SEMINAR FASILITI KESELAMATAN JALANepsmg.jkr.gov.my/images/e/e5/14_-_Pembahagi_Jalan_(Trafik)_Saiful.pdf · JENIS–JENIS PEMBAHAGI JALAN & TRAFIK Lalulintas dapat diasingkan oleh
Post on 04-Mar-2020
40 Views
Preview:
Transcript
• Saiful Basri bin Sa’adon Zubir
Bahagian Keselamatan Jalan Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik
03-2618 4507 / SaifulBasri@jkr.gov.my
SEMINAR FASILITI KESELAMATAN JALAN
LATARBELAKANG Pembahagi jalan & trafik: • satu jalur kawasan lapang yang memisahkan jalanraya yang mempunyai 4
lorong atau lebih. • Ia juga lebih dikenali sebagai median.
Antara fungsi utama pembahagi jalan & trafik: i. untuk mengelakkan perlanggaran hadapan dengan kenderaan yang bergerak
dalam arah yang bertentangan ii. sebagai zon neutral untuk membenarkan pemandu mengawal kenderaannya
sekiranya terbabas atau dalam kes kecemasan iii. untuk membenarkan perubahan kelajuan, lorong tambahan kepada
kenderaan membelok atau membuat pusingan bagi mengurangkan trafik iv. boleh dijadikan satu kawasan simpanan untuk penambahan lorong pada
masa hadapan Bagi mendapatkan tahap kecekapan yang lebih maksima dan efisen, pembinaannya hendaklah dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang dan malam.
JENIS–JENIS PEMBAHAGI JALAN & TRAFIK Lalulintas dapat diasingkan oleh tandaan jalan, turapan, struktur fizikal atau satu jalur kawasan mengikut kesesuaian dan fungsinya. Pembahagi jalan & trafik dibahagi kepada 3 kategori iaitu: i. jenis raised
ii. jenis flushed
iii. jenis depressed
ANALISA & KRITERIA
Justifikasi Penyediaan Pembahagi
Jalan & Tratik
Kriteria Jenis Pembahagi
J alan & Tratik
• Kesesu&lan
.............. .... .... .,
UJwiol:tl/ -....t.:.. l .w..twot
""""- -~-·
PENYATAAN MASALAH Terdapat beberapa persoalan / permasalahan yang sering timbul tentang pembahagi jalan & trafik seperti: i. lebar pembahagi jalan & trafik yang sesuai? ii. apakah tindakan mitigasi yang sesuai sekiranya lebar pembahagi jalan &
trafik tidak mencukupi? iii. kesesuaian penggunaan pembahagi jalan & trafik di kawasan rural dan
kawasan urban?
JUSTIFIKASI PENYEDIAAN PEMBAHAGI JALAN & TRAFIK Penyediaan pembahagi jalan & trafik boleh dijustifikasikan dalam keadaan:
i. jalan yang mempunyai 4 lorong atau lebih; atau ii. kawasan yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi; atau iii. kawasan yang mempunyai aktiviti pejalan kaki yang tinggi
KRITERIA JENIS PEMBAHAGI JALAN & TRAFIK Jadual dibawah menunjukkan jenis dan kriteria pembahagi jalan & trafik:
Jenis Pembahagi Jalan Kriteria Jenis raised a. Isipadu trafik yang tinggi
b. Isipadu pejalan kaki yang tinggi c. Kadar kemalangan yang tinggi (perlanggaran
hadapan) d. Halaju tinggi >50km/j
Jenis flushed a. Halaju rendah <50km/j b. Isipadu trafik dan pejalan kaki rendah
Jenis depressed a. Halaju tinggi >90km/j seperti lebuhraya b. Recovery area yang mencukupi
KESESUAIAN PENGGUNAAN JENIS PEMBAHAGI JALAN & TRAFIK Bagi projek jalan baru atau dinaiktaraf jalan, pembahagi jalan & trafik jenis raised dan secara fizikal hendaklah digunakan. Ia boleh disediakan seperti berikut: i. Mematuhi kelebaran pembahagi jalan seperti dalam garispaduan REAM-GL
2/2002 A Guide on Geometric Design of Roads; atau ii. Menyediakan sekurang-kurangnya 4m lebar minima secara fizikal sekiranya
tiada kekangan bagi kawasan rural; atau iii. Sekiranya terdapat tiang lampu jalan di pembahagi jalan & trafik,
penggunaan penghadang jalan atau menggunakan tiang jenis frangible hendaklah diambilkira; atau
iv. Sekiranya lebar minimum tersebut tidak dapat disediakan, penggunaan penghadang jalan(*) hendaklah diambilkira. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada peratusan aktiviti pejalan kaki; atau
v. Bagi kawasan urban, sekurang-kurangnya 1.5m disediakan secara fizikal kerana mengambilkira aktiviti pejalan kaki
(*)Jenis-jenis penggunaan penghadang jalan hendaklah merujuk kepada garispanduan REAM-GL 9/2006 Guidelines on Design & Selection of Longitudinal Traffic Safety Barrier
Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut amatlah tidak digalakkan untuk disediakan dalam pembahagi jalan & trafik iaitu: i. menanam pokok-pokok di pembahagi jalan & trafik kerana ia akan
menjejaskan jarak penglihatan serta memberi kecederaan yang parah sekiranya kenderaan melanggar pokok
ii. meletakkan objek pegun (rigid) seperti tiang lampu, tiang papan tanda, feeder pillar dan sebagainya kerana ia akan memberi impak seperti perkara (i)
PIAWAIAN DAN SPESIFIKASI
............ .......... , So•ilu Fasiliti losol••alu Jalu UJ.Wilifll ..... t.$oi i .W.IWol
""""-"-'••
~==-· l.!::;::J _ ............ IIUU> ...
LEBAR PEMBAHAGI JALAN Lebar pembahagi jalan & trafik (rural)
Design Standard
Median width (m) Terrain
Flat Rolling Mountainous
Minimum Desirable Minimum Desirable Minimum Desirable
R6 4.0 10.0 4.0 10.0 4.0 10.0
R5 4.0 6.0 3.0 5.0 2.0 4.0
R4 3.0 5.0 2.0 4.0 1.5 3.0
Lebar pembahagi jalan & trafik (urban)
Design Standard
Median width (m) Terrain
Flat Rolling Mountainous
Minimum Desirable Minimum Desirable Minimum Desirable
U6 4.0 9.0 3.5 6.0 2.0 4.0
U5 3.0 6.5 2.5 4.0 2.0 3.0
U4 2.5 5.0 2.0 3.0 1.5 2.0
U3 2.0 4.0 1.5 2.0 1.5 2.0
Jika dirujuk pada piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): • lebar minima pembahagi jalan & trafik yang perlu disediakan adalah
sekurang-kurangnya 6m • sekiranya lebarnya kurang daripada 6m, penghadang jalan hendaklah
disediakan sebagai pengasing fizikal.
DO' S & DONT' S
So•ilu Fasiliti losol••alu falu UloNilifll ..... t.$oi i .W.IWol
""""-"-~··
~==-· ~ _ . . .......... IIUU> ...
top related