1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.1 Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. 1.2 Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. 1.3 Organisasi Struktur Manusia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
1.1 Anatomi
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi
juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300
tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota
badan untuk melihat strukturnya.
Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi
kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang
dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi
mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.
1.2 Fisiologi
Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.
Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan
fibula dapat menyokong berat badan kita.
1.3 Organisasi Struktur Manusia
Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan
berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung
sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel
merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai
pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan
mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia.
Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi
khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu
epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada
gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis
tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan
beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti
organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras
organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai
kesejahteraan kehidupan
Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia
2
ANATOMI DAN FISIOLOGI
1.5 Sistem-sistem Tubuh Manusia
Terdapat 11 jenis sistem tubuh manusia yang mempunyai fungsi-fungsi khusus.
Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia
3
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Jenis-jenis Sistem Tubuh Manusia
1. Sistem Integumentari
Rajah 3:Struktur Kulit
Rajah 4:Struktur Kuku
Komponen Utama Fungsi
Kulit RambutKuku Kelenjar peluh
Melindungi dan mengelak kecederaan pada tisu-tisu dalaman
Pembalut luar tubuh Sintesis vitamin D Peka pada rangsangan sakit, sejuk, panas, tekanan dan
sentuhan. Mengkumuhkan air, asid urik dan lebihan garam mineral.
4
ANATOMI DAN FISIOLOGI
2. Sistem Rangka
Komponen Utama Fungsi
Tulang rangkaKartilejLigamenSendi
Memberi bentuk dan mengekalkan bentuk badan Menyokong berat badan Melindungi organ-organ dalaman Tuas untuk pergerakan badan Lokasi pembentukan sel darah merah dan putih serta
platelet dalam sum-sum tulang Lokasi perlekatan otot
5
ANATOMI DAN FISIOLOGI
3. Sistem Otot
Komponen Utama Fungsi
Otot rangka Menghasilkan lokomotor Mengekalkan postur badan Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam otot Mempamerkan ekspresi muka Menstabilkan sendi
6
ANATOMI DAN FISIOLOGI
4. Sistem Saraf
Komponen Utama Fungsi
OtakSaraf tunjangSaraf periferiReseptor
Sistem kawalan tindak balas pantas badan Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap
rangsangan yang diterima. Menyimpan maklumat yang diterima
7
ANATOMI DAN FISIOLOGI
5. Sistem Endokrin
Komponen Utama Fungsi
Kelenjar: Tiroid Pituitari Adrenal Pankreas
Kelenjar merembeskan hormon untuk menyelaras dan mengawal atur proses fungsi tubuh seperti pertumbuhan, reproduktif dan metabolisma
Mengubahsuai aktiviti sistem organ-organ yang lain dengan bertindak balas secara perlahan terhadap struktur atau persekitaran.
8
ANATOMI DAN FISIOLOGI
6. Sistem Kardiovaskular
Komponen Utama Fungsi
JantungDarahSalur darah
Jantung mengepam darah Darah merupakan pengangkutan utama badan dengan
membawa hormon, nutrien dan oksigen ke seluruh badan serta bahan kumuh seperti karbon dioksida ke sistem respiratori
Salur darah menyerap oksigen dari paru-paru ke jantung secara resapan
7. Sistem Limfatik
9
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Komponen Utama Fungsi
Nodus limfaPembuluh limfatikDuktus torasikTimus
Rumah kepada sel darah putih yang menjadi sistem pertahanan badan
Menghasilkan limfosit Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk
diuraikan oleh hati
8. Sistem Respiratori
10
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Komponen Utama Fungsi
Rongga hidungFarinksLarinksBronkiolParu-paru
Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengkumuhkan karbon dioksida
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida antara paru-paru
Mengekalkan keadaan dan persekitaran dalaman tubuh yang stabil (homeostasis)