10/19/2017 :: BERNAMA PLUS :: http://plus.bernama.com/v1/news2.php?id=1391437&page=9 1/2 Thursday, 19 October 2017 BERNAMA.com Xtra / BERNAMA PLUS : Subscribe | Log In Main page | BPLUS News List | News List | Newsbriefs@7 | Infographics | Malaysia eBiz | e-Newsletter | BERNAMA.com Misi Pingat Emas Muhammad Zulkifli Sahdan Thursday, 14 September 2017 JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- "Saya mahu mencipta sejarah," itu antara misi penting yang bakal dibawa seorang bakat muda bidang kemahiran negara Muhammad Zulkifli Sahdan selepas berjaya tersenarai dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober ini. Menurut Muhammad Zulkifli, 20, dia telah menjalani latihan intensif sejak Januari tahun ini dan berhasrat untuk membawa pulang pingat emas di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan yang disertainya. Anak muda kelahiran Batu Pahat ini pernah memenangi pingat emas pada Pertandingan Kemahiran ASEAN (WSA) Kuala Lumpur pada tahun lepas dan pingat perak pada WSC Malaysia Kategori Belia pada tahun 2015. Pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Johor, Muhammad Zulkifli Sahdan, 20, merupakan salah seorang wakil negara yang akan dalam bertanding di dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) di Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Oktober depan. Dia terpilih selepas melepasi Saringan Pertandingan WSC dan akan bertanding melawan peserta dari 20 buah negara lain di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan. Foto: Remar Nordin "Alhamdulillah persiapan saya kini sudah sampai 90 peratus dan latihan-latihan pun telah saya jalankan mengikut modul pertandingan sebenar bagi benar- benar membuat persiapan terutamanya dari segi mental." "Antara modul yang perlu diikuti adalah 'lettering and design', ?filling and primming', 'colour bands' dan 'spray painting' yang mana lettering and design membawa markah paling banyak iaitu 37 markah daripada keseluruhan 100 markah,? katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Johor sini hari ini. Muhammad Zulkifli berkata latihan dijalankan selama empat hari seminggu bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan tunjuk ajar daripada mentor dan tenaga pengajarnya Jammuri Ibrahim yang merupakan pakar dalam bidang Dekorasi dan Pengecatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dia yang sebelum ini berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan kejuruteraan awam tidak menyangka akan mempunyai bakat di dalam kemahiran itu. Anak kedua daripada lima beradik ini juga bertekad untuk mengotakan janjinya untuk menjadi yang terbaik kepada kedua ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia akibat strok. "Semua ini tidak akan berlaku tanpa tunjuk ajar daripada guru-guru, rakan-rakan dan adik beradik saya yang selama ini telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menjadi lebih baik di dalam bidang ini," jelas Muhammad Zulkifli. Sementara itu Jammuri berkata apa yang menjadi kekuatan anak muridnya adalah semangat juang yang tinggi selain kesungguhan Muhammad Zulkifli yang benar-benar mahu berjaya. "Saya pernah melihat dia (Muhammad Zulkifli) menghadapi masa-masa sukar di mana sehari sebelum pertandingan WSA Kuala Lumpur 2016, dia telah mendapat khabar tentang pemergian ibunya. Tetapi dia tidak patah semangat, di mana selepas selesai urusan pengebumian, dia datang mengikuti pertandingan dan Alhamdulillah dia pulang bersama pingat emas." "Jadi fokus utama sekarang adalah mendidik dia dari segi ketahanan mental kerana dia akan bersaing bersama 20 negara lain di dalam kategori Dekorasi dan Pengecatan, jadi dia perlu fokus dan yakin pada dirinya sendiri," katanya. Pertandingan WSC merupakan antara pertandingan kemahiran vokasional yang terbesar di dunia yang diadakan setiap dua tahun dan bakal disertai oleh seramai 77 buah negara.