KERTAS KERJA BENGKEL JATI DIRI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PSSCMUKM) SESI 2014/2015 TARIKH 14-16 NOVEMBER 2014 TEMPAT KEM IMAN D’SEMUNGKIS, HULU LANGAT, SELANGOR ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA “LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
17
Embed
KERTAS KERJA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA ... · kertas kerja bengkel jati diri persatuan seni silat cekak malaysia universiti kebangsaan malaysia (psscmukm) sesi 2014/2015
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
BENGKEL JATI DIRI
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PSSCMUKM)
SESI 2014/2015
TARIKH
14-16 NOVEMBER 2014
TEMPAT
KEM IMAN D’SEMUNGKIS, HULU LANGAT, SELANGOR
ANJURAN
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
BENGKEL JATI DIRI PSSCMUKM 14/15
14-16 NOVEMBER 2014
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
KERTAS KERJA
BENGKEL JATI DIRI DAN PEMBANGUNAN
INSAN DALAM PERSPEKTIF SENI SILAT CEKAK PSSCMUKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk menganjurkan Bengkel Jati Diri dan
Pembangunan Insan dalam Perspektif Seni Silat Cekak ahli-ahli PSSCMUKM.
2.0 PENGENALAN
Program BJD ini merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan saban tahun yang
dijayakan di bawah kendalian Exco-exco Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti
Kebangsaan Malaysia Sesi 2014/2015. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara
mendalam kepada peserta yang terdiri daripada ahli-ahli baru PSSCMUKM sendiri tentang
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada khususnya.
Program BJD ini juga dapat memberi peluang kepada peserta beramah-mesra dan mengenali
antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di luar kampus. Selain itu,
program BJD ini menjadi medium terbaik dalam mewujudkan kemahiran pemikiran kritikal,
penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kepimpinan dan kerja berpasukan dalam
kalangan ahli PSSCMUKM.
3.0 MISI
Melahirkan insan yang mempunyai jati diri bertunjangkan Seni Silat Cekak.
BENGKEL JATI DIRI PSSCMUKM 14/15
14-16 NOVEMBER 2014
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
4.0 MATLAMAT
Program sebegini dapat menjadikan aktiviti PSSCMUKM tidak hanya terhad kepada aktiviti
yang bercorak persilatan semata-mata. Bagi PSSCMUKM adalah menjadi keperluan kepada
semua ahli untuk memahami konsep jati diri dan saling mengenali antara satu sama lain.
Program ini adalah penting kerana PSSCMUKM berpandangan bahawa kekuatan komunikasi
dan perhubungan yang baik sesama ahli adalah perlu ke arah memiliki sebuah persatuan yang
mantap. Kemantapan persatuan akan menjadi tunjang ke arah kerjasama dalam penglibatan
terhadap program-program yang akan dianjurkan PSSCMUKM, MPP UKM mahupun pihak
UKM sendiri. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini berlangsung bagi
menerapkan pemahaman pentingnya seseorang bergiat aktif dalam setiap kegiatan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menganjurkan suatu program berbentuk bengkel dan kursus kepimpinan kepada ahli
persatuan bagi melahirkan ahli-ahli yang berkebolehan dan berdisiplin dalam segala
bidang. Melatih generasi muda dalam PSSCMUKM ke arah menyediakan pelapis
kepada struktur pentadbiran PSSCMUKM. Pelbagai aktiviti telah disusun untuk
dilaksanakan dalam program ini.
5.2 Menjalankan program di luar kampus bagi memberi sepenuh perhatian dengan
membentuk satu suasana yang menarik dengan mencipta suasana yang berbeza dari
UKM yang mana ahli perlu bersama dalam suatu tempoh masa yang dirancang agar
pelbagai matlamat program dan aktiviti dapat membuahkan hasil yang lebih baik.
5.3 Mempelbagaikan aktiviti persatuan yang mana tidak hanya tertumpu kepada aktiviti
yang berunsurkan persilatan semata-mata. Menjadi kesinambungan kepada pelbagai
aktiviti persatuan yang terdahulu yang mana menunjukkkan kesan positif dari segi
kepimpinan, berorganisasi dan berkomunikasi sesama ahli.
BENGKEL JATI DIRI PSSCMUKM 14/15
14-16 NOVEMBER 2014
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
5.4 Mengeratkan ikatan persaudaran di antara ahli-ahli baru dan ahli-ahli yang sedia ada
dalam PSSCMUKM serta masyarakat sekeliling. Memupuk semangat kerjasama di
kalangan ahli yang dapat dijadikan contoh seterusnya mengharumkan nama UKM.
5.5 Melatih ahli-ahli menguruskan sesuatu program yang mana memerlukan keupayaan
berorganisasi dengan lebih baik ke arah memiliki pelajar universiti yang serba boleh
dan tidak hanya cemerlang di bidang akademik. Melibatkan seramai mungkin ahli-
ahli persatuan agar peserta memperoleh manfaat bagi melengkapkan diri sebagai
pemimpin alaf baru, bertanggungjawab terhadap masyarakat dan mempunyai rasa
cintakan budaya warisan bangsa sendiri.
6.0 TEMA
“Lahir Jati Diri Melalui Tauladan Seni Silat Cekak”
7.0 PENGANJUR
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (PSSCMUKM)
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 14-16 November 2014
Hari : Jumaat – Ahad
9.0 TEMPAT PROGRAM
Kem Iman D’Semungkis, Hulu Langat, Selangor
BENGKEL JATI DIRI PSSCMUKM 14/15
14-16 NOVEMBER 2014
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
10.0 PUBLISITI
1. Hebahan dan promosi secara lisan ketika di dalam kelas latihan PSSCMUKM.
2. Hebahan dan promosi di Facebook Group PSSCMUKM.
3. Hebahan dan promosi melalui sistem pesanan ringkas kepada ahli-ahli PSSCMUKM.
11.0 CADANGAN PERASMI
I. Perasmian Pembukaan.
En. Mohd Hafiz Bin Jamil, Setiausaha Agung PSSCM
II. Perasmian Penutup.
Puan Kalthum Binti Ibrahim, Penasihat PSSCMUKM.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta seramai 50 orang
Jumlah urusetia seramai 20 orang
Jumlah fasilitator seramai 6 orang
Jumlah tetamu VIP seramai 4 orang
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
BENGKEL JATI DIRI PSSCMUKM 14/15
14-16 NOVEMBER 2014
“LAHIR JATI DIRI MELALUI TAULADAN SENI SILAT CEKAK”
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Rujuk Lampiran C
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM (PSSCM UKM),