Penyambungan Bahan-Bahan
Kerja Logam
Mind Map
PENGENALAN
a) Bahan-bahan kerja logam dicantumkan melalui dua
kaedah iaitu
i. Penyambungan Sementara (pengikat)
ii. Penyambungan kekal (pencantum)
b) Kedua-dua kaedah tersebut melibatkan penggunaan
bahan yang akan menyambungkan dua (2) atau lebih
kepingan logam secara mekanikal
c) Kaedah ini dikenali sebagai pengikat dan pencantum.
PENYAMBUNGAN SEMENTARA (PENGIKAT LOGAM)
a) Kaedah ini membenarkan penyambungan pada bahan logam
disambung atau dibuka berulang kali
b) Kaedah ini banyak diguna pakai terhadap peralatan atau bahan
yang memerlukan penyelenggaraan yang kerap, pengubahsuaian
(modification) atau pasang siap
c) Contoh adalah seperti:
Bahagian kenderaan (enjin, sistem penyejukan, roda dan lain2) Khemah atau dewan pasang siap Mesin (mesin pemotong, gerudi, dan lain-lain)
Bolt dan Nat (Sementara)
Digunakan untuk mengikat logam dengan logam atau kayu dengan logam secara penyambungan sementara
Bolt ialah Shaft berbenang yang digunakan bersama nat untuk mengetatkan penyambungan
Saiz bolt berdasarkan panjang dan diameter shaft Lebih kukuh berbanding skru
Jenis-Jenis Bolt
Bolt terdapat pelbagai jenis seperti: i. Carriage bolt
Kepala berbentuk separuh bulat Bebenang yang terdapat pada separuh shaft Digunakan untuk mencantumkan bahan kayu
dan logam bersama atau untuk permukaan yang
lebih kemas
Jenis-Jenis Bolt
ii. Machine bolt
Kepala berbentuk heksagon / segi 4 dan mempunyai bebenang disebahagian shaft
Digunakan untuk penyambungan yang tepat dan ketat
iii Tap bolt
Sama dari segi kepala & fungsi seperti machine bolt tetapi mempunyai bebenang disepanjang
shaft
Jenis-Jenis Bolt
iv. Stove bolt
Kepala berbentuk separuh bulat atau rata Mempunyai bebenang disepanjang shaft Digunakan apabila cantuman atau ikatan tidak
memerlukan ketepatan & kekuatan tinggi
Dipasang dengan menggunakan pemutar skru
Jenis-Jenis Bolt
v. Stud
Tidak mempunyai kepala Mempunyai bebenang di kedua-dua hujung
shaft
Digunakan bersama sepasang nat untuk kerja mengikat.
Jenis-Jenis Nat
Nat akan dimasukkan pada bebenang shaft bolt bertujuan untuk mengikat penyambungan
Saiz nat adalah berpandukan kepada diameter lubang yang berbenang.
Jenis-jenis nat adalah seperti berikut i. Machine screw nut (hex / square nut)
Berbentuk segi 4 atau heksagon
Jenis-Jenis Nat
ii. Lock nut
Lebih nipis berbanding nat biasa Berfungsi menghalang ikatan nat yang lain
daripada longgar (memperkukuhkan ikatan)
Jenis-Jenis Nat
iii. Castle nut
Mempunyai kepala yang dipotong berbentuk seperti kota istana
Digunakan bersama pin pengunci bertujuan untuk mengelakkan daripada longgar
Jenis-Jenis Nat
iv. Wing nut
Mempunyai sepasang kepak Boleh diketat atau dilonggar dengan
menggunakan jari
Untuk penyambungan yang kurang mementingkan kekuatan & ketepatan
Washer
Diletakkan di bawah nat atau kepala bolt untuk menambah kepadatan sambungan
Juga untuk melindungi permukaan bolt dan nat Secara amnya digunakan untuk menyebarkan beban
pada permukaan bolt dan nat
Skru (Sementara)
i. Sheet Metal Screw
Pendek dan tebal Bebenang berbentuk tirus untuk menembusi logam
lembut
Digunakan untuk menyambung kepingan logam nipis
Mempunyai kepala yang bernagai bentuk mengikut fungsi
Skru
ii. Lag Screw
Mempunyai kepala berbentuk segi enam (6) atau heksagon
Digunakan untuk penyambungan yang menanggung bebanan tinggi
Mempunyai bebenang pada sebahagian batang skru sahaja.
Kaedah penyambungan kekal digunakan apabila bahan-bahan yang ingin dicantumkan tiada keperluan untuk dibuka atau dilakukan pengubahsuaian pada masa akan datang.
Contoh-contoh kaedah penyambungan tetap yang selalu digunakan untuk mencantumkan bahan-bahan logam adalah seperti berikut:
PENYAMBUNGAN KEKAL (CANTUMAN)
PENCANTUM KERJA LOGAM
Ribet
Digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara
kekal.
Ribet diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang. Berbentuk
seperti bolt tetapi tidak berbenang
Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya
Ribet yang digunakan untuk kerja kepingan logam biasanya diperbuat daripada aluminium
Ribet
Terbahagi kepada jenis solid dan semi tubular dan blind rivet/tubular
Mempunyai berbagai jenis bentuk dan kepala Saiz ribet yang digunakan harus sesuai dengan
ketebalan logam yang hendak dicantumkan.
Kepingan logam yang nipis sesuai dicantumkan dengan menggunakan saiz batang ribet yang lebih
kecil.
Alat yang digunakan untuk memasang rivet ialah riveter
3.1 Ribet
Ribet
Blind Rivet Solid Rivet Semi tubular Rivet
Kaedah Meribet
1. Tandakan pusat lubang pada bahagian kepingan logam yang hendak dicantumkan
2. Tandakan dengan penebuk pusat pada kepingan logam. Gunakan bongkah kayu untuk mengalas kepingan logam yang hendak ditandakan.
Kaedah Meribet
3. Tebuk logam menggunakan gerudi meja. Gunakan mata gerudi yang sesuai dengan saiz garis pusat batang ribet.
4. Masukkan ribet aluminium dan rapatkan kepingan logam menggunakan rivetter. Pastikan muncung riveter sesuai dengan dawai ribet.
Kaedah Meribet
5. Tarik hulu rivetter sehingga dawai ribet terputus. Kepala ribet akan terbentuk.
Soldering (Pateri)
Proses mematri logam bukan ferus (timah, perak) untuk mencantumkan logam
Bahagian logam yang akan dicantumkan dipanaskan terlebih dahulu kemudian bahan patri
dicairkan pada permukaan panas tersebut
Apabila bahan patri mengeras ia akan melekatkan cantuman logam tersebut
Soldering
Terbahagi kepada dua jenis iaitu soft soldering & hard soldering
Soft soldering menggunakan suhu
Soldering
Hard soldering menggunakan suhu >800 ferenheit Menggunakan bahan pateri yang mempunyai takat
lebur yang lebih tinggi (sambungan lebih kukuh) Digunakan untuk menyambungkan emas, perak,
tembaga dan lain-lain Bahan pateri yang digunakan selalunya ialah perak
atau tembaga (brazing) Haba dalam proses hard soldering diperolehi terus
dengan menggunakan Torch
Perekat Logam (Adhesive)
Proses mencantumkan logam menggunakan glue atau gam
Altenatif kepada penyambungan mekanikal Kebiasaannya igunakan untuk mencantumkan
logam nipis & ringan
Perekat Logam (Adhesive)
Jenis-jenis perekat adalah seperti i. Cyanoacrylates (superglue)
Perekat yang tahan perubahan suhu and masa Boleh mencantumkan logam, getah & plastik Cepat kering & hasilkan cantuman yang kuat
Perekat Logam (Adhesive)
ii. Epoksi
Pelekat sintetik gabungan cecair resin dan logam Menghasilkan cantuman yang kuat bagi logam,
getah dan plastik
Banyak digunakan dalam bidang automotif Rintangan terhadap persekitaran dan bahan
kimia yang lebih baik
Kimpalan
Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam yang melibatkan pencairan dan peleburan logam.
Kimpalan menghasilkan sambungan yang kuat, sukar untuk dipecahkan, kukuh, dan tahan lama.
Antara bidang yang banyak mengaplikasikan kerja kimpalan adalah seperti pembinaan, industri perkapalan, cari gali petroleum dan sebagainya.
Terdapat beberapa kaedah kimpalan yang selalu digunakan untuk kerja-kerja mencantumkan logam.
Salah satu jenis yang paling banyak digunakan ialah kimpalan arka logam berperisai.
Peralatan Dalam Kimpalan Gas
Penyumpit Gas
Bahan Penambah
Peralatan Dalam Kimpalan Gas
Silinder Oksigen Silinder Asetilena
Peralatan Dalam Kimpalan Gas
Paip Getah Wheel Valve
Sambungan Kimpalan Gas
Sambungan Temu Sambungan Lekap
Jenis-Jenis Sambungan Kimpalan
Kimpalan Arka
Kimpalan arka logam berperisai melibatkan peleburan dan pencairan logam dengan menggunakan arka elektrik.
Kimpalan arka terhasil daripada perbezaan voltan di antara elektrod dan logam asas (bahan logam yang dikimpal).
Proses kimpalan jenis ini akan menghasilkan haba yang tinggi untuk mencairkan logam asas dan elektrod bagi menghasilkan kolam leburan.
Suhu yang digunakan adalah tinggi hingga mencapai 3900C.
Kaedah kimpalan arka logam berperisai ini dilakukan dengan menggunakan mesin kimpalan arka.
Peralatan Kimpalan Arka
1. Mesin kimpalan arka
2. Kabel elektrod dan bumi
3. Pemegang elektrod
4. Pengapit bumi
5. Alat pembersih logam.
Prinsip Kerja Penyambungan Kimpalan Arka