5 ALAM YANG AKAN DILALUI MANUSIA
Topik perbincangan pada kali ini adalah berkaitan dengan
peringkat kehidupan manusia di dalam lima alam.
Manusia yakni kita semua adalah dari zuriat Adam AS ini dalam
menuju kepada tempat kembali ke hadrat Ilahi kelak, dimana pasti
akan melalui lima peringkat kehidupan. Ringkasnya ia terdiri
daripada alam Ruh, alam Rahim, alam Dunia, alam Barzakh dan alam
Akhirat.
1. ALAM RUH
Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam
ruh.Kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui akan hakikat
bilakah ruh dijadikan. Ulama berpendapat bahawa kewujudan ruh
adalah semenjak azali lagi sama seperti kejadian malaikat dan jin.
Suatu ketika dulu, nabi Adam telah diiringi oleh para malaikat ke
lembah bersebelahan denga bukit Rahmah, sebuah lembah yang sangat
besar. Di sana dengan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah, telah
dikeluarkan dari tulang belakang Adam akan seluruh ruh anak cucu
nya bermula dari awal dunia hinggalah ke akhirnya kelak termasuklah
anak yang keluar kerana kefufuran. Ruh2 tersebut telah disusun
demikian rupa namun lembah tersebut masih penuh sesak sehinggakan
menabjubkan para malaikat kerana sekiranya ruh2 itu diberikan jasad
sudah tentu akan sempitlah permukaan bumi ini. Ruh2 tersebut
dikeluarkan bagi mengikat tali perjanjian dengan Allah dan
dimasukkan semula ke tulang belakang Adam dan akan dilahirkan bila
tiba saatnya kelak. Isi perjanjian di antara ruh dengan Allah itu
berbunyi berikut :
"MENGAKUI DAN NAIK SAKSI AKAN KETUHANAN ALLAH DAN KEESAANNYA,
YAKNI TAAT KEPADANYA DAN MENGINGAT SEGALA TITAH PERINTAHNYA SERTA
MENJAUHI SEGALA MACAM LARANGANNYA"
Perjanjian di atas dapat kita buktikan melalui firman Allah di
dalam surah Al-A'raf ayat 172-174.
Apabila ruh dah ditiupkan ke dalam jasad akan berlakulah
beberapa perubahan. Ada yang dapat kita perhatikan. Sesungguhnya
apa yang terjadi pada janin di dalam rahim setelah ditiupkan ruh
dapat diketahui dengan menelaah perubahan fungsional, perubahan
spesifikasi, gerak, respons terhadap pelbagai pengaruh dan
emosi.
Wahai Saudaraku sekalian,Demikianlah hal yang berkaitan dengan
alam Ruh, semoga Allah Taala selalu peringatkan dan menyedarkan
kita serta dipermudahkan olehNya untuk menunaikan janji asal kita
itu sekaligus mendapatkan keredhaanNya..maka.. Sebagai manusia,
kita adalah salah seorang keturunan Adam yang tidak terlepas
daripada perjanjian taat kepada Allah, kita hendaklah insaf dan
sedar serta wajib menunaikan janji dan menepati persaksian yang
telah kita lakukan sendiri di alam Ruh tersebut.
2. ALAM RAHIM
Alam kedua yang pasti dilalui oleh semua umat manusia adalah
alam rahim. Rahim menurut bahasa arab bererti kasih sayang.Ia
dinamakan alam rahim kerana benih atau calon manusia yang berada di
dalamnya adalah sangat dikasihi dan disayangi sedemikian rupa baik
oleh ibu bapa mahupun siapa sahaja yang mengetahui bahawa ibu itu
sedang mengandung sehinggakan kesihatan dan keperluannya akan
dijaga dengan sempurna.Tingkat petumbuhan kejadian manusia di dalam
rahim ibu adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu mandah
daripada sanad At-Tarmizi dan An-Nasai, Rasulullah bersabda yang
bermaksud "Sesungguhnya bilamana Allah berkehendak menjadikan
seseorang hambanya , ditakdirkan suami melakukan jimak terhadap
isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap ke segenap
urat-urat dan anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari
ketujuh, terus dihimpunkan oleh Allah bersama-sama dengan air mani
wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkanlah segala
urat-urat yang diperlukan bayinya, selai kejadian Adam sendiri di
dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakiNya, terus
disusun-Nya"
Allah mula menjadikan jasad setelah percantuman air benih di
dalam rahim.Manusia berada di alam rahim ibu selama 9 bulan 10
bulan dengan izin Allah. Tingkat penyusunan manusia diterangkan
oleh Allah dalam firman-Nya ayat 12-14 surah al-Mukminun.
Allah berfirman di dalam ayat 5 surah al-Hajj diperjelaskan
bahawa gumpalan daging itu akan menjadi dan tidak dan bahawa
peredaran kejadian terjadi dan telah ditetapkan di dalam rahim
sampai beberapa masa yang dikehendaki Allah barulah ia akan
dikeluarkan ke alam dunia ini sebagai bayi dan seterusnya ayat itu
berbunyi :
Menurut sepakat ulama mengatakan bahawa masa pemberian
nyawa/jiwa pada seseorang calon manusia di dalam rahim tidak boleh
tidak kecuali setelah 4 bulan. Ada riwayat dari Ibnu Abbas RA
mengatakan bahawa nafkhurruh itu diberikan setelah empat bulan 10
hari.Imam Ahmad bin Hanbal RA juga sependapat dengannya. Melihat
dari segi inilah juga terselit hikmah dan rahsia dimana Islam
menetapkan tempoh iddah seorang isteri yang kematian suami adalah 4
bulan 10 hari yakni lebih kurang 130 hari. Dalm eti kata lain, bila
masuk bulan kelima dengan kenyataan wanita itu tidak hamil, maka
dia akan dianggap suci.Maka lihatlah wahai umat manusia betapa
indah dan lengkapnya Islam dalam pelbagai aspek..
Ulama fiqh menerangkan bahawa apabila seorang wanita yang sedang
dalam keadaan normal tidak mengeluarkan darah kotoran (haid) lagi,
maka itulah suatu tanda saat permulaan kehamilannya. Darah itu
terkumpul terus selama mana perkembangan kandungannya hingga saat
nafkhurruh. Bila mana suatu janin itu telah diberi nyawa, maka
darah haid itulah makanannya melalui tali pusatnya, sebab mulutnya
belum boleh terbuka selama mana ia masih di dalam kandungan.
Seterusnya janin akan berkembang membesar sehinggalah masuk bulan
kelima. Pada masa itu, ia akan memakan apa yang dimakan dan diminum
oleh ibunya melalui tali pusat serta merasa apa yang dirasaka oleh
ibunya..Maha Agung Pencipta sekalian mahkluk..
Wahai saudaraku sekalian...Berdasarkan kepada huraian di atas,
jelaslah asal kejadian manusia daripada tanah dan darah nutfah,
maka seharusnya manusia jangan suka berlagak sombong dan
membanggakan diri kerana kita semuanya berasal daripada tanah dan
darah yang kotor. Sehubungan dengan itulah, kita dikehendaki
merendahkan diri dengan sujud melakuakn solat lima kali sehari agar
kesombongan yang ada paad diri akan lenyap..ingatlah bahawa
daripada tanah kita diciptaka dan kepada tanaklah juga kita akan
dikembalikan dengan perintah Allah dan dari tanahlah jua kita akan
dibangkitkan ke muka pengadilan di akhirat kelah ..Masya
allah...
Bukan itu juga, kita sebagai manusia,hendaklah ingat akan jasa
kedua orang tua dan berbaktilah kepada mereka atas dasar merekalah
kita alhir ke dunia ini, ibu kita yang telah mengandungkan kita
selama sembilan bulan 10 hari denagn melalui pelbagai cabaran dan
penderitaan hatta di dalam hadis nabi sekalipun mendahulukan
berbakti kepada kedua ibu bapa barulah berjuang di jalan Allah.
Ibu Mas'ud berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah SAW:
Pekerjaan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:
Melakukan sembahyang pada awal waktunya. Saya berkata lagi.
kemudian apa lagi. Jawabnya: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Lalu
saya bertanya lagi: Sabdanya: melakukan perang sabil."3. ALAM
DUNIA
Setelah cukup tempoh yang dikehendaki oleh Allah, manusia akan
lahir ke alam dunia sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Di
peringkat kehidupan inilah, manusia menjalani kehidupan yang agak
lama sebelum berngkat ke alam lain. Di alam dunia, manusia menimba
pelbagai ilmu pengetahuan serta melakukan pelbagai amalan bagi
bekalan di alam akhirat kelak.Hakikat kejadian manusia di dunia
adalah untuk melaksanakan tugas kekhalifahan, membangun dan
mengelola dunia ini sesuai dengan kehendak Allah, kerana tujuan
hidup manusia telah ditetapkan yakni mengabdikan diri kepada Allah.
Manusia diberikan tugas yang berat ini disebabkan kelebihan dan
keistimewaan yang dianugerahkan kepada manusia yang mana tidak
dimiliki oleh mahkluk lain seperti :1. Kemampuan untuk mengetahui
sifat-sifat, fungi dan kegunaan pelbagai benda. Hal ini digambarkan
di dalam firman Allah :
2. Bumi, langit dan seluruh isinya telah ditundukkan kepada
manusia sebagaimana firman Allah :
Menurut kebiasaannya, apabila bayi itu lahir sahaja ke dunia
ini, ia akan menangis dan menjerit. Bilamana ia tidak berbuat
demikian, pasti ada yang tidak kena pada bayi tersebut.Maka bidan
akan melakukan sesuatu agar ia boleh kembali krpada keadaan yang
normal seperti membuat urutan dan sebagainya.Menurut riwayat Abu
Hurairah RA, Rasulullah bersabda " Tiap-tiap anak Adam itu, ditusuk
oleh syaitan pada lambung sisinya ketika ia dilahirkan, kecuali Isa
bin Maryam, syaitan hendak menusuknya, tetapi terkena kepada
hijabnya sahaja. Berpandukan hadis ini jelaslah bahawa sebab yang
menyebabkan setiap bayi yang dilahirkan pasti akan menjerit atau
menangis di awal kelahiran adalah daripada tusukan kaum syaitan
sebagai tanda perkenalan dimana ia telah bersiap sedia untuk
menjalankan tugas untuk menyesatkan anak cucu Adam. Walau
bagaimanapun, jika dilihat dari segi ilmiah moden, bayi itu
menjerit atau menangis disebabkan kerana akibat daripada menempuh
udara luar( dari alam rahim) yang dingin yang mengandungi zat
oksigen,hidrogen, karbon dioksida dan lain2 yakni berbeza ketika
berada di alam rahim.Di alam dunia manusia melalui beberapa fasa
seperti alam bayi, remaja, dewasa dan tua serta sehinggalah dia
kembali kepada Pencipta yang Esa.
Jikalau rahim membawa maksud kasih sayang, maka duni pulak
membawa maksud dekat. Ada pula yang mengatakan bahawa dunia boleh
diertikan sebagai "kehinaan, kebencian, kekotoran dan kerendahan".
Berdasrkan kepada pengertian ini, kita dapati hampir setiap
lembaran kitab Allah ada yang menyatakan perihal kekejian dunia
yang mampu menarik perhatia manusia daripada menghampiri akhirat,
bahkan Rasul dan Nabi diutuskan untuk mengajak umat masuia kembali
mengingati kematian yakni hari akhirat bukannya dunia yang hanya
bersifat sementara ini.
Islam memandang kehidupan manusia di alam dunia ini sebagai
bentuk ujian dan percubaan kerana apakah manusia dalam hidupnya
melakukan perbuatan yang baik, mempergunakan segala sesuatu yang
dianugerahkan kepadanya sesuai dengan peraturan-peraturanNya,
menunaikan hak dan kewajipannya selaras dengan ajaran yang telah
ditetapkanNya agar dapat diketahui siapa di antara mereka yang baik
amal perbuatannya. Firman Allah Taala :
Jesteru itu, janganlah manusia itu mengira bahawa dirinya akan
terlepas begitu sahaja di dunia ini dengan sia-sia tanpa ada
peraturan, semahunya sahaja tidak merasa diawasi atau dikawal
bagaikan haiwan yang tidak punya peraturan dan kesopanan.Firman
Allah Taala :
Manusia itu sebagai makhluk yang berakal fikiran di dunia ini,
tetap dijadikan Tuhan lengkap dengan tujuan hidup, tugas hidup dan
diawasi dengan teliti dan cermat sekali.Segala tidak tanduk manusia
di alam ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan yang telah
memberikan hidup dan kehidupan serta syarat hidup kepadanya.
Wallahu a'lam...
4. ALAM BARZAKH
Setelah manusia selesai menjalani kehidupan di alam dunia,
mansia akan dimatikan dan dipindahkan ke alam barzakh.Di alam
barzakh manusia akan diberikan balasan yang setimpal dengan
perbuatannya di dunia. Dengan kematian, seseorang itu baru memasuki
saat peristiwa sesudahnya.Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa :
Siapa yang meninggal, maka kiamatnya telah bangkitKiamat ini
dinamakan kiamat kecil. Alam barzakh merupakan tempat persinggahan
selama mana menanti kedatangan kiamat besar, yang akan berlaku
dengan peniupan sangkakala pertama. Dari segi bahasa barzakh
bererti pemisah. Para ulama mentafsirkan alam barzakh sebagai
tempoh antara kehidupan dunia dan akhirat. Imaam Ahmad Inb Hanbal,
al-Tabarani, Ibnu Abi ad-Dunya dan Ibnu Majah meriwayatkan melalui
sahabat Nabi SAW, Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda yang
bermaksud : Sesungguhnya yang meninggal mengetahui siapa yang
memandikannya, yang mengangkatnya, yang mngkafankannya dan siapa
yang menurunkan ke kubur.
Apabila salah seorang di antara kamu meninggal, amak akan
diperlihatkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya(
kelak di hari akhirat). Kalau dia penghuni syurga, maka akan
diperlihatkan tempat penghuni syurga dan kalau dia penghuni neraka,
maka akan diperlihatkan tempat penghuni neraka. Disampaikan
kepadanya bahawa inilah tempatmu sehinggalah Allah membangkitkanmu
ke sana ( Hadis Riwayat Bukhari) Ketahuilah wahai hamba Allah,
kubur adalah persinggahn pertama menuju akhirat.Orang mati bererti
telah mengalami kiamat kecil.Apabila seorang hamba telah dikubur,
akan diperlihatkan kepadanya tempat tinggalnya nanati pada pagi
hari yakni antara waktu fajar dan petang. Apabila ia termasuk di
dalam penghuni Syurga, akan diperlihatkan tempat tinggalnya di
Syurga, dan apabila ia diperlihatkan penghuni neraka akan
diperlihatkan tempat tinggalnya di neraka.Seorang mukmin akan
diperluaskan kuburnya seluas 70 hasta dan kuburnya akan dipenuhi
dengan tanaman hijau hingga datang hari kebangkitan. Orang kafir ia
akan dipukul dengan besi, kuburnya akan dijadikan sampai sempit
sehinggga remuklah tulang rusuknya.
Setelah seseorang itu mati da dimasukkan ke dalam kubur, maka
bermulalah segala apa yang pernah diceritakan kepada kita sebelum
ini yakni sambutan kubur, himpitan dan seterusnya fitnah kubur
hunggalah situasi dimana ia akan terus2an diseksa ataupun hidup
bersenang lenang. Segalanya terletak pada amalan masing2 semasa
hidup di dunia. Ketika si mati berada di dalam kubur, ruhnya akan
dikembalikan kepadanya tetapi bukan dalam keadaan sedia kala, hanya
dikembalikan kepada salah satu anggota badannya.Maka akan bangunlah
si mati seolah2 dari tiur, lalu melihat ke kiri dan kanan dalam
satu ruangan yang sempit, gelap gelita, maka merataplah ia seolah2
mengadu alangkah gelapnya, alangkah sempitnya padahal suatu ketika
dulu dia mempunyai rumah yang luas dan indah,keluarga yang ramai
bergelak ketawa, kini dia keseorangan di dalam kesempitan... Dalam
pada masa ayng sama , ia terdengar panggilan dari seorang malaikat
yang bernama Ruman yang bertugas mendatangi setiap kubur untuk
menyuruh penghuni kubur menulis segala aml perbuatan mereka semasa
di dunia. Maka penghuni kubur akan menulis amal perbuatan mereka di
atas sepotong kain kafannya menggunakan jarinya sebagai kalam dan
air liur sebagai tinta. Setelah selesai, malaikat tersebut akan
melipat dan menggantungkannya pada leher penghuni kubur tersebut.
Ia sesuai dengan firman Allah di dalam ayat 13 surah al-Isra' :
Setelah selesai akan kejadian di atas, maka akan datanglah
malaikat yang melakukan fitnah kubur iaitu Munkar dan Nakir.eduanya
dinamakan sedemikian kerana bentuk dan rupanya tidak dapat
dibandingkan dengan apa jua makhluk. Menurut Imam Ghazali yang
diriwayatkan dari Abdullah mas'ud RA, Nabi SAW ada menyebutkan
sifat2 dan rupa kedua malaikat terebut iaitu keduanya hitam legam
membelah bumi dengan taringnya, mempunyai bulu yang panjang
mengheret bila ia berjalan, suaranya bagaikan halilintar yang
membelah bumi, matanya bak kilat menyambar dan nafasnya seperti
angin puyuh melanda apa2 yang melintang di hadapannya. Masing2
membawa sebuah pemukul dari besi yang beratnya tidak akan terangkat
oleh sekumpulan jin dan manusia yang jikalau dipukulkan kepada
suatu gunung, gunung itu akan adi mendatar. Maka apabila satu jiwa
melihatnya, nescaya lari lintang pukang,demikianlah perumpaan Nabi
SAW tentang keduanya.
Seterusnya tempoh seorang itu akan mengalami fitnah kubur, tidak
ada sesuatu yang jelas menerangkannya. Di dalam fitnah kubur itu
akan dilakukan beberapa pertanyaan sebagaimana di daalm riwayat Abu
Daud kedua malaikat itu mengatakan kepada si polan: Siapa Tuhanmu,
apa agamamu dan siapa orang lelaki yang dibandingkan dan diutus
kepada kamu? Maka orang mukmin akan menjawab : Tuhanku ialah Allah
dan agamaku ialah Islam dan lelaki yang diutus kepadaku ialah
Rasulullah sedangkan orang kafir tidak mampu untuk menjawab
ketiga-tiga pertanyaan tersebut. Pertanyaan Munkar dan Nakir atau
lebih jelas fitnah kubur tidaklah umum meliputi seluruh manusia ,
sebab difahamkan dari beberapa hadis terdaapt beberapa golongan
yang dikecualikan daripada fitnah kubur. Golongan tersebut terdiri
daripada orang yang mati syahjid dalam peperangan atau membela
kesucian agama Islam, orang yang mati dalam keadaan menyediakan
diri untuk Allah semata-mata, orang yang mati akibat wabak taun,
orang yang mati bukan kerana wabak taun tetapi tinggal berdiam diri
di dalam negeri yang dilanda wabak taun dan orang yang mati ketika
kanak-kanak.
Seterusnya adalah perihal berkaitan dengan seksa kubur.Berikut
merupakan beberapa jenis seksaan di alam barzakh. Antaranya adalah
:
1. seksa kubur bagi orang kafir - Waili berkata dalam kitab
Al-Ibaanah dari hadis malik bin Mu'awwal dari Naafi dari Ibnu Umar,
ia berkata : " Di saat aku berjalan di kawasab Badar, tiba-tiba
muncul seorang lelaki dari dalam bumi memakai rantai di leher.
Hujungnya dipegang oleh seorang yang berkulit hitam. Ia memohon: "
Hai Abdullah, berilah aku minum" Ibnu Umar berkata " aku tidak tahu
apakah ia mengenal namaku" Orang hitam itu berkata kepadaku:
"Jangan beri ia minum, kerana ia orang kafir" Ia menarik dan
memasukkannya ke dalam bumi. kemudian aku mendatangi Rasulullah SAW
dan memberitahu baginda. " Nabi SAW berkata ; ' Apakah engkau telah
melihatnya? Itu adalah musuh Allah, Abu Jahal dan itu adalah
seksaan hingga hari kiamat".
2. Seksa kubur bagi orang derhaka - Dari Amru bin Dinar bahawa
ada seorang lelaki penduduk Madinah mempunyai seorang saudara
perempuan di pinggiran kota Madinah yang sedang sakit lalu
meninggal dunia. Kemudian dia mengebumikan saudara perempuannya
itu. Ketika pulang, ia teringat akan sesuatu yang tertinggal di
dalam kubur saudaranya. Maka ia pun meminta tolong seorang teman
untuk membongkar kubur saudaranya itu. Kelihatan terdapat api
menyala di dalam liang lahad. setelah itu, ia kembali mendaaptkan
ibunya dan bertanyakan perilaku saudaranya itu. ibunya pun
mengtakan bahawa eingatnya si anak dulu sering menunda solat,
seringkali bersolat tanpa wudu',ia suka mendatangi pintu2 para
tetangga lalu mendengar khabar mereka dan menceritakan kepada orang
lain.
3. Seksa kubur bagi orang mengadu domba - Mengadu domba,
menfitnah, mereka percakapan yang menyakitkan hati orang
lain.Menurut riwayat Syaikhain (Bukhari dan Muslim) bahawa
Rasulullah SAW ketika dalam suatu perjalanan melalui dua
kuburbeliau berkata kedua orang ini sedang diseksa dan bukanlah
keduanya diseksa daalm suatu yang besar dari segi dosanya. Adapun
salah seorang di antaranya tadi ketika amsih hidup adalah orang
yang suka mengadu domba, memfitnah dan mereka reka percakapan yang
boleh menyakitkan hati orang lain sehingga keduanya bermusuhan,
sedang yang seorang lagi adalah tidak berhati-hati melakukan
kebersihan dari kencingnya. mengenai hadis ini, para ulama berkata
berhati2 melakukan kebersihan dari kencing itu adalah wajib
hukumnya. Manusia tidak kaan diseksa melainkan meninggalkan sesuatu
yang wajib.Demikian pula diqiaskan kepada soal kencing dengan
kewajipan menghilangkan segala macam najis.
5. ALAM AKHIRAT
Kehidupan akhirat dimulakan dengan peniupan sangkakala.
Semua yang berada di alam ini akan hancur dan mati melainkan
Malaikat Israfil yang bertugas meniupkan sangkakala itu.Hal ini
kerana masih ada lagi peniupan untuk kali kedua. Terdapat jarak di
antara peniupan yang pertama dan kedua. Hanya Allah sahaja yang
mengetahui akan kejadian itu.Sebaik sahaja peniupan sangkakala yang
kedua, manusia akan dihidupkan semula sebagaimana firman Allah:
Saat peniupan kali kedua, manusia baru sedar bahawa kehidupan di
dunia hanya bersifat sementara bahkan mereka hanya bagaikan
beberapa saat petang atau pagi hari.Berikut merupakan firman Allah
yang berkaitan dengannya.
Dari sana manusia akan diarak ke Padang Masyar yakni tempat
untuk menghadapi pengadilan Allah SWT. Pengadilan agung akan
berlaku di mahkamah Allah. Bahkan boleh jadi mulut kita akan
ditutup dan yang akan berkata2 adalah tangan, kaki dan seluruh
anggota badan kita yang menjadi saksi segala amal perbuatan kita
semasa di dunia.Pada hari pembalasan itu, tidak ada yang dapat
mengelak daripada menyembunyikan sesuatu pun walaupun sekecil zarah
sekalipun.
Pengadilan Allah itu akan dilakukan ke atas setiap individu yang
mukallaf sebagaimana firman Allah:
Setelah berada di Padang Masyar menerima pengadilan yang
seadil2nya dan diserahkan hasil amalan masing2, manusia akan
bergerak menuju ke syurga atau neraka.Beberapa ayat dalam al-quran
mengkhabarkan bahawa dalam pejalanan ke sana, kita akan melalui
sebuah titian yang dinamakan shirath.Dikatakan bahawa titian itu
sangat nipis dan lebih halus daripada rambut dan lebih tajam
daripada mata pedang.
Diriwayatkan darpada sesetengah ahli ilmu baahwa mereka berkata
tidak ada seorangpun yang dapat melepasi shirat melainkan setelah
ditanya tentang keimanannya kepada Allah iaitu kalimah la ilaha
illallah.Jika ia membawa kalimah itu dengan penuh keikhlasan dari
segi tutur dan amalannya maka ia akan dapat
menyeberanginya.Kemudian, tempat kedua ialah ttg solat. Ketiga
ialah puasa Ramadan. Keempat ialah zakat.Kelima ialah haji dan
umrah. Keenam ialah mandi dan wuduk. Ketujuh ialah penganiayaan
terhadap manusia manusia.Diriwayatkan daripada Said bin Halal
katanya telah sampai berita kepada kami bahawa shirat pada hari
kiamat nanti terhadap sesetengah manusia lebih halus daripada
rambut dan terhadap sesetengah yang lain seperti lembah yang luas.
Katanya lagi Auf bin Abdullahn bin Suffyan al-Uqaili berkata Pada
hari kiamat manusia akan melintasi shirat mengikut amalan mereka.
Ada yang melintasinya dengan kecepatan sekelip mata, ada yang
sepantas anak panah yang dilepasakan, ada yang seperti burung yang
terbang laju, ada yang seperti kuda yang pantas, ada yang berjalan
biasa dan ada yang merangkak2.
Berdasarkan kepada ayat tersebut, sebahagian ulama berpendapat
bahawa dinamakan shirath kerana ia meripakan jambatan yang mesti
dilalaui oleh setiap orang yang menuju ke syurga. Di bawah jambatan
itu, terdapat neraka yang pelbagai tingkatannya. Setiap orang akan
melintasinya dengan kecepatan yang sesuai dengan ketaqwaan
masing2.Ada yang dikatakan akan melintas bagaikan kilat atau angin
berhembus atau sepantas kuda dan ada juga yang merangkak tetapi
akhirnya tiba juga.Tetapi bilamana orang-orang kafir melaluinya,
mereka akan jatuh ke neraka mngikut ksesuaian kederhakaan
mereka.Masya AllahBertaubatlah kita wahai manusia sebelum
terlambat