PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG. SINOPSIS Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI) 1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber. 2. mengolah keberkesanan bahan sumber. 1
28
Embed
syababmusafir92.weebly.com · Web viewProses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
TAJUK 1 PEMILIHAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT BIDANG.
SINOPSIS
Bahagian ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama
mendedahkan Kategori Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam . Tajuk kedua memberi fokus kepada Keberkesanan Bahan
Sumber Pendidikan Islam Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)
1. memahami dan menghuraikan kategori bahan sumber.
2. mengolah keberkesanan bahan sumber.
KERANGKA TAJUK
1
Sumber Pengajaran Pendidikan Islam
Kategori Bahan
Bahan Teknoligi Maklumat Bahan Bercetak
Bahan Maujud
Keberkesanan Bahan
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.1 KATEGORI BAHAN SUMBER
1.1.1: PENGENALAN
Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah sekalian !
Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau
bahan yang berperanan dan bertugas untuk membantu guru-guru supaya dapat
menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Alat-alat atau bahan-bahan
ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian pelajaran. Terdapat
beberapa jenis sumber atau alat yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-
jenis alat tersebut ialah bahan bercetak,bahan teknologi maklumat dan bahan maujud.
Semua sumber P&P yang digunakan ini mempunyai beberapa tujuan selain
daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut ialah untuk
merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interpretasi maklumat
kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media,
peningkatan daya ingatan, kemahiran berfikir, peningkatan motivasi, peningkatan
kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal
dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuian murid-
murid dari segi tajuk,objektif, dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan
perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber
pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaitu dari segi
mutunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan
sumber ini harus dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini adalah bertujuan
supaya dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian
2
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
kepada proses pengajaran tersebut sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi
lebih efektif serta berkesan. Bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap
sebagai media pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan
para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap
yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk
memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja
penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya
selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan
Negara secara keseluruhannya.
Dale (1974) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran
manusia yang mana disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale memperjelaskan kesan
media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah
kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Konsep ini disokong oleh
Heinich, Molenda dan Russel, 1989. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli
pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.1.2: KATEGORI BAHAN SUMBER
Terdapat beberapa kategori sumber atau alat bantu pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses
pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang
terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua
jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang
sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai
objektif pembelajaran.
Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direkacipta mengikut
kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber P&P yang hendak digunakan
dalam proses pembelajaran. Terdapat banyak sumber- sumber yang boleh digunakan
oleh guru-guru yang mengajar. Antara bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku
teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa
digunakan oleh guru-guru di sekolah. Untuk memberi kelainan atau penambahan yang
lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh menggunakan alat audio visual
contohnya LCD, peta, komputer, gambar rajah dan televisyen.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk
melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak
langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan
cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk
dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada
kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.
1.1.2.1: BAHAN BERCETAK
4
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan
wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri
penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan
hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu.
Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog,
kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak
seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal
di bidang masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh
guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan
ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan
yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.
Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia
menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal
contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh
disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi
kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku
selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana
ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.
Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia
menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan.
5
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal
contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh
disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi
kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku
selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana
ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.
1.1.2.2: BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat
(Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat
memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang
dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu.
Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan
portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah
multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru
untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah
mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan
oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang
sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru
perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang
berlangsung.
6
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan
tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah
menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa
yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru
mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan
bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang
ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan
kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya
pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.
1.1.2.3: BAHAN MAUJUD
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan
bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan
maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja
tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam
persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber
P&P pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan
perkakas sains.
Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen.
Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup.
Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih
hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera
ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang
kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang
ketiga ialah spesimen.
7
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk
bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun.
Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau
kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana
melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid
1.1.3: BAHAN MEDIA
Bahan media juga termasuk sebahagian daripada kategori bahan sumber dan ianya
boleh dirumuskan seperti gambar rajah di bawah :
Bil Jenis Media/ Bahan Contoh
1. Media/ bahan tayang kaku Transparensi, slaid,
mikrofilem
2. Media / bahantayang bergerak Pita video, CD dan filem
3. Bahan grafik Lukisan, poster, kartun,
carta dan graf
4. Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan
dan poskad
5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, diorama
dan pupet
6. Papan pameran Papan kapur, papan putih,
papan flanel dan papan
8
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
buletin
7. Media audio Pita kaset, CD dan
komputer
8. Media cetak Modul, buku teks, surat
khabar, majalah dan
risalah.
6. Papan pameran Papan kapur, papan putih,
papan flanel dan papan
buletin
1.1.4: PROSES PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media
pengajaran atau ‘ media’ yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik.
Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat
ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan
bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras
dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara
secara keseluruhannya.
Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi
pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut
sebelum ianya digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses
memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu
proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan
bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah berikut:
9
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.1.5: PRINSIP-PRINSIP PEMILIHAN BAHAN
1.1.5.1: Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para
pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program
pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan
berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan
bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.
1.1.5.2 Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-
bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni
yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara
dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan
pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.
10
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.1.5.3: Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif.
Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang
pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah
tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran
dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.
Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal
dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranan
di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang
sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan
kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri
dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses
interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia
boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk
berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis
dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya.
Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus
diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan
satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar
digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.
1.1.5.4: Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.
11
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari
sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya
disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari
semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin,
para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit
pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain
daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain.
Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa
yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada
pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan
terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan
emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan,
motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas
guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-
perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh
guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara
kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan
secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor,
termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan
atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.
1.1.5.5: Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar.
Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak
sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya
tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah
12
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar
menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari
semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan
tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran.
Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar
melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti
jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi
harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa.
Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu
menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi
potensi pengajaran bahasa mereka.
1.1.5.6: Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka.
Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu
yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang
ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi
keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat
ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya.
Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara
yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara
yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.
Bincang dengan rakan anda tentang kategori bahan .
Buat catatan isi secara grafik peta minda
13
Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.2 : KEBERKESANAN BAHAN
1.2.1: PENDAHULUAN
Bahan sumber
merupakan salah
satu komponen
pengajaran dan
pembelajaran. Ia
bukan sahaja dapat
memberi suatu pengalaman yang konkrit malahan dapat membantu murid menyatukan
pengalaman yang ada pada mereka. Bahan sumber yang baik akan membantu proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Justeru bahan sumber
menjadi elimen perantaraan dan pemindah maklumat kepada pelajar dan pengguna,
seseorang pengajar perlu peka kepada faktor objektif, faktor pelajar faktor kaedah dan
faktor praktikal semasa membuat, menyediakan bahan dan mengaplikasi bahan.
14
Dapatkan maklumat tambahan ulasan tentang Media Tayang Kaku, Media Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Gambar Kaku, Bahan Pameran 3 Dimensi, Papan Pameran, Media Audio dan Media Cetak
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
1.2.2: KERANGKA TAJUK
1.2.3: KEBERKESANAN BAHAN
Penggunaan bahan akan menjadi lebih berkesan apabila aplikasi penggunaannya
terlebih dahulu mengambil kira beberapa elimen berikut :
1.2.3.1: KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER
- selaras dengan falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
15
KRITERIA PEMILIHAN BAHAN SUMBER
PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN
CIRI-CIRI BAHAN SUMBER
KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel
1.2.3.2: PEMBINAAN BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN
a) Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar
atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan
tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh
digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b) Kos
Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan
kewangan sekolah.
Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan
pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang
16
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan
tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri.
Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh
menjimatkan bahan-bahan terpakai.
c) Aspek-aspek Teknikal
Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada
boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan
ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya
d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan
maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman,
rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira
dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk
daun, biru untuk langit dan lain-lain.
e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di
bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu
kumpulan kepada kumpulan yang lain.
Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan
bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam
keadaan tertentu.
f) Saiz/Pengelolaan Kelas
Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga
perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran.
17
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih
besar.
Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan
tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau
pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan,
atauun pengajaran individu
g) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah
penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran.
Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah
pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami
tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap
diri, masyarakat dan negara.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat
perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang
bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud
dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.
1.2.3.3: CIRI-CIRI BAHAN SUMBER
Tidak ada satu bahan sumber yang unggul dan sesuai untuk digunakan dalam
semua keadaan dan semua bidang mata pelajaran. Untuk mempastikan
keberkesanan bahan sumber yang digunakan seseorang guru perlu mengetahui
cirinya seperti berikut :
a) Menjelaskan idea yang kabur
Adanya bahan sumber, fakta atau idea yang kabur dapat disampaikan dan
dijelaskan dengan lebih efisyen dan terperinci. Di samping itu bahan sumber juga
dapat menerangkan hubungan antara idea dengan isi pelajaran.
18
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
b) Menjelaskan bahagian yang sukar difahami
Dalam setiap pelajaran, tedapat bahagian yang senang dan sukar difahami oleh
pelajar (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-Fau’ri, 2006). Pengunaan bahan sumber dapat
membantu proses pembelajaran dan kelas dengan tumpuan diberikan kepada
bahagian yang sukar difahami. Contohnya penggunaan grafik banding beza.
c) Besar dan jelas
Bahan sumber yang digunakan dalam proses P&P mestilah besar dan jelas
mengikut keadaan kelas jumlah pelajar. Sekurang-kurang kadar bahan sumber
mestilah boleh dilihat dengan jelas oleh pelajar yang berada dalam pandangan
yang paling jauh daripada bahan sumber.
d) Warna yang menarik dan saiz yang tepat
Pelajar lebih suka kepada bahan (objek, teks dan lain-lain) berwarna berbanding
dengan hitam putih. Bagi kalangan pelajar sekolah rendah warna menarik minat
mereka dan sekaligus menggalakan pembelajaran. Selain itu, warna juga dapat
menonjolkan fakta penting. Manakala saiz sesuatu bahan sumber juga penting
semasa proses pembelajaran. Sebagai contohnya saiz tajuk hendaklah lebih
besar daripada isi kandungan, dihitamkan (gelap) dan kedudukannya hendaklah
di tengah-tengah.
e) Tahan lama
Bahan sumber yang hendak dipilih juga hendaklah jenis yang tidak
membebankan guru, tahan lama dan mudah dibawa ke mana-mana saja sama
ada dari bilik guru ke dalam kelas, dari kelas ke perpustakaan dan sebagainya
(Ahmad, 1997). Contohnya slaid.
f) Paling memberi kesan
Pelajar biasanya suka kepada permainan. Oleh itu, kalau boleh pilih bahan
sumber yang berbentuk permainan tetapi pada masa yang sama pelajar
19
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
mendapat input yang berfaedah hasil daripada permainan tersebut. Contohnya
permainan berbentuk teka silang kata, kuiz dan sebagainya.
g) Murah
Bahan yang digunakan hendaklah tidak memerlukan kos perbelanjaan yang
tinggi dan seelok-eloknya boleh dibuat sendirisupaya tidak membebankan guru
dan juga pihak sekolah
1.2.3.4: KEUPAYAAN PEMILIHAN BAHAN SUMBER
Tujuan pemilihan bahan sumber adalah agar objektif P&P dalam satu-satu sesi
dapat dicapai dengan maksimum. Oleh itu, guru perlu mengikut prinsip asas
pemilihan bahan sumber dalam pengajaran mereka (Wifa’ al-Tajl dan Rana al-
Fau’ri, 2006). Antara asas pemilihan ialah :
a) Besesuaian dengan tajuk
Guru perlu menentukan tajuk dan isi kandungan yang akan diajar. Langkah
seterusnya ialah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai
pada akhir proses P&P menggunakan bahan sumber. Ini bermaksud, alat dan
bahan yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan tajuk, isi kandungan
dan objektif pembelajaran pelajar.
b) Bersesuaian dengan latar belakan pelajar
20
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
Guru perlu membuat analisis mengenai sifat pelajar seperti umur murid, gaya
pembelajaran murid, tahap pencapaian murid dan pengalaman murid belajar
berbantukan bahan sumber. Bahan yang dipilih itu mestilah sesuai dengan tahap
kebolehan dan perkembangan murid dalam penguasaan bahasa, tahap
kefahaman serta pendengaran. Contohnya sumber visual seharusnya tidak
digunakan apabila pelajar mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup
untuk menginterpretasikan dan mengimaginasikan sesuatu yang berkaitan
dengan pembelajaran (Kamarudin, 2003).
c) Bersesuaian dengan tempat digunakan.
Guru perlu memastikan keadaan fizikal di mana bahan sumber yang akan
digunakan boleh memberi kesan sampingan kepada matlamat yang hendak
dicapai. Oleh sebab itu, guru juga patut memberi perhatian mengenai tempat
bahan yang bakal digunakan.
d) Berteknologi rendah dan sederhana
Bahan yang dipili h mestilah mudah dan tidak melibatkan kemahiran teknikal
yang terlalu tinggi. Sebaik-baiknya guru perlu belajar untuk menggunakan alat
dan bahan serta membuat latihan yang sewajarnya sebelum sesi pengajaran
yang sebenar. Bagi seseorang guru, mereka tidak boleh mengambil sikap ambil
mudah dengan mengangap pelajar akan memahami apa yang dipaparkan pada
kali pertama (Kamarudin, 2003). Ini sekaligus bertujuan untuk mengelakkan
kesilapan atau kelamahan semasa persembahan.
e) Tidak berbahaya
Sesuatu bahan yang digunakan hendaklah tidak berbahaya dan menggunakan
kuasa tenaga elektrik yang tidak terlalu tinggi. Bahan tersebut seelok-eloknya
mudah disimpan dan tidak mudah rosak, terutama jika alat itu melibatkan
21
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
penggunaan oleh murid. Bahan tidak memerlukan kelengkapan tambahan yang
banyal apabila hendak digunakan dan tidak mudah ketinggalan zaman.
f) Bersesuaian dengan jumlah pelajar
Pemilihan bahan hanya akan lengkap sekiranya jumlah murid yang diajar dapat
diaturkan dengan jenis bahan yang sesuai.
g) Sesuai dengan tahap IQ
Apabila sesuatu bahan itu hendak digunakan dalam sesuatu pengajaran,
peluang harus diberi kepada pelajar bagi menentukan sendiri kadar kelajuan
peembelajarannya. Mereka yang kurang berkebolehan mempunyai peluang
merujuk kembali kepada bahan yang digunakan dengan mengikut kadar
keupayaannya sendiri tanpa melibatkan kemajuan murid lain yang lebih cekap.
Sila rujuk ; Kamarudin Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, “ “Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran” ,Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2007.
Layari internet ........
http://www.sumber pengajaran an pembelajaran
22
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
LATIHAN
i. Berpandukan kepada modul yang diberi dan tambahan bacaan dan setelah
melayari laman web, lengkapkan grafik di bawah.
23
PIM3109 PENGURUSAN SUMBER DAN PENGAJARAN MIKRO, MAKRO PENDIDIKAN ISLAM
ii. Janakan idea anda, apakah elimen-elimen yang perlu diambil kira bagi
mempastikan satu-satu bahan itu cukup berkesan apabila ia di guna pakai