Top Banner
PSIKOLOGI KESIHATAN
22

10-Psikologi

Jun 12, 2015

Download

Documents

s126178

nota pengantar psikologi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: 10-Psikologi

PSIKOLOGIKESIHATAN

Page 2: 10-Psikologi

PSIKOLOGI KESIHATAN

Psikologi kesihatan mengkaji faktor-faktor behaviorisme di dalam perubatan, kesihatan fizikal dan rawatan.

Page 3: 10-Psikologi

TEKANAN (STRES)1. Tekanan (Stres) - keadaan fizikal

dan mental yang berlaku apabila individu perlu berubah atau menyesuaikan diri didalam persekitaran.

2. Tekanan yang bagus digelar ‘eustress’ di mana ia merangsang, memberi tenaga dan kepuasan kepada individu seperti memanjat gunung, mendapat pekerjaan baru dan berkenalan dengan rakan baru.

Page 4: 10-Psikologi

3. Reaksi stres adalah gerak balas fizikal terhadap tekanan yang meliputi perubahan badan, seperti ketegangan otot, berpeluh yang berkaitan dengan bangkitan sistem saraf autonomik.

Page 5: 10-Psikologi

TANDA-TANDA EMOSI

TANDA-TANDA TINGKAH LAKU

TANDA-TANDA FIZIKAL

Page 6: 10-Psikologi

TANDA-TANDA EMOSI

1. Kerisauan (Anxiety)2. Apathy3. Sering marah4. Keletihan mental

Page 7: 10-Psikologi

TANDA-TANDA TINGKAH LAKU

1. Mengelak daripada tanggungjawab dan perhubungan.

2. Tingkah laku yang membahayakan diri (atau ekstrim).

3. Tidak mengendahkan diri.4. Hilang pertimbangan atau

Pertimbangan yang lemah.

Page 8: 10-Psikologi

TANDA-TANDA FIZIKAL

1. Kerisauan melampau terhadap penyakit

2. Sering sakit3. Keletihan4. Penggunaan ubat yang

berlebihan5. Kesakitan dan rungutan

mengenai fizikal diri

Page 9: 10-Psikologi

PUNCA TEKANAN (STRES)1. Bencana, kesilapan manusia-

tumpahan toksik

2. Perubahan penting dalam kehidupan manusia juga memerlukan penyesuaian dan boleh menyebabkan tekanan.

3. Konflik-apabila individu perlu memilih satu di antara dua matlamat / cita-cita yang bersaing atau masing-masing mempunyai kelebihan dan sukar dibuat pemilihan.

Page 10: 10-Psikologi

RICHARD LAZARUS

Dua cara dalam menangani sesuatu keadaan yang dilihat sebagai merbahaya atau gangguan.

PENILAIAN UTAMA (PRIMARY APPRAISAL)

Di mana individu membuat pilihan sama ada sesuatu situasi itu penting atau tidak penting, positif atau satu gangguan.

PENILAIAN KE 2 (SECONDARY APPRAISAL)

Di mana individu menilai apa yang dimiliki untuk menghadapi tekanan atau cabaran tersebut.

Page 11: 10-Psikologi

DAYA TINDAK

1. PENAFIAN (Denial)

Ia bertujuan untuk membantu diri-sendiri menerima sesuatu hakikat yang pahit atau realiti yang tidak menyenangkan sama ada dengan cara menolak realiti tersebut, tidak menerimanya, atau mempercayainya.

Penafian biasanya berlaku akibat kesukaran menerima suatu berita buruk seperti kematian, sakit atau peristiwa yang menyedihkan dan menjadi ancaman ke atas kestabilan emosi.

Page 12: 10-Psikologi

2. MEMENDAM (Repression)

Freud percaya bahawa manusia melindungi dirinya dengan memendam perasaan sebagai cara untuk melupakan peristiwa pahit atau trauma yang dialami.

Nama orang yang dibenci dan perkara yang memalukan atau kegagalan sering dipendam dan tidak diceritakan kepada orang keliling.

Page 13: 10-Psikologi

3. REACTION FORMATION

Daya tindak ini menghalang impuls merbahaya daripada diekspresikan sebagai tingkah-laku dan individu akan mempunyai tingkah laku yang bertentangan dengan tingkah laku yang dipendam.

Contohnya, seorang ibu yang membenci anaknya melalui daya tindak ini akan mengawal ketat anaknya (overprotective), atau memanjakannya (overindulgent), supaya dia dapat lari dari kenyataan bahawa dia membenci anaknya .

Page 14: 10-Psikologi

4. REGRESI (Regression) ‘Regresi’ bermaksud kembali ke asalan, situasi atau perangai semakin merosot dan kurang mencabar. Seorang anak sulung yang baru menerima adik baru mungkin akan mengalami regresi sebagai cara untuk menarik perhatian ibu-bapanya.

Dia mungkin ingin memakai lampin

atau menyusu botol seperti adiknya walaupun dia sebenarnya telah lama meninggalkan tahap tersebut.

Page 15: 10-Psikologi

5. PROJEKSI (Projection)

Projeksi merupakan proses di bawah sedar yang melindungi manusia daripada kerisauan yang dirasai.

Seorang individu akan melihat orang

lain yang bermasalah walaupun dia sebenarnya yang menghadapi masalah tersebut

Page 16: 10-Psikologi

6. RASIONALISASI (Rationalization)

Memberi justifikasi ke atas tingkah laku individu dengan memberi sebab-sebab yang munasabah, rasional walaupun sebenarnya sebab-sebab yang diberikan tidak berkaitan atau tidak benar.

Contohnya seorang pelajar gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya. Pelajar tersebut akan memberi pelbagai alasan yang munasabah walaupun ianya bukan sebab yang sebenar.

Page 17: 10-Psikologi

7. GANTI RUGI (Compensation)

Daya tindak ke atas perasaan rendah diri. Individu yang mempunyai kekurangan atau kelemahan sama ada ianya benar atau hanya imaginasi akan cuba sedaya upaya untuk menutup kelemahan tersebut dengan berjaya dalam bidang lain.

Page 18: 10-Psikologi

8. SUBLIMASI (Sublimation)

Daya tindak ini didefinisikan sebagai melepaskan perasaan geram/tekanan melaui aktiviti sosial yang diterima masyarakat. Freud percaya bahawa aktiviti kreatif seperti muzik dan seni memberi laluan kepada individu untuk mengawal tenaganya ke arah yang produktif.

Contohnya individu yang bersikap langsang akan diterima masyarakat jika menggunakan sikap tersebut dalam menceburi kerjaya askar, ahli tinju dan sebagainya.

Page 19: 10-Psikologi

General Adaptation Syndrome (GAS)

1. General Adaptation Syndrome (GAS) dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai “Sindrom Adaptasi Umum”

2. GAS merupakan beberapa reaksi yang diberikan oleh tubuh manusia apabila berhadapan dengan tekanan atau stres yang berterusan.

3. Hans Selye (1976), menyatakan bahawa badan manusia memberi tindak balas yang serupa terhadap apa jua jenis tekanan tidak kira sama ada ianya adalah peristiwa yang memalukan, pekerjaan baru, atau kegagalan.

Page 20: 10-Psikologi

4.GAS terbahagi kepada tiga peringkat:

(a)Reaksi yang mengejutkan simptom seperti sakit kepala, sakit badan dan badan mula cuba untuk menghadapi tekanan tersebut. Kalenjar pituitary menghantar maklumat kepada kalenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak adrenalin dan noradrenalin.

(b)Peringkat melawan yang menentukan ketahanan

(c)Peringkat mengalah dan keletihan

Page 21: 10-Psikologi

CARA MELEPASKAN DIRI DARI TEKANAN

1. Progressive Muscle Relaxation2. Guided Imagery

Individu dipandu untuk mengimaginasi peristiwa-peristiwa yang memberi ketenangan dan merehatkan individu tersebut

3. Sukan & Meditasi

.

Page 22: 10-Psikologi