7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
1/31
1
1. PENGENALAN
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan harus dibentuk
berdasarkan panduan dan cadangan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul ini akan mengemukakanbeberapa unsur penting dalam merancang sesuatu pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
2. PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,iaitu:
Kecergasan, Kemahiran, Kesukanan.
2.1 Rancangan Pengajaran Harian PJ.
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani adalah penting
kerana ia menjadi panduan untuk guru melaksanakan pelajaranya.
Dengan adanya Rancangan Pengajaran Harian langkah-langkah
pelajaran akan lebih teratur. Dari segi penyeliaan praktikum, Rancangan
Pengajaran Harian seseorang guru pelatih, dapat mencerminkan
kemahirannya dalam merancangkan pelajaran seperti memilih atau
menyusun aktiviti yang sesuai dan mengelolakan isi pelajaran yang
hendak diajar. Semasa memilih aktiviti untuk satu masa pengajaran
perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah;
i. tempoh masa pelajaran
ii. objektif pelajaran
iii. kebolehan murid-murid
iv. kemudahan, peralatan dan tempat
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
2/31
2
2.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PJ
a. Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan ringkas, jelas
dan tepat apa yang akan dicapai oleh murid-murid. Ia mesti
menitikberatkan perubahan tingkahlaku dari segi psikomotor,
kognitif dan afektif. Contoh: Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran, diharapkan murid-murid dapat :
Psikomotor - Melakukan aktiviti lari pecut mulaan berdiri
dengan teknik yang betul pada jarak 30 50
meter dengan kadar tiga daripada empat
percubaan.
Kognitif - Menyatakan secara lisan dua sebab mengapa
tangan perlu dihayun lurus di sisi semasa
berlari
Afektif - Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli
kumpulan semasa melakukan aktiviti.
b. Peruntukan Masa
Peruntukan masa bagi setiap bahagian mestilah bersesuaian
dengan sesuatu aktiviti dalam pelajaran tersebut.
c. Gerakerja-gerakerja / Aktiviti-aktiviti
Gerakerja-gerakerja atau aktiviti-aktiviti hendaklah dipilih
berdasarkan :
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
3/31
3
i. Kesesuaiannya untuk menyumbang terhadap pencapaian
objektif pelajaran.
ii. Kesediaan murid-murid dari segi keupayaan motor
iii. Masa yang diperuntukkan.
d. Pengelolaan Kelas
Susunan yang sesuai semasa murid-murid menjalani aktiviti adalah
salah satu aspek penting dalam pengelolaan kelas. Ia juga
memastikan kelicinan dalam pengajaran.
e. Butir Mengajar
Butir-butir penting yang hendak ditegaskan oleh guru atau diberi
perhatian oleh murid-murid semasa sesuatu aktiviti. Contoh;
kedudukan tangan, kaki, badan dan mata semasa melakukan
hantaran aras dada dalam permainan Bola Keranjang.
f. Peralatan
Senaraikan jenis dan bilangan alatan yang diperlukan.
g. Penerapan Nilai
Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
4/31
4
2.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PJ
Mata Pelajaran : Tarikh :
Tunjang : Masa :
Kemahiran : Tahap / Tahun :
Tajuk : Bil. Murid :
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Psikomotor -
2. Kognitif -
3. Afektif -
Kemahiran Berfikir :
Pengalaman Lepas :
Penerapan Nilai :
Penggabungjalinan :
Alatan :
Bahagian / Masa Aktiviti Butir Mengajar Organisasi Alatan / Catatan /Strategi
Permulaan
Perkembangan
Kemuncak/Permainan Kecil
Penutup
Senaraikanaktiviti-aktiviti yangakan dilakukanoleh murid-murid.
Tulis namapermainan yangmempunyai unsurkemahiran yang
diajar
Senaraikan aktivitiringkas
Sebutkan butiranmengajar yangpatut ditegaskanoleh guru atau beriperhatian olehmurid semasamenjalani aktiviti /latihan
Secara rigkas danjelas nyatakanbagaimana kelasitu dikelolakansemasa murid-murid menjalaniaktiviti
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
5/31
5
2.4 Rangka Rancangan Pengajaran Harian PJ
Bahagian Perincian
Permulaan
- Memanaskan Badan
1. Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan,memberi kesan kepada;
- melonggarkan sendi- menggerak dan meregangkan otot-otot utama- meransangkan kordinasi otot saraf- menambahkan ketangkasan
2. Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaranseterusnya, dijalankan secara
- ringkas
- berterusan- rancak- menyeronokkan kanak-kanak
Perkembangan
- Gerakerja Kelas
- Gerakerja Kumpulan
1. Mengandungi Inti Pelajaran iaitu fokus pelajaran.2. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama di bawah
arahan dan pengawasan guru.3. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan4. Pelbagaikan aktiviti satu kemahiran agar dapat
mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dantidak bosan.
1. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dalam beberapastesen.
2. Perbezaan aktiviti bagi setiap stesen dan dilakukan secarabergilir-gilir oleh setiap kumpulan.
3. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang sedangdiajar .
Kemuncak
- Permainan Bersyarat /
Pertandingan /Persembahan
1. Memberi peluang kepada murid mengaplikasikankemahiran yang dipelajari.
2. Permainan kecil pengelolaan hendaklah ringkas, mudahdan melibatkan semua murid.
Penutup
- Cooling Down GerakKendur
1. Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerakkendur.
2. Ulasan guru mengenai prestasi murid.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
6/31
6
- Kuiz / Perbincangan /Soal Jawab
3. Sesi soal jawab.
2.5 Panduan menulis hasil pembelajaran PJ
Hasil pembelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas dan boleh tercapai
sejajar dengan kemampuan psikomotor, kognitif dan afektif murid murid.
Pernyataan yang diguna hendaklah berbentuk hasil pembelajaran
tingkahlaku (behavioral outcome) iaitu hasil yang menunujukkan
perubahan tingkahlaku murid-murid setelah mengikuti pelajaran. Hasil
pembelajaran yang dicadangkan hendaklah dinyatakan secara eksplisit
iaitu jelas kelihatan (observable) dan dapat diukur peringkat
pencapaiannya (measureable level of achivement) pada akhir pelajaran.Hasil pembelajaran yang berkesan adalah berpandukan panduan berikut.
a. Siapa Kumpulan Sasaran
Individu yang akan mempamerkan tingkahlaku.
Contoh; murid, pelajar, peserta.
b. Tingkahlaku Yang Diharapkan
Apa murid perlu lakukan untuk membuktikan pembelajaran
telah berlaku.
Contoh; dapat melakukan. Menunujukkan, dapat
menyatakan
c. Keperluan Pembelajaran
Apa yang murid perlu tahu dan alami setelah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran tamat.
Contoh; hantaran lob kepada kawan menggunakan teknik
yang betul, tanggungjawab terhadap alatan sekolah, dua
persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan
hantaran atas kepala.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
7/31
7
d. Situasi
Situasi yang dicipta khusus dan disesuaikan dengan sesuatu
aktiviti yang telah dipilih.
Contoh; pada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadang,
dengan mnyusun semua alatan yang telah digunakan, di
dalam lembaran kerja yang diedarkan.
e. Prestasi Piawai
Pencapaian minimum yang diharapkan dapat dicapai oleh
muid sama ada kualitatif atau kuantitatif.
Contoh; sebanyak 5 kali daripada 8 percubaan, di tempat
yang betul, dengan 100% betul.
2.6 Contoh Penulisan Hasil Pembelajaran PJ.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran:
Siapa Tingkahlakuyang
diharapkan
KeperluanPembelajaran
SituasiKhusus
PrestasiPiawai
Domain
murid-murid dapatmelakukan
hantaran lobkepada kawanmenggunakanteknik yang betul
pada jarak 3meter dengankehadiranpenghadang
sebanyak 5 kalidaripada 8percubaan.
Psikomotor
murid-murid dapat
menyatakan
dua persamaan
dan perbezaanantara hantaranlob dan hantaranatas kepala
di dalam
lembaran kerjayangdisediakan
dengan 100%
betul
Kognitif
murid-murid menunjukkan tanggungjawabterhadap alatansekolah
denganmenyusunsemua alatanyang telahdigunakan
di tempat yangbetul
Afektif
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
8/31
8
2.7 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PJ
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Jsmani Tarikh : 07.07.2007
Tunjang : 1.Kecergasan Masa : 0745 0815
Kemahiran : - Tahap/Tahun : Tahap 1 / Tahun 1
Tajuk : Imbangan Bil. Murid : 40 orang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Mengimbangkan badan semasa meniti bangku gimnastik sambil
menjunjung pundi kacang sekurang-kurangnya 2 kali pergi dan
balik.
2. Kognitif : Menyatakan perbezaan mengimbangi badan semasa menitibangku gimnastik dengan tangan didepakan dan memeluk
tubuh.
3. Afektif : Memupuk semangat kerjasama dan bersyukur menikmati
kecergasan fizikal.
Kemahiran Berfikir : Membanding beza pelbagai imbangan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid melakukan imbangan dalam kehidupan harian.
Penerapan Nilai : Menghargai kawan, jujur dan berkeyakinan.
Penggabungjalinan : Manipulasi Alatan
Alatan : 1. Bangku gimnastik 4 buah
2. Pundi Manik 40 buah
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
9/31
9
3. Gelung Plastik 4 buah
4. Skitel 4 buah
BAHAGIAN /MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Permulaan(3 4 minit)
Memanaskan Badan
1. Jalan berjengket2. Lari kapal terbang3. Jalan ulat bulu
Jalan di atas bebola kaki
Badan tegak.
Elak kawan semasaberjalan / berlari.
Tangan dan kaki di buka
seluas bahu.
Bebas dan terkawal
Individu
X X
X X XX
XX X
G
X - murid-muridG - guru
4 Skitel
Perkembangan(15 17 minit)
Gerakerja Kelas
1. Berjalan atasgarisan.
Depakan tangan
Peluk tubuh
2. Berjalan atasbangku gimnastik.
Depakan tangan
Peluk tubuh
3. Berjalan atasbangku gimnastikdengan menjunjungpundi manik
Depakan tangan
Peluk tubuh
Badan tegak.
Mata pandang kehadapan.
Imbangkan badan.
Badan tegak.
Mata pandang kehadapan.
Imbangkan badan.
Badan tegak.
Mata pandang kehadapan.
Imbangkan badan
A
D B
C
- lalauan berjalan- bangku gimnastik
4 BangkuGimnastik
40 PundiManik
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
10/31
10
BAHAGIAN /MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Kemuncak(5 minit)
Permainan Bersyarat Meniti bangku gimnastikdan mengimbanganbadan dengan tangandidepakan
Pandang ke hadapan
A B C DX X X XX X X XX X X X
Meniti bangku.
Menjunjung pundimanik
Masukkan pundi manikke dalam gelung plastiktanpa memegang pundimanik.
Meniti semula balik kebarisan kumpulan
4 BangkuGimnastik
4 GelungPlastik
4 Pundi Manik
Penutup(2-3 minit)
Cooling Down(Gerak Kendur)
Mengimbang badan
sambil berjengket
Rumusan / Refleksi
Badan tegak.
Mata pandang kehadapan.
Imbangkan badan.
Perbincangan;Nyatakan perbzaan antaramengimbangi badan dengantangan didepakan dengan
Bebas dan terkawal
Individu
Duduk dalam barisanmengikut kumpulan
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
11/31
11
memeluk tubuh.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II
Mata Pelajaran : Pendidikan Jsmani Tarikh : 17.07.2007
Tunjang : 2. Kemahiran Masa : 0730 0830
Tajuk : Bola Tampar Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 4
Kemahiran : Menyangga Bil. Murid : 30 orang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Menyangga bola tampar dengan ketinggian 2 meter tepat ke
arah sasaran dari jarak 5 meter sekurang-kurangnya 5 kali dari
7 kali percubaan.
2. Kognitif : Menjelaskan mekanisme pelakuan menyangga yang
menitikberatkan aspek daya, ketinggian, imbangan dan ikut
lajak.
3. Afektif : Memupuk minat, keseronokan dan membina keyakinan.
Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid telah mempelajari kemahiran asas manipulasi
alatan.
Penerapan Nilai : Menghargai berkeyakinan.
Penggabungjalinan : Komponen kecergasan
Alatan : 10 biji Bola Tampar
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
12/31
12
BAHAGIAN /MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Permulaan(10 minit)
Memanaskan Badan
1. Larian sisi, depandan belakang
Regangan1. Tolak dan lawan
siku.
2. Halfsquat
Kelonggaran1. Kuak depan /
belakang
2. Pergelangan kaki.
Bergerak atas bebola kaki
Bergerak ke sisi kiri /kanan, depan danbelakang
Tapak dirian seluas bahu
Siku separas bahu.
Berdiri atas bebola kaki.
Badan tegak.
Lutut dibengkokkan.
Berdiri tegak.
Pangkal lengan cecahtelinga..
Pergerakan fleksi, dorsifleksi
Individu
Lari mengeliling skitel
X XXXXXXXXX
XXX
XXX
G
X - murid-muridG - guru
arah larian
4 Skitel
Perkembangan(30 minit)
Gerakerja Kelas
Menyangga
1. Tanpa Bola
2. Dengan Bola
- Lantun bola danmenyangga
- Lambung boladan menyangga
Fasa Persediaan
Buka kaki seluas bahu.
Kaki dominan di hadapan.
Fleksi lutut dan siku.
Kedua-dua tangan dihadapan badan
Fasa Pelaksanaan
Terima bola di hadapanbadan.
Genggam tangan dan
luruskan siku. Ekstensi siku dan lutut
semasa kontak bola.
Kontak bola padakawasan pergelangantangan
Mata pandang bola.
Fasa Ikut Lajak
Siku kekal lurus
Bertiga
AX
X XB C
A melantun / melambungB dan C menyangga balikkearah A.
10 biji bolatampar
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
13/31
13
Mata pandangpergerakan bola dansasaran
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /
FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN /
CATATAN
Gerakerja Kumpulan
3. Dengan Bola
- Menyangga bolayang melantun.
- Menyangga bolatinggi
Lantun bola ke arahrakan.
Pergi ke arah bola
Fasa Persediaan
Buka kaki seluas bahu.
Kaki dominan di hadapan.
Fleksi lutut dan siku. Kedua-dua tangan di
hadapan badan
Fasa Pelaksanaan
Terima bola di hadapanbadan.
Genggam tangan danluruskan siku.
Ekstensi siku dan lututsemasa kontak bola.
Kontak bola padakawasan pergelangan
tangan Mata pandang bola.
Fasa Ikut Lajak
Siku kekal lurus
Mata pandangpergerakan bola dansasaran
Kumpulan Bertiga
Menyangga sekurang-kurangnya ketinggian 2meter
AX
X XB C
Bola dibiar melantunsebelum menyangga.Murid terdekat denganbola yang melantun akanmenyangga.
Menyangga bola yangtinggi secara berterusan
antara murid A,B danC
10 Biji BolaTampar
Kemuncak(15 minit)
Permainan Bersyarat
Pertandingan
Menyangga PalingBanyak.
Syarat permainan:
Jumlah menyangga
terbanyak. Ketinggian 2 meter.
Masa 5 minit
5 kumpulan bermain dan5 kumpulan mengadili.
Kumpulan yangmenyangga palingbanyak menjadipemenang.
Kumpulan Bertiga
AX
X XB C
10 biji bolatampar
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
14/31
14
BAHAGIAN /MASA AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Penutup(5 minit)
1.Cooling Down(Gerak Kendur)
2. Refleksi SoalJawab
Jalan perlahan smbilmengangkat danmenurunkan tangan
Jalan bongkok sambilhayun tangan
Apa berlaku jika sikudibengkok semasamenyangga?
Bebas dan terkawal.
Dalam kawasan terhad.
Duduk dalam barisanmengikut kumpulan
Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
15/31
15
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHAP II
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 27.07.2007
Tunjang : 3. Kesukanan Masa : 0730 0800
Tajuk : Keselamatan Semasa Berakiviti Tahap/Tahun : Tahap 2 / Tahun 6
Kemahiran : Kemudahan tempat semasa Bil. Murid : 30 orangberaktiviti
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;
1. Psikomotor : Menyediakan kawasan yang selamat untuk beraktiviti.
2. Kognitif : Menerangkan 5 ciri-ciri keselamatan tempat berekreasi.
3. Afektif : Menunjukkan kerjasama dan tanggungjawab membersih
kawasan permainan.
Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan.
Pengalaman Lepas : Murid-murid telah didedahkan tentang pentingnya keselamatan
semasa beraktiviti
Penerapan Nilai : Keselamatan semasa bersukan
Alatan : Komputer riba, VCD keselamatan, kertas mahjung, marker
pen. LCD.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
16/31
16
BAHAGIAN /MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Permulaan(5 minit)
Soal jawab
1. Pengalamansemasa bermain didalam gimnasium /
dewan sekolah.
2. Kemalangan yangpernah dialami.
Murid bercerita tentangpengalaman semasabermain di dalam
gimnasium / dewansekolah.
Siapa pernah mengelamikemalangan semasabermain di dalamgimnasiun, dewan, tamanrekrasi ?
Saya Cikgu
Kenapa kemalangan
tersebut berlaku.- Terlanggar kawan- Lantai licin- Bola keras sangat- Kena bola- dsb
Enam orang murid (3lelaki dan 3perempuan diminta
berkongsipengalaman.
Perkembangan(10 minit)
1. Menonton VCDKeselamatan
2. Keselamatansemasamelakukan aktiviti
Mengenalpasti danmenyenaraikankemudahan dan alatan ditempat bermain
- Jongkang-jongkit,buaian,
- palang imbangan,monkey rack
- dsb.
Menyenaraikan ciri-ciri
keselamatan semasa
Berpasangan seorangmenyebut nama alatandan kemudahan danpasangan menulisdalam lembaran kerja
Kumpulan berlima danmenulis pada kertasmahjung.
VCDKeselamatan
KomputerRiba
LCD
LembaranKerja
KertasMahjung
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
17/31
17
melaku aktiviti.
- Pakaian sesuai
- Jangan bermain di
tempat licin
- Jangan mengguna
alatan rosak, dsb
Tampal hasil kerja didinding kelas
Marker Pen
BAHAGIAN /MASA
AKTIVITI BUTIR MENGAJAR /FOKUS PEMBELAJARAN
ORGANISASI ALATAN /CATATAN
Kemuncak(15 minit)
Menyusun Alatan digimnasium / dewan
Susunan alatan yangmengutamakankeselamatan murid.- Bangku- Kerusi- Bakul bola
- Tiang badminton- Dsb
Sebelum kelasbermula gurumenyelerakkan alatandi dalam dewan.
Murid di bawa ke
dewan untukmenyusun alatantersebut
Penutup(3 minit)
Rumusanmenggunakan borangPengurusan Grafik
Ciri-ciri keselamatan di- Padang permainan- Gimnasium / Dewan- Gelanggang- Taman permainan
Individu
Ulasan / Refleksi Kendiri : _______________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing : _____________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
18/31
18
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2.8 Garis Panduan Penyeliaan Kelas PJ
BIL. BAHAGIAN CIRI-CIRI KOMEN
1. Permulaan
i. Memanaskan badan- Meningkatkan Kadar Denyutan Nadi- Regangan
- Kelonggaran
ii. Ada perkaitan dengan kemahiran yang akan diajar.
iii. Menarik dan memotivasi
2a Perkembangan- Gerakerja Kelas
i. Pengajaran kemahiran baru secara ansur maju.
ii. Semua murid menjalankan aktiviti yang sama.
2b Perkembangan- GerakerjaKumpulan
i. Kumpulan kecil.
ii. Aktiviti berlainan bagi setiap stesen semuakumpulan melakukan setiap aktiviti secara bergilir.(jika perlu)
iii. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yangdiajar dalam pelajaran ini.
3. Kemuncak- Permainan /- Pertandingan /- Persembahan
i. Permainan kecil / bersyarat.
ii. Aplikasi kemahiran permainan yang telah dipelajari
iii. Memperkenalkan satu / dua undang-undangpermainan yang diajar.
iv. Bagi pelajaran Pendidikan Pergerakan, boleh buatpersembahan koregrafi oleh setiap kumpulan.
4. Penutup- Cooling Down- Perbincangan
i. Menyejukkan badan.
ii. Refleksi / Maklumbalas murid.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
19/31
19
- Bersuraiiii. Pelajar bersurai secara teratur
2.9 Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran PJ Yang
Cemerlang.
BIL KRITERIA HURAIAN
1. Persediaan Alatan Telah disusun secara teratur sebelum pelajar tiba.
2. Arahan Ringkas, jelas, dapat diikuti pelajar.
3. Pengelolaan Kelas Cepat, kemas, teratur.
4. Pemulihan Membetulkan kelemahan / kesilapan murid-murid sepanjang
pelajaran
5. Penyertaan Maksimum Peluang yang maksimum untuk setiap murid menyertai
aktiviti.
6. Keselamatan Murid Alatan tidak diperlu, dikeluar dari kawasan latihan. Ada
langkah keselamatan.
7. Penggunaan Wisel Menghentikan aktiviti, mendapatkan perhatian murid,
mengawal permainan.
8. Penggunaan Ruang Pelajar bebas bergerak secara terkawal.
9. Penggunaan Alatan Digunakan sepenuhnya khususnya semasa gerakerja kelas.
10. Aktiviti Jenis latihan dinamik / ansur maju / bergerak dan berterusan.
11. Tunjukcara Teknik yang betul / tegasan butiran mengajar / semua dapat
melihat.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
20/31
20
12. Butiran Mengajar Betul dan ringkas.
13. Disiplin Murid Dikawal secara rapi.
14. Kemahiran Berfikir Unsur KBKK diterapkan.
15. Nilai Murni Diterapkan / diaplikasikan.
3. PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu:
Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan dan
Keselamatan Persekitaran.
3.1 Rancangan Pengajaran Harian PK.
Guru seharusnya merancang pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya
usahanya adalah berlandaskan prinsip-prinsip pedagogi yang akanmemudahkan murid-murid mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks
mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah, Rancangan Pengajaran
Harian perlu disediakan sebagai panduan kepada guru melaksanakan
sesuatu pelajaran Pendidikan Kesihatan secara sistematik dan berkesan.
Jadi secara ringkas Rancangan Pengajaran Harian boleh ditakrifkan
sebagai suatu rancangan tindakan yang menerangkan mengapa, apa dan
bagaimana guru mengajar.
3.2 Butir-butir penting dalam Rancangan Pengajaran Harian PK
a. Hasil Pembelajaran
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
21/31
21
Hasil Pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang ideal, lengkap dan
eksplisit hendaklah menunjukkan tiga ciri asas dalam pernyataan;
i. Tingkah laku atau kebolehan murid akan tunjukkan.
ii. Peringkat pencapaian yang murid akan tunjukkan.
iii. Kriteria atau syarat perlakuan.
Contoh ; Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
menyenaraikan (tingkah laku) dengan perkataan sendiri (syarat)
lima langkah keselamatan (peringkat pencapaian) semasa
menjalani aktiviti rekreasi air.
b. Pengetahuan Sedia Ada
Aspek ini penting dan perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
merancang pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pengetahuan yang
sedia ada pada murid-murid dalam sesuatu tajuk atau topik
dijadikan titik tolak (start off point) atau (entry behaviour) bagi
sesuatu pelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini guru dapat
merancang pelajaran secara realistik di mana tahap isi kandungan
pelajaran, jenis aktiviti dan perancangan hasil pembelajaran akan
dibuat sejajar dengan kebolehan murid-murid.
c. Permulaan
Ini merupakan langkah pertama dalam sesuatu pelajaran yang
hendak dismpaikan oleh guru. Guru hendaklah memikirkan satu
teknik yang ringkas untuk meransangkan atau menyediakan murid-
muridnya dari segi mental untuk mengikut pelajarannya. Antara
tujuan lain permulaan dalam Pendidikan Kesihatan adalah:
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
22/31
22
i. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid tentang
sesuatu perkara yang berkait dengan topik pelajaran.
ii. Mengarahkan perhatian murid-murid kepada tajuk pelajaran.
iii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran.
Guru Pendidikan Kesihatan yang berkesan akan
menggunakan pelbagai teknik untuk memulakan pelajarannya dan
tidak terikat atau mengamalkan teknik serupa untuk setiap waktu
pelajarannya. Penggunaan sesuatu teknik yang terlalu kerap
(overused) boleh mengakibatkan kesan sebaliknya (counter-effect)
dan menjejaskan suasana pelajaran.
Kemahiran Permulaan Pelajaran Pendidikan Jasmani.
Cara Hubungkait / Asosiatif
- Kaitkan denganpelajaran ataupengetahuan yang sediaada.
- Menyentuh tentangpengalaman murid-murid.
Cara Menarik Perhatian
- Melalui soalan.
- Menggunakan SumberPengajaran dan
pembelajaran.
- Menggunakan suara,isyarat-isyarat bahagianbadan.
KEMAHIRANPERMULAAN YANG
GURU BOLEHAPLIKASIKAN
Cara Menimbulkan Motivasi
- Memperkenalkansesuatu yangmenghairankan atau
menakjubkan.
- Men alankan aktiviti an
Cara Menjelaskan Tugasan
- Menyatakan bentuktugasan atau latihan.
- Menerangkan tujuanpelajaran.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
23/31
23
d. Perkembangan Pelajaran
Langkah-langkah pelajaran hendaklah disusun secara berurutan
untuk memudahkan murid-murid mengikuti pelajaran. Isi pelajaran
disampaikan melalui teknik penyampaian yang tertentu dan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran disediakan
untuk mengukuh pembelajaran.
Contoh: aktiviti pembelajaran adalah seperti berikut;
i. Bersoal jawab
ii. Penglibatan dalam aktiviti atau latihan.
iii. Penjelasan sesuatu fakta.
iv. Gerak kerja kumpulan
v. Penyelesaian masalah
Di setiap langkah pelajaran guru hendaklah mengambil
peluang untuk menyelitkan dan menegaskan bilai murni yang
munasabah dan menepati tajuk pelajaran. Juga, perhatian perlu
diberi kepada perkembangan kemahiran berfikir di kalangan murid-
murid melalui aktiviti yang sesuai.
Peruntukan masa diperuntukan untuk setiap langkah di
bahagian ini hendaklah disesuaikan dengan kepentingan langkah.
Langkah-langkah pengajaran berkait rapat dengan hasil
pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.
e. Penilaian
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
24/31
24
Penilaian tertumpu kepada pencapaian hasil pembelajaran murid-
murid. Soalan utama adalah, sejauh manakah murid-murid telah
mempelajarai perkara yang disampaikan dalam sesuatu waktu
pelajaran.
Penilaian dibuat secara ringkas dalam pelbagai cara dan bentuk. Di
antara caranya adalah;
i. Menjawab soalan (lisan / bertulis)
ii. Persembahan
iii. Melakukan tunjuk cara
iv. Merumuskan isi pelajaran
v. Mempamerkan hasil kerja.
f. Penutup Pelajaran
Penutup pelajaran memberi peluang kepada guru membuat
rumusan tentang butir-butir utama yang telah dipelajari oleh murid-
muridnya. Masa diperuntukan kepada bahagian penutup adalah
ringkas, guru perlu merancang dengan teliti cara penutup pelajaran
dan mejalankannya dengan cekap dengan hanya menyentuh
perkara-perkara yang penting sahaja.
Guru boleh juga menggunakan penutup pelajaran untuk ;
i. Penilaian ringkas untuk menentukan pelajaran
ii. Memberi latihan bertulis kepada kelasnya sebagai
pengukuhan pembelajaran.
iii. Menjelaskan tugasan yang perlu dibuat oleh muridnya.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
25/31
25
3.3 Format Rancangan Pengajaran Harian PK
Mata Pelajaran : Tarikh :
Tunjang : Masa :
Tajuk : Tahap / Tahun :
Sub-Tajuk : Bil. Murid :
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Kognitif -
2. Psikomotor -
3. Afektif -
Kemahiran Berfikir :
Pengalaman Sedia Ada :
Penerapan Nilai :
Alatan :
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber
Permulaan
Perkembangan
Kemuncak
Penutup
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
26/31
26
3.4 Penulisan Hasil Pembelajaran PK
Dalam pelajaran Pendidikan Kesihatan, sungguhpun pembelajaran aspek
kognitif dan psikomotor dapat dinyatakan dalam bentuk eksplisit, aspek
afektif iaitu perkembangan sosial, nilai dan sikap terpaksa dinyatakan
secara implisit. Ini adalah memandangkan bahawa perubahan tingkah
laku dalam domain afektif lebih merupakan satu perubahan dalaman dan
tidak nyata (jelas) dan sukar diukur serta merta.
Apabila menulis hasil pembelajaran, guru perlu menggunakan kata
kerja yang tepat. Kata kerja yang tepat membantu seorang guru untuk
mengetaui sama ada murid-murid telah mencapai hasil pembelajaran
yang dikehendaki.
Contoh kata kerja yang sesuai digunakan dalam pernyataan hasil
pembelajaran adalah seperti berikut;
Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif
Menamakan
Melabelkan
Menyatakan
Menerangkan
Membezakan
MerumuskanMemberi Contoh
Menunjukkan
Mengaitkan
Mengenal pasti
Mengkelaskan
Membandingkan
Melukiskan
Menunjukkan
Menyusun
Mendemonstrasikan
Menceritakan
MenyesuaikanMenyusun semula
Membina
Mencipta
Melakonkan
Melakukan
Mengikut
Memberi perhatian
Mematuhi
Memilih
Membezakan
MencadangkanMenggunakan
Mengamalkan
Menunujukkan minat
Membandingkan
Menunjukkan kepakaran
Menunjukkan kesedaran
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
27/31
27
Menilai
Mentafsirkan
Menunjukkan sikap
Menikmati
Menghargai
Menilai
3.5 Contoh Rancangan Pengajaran Harian PK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHAP 1
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tarikh : 25.07.2007
Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga Masa : 0800 - 0830
Tajuk : Kesihatan Diri Tahap / Tahun : Tahap 1/ Tahun 1
Sub-Tajuk :Amalan Asas Kesihatan
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
1. Kognitif - Menyatakan tiga amalan harian yang dilakukan bagimenjaga kebersihan.
2. Psikomotor - Menunjuk dua cara menggosok gigi mengikut kedudukangigi.
3. Afektif - Mengamalkan penjagaan kebersihan diri sepanjang masa.
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melakukan aktiviti menjaga kebersihan diri.
Persediaan Guru : Gambar-gamabr penjagaan kesihatan: mandi, menggosok gigidan gambar bersiri
Penerapan Nilai : Kasih sayang, berdikari
Alatan : Berus gigi. Tuala, sabun, tiub ubat gigi.
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
28/31
28
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber /Strategi
Permulaan
(3 minit)
1. Soal Jawab.
2. Memerhati gambar
amalan kebersihan
pagi, petang dan
malam
Bagaimana murid-muridboleh buktikankewujudan kuman padaanggota tubuh badan ?
- Tubuh badan kotor dan
berbau.
Amalan kebersihan pagi,
petang dan malam
- Memberus gigi,
- Mandi
- Menukar pakaian
- Mengemas bilik tidur
- Mencuci pakaian
Gambar-gambar
amalan kebersihan diri
Perkembangan
(8 minit)
1. Mengumpul dan
menyusun gambar
amalan kebersihan.
Susun gambar kegiatanharian mengikut turutanamalan mengikut masa.
Pagi- Buka tingkap bilik tidur- Mengemas tempat tidur- Berus gigi- Mandi
Petang- Cuci pakaian yang
sudah dipakai- Berus gigi- Cuci rambut- Mandi
Malam- Tukar ke pakaian tidur- Berus gigi- Cuci kaki
Kumpulan 5 orang
6 kumpulan
6 set gambar bersiri
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
29/31
29
2. Menamakan alat
dan bahan diguna
untuk amalan
kebersihan
Nama alat dan bahan- Berus gigi- Tuala- Sabun- Ubat gigi
Kelas
1 batang berus gigi
1 ketul sabun
1 helai tuala
1 tiub ubat gigi
Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi / Sumber
Kemuncak
(7minit)
1. Latihan Amali cara
menggosok gigi
2. Lakonan cara mandi
Tunjukcara menggosok
gigi yang betul.
- Pergerakan berus dari
atas ke bawah.
- Jangan gerak berus dari
secara melintang sebab
ia akan merosakan gigi
Berlakon cara mandi
- Cara menggunakan
sabun.
- Cara menggunakan
tuala.
Individu
Sebatang berus gigi
seorang
Gambar besar cara
menggosok gigi
Individu
Penutup
(2 minit)
1. Melihat semula
gambar bersiri dan
bercerita semula.
Susunan Gambar Bersiri
Pagi- Buka tingkap bilik tidur- Mengemas tempat tidur- Berus gigi- Mandi
Petang- Cuci pakaian yang
sudah dipakai- Berus gigi- Cuci rambut- Mandi
Malam- Tukar ke pakaian tidur- Berus gigi- Cuci kaki
Kumpulan 5 orang
6 kumpulan
6 set gambar bersiri
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
30/31
30
2. Menegaskan
kepentingan
menjaga kebersihan
diri
Kurangnya kebersihan diri
memudahkan penyakit
bertapak dalam diri
seseorang.
RUJUKAN
Baley, J.A. & Field, D.A. (1976). Physical education and physical educator(2nd.Ed.)
Boston: Allyn & Bacon.
Barrow, H.M. (1971). Man and his movement principles of physical education.
Philadelphia: Lea & Febiger.
Bucher, C.A. (1983). Foundation of physical education (9th.Ed.). St. Louis
C.V. Mosby.
Bucher, C.A. (1994). Teaching children movement concepts and skills. Champaign,
IL: Human Kinetics.
Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher.
Chamaign, IL: Human Kinetics.
Grout, R.E. (1968). Health teachin in schools: for teachers in elementary and secondary
schools (5th.Ed.). Philadephia: W.B. Saunders Co.
Read, D.A. & Greene, W.H.(1975). Creative Teaching in Health. (2nd.Ed.). New York
MacMillan Publishing Co.Inc.
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. (3rd.Ed.). Kuala Lumpur:
Longman.
Teng Boon Tong. (1994). Paduan pengajaran kemahiran permainan. Petaling Jaya:
Longman.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Shah Alam:
7/29/2019 59381043-pjk-rph (1)
31/31
Fajar Bakti.