-
5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN
ALUMNI MUDA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda
1/3
PULAU PINANG, 17 Mac 2018 – Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk
Mustafa Mansur yang juga penaungPersatuan Alumni USM (PAUSM)
mengulangi cadangan agar membangunkan sistem mentor dalamkalangan
alumni yang berjaya untuk membimbing siswazah muda dalam pelbagai
bidang, industrimahu pun bisnes serta bagaimana membantu menjayakan
agenda HEBAT (Holistic, Entrepreneurial,Balanced, Articulate,
Thinking) yang juga menjadi lonjakan pertama Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) Kementerian
Pendidikan Tinggi Malaysia.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN ALUMNIMUDA18MAR
https://news.usm.my/
-
5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN
ALUMNI MUDA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda
2/3
"Tugas alumni mentor ialah membantu dengan apa jua cara yang
boleh termasuk membimbing,memotivasi malah mengambil
langkah-langkah yang perlu untuk memastikan seseorang
atausekumpulan anak muda ini mencapai kejayaan dalam jangka
panjang," kata Mustafa.
Beliau turut mencadangkan agar alumni-alumni yang baru tamat
pengajian menubuhkan persatuannyasendiri di bawah naungan persatuan
alumni induk untuk bersama-sama mamainkan perananmemberikan
sumbangan kepada universiti.
"Kita perlu mencari jalan tanpa letih dan putus asa untuk
membangunkan chapter-chapter alumni dipelbagai pelosok dunia malah
yang tidak kurang pentingnya ialah membangunkan chapter alumnimuda
yang bergraduan 10 tahun ke belakang ini untuk mereka
bersosialisasi dalam budaya merekatersendiri dengan affiliate
kepada Persatuan Alumni USM," kata beliau.
Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-22 PAUSM, Mustafa turut
meminta agar usaha dibuatsegera untuk menghasilkan penerbitan khas
buku coffee-table dan senarai alumni berjaya dalamtempoh 50 tahun
dengan mencari Who’s Who dalam kalangan alumni USM yang benar-benar
memberiimpak kepada komuniti dan dunia dalam pelbagai bidang,
akademik, bisnes, industri, komuniti danpelbagai lagi yang
difikirkan sesuai.
"Sekaligus kita berusaha untuk meningkatkan lagi visibility
alumni USM di peringkat dunia sebagaimedan dan mekanisme
meningkatkan employablility atau kebolehpasaran graduan pada
masahadapan," kata beliau.
Beliau turut mencadangkan agar aktiviti-aktiviti lain yang
bersesuaian seperti Sirih Pulang Ke GagangJubli Emas, Persidangan
Antarabangsa Alumni USM yang berfokus kepada endowmen, wakaf
dansebagainya, Khidmat Komuniti atau Sukarelawan Alumni Jubli Emas,
Kebolehpasaran Alumni Global
-
5/21/2018 USM News Portal - CADANG BANGUN MENTOR DAN PERSATUAN
ALUMNI MUDA
https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda
3/3
dan banyak lagi dapat dirancang dari sekarang.
Kita perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melibatsama seluruh
alumni yang ada dengan mengambilkesempatan dari Sambutan Ulang
Tahun Ke-50 ini, mengadakan aktiviti merentasi zaman yang elokjuga
dimulakan dengan majlis tahlil dan doa secara besar-besaran di
Masjid Al-Malik Khalid untukramai alumni kita yang telah tiada
termasuk mantan-mantan Naib Canselor dan rakan-rakan kita yangpergi
dahulu dari kita," kata Mustafa.
Tegas beliau fokus aktiviti seharusnya adalah untuk melihat
bagaimana peranan ilmu untuk melakukanperubahan atau Knowledge for
Change (K4C) dapat dikembangkan dalam konteks kelestarian ilmu
danbagaimana para alumni USM dapat membantu dalam menjadikan ilmu
pengetahuan dalam pelbagaidisiplin dengan pengalaman luas yang ada
dapat dikongsi dan dikembalikan kepada anak-anak mudahari ini dalam
melakukan perubahan kepada diri, kerjaya dan dunia seluruhnya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Presiden PAUSM Tan Sri
Dzulkifli Abdul Razak dan seluruh ahlijawatankuasanya yang
mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pertemuan di Kuala Lumpur
minggu laluyang menghimpunkan lebih 300 orang alumni mahu pun
pesara USM.
"Ini adalah sesuatu yang sangat bermakna apatah lagi dengan
kejayaan membawa sama KumpulanAtika Minden dan Tabula Rasa untuk
bersama-sama dalam pertemuan tersebut yangberupaya memeriahkan lagi
pertemuan ini dan mengembalikan nostalgia masa lalu.
"Tentunya menarik juga jika Kumpulan Atika Minden dan mahasiswa
hari ini melalui KumpulanAdikarma yang telah juga mengukir nama di
pentas dunia dapat bergabung tenaga mengadakanpersembahan gala,
mungkin juga sempena Ulang Tahun Ke-50 atau perayaan jubli emas USM
tahunhadapan," kata Mustafa.
Yang hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor USM Profesor
Datuk Dr. Asma Ismail di sampingPresiden PAUSM Tan Sri Dzulkifli
Abdul Razak dan isteri Puan Sri Masrah Abidin serta Ahli
LembagaGabenor USM (mewakili Alumni), Dato’ Patahiyah Ismail.
Teks: Mohamad Abdullah
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public
Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains
Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected]
(mailto:[email protected])
http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDA&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-mudahttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-muda&title=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDAmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20CADANG%20BANGUN%20MENTOR%20DAN%20PERSATUAN%20ALUMNI%20MUDA&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F5658-cadang-bangun-mentor-dan-persatuan-alumni-mudamailto:[email protected]