-
AbstrakPENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Prof Madya Hj.Iberahim HassanFakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Malaysia
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina
keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh
mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan
memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu
berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Keupayaan membaca,
membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini
termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni.
Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia meliputi memahami
simbol-simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang lingkup
kehidupan manusia secara universal. Disamping keupayaan ini
menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina
kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu
juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan
seni.Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya
untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah
pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan
memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan
berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab
persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian
pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat
diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Hasil penilaian
juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya
lebih berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh
manakah objektif yang dirancang tercapai. Penilaian juga untuk
menilai keseluruhan kandungan program, sikap, pencapaian pelajar
dan sebagainya. Tetapi kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian
pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan
seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dilakukan untuk
pelajaran ini. Terdapat juga berbagai pandangan dan garis panduan
yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel, umpamanya
menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditantukan bagi
setiap tahap pelajaran pendidikan seni visual, menggunakan
portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan
hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria
penilaian, umpamanya pandangan Rob Barnes (1987) terdapat lima
perkara yang perlu dinilai iaitu: proses kerja, pengendalian bahan,
penggunaan media, kamahiran kritikal dan peringkat-peringkat
perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan
objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi,
keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan
organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan
kepuasan / keseronokan. Penulis juga akan membincangkan bagaimana
untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah dan
apresiasi seni dan perkembangan dalam estetika. Secara umum akan
membicarakan metodologi untuk mengendalikan penilaian untuk
pendidikan seni visual.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
1
-
Prof Madya Hj.Iberahim HassanFakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim, Perak,
Malaysia
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina
keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh
mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menggunakan
bahasa visual bagi membaca dan menghargai imej-imej visual.
Keupayaan membaca, membuat interpritasi dan membuat justifikasi
secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui
berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia
meliputi memahami simbol-simbol budaya yang terdapat
kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara
universal. Disamping keupayaan ini, menerusi Pendidikan Seni juga
pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam
berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan
berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras
kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Mata pelajaran ini perlu
memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan
dan kemahiran tersebut. Oleh itu tentulah ada cara untuk mengumpul
segala maklumat yang berkenaan bagi mampastikan sejauh manakah
matlamat pelajaran ini berkesan dan telah dilaksana dengan jaya.
Makenisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan
mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian. (Untuk kertas ini
istilah penilaian akan terus digunakan)
Mengapa perlu penilaian dalam pendidikan seni?
Sebelum kita membicarakan tentang penilaian mata pelajaran
pendidikan seni ini satu persoalan perlu dijelaskan. Adakah seni
boleh dinilai ? Terdapat berbagai pandangan yang mandasarkan
hujahnya bahawa seni itu bersangkutan dengan suatu proses yang
subjektif berkaitan dengan perasaan, yang merupakan pengalaman
individu menghasilkan produk, memerhati dan menterjamah makna
visual kepada bentuk seni semuanya itu adalah sesuatu proses yang
amat peribadi sifatnya. Maka adalah diluar jangkaan objektif
penilaian jikalau seni itu dinilai oleh orang lain. Sebenarnya isu
ini sudah lama dibahaskan. Sekiranya seni tidak boleh dinilai atau
diukur secara rasional maka tiada tempat untuk mata pelajaran seni
dimuatkan ke dalam kurikulum pendidikan. (Best 1992)
Best, seterusnya menyatakan kerja-kerja seni itu adalah
memaparkan pernyataan artistik yang merupakan pernyataan suatu
bentuk kefahaman yang membantu kita menterjemah apa yang kita
pandang dan lihat sama ada ianya catan, tembikar, atau bangunan.
Kita mengunakan reason untuk membuat interpretasi. Maka perasaan
artistik itu ada rasionalnya yang khusus yang melibatkan proses
penghakiman walaupun dikatakan ianya amat peribadi sifatnya tetapi
masih boleh dinilai. Oleh itu penilaian seni itu tentulah ada
justifikasi rasionalnya untuk dinilai oleh pihak lain dan jikalau
ianya
2
-
merupakan salah satu daripada mata pelajaran dalam sistem
pendidikan tentulah ianya akauntabel untuk dinilai.
Sebagai contoh jikalau kita teliti proses kerja seni yang
dilalui oleh seseorang pelajar: Apabila ianya menghasilkan produk
seni pelajar itu cuba menghubungkan pengalaman pertamanya terhadap
suatu gubahan seni. Pelajar itu akan menapis pengalaman dan
kemahiaran seninya lantas disesuaikan dengan pengetahuannya tentang
persekitaran, semasa menghasilkan karya. Situasi ini adalah
merupakan kualiti pemikiran dan kreativiti yang terus
diperkembangkan menerusi litrasi visual dan pengetahuan seni.
Proses sintesis diaplikasi dalam kontaks khusus ketika membuat
karya tersebut. Itu adalah kualiti pengetahuan, kemahiran dan
kefahaman serta nilai yang sepatutnya menjadi matlamat pembelajaran
pelajar melalui mata pelajaran pendidikan seni. Untuk mencapai
matlamat ini pelajaran perlulah dirancang dengan teliti berdasarkan
matlamat dan objektif yang jelas yang bersandarkan kepada keperluan
pembangunan pelajar selari dengan matlamat dan asperasi pendidikan
sesebuah organisasi, negeri atau negara. Manakala perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pula perlulah
dilaksanakan dengan serious dan terancang, lengkap dengan sumber
dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Untuk
menentukan tahap pencapaian dan kesesuaian program pendidikan seni
itu dan untuk mengenalpasti sejauh mana matlamat dan objektif
tercapai maka proses penilaian perlu dilakukan.
Untuk apa dan untuk siapakah penilaian ini dilakukan ?
Menurut Al Hurwitz dan Michael Day (1995): Penilaian mesti
dilakukan sepadan dengan objektif-objektif yang telah ditentukan
untuk suatu pelajaran dan keputusannya perlu dilaporkan secara
jelas dan memberi makna kepada yang menerimanya. Lima soalan asas
perlu diajukan mengenai sistem penilaian iaitu: Siapa yang akan
dinilai ? Mereka yang terlibat untuk penilaian ini adalah: Para
guru, pelajar, atau agensi-agensi luar yang terlibat dengan program
Pendidikan Seni ini. Apa yang akan dinilai? Yang akan dinilai itu
adalah berbagai aspek umpamanya untuk menilai sikap, atau
kesesuaian kandungan kurikulum seperti, kemahiran, pengetahuan atau
proses dan prosidur. Siapa yang akan dinilai? Yang akan dinilai
adalah pelajar sekolah, guru, atau pelajar yang terpilih, umpamanya
pelajar-pelajar yang mempunyai keistimewaan tertentu, atau pelajar
yang bermasalah dalam pembelajaran. Apakah had yang hendak dinilai?
Mungkin kumpulan yang hendak dinilai itu hanya beberapa kumpulan
pelajar, atau sebuah darjah, seluruh sekolah, keseluruhan program
seni atau seluruh negara? Dan akhir sekali adalah: Apakah tujuan
dan fungsi penilaian itu?
Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai
maklumat kepada guru, pelajar dan keluarganya tentang kemajuan dan
perkembangan pembelajaran pelajar. Menurut Eisner(1985), hasil
daripada suatu penilaian, boleh dijadikan
3
-
sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar
yang bermasalah dalam mata pelajaran pendidikan seni. Hasil
penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan memperbaiki
kurikulum pendidikan seni supaya lebih berkesan. Bahagian atau
tajuk manakah yang perlu lebih tumpuan. Atau ada tajuk-tajuk yang
didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru.
Penilaian berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program
sejauh manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan
objektif program itu, dimanakah kelemahan dan kekuatannya, hasil
daripada maklumat yang dikumpul melalui penilaian boleh dijadikan
sebagai petunjuk dan panduan bagi memperbaiki kelemahan yang ada
dan mengetahui dimanakah kekuatan program itu.
Satu lagi tujuan penilaian adalah untuk mengukur pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran pendidikan seni. Penilaian ini yang
sering kita lakukan sama ada secara berterusan (formatif) atau di
hujung sesuatu sesi persekolahan (sumatif). Penilaian formatif
berfungsi untuk melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan
pelajar secara eksplisit, umpamanya dapat mengukur tahap-tahap
perkembangan kemahiran (psikomotor) pelajar dalam sesuatu aspek
kemahiran, melihat perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif)
yang memerlukan bimbingan, galakan dan pembentukan. Manakala
penilaian berbentuk sumatif lebih bertujuan untuk mengukur sejauh
manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu
(kognitif).
Kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian
ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni visual
ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Bagaimana untuk mengurus penilaian pendidikan seni ?
Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa
prinsip, perlu ada kesahihan dan keboleh-percayaan, apa yang
dinilai itu adalah berkaitan dengan falsafah, matlamat dan objektif
kurikulum pelajaran tersebut, menilai apa yang telah diajar dan
dipelajari oleh pelajar. Dari aspek kesahihan penilaian perlulah
diuruskan secara objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil
kira kaedah, penggridan (scoring), ada etika (ethics)dan equiti,
bukan sekadar melakukannya secara sewenangnya. Secara prinsipnya
penilaian perlu dilakukan secara beretika, berkesan, boleh
dipercayai, rapi dan adil. Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk
melaksanakan penilaian guru-guru pendidikan seni perlulah menilai
kembali kaedah atau method pengajarannya, adakah ianya menjurus
kepada matlamat dan objektif dan selari dengan prinsip-prinsip yang
dinyatakan di atas. Panduan Mengendali Penilaian:
4
-
Menurut Clement (1986) perlu ada framework (JPU) sebagai panduan
kepada guru-guru bagi mengendali penilaian pendidikan seni. Sama
ada penilaian itu secara formatif atau sumatif. Framework itu
seharusnya lebih fleksibel berbanding dengan mata pelajaran lain,
yang mengambil kira kepelbagaian bidang dan aktiviti dalam
pendidikan seni seperti bidang-bidang seni, kraf, design dan ilmu
seni yang lain. Penilaian juga perlu mengambil kira latar belakang
pelajar dan persekitarannya yang di bawa bersamanya ke dalam bilik
darjah. Ianya bolehlah diletakkan di bawah kriteria kefahaman baru,
yang melihat personiliti, kepekaan dan tindakbalas pelajar terhadap
sosio-budaya dan persekitarannya.
Penilaian juga perlu dilakukan secara berterusan dan berfokus
untuk membekalkan maklumat yang terkini. Penilaian yang dilakukan
adalah kontektual dan authentik (tulin), memenuhi keparluan
pelajar, untuk program pendidikan seni yang khusus, sesuai dengan
persekitaran bilik darjah dan masyarakat. Penilaian pendidikan seni
perlu ditumpukan kepada kedua-dua kategori iaitu penilaian untuk
proses dan produk seni, penilaian juga perlu responsif kepada
berbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai yang
merangkumi ketiga-tiga domain pendidikan iaitu, kognitif, afektif
dan psikomotor. Ianya selari dengan pandangan Lansing (1971).
Penilaian pendidikan seni juga responsif kepada memperkembangkan
pengertian cerdas (Sternberg, 1985 dan Gardner, 1983) dan
kreativiti. Guru pendidikan seni tentu peka dengan perkembangan
teori kepelbagaian kecerdasan sebahagiannya telah mengamalkannya di
bilik darjah. Perkembangan konsep cerdas ini yang diterokai oleh
Gardner, memaparkan lapan jenis kecerdasan yang berbeza telah
memberi potensi untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni dan juga penilaiannya. Manakala krerativiti pula,
hasil daripada penyelidikan terkini berfokus kepada penganalisaan
oprasi mental dan keunikan individu kreatif, penilaian untuk kelas
pendidikan seni ini boleh menumpukan kepada tingkahlaku kreatif
yang dikaitkan secara bermakna dengan proses menghasilkan produk
seni. (Beattie, 1997)
Lima kategori Untuk Penilaian:
Barnes (1987) telah memberi sumbangan yang berguna yang boleh
dijadikan panduan untuk penilaian pendidikan seni untuk pelajar
sekolah rendah. Beliau mencadangkan lima katogeri perlu dinilai.
Setiap kategorii itu mempunyai kriterianya:
1. Proses menghasilkan kerja-kerja seni:
Terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan
artiastik ketika menghasilkan kerja-kerja seni, seperti
perkembangan
5
-
idea, menukar-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu
dalam proses penghasilan karya atau produk akhir seni.
2. Penggunaan alat dan bahan:
Adalah mustahak diketahui sama ada pelajar telah menunjukkan
perkembangan dalam kemahiran pengurusan kepelabagaian bahan ketika
menghasilkan sesuatu produk seni. Kita perlu tahu setakat mana
pelajar berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya,
atau bagaimana keupayaan pelajar menggunakan gunting untuk
menggunting sesuatu motif. Dengan itu guru dapat merapatkan
hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni
dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat
menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses
kerja seni tersebut.
3. Penggunaan media
Guru juga perlu mengenalpasti sejauhmanakah pelajarnya telah
memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh
bolehkan pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan
bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design
sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan
corak, jalinan, dan sebagainya.
4. Kemahiran mengkritik:
Katogeri ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi
apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar
bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka
memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu
bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan
satu warna yang lain. Melihat persamaan dan perbezaan di antara
unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh
para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya
menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik
secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri
(self-assessment).
5. Peringkat perkembangan peribadi pelajar:
Guru juga perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap
perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972)
menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator
kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat
dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah
digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat
sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada
pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan
tahap perkembangan
6
-
yang sepatutnya. Sejauh manakah guru dapat mengesan perkembangan
pelajar dari aspek sikap peribadinya terhadap kerja seninya dan
kerja seni rakan-rakan sebayanya? Sejauh manakah pelajar boleh
menerima kritikan atau pandangan rakannya terhadap kerja-kerjanya
?
Apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai asas untuk guru
jadikan panduan bagi membuat sesuatu penilaian dalam pendidikan
seni khususnya untuk pelajar sekolah rendah.
Penetapan Standard
Ada setengah negara, di USA umpamanya, Consortium of National
Arts Education Association telah meletakkan piawai kebangsaan (
National Standard) setelah arts dijadikan sebagai subjek utama sama
mustahaknya dengan mata pelajaran akademik lain (Bates 2000 ms.
282), untuk dijadikan sebagai panduan penilaian pendidikan seni.
Berdasarkan standard yang ditetapkan, apabila tamat sekolah
menengah pelajar mengetahui dan berupaya :
1. berkomunikasi di peringkat asas dalam empat disiplin kesenian
: tarian, muzik, teater dan seni visusl
2. cekap berkomunikasi dalam salah satu daripada empat disiplin
tersebut
3. boleh menganalisis kerja-kerja seni4. dibekalkan dengan
maklumat yang cukup tentang kerja-kerja seni
yang berbagai budaya ,dari berbagai period pensejarahan5.
berupaya mengaitkan berbagai jenis pengetahuan dan kemahiran
seni merentasi disiplin.
Untuk mata pelajaran pendidikan seni visual mereka telah
menetapkan dua kategori standard iaitu yang berkaitan dengan
kandungan (content) dan pencapaian (achievement). Standard
kandungan adalah khusus apa yang patut pelajar tahu dan berupaya
melakukannya, mungkin boleh dianggap sebagai matlamat atau outcome.
Manakala standard pencapaian pula merupakan sub-kategori standard
kandungan pelajar bagi tahap-tahap tertentu , daripada grade K
hingga 4 , grade 5 hingga 8, dan grade 9 hingga 12. Standard
pencapaian ini boleh dijadikan sebagai objektif-objektif pelajaran
atau petunjuk (indicator).
Terdapat enam kriteria standard kandungan untuk grade K hingga
12, iaitu:
1. kefahaman dan aplikasi media, teknik, dan proses2.
menggunakan struktur pengetahuan dan fungsi3. membuat pilihan dan
penilaian terhadap kepelbagaian bahan tajuk
(subject matter)4. memahami hubungan antara seni visual dengan
sejarah seni dan
kebudayaan
7
-
5. membuat refleksi terhadap kerja-kerja sendiri dan kerja-kerja
seni orang lain dan menilai karektoristik dan merit
6. membuat perkaitan antara bidang-bidang seni dan antara
disiplin lain.
(Bates 2000. ms 283-285)
Dan setiap standard kandungan itu terkandung di bawahnya
kriteria standard pencapaian untuk pelajar : K - 4 , 5 hingga 8,
dan 9 hingga 12 .Seabagai contoh untuk standard kandungan (no.6)
Membuat perkaitan antara bidang-bidang seni dan antara disiplin
lain :
untuk pelajar K-4 : Standard pencapaiannya adalah :
Pelajar memahami dan boleh menunjukkan pesamaan dan perbezaan
antara karekteristik seni visual dengan seni-seni yang lain.
Mengenalpasti perkaitan antara seni visual dengan
disiplin-disiplin lain dalam kurikulum
Untuk pelajar 9-12: Standard pencapaiannya adalah:
Pelajar berupaya mengsintisis kreativiti dan menganalisis
prinsip-prinsip dan teknik-teknik dalam seni visual dan dalam
bidang seni yang lain secara terpilih dan digunakan dalam disiplin
kemanusiaan atau sains.
Pelajar boleh membandingkan bahan-bahan, teknologi, media dan
proses-proses seni visual dengan disiplin seni yang lain dari aspek
pengunaannya dalam proses penciptaan.
(Bates 2000. ms.258)Contoh di atas boleh diolah dan disesuaikan
dengan budaya dan amalan setempat. Dengan berpandukan kepada
standard yang telah ditetapkan penilaian pencapaian pelajar dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru boleh dilaksanakan,
standard itu sebagai kayu ukur.
Penilaian Alternatif (performance)Untuk menilai prestasi dan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni penilaian
secara tradisional biasanya mengunakan kertas, pen dan pensil,
ujian yang standard, soalan-soalan ujian berbentuk esei atau
objektif yang mempunyai berbagai pilihan jawapan, jawapan betul
atau salah, yang terlalu sempit dan ujian itu berasaskan kefahaman
dari pembacaan semata-mata dan mengukur aspek kognitif sahaja. Al
Hurwitz dan Michael Day (1995) telah mancadangkan cara untuk
mengendali penilaian ini bukan sahaja menggunakan bentuk penilaian
tradisional tetapi menggunakann juga bentuk penilaian alternatif
(performance) bagi menilai kemajuan pelajar dan pembelajaran
pelajar. Kriteria penilaian itu haruslah mengandungi aspek
berikut:
8
-
1. menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang
telah ditetapkan
2. menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh3. mengambilkira
pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding
secara dipecah-asingkan4. ambil kira proses dan hasil pengajaran
dan pembelajaran 5. melatih pelajar cara-cara membuat penilaian
terhadap pencapaiannya dan
membantu menilai kerja seni orang lain.6. mempastikan pelajar
berupaya membuat persembahan dan
mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak
ramai.
Oleh kerana pelajaran pendidikan seni ini berbeza daripada mata
pelajaran sekolah yang lain kerana ianya melibatkan kandungan
visual juga kandungan verbal dan hasil kerja kreatif pelajar maka
terdapat berbagai kaedah dan alat sama ada secara tradisional atau
alternatif boleh digunakan secara komprehensif untuk pengumpulan
maklumat penilaian. Sebahagian daripada alat penilaian yang
dicadangkan selain daripada ujian dan pepereksaan adalah:
kaedah pemerhatian kaedah temuduga kaedah perbincangan
menggunakan senarai semak (check list) menggunakan soal selidik
(questionnaire) meminta pelajar membuat karangan pengukuran sikap
(attitude) menggunakan portfolio (kaedah ini sering digunakan masih
amat
berkesan) dan menggunakan penilaian yang informal seperti
menggunakan kaedah
anekdot. Kaedah ini juga dikatakan amat berkesan. Guru
mencatatkan hasil pemerhatian terhadap pelajarnya, merekodkan
kekuatan dan kelemahan serta perlakuan pelajar secara berkala.
Catatan itu dikumpul dan dijadikan sebagai bahan bukti apabila guru
membuat analisa terhadap kemajuan pelajarnya.
(Al Hurwitz dan Michael Day,1995)
Untuk mengumpul maklumat penilaian terhadap perkembangan pelajar
dalam kerja-kerja studio dan hasil kerja seni, Michael (1998)
mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila membuat
penilaian berasaskan pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar
iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem,
perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika,
9
-
pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan /
keseronokan. (Lampiran 1) Bagi mengumpul maklumat terhadap
pencapaian dan tingkah laku pelajar dalam bidang sejarah seni
(kognitif domain) beliau mencadangkan beberapa kriteria berasaskan
enam tahap domain kognitif berasaskan teksonomi Bloom (1956).
(Lampiran 2.).Manakala untuk mendapatkan maklumat terhadap sikap
pelajar terhadap apresiasi seni guru boleh menggunakan senarai
semak, soal selidik atau borang pemerhatian. Michael telah
mengadaptasi skala sikap yang diperkembangkan oleh Michael
Stuckhardt (1976) dan Stuckhardt dan Jerry Morris (1977,1980) untuk
mengenal pasti sikap pelajar terhadap pengalaman seni mereka.
(Lampiran 3)
Kesimpulannya
Pada kebiasaannya amalan penilaian bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah atau
sekolah menengah adalah sekadar menilai tahap kemahiran dan
keupayaan pelajar dalam menghasilkan sesebuah karya dengan
menggunakan bahan, peralatan dan media yang termampu disedialkan
oleh pihak sekolah dan pelajarnya. Guru akan menilai secara
impresif terhadap keupayaan pelajar menghasilkan kerya seninya
berdasarkan kesesuaian tema yang diberi, kecekapan menggunakan alat
dan bahan untuk transformasi idea menerusi media melalui pengolahan
unsur-unsur seni visualnya. Guru juga akan mengukur sejauh mana
kreatifnya pelajar menyelsaikan masalah artistik secara ekspresif.
Penilaian begini sering dilakukan terhadap hasil kerja studio
pelajar untuk kegiatan seni halus. Begitu juga apabila guru-guru
menilai kerja-kerja kraf pelajarnya selain daripada aspek yang
telah dinyatakan di dalam prernggan di atas guru akan menilai
keupayaan pelajar menggunakan alat dan bahan mengikut proses dan
prosidur sesuatu jenis kraf yang dihasilkan oleh pelajar
berdasarkan kriteria khusus. Kraf lebih meberi tumpuan kepada
ketepatan, kesempurnaan, teliti, dan kehalusan kerja yang
menunjulkan kualiti estetika yang tinggi. Penilaian lebih tertumpu
kepada kecekapan atau keterampilan.
Manakala pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada
bidang-bidang ilmu dan pengetahuan seperti sejarah dan apresiasi
seni penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah secara ujian
dan peperiksaan, secara lisan atau tulisan untuk diberi markah.
Begitulah amalan-amalan penilaian yang sering dilakukan oleh
guru-guru pendidikan seni di sekolah-sekolah. Hasil daripada
penilaian itu guru akan memasukkan markah pencapaian pelajarnya ke
dalam buku rekod kemajuan pelajar untuk dimaklumkan kepada ibu bapa
atau penjaga pelajar. Di tahap itulah akhirnya proses
penilaian.
10
-
Berdasarkan kepada amalan dan kebiasaan yang dinyatakan di atas
marilah kita bandingkan dengan beberapa cadangan, panduan dan
contoh-contoh penilaian yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk
membuat penilaian bagi mata pelajarn Pendidikan Seni ini seperti
yang telah diutarakan di atas. Adakah kita telah melaksanakan
penilaian mata pelajaran ini berdasarkan tujuan dan fungsinya
secara bertanggungjawab dan mengikut prinsip-prinsip penilaian ?
Mungkin kita merasakan bahawa kita perlu memperbaiki kaedah atau
cara perlaksanaan penilaian mata pelajaran ini demi untuk faedah
pelajar-pelajar kita.
Bahan Rujukan:Al Hurwitz dan Day,M. (1995). Childeran and their
art (6th edt. ).New York : Harcourt
Brace& Co. (ms. 565-600)
Barnes,R. (1987) Teaching Art to Young Children, London: Allen
and Unwin.
Bates, J.K.(2000) Becoming an art tercher. Singapore: Thomson
Learning. (ms 282-285)
Beattie, D.K. (1997) Assessment in art education.
Massachusetts:Davis Pub.Inc.
Best,D. (1992) Feeling and Reason in the Arts, London: Falmer
Press.
Bloom,B.S. (1956) Texonomy of Educational Objectives, Handbook I
: Cognitive Domain, New York: Longman Co.
Clement, R. (1986) The Art Teachers handbook, dalam Green,L. dan
Mitchell,R. (1979) Art 7-11 developing primary teaching
skills,London: Routledge.
Eisner,E (1972). Educating artistic vision, dalam Art 7-11
developing primary teaching skills,London: Routledge.
Eisner,E.(1985).The educational Imagination: On the Design and
Evaluation of School Programs, 2nd. Ed. . New York: Macmillan.
Sternberg, (1985) Beyond IQ: ATriachic Theory of human
Intelligence.New York: Cambridge Univ. Press .
Gardner,H. (1983) Changing the world:A Framework for the Study
of Creativity. Westport, CT: Praeger Pub.
Howard Gardner(1993). Multiple Intelligences:The Theory in
Practice , USA: The Getty Center of Educations in the Arts.
Lansing, K. M. ( 1990 ). Art, Artist and education. New York :
McGraw Hill.
11
-
Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers
College Press
Stuckhardt, M.l (1976) dan Stuckhardt,M. dan Morris,J. (1980)
dalam Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers
College Press.
Penilaian : Pengalaman Studio Seni & Menghasilkan Produk
Seni
1. Konunikasi / pernyataan
1. Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu untuk pernyataan
melalui kerja seni.
2. Adakah kerja-kerja seni pelajar , mod danperanannya.
3. Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkankefahaman tentang
subjek matter (bahan tajuk).
4. Adakah pelajar bebas membincangkan objektifkerja seni mereka
ketika penilaian secara individu@kumpulan.
5. Adakah pernyataan pelajar itu ikhlas dan
benarpersembahannya.
6. Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secaraekspresif melalui
berbagai media seni.
2. Keyakinan / Self Esteem
1. Adakah pelajar rajin dalam menyatukan idea,perasaan dan
persepsi melalui media.
2. Adakah pelajar fleksibel dan berupaya bekerjadengan berbagai
media.
3. Adakah pelajar berpeluang untuk merubahkedudukan di bilik
seni.
12
Lampiran 1
Objektif Penilaian YA TIDAK
-
4. Adakah pelajar berpuashati dan bangga terhadap kerja-kerja
seni mereka.
5. Adakah pelajar kenalpasti kekuatan & ke-lemahan
kerja-kerja seni dan menggunakekuatan serta memperbaiki
kelemahan.
YA TIDAK
6. Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk mencapai matlamat
Pendidikan Seni.
7. Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/keinginan terhadap
kualiti kepimpinan.
8. Adakah pelajar menggunakan nilai-nilaiestetika dalam
kehidupan sehariannya.
3. Perkembangan Persepsi
1. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankepekaan(sensitiviti)
terhadap kualiti visualdalam persekitaran seperti cahaya,
warna,kadar banding bayang, jarak dalaman, volume(kepaduan) seperti
yang terdapat dalamkerja seni.
2. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankepekaan terhadap
kualiti non-visual sepertiAuditory, tektail, kinestetik, dan
sensasi tubuh(body sensation) seperti yang terdapat
dalamkerja-kerja seni.
3. Adakah pelajar menyedari, melihat danmengerti nilai-nilai
visual & non-visual sebagaisumber ekspresi.
4. Adakah pelajar peka terhadap adanya per-bezaan antara bentuk,
warna, gambar, nilai(value) dan jalinan (unsur seni).
4. Organisasi estetika dan ketekalan (consistency)
1. Adakah pelajar memahami perhubunganantara idea, bahan;
Bolehkah ianya diaplikasi
13
-
melalui medium lain dengan lebih baik.
2. Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar,bentuk, warna,
nilai, jalinan dalam kerja senimereka.
YA TIDAK3. Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan
pelajar itu tekal dan berkait antara satu samalain bagi
menampakkan keseluruhannya.
4. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan kepekaan dan
kesedarannya terhadap prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan,
ritma, kepel-bagaian, kontras dan lain-lain.
5. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkansense of being dan
kesepaduan rasakewujudan.
6. Adakah pelajar mengambil berat denganorganisasi dan keadaan
persekitarannya danjuga dalam kerja-kerja seni.
7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangandalam keupayaan
menyaksikan estetika yanglebih kompleks dalam kerja-kerja
seninya.
8. Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetikadalam berbagai
aspek kehidupannya.
5. Pengetahuan Dalam Bidang Seni
1. Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni,adat, media, juga
masalah yang dihadapioleh seniman.
2. Bolehkah pelajar menjangka apakah yangboleh dilakukan oleh
berbagai-bagai alat/media.
3. Bolehkah pelajar kenalpasti/analyse pola/struktur dalam
kerja-kerja seninya.
14
-
4. Bolehkah pelajar membuat penilaian kaedah
kerja-kerja media, gubahan dan ekspresi kerja-kerja seninya dan
kaitannya dengan kerja orang lain, dahulu dan sekarang.
5. Bolehkah pelajar faham konsep abstrak.YA TIDAK
6. Bolehkah pelajar kenalpasti kepelbagaian
pengaruh seniman, dan gaya persembahandalam kerja-kerja seni
mereka sepertikusisme, ekspresianisme, surrelisme.
6. Kreativiti
1. Adakah pelajar peka dalam mengenalpastimasalah-masalah yang
terdapat dalam Kerja-kerja seni.
2. Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang unik dan peribadi
(verbal dan visual) dalamkerja-kerja seninya.
3. Adakah pelajar dengan mudahnya me-nunjukkan kualiti, bebas,
inventive, aslidan luar biasa dalam kerja-kerja seninya.
4. Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan,Idea, persepsinya
secara peribadi danIndividu.
5. Bolehkah pelajar redefine gambar, bentuk,warna, rupabentuk
dan berbagai bahankepada suatu benda baru seperti butangdijadikan
mata dalam kolaj.
6. Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagai-bagai cara dalam
menyelesaikan masalahestetika.
7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangankesedarannya terhadap
keunikan dirinyadan orang orang lain.
8. Adakah pelajar menunjukkan kelancaran dandan banyak idea
ketika berkarya.
15
-
9. Adakah pelajar menunjukkan fleksibel danboleh menyesuaikan
dan mencaripenyelesaian jika berlaku masalah dalamkerja-kerja
seninya.
YA TIDAK10. Adakah pelajar berupaya membuat analisis,
melihat sesuatu yang menyeluruh kepadayang ditil dalam
kerja-kerja seninya.
11. Adakah pelajar berupaya mengsintesisbermula daripada ditil
kepada yangmenyeluruh dalam kerja-kerja seninya.
7. Kemahiran/Ketukangan
1. Adakah terdapat penambaikan dan kecekapandalam kemahiran
mengendalikan peralatan, bahan dan proses di kalangan pelajar.
2. Adakah pelajar berupaya mengawal kerja-kerja seninya,
berupaya memaparkan atau merobah purposi bentuk nutralistik,
menambahatau mengurangkan detail bila diperlukan.
3. Berupayakah pelajar menggunakan berbagaijenis garisan, rupa,
bentuk dan warna bilamemerlukannya.
4. Adakah pelajar menjaga dan memuliharaperalatan dan perkakasan
di dalam keadaanyang baik.
8. Keseronokan & Kepuasan
1. Adakah pelajar seronok menghasilkan karyaseni.
2. Adakah pelajar memerlukan peluang untukMelakukan kerja-kerja
seni.
3. Adakah pelajar menggalakkan rakannya turutserta dalam
pengalaman seni.
16
-
4. Adakah pelajar menyatakan kepuasanterhadap pengalaman seni
dan produk seni.
5. Adakah pelajar berkeinginan untuk mem-pamerkan hasil kerja
mereka.
YA TIDAK6. Adakah pelajar berbincang mengenai seni
dengan rakan.
7. Adakah pelajar mengambil bahagian kegiatanseni di luar bilik
darjah seperti membeli buku-buku seni, mengumpul reproduksi karya
seniatau menghadiri ceramah seni atau melawatpameran seni.
(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.39 41)
17
-
Menilai : Sejarah Seni (Domain Kognitif)
Menerusi skala penilaian ini, profil pencapaian pelajar dalam
sejarah seni, selari dengan objektif dalam domain kognitif boleh
dipungut. Kadar pencapaian untuk setiap tingkah laku, menggunakan
skala Tidak , Sedikit hingga Ya, dan Banyak.Catatkan rating dalam
petak sebelah kanan.
1. Pengetahuan (ingatan, mengingat semula)
Pengetahuan khusus dalam sejarah seni.Adakah pelajar tahu
terma-terma ataufakta (tarikh, peristiwa, orang, tempat,karya seni)
dalam sejarah seni.
1.1 Pengetahuan, cara dan kaedah untukberhadapan sesuatu yang
khusus.
Adakah pelajar tahu tentang kumpulan,trend, sekuan, klasifikasi,
kategori, kriteriauntuk meyakinkan dan/atau kaedahmengkaji bidang
sejarah seni.
1.2 Pengetahuan sejarah seni yang universaldan abstrak:
Adakah pelajar tahu prinsip-prinsip dangeneralisasi, teori dan
struktur sejarahseni.
2. Kefahaman
2.1 Terjemahan
Adakah pelajar boleh menjelaskan dengankata-kata lain maklumat
tentan sejarahseni secara tepat, menyatakan objektifsetiap bahagian
bagi menterjemahkomunikasi.
2.2 Interpretasi
Bolehkah pelajar menyusun semula, mengolah semula dan
mengemukakanpandangan baru terhadap sesuatubahan.
18
Lampiran 3
Lampiran 2
Arus Kognitif (matlamat) Tiada -Sedikit Ya - Banyak
-
2.3 Membuat pelunjuran (extrapolation)
Bolehkah pelajar berupaya membuatjangkaan melangkaui data-data
yangdiberi bagi menentukan kesan, kemungkinan, perhubungan
dan/atauakibat berasaskan maklumat yang ada.
3. Aplikasi
3.1 Bolehkah pelajar menggunakan penge-tahuan, idea dan kaedah
sejarah senidalam situasi tertentu.
3.2 Bolehkah pelajar membuat jangkaan berdasarkan maklumat yang
ada.
4. Analisis (Perincikan sejarah kerja-karya seni kepada
bahagian-bahagian kecil daripada bidang sejarah yang lebih
luas).
4.1 Analisis unsur-unsur:
Bolehkah pelajar mengenalpasti mustahaknya unsur-unsur dalam
sejarah seni.
4.2 Analisis perhubungan/hubungkait
Bolehkah pelajar membuat perkaitan danmelihat saling hubungkait
berdasarkanmaklumat yang diberi dan membuatandaian berkenaan
sejarah seni.
4.3 Analisis prinsip-prinsip organisasi
Bolehkah pelajar mengenalpasti bentuk,pola, struktur dan
ketekalan dalam kerjaseni juga perkaitan dengan zaman, tempat,
bila, di mana bentuk seni itudihasilkan, sebagai bahan
untukmeningkatkan pengertian makna.
19
-
5. Sintisis (menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian
kecil supaya menjadi lebih jelas kepada sebelumnya)
5.1 Menghasilkan komunikasi yang unik.
Bolehkah pelajar berkomunikasi (tulis @bercakap) menggunakan
organisasi ideayang hebat, peranan, dan/atau pengalamannyadalam
kenyataan sejarah seni.
5.2 Menghasilkan set perancangan atau cadangan operasi.
Bolehkah pelajar memperkembangkan rancangan kerja atau operasi
berkaitansejarah seni.
5.3 Menghimpunkan dapatan daripada sethubungan yang abstrak.
Bolehkah pelajar membina hipotesis yangtepat, membina set
hubungan yangabstrak untuk membuat pengkelasanatau membuat
penjelasan penomenatertentu yang berkaitan dengan sejarahseni.
6. Penilaian (pertimbangan kualitatif atau kuantitatif berkenaan
sejauh mana sesuatu sejarah seni itu memenuhi kriteria)
6.1 Pertimbangan yang berkaitan dengankriteria internal
(dalaman).
Bolehkan pelajar kenal pasti falasi logikdalam perbincangan
berasaskan ketepatan fakta (dokumentasi, bukti) ketekalan fakta,
atau lain-lain faktadalaman sebagai kriteria berkenaansejarah
seni.
20
-
6.2 Pertimbangan yang berhubung dengankriteria external
(luaran).
Bolehkah pelajar menilai kerja-kerjaseni tokoh yang silam dengan
merujukkepada sebahagian kriteria yang diingat.
Bolehkan pelajar membandingkan kerjatokoh silam dengan standart
tertinggi yangdikenal pasti (tokoh terkini).
(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.46 47)
21
-
Menilai Domain Afektif
1. Penerimaan (ambil perhatian)
1.1 Kesedaran
Adakah pelajar sedar tentang kewujudansesuatu karya seni
(pelajar sedar ada catan di dalam bilik).
1.2 Sedia@rela untuk menerima
Adakah pelajar memberi tumpuan padakarya seni (pelajar tahun
catan dalambilik itu adalah gambar pemandangan).
1.3 Ada pilihan atau tumpuan terpilih
Adakah pelajar tahu/sedar sesuatu karyaseni walaupun banyak
terdapat rangsanganlain (daripada keseluruhan catandalam bilik
pelajar memberi tumpuan padacatan pemandangan).
2. Bertindak balas (Responding) YA TIDAK
2.1 Sudi untuk bertindakbalas
Adakah pelajar bertinda balas berkaitankerja-kerja seni bila
disoal (jikalau disoalpelajar menjawab memang terdapatcatan
pemandangan di dalam bilik).
2.2 Rela untuk bertindakbalas
Adakah pelajar sukarela untuk mem-beritahu apabila ditanya
tentang seni(pelajar menghurai catan secarasukarela).
22
Aras Afektif (Matlamat) YA TIDAK
Lampiran 3
-
2.3 Puashati dalam bertindakbalas YA TIDAK
Adakah pelajar rasa puashati dangembira bila bertindakbalas
tentanghasil seni (pelajar menghurai catandan bangga dengan
huraiannya).
3. Penilaian (Valuing)
3.1 Penerimaan nilai
Adakah pelajar menerima dan sukakankerja seni bila ia menilai,
tetapi mungkinakan berubah fikiran (pelajar sedarbahawa catan itu
boleh diterima tapimasih ada catan-catan lain yang lebihbaik).
3.2 Keutamaan untuk dinilai
Adakah pelajar sukakan hasil seni,lebih daripada yang lain
(pelajarlebih sukakan catan lanskap itulebih daripada catan yang
lain danmendapatkan maklumat lanjutmenerusi pembacaan).
3.3 Penglibatan (commitment)
Adakah pelajar bersungguh-sungguhdan pasti, tidak sangsi dan
cuba untukmempengaruhi orang lain untukmeyakinkan bahawa seni itu
ber-kualiti (pelajar mengkagumi IbrahimHassan dan catannya dan cuba
mem-pengaruhi pelajar lain).
4. Organisasi (internalisasi berbagai nilai, membentuk
sistem)
4.1 Mengkonsepsi nilai YA TIDAK
Adakah pelajar jelas bagaimana nilaisesuatu seni ada hubungkait
denganilmu atau pengetahuan yang adapadanya (pelajar kenal pasti
sebahagiandaripada catan Ibrahim Hassan yang menarik sebagai
contoh, warnanya, kualiti garisan sebagainya).
23
-
YA TIDAKAdakah pelajar mempunyai satupegangan yang tekal dan
harmoniterhadap sesuatu nilai seni (pelajaramat gemarkan satu
kualiti warna,walau dalam bentuk seni apa pun kualiti warna itulah
yang digemarinya).
5. Pembinaan watak oleh nilai yang kompleks.
5.1 Set kesimpulan umum YA TIDAK
Adakah pelajar memiliki set nilaiberkaitan seni dan
menunjukkanketekalan dalaman.
Adakah pelajar memiliki kesungguhandan terjurus kepada
pegangannya,bersedia untuk bertindak balas dalam kaedah tertentu
dan tegas terhadappendiriannya (pelajar secara tekalsensitif kepada
kualiti warna-warna dan garisan dalam semuajenis bukan setakat
catan Van Goghsaja).
5.2 Pembinaan Watak
Adakah pelajar memiliki sistem nilai tentang seni yang menjadi
kepercayaandan amalan dirinya (pelajar internaliseaspek-aspek
tertentu seni dan pekaterhadapnya seperti nilai garisan, nilaiwarna
yang diaplikasi dalam karyanya,dan diamalkan di dalam
kehidupannyadan tekal dengan pegangannya).
(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.48 49)
24
-
Untuk menilai Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Rob Barnes
(1987) mencadangkan 5 kategori yang perlu dinilai:
1. Proses Kerja- Artistik Develompent ketika meng- hasilkan
kerja seperti:
perkembangan idea tukar design tokok tambah ubah suai
- Respon kepada idea dan rangsanganvisual ketika proses berlaku
lebihdiutamakan daripada produk seni.
2. Penggunaan bahan
- Sejauhmana kanak-kanak telah menunjuk-kan perkembangan dalam
kemahiran menggunakan bahan.
- Adakah kanak-kanak boleh menggunakanbahan dengan cara yang
betul.
Kemahiran menggunakan bahan denganbetul membantu kanak-kanak
untukmelukiskan hajat/niat dalam kerja-kerjaseni.
3. Penggunaan media
Selain daripada keupayaan pelajar mengawal penggunaan bahan
penilai dibuat juga terhadap:
Keupayaan menggunakan media untuk pernyataan visual
contoh:- Bolehkah mereka membancuh warna
untuk mewujudkan bayang, untuk menghasilkan jalinan, corak.
- Bolehkah mereka menggunakan tanahliat untuk menghasilkan
sebuah model.
25
-
4. Kemahiran melihat secara kritikal
- Kategori ini bertujuan menilai keupayaan,kemahiran kanak-kanak
melihat dan membuat diskriminasi di samping meng-hasilkan produk
seni:
Contoh:- Sejauh manakah kanak-kanak boleh men-
diskriminasi antara warna-warna, garisanyang berbeza, bentuk
atau rupa yangberbeza-beza.
- Sejauh manakah kanak-kanak boleh men-diskriminasi karya
seniman atau bentuk-bentuk seni yang terdapat persekitarannya.
- Sejauh manakah kanak-kanak berupayamendiskriminasi dan melihat
alam per-sekitarannya secara kritikal.
- Kemahiran melihat secara kritikal bolehdigunakan untuk
penilaian kendiri (self-assessment).
5. Guru-guru perlu mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan
peribadi kanak-kanak.
Peringkat Perkembangan Peribadi:
- Berdasarkan umur kanak-kanak sejauhmanakah keupayaan
kanak-kanak itumenghasilkan bentuk-bentuk seni.
- Sejauh manakah kematangan psiko-motornya.
- Sejauh manakah perkembangan intelektual &fizikal.
- Sejauh manakah perkembangan sosio emosinya.
Eisner (1972) tahap-tahap perkembangan kanak-kanak adalah
sebagai indikator (petunjuk) setakat mana seseorang kanak-kanak itu
boleh lakukan bila diberi peluang pengalaman dengan alat dan bahan
gunakan standard itu sebagai membantu perkembangan bukan untuk
memaksa.
26