Pengenalan Konsep Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan
memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya
ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan
pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang
terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang holistik.
Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong
bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka
panjang. Berikut merupakan pandangan daripada tokoh-tokoh :
Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara
aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk
membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif.
Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat
tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan
kesuburandapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda
kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih
menyeluruh.
Howard Gardener (1983) pendekatan yang berintegrasi terhadap
pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid
kepada yang lebih kreatif.
Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji
perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.
Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan
untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan
kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran
muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal
dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan
analitik,emosional dan fizikal dan intelektual.
Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni
Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis
dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk
membentuk keunggulan diri dalam kehidupan.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang
dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu
ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian
ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek
menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk
menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga
membantu perkembangan insane secara seimbang dan menyeluruh.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat mata pelajaran ini
adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia
yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan
seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan
yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia
bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan
menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan
berlaku.
Seni dalam pendidikan Pendidikan Seni Visual menjurus kepada
seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,
seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat
mengamalkannya.
Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan
seni , muzik dan pergerakan. Guru dilatih untuk melihat sesuatu
dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik
mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan
penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik
dan pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan
juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan
ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
Seni Dalam Pendidikan
MENGGAMBARPENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR. satu bidang yang
menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid..
melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan
mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik..menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi
dalam sesuatu hasil karya..lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
gosokan, resis, percikan dan mozek..meliputi penerokaan kesan seni
serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya..membolehkan
murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan
teknik dalam proses rekaan...dapat memperkembangkan persepsi visual
murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,
susunan dan kesannya.R Definisi Menggambar.representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan
rata..mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui
aplikasi warna di atas permukaan rata.. gambaran mental yang jelas
dan pemberitahuan imej mental seseorang.Ilustrasi yang digunakan
untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek.
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.. Representasi
visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi. Gambar sebagai
satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek
LUKISANRhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit.Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi
merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.Rkarya seni atau hasil kerja seni
yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.RPenggunaan alat
dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.RProses melakukan
garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.RAplikasi
garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu
hasil kerja dinamakan lukisan.R bergantung kepada penggunaan
garisan yang ekspresif dan nyataCATAN.proses menyapu warna atau cat
ke atas sesuatu permukaan rata.. mewakili gambaran pemikiran atau
rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.Dihasilkan melalui
sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus.
Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan
mengaplikasikan warna keatas permukaan. Satu ciptaan gambar yang
berwarna. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas
permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.. Satu hasil kerja
estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D.. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau
alatan lain. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke
atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen
warna.Kolaj.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu
bahan ke atas suatu permukaan.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja
dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain
di atas permukaan 2D..satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian
imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan
ditindih.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi..
Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj..
Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai
media..Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada
imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan
daripada berbagai warna dan corak.. Satu teknik menggambar di mana
foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan
di satukan di atas permukaan..Teknik di mana imej bergambar atau
corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama
lain.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai
elemen.. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu
permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema
tertentu.
MONTAJ. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu
permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan, alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang
berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk
atau tema.. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja
seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan
yang lain.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto
dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. imej yang terhasil
daripada cantuman beberapa imejan. hasil seni mengandungi
sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,
majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej..komposisi gambar dicipta
dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai
cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu
hasil karya montaj.. Proses membuat gambar dari beberapa gambar
atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama
lain..Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi
daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada
foto-foto.. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya
menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun
menjadi satu hasil kerja seni. Aktiviti superimpose daripada
berbagai elemen
SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk
menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan
menggunakan pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi
meningkatkan kreativit dan daya imaginasi untuk mencapai objektif
pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat
Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Seni
Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang
tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang
lebih bersifat holistik.Integrasi seni muzik dengan matapelajaran
lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak
kanan. murid -murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan
penghayatan secara berperingkat atau sequential. Aktiviti seni
pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap
pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan
melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan
kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat
pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka
lakukan. Manakala seni visual pula mendatangkan kesan positif dari
segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya
pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej
tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan
kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
mengembangkan pemikiran yang kritis.
1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata
pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika
dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untukmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran
ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan
bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakanyang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami
kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas
kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan
ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan
imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang
dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami
dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan
menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu
kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria
ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan
sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam
subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual
menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan
grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud
yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi
subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik
seni dan berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak
membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap
dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif
budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai
dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan
guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang
kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses
individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk
lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan
penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh
disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang
terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan
dengan beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran,
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini
akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata PelajaranDengan
adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran
akan dapatmengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan
kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah
pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran
yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya
setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan
yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan
satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap
pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik
akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan
mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi,
kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.
Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan
yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar
belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai
sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
pelajar.Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik,
objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada
pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan
membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada
sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya
secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu
dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda
pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju
atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk
anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan
bertema.
Mata Pelajaran : Sains Tahun EmpatTajuk : 3.1 Basic needs of
PlantsTema Persekitaran : Pokok
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan
sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan
pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin
bertiup,(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza
tinggi, rendah, berterbangan.Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok
tumbang(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiupSeni
Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti
gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai
warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti
penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah
dibuat.
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan
dapat membantu,- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)-
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran
(muzik)- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna
yang berbeza-beza(seni visual)- melakukan pergerakan lokomotor
(pendidikan jasmani)
3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata
pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua
matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu
tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan
menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok
bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan
diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan
aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan.
Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan
peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat
memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang
akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah
didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti
dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih
mencabar.
3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh
dijalankan dalam P&P
a)PenggabungjalinanBermaksud sebagai proses mengintegrasikan
pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang
integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini
berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara
harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini
akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang
berkaitan dengan cara bersepadu.
2)PenyerapanPenyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi
kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu
pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar
akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3)PenerapanKonsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses
menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja
kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni,
nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar,
nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)PemulihanPemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus
bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.
Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan
dan kemahiran.
5)PengayaanAktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar
yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu
pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh
membantu murid dalam pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam
bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.
Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di
dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap
kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu
unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan
media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan
maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni
dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian
masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang
baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.
Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang
kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan
guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian
daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang
bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut
untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami
ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan
remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar,
sentuh, bergerak dan berfikir dengansetiap aktiviti
pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini
pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan
menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan
mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai
pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan
di dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang
benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh
melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri
melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi
dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk
merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia
mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan
mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami
dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan
satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah
disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar
telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan
emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya
boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1 : KONSEP
DAN LATAR BELAKANGSOALAN TUTORIALAnda dikehendaki membaca beberapa
artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan.Senaraikan
faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan
kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan
kepada teori pembelajaranJawapan anda hendaklah disokong dengan
pandangan tiga orang tokoh dalam bidang ini..Kanak- kanak gemar
bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan
mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai
beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan
yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11),
kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan
sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk
mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka
adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi
bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah
perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.Teori Howard Gardner
menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2
kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan
sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni.Seni merangkumi
muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi.
Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan
dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk
pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki
bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya
kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka
bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.Pengenalan seni
dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak
dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan
jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan
penuh sedar.Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak,
secara tidak langsung merangsang daya kreativti yang tersimpan di
dalam jiwa mereka. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran
pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekprisi spontan mereka.
Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu
pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor
termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan,
tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan
dalam proses pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor
pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban. Analisis ini dapat
mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam
bidang pergerakan.Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya
Kanak-kanak mendengar ritma atau alunan muzik yang menarik
perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada
perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan
kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana
fizikal akan menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak.
Di samping itu, muzik tidak jauh beza dengan nada dan irama di mana
ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan tempoh akan
mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta
memperlihatkan ekpresi emosi.Pembelajaran tarian sangat penting
kerana aspek ini dapat memberi kesan memori yang panjang di mana
mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.Sebagai contoh irama
muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak rentaknya
seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang
Pagi, Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang
akan menghiburkan perasaan mereka.Elemen masa boleh digambarkan
menerusi rentakan dan alunan tubuh badan, seperti denyutan nadi,
denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak memnpunyai
naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak
denyutan memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan
rangsangan. Selain penggunaan alat muzik untuk mengiringi
pergerakan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran, mereka
juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan bunyi-bunyi
dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh
menggembirakan hati mereka.Melalui pendidikan muzik dapat membantu
mereka untuk merasai pergerakan secara intim, memupuk naluri
terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann pergerakan mereka. Untuk
memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan kanak- kanak
dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk
ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta
dapat munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni.
Daripada adunan ritma, aktivitu seperti berjalan, melangkah,
berlari dan melompat dapat dihasilkan.Penggunaan muzik dalam proses
pembelajaran sangat meluas kerana ia meningkatkan kemahiran
berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar irama muzik
mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang
sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut.
Melalui pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan
andaian serta menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia
ada. Ini dapat membantu pendidik meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan lagi. Dengan
mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu
sama lain. Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu
sama lain.Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada
kanak- kanak kerana proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran
dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini bererti kanak- kanak
dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain masalah, memberi
konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga ia
dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana mereka cuba
mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi
yang sihat apabila bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak yang
lain.Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk
melukis, mengukir, mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya.
Dalam pada itu, ia juga membantu mengembangkan daya kreativiti dan
mencungkil minat kanak-kanak terhadap keunikan seni. Justeru itu,
kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang untuk
mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga
membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang
tersendiri. Melalui seni visual mereka akan memperlajari membuat
pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas, mudah memahami dan
mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk belajar
kepada kanak- kanak untuk lebih megingati pelaran yang
dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya
malumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kapada
kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan reka
bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.TAJUK 3 :
IRAMA, WARNA DAN RUANG.SOALAN TUTORIALBerdasarkan senario waktu
rehat di sekolah anda,tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik
berasaskan pemerhatian yang berikut : Bunyi yang anda dengar
Pergerakan manusia Susunan peralatan Warna-warna pada
makanan,pakaian dan peralatan.Reka satu aktiviti yang berkaitan
dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik
darjah.Bunyi yang anda dengar : Bunyi loceng Suara murid bergerak
ke kantin ,perlahan Suara murid membeli makanan,sederhana Selepas
makan murid bermain,bunyi kuat Gambaran bunyi boleh dilihat pada
bulan dibawah ini yang menunjukkan bunyi perlahan.sederhana, kuat
dan senyap / perlahan.Pergerakan manusia: Semasa bunyi loceng murid
bergerak perlahan dan beratur. Semasa sampai di kantin murid
bergerak secara sederhana untuk membeli makanan Setelah membeli
makanan pergerakan agak laju dan suasana yang bising.Susunan
peralatan : Makanan nasi goreng mee, nasi lemak, nasi ayam, laksa
disusun pada satu tempat. ayam goreng, kentang goreng Kuih-muih,
disusun pada satu sudut lain Tempat membeli makanan lelaki dan
perempuan diasingkan. Sudut buah-buahan juga berasingan dengan
sudut minuman Susunan meja kantin antara lelaki dan perempuan juga
berlainan Tempat melatakkan pinggan dan cawan yang kotor
disediakanWarna pada makanan, pakaian dan peralatan: Warna makanan
pelbagai dan menarik merah, hijau, kuning, ungu. Warna pekaian
bercorak-corak dan bewarna Warna peralatan pinggan, mangkok, merah
, hijau, kuning.Aktiviti yang sesuai diaplikasikan di dalam bilik
darjah ialah membuat pergerakan bebasDi seluruh kawasan bilik
darjah : Berdiri tegak di kawasan yang bebas keseluruhan kelas
dengan tangan melakukan pergerakan perlahan Meneroka ruang di
sekeliling bilik darjah sambil meregangkan tangan secara perlahan,
sederhana, laju dan perlahan ke hadapan dan ke belakang. Dengan
iringan muzik seperti Lagu Gazal Pak Ngah Balik Bulan
Mengambangmurid bergerak mengikut rentak pergerakan secara kreatif
mengikut ruang dalambilik darjah.TAJUK 4 : DERIA DAN SENISOALAN
TUTORIALi) Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa
yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria,
terutamanya, dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta
guru.1. Lihat - melihat dan menganalisis apa yang dilihat. melihat
sesuatu pemandangan, objek atau peristiwa. memahami apa yang
berlaku. berlaku dalan P&P sehari-hari murid melihat carta,
gambar dan guru mengajar untuk menambah ilmu pengetahuan.2. Lidah
(rasa) mengerut muka apabila merasa masin. menunjukkan sesuatu yang
tidak disukai. guru boleh menggambarkan ekspresi muka yang berkerut
apabila memarahi murid. Ini menunjukkan guru tidak suka pada
kelakuan tersebut.3. Dengar mendengar muzik dan meggerakkan kaki,
menari atau menghayati sesuatu yang didengar. suasana yang tenang (
tidak bising). mendengar pengajaran guru di dalam kelas.4. Hidu
Gembira bau wangi Tidak ceria-bau busuk suasana kelas yang wangi,
tidak berbau dengan bauan boleh meningkatkan kualiti pengajaran
& pembelajaran . bau badan akibat berpeluh tidak menyelesakan
proses P&P.ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya
dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami
dan mengenalpasti perlakuan di sekeliling kehidupan harian
anda.iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada
ruang yang disediakan .Aktiviti Jenis Deria Melukis gambar
pemandangan dan warnakannya Pelajar membuat pergerakan berdasarkan
peristiwa dalam gambar tersebut Pelajar mengekspresi suasana dengan
menggunakan alat-alat muzik( Gambar Suasana Pantai )-Lihat,
rasaPergerakan perlahan- sangat perlahanPiano ( Irama yang syahdu
dan mendamaikan ) Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara
manusia. Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang sesuai dan
menggambarkan dalam bentuk seni visualDengar, rasa, lihat,
sentuhMuzik Jangan kau mimpi Membolehkan pelajar untuk meninjau
tekstur dan kontur sesuatu permukaan Pelajar menutup mata dan
menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas
pasir, fabrik benang bulu dan kapas. Pelajar membanding beza
sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan. Rasa
Lembut atau kesatRata atau mengerutuKertas pasir- MengerutuBenang
bulu lembutKapas halus dan ringanLembut perlahanKasar agak keras
dan agresifKesat sederhana perlahan Membuat latihan pernafasan
Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi anda untuk
menunjukkan bau harum, udara nyaman dan kemudian melukis imej
visual mengikut sepertimana yang diekpresikan.* Mulut yang ketiga
di sebelah buat mata sepet seperti nyaman Tarik nafas selama 5
saat(tulis sendiri harum, busuk, nyaman ) Susah nak tulisTAJUK 5 :
PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESISOALAN
TUTORIALBerdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan
rakan-rakan anda dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu.
Anda dikehendaki menggunakan bahan-bahan gantian untuk
menggambarkan eksplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi
itu.LAKONAN SITUASI DI PASAR MALAMEksplorasiPenggunaan Ruang, Warna
dan BunyiRuang : Perlakuan aktiviti jual beli / tempat berniaga /
kawasan (tapak gerai)Warna : Peralatan, Bahan Jualan, Pakaian,
Tempat / KedaiBunyi : Muzik, Bising (orang bercakap), penggunaan
alatan (Plastik, timbang, bakul-bakul dan
sebagainyaPengalamanMembeli barangan di pasar malam.Contoh barangan
yang dibeli : makanan buah-buahan, barang-barang kering,
barang-barang basah, pakaian, kasut, air dan barang-barang
plastik.EkspresiProses tawar menawar antara pembeli dan penjual
melibat ekspresi wajah.Proses membeli dan menjual juga melibatkan
ekpresi wajah.Kepentingan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah1)
Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai
disokong oleh Howard Gardner yang menyatakan bahawa setiap individu
dikurniakan dengan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Setiap
potensi yang ada boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan tersebut ialah:a) Kecerdasan linguistik
merangkumi kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan
kata,tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.b)
Kecerdasan logikal-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan
nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks,
menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah.c) Kecardasan visual-spatial merujuk kepada
kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna,
mencipta gambaran mental serta mengamati dunia visual.d) Kecerdasan
muzik merangkumi kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian
alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap
ritma dan melodi muzik.e) Kecerdasan tubuh kinestetik ialah
kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan tubuh badan, kawalan
anggota, sukan, permainan dan mereka-cipta gaya menari.f)
Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial
termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta
berkomunikasi dengan berkesan.g) Kecerdasan intrapersonal ialah
ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama,refleksi
pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap
perasaan diri.Dengan adanya Seni Dalam Pendidikan, murid murid
dapat membentuk imaginasi yang berkesan dalam menghasilkan
pengetahuan baru. Berdasarkan rangsangan yang diberikan murid murid
dapat berfikir secara kreatif dan kritis sebagaimana yang
dinyatakan dalam kecerdasan logikal matematikal.2) Melalui aktiviti
Seni Visual, Muzik dan Pergerakan kanak kanak dapat melibatkan diri
dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokan Teori
Konstruktivisme ada menyatakan bahawa pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dalam sesuatu
pembelajaran dan bukan menerimanya secara pasif. Mereka berusaha
untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru dengan menggunakan
cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada
supaya dapat meyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul.Organ
deria memainkan peranan yang penting dalam memperolehi pengalaman
dan ilmu pengetahuan yang terdapat di sekeliling. Organ organ deria
akan bertindakbalas dengan rangsangan rangsangan yang sesuai
daripada persekitaran, kemudian di proses dalam otak untuk menjadi
pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna seterusnya diamalkan
dalam suatu situasi yang sesuai.Jadi, berdasarkan teori ini guru
memainkan peranan penting bagi membolehkan pelajar membina
pengalaman baru dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokan seterusnya pelajar boleh bertindak secara aktif.
Misalnya, bagi matapelajaran Bahasa Inggeris guru boleh
meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dengan
memperdengarkan kepada pelajar beberapa buah lagu Inggeris. Pelajar
diminta bersama sama menyanyikan lagu tersebut.Setelah selesai,
pelajar dikehendaki mencatat dan menyebut beberapa perkataan yang
baru didengar. Jadi di sini, ia dapat menambahkan perbendaharaan
kata pelajar tersebut sekaligus mereka mendapat pengetahuan
baru.Menurut teori ini lagi, pembelajaran hanya boleh bermula
apabila wujudnya tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.
Dengan adanya Seni Visual, Muzik dan Pergerakan ia boleh dijadikan
sebagai rangsangan kepada pelajar. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi yang dapat mendorongnya berusaha
memikirkan erti rangsangan tersebut.3) Membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan melalui integrasi Seni
Visual, Muzik dan Pergerakan Di sokong oleh Hermann yang menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang
individu. Dengan adanya Seni DalamPendidikan, ia dapat
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini kerana,
dalam Seni Dalam Pendidikan terdapatnya integrasi antara seni
visual ,muzik dan pergerakan. Otak kiri dan otak kanan masing
masing mempunyai peranan yang tertentu. Menurut Roger Sperry
(1981), otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa
logik, analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan
ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam
bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak,
pola, ruang, lukisan, gambar, di samping perasaan, irama, muzik dan
imaginasi.Kalau sebelum ini sistem pendidikan dilihat banyak
memberi penekanan perkembangan otak kiri iaitu membaca, menulis,
mengira, menganalisis dan menaakul tetapi adanya Seni Dalam
Pendidikan, ia dapat membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri
dan otak kanan melalui integrasi seni visual, muzik dan pergerakan.
Ini kerana, aktiviti aktiviti tersebut dapat memberi peluang kepada
otak kanan untuk berfikir secara kreatif tentang apa yang dilihat
dan disaksikan.4) Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan
memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda alam. Dengan
demikian, aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan membantu
mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran Kebolehan
mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam Seni Dalam
Pendidikan boleh memudahkan proses menghubugkaitkan semua benda
alam. Penggunaan seni visual sebagai Alat Bantu Mengajar dalam
p&p boleh membantu mengaktifkan pembelajaran dan memudahkan
pemindahan pembelajaran. Ini kerana, kanak kanak memang suka kepada
sesuatu yang bergambar, berwarna ( seni visual ), berbunyi dan
berirama (muzik) serta aktiviti yang melibatkan pergerakan. Hal ini
di sokong oleh tokoh dalam Teori Konstruktivisme yang menyatakan
bahawa kanak kanak melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif
dan bukannya secara pasif.
Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan SeniSeni merupakan asas
kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat
meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan
pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan
kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut
digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan
kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa
sebarang perbezaan.Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak
dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk
memperkenalkan tajuk Lebah. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu,
mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang.
Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu
pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama,
mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan
masyarakat umum. Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan
remajaSembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.1. Keinginan untuk
bergerak. - Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan
melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal2. Keinginan untuk
berjaya dan diiktiraf - Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya
tetapi inginkan kejayaan itu dihargai3. Keinginan untuk diterima
oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat -
Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan
dihormati oleh orang lain4. Keinginan untuk bersaing - Kanak-kanak
suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal
dan setara dengan rakan-rakan sebaya.5. Keinginan ketangkasan
fizikal dan sebagai sumber daya penarik. - Kanak-kanak gemar kepada
aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri
untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.6. Keinginan untuk
meneroka - Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan
yang luar biasa tetapi menyeronokkan.7. Keinginan untuk pencapaian
kreatif. - Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui
aktiviti kreatif8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui
pergerakan. - Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk
meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.9. Keinginan
untuk kefahaman. - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin
mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru
itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta
interaksi mereka dengan persekitaran. Semasa sekumpulan kanak-kanak
sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba perhatikan
perkara-perkara berikut :- Bagaimana mereka menguruskan permainan
ini- Bagaimana menyembunyikan diri mereka- Tindakan-tindakan yang
boleh diambil oleh orang yang mencari- Ekspresi mereka apabila
mereka ditemui.SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAKUntuk setiap
keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki
membericontohberdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap
kanak-kanak. Keinginan untuk bergerakMenggunakan kerusi roda
pesakit di hospital sebagai kereta.2.Keinginan untuk berjaya dan
diiktiraf.Mempamirkan sesuatu lukisan yang dihasilkan di dalam
kelas; atau dicopbintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan
dalam buku aktiviti ataubuku latihan.3.Keinginan untuk diterima
oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalammasyarakat.Memberanikan
diri menyanyikan sesuatu lagu dihadapan kawan-kawan disekolah atau
memenangi tempat pertama dalam kuiz Bahasa Arab, Tilawah
1. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR
BELAKANGFaedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah:1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada
keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan
teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan
bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita
suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang
ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan
warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita.
Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita
pelajari.2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan
ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu
kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada.
Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang
undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat
dikenalpasti.3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses
pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang
kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan
personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran
intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat
memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan
kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah 1 2.
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan yang dikatakan seni yang dapat
menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.4. Belajar
cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni
dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif
dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang
lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni
dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai
situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan
lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran
dengan perlakuan kita.5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan
kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada
pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami
dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan
dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah
penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan
seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti
menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian
melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. 2 3. WAJ3107:Seni Dalam
PendidikanFaedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada
seorang pendidik dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Seni
dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruhdan
seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaridengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan
bermatlamat untukmenyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan
pengetahuan dan kemahiranuntuk mengintergrasikan aktiviti Seni
Visual, Muzik dan Pergerakan dalam prosespengajaran dan
pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti
ini,ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiridan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam
pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi gurudalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran denganmengaplikasikan
teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di
sekolahrendah.Faedah dan kepentingan seni kepada seorang
pendidik:1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka,
berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis
dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,
ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif
mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada
murid- murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
3 4. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan2. Membantu guru melaksanakan
dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para
guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.3.
Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual,
muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept
(1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam
pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia,
Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan
tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik
dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori
ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui
pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
4 5. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Pendidikan Seni menyarankan
strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang
teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa
ditegaskan.Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah
rendah murid boleh:1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara
aktif, kreatif dan menggembirakan.2. Menajamkan daya persepsi
melalui pancaindera.3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya
serta dapat menggunakannya.4. Mengembangkan kemahiran asas dalam
pelbagai kegiatan seni5. Membiasakan diri membuat rekaan seni
dengan teratur, cermat dan selamat.6. Memupuk nilai-nilai
kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.7. Menyedari dan
menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan
keselesaan hidup.8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai
kesenggangan yang berfaedah.9. Mengenal dan menghargai asas-asas
seni dan kraf serta budaya tanah air. 5 6. WAJ3107:Seni Dalam
Pendidikan TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENISemasa sekumpulan
kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hideand seek), cuba
perhatikan perkara-perkara berikut:1. Bagaimana mereka menguruskan
permainan ini. Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai
yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih.
Anggota yang lain akan menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng
hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada
pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat
keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan
markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat
dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain
sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng
diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada
syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi
seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama
yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada
permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang
dapat dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira
bilangan ahli yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari
menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari
ke arah loceng lalu membunyikannya.2. Bagaimana menyembunyikan diri
mereka. Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk
menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai,
jauh dan susah untuk dicari oleh si pencari. 6 7. WAJ3107:Seni
Dalam Pendidikan3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang
mencari. Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk
mencari pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan oleh hakim.4. Ekspresi mereka
apabila mereka ditemui. Biasanya, apabila pencari dapat mencari
atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan
kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak
strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut
kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama
kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si
pencari.Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak1. Keinginan untuk
bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan
melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya
melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.2.
Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar
ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya,
kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan
kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan
ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu
pengiktirafan dan penghargaan.3. Keinginan untuk diterima oleh
kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak
inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh
orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan
supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat
sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai
dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan
dan mereka dianggap tidak kedekut. 7 8. WAJ3107:Seni Dalam
Pendidikan4. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing
untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara
dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak- kanak memanjat tangga
atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan,
ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.5. Keinginan ketangkasan
fizikal dan sebagai daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti
fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk
menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan
merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa
jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik
kepada kanak-kanak yang lain.6. Keinginan untuk meneroka.
Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar
biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri
dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan
mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi
keseronokan kepada mereka.7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta
seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula
atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya
bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan
baru wujud dalam minda mereka.8. Keinginan untuk meluahkan perasaan
melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang
untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.
Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak
muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan
rancak mengikut irama yang dimainkan. 8 9. WAJ3107:Seni Dalam
Pendidikan9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai
keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari
perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan
merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan
lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti
watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami
keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya menjiwai
watak tersebut. 9 10. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 3 IRAMA,
WARNA DAN RUANGUbahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana
lebih menarik untukbelajar. Catkan dengan warna yang lembut dan
boleh memberi ketenangan. Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti
sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya yang dicatkan dengan
warna yang berlainan dan menarik perhatian murid. Warna langsir
mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk
menampakkan lebih keceriaan. Meja mestilah dilapik dengan kertas
warna yang menarik dan dilekatkan plastik di atasnya agar murid
lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.Peranan warna
dalam kehidupan harian Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya,
bila memakai baju lembut atau garang atau terang. Warna dapat
melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. Warna boleh
memberi motivasi dan semangat kepada kita. Warna memberi ketenangan
dalam kehidupan. Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.Ruang
Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan
sesuatupergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa
sekiranya kitamelakukannya di tempat yang luas kerana terdapat
banyak udara dan senang untukbergerak dengan bebas. Pergerakan yang
dilakukan di tempat yang sempit dandalam berkeadaan duduk
menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapatbergerak
dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Menurut
Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia(1983)
menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat
duniadengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi
lebih peka terhadap 10 11. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikanwarna,
garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu,
pergerakanjuga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita
bersenam di tempat yangluas dan mempunyai udara yang segar seperti
di taman atau di padang, kita akanmerasa lebih selesa dan secara
tidak langsung keadaan akan mempengaruhipemikiran kita. Kita akan
merasa tenang dan segar dan puas. 11 12. WAJ3107:Seni Dalam
PendidikanBunyi Suasana Waktu Rehat Bunyi yang Pergerakan Warna
makanan, Susunan peralatan didengar manusia minunan & alatan
Berjalan Bunyi bersiul Meja teratur Hijau Bunyi bercakap / Kerusi
kurang Berlari oren menjerit teratur Bunyi ketawa Bersentuhan
Pensil berselerak putih Bunyi berjalan Bertepuk tangan Buku tidak
kemas merah Bunyi berlari Berdiri tegak Kasut tidak teratur jernih
Tong sampah Bunyi tepukan Berlari anak coklat rebah Bunyi ronyokan
Menoleh kiri dan silver kertas dan plastik kanan Bunyi benda
Berpusing badan Biru tua terjatuh Bunyi mengunyah Mengangguk Hitam
makanan kepala Memegang Bunyi menyanyi sesuatu 12 13. WAJ3107:Seni
Dalam PendidikanTAJUK 4 DERIA DAN SENI AKTIVITI JENIS DERIA Melukis
gambar pemandangan dan warnakannya. Lihat dan sentuh Pelajar
membuat pergerakan berdasarkan peristiwa Lihat dalam gambar
tersebut. Lihat, sentuh, Pelajar mengekspresikan suasana dengan
dengar dan rasa menggunakan alat-alat muzik. Mendengar bunyi
alat-alat muzik dan suara manusia. Dengar Pelajar bertindak balas
dengan pergerakan yang Rasa dan sentuh sesuai dan menggambarkan
dalam bentuk seni visual. Membolehkan pelajar untuk meninjau
tekstur dan Lihat dan rasa kontur sesuatu permukaan. Pelajar
menutup mata dan menyentuh sesuatu objek Sentuh dan rasa yang
diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan
kapas. Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami Sentuh dan
rasa dan mengekspresikan melalui pergerakan. Membuat latihan
melalui pernafasan. Hidu Melakukan pergerakan dengan menggunakan
Lihat dan hidu imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara
nyaman dan kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana
yang diekspresikan. 13