PSV3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR MINGGU 2 : MENGANALISIS KONSEP DBAE KRITIKAN SENI
PSV3107PEDAGOGI PENDIDIKAN
SENI VISUAL KBSR
MINGGU 2 :MENGANALISIS KONSEP DBAE
KRITIKAN SENI
DISEDIAKAN OLEH :Muhd syazwan Bin Mahmud
Nur Amalina Binti AdamRazniza Bt Mohammad
Siti Nur Hanis Binti Hamidan
NAMA PENSYARAH :Encik Judin Bin Ahmad
PROSES DAN KAEDAH KRITIKAN SENI
Jenis-Jenis Pendekatan
Terdapat tiga jenis pendekatan, iaitu :1. Logikal 2. Psikologikal3. Sejarah
1. Logikal Pendekatan ini dianggap sebagai
bersifat tradisional berlandaskan logik akal dan intelektual.
Hal ini banyak bergantung kepada sejauh mana seseorang memiliki :
a) Maklumat : Boleh didapati melalui pembacaan,
kajian dan penerokaan mengenai masa, tempat, teknik, proses serta pengaruh sesuatu aliran / period seni.
b) Pemerhatian : Hubungan langsung dengan karya seni
melalui lawatan ke galeri seni, menonton tayangan slaid, video, fotograf dan sebagainya, memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dapat berbicara seni.
c) Kajian Perbandingan : Memberi banyak peluang untuk seseorang
berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat sintesis antara satu karya yang lain, antara media, alat, proses dan teknik.
Memahami banyak pengetahuan tentang sejarah, nilai seni berasaskan bangsa dan daerah.
d) Penghasilan : Seseorang akan dapat berbicara seni
dengan lebih sempurna dan berkesan, andainya ia mempunyai pengetahuan yang tinggi dan meluas serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam aktiviti penghasilan karya seni.
2. Psikologikal Ia berkait rapat dengan cara seseorang
melihat dan menghargai seni yang bersifat individu atau personal.
Keupayaan seseorang berbicara dan menghargai seni banyak bergantung kepada sejauh mana ia memiliki:
a) Pengalaman Kendiri : Pengalaman lampau seseorang,
walaupun tidak terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu seseorang memahami, menghargai dan berbicara seni.
Keupayaan berbicara seni dapat diukur dengan sebanyak mana pengalaman yang ada pada seseorang.
b) Pandangan Orang Lain : Lazimnya apabila kita kekurangan
pengetahuan dan pengalaman mengetahui sesuatu perkara, kita akan bersandar kepada pendapat orang lain yang dianggap pakar atau ahli.
Oleh itu, seseorang akan dapat memahami, menghargai dan berbicara seni dengan lebih berkesan apabila kita bersedia mendengar atau menerima “apa orang lain kata”.
c) Pengaruh Persekitaran : Persekitaran, tempat, masa dan situasi
boleh mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni.
Impak persekitaran dapat membantu seseorang menilai dan memperkatakan tentang seni.
3. Sejarah Pendekatan ini banyak bersandarkan
kepada aspek sejarah sebagai cara menilai, memahami dan menghargai seni.
Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang paling ketara menjadi teras perbincangan:
a) Produk seni : Penumpuan terhadap idea, motif, teknik,
dan proses bahan dan alat serta gayaan. Ia membawa kepada diskusi tentang
aplikasi Asas-Asas Senireka, struktur dan gubahan.
b) Tokoh / Artis : Melihat cara artis mendapatkan
sumber, budaya kerja dan pandangan mereka.
c) Masyarakat : Melihat kesan seni terhadap
masyarakat dan pengaruh masyarakat terhadap tamadun seni.
d) Konsep dan Falsafah : Kejelasan ikinografi menjelaskan
manifestasi peradaban bangsa.
CARA DAN PERINGKAT MELIHAT SENI
Terdapat lima jenis peringkat melihat seni, iaitu :
1. Hedonistik2. Kontekstualistik3. Organistik4. Normistik5. Eklektik
1. Hedonistik
•Merupakan satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, penyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.•Penilaian dibuat secara serta merta iaitu :1. Suka / tidak2. Tertarik/ tidak3. Penytaan spontan• Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik
dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemah oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
• Ianya tidak dapat diukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.
2. kontekstualistik
•Kaedah ini lebih praktikal dimana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan.•Berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan•Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.•Menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.
3. Organistik
•Menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang.•Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni , menyentuh intuisi dan menyenangkan.•Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.•Dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan , perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.
4. Normistik
•Merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya.•Seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri keada Allah , rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.•Contoh : lukisan agama kristian yang berkaitan unsur ikonografi,naratif, dan nilai-nilai akhlak.•Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenarkan dalam budaya dan agama.
5. Elektik
•Lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adlah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.•Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi serta alat dan bahan.•Kaedah ini membuat pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya.•Wajaran hanya secara baik. Sederhana dan kurang baik.
BIBLIOGRAFI Mazlan Bin Mohamad, 1997, Pendidikan
Seni 2 Kurikulum Pendidikan Seni, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
TERIMA KASIH…