Bab 3 : Pendekatan Sejarah Dan Kritikan Seni Visual
BAB 3 : APRESIASI SENI VISUAL - PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN
SENI VISUALRingkasan Bab :
(a) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual
i. Maksud Sejarah Seni Visual
ii. Tujuan Sejarah Seni Visual
iii. Kaedah Sejarah Seni Visual
(b) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual
i. Pengertian Kritikan seni Visual
ii. Tujuan Kritikan Seni Visual
iii. Kaedah Kritikan Seni Visual
HURAIAN BAB :(A) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni
VisualPengenalan:
Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang
dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik
dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan,
kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah
melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan
pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu.
Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira
aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya.
Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan
sosiologi.
Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk,
makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan,
termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak
terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni
Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu
yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian
terhadap kerja-kerja seni.
i. Maksud Sejarah Seni VisualRingkasan :
MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN
TERHADAP KERJA-KERJA SENI
MELIBATKAN APA JUA BERKAITAN KERJA SENI: PENGKARYA, PEREKA,
PELUKIS, BENTUK, STAIL, PROSES, TEKNIK, BAHAN, MAKNA, PEMILIK,
PENAUNG, PERSEPSI, TANGGAPAN, PERANAN, DLL.
MENEROKAI FAKTOR-FAKTOR PENCETUS KARYA, AKIBAT, KESAN, PERANAN,
FUNGSI, NILAI, MAKNA, DAN PERSEPSI MASYARAKAT
BERKAIT DENGAN BIDANG, ILMU DAN PROFESION LAIN: BUDAYA, SASTERA,
SAINS, POLITIK, DLL.
PERJELAS PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN
Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang
Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu
mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni
Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian
tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang
berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang
pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses,
teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan,
peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada
kewujudan karya seni itu.
Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil
berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak
waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada
dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya
karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta
persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan
karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan
kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga
dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan
bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga
dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan
seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood,
1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).
ii. Tujuan Sejarah Seni VisualRINGKASAN:
MEMAHAMI MASA LALU MENERUSI KERJA-KERJA SENI
KARYA SENI SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH
APRESIASI/PENGHAYATAN SEBAGAI DASAR/ASAS SEJARAH SENI
Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui
peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini.
Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta
peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa
lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni
visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa
atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan
seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak
sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan
bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga
melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna
yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji
faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994;
Tansey dan Kleiner, 1996).
iii. Kaedah Sejarah Seni VisualRINGKASAN:
MENGHAYATI SENI DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN ASAS TENTANG
KARYA
APAKAH OBJEK ITU?
UNTUK SIAPA DIBUAT?
BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG?
ADAKAH IA SATU-SATUNYA?
APAKAH MAKSUDNYA?
BAGAIMANA DIPERSEMBAHKAN?
SIAPA MENGHAYATINYA?
(ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI KARYA: MENYESUAIKAN DIRI DENGAN
KARYA SENI)
Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen
sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau
penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau
menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa
soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.
Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?;
untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana
keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?;
apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia
dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh
dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;
bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya
kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?;
siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994:
61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali
serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan
bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa
dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya,
tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.
Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:
We do not go straight towards them, but circle around them. Each
generation sees them from a different point of view and with a
fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is
more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its
own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its
significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a
later generation is the result of the whole range of previous
interpretations. (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).
Pengkajian Sejarah Seni Mengambilkira Aspek Berikut
:RINGKASAN:
MENGAMBIL KIRA ASPEK:
PENGOLAHAN KARYA : IDEALISASI , REPRESENTASI , STAILISASI GAYA
PENAMPILAN : REALISTIK , SEPARA REALISTIK , ABSTRAK
PERIOD/ASPEK MASA: SEJARAH DAN KEBUDAYAAN
MAKNA: TERSURAT, TERSIRAT
Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu
mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah
pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi:
tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini
pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya
aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.
a. Aspek Formal Pengolahan karya : Idealisasi ,Representasi ,
Stailisasi-Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan
-Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan
-Representasi merujuk kepada perlambangan
PengolahanCiri-ciri/maksudContoh
Idealisasi
-Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan
-gaya ini banyak diguna pada imej agama.Olahan dibuat
menggunakan formula dan perkiraan.
-ia biasa dibuat dalam susunan segitiga(hieratic) dan saiz
figura berbeza mengikut kepentingan.
-ia dibuat begitu untuk menyampaikan rasa keunggulan dan
ketinggian serta kemuliaan.
-susunan secara hieratic iaitu satu system susunan bertingkat,
dimana orang yang penting diletakkan di bahagian atas.Biasanya
dibuat dalam susunan segitiga.
-unsur exaggeration juga dibuat pada imej.Exageration bermaksud
imej utama dilebih-lebihkan terutama dari segi saiznya.Contohnya
imej Tuhan dibesarkan saiznya hampir 3 kali ganda saiz orang
biasa.-contoh dalam karya Leonardo da Vinci , El Greco.
Stailisasi
-Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan
-imej dibuat dengan menekankan aspek bahan yang digunakan dan
rupa yang akan diserasikan.keserasian bahan dengan imej.Ia lebih
kepada masalah rekaan contohnya penggunaan gambar dalam
motif.Sesuai atau tidak gambar yang digunakan pada motif
tersebut,cth motif pada kain batik.
-juga disebut penggayaan imej dimana imej diringkaskan atau
dimudahkan.Contoh imej kartun.-motif batik , wayang kulit
Representasi
-Representasi merujuk kepada perlambangan
-perlambangan untuk tujuan abstrak/mujarad bagi menerangkan
perkara bukan objek contoh tentang asal usul atau ketuhanan.
-menekankan aspek elemental(unsur-unsur) dan primeval(asas).
-corak pada ukiran misalnya boleh menyatakan tentang unsure asas
pada alam kalau ukiran itu bermotifkan tumbuhan.Tumbuhan tersebut
diringkaskan atau diabstrakkan.-ukiran tradisi Melayu ,
arabesque(corak hiasan pada dinding masjid yang bersifat
geometric)
Contoh pengolahan idealisasi : Contoh pengolahan idealisasi
bentuk hieraki segitiga
Pengkarya :Leonardo DA VINCI (1452-1519) Italian painter,
draftsman, sculptor, architect, and engineerTajuk:The Virgin of the
Rocks Tahun:1503-06
Media: Oil on wood
Saiz: 189.5 x 120 cm (6 x 4 ft)
Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Contoh
pengolahan idealisasi bentuk saiz
b. Aspek Formal Gaya Penampilan : Realistik , Separa Abstrak ,
AbstrakGaya PenampilanCiri-ciri/maksudContoh
Realistik -gaya yang menekankan aspek ketepatan dan
realistik.Imej dilukis seperti objek asal atau menyamai objek
asal.
-juga disebut aliran naturalisme , realisme , superealisme.
-superealisme adalah pendekatan pengkaryaan yang hampir menyamai
gambar foto atau seperti foto.-karya Leonardo da Vinci ,
Constable.
Separa Abstrak
Abstrak
c. Period : Sejarah , Kebudayaan
-Sejarah merujuk kepada kronologi.
-Kebudayaan merujuk kepada ketamadunan.
d. Makna : Tersurat , Tersirat
-Ikonologi , ikonografi , tema , hal benda , dan simbol merujuk
kepada makna yang tersurat dan tersiratKesimpulan:
SEJARAH SENI VISUAL: MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA
MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJA-KERJA SENI
(B) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni VisualPengenalan Karya seni
Visual merupakan sesuatu yang amat subjektif untuk dinilai ,
justeru itu pemahamannya adalah berlainan antara individu . Dengan
itu individu akan mengemukakan pandangan sendiri (own opinions)
tentang sesebuah karya. Pandangan sendiri ini pula perlu berasaskan
peraturan menilai karya seni kerana terdapat aspek-aspek tertentu
yang perlu diberi perhatian semasa membuat penilaian.Kebolehan
mengemukakan pandangan sendiri dalam proses kritikan inilah yang
perlu ada pada setiap pelajar seni atau masyarakat sekitar , sebab
ia dapat menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi
(penghargaan) seni visual yang lebih berkesan. Dengan itu kewujudan
produk seni visual di sekeliling akan dilihat dengan lebih bermakna
dan bukannya sesuatu yang berfungsi sebagai hiasan sahaja.i.
Pengertian Kritikan seni Visual
Seorang pensejarah seni iaitu Feldman (1994) menyatakan bahawa
kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada
dalam bentuk lisan ataupun tulisan(Defined as talk-spoken or
written-about art ). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai
sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi
aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan.
Sesebuah karya seni Visual merupakan suatu produk yang bermakna
dan berfungsi.Ia dihasilkan bukan kerana tujuan yang kosong tetapi
berisi. Isinya atau maknanya pula boleh dibaca atau dinilai
walaupun persembahannya dalam bentuk imej atau visual. Pembacaan
imej adalah satu proses memahami sesebuah karya itu maka ia disebut
PEMAHAMAN SENI. Melalui proses pembacaan ini juga akan keluarlah
pendapat , pandangan , serta ulasan tentang sesuatu karya itu baik
secara bertulis atau lisan dan proses atau aktiviti inilah yang
disebut sebagai KRITIKAN SENI.
Pemahaman dan kritikan ini adalah berasaskan satu sistem yang
teratur dan ia dikaji dari pelbagai sudut yang relevan. Keseluruhan
proses atau aktiviti kritikan seni dilakukan daripada pelbagai
sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi
aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Proses
kritikan ini pula mungkin dibuat secara bertulis atau secara lisan
dan biasanya ia berlaku secara lisan iaitu secara perbincangan dan
sebagainya.Penulisan pula lebih bertujuan untuk kajian atau lebih
ilmiah atau untuk penerbitan.
Selain Feldman (1994) terdapat beberapa pendapat yang
dikemukakan oleh penulis barat lain tentang maksud kritikan seni
visual antaranya :i. (Art Talk) An organized system for studying a
work of art
Dalam konteks ini kritikan seni visual itu dimaksudkan sebagai
satu sistem tersusun yang diguna pakai dalam proses mengkaji karya
seni visual.Definisi ini lebih menekankan penggunaan satu sistem
atau skima yang teratur yang telah ditetapkan oleh pengkaji
tersebut atau pengkaji terdahulu atau satu sistem yang telah
diiktiraf oleh ramai pengkaji. Umpamanya dengan menggunakan
strategi tertentu seperti melalui diskripsi , analisis ,
interpretasi serta proses pertimbangan.Strategi inilah yang
dimaksudkan sebagai sistem tersebut.ii. (Michael) Write and talk
about art
Pendapat ini pula menyatakan bahawa kritikan seni itu adalah
satu aktiviti atau proses yang melibatkan penulisan dan
perbincangan serta ceramah tentang karya seni atau tentang seni itu
secara umum.Skop penulisan , perbincangan serta ceramah mungkin
boleh melibatkan tentang pameran seni , stail seni , sejarah seni
atau tentang seseorang pelukis.iii.Those who cultivate this ability
to look at art , analyse the forms , offer multiple interpretations
of meaning , make critical judgements and talk or write about what
they see , think and feel about art are doing art
criticism(DBAE)
Pendapat ini adalah merangkumi definisi yang telah dihuraikan
terdahulu.Setiap sesuatu aktiviti yang dilakukan yang berkaitan
pemerhatian terhadap karya seni atau menyentuh karya seni dikatakan
adalah proses kritikan seni. Ini termasuklah membuat analisis
bentuk karya tersebut , memahami maksud , membuat penilaian ,
menulis , berfikir serta berbincang tentang karya seni adalah
kritikan seni.
Kesimpulan :
Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia
mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi
khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri
serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh
dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan
seni pengkarya dan seni visual secara umumnya. ii. Tujuan Kritikan
Seni Visual
Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup
seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan
seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi,
dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan
aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah
karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun
ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya
dan khalayak. Kritikan seni memainkan peranan penting dalam
perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak
secara umumnya. Berikut merupakan tujuan kritikan Seni Visual
:1.PENGKARYA: MEMPERTINGKATKAN MUTU KARYA
Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia
merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan
pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan.
Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau
gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini
boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda,
atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana
kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu,
berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh
pengkritik. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka
mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses
pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari
pengkritik mahupun khalayak. 2.MASYARAKAT/KHALAYAK/PENGHAYAT:
PERTINGKAT TAHAP APRESIASI DAN BERI KEFAHAMAN Penulisan sejarah
serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji
dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih
berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan
kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya.
Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut
akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan
makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara
tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana
kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan
pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks
ruang dan masanya.
Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap
apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara
umumnya.Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh
persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta
pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya,
sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun,
komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik
berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak
menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta
makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta
memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam
sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu
sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan
besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik
karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai
yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni.
3.MENENTUKAN ARAH PERKEMBANGAN SESEBUAH KEBUDAYAAN:DKK,
PENCARIAN IDENTITI NASIONAL SERTA MENYELESAIKAN ISU KEBUDAYAAN
Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis,
menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan
objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal
kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut
berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan.
Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap
melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas
persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak
tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya.
Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan
serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan
budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk
membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak
mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta
penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan
ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan.
Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada
konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.
4.PROMOSI SENI, GALERI, BAKAT BARU
Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu
mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh
mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau
promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan
pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di
samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun
dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara
langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni
bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk,
tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara
umumnya.
5.PERTINGKAT NILAI KARYA BAGI PENGUMPUL KARYA SENI
Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai
sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi
lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara
meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan
menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai
komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan
atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap
sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi
muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang
mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi
serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi
membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi.
6.DOKUMEN SEJARAH SENI
Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu
usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun
produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal
ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan,
kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang
penting lagi berharga.
iii. Kaedah Kritikan Seni Visual
1. Pendekatan Kritikan Seni
Terdapat dua pendekatan asas yang digunakan untuk membuat
kritikan terhadap karya seni visual iaitu pendekatan Jurnalistik
dan Ilmiah.Dua pendekatan ini adalah lebih kepada bentuk kritikan
secara penulisan.
a) Pendekatan Jurnalistik (lihat contoh lampiran)
Pendekatan ini adalah penulisan dalam bentuk laporan ,
penerangan dan penulisan secara diskriptif (penerangan ringkas dan
tidak terperinci) seperti penulisan berkaitan sesebuah pameran seni
di galeri atau isu seni visual yang disiarkan dalam surat khabar
atau majalah , radio dan televisyen untuk bacaan dan makluman
umum.Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang berkaitan
dengan seni atau oleh orang /penulis biasa.Pendekatan ini merupakan
penulisan yang tidak menyeluruh dan kurang terperinci.
b) Pendekatan Ilmiah(lihat contoh lampiran)
Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat secara
interpretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah ,buku , laporan
dalam seminar dan conference berkaitan dengan isu-isu seni visual
juga berkaitan dengan sesebuah karya tetapi lebih menyeluruh
konteks penganalisaannya. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh
fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong
serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini
lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator
muzium, penyelidik, dan penulis.PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN
KRITIKAN SENI SECARA ILMIAH DENGAN JURNALISTIK
ILMIAHJURNALISTIK
Kaedah/Cara
-Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat secara
interpretif Kaedah/Cara
-Laporan , penerangan dan penulisan secara diskriptif
(penerangan ringkas dan tidak terperinci)
Medium Penerbitan/Penyiaran
-Biasa disiarkan dalam jurnal dan majalah ,buku , laporan dalam
seminar dan conferenceMedium Penerbitan/Penyiaran
-Biasa disiarkan dalam surat khabar atau majalah , radio dan
televisyen
Penulis
-Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni,
misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis.
Penulis
-Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang berkaitan dengan
seni atau oleh orang /penulis/wartawan biasa yang tiada kaitan
dengan seni visual.
Fakta Rujukan(Nota kaki dll)Pendekatan ilmiah selalunya disokong
oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang
menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan.Fakta rujukan
merupakan sesuatu yang wajib.Fakta Rujukan(Nota kaki dll)
Pendekatan jurnalistik tidak begitu memerlukan fakta yang
menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Terdapat fakta
rujukan yang digunakan tetapi tidak wajib.
2. Strategi Kritikan SeniPengenalan :
Strategi kritikan seni adalah satu proses yang sistematik dan
teratur dalam membuat kritikan seni visual.Ia meliputi peringkat
mudah sehinggalah ke peringkat kompleks iaitu meliputi aspek
diskripsi , analisis , interpretasi dan pertimbangan.Dalam hal ini
kefahaman pengkritik tentang aspek asas bahasa seni(rujuk tajuk
Bahasa Seni Visual) visual karya iaitu hal benda , komposisi(aspek
formal/asas seni reka) serta kandungan(makna /fungsi/konteks)
amatlah perlu.Tanpa kefahaman atau penguasaan bahasa seni visual
ini seseorang pengkritik itu tidak akan berjaya membuat kritikan
yang berkesan dan menyeluruh.Justeru itu untuk menjadi seseorang
pengkritik mereka perlu menguasai bahasa seni visual.Biasanya
seseorang yang buta seni visual hanya akan dapat membuat kritikan
sampai peringkat diskripsi sahaja iaitu melihat secara
tersurat/luaran sahaja. Berikut merupakan strategi-strategi utama
kritikan seni visual mengikut tahap. i.Diskripsi
Diskripsi adalah peringkat strategi kritikan yang paling
mudah,ia meliputi satu proses yang melibatkan pemerhatian tentang
imej , subjek/hal benda/objek yang kelihatan/tersurat pada karya
sahaja secara ringkas tanpa perincian.Juga disebut mengkaji aspek
Imitationalisme(Literal Quality).Dalam strategi diskripsi,
seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya,
seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan tanpa
perincian. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual
karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk,
medium,saiz/dimensi dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu
inventori akan perkara-perkara utama itu.
ii.Analisis
Mengkaji dari segi organisasi atau penyusunan hasil seni
umpamanya bagaimana prinsip seni dan elemen rekaan (asas seni reka)
digunakan untuk menimbulkan kesan kesatuan(unity) pada karya.Juga
disebut sebagai mengkaji aspek formalistik (formal qualities).
Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis
fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi,
garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini
dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari
pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi
strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya menganalisis serta
mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain
merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek
buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi
dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin
berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat
tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini
memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di
antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya
dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk
pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik.
Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan
teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan
komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur
seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti
abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang
digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya.
Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan
mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami
kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.
iii.Interpretasi
Bahagian ini lebih terperinci di mana ia mengkaji kualiti
ekspresif yang melibatkan mood , perasaan dan idea.Dalam erti kata
lain pengkritik mengkaji maksud tersirat yang terdapat dalam karya
melalui analisis terhadap kualiti ekspresif pada karya.Ia juga
disebut sebagai Emotionalisme (expressive qualities).Tafsiran
kualiti ekspresif ini mungkin berbeza antara seorang pengkritik
dengan pengkritik yang lain.
Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang
pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti
kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna,
dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk
dan makna karya pada konteksnya.iv.Pertimbangan(Judgement)
Pada bahagian ini seseorang pengkritik sudah boleh menilai
sesebuah karya itu samada ia karya yang berkesan atau sebaliknya ,
berkualiti atau tidak.Rangkuman ketiga-tiga proses di atas iaitu
diskripsi , analisis dan interpretasi memungkinkan pengkritik
membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.Pengkritik boleh
membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree of
artistic merit dalam hasil karya seni visual. Menurut Feldman
terdapat tiga bentuk pertimbangan dan penilaian iaitu yang
berbentuk formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme
(Feldman, 1994).
Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan
berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah
pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea;
sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan
keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam
konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.
Kesimpulan :Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu
yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang
dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang
baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal
dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya
berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan
ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia
untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta
mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat
perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan
penilaian yang berbentuk formalisme, ekspresivisme, mahupun
instrumentalisme (Feldman, 1994).CONTOH PENGGUNAAN STRATEGI
KRITIKAN SENI VISUAL
DISKRIPSI
Pengkarya: Abdullah Ariff
Tajuk : Coconut Plantation-Dawn(1948)
Media: Cat Air
Saiz : 15x22
Hal benda : Ladang kelapa (alam) , peladang , pondok , kambing ,
buah kelapa .
ANALISIS
-Perbezaan cahaya yg ketara mewujudkan kesan ruang.Warna-warana
gelap memenuhi bhgn latar hadapan sementara cahaya cerah menguasai
latar belakang.
-Pengolahan ruang menggunakan tona warna yg mewujudkan
kesan-kesan kekabusan dikenali sebagai atmosphera perspektif.Stail
impresionis.
-Imej diolah dgn sapuan yg berhati-hati.Pokok kelapa berfungsi
sebagai garisan menegak menampakkan ruang yg jelas.Sumber Idea :
Pemerhatian , persekitaran , pengalaman .Gaya penampilan:-Imitasi
(realisma) ,imej jelas dipersembahkan dalam bentuk nyata.Pengaruh
aliran realime dan impresionis. Imej :-Naratif ,wujud cerita di
sebalik karya.Aliran:- Moden
INTERPRETASI
-Menggambarkan kehidupan kampung masyarakat setempat.Dokumentasi
budaya msykt sezaman.
-Kehidupan sederhana masyarakat kampung sebagai petani
kecilan.Kehidupan yang harmoni.
-Menghargai unsur alam ciptaan tuhan.Menghargai tanah air
tercinta
-Kegigihan dan ketekunan mengerjakan sumber alam.
Fungsi/peranan karya :
Nasionalisme(sosiologi),sensitiviti,(psikologi)PERTIMBANGAN
-karya yang dihasilkan agak bermutu tinggi.Ia menimbulkan kesan
ruang yang amat jelas.Satu karya dokumentasi yang agak
berjaya.Aspek Asas Dalam Strategi Kritikan Seni Visual dan Cara
Kritikan dibuat(contoh ayat)Terdapat beberapa aspek asas yang perlu
disentuh dalam strategi kritikan seni visual iaitu hal benda/subjek
matter/imej , penampilan imej dari segi stail/aliran , bentuk imej
(realistic , abstrak atau non-objektive) , komposisi dan
kandungan/mesej/isi.
1.Hal Benda /subjek matterHal benda adalah berkaitan dengan
penampilan dan penggunaan imej yang digunakan oleh pelukis dalam
sesebuah karya seni tampak. Aspek ini meliputi benda/subjek matter
(figura , objek alam , objek buatan manusia dan lain-lain) dalam
karya seni visual .Merujuk kepada penggunaan imej tertentu seperti
figura , lanskap , kerusi , haiwan dan sebagainya.Contoh ayat
:Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
pelukis menjadikan imej figura manusia sebagai subjek utama
dalam karya, unsur lanskap merupakan imej yang diguna oleh pelukis
dalam karya ini. objek-objek yang terdapat dalam karya ini ialah
perahu nelayan , pukat , manusia ,pokok kelapa. Biasanya terdapat
banyak objek dalam sesebuah karya seni visual.2.Penampilan imej
dari segi stail/aliran
Aspek ini merujuk kepada aliran yang digunakan oleh pelukis
umpamanya aliran kiubisme , impressionime , realisme , pop-art dan
lain-lain.Contoh ayat :Antara ayat yang boleh digunakan oleh
pelajar untuk membuat kritikan ialah :
imej-imej yang digunakan oleh pelukis pada karya bersifat
geometric atau dalam bentuk kiub , ini bersesuaian dengan aliran
yang digunakan oleh pelukis iaitu aliran kiubisme, pelukis merujuk
kepada aliran realisme dalam penghasilan karya ini,jadi semua imej
adalah ditampilkan secara nyata dan jelas.
3.Bentuk imej (realistic , abstrak atau non-objektive)
Aspek ini menjurus kepada bentuk imej yang digunakan oleh
pelukis samada imej realistic , abstrak atau non-objektive.Contoh
ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
imej diolah oleh pengkarya secara abstrak, karya diolah secara
realistic oleh pengkarya , unsure lanskap begitu jelas sekali.
4.Komposisi(Bahasa Seni Visual)Dalam membuat kritikan seni
visual aspek komposisi adalah sangat penting dan perlu dianalisis
secara terperinci kerana setiap karya yang berkualiti adalah dibuat
berdasarkan aspek ini.Komposisi dalam kritikan seni adalah merujuk
kepada aspek asas seni reka yang diguna oleh pelukis dalam
penghasilan karya.Komposisi juga merangkumi aspek media dan teknik
yang digunakan oleh pelukis dalam berkarya.Berikut adalah huraian
tentang aspek berkenaan dan bagaimana aspek ini dianalisis dalam
sesebuah karya seni visual.
Asas Seni Reka
Asas seni reka lebih merujuk kepada hukum atau aturan yang harus
digunakan dalam penghasilan karya seni visual. Pengolahan imej
dalam karya seni visual adalah terikat dengan hukum aturan aturan.
Seorang sejarawan seni iaitu Giorgio Vasari ada menyatakan bahawa
karya akan rosak tanpa hukum dan peraturan. Seorang penulis buku
seni iaitu Edmund Burke dalam bukunya Varieties of Visual
Experience ada menyatakan ;
formal order is the expression of a preference for stabillity in
art Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan
PRINSIP rekaan. Elemen rekaan termasuklah garisan , rupa , bentuk ,
jalinan , ruang dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni ,
kepelbagaian , kontra , penegasan , imbangan , ekonomi , dominan ,
pergerakan/irama/rentak/pengulangan , dan kesatuan. Elemen dan
prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam
menghasilkan sesebuah karya seni visual yang bersatu bentuknya.
Proses Analisa Aspek Asas Seni Reka Dalam Sesebuah Karya Seni
Visual
Kenalpasti asas seni reka yang diguna dalam karya tersebut.
Kenal pasti unsur-unsur dan prinsip rekaan yang agak dominan
digunakan dalam karya berkenaan . Namun demikian tidak semua aspek
asas seni reka berkenaan terdapat dalam karya.Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
pelukis banyak menggunakan unsur garisan halus pada karya,
pelukis banyak menggunakan pengulangan atau unsur pergerakan dalam
karya , pelukis begitu taksub menggunakan warna yang berjalinan
dalam karya.
Kaji dan Kenal pasti maksud asas seni reka (sifat ekspresif)
tersebut.
Terdapat sesetengah aspek asas seni reka yang digunakan dalam
karya berkenaan yang membawa maksud tertentu( bersifat ekspresif)
.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
jalinan warna yang agak kuat menunjukkan tentang emosi yang
memberontak , atau penggunaan garisan yang agak kasar menimbulkan
kesan perasaan yang bercelaru atau warna sejuk memberikan suasana
tenang pada karya. Jadi aspek asas seni reka juga boleh membawa
maksud tertentu terutama warna.
Kaji olahan dan adunan asas seni reka dalam karya tersebut.
Terdapat sesetengah pelukis mengolah asas seni reka secara
spontan atau tanpa disedari dan ada yang merancang secara sedar.Ini
bergantung kepada kebolehan pemerhati untuk membuat analisa.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
pelukis mengolah aspek jalinan dengan baik dalam karya , jalinan
yang kuat di bahagian hadapan menimbulkan kesan ruang yang ketara
pada karya, warna-warna kabur dan sejuk di bahagian belakang
diselang selikan dengan garisan halus menimbulkan kesan ruang yang
jelas, untuk menimbulkan pergerakan pelukis menggunakan pengulangan
yang ketara terhadap aspek garisan .Biasanya unsur-unsur dan
prinsip rekaan ini saling membantu dan melengkapi antara satu sama
lain .
Media dan Teknik
Merujuk kepada bahan dan kaedah yang digunakan oleh pengkarya
untuk menghasilkan kesan ekspresif.
Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
teknik warna tebal atau impasto yang diguna oleh pelukis
menimbulkan suasana tegang, kesan goresan yang kuat pada warna
tebal memberi kesan emosi yang kuat, Media arang yang diolah secara
bercelaru yang diguna oleh pelukis membantu menimbulkan kesan
kemarahan pada karya, Teknik terang gelap pada imej memberi kesan
dramatik pada karya, Media akrilik yang digunakan oleh pengkarya
memberikan kesan ceria pada karya, Besi yang tajam menimbulkan
kesan kekuatan pada arca ini.5. Kandungan(Tema , makna , mesej ,
idea dan fungsi)Bahagian kandungan biasanya boleh difahami melalui
tajuk karya serta imej yang digunakan pada karya.Ia meliputi aspek
tema , makna , mesej , idea yang digunakan oleh pelukis serta
fungsi karya. Contoh ayat :
Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat
kritikan ialah :
tema yang digunakan oleh pelukis adalah berkaitan dengan alam
sekitar, peperangan, flora dan lain-lain. Mesej dan makna pula
lebih menjurus kepada pengajaran atau isu yang hendak dibawa oleh
pelukis umpamanya gambaran mangsa perang menimbulkan rasa insaf
kepada audien ,karya meggambarkan tentang keadaan ekonomi
masyarakat setempat ketika itu yang bergantung kepada
pertanian.
Contoh Kritikan Karya 1.Pelukis : Mohammed Hoessein Enas
Tajuk Karya : Mengutip Daun Tembakau
Tahun : 1963
Media : Cat Minyak
Ulasan/Kritikan Karya :
-Warna yang cerah dan kontra digunakan untuk menimbulkan suasana
yang riang dan sibuk di ladang
-gaya catan realistic menonjolkan imej gadis Melayu yang cantik
, lemah lembut , gembira , rajin dan menghormati warisan
budayanya.
-tema catan menggambarkan aspek kehidupan masyarakat Melayu
dalam bidang pertanian atau ekonomi di Kelantan.
-karya ini menonjolkan imej kemelayuan yang bersifat
kebangsaan.2.Pelukis : Peter Harris
Tajuk : Rumah Rakit Kuala Lipis
Tahun : 1960
Media : Cat Gouche
Ulasan / Kritikan Karya :
-Pelukis menggunakan gaya impresionis dalam catannya.Kesan gaya
warna yang harmoni kuning kehijauan mengukuhkan gaya tersebut dan
kesan suasana serta cahaya.
-tema pemandangan landskap tempatan rumah rakit di Kuala
Lipis
-pelukis berjaya menonjolkan suasana hidup masyarakat di kawasan
persisiran Sungai Pahang.
-sapuan berus yang terkawal dengan sifat gouche yang lebih
tebal.Karya yang berwarna monokromatik kehijauan ini melukiskan
keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan yang belum
tercemar oleh arus pemodenan.
-pengolahan komposisinya agak dinamik dan bernyawa,terutamanya
pada aliran sungai yang bersifat diagonal.
3.
Keluarga Haji
Keluarga Baba Malaysian Story No. 2
Pelukis : Redza Piyadasa
Tajuk : Keluarga Haji , Keluarga Baba , Malaysian Story No.
2
Tahun : 1990 , 1986 , 1999
Media : campuran ( cetakan sutera saring dengan warna akrilik
serta foto)
Ulasan/Kritikan Karya :
-karya menampakkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai
budaya , tentang penghijrahan dan asimilasi budaya , tradisi dan
warisan , sejarah politik dan social.
-kebanyakkan karyanya dibentuk dengan imej frontal(dialog) iaitu
gambar foto dengan imej mengadap ke depan.
-karya menggabungjalinkan cetakan sutera saring untuk imej
figurative dengan sapuan warna akrilik pada bahagian tertentu untuk
menimbulkan penegasan dalam gubahannya.
Tajuk : Dua Orang Wanita Melayu
Tahun 1984
Media : Cetakan Sutera Saring
Ulasan :
-bertemakan masyarakat Melayu tradisi
-pelukis menggunakan media cetak untuk mendapatkan imej dua
orang wanita Melayu yang memakai pakaian tradisional.
-warna yang digunakan memberi kesan tradisi kepada karya.
-pelukis berjaya menonjolkan pakaian Melayu tradisi.
4.Pengkarya: Patrick Ng Kah Onn
Tajuk : Spirit of Earth , Water and Air
Tahun : 1958
Media: Cat Minyak atas Hardboard (48 x 40/137 x 122 cm)
Sumber Idea : Homages dan imaginasi (unsur keagamaan/spiritual
hinduisme dan animisme)
Huraian Karya :
Catan penting 50-an.Karya mengenai benda semulajadi yang anih
dan ganjil , penuh dengan lambang , ia mendapat perhatian hingga ke
hari ini . Sumbangan Patrick adalah mengenai dunia benda
semulajadinya yang tersendiri dipenuhi dengan daun-daun rimbun yang
banyak iaitu di bahagian tepi karya.Terdapat juga imej bunga
teratai iaitu di bahagian posisi bawah karya.Teratai merupakan
bunga yang dianggap mulia di kalangan orang India atau orang
Hindu.Unsur alam digabung jalin dengan baik sekali oleh Patrick.Air
digambarkan di bahagian posisi bawah depan karya dimana bunga
teratai hidup.Manakala posisi tengah mewakili tanah atau bumi
dimana segala tumbuhan dan hidupan hidup,Pada posisi ini juga
elemen pondok dimasukkan oleh pelukis mungkin untuk menggambarkan
kehidupan..Manakala kawasan posisi atas mewakili angin.Ia
digambarkan dengan kesan tiupan angina pada pokok dimana
daun-daunnya menghala ke atas seolah-olah ada angin sedang bertiup
dari bawah.Anehnya angin bertiup dari bawah !Mungkin pelukis cuba
menggambarkan konsep semangat atau roh,kekuatan semangat bumi , air
dan angin!Unsur pergerakan mendominasi keseluruhan karya
ini.Seolah-olah ada tarian sedang dipersembahkan.Unsur pergerakan
diwujudkan dengan cara membuat ulangan pada elemen tertentu seperti
pada imej manusia dan daun pokok palma di belakang.Ruang diolah
dengan baik oleh pengkarya ,ruang depan ,tengah dan belakang nampak
jelas dalam posisi menaik.Unsur garisan juga banyak digunakan oleh
pelukis.
Imajan figura manusia yang digayakan dan dipermudahkan , dan
jinjang.Warna perang terhad,hijau dan kuning serta merah ,
mencadangkan seruan kerohanian.Dengan sengaja menggelakkan rasa
antarabangsa dan menumpukan kepada penyelesaian sendiri.Penglibatan
beliau dengan mitos tempatan , motif flora dan fauna , memberinya
ramuan gambaran dalam bidang penglibatan pilihannya.Catan ini
menampakkan bentuk garis lengkung warna yang terkawal dan implikasi
zat alam , satu usaha sedar mewujudkan identiti Malaysia.
Berdasarkan pengaruh lukisan tradisional Bali , Patrick Ng membuat
percubaan untuk menggabungkan simbolisme mitologi dan metafizik .
Ciptaan pelukis ini menggambarkan kemesraan Taman Firdausi dalam
konteks pemandangan Malaysia.Alam semula jadi menghiasi bumi dengan
tumbuhan tumbuhan dan didiami oleh dewa-dewi alam. Patrick Ng cuba
mengabadikan semangat bumi , air dan angin . Beliau juga meminjam
corak susunan bentuk dari tarian kecak Bali untuk menghiaskan
karyanya dengan bentuk-bentuk manusia lelaki dan perempuan.Langkah
ini menegaskan lagi perkaitan karya ini dengan konteks Asia
Tenggaranya.Dilihat dari skop dan cara persembahanya , karya ini
masih lagi disanjung sebagai sebuah karya utama yang memperolehi
sifat-sifat sanjungan kepada Tuhan.
CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL
Pendekatan Jurnalistik (Laporan tentang sesuatu pameran di
galeri)
CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL
Pendekatan Ilmiah (Penulisan terperinci tentang sesuatu isu seni
secara interpretif )
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED Photoshop.Image.7 \s
EMBED MSPhotoEd.3
EMBED MSPhotoEd.3
PAGE 20
_1160336239.bin
_1212779616.psd
_1212781780.psd
_1160336309.bin
_1212779541.psd
_1143642962.bin
_1160334713.psd
_1160334884.psd
_1160335849.bin
_1160334824.psd
_1143644800.bin
_1146505824.bin
_1140845264.bin