PENGGUNAAN KLON SECARA ‘ENVIROMAKS’ PENANAMAN GETAH (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
PENGGUNAAN KLON SECARA
‘ENVIROMAKS’
PENANAMAN GETAH
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
KLON
● DEFINASI KLON
- Pokok atau sekumpulan pokok yang teruji segala sifat yang di ingini
● Klon getah terbahagi kepada :
1. Klon Asli
2. Klon Moden
KLON● KLON ASLI
- Klon yang sudah dijumpai manusia dan keturunannya tidak diketahui.
- Wujud sedikit sahaja
● KLON MODEN
- Hasil rekaan manusia melalui melalui proses pembiakbakaan dan pemilihan
PENGKLASAN KLON
● Mengikut Syor penanaman Getah LGM , klon-klon moden yang di syor di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu :* Kumpulan I- Klon-klon yang dipilih berlandaskan maklumat data
hasil lateks dan ciri-ciri sekunder pokok sekurang-kurangnya lima tahun selepas di toreh di percubaan-percubaan sekala besar seperti Percubaan Klon Skala Besar, Projek Pembangunan Terkawalselia atau Penanaman Komersial.- Boleh di tanam di estet dan kebun kecil tanpa sekatan keluasan tanaman Klon disyorkan oleh RISDA : RRIM 937, RRIM 938, RRIM 940, PB260, PB350, PB355 dan PB359 ( Pek . Pengembangan RISDA bil 1/2006)
PENGKLASAN KLON
* Kumpulan II
- Klon-klon mempunyai maklumat terhad. Klon-klon ini dipilih berdasarkan prestasi pengeluaran hasil lima tahun ditoreh dan ciri-ciri sekunder dalam Percubaan Klon Skala Kecil. Prestasi klon-klon ini dalam keadaan cuaca, tanah dan persekitaran berlainan belum lagi di perolehi.- Penanaman klon-klon ini adalah terhad dan perlu diawasi. Klon disyorkan oleh RISDA : RRIM 928, RRIM 929, RRIM 2001, RRIM2002, RRIM2023, RRIM2025 dan RRIM2027
( Pek . Pengembangan RISDA bil 1/2006)
PENANAMAN SECARA ENVIROMAKS
• Penanaman getah secara enviromaks boleh dikatakan penggunaan klon yang sesuai dengan keadaan kesuburan tanah dan alam sekitar atau pengaruh lingkungan.
FAKTOR PEMILIHAN KLON
1. Faktor tanah
- Berdasarkan pada klas kebolehannya dari segi penghasilan dan diberi kod seperti di bawah :
S1 - Amat sesuai
S2 - Sesuai
S3 - Sesuai sedikit
N1 - Sekarang tidak sesuai
N2 - Kekal tidak sesuai
* N1 dan N2 sebaik-baiknya di elakkan.
Peta tinjauan kesesuaian tanah bagi penanaman getah di Semenanjung Malaysia
FAKTOR PEMILIHAN KLON
2. Faktor kekuatan angin
- Elak menanam klon-klon yang sudah di ketahui tidak tahan pada angin kencang di kawasan angin kencang.
Peta tinjauan kesesuaian tanah bagi penanaman getah di Semenanjung Malaysia
FAKTOR PEMILIHAN KLON
3. Faktor Penyakit- Elak menanam klon-klon yang sudah diketahui kurang rintangan kepada penyakit daun dan batang seperti :
i) Penyakit luruhan daun muda Oidium teruk
ii) Penyakit luruhan daun muda Colletotrichum teruk
iii) Penyakit daun luruh Phytophthora
iv) Penyakit daun Corynespora
v) Penyakit cendawan angin teruk
Kawasan penyakit luruhan daun Oidium
Kawasan penyakit luruhan daun Colletotrichum
Kawasan penyakit luruhan daun Phytophthora dan Corynespora
Kawasan penyakit Cendawan Angin
FAKTOR PEMILIHAN KLON
4. Prestasi Klon
- Penanaman klon RRIM siri 2000 sehingga kini adalah terhad. Oleh itu prestasi klon-
klon ini diprojek Pembangunan Terkawalselia Klon ( PPT ) di gunakan sebagai panduan.
- Bagi sesuatu kawasan, pilih klon yang paling cepat membesar
Perbandingan pertumbuhan klon siri RRIM 2000 ( lilitan) di projek Pembangunan Terkawalselia Klon di sesuatu kawasan
RUJUKAN
1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.
2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah
3. Lembaga Getah Malaysia ( 2003 ) Syor Penanaman Getah LGM 2003