Headline Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan Language BM Media Title Utusan Borneo Online Sec�on/ Page No Sabah Date 05 Julai 2018 Journalist Source h�ps://www.utusanborneo.com.my/2018/07/05/tahap- pencapaian-pendidikan-di-sabah-agak-mendukacitakan Remarks Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research. Tahap pencapaian pendidikan di Sabah agak mendukacitakan SIDANG DUN: Shafie Apdal (kanan) bersalaman bersama timbalannya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Jaujan Sambakong pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam. — Gambar Bernama KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tahap dan pencapaian pendidikan di Sabah masih pada takuk yang agak mendukacitakan. Mohd Shafie berkata berdasarkan keputusan peperiksaan Penilaian Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diadakan saban tahun, prestasi Sabah kurang memberangsangkan berbanding dengan negeri-negeri lain. Justeru kata Mohd Shafie, di bawah jentera pentadbiran negeri Sabah yang baharu, beliau mahu melihat ada momentum perubahan bagi memastikan tahap kecemerlangan pendidikan di negeri ini dapat dipertingkatkan. “Atas keperluan untuk meningkatkan prestasi pendidikan di negeri ini, kerajaan negeri buat julung kalinya telah mewujudkan jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi yang akan memastikan bahawa bidang pendidikan di negeri ini mendapat tumpuan sewajarnya. “Inisiatif ini membuktikan bahawa teraju kerajaan Sabah yang baharu ini sangat komited dan mengutamakan tahap kecemerlangan dan pencapaian bidang pendidikan di negeri ini,” katanya dalam ucapannya sempena Sambutan Ulang Tahun Zamrud Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini semalam.