Garis panduan tugasan HBAE 1403 Menggambar Mei 2013
Fon
: Times New Roman
Saiz Fon
: 12
Langkau baris
: 1.5
Patah perkataan
: 2500-3000
Tarikh Penghantaran tugasan : Tutorial ke-4
Nama Tutor
: EN. YEW KO WOO
1.0 Pengenalan (4%)
Definisi apresiasi seni
Apresiasi seni merupakan aspek penting di dalam pengajaran
pendidikan seni visual. Apresiasi seni ini adalah proses
penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat
pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya
seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta
aspek emosional terhadap karya seni.
Peranan guru pendidikan seni visual dalam pengetahuan seni dan
kreativiti kanak-kanak
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga
Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan
lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi
membangunkan Negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat
relavan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini
dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran
kreatif berkembang. Namun demikian, guru-guru pendidikan seni
visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan
individu kreatif.
Membina perkembangan artistik serta membantu perkembangan emosi
dan kognitif murid.
Menghidupkan suasana aktif pembelajaran (interaksi guru dengan
murid)
Meningkatkan kefahaman terhadap imej dan bahasa visual (belajar
& faham gaya bahasa tampak, istilah baru)
Menyemai kefahaman terhadap di antara satu sama lain. (Makna
berbeza, tidak semua lihat & faham dengan cara yang sama)
Meningkatkan keupayaan pemikiran (guna deria dan proses
kognitif. Murid dapat buat banding) 2.0 Proses Artistik Berdasarkan
Kaedah Apresiasi Seni (20%)
Rujuk kepada modul m.s 49 bahagian (c) dan HBAE 1203
Perkembangan seni kanak-kanak
Tulis secara ringkas terhadap kaedah apresiasi seni dan disertai
dengan satu contoh aspresiasi seni.
3.0 Analisa Karya Seni Murid (8%)
Mengikut hasil karya yang dibuat oleh pelajar Ramlan Abdullah,
kita dapat lihat terdapatnya keseimbangan pada hasil karya
tersebut. Pelajar ini telah menggunakan pelbagai teknik untuk
menghasilkan karya ini iaitu teknik kolaj dan mozek. Pelajar dapat
menggunakan kreativiti diri untuk menghasilkan karya yang bertajuk
durian ini dengan menggunakan majalah sahaja. Kerja tangan pelajar
ini menang menarik dan dapat memberi rangsangan kreativiti kepada
pelajar lain. Merenung kepada hasil karya yang diberi nama durian
ini, mempunyai keseimbangan tak simetri. Keseimbangan tak simetri
ialah wujud apabila bahagian di sebelah kiri tidak sama dengan
kanan atau bahagian atas tidak sama dengan bawah. Di samping itu,
terdapat pula, kontra yang wujud pada sesuatu gubahan apabila
terdapat unsur yang menonjol di dalamnya. kontra ialah satu teknik
yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap
sesuatu perkara atau objek. Karya ini telah dapat mempamerkan
buah-buahan tempatan kita yang begitu terkenal di seluruh dunia
ini. Pelajar dapat melalui hasil karya ini memperkenalkan
buah-buahan tempatan negara kita kepada pelajar di negara
lain............4.0 Kesimpulan (4%)Rujukan
Karya Fu Dao (teknik mozek)
Karya ini merupakan karya murid Tahun 3 yang bertajuk Fu Dao.
Penggunaan warna merah dalam menghasilkan perkataan Fu dalam karya
ini adalah sesuai kerana warna merah simbol kepada kemeriahan,
kegembiraan dan membawa tuah bagi masyarakat Cina. Selain itu,
terdapat warna kuning yang bertindak sebagai latar kepada perkataan
Fu yang telah menonjolkan perhatian pemerhati terhadap perkataan
Fu. Dalam menghasilkan karya ini, murid telah menggunakan bahan dan
alat seperti ang pau, gunting, gam dan kertas A4. Setiap perkataan
Fu adalah digunting dari ang pau (paket merah) dalam bentuk segi
empat dan telah diolah serta disusun dengan kemas dan bersebelahan
untuk menghasilkan satu corak terancang dengan menggunakan teknik
mozek. Ini menunjukkan murid ini memahami dan menyedari perkaitan
antara warna serta corak yang dipilih. Beliau telah mengatur corak
mengikut kreativiti diri di mana menggunting 5 perkataan Fu
kemudiannya menyusun perkataan itu secara terbalik. Penyusunan
corak ini membawa makna dalam masyarakat Cina di mana masyarakat
Cina suka melekatkan corak ini pada pintu masuk rumah. Penyusunan
corak ini telah menunjukkan murid ini menyedari prinsip rekaan
seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kesatuan dalam
penghasilan corak. Corak yang dihasilkan membawa makna Fu Dao dan
Wu Fu Lin Men. Ia diterjemahkan bahawa berkat telah menjelang ke
pintu rumah terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Murid ini mempunyai
persepsi yang tajam dan kesedaran corak dalam alam sekitar terhadap
perhiasan masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baru Cina. Beliau
menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni
dan kaitannya dengan kehidupan mereka. Murid ini telah membuat satu
karya corak tradisional yang mudah dan pandai mengolah,
mengubahsuai dengan menggunakan corak tradisional. Beliau
menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan
masyarakat Cina.
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf