-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
1/6
USM, PULAU PINANG, 17 Februari 2017 – Usaha memandaikan
masyarakat dalam mewujudkanperadaban bangsa yang tinggi dengan
kekuatan ilmu dan pembinaan tamadun hebat apabila ilmuberupaya
diterjemahkan ke dalam bentuk penghasilan dan penambahbaikan dari
ilmu yang sedia adaperlu difahami dengan sewajarnya.
Menurut Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Profesor
Emeritus Dr. Abdullah Hassan,usaha ini dapat dilakukan dengan
berfokus kepada empat perkara iaitu memandaikan bangsa dalambahasa
sendiri, menterjemahkan ilmu dengan mempribumikan ilmu yang
dimiliki, menjana ilmu yangdiperolehi dan menghasilkan kreativiti,
inovasi dan teknologi untuk kegunaan masyarakat setempat.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMA JUAN BANGSA18FEB
https://news.usm.my/
-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
2/6
Tambah beliau, terdapat andaian yang menganggap sesuatu bangsa
akan maju jika meminjam daribekas penjajah yang sejarah membukti
dalam banyak hal ini tidak terjadi.
"Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian,
simbol-simbol kepercayaan, budaya danamalan bangsa yang mengalahkan
mereka.
"Tingkahlaku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya
menyangka bangsa yang mengalahkanmereka itu adalah bangsa yang
sempurna," kata Abdullah.
-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
3/6
Tegas beliau, terdapat kaitan yang rapat antara kreativiti
sebagai unsur penting membangunkanekonomi dengan bahasa yang
digunakanuntuk menyampaikan ilmu yang ringkasnya apabila
bahasapengantar yang digunakan adalah bahasa sendiri, maka benak
kita akan bebas berfikir danmencetuskan idea kreatif.
"Apabila kita menggunakan bahasa pinjaman, benak kita akan
tertawan dalam budaya bahasa tersebutdan akibatnya kita hanya
menjadi pengguna produk-produk budaya tersebut," jelas beliau.
Beliau mengupas kepentingan ilmu dan sejarahnya termasuk dalam
ketamadunan Islam yangberupaya mengubah dunia dan bagaimana mereka
menjunjung tinggi kerja ahli-ahli akademik dalammenyalin,
menterjemah dan menghasilkan penulisan yang memberi impak besar
kepada peradabandan tamadun yang sayangnya banyak koleksi
dimusnahkan oleh mereka yang menjajah selepaskejatuhan sesuatu
bangsa dan negara seperti yang terjadi kepada Iraq yang diserang
Amerika Syarikatsatu ketika dahulu.
Jelas Abdullah, dalam proses memandai dan memajukan bangsa, kita
perlu mengambil iktibarbagaimana Jerman berjaya menjadi sebuah
negara maju apabila mempribumikan ilmunya melaluibahasa sendiri
dengan mempertahankan bahasa Jerman melalui perjuangan Gottfried
Wilhelm Leibniz.
-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
4/6
Leibniz mengusulkan beberapa strategi seperti membakukan bahasa
Jerman dengan menyusun tatabahasa dan istilah, menyebarkan bahasa
Jerman kepada seluruh rakyat Jerman, menjadikan bahasaJerman
sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti, menggunakan
bahasa Jerman sebagaibahasa pentadbiran negara dan bahasa
perniagaan serta bahasa komunikasi umum dalam semuabidang dan
peringkat.
“Lihat juga bagaimana bangsa Jepun mengamalkan budaya mereka
tersendiri dalam mempribumikanilmu dengan menggunakan dua proses
iaitu membonzaikan dengan mengecilkan sesuatu yang besardan proses
kaizen yang tidak membuang sesuatu begitu sahaja tetapi membaikinya
supaya lebih baik,”kata beliau dalam Syarahan Tokoh Negara yang
berlangsung di Dewan Budaya di sini hari ini.
-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
5/6
Tambah beliau lagi, terdapat buku yang benar-benar diterjemahkan
dan bermanfaat dengan nilaiperadaban yang tinggi kepada dunia
seluruhnya. Antaranya ialah karya Cannon of Medicine (1484)yang
ditulis oleh Ibnu Sina, Complete Works daripada William
Shakespeare, Philosophiae NaturalisPrincipa Mathematica (1686)
karya John Isaac Newton yang hanya dimanfaatkan 200 tahun
selepasbeliau meninggal apabila karya tersebut diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa, The Wealth ofNations (1776) oleh Adam Smith,
Napoleonic Code (1804) dan The Road Ahead (1995) oleh Bill
Gates.
Profesor Abdullah Hassan merayu dan menyeru kepada hampir 500
orang warga kampus yang hadirke program anjuran Unit Penyelidikan
Terjemahan dan Interpretasi Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan (PPIK)
itu supaya universiti tidak mengenepikan penulisan buku dan
terjemahan dalambahasa Melayu walaupun pada masa yang sama ingin
mencapai penulisan-penulisan yang diiktirafuntuk pelbagai tujuan
dalam bahasa Inggeris.
Beliau mengingatkan agar penemuan-penemuan baharu wajar
dipatenkan supaya tidak digunakan olehorang lain secara
komersil.
-
3/29/2018 USM News Portal - PRIBUMIKAN ILMU UNTUK KEMAJUAN
BANGSA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa
6/6
Turut hadir bersama dalam Syarahan Tokoh Negara itu ialah
Pengarah Kampus Kejuruteraan USM,Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd
Sadullah yang mewakili Naib Canselor USM; Dekan PPIK, ProfesorDr.
Narimah Samat; Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh
Yaapar dan Penyelaras UnitPenyelidikan Terjemahan dan Interpretasi
PPIK, Profesor Madya Dr. Goh Sang Seong.
Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar internship PP
Komunikasi USM)
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
(http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments
(http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal.
Hakcipta Terpelihara USM 2015
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSA&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsahttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsa&title=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSAmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20PRIBUMIKAN%20ILMU%20UNTUK%20KEMAJUAN%20BANGSA&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4700-pribumikan-ilmu-untuk-kemajuan-bangsamailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp