8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
1/16
KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
TAJUK TUGASAN:
KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL
SECARA BERLEBIHAN
NAMA:NHAGGHULAN A/L GOVINDARAJU
NO. KAD PENGENALAN :981120-08-7341
KURSUS:
TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
CIKGU:
PN.NORAIN BINTI ABDUL SAMAD
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
2/16
1.O PENDAHULUAN
Alkohol ditemukan untuk tujuan perubatan tetapi ia disalahgunakan
oleh kebanyakan remaja sekarang. Statistik membuktikan bahawa kanak-
kanak berumur 10 atau 11 mulai mencuba minuman alkohol pada masa kini.Ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah juga boleh
mengakibatkan maut sekiranya diamalkan berterusan. Alkohol merupakan
kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Hampir setiap agama di dunia
ini melarang tabiat meminum arak (alkohol) dalam kalangan para
penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya
bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu
masa.
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
3/16
2.0 DEFINISI
2.1 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ALKOHOL?
Dalam erti kata yang mudah, alkohol ialah cecair yang boleh diminum,
berwarna, berbau dan mudah terbakar. Dalam kimia, alkohol merupakan
sebatian organik di mana kumpulan berfungsi hidroksil (-OH) terikat pada
atom karbon. Formula am untuk alkohol ialah CnH2n+1OH. Kelas penting
alkohol ialah alkohol asilik ringkas. Dalam kelas tersebut, etanol (C2H5OH)
merupakan alkohol terpenting yang selalunya digunakan untuk memproses
minuman tidak berolkohol (inalkoholic beverages) dan juga minuman
beralkohol. Sebab itulah, alkohol selalunya dipanggil sebagai etanol oleh
kebanyakan orang. Alkohol diperoleh melalui fermentasi gula yang berbentuk
cecair.
2.2 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENGAMBILAN
ALKOHOL SECARA BERLEBIHAN?
Pengambilan alkohol secara berlebihan bermaksud alkohol diminum
dalam jumlah atau kuantiti yang besar sehingga mengakibatkan beberapa
kesan sampingan. Selalunya pengambilan alkohol secara berlebihan
mengakibatkan kemabukan lalu pemabuk menjadi tidak sedar diri. Alkohol
secara berlebihan adalah merbahaya dan boleh membawa maut sekiranya
tidak dikawal
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
4/16
3.0 KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL YANG BERLEBIHAN
3.1 TIGA JENIS ALKOHOL BERSERTA CONTOH
JENIS ALKOHOL CONTOH
Etanol Minuman keras Pelarut seperti varnis Antiseptik Bahan kosmetik Plastik Minyak wangi
Campuran etanol dan metanol Bahan bakar yang dikenalisebagai spirtus
Metanol
Pembunuh kuman yangdikenali sebagai spirit
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
5/16
Glikol Pita pada kaset dan pencetak(printer)
Gliserol Pembuatan lotion tangan Bahan pemanis dan pelarut
pada ubat-ubatan.
Etil alkohol Kandungan utama dalamsemua jenis arak dan minuman
yang memabukkan
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
6/16
3.2 KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL YANG BERLEBIHAN
i. Koordinasi BadanCara berjalan Tidak lurus
Perlahan Memerlukan pertolongan
orang lain untuk berjalan ke
sesuatu destinasi yang diingini
Badan Badan tidak seimbang Badan berasa ringan Badan menggeletar selama 8-
12 jam
Kawalan mata dengan tangan Tidak boleh mencapai sesuatuobjek secara tepat.
Perlu mencuba beberapa kaliuntuk mencapai objek
tersebut.
Kawalan mata dengan ruang Sangat lemah. Tidak bolehmenganggar sesuatu jarak.
Maka, tidak boleh memandu
dalam keadaan begini.
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
7/16
ii. KesihatanKesan pada otak Peminum mula marasa kurang sifat malu
Fikiran bercelaru Pergerakan tidak terkawal. Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk
idea spontan, menumpukan fikiran, dan
membuat pertimbangan yang teliti.
Tidak sedar diriKesan pada hati Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini
akan mengurangkan kemampuan hati untuk
berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius
akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi
langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan
boleh membawa maut.
Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlakudisebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada
mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan
lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini
menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati
dengan sempurna dan akhirnya saluran darah
akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat
kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami
muntah darah dan najis mereka akan bercampur
dengan darah.
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
8/16
Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut(gastrik) yang akhirnya boleh membawa kepada
ulser.
Kesan pada saraf Penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff Kerosakan sel-sel otak yang seterusnya
membawa kepada kompilasi psikiatri.
Peminum boleh mengalami halusinasipendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan
kecenderungan membunuh diri.
Kesan pada janin Peminum alkohol kronik yang sedang hamilboleh menyebabkan kandungannya mempunyai
ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat
badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding
tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka
yang rata, dan lemah sendi-sendi
Kesan pada kulit Kesan terhadap sistem peredaran tubuhmenyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke
kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi
kemerah-merahan dan perpeluhan juga
meningkat.
Kesan pada
jantung
Pengepaman jantung bertambah pantas dan kuatseperti individu yang sedang melakukansenaman. Kepada penghidap penyakit jantung,
mereka mempunyai kemungkinan diserang
penyakit itu.
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
9/16
Kesan pada
pundi kencing
Lebih cenderung membuang air kecil dengankerap kerana etanol boleh merencat hormon
penahan kencing.
Kesan pada
mulut
Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15kali terutamanya pada bahagian mulut dan
tekak.
Kesan lain
terhadap
kesihatan
Sakit kepala Loya Muntah Cirit-birit Gangguan pergerakan usus Mungkin mengalami anemia Hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah) Ketandusan vitamin Radang paru-paru Kekurangan haid mati pucuk
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
10/16
Kesan terhadap kesihatan peminum alkohol
(dalam bentuk gambar rajah)
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
11/16
Kesan terhadap sosial peminum alkohol
Merosakkan hubungan persahabatan Kehilangan pekerjaan Berhutang Simpanan keluarga dihabiskan Masalah rumah tangga Penganiyaan Penderaan Keruntuhan moral
Kesan yang boleh mendatangkan maut:
Boleh berkemalangan Berani membunuh Boleh membunuh diri
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
12/16
iii. Nyatakan 2 faktor dalaman dan 2 faktor luaran yangmempengaruhi minda.
Faktor dalaman
Perasaan ingin mencuba Tidak berupaya mengatakan
TIDAK untuk amalan
meminum
Berasa tertekan disebabkanmasalah keluarga
Faktor luaran
Dikelilingi oleh peminum dirumah ataupun di sekolah
Pengaruh rakan sebaya
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
13/16
LANGKAH UNTUK INDIVIDU BERHENTI MEMINUM ALKOHOL
1. Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda darimenjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai
seorang peminum.
2. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam,parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri
anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah
jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis
tertentu.
3. Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikanmajlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti.
Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan
anda ini.
4. Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulanmotivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
5. Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidakterjebak dalam gejala yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapaanak-anak mereka berkawan dan sebagainya.
6. Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.7. Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan
yang mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
14/16
mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil
alkohol.
8. Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi,senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang)
9. Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilandan penyalahgunaan alkohol.
4.0 KESIMPULAN
Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol dalam kalangan lelaki
dan juga wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih
alkohol. Oleh itu ketagihan alkohol ini boleh diwarisi. Penagihan alkohol
perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik
untuk mengatasi masalah minum alkohol ini ialah dengan berhenti
meminumnya. Kita perlu katakana tidak untuk ALKOHOL. Ada juga dua jenis
ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini. Antaranya ialah ubat yang
dikenali sebagai antabuse. Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang
teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua
ialah ubat Naltrexone. Ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan
merasa nikmat kemabukannya. Seseorang individu perlu menjaga kesihatan
dan memelihara diri agar aspek kesihatan dari segi fizikal dan psikologikal
sihat daripada sebarang kesan yang serius akibat daripada penyalahgunaanalkohol. Oleh yang demikian terdapat pepatah yang mengatakan
Menghindari lebih baik daripada mengubati.
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
15/16
5.0 RUJUKAN
BUKU
Elias Saion, 2002, Fajar Bakti, Kimia matrikulasi jilid 2.
Lim Ching Chai, 2011, Sasbadi, Xpress 2011 chemistry.
INTERNET
Mohamed Ikram, 2013. Diperoleh dari laman:
http://seliparlover.wordpress.com/kandungan/langkah-langkah-bagi-
berhenti-meminum-minuman-keras/
Musafir, 2012. Diperoleh dari laman:
8/13/2019 Kolej Vokasional Slim River
16/16
http://musafircyber.blogspot.com/2012/10/kesan-alkohol-terhadap-
kesihatan.html
6.0 LAMPIRAN