, berdiri tepi net dan pegang raket tinggi berdekatan dengan
leher raket. Tempatkan bola di antera atas net dengan permukaan raket. Sentap raket ke atas
secara tiba-tiba bola itu akan berputar ke atas, buat berkali-kali sehingga mahir kemudian
ubah kedudukan tangan kepada grip biasa dan melakukancara yang sama. Kemudian berlatih
untuk membuat lajak terus.
3.Berdiri di belakang net. Seorang akan membaling atau memukul bola dari baseline. Buat lob
dan pastikan bola masuk ke dalam gelanggang sebelah kanan dan buat cara yang sama untuk
masuk ke gelanggang kiri pula.
4.Berlatih dengan orang yang lebih mahir, mereka harus memukul bola rendah untuk melatih
pemain membuat lob.
5.Ketika berlatih dua orang, jangan terus membuat lob. cuba main seperti biasa dan lakukan
lob pada akhir permainan.
49
Penialaian Lob
Teknik lob merupakan perbuatan memukul bola dengan hantaran tinggi dan jauh ke arah
lawan yang bertentangan. Lob dilakukan bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada
di kawasan jaring. Ia juga digunakan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul
mendapatkan semula posisi mengawal gelanggang. Dapat juga digunakan sebagai senjata
ofensif atau defensif, bergantung pada situasi. Biasanya ia dilakukan ketika pemukul bola atau
seseorang pemain tersebut berada dekat dengan net tenis dan menunggu bola tanpa sempat
melantun. Bola tersebut juga perlu memasuki ruang yang terbuka di belakang pihak lawan.
Lob terbaik adalah lob yang pergerakan bolanya tidak dapat dijangka oleh pihak
lawan, namun cukup rendah dan mempunyai kelajuan yang cukup sehingga lawan tidak dapat
lari semula dan mengejar ke bawah. Ketika melakukan lob, biasanya pemain memukul bola
pada sudut antara 0 darjah (mendatar) dan 45 darjah (menyerong). Defensif lob pula
digunakan untuk mendorong lawan kembali ke baseline dan memanjangkan titik.Defensif lob
juga membolehkan pihak lawan untuk mendapatkan masa untuk lari kembali dan masuk ke
dalam kedudukan defensif yang lebih baik.
Teknik untuk Lob ialah:
1. Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
2. Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan raket bermula
dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik tinggi.
3. Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.
50
11.0 Overhead Smash dan Drop Shot
Overhead Smash
Teknik pukulan overhead smash ini biasanya dapat menjadikan seseorang pemain itu
menjadi ‘pemenang yang bersih’. Semakin dekat pukulan tersebut pada jaring, semakin
mudah untuk pemain menempatkan diri. Umumnya, pemain perlu merebut peluang untuk
menjayakan pukulan overhead smash di antara kawasan garisan servis dan jaring.
Teknik pukulan ini juga sebenarnya tidak jauh bezanya seperti pukulan servis di mana grip
yang digunakan sama sahaja iaitu grip continental. Namun, yang menyukarkannya adalah
timing atau masa yang sesuai ketika pemain melemparkan bola. Pada pukulan servis,
lazimnya pemain akan berada dalam keadaan yang static ketika memukul bola tetapi apabila
melakukan pukulan overhead smash, pemain harus bijak mengatur masa yang sesuai dan tepat
untuk memukul bola setelah bola tersebut melambung ke dalam gelanggang atau kawasan
permainan pemain.
51
1. Untuk melakukan overhead smash yang baik, ketika pemain melihat pihak
lawan sedang melob bola, maka pemain harus menyediakan posisi badannya
secara menyamping atau berdirik tegak yang melurus ke arah jaring sama
seperti posisi ketika ingin melakukan servis. Pada masa ini, pastikan tangan
pemain bersedia dengan grip continental atau grip servis.
2. Pastikan pemain tidak melepaskan pandangan terhadap bola yang sedang
melambung. Pada masa yang sama, letakkan diri pemain dalam posisi badan
yang sejajar dengan pergerakan bola.
3. Adalah satu perkara yang biasa apabila pada masa-masa yang tertentu pemain
berhadapan dengan bola yang melambung jauh sedikit ke belakang. Oleh itu,
pemain perlulah bergerak ke belakang dengan gerakan yang menyamping atau
mengiring dan bukannya secara mengundur. Hal ini penting bagi memastikan
tumpuan pemain terhadap bola dan juga mengawal keseimbangan pemain.
4. Pada saat bola yang datang ke arah pemain itu berada pada titik puncaknya,
mulakanlah dengan mengangkat tangan dan raket seperti keadaan pemain yang
52
ingin melakukan pukulan servis. Tangan yang tidak dominan atau tidak
memegang raket dapat digunakan sebagai penunjuk target iaitu bola tersebut.
5. Sewaktu bola yang dipukul oleh lawan telah masuk ke dalam zon pukul,
pastikan pemain mengayunkan raket pemain. Pemain perlu fokus terhadap bola
lantas melakukan ayunan yang sama seperti pukulan servis.
6. Adalah penting bagi pemain pemula agar tidak cuba memukul bola dengan
ekstrim atau terlampau kuat seperti pemain yang profesional.
7. Paling utama dalam teknik ini adalah timing atau waktu yang sesuai dan tepat
untuk memukul bola tersebut.
8. Bagi memahirkan diri, pemain boleh melakukan latihan dengan melatih agar
dapat mengarahkan bola sama ada ke kiri atau ke kanan sehingga pemain
memiliki variasi dalam pukulan. Hal ini kerana, jika pemain sudah terbiasa
dengannya, akan membolehkan pemain melakukan pukulan overhead smash
yang secara spontan akan menjadi keras atau laju dengan sendirinya seperti
pemain-pemain yang mahir.
53
Rafael Nadal menanti saat yang sesuai untuk melakukan overhead smash.
Drop Shot
Drop shot merupakan teknik memukul bola dengan perlahan di mana bola tersebut
akan terkena pada jaring dan jatuh berhampiran dalam gelanggang lawan. Ia bertujuan
untuk memancing pihak lawan agar berlari ke hadapan menuju ke arah jaring tersebut.
Drop shot yang baik adalah apabila pihak lawan gagal untuk berlari dan mengejar bola
tersebut dengan pantas untuk memukulnya kembali.
Drop shot yang baik juga memerlukan sentuhan yang bagus. Sentuhan yang
dimaksudkan ialah bola tersebut melantun dengan rendah dan hampir dengan jaring
atau kadang kala menggunakan underspin bagi melengkapkan pukulan tersebut.
54
11 .0 Serve dan return serve
Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Oleh kerana itu, pukulan pionir ini sangat
penting bagi kita untuk dapat menguasainya.
Pertama kali yang harus dilatih adalah koordinasi tangan ketika akan melemparkan bola untuk
memulai serve. Latihannya adalah melempar bola (toss) secara konsisten pada satu tempat
yang sama. Toss yang baik untuk servis adalah agak di depan kepala anda dan lemparkan bola
lurus ke atas. Anda dapat melatihnya dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan
melakukan toss hingga tempat jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang sama.
1. Tahap Melakukan Service:
Berdirilah di belakang garis baseline dan pusatkan pikiran anda untuk mengarahkan
55
bola pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang
dengan arah kaki paralel dengan garis baseline. Grip yang dipakai untuk melakukan
servis dalam hal ini adalah grip continental.
2. Lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala anda setinggi kurang lebih 20-
30 cm. Kunci toss yang baik adalah tangan anda yang melempar bola harus lurus ke
atas sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini pindahkan berat badan anda
ke kaki belakang.
3. Setelah bola melambung mulai mengayunkan raket ke belakang. Selalu fokuskan mata
anda pada bola dan gunakanlah tangan yang melempar sebagai patokan dalam
memukul bola.
4. Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket diayunkan ke depan. Pada saat
ini buang berat badan anda dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan
tenaga pada pukulan servis anda.
5. Setelah kontak dengan bola lakukan follow through dan bersiap kembali pada posisi
untuk melakukan pukulan berikutnya.
Jenis-jenis servis
Dalam permainan tenis lapangan ada tiga macam servis. Sesuai pendapat Schraff (1981:60)
dalam bukunya yang berjudul Bimbingan Bermain Tenis menyebutkan ada tiga macam jenis
servis yaitu slice, american twist, dan flat service atau cannonball. Lardner (1994 : 53) juga
mengatakan bahwa pada dasarnya macam-macam servis tersebut dapat dikategorikan
kedalam tiga macam, yaitu Slice service, flat service dan American service.
Servis slice adalah salah satu teknik servis yang putaran bolanya menyamping atau side spin.
Menurut Lardner (1996:53) dalam bukunya Teknik Dasar Tenis menyebutkan “Kebalikan
dengan flat service, slice service memungkinkan pelaku servis memukul bola cukup keras
56
yang tetap dikendalikan dengan spin menyamping (side spin)”. Pada servis slice bola
dipukul dari sebelah kanan belakang bola. Posisi permukaan raket sedikit miring, sehingga
perkenaan terjadi dibelakang sebelah kanan bola. Pegangan yang digunakan adalah
pegangan continental. Pegangan ini memungkinkan dilakukannya gerakan tangan yang
sangat bebas, yang tidak sesuai untuk ground strokes, tetapi berguna untuk melakukan servis.
Teknik Servis Slice
Servis slice merupakan salah satu pukulan yang sangat menentukan dalam bermain tenis,
karena servis slice merupakan servis yang paling mudah di pelajari dan dalam kenyataannya
servis slice dapat menjauhkan lawan dari lapangan kerana arah pukulannya kesamping
lapangan dan putaran bolanya side spin, sehingga seorang pemain harus memiliki teknik-
teknik pukulan servis yang benar, mulai dari pegangan sampai pada saat melakukan gerakan
servis yaitu : sikap berdiri, ayunan ke belakang, toss, ayunan kedepan sampai ayunan
lanjutan.
Grip atau Pegangan Raket
Cara memegang atau grip pada raket adalah hal yang sangat penting. Suatu pukulan yang
tepat disebabkan oleh pegangan yang benar. Menurut Katili (1973:23) dikatakan bahwa ada
tiga macam cara pegangan standar yang menjadi patokan yaitu : 1) pegangan western