BAB 1 PENDAHULUAN PENGENALAN Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama. 1
119
Embed
halimlading21.files.wordpress.com · Web viewOleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia merupakan suatu amalan yang
diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan
ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini
dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini
kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya
diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan
karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi
mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan
berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama.
1
DEFINISI TERMINILOGI
Bagi konteks tesis ini, takrif terminologi berikut diguna pakai.
a) Adat
i) Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-
aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun
ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi
yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).
ii) Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat
resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan
dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang
mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).
iii) Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi
maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997 )
b) Budaya
i) Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial
sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,
dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat
(Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).
ii) Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea,
nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi
oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman &
Cashion,1985).
2
iii) Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang memberi
maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).
c) Tradisional
i) Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan
suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur
Ahmad Saman,1997 )
d) Ajaran Islam
i) Bermaksud penerimaan dan penundukan kepada Tuhan, dan penganutnya
harus menunjukkan ketaatan dengan menyembah-Nya, menurut segala
perintah-Nya dan menghindarkan diri dari segala larangan-Nya ( Eko Jati
Waluyo )
ii) Ajaran agama Islam senantiasa disandarkan pada 2 sumber utama iaitu Al
Qur'an dan AL Hadits. Sedangk an sumber hukum yang lain (Ijma, Qiyas,
masali mursalah dan seterusnya.......) merupakan sumber hukum yang
menjadi pedoman setelah Al Qur'an dan Al Hadis, sumber-sumber
tersebut di gunakan apabila tidak ditemukan adanya ketetapan hukum
dalam Al-Qur'an dan Al Hadits, seperti ketetapan besarnya bagian ahli
waris yang tidak di tetapkan dalam alQur'an dan Al Hadits. ( Johan, 2007)
3
LATAR BELAKANG KAMPUNG TOK BELIAN
Kampung Tok Belian merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam
jajahan Bachok. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Bachok. Kampung Tok
Belian dihuni seramai lebih kurang 1000 orang penduduk.
Menurut sejarah, nama Kampung Tok Belian diambil dimbil berdasarkan kepada
satu kisah yang dikatakan suatu ketika dahulu terdapat sejenis permainan yang sering
dimainkan oleh penduduk kampung tersebut. Penduduk kampung memberi gelaran pada
permainan tersebut dengan gelaran Tok Belian. Maka bermula dari situlah kampung
tersebut dikenali dengan nama Kampung Tok Belian.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati penduduk di kampung tersebut
masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh
nenek moyang mereka dahulu. Adat dan budaya tradisional tersebut seakan telah sebati
dengan kehidupan mereka seharian.
4
OBJEKTIF KAJIAN
1- Mengenalpasti adat dan budaya tradisional di Kampung Tok Belian
2- Menentukan jenis-jenis adat dan budaya tradisional yang bercanggah dengan
nilai-nilai Islam di kampung tersebut.
3- Memberi cadangan untuk mengurangkan dan menghapuskan adat dan budaya
tradisional di Kampung Tok Belian yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
5
LATAR BELAKANG KAJIAN
Masyarakat Melayu di Kampung Tok Belian masih kuat mempraktikkan adat dan
budaya tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Adat dan budaya
tradisional merupakan suatu perkara yang penting di dalam sesebuah masyarakat. Bahkan
adat dan budaya yang diamalkan adalah berbeza-beza mengikut apa yang telah
ditinggalkan oleh nenek moyang mereka berdasarkan keadaan dan latar belakang sesuatu
tempat itu. Amalan adat tersebut sudah berdarah daging di dalam jiwa mereka. Ada
sesetengah adat dan budaya tradisional yang berkait rapat dengan agama dan ada juga
yang bertentangan dengan agama. Justeru itu, perhatian yang teliti perlu diberikan untuk
mengkaji sejauh manakah tahap pertembungan yang berlaku antara adat resam dan
budaya tradisional yang masih diamalkan di Kampung Tok belian dengan nilai-nilai
agama Islam. Jika dilihat dari segi adat resam dan budaya tradisional yang masih
diamalkan di kampung tersebut, ianya seakan telah menjadi suatu keperluan yang perlu
dilakukan oleh masyarakat Melayu di kampung tersebut. Adapun begitu amalan-amalan
yang masih diamalkan oleh penduduk kampung tersebut terselit nilai-nilai agama Islam
yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam. Namun ada juga segelintir masyarakat
Melayu di kampung tersebut yang masih lagi mengamalkan adat resam dan budaya yang
agak terpesong dengan nilai-nilai agama Islam. Adalah dirasakan penting untuk mengkaji
masalah ini bagi memahami adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh
penduduk kampung tersebut. Ianya juga perlu bagi mengetahui sejauh manakah adat dan
budaya tradisional ini memberi kesan kepada generasi-generasi akan datang.
6
RASIONAL KAJIAN
Dewasa ini jika diperhatikan masyarakat Melayu masih lagi mengamalkan adat
resam dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Ada
sesetengah mereka yang terlalu taasub dengan adat resam tersebut sehingga terpesong
dari batasan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Jika dilihat dari aspek kajian lepas
yang telah dilakukan, adat resam wujud di dalam setiap aspek kehidupan masyarakat
Melayu tidak kira dari sudut lahiriyah mahupun batiniyah.
Penduduk Kampung Tok Belian juga tidak ketinggalan dengan masalah tersebut
yang mana masyarakat Melayu di kampung tersebut juga masih percaya dan berpegang
dengan adat resam dan budaya tradisional yang ada. Ianya jelas dapat dilihat dari
amalan-amalan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga di kampung tersebut. Jika dilihat
secara kasar, amalan-amalan tersebut mungkin menjurus kepada sesuatu yang syirik
tetapi bagi masyarakat Melayu di kampung tersebut ianya mempunyai motif tertentu di
sebalik amalan-amalan yang dilakukan. Malah ianya dikatakan menjadi satu simbolik
kepada masyarakat Melayu di kampung tersebut.
Jadi apakah motif sebenarnya adat dan budaya tersebut diamalkan? Di sini saya
mendapati terdapat kekeliruan yang berlaku berkaitan adat dan budaya tradisional yang
diamalkan oleh masyarakat kampung tersebut dangan nilai-nilai Islam. Atas dasar inilah,
satu kajian perlu dilakukan untuk melihat apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh
penduduk di Kampung Tok Belian serta tahap pertembungan antara adat dan budaya
7
tradisional dengan nilai-nilai agama Islam di kampung tersebut. Kajian ini juga bertujuan
untuk malihat sejauh manakah adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan
keatas penduduk di kampung tersebut.
Adalah diharapkan hasil atau penemuan kajian ini dapat memberi pengetahuan
baru tentang persamaan dan perbezaan antara adat resam dan budaya tradisional dengan
nilai-nilai agama Islam. Dengan hasil penemuan ini diharapkan dapat dijadikan panduan
kepada semua masyarakat Melayu di Malaysia.
8
PERSOALAN KAJIAN
1- Apakah adat dan budaya tradisional yang masih diamalkan oleh penduduk di
Kampung Tok Belian?
2- Apakah tujuan adat dan budaya tradisional tersebut dilakukan oleh masyarakat
Melayu di Kampung Tok Belian?
3- Apakah nilai-nilai agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di
Kampung Tok Belian?
4- Adakah berlaku pertembungan antara adat dan budaya tradisional dengan nilai-
nilai agama Islam di kalangan penduduk Kampung Tok Belian?
5- Sejauh manakah amalan adat dan budaya tradisional tersebut meninggalkan kesan
dalam kehidupan masyarakat Melayu di Kanpung Tok Belian?
9
DEFINISI ISTILAH
1- Adat :
- Adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib,
bersopan-santun ketika bertutur, menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula
jadi yang diikuti turun-temurun. ( Kamus Dewan )
2- Budaya :
- Warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan,
norma, dan amalan yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat.
Contohnya baju kurung merupakan baju tradisional masyarakat melayu namun
apabila apabila seorang gadis memakai baju kurung dan bertudung ianya
dianggap sopan ( Abdul Rahman ,1994 )
3- Nilai :
- Merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang
apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang
positif dan nilai yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Contohnya
sifat dermawan, kesopanan, kesabaran, kerajinan, ketekunan, dan kerifan dinggap
sebagai nilai yang positif manakala sifat kedekut, kejahatan, keangkuhan,
kelalaian dan kejahilan dianggap sebagai nilai yang negetif.. ( Noran Fauziah,
1987)
10
KESIMPULAN
Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden dari penduduk di
Kampung Tok Belian. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian. Bab 1
membincangkan pengenalan kajian iaitu latarbelakang, masalah kajian dan objektif dan
persoalan kajian. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu berkaitan dengan
masalah kajian. Bab 3 adalah metodologi kajian. Bab IV pula membincangkan analisis data
dan dapatan kajian. Bab V menyatakan, cadangan dan penutup kajian.
-
11
BAB 2
SOROTAN LITERATURE
PENGENALAN
Bahagian ini memberikan huraian literature mengenai kajian ini. Perbincangan
bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai definisi budaya, elemen budaya
dan kepntingan budaya.
SOROTAN LITERATURE
Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-
masing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan
panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang
dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan
berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan
nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama-
kelamaan menjadi satu kemestian. Menurut satu pendapat “... adat resam sebagai tatacara
yang diterima mengenai cara makan, bertutur, berjumpa sahabat handai, dan sebagainya
12
atau adat itu ialah cara bertindak yang umum dipercayai secara sosial” .( Mac Iver ,
1970),
Kamus Dewan telah mentafsirkan istilah adat resam sebagai adat kebiasaan,
aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika
bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-
temurun (Teuku Iskandar, 1984,). Pentafsiran yang pelbagai tentang adat resam
menunjukkan bahawa setiap masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam adalah
masyarakat yang hidup bertatacara. Hal ini memperlihatkan kehidupan mereka adalah
berlandaskan norma-norma kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam dalam
suku bangsa itu juga berlainan cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, semua itu
mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membentuk satu masyarakat yang maju,
dinamik dan progresif.
Istilah adat ditafsirkan dengan pelbagai pengertian oleh banyak sarjana., Adat
juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat
Melayu pula, istilah adat memberikan pengertian yang lebih luas daripada itu sehingga
sukar diberikan pengertian yang kukuh. Kesukaran tersebut timbul antara lain disebabkan
penggunaan kata adat yang agak luas dan dalam situasi yang agak tidak begitu terbatas.
Tambahan pula dapat dikatakan bahawa setiap suku bangsa mempunyai adat dengan
pengertian masing-masing. Justeru itu, untuk membolehkan seseorang memahami
maksud adat bagi setiap suku bangsa itu, dia harus memakai budaya dan falsafah hidup
mereka (Abdullah Sidek, 1974).
13
Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam
adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh
masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974). Dalam
pergaulan hidup itu tumbuh dan berkembang kegiatan atau tingkah laku yang menjadi
kebiasaan kerana dilakukan berulang kali. Kebiasaan yang sudah tradisional dijadikan
normatif , lalu berubah menjadi adat resam. Sesungguhnya adat berasal dari perkataan
Arab iaitu kebiasaan, lembaga, resam, peraturan hukum dan tabiat (Sidi Gazalba, 1974).
Oleh itu dalam masyarakat Melayu juga terdapat adat resam tersendiri seperti adat
resam berkomunikasi, makan dan minum, tatacara menziarahi keluarga, dan merangkumi
adat-adat kebiasaan yang lainnya. Adapun adat merangkumi segala upacara semenjak
kelahiran sehinggalah kepada kematian. Antara adat-adat tersebut ialah adat menyambut
kelahiran, adat selepas bersalin, berkhatan, mendirikan rumah baru dan lain-lain. (A.Aziz,
1995).
Definisi budaya
Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dapat diberikan
tentang budaya. Ada yang mengatakan tarian, muzik, dan seni lakonan ialah budaya.
Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah
didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, system idea, nilai, kepercayaan,
pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam
masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula
14
mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma,
adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat
(Eshleman & Cashion,1985).
Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan
asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya
(R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang
mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi
(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya
yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah
perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya
terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam
proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya
komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu
dalam sesebuah masyarakat.
Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan
kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan
masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara
berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus
mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan
memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992). Sesuatu budaya itu dinamis
sifatnya, yakni berubah mengikut peredaran zaman dan perlakuan manusia yang merintis
pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia mendatangkan kesan negetif dan
15
positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu
zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).
Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-
lahan mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur
dan mati. Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran
masyarakat. Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya meendatangkan kesan
positif terhadap masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk.
Umpamanya budaya yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari
segi ilmu pengetahuan memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara
hidup manusia, segala daya dan usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di
dunia.( Ismail Hussein, 1966).
Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek non-material dan
aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana
cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau
reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek
non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma
dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek
lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang
sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim,
1991).
16
Ahli antropologi yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam
kajian tersebut, terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan
dimengertikan oleh para sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan
tidak seragamnya definisi serta konsepssi seseorang tentang kebudayaan. Antara
sumbangan penting masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford
Greetz dalam bukunya The Interpretation of Culture. Greetz yang menggunakan
perspektif antropologi simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara
manusia dengan kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna
yang ditenun sendiri. Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan sesuatu yang
berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali oleh ahli
masyarakat yang berkenaan. Kesimpulan daripada kajian tersebut, sarjana-sarjana Barat
dan Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan
yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam
konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas
pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan
persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu
merupakan kebudayaan.
Berdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah dirujuk
sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara
umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam masyarakat
yang bukan berunsur biologi.
17
Elemen budaya
Eleman budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material,
budaya material dan ‘ cultural lag ‘. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan
material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman &
Cashion, 1985).
Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada
kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat
pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol
sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambing dan
bendera. Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya
sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud
yang berbeza. (Hofstede, 1991)
Bahasa merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa
merupakan aplikasi yang sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai,
dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang
mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang
unik dan mudah difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan
dan disampaikan maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap
18
masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa merupakan asas kepada budaya
dan penting kepada masyarakat.
Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat
tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti
hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan
yang negetif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian daripada
personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua, patuh
kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong.
Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku.
Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang
ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan
hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Kawalan sosial merujuk
kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat
termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan.
Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli
masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil
daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada
masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam
masyarakat yang berlainan.
19
Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya
bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan
budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak
dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan
banyak kawasan hutan.
KEPENTINGAN BUDAYA
Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identity sesuatu
bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya orang Cina yang menggunakan
penyepit atau chopstick ketika makan, sari pula menunjukkan identity kaum India dan
orang Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju
kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan
sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.
Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan
cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan
dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat
budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).
20
Semua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan
berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta
mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan dengan
perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke dalam sesuatu
budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi merupakan perolehan dan
penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang menerimanya ( Wan Abdul
Kadir,1983).
KESIMPULAN
Bab sorotan kajian ini membincangkan tentang beberapa pendapat berkaitan
dengan dengan definisi budaya. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang elemen-
elemen budaya yang mana terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan
meterial. Seterusnya bab ini juga turut menjelaskan tentang kepentingan budaya
berdasarkan beberapa pendapat daripada kajian-kajian lepas.
21
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN
Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu
kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk
memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul.
Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian
dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).
Perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah
menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Bab ini terdiri
daripada rekabentuk kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, penganalisis data dan
kesimpulan.
22
REKEBENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk
menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan
rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan
(survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pertembungan
antara adat resam dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di Kampung Tok
Belian.
Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk
menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995).
Kajian ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mendapat maklumat dan data yang
diperlukan.. Penggunaan temubual merupakan cara yang menjimatkan masa untuk
mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat
memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
INSTRUMENT KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mana isu yang dikaji adalah
menfokuskan kepada amalan adat dan budaya tradisional dengan nilai-nilai Islam di
kalangan penduduk kampung Tok Belian, Bachok, Kelantan. Kajian ini dilaksanakan
dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temuramah, yang mana kajian ini
menumpukan kepada aspek –aspek seperti apakah adat dan budaya tradisional yang
masih diamalkan, bila, di mana dan bagaimana ia dilakukan.
23
SOALAN-SOALAN UNTUK TEMUBUAL PENDUDUK KAMPUNG
1) Apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk kampung?
2) Apakah adat resam dan budaya tradisional yang dimalkan oleh penduduk lain di
kampung ini?
3) Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah dengan syariat
Islam?
4) Pada pandangan anda, bagaimanakah adat resam yang bercanggah dengan syariat
Islam itu dapat dihapuskan atau dikurangkan?
PROSEDUR KAJIAN
Setelah soalan temubual dibaiki, penyelidik sendiri telah menemubual responden iaitu
penduduk di Kampung Tok Belian. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:
i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar bagi setiap kursus.
ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan.
iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.
24
KESIMPULAN
Kesimpulannya, bab ini membincangkan kaedah dan prosedur yang digunakan
untuk menjalankan kajian. Analisa dapatan kajian dibuat berdasarkan kepada setiap item
dan juga secara keseluruhan bagi setiap aspek yang dikaji. Metodologi kajian digunakan
untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan dalam Bab 1. Semua maklumat
dikumpul dengan menggunakan temubual yang diproses dan dianalisis. Semua
keputusan dan kesimpulan yang telah diperolehi daripada analisis dinyatakan dalam Bab
4 berikut.
\
25
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
PENGENALAN
Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi
melalui temubual dari responden dikumpul dan dianalisis. Soalan terbuka dianalisis secara
mengkategori dan mengkuantitikan respon yang diberikan. Analisis data dibuat dan disusun
mengikut objektif dan persoalan kajian seperti dalam Bab 1.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam Bahagian ini, sebanyak 4 item soalan telah dikemukakan kepada responden
untuk dijawab. Analisis data dibuat berdasarkan kepada persoalan kajian seperti yang
dinyatakan dalam Bab 1.
PERSOALAN PERTAMA : Apakah adat yang masih diamalkan oleh penduduk
26
Kampung Tok Belian?
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa adat resam dan budaya
tradisional masih lagi wujud di Kampung Tok Belian. Malah dikatakan bahawa masih
banyak adat-adat dan budaya yang diamalkan di kampung tersebut. Menjawab kepada
persoalan pertama dalam tesis ini iaitu “ Apakah adat yang masih diamalkan oleh
penduduk kampung Tok Belian?”, sebahagian penduduk di kampung tersebut
menyatakan adat yang masih lagi giat diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut
ialah melenggang perut, menunggu kubur, berkhatan, bercukur, aqiqah, tahlil, dan banyak
lagi.
Adat ini dikatakan merupakan suatu adat yang penting dan perlu diamalkan oleh
penduduk di kampung tersebut. Antara sebab yang disebutkan beberapa responden ialah
ianya merupakan amalan nenek moyang yang telah diwarisi sejak turun temurun dan
telah sebati sebagai amalan penting penduduk di kampung tersebut.
Namun terdapat juga sebahagian penduduk kampung tersebut yang mengatakan
mereka tidak mengamalkan kesemua adat resam dan budaya yang diamalkan oleh
penduduk lain di kampung tersebut. Mereka hanya mangamalkan adat resam dan budaya
yang berkaitan dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam sahaja seperti berkhatam,
bercukur, dan lain-lain.
PERSOALAN KEDUA : Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh
27
penduduk lain di kampung tersebut?
Berdasarkan soalan kedua yang telah ditemubual, iaitu “ Apakah adat resam dan
budaya tradisional yang diamalkan oleh penduduk lain di kampung tersebut?”
kebanyakan penduduk menjawab adat resam dan budaya yang diamalkan oleh penduduk
lain di kampung tersebut adalah sama seperti mana yang telah diterangkan dalam soalan
pertama tadi. Cuma terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang hanya
mengamalkan sebahagian sahaja dari adat dan budaya tradisional tersebut.
PERSOALAN KETIGA : Adakah anda rasa adat resam yang disebutkan tadi bercanggah
dengan syariat Islam?
Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan keatas 10
orang penduduk kampung, 7 orang penduduk kampung tersebut menyatakan adat dan
budaya tradisional yang diamalkan tersebut jelas bercanggah dengan syariat Islam.
Kebanyakan adat dan budaya yang mereka amalkan mempunyai unsur-unsur mistik serta
kepercayaan kepada perkara-perkara tahyul dan animisme. Amalan tersebut seakan
sudah sebati dan menjadi suatu perkara yang harus diamalkan oleh penduduk di kampung
tersebut. Akan tetapi terdapat juga sebahagian adat-adat yang diamalkan dalam
kehidupan harian penduduk yang tidak bertentangan dengan syariat Islam. Malah dengan
adat dan budaya tradisional tersebut dikatakan dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni, bersatu padu,berkerjasama, berbudi bahasa dan lain-lain.
28
Namun bagi golongan muda yang tinggal di kampung tersebut, mereka
mengatakan bahawa mereka sudah tidak mengamalkan beberapa adat yang dirasakan
bercanggah dengan ajaran agama. Amalan adat seperti mandi bunga, melenggang perut,
main puteri dan lain-lain lagi yang dirasakan mempunyai unsur-unsur memuja semangat
tidak lagi diamalkan oleh golongan muda. Ini menunjukkan telah menerima pendidikan
aqidah yang baik, wujudnya kesedaran dalam diri golongan muda di kampung tersebut
serta pemikiran mereka sudah mulai terbuka kepada perkembangan semasa.
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian penduduk di kampung tersebut yang
mengatakan adat resam dan budaya tradisional tersebut tidaklah bercanggah dengan
syariat Islam. Ianya merupakan suatu adat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka
dan harus diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut. Setiap amalan yang dilakukan
mempunyai motif dan maksud tertentu seperti adat melenggang perut dilakukan untuk
memohon keselamatan kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa golongan yang mengamalkan adat resam tersebut jahil dan
ceteknya pengetahuan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam. Antara
faktor-faktor lain yang menyebabkan adat resam dan amalan yang bercanggah itu masih
diamalkan oleh sebahagian penduduk kampung tersebut ialah pengaruh dari masyarakat
setempat iaitu mereka menganggap adalah sesuatu janggal sekiranya sesebuah keluarga
yang tinggal berhampiran tetapi tidak mengamalkan adat yang sama. Oleh itu mereka
akan melakukan mana-mana adat yang diamalkan oleh masyarakat setempat untuk
mengelakkan dari dipandang serong oleh masyarakat lain di kampung tersebut. Amalan
yang bercanggah dengan syariat masih lagi diamalkan kerana tidak ada penguatkuasaan
dari pihak yang berkaitan. Ini membolehkan penduduk di kampung tersebut melakukan
atau mengamalkan adat resam dan budaya tradisional mengikut penilaian mereka sendiri.
29
PERSOALAN KETIGA : Pada pendapat anda, bagaimanakah adat resam yang
bercanggah dapat dihapuskan atau dikurangkan?
Hasil temubual keatas penduduk kampung tersebut menunjukkan kebanyakan
penduduk di kampung Tok Belian berpendapat, antara langkah yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan dan mengatasi masalah adat resam yang bercanggah ini ialah
dengan mengadakan lebih banyak ceramah atau kelas-kelas agama oleh seseorang yang
arif berkaitan agama di kampung tersebut. Bukan sekadar untuk kaum muda bahkan
untuk semua penduduk kampung. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman
agama supaya semua penduduk kampung dapat membezakan antara adat dan budaya
tradisional yang bertentangan atau sebaliknya dengan syariat Islam. Selain itu, mereka
juga berpendapat haruslah ada pemantauan dari pihak-pihak yang berkaitan untuk
memastikan amalan adat yang bertentangan tidak diamalkan di kampung tersebut.
Pendapat berlainan pula yang diperolehi dari sesetengah penduduk kampung yang
mana mereka masih lagi mengamalkan adat dan budaya tradisional tersebut. Mereka
mengatakan adat resam dan budaya yang mereka amalkan itu tidaklah bertentangan atau
bercanggah dengan syariat Islam dan tidaklah memerlukan sebarang cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut. Malah, mereka turut menyarankan supaya adat resam dan
budaya tradisional tersebut terus diamalkan oleh generasi muda supaya ianya tidak luput
mengikut peredaran masa.
MAKLUMAT HASIL KAJIAN
SENARAI ADAT YANG MASIH DIAMALKAN DI KAMPUNG TOK BELIAN,
BACHOK, KELANTAN
30
1- ADAT DALAM PERKAHWINAN :
a) Adat Merisik
b) Adat Meminang
c) Adat Memanggil
d) Adat perkahwinan
i – Akad Nikah
ii- Adat membatalkan air sembahyang
iii – Adat bersanding
iv – Adat menziarah
- PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
a) Memilih pasangan
b) Pertunangan dalam islam
c) Rukun nikah
d) Rahsia perkahwinan menurut Islam
2- ADAT BERKAITAN DENGAN KALAHIRAN
a) Adat melenggang perut
b) Azan dan iqamat
c) Adat menanam uri
d) Adat pecah mulut dan bercukur
31
e) Adat semasa pantang
- KELAHIRAN MENURUT ISLAM
a) Azan dan iqamat
b) Tahnik
c) Memberi nama yang baik
d) Akikah dan bercukur rambut
e) Amalan bercukur rambut
f) Berkhitan
3- ADAT BERKAITAN DENGAN KEMATIAN
a) Adat menguruskan jenazah
i – Memandikan mayat
ii – Adat mengapankan mayat
iii – Menyembahyangkan mayat
iv – Menghantar mayat
v – Menguburkan mayat
vi – Mentalkinkan mayat
vii – Menunggu kubur
b) Kenduri arwah
- PENGURUSAN JENAZAH MENURUT ISLAM
a) Adat memandikan jenazah
32
b) Peralatan memandikan jenazah
c) Cara-cara memandikan jenazah
d) Peralatan kafan
e) Cara-cara mengkafankan jenazah
f) Solat jenazah
g) Cara pengebumian jenazah
4- ADAT-ADAT LAIN
a) Adat berjiran
b) Adat bersahabat
c) Adat unjuk-mengunjuk
d) Adat menziarahi orang sakit
- ADAT BERMASYARAKAT MENURUT ISLAM
a) Adab bersahabat mengikut syarak
b) Adab berjiran
c) Adab menziarahi orang sakit
5- BENTUK-BENTUK BUDAYA TRADISIONAL YANG MASIH
DIAMALKAN OLEH PENDUDUK DI KAMPUNG TOK BELIAN
33
a) Amalan gotong-royong
b) Mengambil berat
c) Pakaian
d) Memberi salam
e) Bersalaman
f) Mengaji al-Quran
g) Permainan tradisional
i – Congkak
ii – Sepak raga
iii – Selambut atau seremban
- BUDAYA MENURUT ASPEK ISLAM
a) Memberi salam dan bertanya khabar
b) Belajar al-Quran
1- ADAT DALAM PERKAHWINAN
a) Adat Merisik
34
- Merupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk
menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah
istilah komunikasi lisan yang difahami oleh penduduk kampung tersebut yang
memberikan pengertian bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki
ataupun ditinjau oleh wakil pihak lelaki ataupun lelaki itu
- Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil
daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik
seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku
merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang
mengintip. Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi
bukan lisan iaitu gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara
berjalan, cara pertuturan dan sebagainya.
- Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan
keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan
itu berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun
serasi dengan pemuda itu.
b) Adat Meminang
35
- Merupakan adat susulan setelah adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat
meminang dilakukan setelah ibu bapa lelaki bersetuju unSDAtuk menjadikan
gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang disempurnakan dengan
membawa tepak sirih yang lengkap, diisi dengan daun sirih yang elok, kapur,
gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan
kepada keluarga si gadis.
- Biasanya dalam adat meminang, tarikh kedatangan rombongan wakil pihak lelaki
telah ditetapkan. Tepak sirih merupakan simbol komunikasi tanpa lisan yang
memberikan pengertian tertentu yang dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak
bergantung pada majlis yang dilakukan.
- Mengikut masyarakat Melayu, meminang bermaksud menghantar tanda dengan
menyarung cincin tanda ke jari manis gadis sekali gus menunjukkan kesediaan
gadis itu menerima lamaran pemuda itu.
- Dalam proses meminang ini jugalah ditentukan tarikh untuk melangsungkan
perkahwinan. Di sini jelas berlaku perbezaan dalam adat meminang yang
diamalkan di Kampung Tok Belian dengan sesetengah kawasan atau negeri lain
yang mana di kampung tersebut, adat meminang dan adat pertunangan diadakan
secara serentak. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua-dua
belah pihak untuk membuat persediaan hari perkahwinan.
c) Adat Memanggil
36
- Adat memanggil atau menjemput penting dilakukan sebelum melangsungkan adat
perkahwinan. Adat memanggil merupakan interaksi sosial masyarakat Melayu
untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga, dan seluruh
masyarakat kampung berkenaan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan.
Cara jemputan yang digunakan oleh penduduk kampung tersebut ialah dengan
dua cara iaitu jemputan mulut dan jemputan kad. Selain membuat jemputan,
seseorang itu dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai secara dekat dan
dapat mencetuskan keakraban silaturahim.
d) Adat perkahwinan
- Merupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka
disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam
adat perkahwinan, pengantin akan melalui empat proses adat iaitu tahap pertama
bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang, tahap ketiga adat
persandingan dan tahap keempat adat manziarah. Keempat-empat tahap dalam
proses adat perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib.
I- Akad nikah
Merupakan adat wajib mengikut hukum syarak dan peraturan adat
masyarakat Melayu. Adat bernikah dilakukan sebelum melakukan majlis
persandingan. Adab bernikah merupakan ijab dan Kabul di antara
pengantin lelaki dengan bapa pengantin perempuan sebagai wali atau
mewakilkannya kepada tok kadi. Sebelum majlis akad nikah, tok kadi
37
akan menyuruh si pengantin lelaki mengucap dua kalimah syahadah dan
beristighfar. Majlis adat bernikah itu juga dijalankan di hadapan dua orang
saksi daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas pengucapan kata-kata
ijab dan kabul, tok kadi akan menanyakan kedua-dua saksi pihak lelaki
dan perempuan sebagai mendapat persetujuan sah bagi kedua-dua belah
pihak. Perucapan lafaz “sah “ merupakan komunikasi lisan yang
bermaksud pernikahan tersebut sah di sisi agama dan adat istiadat
masyarakat Melayu. Tok kadi kemudiannya meminta pengantin lelaki dan
pengantin perempuan menurunkan tandatangan sebagai satu perjanjian
bertulis, iaitu komunikasi tanpa lisan yang bermaksud perkahwinan
tersebut dijalankan mengikut undang-undang agama dan tuntutan adat
istiadat masyarakat Melayu.
ii- Adat Membatalkan Air Sembahyang
Merupakan satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada isteri
setelah selesai majlis akad nikah. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di
kamar pengantin perempuan yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin
perempuan dan pengantin lelaki. Perbuatan menyarungkan cincin ke jari
manis isteri merupakan komunikasi tanpa lisan yang memberikan
pengertian bahawa si isteri sudah diberikan tanda dan ikrar bahawa pada
saat itu sudah menjadi milik orang, iaitu sebagai isteri yang telah terpisah
daripada tanggungjawab ibu bapanya.
iii- Adat Bersanding
38
Merupakan tahap terakhir dan kemuncak acara dalam adat perkahwinan.
Kebiasaannya, rombongan pengantin lelaki akan datang bersama-sama
hantaran seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika
dalam adat pertunangan. Pengantin perempuan akan diapit oleh mak
andam untuk menjemput pengantin lelaki yang berada di luar kawasan
rumah pengantin perempuan. Apabila kedua-dua mempelai menghampiri
anak tangga rumah, beras kunyit ditaburkan di anak tangga. Kemudian
kedua-dua mempelai akan dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan
di hadapan para hadirin. Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan
seolah-olah mereka sebagai raja. Wakil sebalah pengantin perempuan
akan menyambut hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki dan diletakkan di
hadapan pelamin. Kemudian kedua-dua pengantin yang sedang
disandingkan itu direnjis dengan tepung tawar oleh kedua-dua kaum
kerabat pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah itu, kedua-dua
kedua-dua mempelai dibawa ke tempat hidangan pengantin untuk
menikmatinya.
iv- Adat Menziarah
Merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selepas selesai
adat perkahwinan. Kebiasaannya sanak saudara pengantin akan
mengundang kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini
dilakukan bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran
tetangga.
PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
39
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.
Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-
Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan
mengharamkan zina. Tuntutan perkahwinan jelas disebutkan di dalam ai-Quran
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri,
agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih
dan sayang .”
(surah al-Rum :21)
Tuntutan perkahwinan bukan sekadar sekadar untuk melorongkan hawa nafsu di
atas batas-batas agama semata-mata malah untuk mendamaikan kerungsingan yang
melanda hati sanubari setiap individu.
Islam turut menggalakkan seseorang individu yang ingin berkahwin supaya
memilih dahulu bakal isteri dan bakal suami. Terdapat beberapa dasar yang perlu dilihat
dari sudut pandangan islam untuk melihat bakal isteri iaitu:
a) Perempuan yang taat beragama. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: