TAHAP DAN PUNCA STRES PENSYARAH FAKULTI … · Pada zaman kini secara umumnya, masyarakat menyedari betapa perlunya negara yang pesat membangun, malah mereka juga sedar bahawa kepesatan
Post on 28-Jul-2019
229 Views
Preview:
Transcript
TAHAP DAN PUNCA STRES PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL HIDAYAH KAMALUZAMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP DAN PUNCA STRES PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: __ 2008 / 2009__ Saya _______ NURUL HIDAYAH KAMALUZAMAN (K/P: 860112145184)___________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD √
Disahkan oleh : ___________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: No 8, Kampung Sentosa, PROF. MADYA SYED MOHD
44300 Batang Kali, SHAFEQ B. SYED MANSOR Hulu Selangor, Selangor Nama Penyelia
Tarikh : 24 APRIL 2009 Tarikh : 24 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan yang menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHD SHAFEQ B SYED MANSOR
Tarikh : 24 APRIL 2009
ii
TAHAP DAN PUNCA STRES PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NURUL HIDAYAH KAMALUZAMAN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : NURUL HIDAYAH KAMALUZAMAN
Tarikh : 24 APRIL, 2009
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Segala pujian atas limpah kurnia Allah S.W.T, Tuhan seluruh alam.
Serta selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Teristimewa buat………
Bonda tersayang NOORRAINI BTE WAN AHAMED
Ayahanda tersayang KAMALUZAMAN BIN MOHD JAM
Buat kakanda dan adinda tersayang
Tiada yang dapat dibicarakan, hanya ucapan terima kasih dititipkan
untuk doa harapan yang mengiringi detik pembelajaran di sini.
Tertunai sudah segala pengharapan itu.
Untuk Penyelia, Penilai dan Para Pensyarah
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan perhatianmu tidak dapat digambarkan.
Hanya Allah yang dapat membalasnya serta melindungi kehidupanmu.
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Dan semua yang menjayakan penyelidikan ini….
Semoga kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik kita bersama didunia dan diakhirat
Terima kasih untuk segalanya.
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
keizinanNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang diharapkan. Selawat
dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah yang dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penasihat penyelidikan, Prof Madya
Syed Mohd Shafeq bin Syed Mansor yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan dalam menghasilkan penyelidikan ini. Moga-moga segala ilmu yang
dititipkan sehingga hari ini kekal hendaknya.
Sekalung penghargaan juga kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat secara
langsung mahupun tidak di dalam penyelidikan ini. Jutaan terima kasih juga untuk ahli
keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat juga mendoakan kejayaan diri ini.
Segala apa yang diberikan itu akan sentiasa diingati.
Akhir sekali buat rakan-rakan perjuangan yang sedia berkongsi pengetahuan dan
pengalaman dalam menghasilkan penyelidikan ini. Jasa kalian amat bernilai buat diri ini
dan terima kasih di atas pengorbanan itu.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap dan punca stres pensyarah Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 44 orang pensyarah dipilih secara
rawak mudah terlibat di dalam kajian ini. Responden kajian telah menberi maklum balas
terhadap instrumen Job Related Tension bagi mengukur tahap dan punca stres mereka.
Darjah kepercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi bagi alat ukur punca stres ialah
0.89 manakala bagi alat ukur tahap stres pula ialah 0.84. Data-data yang diperolehi telah
diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Science (SPSS 11.5) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min.
Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan punca stres yang dominan di kalangan
pensyarah ialah dari faktor beban kerja dengan nilai min 3.62 manakala tahap stres
pensyarah Fakulti Pendidikan dikenalpasti berada diperingkat yang rendah dengan nilai
min 2.16. Selain itu, Ujian-t dan ANOVA dilakukan bagi mengenalpasti perbezaan stres
responden dari aspek demografi (jantina, umur, pengalaman mengajar, jawatan dan
status perkahwinan). Keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan stres
yang signifikan dari semua aspek yang dinyatakan di atas. Turut disertakan bersama
beberapa cadangan tindakan dan cadangan lanjutan di akhir penyelidikan ini.
vii
ABSTRACT
The aim of this study is to determine the level of stress and the factor that cause
stress among the lecturers of Faculty of Education, University Technology Malaysia.
Forty four lecturers were selected by used randomly sampling. The Job Related Tension
instruments that measure the level and stress were used to collect information from the
respondent. The Alpha Cronbach for a stress factor is 0.89 and also 0.84 for a stress
level. The data were analyzed by using the Statistical Package for the Social Science
Software (SPSS 11.5) and were presented in the form of a frequency, percentage and
mean. Overall from this analysis, it shows the work burden factor is a dominant factor of
stress among lecturers with a mean value is 3.62 and their stress level were at low level
with a mean value is 2.16. Beside that, a T-test and ANOVA are used to determine the
difference of respondents’ stress from demography aspect (gender, age, experience, post
and marital status). The findings shows that there were no significant differences among
the aspect stated above. Based on the findings, several recommendations were discussed
at the end of this study.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 9
ix
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Konsep 12
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Teori Stres 15
2.2 Kajian-kajian Berkaitan 17
2.2.1 Kajian Punca Stres 17
2.2.2 Kajian Tahap Stres 21
2.2.3 Kajian Perbezaan Stres dari Aspek
Demografi 24
2.3 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 26
3.1 Rekabentuk Kajian 27
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.3 Instrumen Kajian 29
3.3.1 Bahagian A – Demografi 30
3.3.2 Bahagian B – Punca Stres 31
3.3.3 Bahagian C – Tahap Stres 32
3.4 Analisa Kebolehpercayaan (Reability) 32
3.4.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur
Punca Stres 33
x
3.4.2 Cara Pemarkatan ’Indeks
Punca Stres’ 33
3.4.3 Kebolehpercayaan Alat Ukur
Tahap Stres 34
3.4.4 Cara Pemarkatan ’Indeks
Tahap Stres’ 35
3.5 Penganalisian Data 36
3.6 Kesimpulan 37
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 38
4.1 Keputusan Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian 38
4.2 Keputusan Analisis Deskriptif 39
4.2.1 Keputusan Analisis Demografi
Responden 39
4.2.2 Keputusan Analisis Punca Stres
Responden 43
4.2.3 Keputusan Analisis Tahap Stres
Responden 48
4.3 Keputusan Analisis Inferensi 49
4.3.1 Keputusan Analisis Perbezaan Stres
Dari Aspek Demografi 50
4.3.2 Keputusan Inferensi Ujian-t 53
4.3.3 Keputusan Inferensi ANOVA 53
4.4 Kesimpulan 54
xi
BAB 5 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan 55
5.1 Rumusan dan Perbincangan Hasil Kajian 57
5.1.1 Rumusan dan Perbincangan Taburan
Demografi Responden 57
5.1.2 Rumusan dan Perbincangan
Punca-punca Stres 58
5.1.3 Rumusan dan Perbincangan Tahap
Stres 63
5.1.4 Rumusan dan Perbincangan Perbezaan
Stres Dari Aspek Demografi 65
5.2 Cadangan Tindakan 67
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.4 Kesimpulan 70
BIBLIOGRAFI 70
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Jadual penentuan saiz sampel Krejcie R. V
dan Morgan D. W 29
3.2 Skala pemeringkatan likert punca stres 31
3.3 Alat ukur punca stres 31
3.4 Skala pemeringkatan likert tahap stres 32
3.5 Nilai alpha alat ukur punca stres pengkaji
yang lepas 33
3.6 Nilai skor indeks punca stres 34
3.7 Nilai alpha alat ukur tahap stres pengkaji
yang lepas 35
3.8 Nilai skor indeks tahap stres 35
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jantina 39
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut umur 40
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut pengalaman mengajar 41
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut jawatan 42
xiii
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut status perkahwinan 42
4.6 Analisis sub-punca faktor peraturan di tempat
kerja sebagai punca stres 43
4.7 Analisis sub-punca faktor beban kerja sebagai
punca stres 44
4.8 Analisis sub-punca faktor persekitaran
tempat kerja sebagai punca stres 45
4.9 Analisis sub-punca faktor hubungan
interpersonal sebagai punca stres 46
4.10 Analisis nilai min punca stres 47
4.11 Analisis tahap stres 48
4.12 Taburan kekerapan dan peratusan tahap stres 49
4.13 Analisis inferensi perbezaan stres dari
aspek jantina 50
4.14 Analisis inferensi perbezaan stres dari
aspek umur 50
4.15 Analisis inferensi perbezaan stres dari
aspek pengalaman mengajar 51
4.16 Analisis inferensi perbezaan stres dari
aspek jawatan 51
4.17 Analisis inferensi perbezaan stres dari
aspek status perkahwinan 52
4.18 Analisis inferensi ujian-t 53
4.19 Analisis inferensi ANOVA 53
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Pada zaman kini secara umumnya, masyarakat menyedari betapa perlunya negara
yang pesat membangun, malah mereka juga sedar bahawa kepesatan yang diimpikan itu
hanya akan berlaku sekiranya lahir golongan muda yang mampu memimpin negara ke
arah kemajuan itu. Kelahiran ini pastinya memerlukan usaha dari awal iaitu sejak
permulaan pendidikan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan di sini peranan
seorang pendidik mula dinilai. Keguruan adalah satu profesion yang merupakan
perkhidmatan sosial yang mencabar. Menurut Ibrahim (1995), tenaga pengajar dan
pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses
kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan.
Bidang pendidikan di negara ini terus berkembang menuju era kecemerlangan.
Dengan keadaan sedemikian, warga pendidik harus memainkan peranan aktif sebagai
agen dan pemudah cara untuk mencapai setiap impian murni yang termaktub dalam
wawasan pendidikan negara. Hari ini, nilai dan norma masyarakat kita telah banyak
berubah, malah keperluan juga turut berubah. Perubahan memang tidak dapat dielakkan.
Pendidik yang berkesan bukan sahaja pendidik yang dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku, malah berperanan sebagai agen perubahan dan bersedia untuk
menerima kritikan yang boleh membantu meningkatkan profesion pendidikan.
Namun begitu, kepesatan pembangunan negara dan globalisasi menjadikan tugas
sebagai pendidik semakin mencabar dan memerlukan kekuatan serta jati diri yang tinggi.
Tambahan lagi dengan pelaksanaan reformasi dalam pendidikan yang akan menjadikan
peranan dan tanggungjawab tenaga pengajar ini menjadi lebih mencabar. Fenomena
pendidik mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan
kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Menurut Amla (1994), perubahan
yang berlaku menyebabkan senarai tugas dan beban pendidik semakin panjang dan
harapan terhadap mereka semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah.
Pengharapan yang tinggi dapat merangsang kepada meningkatnya tekanan perasaan
sekiranya individu yang terbabit tidak mampu menjadikan pengharapan tersebut sebagai
motivasi dan inspirasi untuk berjaya (Fadzilah Kamsah, 2007). Oleh itu setiap pendidik
perlulah bijak mengintegrasikan nilai-nilai iman dan ilmu bagi membentuk akhlak yang
mulia dalam mengusuri peranan-peranan mereka dalam memajukan jati diri masyarakat
negara ini sekaligus menjauhkan diri mereka daripada stres.
Menurut Zakaria (2007) pula, tanpa perancangan dan matlamat yang jelas dalam
menghadapi perubahan maka sukar untuk kita menempuhinya kerana sasaran dan
tujuannya mudah goyah. Profesion pendidikan ataupun perkhidmatan yang membentuk
ke arah pengajaran merupakan bidang pekerjaan yang terdedah dengan stres, ketegangan
dan burnout. Menurut Smith (1993) dipetik dari (Chiu, 2002), seseorang individu itu
tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia berada dalam keadaan tertekan.
Menurut Jaafar (2002), kesan positif tekanan kerja akan bertindak sebagai satu dorongan
untuk merangsang pekerja supaya berprestasi baik dan kesan negatifnya pula ialah akan
menjejaskan prestasi seseorang individu tersebut dengan organisasinya. Perasaan
tersebut menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan
perhatian terhadap kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja
yang dilakukan. Masalah ini pastinya dialami oleh sebilangan besar pendidik dan
sekiranya ianya berlanjutan, pelbagai lagi masalah akan timbul dan mungkin akan
melibatkan proses pengajaran dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar.
1.1 Latarbelakang Masalah
Pendidik secara langsung dikaitkan dengan institusi dan sistem pendidikan.
Dalam konteks mekanisme pendidikan negara ini, guru dan pensyarah dikategorikan
sebagai pendidik yang merupakan elemen penting dan kritikal dalam menentukan
pencapaian institusi pendidikan. Ujian dalam bentuk stres merupakan perkara lumrah
selagi kita bergelar manusia yang masih dikurniakan sifat kewarasan dan peluang untuk
hidup di muka bumi ini (Fadzilah Kamsah, 2007). Dalam profesion perguruan, beberapa
faktor yang dikenalpasti sebagai punca stres adalah seperti beban kerja, persekitaran
tempat kerja, peraturan tempat kerja dan hubungan interpersonal pendidik yang terlibat.
Apabila zaman berubah, masyarakat mula berkembang dan perlumbaan hidup
semakin sengit dalam kalangan masyarakat. Lantaran itu, tekanan hidup masyarakat
semakin meningkat tidak terkecuali bagi golongan pensyarah juga. Kehidupan menjadi
nafsi-nafsi dan mereka mula terlibat dengan rat race ke tempat kerja atau universiti.
Semua senario ini mengundang kepada stres. Pembangunan pendidikan yang bangkit
dengan serba-sedikit perubahan dari hari ke hari menambahkan tugas dan peranan guru
dan pensyarah dalam menyesuaikan diri dengan pembaharuan yang dilakukan, contohnya
perubahan dari segi bahasa pengantar dan pemupukkan kemahiran generik di peringkat
pengajian tinggi yang mana lebih menfokuskan kehendak dan keperluan pelajar tanpa
menghiraukan kesihatan mental yang dialami oleh golongan pensyarah.
Stres merupakan salah satu daripada gangguan kesihatan mental yang mana ianya
melibatkan ketidak-seimbangan mental seseorang individu. Menurut Zakaria (2007),
antara kesan kepada ketidak-seimbangan mental tersebut ialah perubahan secara tiba-tiba
dalam reaksi perasaan atau emosi seseorang seperti mudah marah, bersedih, kecewa,
hampa dan mudah mengamuk. Oleh yang demikian pendidik seharusnya peka dengan
tahap stres mereka bagi mengelakkan sebarang keadaan yang tidak diingini daripada
berlaku. Stres yang dialami akan memberi kesan terhadap fisiologi, psikologi dan
tingkahlaku individu (Fadzilah Kamsah, 2007). Beliau menambah lagi, antara kesan-
kesan fisiologi adalah menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang
dan lemah jantung, manakala kesan psikologinya pula adalah seperti mudah muntah,
hilang semangat motivasi dan sebagainya. Disamping itu, kesan terhadap tingkahlaku
pula menyebabkan individu yang terlibat merasa mudah marah dan tidak dapat
melakukan kerja dengan sempurna.
Gold dan Ruth (1993) dipetik dari (Zakiah, 2003) menyatakan bahawa salah satu
punca stres bagi pensyarah adalah disebabkan oleh perubahan. Perubahan yang berlaku
menyebabkan senarai tugas dan beban pendidik semakin panjang dan harapan terhadap
mereka semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah (Amla, 1994). Di
samping itu, Ayob (1998) melaporkan di dalam kajian beliau bahawa perubahan peranan
pendidik bagi memenuhi kehendak kementerian iaitu dengan mencapai semua objektif
kurikulum pendidikan yang luas, maka sesetengah pendidik telah bertindak sebagai
penjaga kepada pelajar, pegawai polis, paderi dan pekerja sosial selain daripada
mengajar.
Oleh yang demikian, pensyarah kini lebih komited melibatkan diri dengan
pelbagai projek pendidikan yang menjurus kepada pelaksanaan tujuh bidang tugas
mereka iaitu pengajaran, penulisan, penerbitan, pengurusan, penyelidikan, perundingan
dan perkhidmatan masyarakat. Sekiranya tugas-tugas tersebut tidak dilaksanakan, ia
akan memberi kesan terhadap key performance index pensyarah yang berkenaan. Maka
di sini akan wujud dilema di dalam diri mereka antara penekanan peribadi dan penekanan
profesion. Keadaan ini akan membuatkan mereka terancam dengan stres, ketegangan dan
burnout. Menurut Zakaria (2007), stres akan menyebabkan ketegangan dari segi
psikologi, fisiologi dan perlakuan dan apabila penyakit ini berada di tahap rendah dan
sederhana, ia masih lagi di dalam kawasan kawalan. Namun apabila ia menjengah kearas
stres tinggi, maka sekaligus akan membawa kepada kesan yang buruk.
Faktor hubungan dengan pihak pentadbir dan pelajar sering dikaitkan dengan
punca stres pensyarah. Menurut Fadzilah Kamsah (2007), hubungan kerja yang tidak
baik diungkap dalam keadaan di mana wujudnya kepercayaan yang rendah dalam
kalangan rakan sekerja dan pihak pentadbir terhadap diri individu itu. Tambah beliau
lagi, ketidakpercayaan secara positif berhubung dengan ketaksamaan peranan yang tinggi
yang mengarah kepada komunikasi antara peribadi yang tidak sesuai antara individu
dengan keperluan psikologikalnya boleh membawa kepada kepuasan kerja yang rendah,
penurunan tahap kesihatan diri dan rasa diancam oleh pihak-pihak tertentu termasuk
rakan sekerja. Berikutan dengan itu, tahap stres individu termasuk pensyarah adalah
dipengaruhi oleh perhubungan interpersonal yang melibatkan individu terbabit di dalam
kehiduapan seharian mereka.
Persekitaran tempat kerja yang mempengaruhi pensyarah dalam menjalankan
tugas harian mereka ialah keadaan persekitaran bilik kuliah dan bilik persendirian mereka
di tempat kerja yang mana menfokuskan pada pencahayaan, bunyi dan pengudaraan.
Menurut Zakaria (2007), suasana dan tempat kerja yang diduduki sangat memberi kesan
kepada penampilan, reaksi dan tindakan kita. Apabila persekitaran dan suasana kerja
yang dilalui berada dalam keadaan yang baik, maka ketenangan dan keharmonian akan
dikecapi. Oleh yang demikian, apabila golongan pensyarah ini diletakkan di dalam
persekitaran kerja yang kurang baik dengan sistem pencahayaan yang tidak sesuai,
pencemaran udara berlaku, gangguan kebisingan ketika menjalankan tugas dan pelbagai
lagi maka keadaan ini akan menjejaskan ketenangan dan menambahkan lagi ketegangan
dan tekanan mereka. Tambah Hui dan Chan (1996) pula, dimensi persekitaran tempat
kerja sangat mempengaruhi stres pendidik. Merujuk kepada laporan Kyriacou (1987),
stres dibentuk sebagai keadaan mental dan fizikal yang diakibatkan oleh gangguan
peristiwa atau keadaan persekitaran tempat kerja yang kurang selesa.
Di samping itu, peraturan tempat kerja yang kadang-kala hanya memberatkan
sebelah pihak turut mengundang ketegangan seterusnya membentuk stres. Menurut
Herzberg (1996) diterangkan di dalam Hussayani (2004), keadaan tegang dalam institusi
pekerjaan pensyarah boleh mengakibatkan timbulnya penyakit-penyakit yang mempunyai
hubungkait dengan stres seperti kemurungan, kecewa dan tidak bersemangat. Keadaan
ini boleh berlaku di dalam sesebuah pekerjaan apabila usaha yang dilakukan oleh
seseorang itu langsung tidak dihargai oleh sesetengah pihak malah hanya dipandang
enteng oleh mereka.
Stres ini bersifat subjektif, darjah kesusahan yang sama meninggalkan kesan yang
berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Masing-masing bergantung kepada cara
ketahanan diri dan cara menanganinya. Stres yang dihadapi oleh golongan pendidik ini
bukan sahaja menganggu kehidupan harian mereka malah juga mempengaruhi prestasi
kerja mereka dalam mendidik pelajar dan secara tidak langsung, kemungkinan besar
masalah ini akan mengakibatkan masalah-masalah lain berbangkit. Marshall dan Cooper
(1976) di petik dari (Shaleeza, 2004) menyatakan jika tekanan tidak diatasi akan timbul
banyak masalah kesihatan dan penurunan aktiviti harian.
1.2 Penyataan Masalah
Menurut Ahmad Fakhrul (2006), stres merupakan masalah besar yang sering
menyerang profesion seorang pendidik. Antara punca-punca stres yang dikenalpasti di
kalangan pensyarah adalah peraturan tempat kerja, beban kerja, persekitaran tempat kerja
dan hubungan interpersonal. Aishah (2002) yang menyatakan bahawa pendidik sering
diletakkan di dalam situasi di mana mereka sering di dakwa mempunyai masa kerja yang
pendek tetapi pada masa yang sama mereka terpaksa berdepan dengan tuntutan lain
seperti menghadiri mesyuarat, menanda kertas kerja, membuat penyelidikan, menghadiri
bengkel dan seminar serta lain-lain lagi. Tambah beliau lagi, beban kerja yang
berlebihan boleh menyebabkan pendidik menjadi resah dan bingung kerana bimbang
sekiranya kerja yang diarahkan itu tidak dapat disiapkan mengikut masa. Malah kerja
yang berlebihan juga boleh membawa kepada kesilapan sekaligus membentuk tekanan
dalam diri.
Mazeni (2005) menyatakan bahawa stres pendidik dipengaruhi oleh suasana bilik
kuliah dan bilik persendirian sama ada dalam keadaan yang bising ataupun tidak. Borg
(1990) pula merumuskan bahawa peraturan yang tidak menyenangkan atau difikirkan
tidak sesuai seperti kekangan persetujuan ke atas piawaian organisasi merupakan salah
satu faktor stres di kalangan pendidik. Jika dilihat dari aspek persekitaran pula, Amla
(1994) berpendapat perubahan untuk tenaga pengajar dan persekitaran tempat kerja yang
tidak disediakan dengan sempurna akan melahirkan rasa kecewa dan memberi tekanan
kepada mereka kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sudah berubah
ini. Di samping itu, Blase (1986) merumuskan bahawa faktor beban kerja yang banyak
dan bersifat pelbagai ini turut menjadi salah satu punca yang boleh menyebabkan stres
berlaku.
Terdapat banyak kajian yang dibuat dengan tujuan mengetengahkan permasalahan
berkaitan stres pelajar atau bakal guru dari Fakulti Pendidikan. Namun kajian tersebut
tidak memandang permasalahan dari sudut tenaga pengajar ataupun pensyarah yang mana
merupakan elemen terpenting dalam pembentukan bakal guru. Menurut kajian pakar,
seseorang yang mengalami stres mampu melakukan sesuatu di luar kemampuan individu
yang normal dan kebanyakan dari kes ini lebih kepada tindakan ke arah yang negatif
seperti mengamuk dan menggangu orang lain. Menurut Gold dan Ruth (1993) di dalam
International Association of Universities 1958, keruntuhan moral pendidik boleh
dikaitkan dengan stres yang dialami oleh mereka.
Atas kewajaran tersebut maka penyelidikan ini perlu dilakukan bagi
mendedahkan punca-punca stres tersebut di kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan.
Penyelidikan ini juga perlu dijalankan bagi mengenalpasti tahap stres mereka yang
sememangnya perlu diketahui bagi mengelakkan sebarang masalah yang berlanjutan.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengenalpasti punca stres dominan pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dari faktor peraturan tempat kerja, beban tugas, persekitaran
tempat bekerja dan hubungan interpersonal.
1.3.2 Mengenalpasti tahap stres pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
1.3.3 Mengenalpasti perbezaan stres pensyarah Fakulti Pendidikan dari aspek
demografi (jantina, umur, pengalaman mengajar, jawatan dan status
perkahwinan).
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah punca stres dominan pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia dari faktor peraturan di tempat kerja, beban tugas, persekitaran tempat
bekerja dan hubungan interpersonal?
1.4.2 Apakah tahap stres yang dialami oleh pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia?
1.4.3 Sejauhmanakah stres pensyarah Fakulti Pendidikan dari aspek demografi (jantina,
umur, pengalaman mengajar, jawatan dan status perkahwinan)?
1.5 Kepentingan Kajian
1.5.1 Memberi kefahaman berkenaan punca dan tahap stres kepada pensyarah.
1.5.2 Menyediakan maklumat dan panduan dalam membantu pensyarah mengelakkan
diri daripada stres.
1.5.3 Membantu pensyarah bertindak mengawal stres yang dihadapi oleh mereka
seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
1.5.4 Memberi panduan serta maklumat ilmiah yang berguna kepada pihak pengurusan
fakulti dan Jabatan Pelajaran dalam mengatur dan merancang aktiviti-aktiviti
yang sihat bagi menangani stres pensyarah.
1.5.5 Menyediakan bahan dan data bagi menjadi sumber rujukan untuk membina dasar
dan polisi kerja pensyarah.
1.6 Hipotesis kajian
Berdasarkan objektif dan limitasi kajian, lima hipotesis nol telah dibentuk iaitu :
1.6.1 Ho (1) : Tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan di antara pensyarah dari
aspek jantina
1.6.2 Ho (2) : Tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan di antara pensyarah dari
aspek umur
1.6.3 Ho (3) : Tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan di antara pensyarah dari
aspek pengalaman mengajar
1.6.4 Ho (4) : Tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan di antara pensyarah dari
aspek jawatan
1.6.5 Ho (5) : Tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan di antara pensyarah dari
aspek status perkahwinan
1.7 Batasan Kajian
Kajian berkenaan tahap dan punca stres ini dijalankan ke atas 50 orang populasi
yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Pendidikan yang memegang jawatan sebagai
pensyarah kanan dan pensyarah sahaja yang mana pensyarah yang masih berstatus cuti
belajar dikecualikan. Oleh yang demikian, hasil bagi penyelidikan ini tidak dapat
digunakan bagi menggambarkan keadaan sebenar masalah tersebut bagi keseluruhan
pensyarah di fakulti-fakulti lain, juga tidak termasuk pensyarah yang berjawatan lebih
tinggi seperti Prof Madya dan Profesor.
Sampel responden yang terlibat dalam kajian ini secara langsung adalah seramai
44 orang mengikut jadual penentuan saiz sampel Krejcie R. V dan Morgan D. W. Kajian
ini merangkumi pensyarah dari lima buah jabatan di bawah pentadbiran fakulti iaitu
Jabatan Pengajian Teknikal, Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Multimedia Pendidikan,
Jabatan Sains dan Matematik serta Jabatan Pendidikan Sukan.
1.8 Definasi Konsep
1.8.1 Stres
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (2007) di dalam hasil menulisan
beliau “Petua Menangani Stres”, stres bermaksud tekanan atau desakan atau lebih tepat
lagi didefinisikan kepada satu reaksi mental dan fizikal terhadap semua permasalahan
yang dihadapi dalam kehidupan. Di dalam kajian ini, stres merujuk kepada
keseimbangan antara keperluan dan keupayaan pensyarah yang mana stres akan berlaku
apabila pensyarah merasakan bahawa keperluannya melebihi keupayaan dirinya. Di
dalam kajian ini juga, stres dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu faktor peraturan tempat
kerja, beban tugas, persekitaran tempat kerja dan hubungan interpersonal.
1.8.2 Peraturan di tempat kerja
Menurut Kamus Dewan (1994), peraturan di tempat kerja memberi makna segala
yang telah ditetapkan oleh sesuatu organisasi dan harus dituruti atau dipatuhi oleh semua
yang terlibat di dalam organisasi tersebut. Di dalam kajian ini, peraturan di tempat kerja
merujuk kepada akta-akta dan pekeliling yang digunapakai oleh pihak Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.8.3 Beban tugas
Di dalam kajian ini, beban tugas merujuk kepada tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada pensyarah yang mana dilakukan dalam keadaan tidak
selesa, tidak kira tugas tersebut dalam kuantiti yang banyak atau sedikit. Di antara tugas-
tugas pensyarah adalah meliputi pengajaran, pembelajaran, penasihat akademik,
penulisan, penyelidikan, perundingan dan pengurusan
1.8.4 Persekitaran tempat kerja
Di dalam kajain ini, persekitaran tempat kerja merujuk kepada keperluan
persekitaran tempat kerja pensyarah seperti cahaya, udara dan bunyi. Tempat kerja
pensyarah pula menjurus kepada bilik persendirian, bilik kuliah dan ruang-ruang laluan
yang digunakan oleh pensyarah di kawasan fakulti.
1.8.5 Hubungan interpersonal
Di dalam kajian ini, hubungan interpersonal merujuk kepada hubungan antara
pensyarah dengan pihak atasan, rakan sekerja dan pelajar. Istilah ini juga dikaitkan
dengan komunikasi yang sihat antara mereka yang terlibat.
1.8.6 Pensyarah
Menurut Kamus Dewan (1994), pensyarah bermaksud guru yang mengajar di
universiti atau orang yang memberi kuliah kepada pelajar. Di dalam kajian ini,
pensyarah merujuk kepada pensyarah yang memegang jawatan sebagai pensyarah kanan
dan pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
1.9 Kesimpulan
Bahagian ini menerangkan pengenalan kepada kajian yang dijalankan oleh
penyelidik mengenai tahap dan punca stres pensyarah. Penerangan ringkas dilakukan
berkenaan pendahuluan, latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definasi konsep. Bahagian
seterusnya pula akan menerangkan berkenaan dengan sorotan kajian yang dilakukan oleh
penyelidik bagi kajian ini.
top related