Kemahiran membaca
Tahun 6
TEMAKEMASYARAKATAN
TAJUKPELANCONGAN
MASA
HASIL PEMBELAJARAN2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa,
ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
HURAIAN HASIL PEMBELAJARANAras 2
i. Menceritakan sesuatu peristiwa dengan penuh penghayatan
menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.
OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. bercerita tentang keistimewaan tempat-tempat perlancongan di
negara ASEAN menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.
PENGISIAN KURIKULUMIlmu : Kewarganegaraan
Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan
EMK: TMK
KP : Verbal Linguistik
SISTEM BAHASASebutan dan intonasi
Ayat majmuk
BAHAN BANTU BELAJARLampiran, borang markah
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid dapat membaca dan
bercerita tentang keistimewaan tempat-tempat perlancongan di negara
ASEAN menggunakan bahasa, gaya dan intonasi yang baik.
REFLEKSI
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIPENGISIAN
KURIKULUMCATATAN
Melafazkan Pantun Empat Kerat1. Murid melafazkan pantun bertajuk
Jiran Serantau.2. Guru dan murid berbincang mengenai pantun
tersebut3. Murid melagukan semula pantun yang diberi mengikut irama
Rasa Sayang.Nilai: Patriotisme, pemuafakatanIlmu:
Kewarganegaraan
Sistem Bahasa:
Sebutan dan intonasi
KP: Verbal Linguistik
Lampiran 1- Pantun
Membaca dan Memahami
1. Murid membaca senyap petikan teks yang diedarkan untuk
mendapatkan maklumat. 2. Murid membaca teks secara individu,
berpasangan atau berkumpulan3. Murid menjawab soalan yang diberi
berdasarkan teks yang dibaca menggunakan ayat yang betul.
4. Murid menyatakan pertukaran mata wang asing bagi tujuan
perlancongan di negara ASEAN.
Nilai: Kerjasama
Ilmu : Celik Kewangan
Sistem Bahasa:
Sebutan dan intonasi
BCB: Bacaan Mekanis
KP: Verbal Linguistik
Lampiran 2
Petikan teks
Menaakul Dan Mengumpul Maklumat1. Murid dibahagikan kepada 5
kumpulan.
2. Menggunakan perisian vle frog, murid melayari internet untuk
mencari maklumat tentang tempat pelancongan yang menarik di
negara-negara ASEAN.
Kumpulan 1 : Singapura
Kumpulan 2 : Thailand
Kumpulan 3 : Vietnam
Kumpulan 4 : Filipina
Kumpulan 5 : Brunei
3. Murid membina peta pemikiran i-Think untuk menerangkan
maklumat tempat pelancongan yang menarik di negara-negara
ASEAN.
Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan
Ilmu : Kewarganegaraan
Sistem bahasa:
Sebutan dan intonasi
KP: Verbal Linguistik
Lampiran 3
Peta pemikiran
Penilaian
(Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran)
1. Wakil kumpulan akan bertindak sebagai duta kecil bagi Program
Pertukaran Pelajar Negara ASEAN.
2. Murid menerangkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati
di negara tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas. 3. Semua ahli kumpulan menilai pembentangan rakan mereka
dengan mengisi borang markah.
Nilai : Patriotisme, Kemasyarakatan
Ilmu : Kewarganegaraan
Sistem bahasa:
Sebutan dan intonasi
KP: Verbal Linguistik
Lampiran Penilaian Borang
pemarkahan
Pemulihan.
1. Murid diberi gambar yang menunjukkan suasana di sebuah
festival kebudayaan.
2. Murid membina lima ayat yang lengkap tentang suasana di
festival kebudayaan tersebut.
3. Guru membimbing murid membina ayat dengan tepat.
Lampiran
- Gambar tunggal
Pengayaan
1. Murid meneliti gambar tempat-tempat yang menarik di
Malaysia.2. Murid menulis karangan surat kiriman tidak rasmi kepada
seorang rakan dari negara ASEAN untuk menceritakan tempat-tempat
yang menarik di Malaysia.KB : Mentafsir, merumusMedia:
Lampiran
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
PETA BUIH
Penilaian
Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran.Kumpulan:
......................
BilNama MuridMarkahKedudukan
Dihakimi oleh:
Pemulihan
1.
....................................................................................................................................................2.
3.
4.
5.
Pengayaan
Lafazkan pantun di bawah
Pantun Jiran Serantau
Batu geliga batu permata,
Diikat dengan butiran mutiara;
Jiran serantau saudara kita,
Layanlah dengan beramah mesra.
Gerimis bercucuran hujan tak lebat,
Gugur bertaburan si bunga langsat;
Negara ASEAN perlu bermuafakat,
Agar hubungan sentiasa erat.
Asah di batu si tanduk rusa,
Rusanya mati dilanggar kereta;
Bantu membantu tak kira masa,
Hidup muafakat aman sejahtera.
Baca dan fahami teks di bawah.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu Fazlina, guru kelas
Tahun Enam Bestari dan rakan sekalian. Saya Meriam Octavia dari
Bali, Indonesia, peserta Program Pertukaran Pelajar
Malaysia-Indonesia 2015. Saya berasa senang sekali berada di sini
walaupun ini merupakan kali pertama saya berkunjung ke
Malaysia.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Pada kesempatan ini, saya ingin menceritakan keistimewaan tempat
tinggal saya, iaitu Bali. Antara tarikan utama pengunjung ke Bali
ialah tarian kecak dan api di arena pertunjukan di Uluwatu ketika
matahari sore menjelang. Tarian kecak dan api ini tidak diiringi
sebarang alat muzik tetapi menggunakan paduan suara para penarinya
yang menyebut Kecakkecakkecak. Tarian ini akan mencapai kemuncaknya
ketika Hanoman, iaitu Sang Kera Putih diikat di tengah gelanggang
arena lalu sabut kelapa dibakar di sekelilingnya. Hanoman yang
dapat melepaskan dirinya akan menendang dan menginjak api-api itu
hingga padam. Para penonton yang duduk di tepi arena gelanggang
akan memberikan tepukan gemuruh.
Tarikan lain yang terdapat di Bali ialah gunung berapi di
Kintamani. Gunung berapi ini berada pada ketinggian 900 meter di
atas permukaan laut dan suhunya yang sejuk pada waktu siang dan
dingin pada waktu malam. Lokasi gunung berapi ini yang dingin
menjanjikan panorama indah di sekeliling gunung berapi ini. Dari
jauh, kita dapat melihat dengan jelas gunung berapi itu berwarna
hitam dan kepulan awan seakan-akan asap yang keluar dari dalam
kawah gunung berapi itu.
Selain itu, kawasan penanaman padi bukit di Tegalalang ialah
daya penarik lain pelancong ke Bali. Di kawasan Tegalalang ini,
para pelancong akan berasa kagum akan hamparan padi menghijau yang
ditanam di petak-petak sawah di teres bukit. Apabila berkunjung ke
sini, para pelancong akan tertanya-tanya bagaimana pesawah-pesawah
di sini mengairi sawah mereka di teres bukit itu. Rimbunan pepohon
kelapa pula ditanam di tepi teres-teres sawah ini.
Akhir sekali, tarikan pengunjung ke Bali ialah keenakan kopi
luwak. Kopi luwak ini antara kopi termahal di dunia kerana cara
pembuatannya yang pelik. Saya difahamkan oleh ayah saya, para
petani akan memetik buah kopi yang terbaik sebelum luwak, iaitu
sejenis haiwan seakan-akan musang memakan buah kopi itu. Kopi luwak
akan terhasil apabila luwak itu mengeluarkan najis luwak. Namun,
bagi peminat kopi tegar, keenakan kopi luwak ini mengatasi
segala-galanya.
Hingga di sini sahaja yang dapat saya cerita. Saya berharap agar
rakan-rakan dapat membantu saya menyesuaikan diri semasa berada di
sini. Sekian, terima kasih.
Bina peta pemikiran i-Think untuk menerangkan maklumat tempat
pelancongan yang menarik di negara-negara ASEAN.
Tempat Pelancongan
Pertandingan Pembentangan Peta Pemikiran
Bina ayat berdasarkan suasana di sebuah festival kebudayaan.
Tulis surat kiriman tidak rasmi kepada seorang rakan dari negara
ASEAN untuk menceritakan tempat-tempat yang menarik di Malaysia
berpandukan gambar di bawah.