UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi ma klu mat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RA HSIA RASM I 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia Tarikh: Tarikh: CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana M uda. PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT (HURUF BESA R) ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB NO15 JLN PULAU INDAH U10/54C, TMN SANDARAN PERMAI 40150 SHAH ALAM, SELANGOR. PSZ 19:16(Pind. 1/97)
30
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · persepsi masyarakat sekitar kolej komuniti di Segamat, ... masyarakat terhadap tingkah laku ... Kepesatan pembangunan telah memperlihatkan perubahan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknolog i Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universit i Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh
organisasi/badan di mana penyelid ikan d ijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda.
PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT
(HURUF BESAR)
ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB NO15 JLN PULAU INDAH
U10/54C, TMN SANDARAN
PERMAI 40150 SHAH ALAM,
SELANGOR.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : ENCIK AZLAN BIN ABDUL LATIB
Tarikh :
PERSONALITI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH SEGAMAT.
MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM
KAJIAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT
DI DALAM PENGANUGERAHAN IJAZAHAN SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUNE 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penyelia : MOHD FAZRUL BIN ABU HASHIM
Tarikh :
iii
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu.....
Untuk ayah dan ibu tercinta,
En. Abu Hashim Ismail & Pn. Norliah Abd Rashid
Doa, dorongan dan pengorbanan
mengiringi kehidupan dan kejayaanku
Terima Kasih ayah dan ibu.
Untuk Adik yang disayangi,
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang sentiasa disisi,
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
serta perkongsian suka dan duka bersama.
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah diatas segala rahmat dan limpah kurniaNya tesis ini
dapat disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang.
Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia
projek sarjana muda, Encik Azlan Bin Abdul Latib di atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang
tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa baik
yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada pihak penduduk Bandar
Putra Segamat kerana telah memberikan kerjasama untuk saya menjalankan kajian
ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada individu yang terlibat sama
ada secara langsung atai tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga Allah
S.W.T membalas segala bantuan yang telah dihulurkan.
v
ABTSRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap personaliti dan kegiatan
sosial antara pelajar kolej komuniti dengan penduduk setempat yang dilihat daripada
persepsi masyarakat sekitar kolej komuniti di Segamat, Johor. Kaedah kajian yang
dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal-selidik yang
dibangunkan sendiri oleh penyelidik sebagai intrumentasi kajian. Soal selidik ini
mengandungi 45 item mengenai personaliti yang merangkumi aspek fizikal, mental,
nilai, emosi dan tingkahlaku menggunakan skala likert. Sampel kajian terdiri
daripada 276 orang penduduk di salah sebuah Kolej Komuniti Segamat di Negeri
Johor yang diperolehi secara rawak. Data mentah yang diperolehi kemudiannya
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences
(SPSS+PC) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi melihat persepsi
penduduk di kawasan kolej komuniti ini. Analisis kebolehpercayaan kajian ini telah
mencapai tahap yang sesuai bagi menjalankan kajian, di mana nilai Alpha Cronbach
ialah 0.986 dan bersesuaian dengan objektif kajian yang dibentuk. Hasil kajian yang
dijalankan telah menunjukkan bahawa tahap personaliti para pelajar kolej komuniti
adalah pada tahap sederhana dengan komponen sifat fizikal menunjukan peratusan
tertinggi, manakala faktor tingkah laku menunjukan peratusan yang terendah. Kajian
menunjukkan bahawa faktor tingkah laku sangat memberi kesan kepada masyarakat.
Dapatan kajian juga menunjukan pelajar-pelajar kurang melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyarakatan kecuali dalam aktiviti-aktiviti sukan. Penyelidik telah
mencadangkan beberapa saranan bagi membantu memperbaiki tahap personaliti
pelajar kolej komuniti dalam meningkatkan perhubungan dengan masyarakat.
vi
ABTRACT
The purpose of this study was to determine the level of personality and social
activities among Community College students and local residents of the community
perceptions of community college in Segamat, Johor. Method study was conducted
using a quantitative questionnaire, developed by the researchers as Instrumentation
studies. This questionnaire contains 45 items about personality in using likert scale
included aspect of physical, mental, moral, emotion and behavior. The sample
consisted of 276 local residents in one Community College Segamat, Johor. Form of
measurement for each item that has been built and measured using Likert scale. The
data collected is then analyzed using the Statistical Package For Social Sciences
(SPSS PC +) to indicate the frequency, percentage and mean for the residents‟
perceptions of this Community College. Analysis of the reliability of this study was
to achieve an appropriate level to undertake a study, in which the Cronbach Alpha
value is 0.986 and in accordance with the established objectives of the study. The
study has shown that the personalities of the Community College students are at a
moderate level of physical components showed the highest percentage, while
behavioral factors showed the lowest percentage. Studies show that behavioral
factors are affecting the community. The findings also showed the students less
involved in community activities, except in sports activities. Researchers have
proposed several recommendations to help improve Community College students'
personalities to improve relations with the community.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENSYARAH
TAJUK i
PENGAKUAN PENGKAJI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
viii
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Kerangka Kongseptual Kajian 10
1.9 Definasi Istilah
1.9.1 Tingkah Laku
1.9.2 Sifat Fizikal
1.9.3 Nilai
1.9.4 Sifat Mental
1.9.5 Perlakuan Buli
12
13
13
13
14
14
1.9 Kesimpulan
15
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Persepsi Masyarakat 17
2.3 Remaja 18
2.4 Pendekatan Teori
2.4.1 Pendekatan Sosial Teori Erikson
2.4.2 Teori Humanistik Tentang Kongsep
Kesempurnaan Kendiri Oleh Carl
Rogers.
2.4.2 Teori Humanistik Maslow
19
19
21
23
2.5 Personaliti Mengikut Pandangan Islam 25
2.6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Personaliti Manusia
2.6.1 Baka
2.6.2 Persekitaran
27
27
29
2.7 Kajian-Kajian Lepas
2.7.1 Kajian-Kajian Berkaitan Masalah
Personaliti Dan Tingkah Laku Remaja
35
35
2.8 Kesimpulan
37
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A: Maklumat responden
3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian aktiviti
3.5.3 Bahagian C: Persoalan Kajian personaliti
41
42
42
42
3.6 Kajian Rintis
3.6.1 Keesahan Item Soal Selidik
3.6.2 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik
45
46
46
3.7 Analisis Data 47
3.8 Kerangka Operasi Kajian 48
3.9 Kesimpulan 51
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 52
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Jantina
4.2.2 Umur
4.2.3 Kaum
4.2.4 Jangka masa penempatan
53
53
53
54
55
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Persoalan kajian 6: Apakah aktiviti
sosialisasi yang melibatkan pelajar KK di
kalangan masyarakat setempat?
55
x
4.4 Analisis Data Bahagian C
4.4.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi
masyarakat terhadap tingkah laku para
pelajar KK?
4.4.2 Persoalan kajian 2: Apakah persepsi
masyarakat terhadap sifat fizikal para
pelajar KK?
4.4.3 Persoalan kajian 3: Apakah persepsi
masyarakat terhadap nilai para pelajar
KK?
4.4.4 Persoalan kajian 4: Apakah persepsi
masyarakat terhadap sifat mental para
pelajar KK?
4.4.5 Persoalan kajian 5: Apakah persepsi
masyarakat terhadap emosi para pelajar
KK?
61
62
65
67
70
73
4.5 Rumusan Dapatan Kajian
76
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Ringkasan Kajian
5.1.1 Ringkasan Demografik
5.1.2 Ringkasan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan Pada Bahagian B
5.1.3 Rumusan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan Pada Bahagian C
78
80
81
82
5.2 Perbincangan
5.2.1 Persepsi Masyarakat Terhadap Tingkah
Laku Para Pelajar KK.
5.2.2 Persepsi Masyarakat Terhadap Sifat
85
85
88
xi
Fizikal Para Pelajar KK.
5.2.3 Persepsi Masyarakat Terhadap Nilai Para
Pelajar KK.
5.2.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Sifat
Mental Para Pelajar KK.
5.2.5 Persepsi Masyarakat Terhadap Emosi Para
Pelajar KK
5.2.6 Aktiviti Sosialisasi Yang Melibatkan
Pelajar KK Dikalangan Masyarakat
Setempat
90
92
94
95
5.3 Cadangan
98
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 101
5.5 Kesimpulan
102
BIBLIOGRAFI 103
LAMPIRAN 109
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
1.1 Jadual perkembangan sosial Eric Erikson 11
3.1 Pembahagian Item mengikut persoalan kajian. 43
3.2 Skala Likert Bahagian B 44
3.3 Skala Likert Bahagian C 44
3.4 Skala Min 47
4.1 Taburan responden mengikut jantina 53
4.2 Taburan responden mengikut umur 54
4.3 Taburan responden mengikut kaum 54
4.4 Taburan responden mengikut tahun penempatan 55
4.5 Analisis tahap aktiviti sosialisasi yang
melibatkan pelajar KK dikalangan masyarakat
setempat dalam akitiviti rukun tetangga dan
kemasyarakatan.
56
4.6 Analisis aktiviti sosialisasi yang melibatkan
pelajar KK dikalangan masyarakat setempat
dalam akitiviti riadah dan sukan.
57
4.7 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra
terhadap tingkah laku para pelajar KK Segamat
1.
62
4.8 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra
terhadap sifat fizikal para pelajar KK Segamat
1.
65
4.9 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra
terhadap nilai para pelajar KK Segamat 1
67
xiii
4.10 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra
terhadap sifat mental para pelajar KK Segamat
1.
70
4.11 Analisis persepsi masyarakat Bandar Baru Putra
terhadap emosi para pelajar KK Segamat 1
73
4.12 Analisis dapatan kajian berdasarkan persoalan
kajian.
76
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Konseptual Kajian 12
3.1 Carta Aliran Prosedur Kerja 48
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kepesatan pembangunan telah memperlihatkan perubahan yang ketara telah
berlaku di serata kawasan dan dalam pelbagai struktur. Perubahan-perubahan ini
meliputi bidang komunikasi, pengurusan, sains dan teknologi. Perubahan yang
berlaku, telah memberi kesan kepada beberapa kehendak dalam meningkatkan cara
kerja khususnya daripada aspek kualiti dan produktiviti. Di samping itu, perubahan
yang berlaku juga menuntut kepada keperluan untuk meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan sumber manusia iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran teknikal,
kemahiran komunikasi serta sikap anggota organisasi keseluruhannya.
Menjelang tahun 2020, kehendak Malaysia untuk menjadi sebuah negara
maju akan dijadikan kenyataan. Bagaimanapun ia tidak akan jadi sebagai negara
maju sepenuhnya sehingga rakyat Malaysia berjaya mengatasi sembilan cabaran
strategik dalam Wawasan 2020. Di antara sembilan cabaran dinyatakan terdapat satu
cabaran iaitu cabaran keenam yang sebenarnya menjadi cabaran yang harus disahut
oleh semua rakyat, saintis, penyelidik dan jurutera termasuk juga pengetua dan
tenaga pengajar dalam bidang teknologi sebagai agen perubahan sebagaimana yang
dinyatakan dalam petikan dibawah:
79
“ Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan, yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan”
Sumber : Mahathir Mohamad (1996), Cabaran ke-enam Wawasan
2020, IEMEJ, Vol.4, March 1996
Bagi mencapai matlamat tersebut, Kolej Komuniti (KK) telah diwujudkan
sebagai sokongan kepada sistem pendidikan kemahiran di negara ini. Tujuan
pengwujudan KK adalah untuk memberi ruang kepada para pelajar yang tidak
berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke intitusi- intitusi latihan dan kemahiran.
KK adalah merupakan salah satu intitusi dalam sistem pendidikan di Malaysia di
bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Bahagian Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Pada 5 Julai 2000, Menteri Pendidikan telah
mengemukakan satu memorandum kepada Jemaah Menteri tentang konsep
penubuhan dan pelaksanaan KK di setiap kawasan parlimen. Pada pertengahan Jun
2001 sebanyak 10 buah KK rintis mula beroperasi dan dua buah lagi pada bulan
Disember 2001. Mengikut perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
sehingga Jun 2009, terdapat 42 buah KK induk dan 18 buah KK cawangan telah
beroperasi di seluruh negara. Seramai 387,116 orang telah meyertai pelbagai kursus
jangka pendek dan peringkat sijil. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan
dalam bidang teknikal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan telah ditawarkan
dan dijalankan diseluruh KK. (Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, 2009).
Kolej Komuniti (KK) memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar
melalui tawaran kursus sepenuh masa dan juga kursus jangka pendek yang telah
diiiktiraf oleh kerajaan dan laku diguna pakai dalam sektor pekerjaan. KK memberi
peluang kepada para pelajar lepasan sekolah menengah untuk mempelajari ilmu
kemahiran sebagai bekalan sebelum memasuki ke pasaran pekerjaan. Pelajar lepasan
KK juga berpeluang bagi meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik
atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain sekiranya berkelayakan.