FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK Musli Bin Ton (1) SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA PELAJAR : MUSLI BIN TON INSTITUSI : PUSAT PENGAJIAN OUM, SARAWAK NO. MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN : : 790529105769001 790529105769 TARIKH HANTAR : 9 JULAI 2012 NAMA TUTOR : ENCIK TURING ANAK ASUNG
15
Embed
HBAE 1203: PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAKassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7905291057… · HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK (1) Musli Bin Ton ... pemerhatian,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (1)
SARJANA MUDA PENGAJARAN
(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN
HBAE 1203: PERKEMBANGAN
SENI DAN KANAK-KANAK
NAMA PELAJAR
:
MUSLI BIN TON
INSTITUSI
:
PUSAT PENGAJIAN OUM, SARAWAK
NO. MATRIKULASI NO.KAD PENGENALAN
: :
790529105769001 790529105769
TARIKH HANTAR
:
9 JULAI 2012
NAMA TUTOR
:
ENCIK TURING ANAK ASUNG
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (2)
Bil. Isi Kandungan Mukasurat
1.0
Pendahuluan 3
2.0
Komponen dan Pengertian Kreativiti 4
3.0 Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher 4 - 6
4.0
Perkembangan Kanak-Kanak dan Hubungannya Dengan
Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher
6 - 7
5.0
Kaitan Lima Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher 8
6.0
7.0
Aktiviti Pembelajaran dan Perkembangan Kreativiti Fisher
Perkembangan Kreativiti dari Aspek Asli
8 - 11
11 – 13
8.0
Kesimpulan
13
Rujukan
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (3)
1.0 Pengenalan
Dasar pendidikan dan pembangunan pada hari menjurus kepada kepentingan membina insan
yang berminda dan mampu bersaing dengan negara luar dalam pembangunan negara dan aspek
kreativiti dikatakan satu faktor penggerak ke arah itu. Justeru itu kreativiti harus dipupuk sejak
kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka masih belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kreativiti juga boleh dilihat
dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah
sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada
persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia.
Kreativiti ini boleh ditingkatkan dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti seni
khususnya dengan memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-
bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan, di samping
membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka untuk merasa dan mengenali
struktur, menghidu bahan mendengar bunyi dan lain-lain. Proses ini melalui kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan ingin tahu serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi. Ini ditegaskan oleh pendapat Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-
kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang
gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Kreativiti juga merupakan anugerah Tuhan yang dimiliki oleh semua individu. Namun,
bukan semua orang boleh menjadi individu yang kreatif dan mampu mencipta sesuatu yang luar
biasa. Hakikatnya pemikiran ini perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam sejak kanak-kanak
lagi melalu pembelajaran formal dan tidak formal sama ada di sekolah ataudi rumah.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (4)
2.0 Komponen dan Pengertian Kreativiti
Pelbagai takrifan diberi berkaitan dengan kreativiti. ”Kreativiti” berasal daripada perkataan
Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek
pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) pula mentakrifkan kreativiti
sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan sesuatu itu.
Kreatif pula adalah kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli) Manakala June King McFee pula berpendapat bahawa kreativiti itu sebagai
keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah
idea. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak
ada sebelumnya. Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir dan
Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan (2003). menyatakan bahawa Individu yang mempunyai
kebolehan „kreatif‟ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini
dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui.
Keseluruhannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti
sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya bagi sesuatu yang dihasilkan.
3.0 Lima peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan kaitannya dengan Pengajaran
Guru
Fisher adalah tokoh seni yang terkenal Beliau telah memperkenalkan teori perkembangan
kreativiti yang dikenali sebagai ”Perkembangan Kreatif Fisher: Dalam lima peringkat
perkembangan yang dikemukakan melalui sperti di bawah:
i. Peringkat Rangsangan
Tahap ini memerlukan kita untuk merangsang minda kanak-kanak dengan pelbagai soalan
kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan soalan-soalan yang yang menjurus ke arah
aspek itu berdasarkan domain Tasonomi Bloom.
1. Apakah yang cikgu pegang ini? ( Guru menunjukkan doh polistrin.)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (5)
2. Mengapakah ia penting kepada kita?
3. Siapa yang tahu menggunakan doh ini?
4. Bagaimanakah ia digunakan untuk membuat kerja seni?
5. Bolehkah doh dibentuk menjadi sebuah pasu?
ii. Peringkat Penerokaan
Peringkat ini pula merupakan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar berikutan
dari usaha kanak-kanak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar
permasalahan atau perkara yang ditimbulkan.
iii. Peringkat Perancangan
Peringkat ini pula adalah proses menggalakkan pemikiran kreatif kanak-kanak untuk merancang
dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan yang berlaku dan aktiviti
pada peringkat ini akan dilakukan melalui dua cara seperti:
» membuat perancangan secara verbal melalui aktiviti perbincangan, pemerhatian, interaksi,
penerokaan dan sebagainya
» Perancangan yang dilakukan boleh dibuat secara visual seperti visual, graf, imej lukisan, peta
minda dan sebagainya mengikut keperluan dan kreativiti murid.
iv. Peringkat Aktiviti
Peringkat ini merupakan akitivit awal yang bermula dengan set idea. Bagi melahirkan pemikiran
kreatif kumpulan yang terbabit perlu merancang segala aktiviti dan semasa peringkat ini segala
perancangan yang dilakukan akan dibantu dengan cara mengemukakan soalan-soalan seperti
,”bagaimanakah tindakan yang pelu kita ambil untuk menlakukan aktiviti ini?
v. Kajian semula
Peringkat ini merupakan proses menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan terhadap apa yang telah dilakukan, selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid diminta memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai
satu bentuk refleksi diri. Cara ini juga merupakan proses untuk memupuk dan mengembangkan
kreativiti para dalam kalangan kanak-kanak berdasarkan:
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (6)
• Teknik Penyoalan
Dilakukan bertujuan menimbulkan rangsangan atau respons melalui proses penyoalan melalui
sesi apresiasi seni
•Penemuan melibatkan aspek penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian yang dilakukan
bersadarkan keperluan tajuk.
•Pemerhatian
Ketika melakukan aktiviti pemerhatian sebaiknya tidak hanya tertumpu kepada deria
pengamatan sebaliknya libatkan deria lain seperti deria sentuhan, deria bau dan sebagainya
untuk mendapat keputusan yang lebih tepat.
Jika lima tahap yang diasaskan oleh Fisher itu dilaksanakan secara terancang sudah pasti ia
dapat menghasilkan pencapaian yang diharapkan sesuai dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran guru dan juga murid.
4.0 Perkembangan Kanak-Kanak dan Hubungannya Dengan Lima Peringkat
Perkembangan kreativiti Fisher
Aspek kreativiti itu sangat penting kepada kanak-kanak.Secara sedar atau tidak,
perkembangan kreativiti kanak-kanak ini sebenarnya turut berkait rapat dengan
perkembangan aspeklain seperti perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, aspek kreatif,
aspek persepsidan aspek sosial, emosi dan fizikal seperti di bawah:
4.1. Aspek Sosial
Syamsu Yusuf (2007) berpendapat bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar
untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan
antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Bagi situasi ini kanak-kanak
akan cuba berinteraksi dengan alat, bahan yang digunakan dalam aktiviti seni dan juga akan
melakukan interaksi dengan murid lain kerika aktiviti berlangsung. Contohnya kanak-kanak
belajar melalui aktiviti bermain keranaber main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak
mengenal dunia dan persekitarannya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (7)
Selain itu ia dapat dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan juga
menggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan seterusnya menyatukan kanak-kanak
yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai melalui perkongsian idea dan
sebagainya.
4.2 Aspek Fizikal
Menurut perkembangan fizikal Woolfook dan Margetts (2007), mampu menentukan kebolehan
kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya
dalam aktiviti yang dibuat. Bagi merangsang aspek ini guru bolehlah menggunakan peralatan
atau bahan yang dapat memberikan satu bentuk lathan berkesan kepada pergerakan fizikal
kanak-kanak khususnya yang melibatkan motor kasar dan motor halus. Contohnya, penggunaan
doh semasa menjalankan aktiviti mampu menggalakkan pergerakan motor halus kanak-kanak
semasa aktiviti yang melibatkan semua aspek pergerakan badan ketika melakukan kerja seni.
Aspek ini juga mementingkan kepeluan fizikal sepertibilik darjah yang kondusif dan selamat.
4.3 Aspek Emosi
Emosi ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992).
Emosi merupakan suatu bentuk pengukuran kecerdasan emosi berhubung dengan pelbagai
bentuk perasaan tenang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan i8ni merangkumi tangisan,
gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan memperngaruhi warna kehidupan, membentuk sikap dan
personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia.
Bagi melahirkan emosi yang sihat aktiviti yang sesuai boleh dilaksanakan seperti aktiviti
emosi agar ia membolehkan kanak-kanak berinteraksi, menambah keyakinan diri dan
meningkatkan keupayaan sosial mereka. Sebagai contoh semasa aktiviti fizikal, kanak-kanak
akan menjalankan aktiviti sukan permainan kecil berdasarkan kumpulan masing-masing. Aktiviti
ini menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan melahirkan perasaan masing-masing melalui
peneguhan dan kepuasan melalui permainan yang dijalankan.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (8)
5.0 Kaitan Lima perkembangan Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Kanak-Kanak
Hakikatnya kanak-kanak yang dilahirkan normal kebiasanya mengikut fitrah semulajadi dalam
proses tumbesaran mereka. Oleh yang demikian itu, sebahagian lakaran yang dihasilkan oleh
kanak-kanak, walaupun sekadar contengan biasa, hasil seni visual itu dianggap satu medium
komunikasi luahan pemikiran kanak-kanak. Ini kerana, melalui curahan perasaan kanak-kanak
semasa mengikut aktiviti tersebut, ianya dapat meransang kebebasan murid untuk mercernakan
idea mereka khususnya melalui lukisan dan aktivit nyanyian dan pergerakan. Melalui lukian
misalnya, kanak-kanak dapat berimiginasi dengan diri mereka sendiri, sama ada melalui
pengalaman mereka sendiri atau khayalan mereka yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh
orang dewasa seperti contoh lulkisan di bawah:
6.0 Aktiviti Pembelajaran dan Perkembangan Kreativiti Fisher
Hakikatnya kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif ini dapat kita lihat
tabiat mereka yang suka menconteng pada dinding, kertas dan sebagainya.. Aktiviti seni dan
kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam
pelbagai cara. Keingin yang tinggi mampu memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti
dijalankan dan secara bebas meluahkannya atas kertas. Lihatlah bagaimana mereka berinteraksi
dengan bahan dan berkerjasama sehingga mampu melahirkan karya yang kreatif .
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (9)
Penghasilan karya dalam kalangan kanak-kanak secara langsung dipengaruhi oleh tahap umur
mereka sebagaimana yang dihuraikan di sini. Misalnya penghasilan sesuatu bentuk (pasu, cawan
dan sebagainya) menggunakan doh polistrin bagi menggantikan tanah liat adalah berbeza
mengikut tahap umur.
Tahap Umur dan perkembangan Kanak-Kanak
1.
PERINGKAT 1 (DUA TAHUN).
Pada tahap ini kanak-kanak akan mula bertanya soalan apakah doh polistrin itu . Mereka
akan cuba meneroka dan memegang serta merasa bentuknya sama ada ia benda yang
lembut atau pun keras, bolehkah benda itu dibentuk dileperkan , dipicit dan sebagainya.
2.
PERINGKAT 2 (TIGA TAHUN).
Pelbagai soalan dikemukan tentang apakah yang boleh dibuat dengan “polistrin” tersebut,
keinginan ini akan menyebabkan mereka memulakan proses mengguling, meleper bagi
membentuk sesuatu bentuk seperti bola kecil.
3.
PERINGKAT 3 (EMPAT TAHUN).
Pada peringkat ini mereka akan menunjukkan apa yang mereka hasilkan tadi terbentuk
yang dihasilkan dengan sendiri secara tidak sengaja.
4.
PERINGKAT 4 (LIMA TAHUN).
Pada tahap ini mereka sudah pasti dengan tentang apa yang akan dihasilkan misalnya
sebuah cawan atau sebuah pasu bunga atau objek lain.
• Alat dan Bahan
Dari aspek penggunaan bahan dan alat mereka telah dapat belajar melalui kehidupan
harian dan persekitaran di tadika. Guru perlu pastikan bahan dan alat yang disediakan
hendaklah dirancang dan direkabentuk bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan
serta meningkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (10)
Guru perlu peka bahawa keperluan menyediakan sesuatu yang kreatif, baru dan pelbagai mampu
meransang dan meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk mencuba dan menghasilkan
sesuatu rekaan sesuaidengan tahap umur dan kebolehanmereka. Misalnya penggunaan bahan
terbuang seperti kotak untuk menghasilkan model rumah. Bahan ini bukansaja jimat tetapi dapat
jga menyelamatkan alam semulajadi. Karya yang kreatif mampu dihasikan seperti ini. Melalui
pelbagai bahan ini, kanak-kanak akan terdorong untuk menyampaikan idea mereka dengan
tersendiri.
• Peranan Guru
Sebagai guru kita hendaklah menghargai idea kanak-kanak sebagai sesuatu yang bernilai.
Elahkan dari tidak mengindahkan atau mengenepikan idea kanak-kanak. Guru seharusnya
memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencuba sesuatu, merekacipta atau
membuat projek projek dengan idea sendiri tetapi dibimbing oelh guru. Guru yang kreatif
mampu memupuk dan meningkatkan daya kretiviti kanak-kanak daya imaginasi mereka. Dalam
hal ini hanya bertindak sebagai fasilitator semasa proses pembelajaran dan perlu menghormati
idea kanak-kanak walupun ia luar biasa, aneh atau berbeza. Di samping itu, guru juga menjadi
penggalak kepada kanak-kanak berfikir denganmengemukakan soalan–soalan yang berteraskan
aras Taksonomi Bloom seperti di bawah:
1. “Apa yang kamu buat?"
2. “Mengapa kamu buat begitu?”
3. “Kenapa tidak kamu buat begini?”
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (11)
• Kesediaan Kanak-kanak
Eva Essa dalam Early Childhood Curriculum, telah menyatakan bahawa kanak-kanak akan
melukis apa sahaja yang mereka ketahui dan lukisan mereka akan menggambarkan berasaskan 3
peringkat iaitu:
• Peringka contengan di mana kanak-kanak 2 hingga 4 tahun akan membuat contengan dan
tanda-tanda yang mewakili sesuatu, contoh bentuk bulat mewakili buah, segi empat mewakili
kotak dan bentuk-berntuk yang kain
•Peringkat preskematik melibatkan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 7 tahun melukis sesuatu
yang ada dalam ingatan mereka walaupun tidak tepat, contoh contohnya melukis ahli
keluarganya menggunakan konsep “stickman”
Manakala peringkat skematik kanak-kanak yang berumur 7 tahun akan melukis sesuatu yang
lebih tepat seperti kereta ayahku.
7.0 Perkembangan kreativiti dari Aspek Keslian, Kelancaran, Keanjalan dan Kepekaan
Pelbagai istilah yang diberikan berhubung dengan kreativiti dariaspek penghasilan sesuatu karya.
Walaupun demikian disini hanya membincangkan aspek di bawah:
7.i Keaslian
Ketulinan berhubung rapat dengan idea yang baru, idea yang segar dan tidak pernah diketahui
oleh sesiapa pun. Idea kreatif yang dihasilkan adalah lebih baik dan berkualiti. Ianya juga
berwajah baru dari sudut konsep, prosedur dan perlaksaan idea baru tersebut. Idea baru ini tidak
mempunyai kaitan dengan mana-mana idea yang telah sedia ada. Ia wujud di kalangan
masyarakat dan tiada seorang individu terfikir tentangnya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (12)
Apabila sesuatu idea ditiru dan kemudian telah diadaptasikan dalam bentuk yang baru, idea
berkenaan tidak dikira dan diiktiraf sebagai satu bentuk idea yang baru lagi.
7.ii Kelancaran
Idea-idea kreatif baru terbit perlu diperluaskan serta diperkembangkan dengan pengisian
tambahan yang lain. Ia juga boleh dikecilkan, dibesarkan dan digabungkan dengan mana-mana
idea lama dengan tujuan untuk menghasilkan idea yang lebih bermutu. Idea asal itu boleh
diperluaskan dengan gabungan idea-idea baru. Salah satu daripada prinsip inovasi adalah idea
baru boleh dipelbagaikan supaya kelihatan lebih menarik dan memiliki ciri-ciri pasaran yang
tinggi. Idea yang tidak boleh diperluaskan akan hilang dan pupus menyebabkan ia tidak dapat
digunakan lagi.
7.iii Keanjalan
Idea kreatif dikatakan tidak bersifat statik dan kaku malahan ianya bersifat dinamik. Ia
boleh bergerak merentasi amalan dan disiplin ilmu bidang lain. Kepelbagaian bidang dan
pengalaman menjadikan idea kreatif lebih mudah diterbitkan. Gabungan daripada pelbagai
sumber, pengetahuan, pengalaman dan pendekatan bagi menghasilkan idea yang lebih baik serta
bermutu. Hari ini, semua bidang kehidupan boleh dikaitkan dengan kreativiti. Kreativiti boleh
bergerak menerusi pelbagai saluran, merentasi berbagai benua, bangsa dan tidak mengira apa
budaya sekali pun. Perlaksanaan aktiviti yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untukmengembangkan kreativiti mereka objek dan tumpuan. Aktiviti dan projek ini biasanya
lebih mementingkanproses sesuatu berbanding dengan hasilannya. Contohnya semasa aktviti
membuatkolaj, kanak-kanak membentuk sepenuhnya semasa aktiviti menampal tersebut
menekankan bagaimana murid menzahirkan sifat kreatif itu melalui tampalan yang dibuat.
seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi
serta optimis.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (13)
7.iv Kepekaan
Seseorang individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling
termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.Mimiliki
keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja
mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. Idea yang bersifat diversiti dan kepelbagaian
adalah ciri-ciri utama kreativiti. Bagi memanipulasikan idea-idea kreatif, pelbagai kaedah dan
pendekatan boleh digabungkan agar ianya mudah dilaksanakan. Berdasarkan idea-idea ini, ia
banyak mewujudkan idea-idea alternatif yang baru. Apabila idea pertama gagal digunakan maka
idea kedua dan seterusnya boleh digunakan, begitulah seterusnya berlaku. Idea-idea kreatif
adalah bersifat fleksibel dan tidak rigid. Ia juga boleh digabungkan ataupun dikurangkan. Namun
begitu, ia tidak boleh diketepikan sama sekali dan idea-idea kreatif ini boleh diterbitkan oleh
sesiapa sahaja.
8.0 Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas jelaslah kreativiti sangat subjek untuk dinilai kerana ia dipengaruhi
pelbagai faktor yang mempengaruhi aspek dalaman dan luaran kanak-kanak sedangkan
persekitaran pula mempengaruhi perkembangan individu secara berterusan. Ini kerana setiap
manusia yang dilahirkan mempunyai kebolehan dan tahap kreativiti masing-masing. Yang perlu
dititikberatkan katika menghasilkan kanak-kanak atau individu yang kreatif ialah dengan usaha
memupuknya melalui aktiviti-aktiviti seni.Selain itu keseluruhannya, pengalaman seni pada
peringkat contengan ini membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan
dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan
peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal
mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan persekitaran yang dapat
meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada
dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan
keinginan mereka mencari kepuasan yang tersendiri.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARRAN
HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
Musli Bin Ton (14)
RUJUKAN
Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Hassan Mohd. Ghazali, Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P
Menuju Alaf Baru. Prosiding Konvension Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000,
Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
HBAE 1203 Perkembangan Seni san Kanak-kanak, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Open
University Malaysia, (2007)
Hurwirtz, Al & Day, M. (2001).Children and their art –Methods for the elementary