BAB 16PENILAIAN PERALIHAN
PENGENALAN
Pendidikan merupakan asas penting bagi perkembangan seseorang
individu. Oleh yang demikian, aspek pendidikan adalah perkara yang
harus dititikberatkan oleh semua pihak. Pendidikan boleh dikatakan
sebagai hak setiap individu. Setiap individu harus mempunyai
peluang yang samarata terhadap pendidikan. Bahkan, Pendidikan untuk
semua adalah satu konsep yang sangat signifikan. Manusia dilahirkan
dengan kebolehan dan potensi yang berbeza antara satu sama lain.
Hal ini kerana, melalui pendidikanlah, seseorang itu boleh
mengembangkan potensi yang ada dalam dirinya. Dalam erti kata lain,
pendidikan mencorak masa depan seseorang individu. Oleh yang
demikian, demi membolehkan setiap individu menerima peluang yang
samarata terhadap pendidikan tindakan sosial yang harus kita
fikirkan mungkin dengan cara menyedarkan ibubapa tentang keperluan
dan kepentingan pendidikan bukan sahaja kepada kanak-kanak normal
tetapi juga untuk kanak-kanak yang istimewa. Konsep pendidikan bagi
kanak-kanak istimewa berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaupun
kanak-kanak istimewa ini mempunyai kekurangan dalam pendidikan,
namun ia bukanlah batu penghalang untuk mereka belajar seperti
kanak-kanak normal yang lain. Walabagaimanapun, seperti yang
dijelaskan tadi bahawa konsep pendidikan bagi kanak-kanak istimewa
adalah berbeza dengan kanak-kanak normal, begitulah juga halnya
dengan pentaksiran terhadap kanak-kanak istimewa ataupun
kanak-kanak kurang upaya ini. Golongan dewasa merupakan agen
penting dalam menentukan berdikari atau tidak seseorang kanak-kanak
yang mempunyai ketidakupayaan. Kanak-kanak kurang upaya ini
seharusnya tidak diabaikan perihal masa depan mereka. Hal ini
termasuklah pendidikan dan pekerjaan. Seandainya mereka dilatih
dengan betul dan teliti, golongan kurang upaya ini juga mampu
belajar dan bekerja seperti mana golongan normal. Alam pekerjaan
merupakan satu alam permulaan untuk menguruskan hala tuju
kehidupan. Golongan kurang upaya merupakan insan yang perlu
dipantau agar mereka dapat memulakan kerjaya berdasarkan kaedah
yang tepat dan melalui garisan yang betul. Bagi memenuhi keperluan
ini, kita perlulah membuat kajian dengan terperinci dengan
menjalankan penilaian terhadap mereka. Pelbagai kaedah telah
dirancang dan dijalankan bagi mencari keputusan yang betul tentang
pelaksanaan penaksiran terhadap golongan khususnya bagi golongan
kurang upaya. Sebelum memasuki alam kerjaya, golongan kurang upaya
ini pastinya akan melalui satu fasa yang diberi nama fasa
peralihan. Dalam fasa peralihan ini, golongan kurang upaya
seharusnya didedahkan dengan alam pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan
golongan kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan dan masih
bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga
mereka.Penaksiran peralihan adalah satu proses berterusan yang
menolong pelajar mengenal pasti minat, keperluan, kekuatan dan
keupayaan mereka untuk menjalin hubungan bagi mempersiapkan diri
memikul tugas sebagai orang dewasa termasuklah pekerjaan, pengajian
tinggi, hidup berdikari, penglibatan dalam komuniti dan hubungan
sosial. Penaksiran peralihan hendaklah bermula dari awal untuk
mengenal pasti jenis dan khidmat sokongan yang diperlukan untuk
hidup ke alam dewasa. Melalui kaedah ini, ia diharap dapat membantu
golongan kurang upaya untuk kelangsungan hidup di kemudian
hari.
1. PENTAKSIRAN REMAJA DAN DEWASA
Peralihan ke alam dewasa adalah satu proses yang kompleks dan
berterusan yang bermula sebaik sahaja anak dilahirkan dan
berterusan sebagai kanak-kanak menjadi remaja, untuk kehidupan
dewasa awal dan kemudian melalui peringkat dewasa. Walaupun proses
ini adalah rumit yang terbaik untuk mana-mana orang, individu
dengan ketidakupayaan menghadapi cabaran yang unik yang memerlukan
pertimbangan khusus.Fasa peralihan adalah satu elemen yang penting
bagi kanak-kanak kurang upaya kerana kebanyakan dari mereka tidak
mempunyai pekerjaan, hidup bersama ibu bapa dan diabaikan oleh
masyrakat. Peralihan daripada alam persekolahan kepada alam dewasa
telah muncul sebagai fokus utama dalam pendidikan menengah bagi
kanak-kanak kurang upaya. Pendidikan menengah merupakan satu elemen
penting memandangkan majoriti kanak-kanak kurang upaya kurang
berjaya setelah menamatkan persekolahan. Jika diperhatikan,
kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak tipikal, kebanyakan
kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan, tinggal bersama
ibu bapa dan ada yang terpisah dari masyarakat setelah menamatkan
pelajaran. Hal ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan mereka
juga berhak untuk merasai kehidupan seperti mana orang normal.
1.1 KERANGKA KERJA UNTUK PENAKSIRAN PERALIHAN
Sejak tahun 1970 lagi, beberapa akta telah digubal untuk
memenuhi keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak. Antaranya
ialah, The National Council on Disability (2000), 1975 Education of
All Handicapped Children Act, 1990 Americans with Disabilities Act,
1994 School-to-Work Opportunities Act dan akhir sekali, 1998 Higher
Education Act. Dengan tertubuhnya akta-akta ini, ini membuktikan
bahawa semua pihak sememangnya mengambilberat dan prihatin terhadap
keperluan pendidikan bagi kanak-kanak khas ataupun istimewa.
Akta-akta yang digubal ini sudah pastinya memfokuskan kepada
pembangunan dan pengembangan pendidikan kanak-kanak khas ini.
Pengenalan kepada akta-akta ini adalah bertitik tolak daripada
pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan
apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya
dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh
dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang
untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan
kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988). Undang-undang hasil
perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat
menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia
antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan
kanak-kanak biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak
ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Terkini, Individuals with Disabilities Education Act ataupun
singkatannya, IDEA telah ditubuhkan. Tujuan utama penubuhannya
adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memenuhi keperluan
pendidikan kanak-kanak khas dengan memberi penekanan terhadap
pendidikan untuk semua, persekitaran yang paling tidak mengehadkan
( least restrictive environment , pentaksiran yang tidak
mendiskriminasi, penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan, hak
ibu bapa yang membantah (due process) dan pendidikan yang sesuai (
Rancangan Pendidikan Individu). Persekitaran yang paling tidak
mengehadkan ( least restrictive environment ) memberi maksud tidak
ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan
bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas ini bukanlah satu
beban kepada pihak sekolah mahupun rakan sebaya yang lain. Oleh
yang demikian, mereka berhak berada dalam persekitaran yang sama
seperti kanak-kanak lain. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak
khas mampu belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam
kelas bersama kanak-kanak biasa. Pentaksiran yang tidak
mendiskriminasi pula meletakkan syarat bahawa kanak-kanak khas ini
dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan boleh dilaksanakan dalam
pelbagai cara yang berbeza. Walau bagaimanapun, pentaksiran yang
tidak mendiskriminasi menggariskan panduan bahawa penilaian ke atas
kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada
kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau
kekurangan mereka. Ini kerana, kanak-kanak khas ini mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Pentaksiran yang
dijalankan ke atas mereka haruslah mengambil kira dan haruslah
sesuai dengan tahap kecerdasan ataupun kekurangan mereka. Hal ini
disokong oleh dapatan kajian oleh Diamond (1994) bahawa kanak-kanak
khas adalah kurang kompeten berbanding kanak-kanal normal,
khususnya, daripada segi penguasaan bahasa.IDEA juga memandatkan
bahawa khidmat sokongan yang sesuai haruslah diberi kepada
kanak-kanak khas ini. Dalam hal ini, ibu bapa ataupun penjaga
memainkan peranan yang besar. Merekalah khidmat sokongan yang
terpenting bagi kanak-kanak khas. Mereka memainkan peranan penting
dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap
kanak-kanak khas. Peranan ini adalah bertujuan agar ibu bapa dapat
bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan membolehkan mereka
membuat keputsan bersama tentang penilaian dan perancangan yang
akan dilakukan oleh guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan
yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi
penekanan dalam mandat IDEA ini.Seperti yang dijelaskan di atas,
ibu bapa ataupun penjaga memainkan peranan yang penting dalam
menentukan masa depan kanak-kanak khas ini, sama ada mereka akan
terus bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga, ataupun
mereka mampu memiliki kerja. Pihak sekolah juga seharusnya
memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi kanak-kanak
khas ini agar mereka dapat berdikari dewasa kelak dan seterusnya
mempunyai pekerjaan. Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa
dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk
bersuara. Menurut IDEA, maklumat mengenai ketidakupayaan seseorang
individu adalah sulit. Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan
orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu
yang melihat maklumat ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa
mempunyai hak untuk melihat semua maklumat berkenaan dan boleh
membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak
dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk
menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka. Jika ibu bapa
dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan
terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan
berbincang terutama bagaimana mereka boleh terlibat sama dalam
mengendalikan anak-anak mereka di sekolah. Penglibatan pihak
sekolah dan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak khas
ini mendapat peluang yang sewajarnya.Kanak-kanak khas seharusnya
mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu
dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh
kanak-kanak tersebut.
2.PENILAIAN PERALIHANPenilaian peralihan, seperti yang
ditakrifkan oleh Bahagian Pembangunan dan Peralihan Kerjaya (DCDT)
Majlis untuk Kanak-kanak yang luar biasa, adalah "proses yang
berterusan untuk mengumpul data mengenai keperluan individu,
keutamaan, dan kepentingan kerana ia berkaitan dengan keperluan
semasa dan kerja masa depan, pendidikan, kehidupan, dan
persekitaran yang peribadi dan sosial. Antara komponen utama
penilaian peralihan ialah:a) Individual/Bersifat Individu - Dicipta
untuk pelajar tertentu dan bukan protokol standard atau rutin
amalan.b) Berterusan - Sepanjang kerjaya pendidikan pelajar, dengan
memberi tumpuan kepada pilihan, minat, kekuatan dan keperluanc)
Berorientasikan masa hadapan - Jelas menerangkan kemahiran yang
dikenal pasti dan cabaran dan implikasi bagi pelajar sebagai orang
dewasa yang bekerja, belajar, dan hidup dalam masyarakatPenilaian
peralihan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu formal atau
tidak formal.
2.1 KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA FORMALi) Kelakuan Adaptive
/ Kemahiran Hidup harian PenilaianKaedah ini boleh membantu
menentukan jenis dan jumlah bantuan yang diperlukan oleh golongan
kurang upaya ini. Bantuan itu mungkin dalam bentuk perkhidmatan
sokongan dari rumah untuk bayi dan kanak-kanak dan keluarga mereka,
pendidikan khas dan latihan vokasional untuk golongan muda, dan
kerja disokong atau perkiraan hidup khas seperti pembantu penjagaan
diri. Setiap penilaian bergantung kepada responden seperti ibu
bapa, guru, atau penjagaan pembekal untuk memberi maklumat tentang
individu yang dinilai.ii) Ujian Am dan Ujian Khusus AptitudeJenis
penilaian ini akan mengukur kemahiran tertentu atau keupayaan
tertentu seseorang individu kurang upaya. iii) Inventori minat pula
akan memberikan maklumat tentang pilihan individu untuk kerjaya
tertentu, aktiviti-aktiviti pekerjaan, atau jenis kerja.iv) Ujian
kecerdasan pula melibatkan ujian tunggal untuk menilai prestasi
kognitif seseorang.v) Ujian pencapaian sebaliknya pula akan
mengukur pembelajaran kemahiran akademik umum atau khusus.
Keputusan boleh dikaitkan dengan keperluan pekerjaan di samping
membantu untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi yang
memerlukan pemulihan.vi) Inventori KelakuanMengenal pasti tabiat
pelajar terhadap pelbagai jenis kerjaya dan kerja (contohnya,
kerjaya yang menekankan data, orang, atau perkara-perkara). Laporan
sahaja tidak perlu dilihat sebagai peramal kejayaan atau kegagalan
tetapi harus dibandingkan dengan data yang lain, termasuk kebolehan
dan minat.vii) Kematangan kerjaya atau Ujian Kerja direka untuk
menilai tahap perkembangan atau tugasan seseorang individu dengan
ketidakupayaan.
viii) Penilaian diri Menyediakan maklumat tentang kesediaan
seseorang untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan cita-cita
setelah tamat pelajaran menengah mereka. Penilaian ini menyediakan
data untuk membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan
keperluannya yang berkaitan dengan penentuan sendiri dan
faktor-faktor yang boleh menggalakkan atau menghalang keputusan
ini.ix) Inventori Perancangan Peralihan adalah satu bentuk
penilaian yang boleh membantu mengenal pasti kekuatan dan keperluan
peralihan dalam pelbagai aspek kehidupan orang dewasa, termasuk
pekerjaan, pelajaran menengah dan latihan, hidup bebas, hubungan
interpersonal, dan kehidupan masyarakat. Mereka juga mempersoalkan
dan mengenal pasti matlamat dan kesedaran pelajar mengenai apa yang
diperlukan atau yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Keputusan soal ibu bapa atau penjaga (dan mungkin adik-beradik),
dan pendidik boleh dikaitkan untuk mencipta dan akaun tepat
matlamat peralihan dan langkah-langkah yang perlu untuk mencapai
kualiti yang memuaskan kehidupan.
2.2KAEDAH PENILAIAN PERALIHAN SECARA INFORMALTemu bual dan soal
selidik boleh dilakukan dengan pelbagai individu untuk tujuan
mengumpul maklumat yang akan digunakan untuk menentukan kekuatan
pelajar, keperluan, keutamaan, dan kepentingan relatif kepada
jangkaan hasil selepas sekolah. Dalam erti kata lain, maklumat yang
didapati daripada pelajar atau keluarga boleh digunakan untuk
membantu membangunkan hasil pelajaran menengah dan merancang kursus
yang akan membantu pelajar mencapai matlamat. Satu bahagian penting
dalam proses pengumpulan data adalah ia melibatkan pengumpulan
maklumat tentang pelajar dan sumber semasa dan masa depan
keluarganya. Sebagai contoh, melibatkan keperluan pengangkutan
semasa dan masa depan untuk ke tempat kerja atau untuk pelbagai
aktiviti atau tempat dalam masyarakat. Akhirnya, keluarga sering
boleh menyediakan sumber-sumber semasa dan masa depan dari segi
pilihan pekerjaan kepada anak perempuan atau anak lelaki
mereka.Selain temubual, pemerhatian secara langsung terhadap
prestasi pelajar juga dapat menilai pelajar dengan masalah
ketidakupayaan. Oleh yang demikian, satu hal yang harus diambilkira
dalam pemerhatian langsung ialah ia perlu dilakukan dalam
persekitaran semula jadi. Pemerhatian langsung boleh sering
dilakukan oleh jurulatih kerja, rakan sekerja, pakar rekreasi,
pendidik umum / vokasional, atau pelajar. Data biasanya melibatkan
data analisis tugas dan langkah-langkah dalam menyelesaikan tugas,
tingkah laku kerja Contohnya, cara menerima arahan dan pergaulan
bersama rakan sekerja. Bagi maklumat afektif pula, ia melibatkan
emosi pelajar tersebut sama ada gembira, teruja, kecewa, atau
bosan. Sebagai contoh, sekiranya didapati bahawa pelajar dengan
cepat dan tepat melengkapkan tugas-tugas, berinteraksi dengan baik
dengan rakan sekerja, dan kelihatan gembira di tempat kerja, ini
membuktikan bahawa jenis pekerjaan ini adalah sesuai dengan
kehendak dan kemampuannya. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar
itu kelihatan tidak selesa dengan persekitaran kerja dan tidak
dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengsn baik, itu bermakna
pekerjaan itu tidak sesuai dengan kehendak dirinya. Manakala
Penilaian berasaskan kurikulum (CBA) biasanya direka oleh pendidik
untuk mengumpul maklumat mengenai prestasi pelajar dalam kurikulum
tertentu dan untuk membangunkan rancangan pengajaran tertentu untuk
pelajar. Untuk mengumpul data ini, pendidik boleh menggunakan
analisis tugas, analisis sampel kerja, penilaian portfolio, dan /
atau kriteria rujukan-ujian. Analisis alam sekitar, kadang-kadang
dirujuk sebagai penilaian ekologi atau analisis kerja, melibatkan
berhati-hati memeriksa persekitaran di mana aktiviti-aktiviti yang
biasanya berlaku. Sebagai contoh, pelajar boleh menyatakan
kepentingan dalam menghadiri kelas karate di YMCA tempatan. Dalam
kes ini, analisis alam sekitar mungkin dijalankan untuk mengkaji
keperluan pengangkutan dan jangkaan di YMCA untuk menghadiri
(misalnya, menjadi ahli, menggunakan bilik persalinan, mengambil
mandi). Dalam contoh yang kedua, jika pelajar menunjukkan minat
dalam jenis tertentu kerja, analisis kerja boleh dijalankan
membandingkan keperluan pekerjaan kepada kemahiran pelajar (Griffin
& Sherron, 1996). Satu bahagian penting dalam analisis perlu
untuk mengenal pasti jenis penginapan yang boleh disediakan untuk
membantu pelajar melaksanakan fungsi-fungsi yang perlu kerja
tertentu (contohnya, penyusunan semula pekerjaan, mengubah suai
peralatan, memperoleh alat penyesuaian, menganjurkan semula ruang
kerja, menyewa pembantu peribadi (Griffin & Sherron,
1996).Walaubagaimanapun, apa jua jenis penilaian peralihan yang
digunakan, di akhirnya ia seharusnya dapat membantu untuk
membangunkan matlamat IEP dan objektif yang realistik dan bermakna,
membuat keputusan program pengajaran, menyediakan maklumat untuk
tahap semasa prestasi yang berkaitan dengan kekuatan pelajar,
kepentingan, keutamaan, dan keperluan, belajar tentang pelajar
individu, terutama kekuatan mereka di luar akademik dan kerjaya
impian mereka (Sitlington, 2004).
3. PENILAIAN UNTUK RANCANGAN PEKERJAAN & ALAM DEWASA
Salah satu aspek penting dalam penaksiran peralihan adalah
mencapai tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kerjaya
dan alam pekerjaan. Alam pekerjaan semamangnya merupakan satu alam
yang mencabar bagi setiap individu. Apatahlagi bagi individu yang
istimewa ataupun individu kurang upaya. Memiliki kerjaya boleh
dikatakan sebagai satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat
individu istimewa ini. Mana taknya, kebanyakan individu kurang
upaya lazimnya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa ataupun penjaga
dan tidak mampu untuk hidup secara berdikari. Memandangkan individu
istimewa ini mampu melakukan kerja dengan baik sekiranya diberi
latihan yang secukupnya. Oleh yang demikian, alam pekerjaan
bukanlah suatu perkara mustahil buat individu istimewa ini.
Walaubagaimanapun, individu yang istimewa ini harus melalui
beberapa perkara sebelum dapat menjejak kaki ke alam pekerjaan.
Analisis pekerjaan adalah salahsatu cara yang berguna yang boleh
digunapakai dalam penilaian peralihan dan seterusnya membuat
perancangan pekerjaan dan menempuhi alam dewasa. Analisis pekerjaan
merupakan satu pemerhatian sistematik berkenaan pencapaian terhadap
sesuatu pekerjaan untuk menentukan beberapa aspek, iaitu; apa yang
dilakukan oleh pekerja, bagaimana atau kenapa pekerja tersebut
melakukannya dan skill yang diperlukan. Antara maklumat yang
diperlukan adalah:
Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang harus
ditititkberatkan oleh pihak yang berkenaan dalam melatih individu
istimewa ini sebelum mereka dapat menempuh alam pekerjaan
ialah:a)Kesedaran Berkenaan Pilihan KerjayaTidak dapat dinafikan
bahawa kerjaya pilihan adalah matlamat setiap individu, sepertimana
individu kurang upaya. Golongan ini juga harus diberi kebebasan
dalam menentukan kerjaya pilihan mereka yang bersesuaian dengan
kemampuan mereka.b)Kemahiran Berkaitan PekerjaanAlam pekerjaan
memerlukan beberapa skill ataupun kemahiran yang tertentu untuk
membolehkan sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sempurna.
Bagi golongan kurang upaya, skill yang dimiliki oleh mereka berbeza
dengan skill yang dimiliki oleh golongan biasa. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk ibubapa atau penjaga atau pihak sekolah untuk
tahu skill apa yang dimiliki oleh seseorang individu kurang upaya.
Hal ini adalah kerana, setelah sesuatu pihak itu dapat
mengenalpasti skill apa yang dimiliki individu kurang upaya itu,
perancangan kerja yang bersesuaian dengan skill tersebut boleh
direka.d) Minat VokasionalMinat pelajar merupakan perkara asas
dalam pelan peralihan. Walau bagaimanapun tak semua alat penaksiran
sesuai untuk pelajar. Adalah penting untuk memastikan bahawa alat
penaksiran yang digunakan sesuai dengan tahap kognitif dan
komunikasi pelajar.
e) Skill Yang TertentuContoh kerja direka untuk menilai
kebolehan pelajar untuk melakukan tugasan yang hampir sama dengan
pekerjaan sebenar. Hal ini dipanggil simulasi. Simulasi merupakan
prosedur untuk menilai aptitud pelajar, skil dan minat terhadap
sesuatu kerja. Contohnya setengah sekolah yang mengadakan mini
bisnes untuk menjual barangan sekolah- snek. Pengalaman ini akan
memberi pendedahan awal kepada individu tersebut sebelum memasuki
dunia pekerjaan sebenar.
f) Penyesuaian Dalam Komuniti
4. MENYEDIAKAN KHIDMAT PERALIHAN
Menurut Defur, Todd Alen & Gatzel (2001), hubungan antara
keluarga dan orang yang bertanggungjawab merupakan aspek penting
yang akan menentukan sejauh manakanh penglibatan keluarga dalam
perancangan peralihan. Komunikasi dan penglibatan pelajar dan
keluarga mereka secara awal dan kerap adalah penting. Penglibatan
awal keluarga akan menolong pelajar menempuhi alam persekolahan.
Hal ini keranan, keluarga merupakan insan yang paling rapat dengan
individu tersebut. Oleh yang demikian, sokongan dan campurtangan
keluarga dalam merancang masa depan individu istimewa adalah sangat
penting. Selain itu, rancangan yang dibentuk seharusnya memfokuskan
kepada pelajar tersebut. Hal ini kerana, pelajar itu yang akan
mendapat impak daripada sesuatu perancangan. Perancangan merupakan
satu falsafah yang memerlukan penglibatan yang samarata, komunikasi
yang jelas dan positif di antara pelajar dan keluarga.5.
KESIMPULAN
Setelah meneliti semua aspek dalam penilaian peralihan, terdapat
beberapa perkara yang harus dititikberatkan. Hal ini kerana,
individu khas ini seharusnya mendapat peluang yang sama rata dalam
semua bidang meskipun berbeza daripada segi keupayaan. Perancangan
yang dilakukan haruslah bermula daripada awal dan berterusan dengan
mengambilkira kesemua aspek. Pelaksanaan juga haruslah berjalan
serentak dengan perancangan. Memahami langkah yang tepat untuk
kejayaan di alam dewasa dan alam pekerjaan adalah faktor utama yang
menentukan sama ada seoseorang individu kurang upaya itu mampu
melangkah ke alam dewasa atau alam pekerjaan atau tidak. Hal ini
kerana, individu kurang uapaya ini seringkali tercicir
persekolahannya, tidak bekerja, dan masih bergantung kepada
keluarga.
6. RUJUKAN
Diamond, K. E. (1994) Factors in pre-school children's social
problem-solving strategies for peers with and without disabilities.
Early Childhood Research Quarterly, 9(2), 195-206.Griffin, C.,
& Sherron, P.(1996). Finding jobs for young people with
disabilities. In P. Wehman (Ed.), Life beyond the classroom:
Transition strategies for young people with disabilities (2nd ed.,
pp. 163-187). Baltimore, MD: Paul H. Brookes.Kortering, L.,
Sitlington, P. & Braziel, P.(2004). The use of vocational
assessment and planning as a strategic intervention to help keep
youths with emotional or behavioral disorders in school. In
Transition of Students with Emotional or Behavior Disorders:
Current approaches for positive outcomes. (Ed. Doug Cheney).
Arlington, VA: Council for Children with Behavior Disorders and
Division on Career Development and Transition.Odom, S., &
McEvoy, M. (1988). Intervention of young children with handicaps
and normally developing children. In S. Odom & M. Karnes
(Eds.), Early Intervention for infants and children with handicaps:
An empirical base, (pp. 241-268). Baltimore: Brookes.
13