PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileii kajian sarjana muda pendidikan kesedaran amalan keselamatan penggunaan peralatan dan mesin di kalangan pelajar teknologi
Post on 22-Aug-2019
212 Views
Preview:
Transcript
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : KESEEDARAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN MESIN DI KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI KEJUTERAAN DI SEKOLAH
MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN
SESI PENGAJIAN : 2004/2005
Saya : MOHD RUHAIDI IKHWAN BIN MOHD RUAH (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 117 JALAN BAIDURI 2, ENCIK.MD. YUSUP BIN KAYAT TAMAN BAIDURI, 42700 BANTING, SELANGOR Tarikh : 07/10/2004 Tarikh : 07/10/2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeledikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
(NAMA PENYELIA)
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)
Tanda tangan :
Nama Penyelia : Encik Md Yusup Bin Kayat
Tarikh : 7 Oktober 2004
ii
KAJIAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESEDARAN AMALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN
MESIN DI KALANGAN PELAJAR TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN
MOHD RUHAIDI IKHWAN BIN MOHD RUAH
NO MATRIK : AP000294
KURSUS SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN ELEKTRIK)
NO. KAD PENGENALAN :
820725-05-5003
2004
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha penyayang, Aku
bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi idea-idea bernas,
kekuatan, ketabahan dan keazaman serta kesihatan dalam menyempurnakan laporan
kajian ini dengan jayanya.
Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:
Mohd Ruah Bin Mohd Dali dan Khairiah Bte Sulaiman
Ahli-Ahli keluargaku:
Mas Ruhaiza Hani, Mas Ezatul Nadia dan Fatin Nabilah
Serta:
Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.
Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah amat
bermakna buat diriku.
Istimewa Buat:
Noor Syaza Khairina
Semoga Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui memberkati dan
membalas budi dan jasa baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia rahmat
dan keizinannya maka kajian ini dapat dihasilkan dengan sempurna.
Di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Encik Md Yusup bin Kayat, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar serta dorongan disamping mengorbankan masa beliau
kepada saya dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dari pihak beliau amat saya hargai
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan
masa mereka bagi memberikan kerjasama, membantu dalam memberi idea-idea yang
bernas dalam menyempurnakan kajian ini. Segala sokongan dari sahabat-sahabat amat
saya hargai. Ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih
semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan membuat tinjauan bagi mengetahui
kesedaran amalan keselamatan terhadap penggunaan alatan dan mesin semasa
menjalankan kerja amali di bengkel. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti persepsi
pelajar berdasarkan 6 aspek iaitu, aspek pengetahuan, aspek persekitaran, aspek
senggaraan, aspek sikap, aspek pengalaman dan kemahiran. Sampel kajian terdiri
daripada 37 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor
Darul Ehsan. Soal selidik telah digunakan sebagai intrumen kajian dan diedarkan kepada
responden untuk mendapatkan data. Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS
versi 10.0 (Statistical Package For Social Science). Analisis dinyatakan adalah dalam
bentuk frekuensi dan peratus. Dari 6 aspek yang dikaji, aspek pengetahuan, persekitaran,
senggaraan, sikap dan kemahiran berada pada tahap sederhana. Manakala aspek
pengalaman berada pada tahap yang rendah.Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa
cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki tahap kesedaran pelajar dalam
penggunaan peralatan dan mesin di bengkel Teknologi Kejuruteraan.
vi
ABSTRACT
This study is conducted in descriptive way to identify perception of student about
existing safety at work .The objective of this study is to identify the student’s perception
of safety at work based on 6 aspects, that is aspects of knowledge, environment,
maintenance, attitude, experience and skills. This study based on 37 sample of form 5
student at Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor Darul Ehsan.
Questionnaires are used as an instrument for this study and are distributed to all
respondent for obtaining the data. Data was analyzed using SPSS Version 10.0
(Statistical Package For Social Science), to obtained a percentage and frequency. Based
on six aspect as studied, the respondent knowledge, environment, maintenance, attitude
and skill is at an average level. The student’s experience is the lowest level. Based on
this study, a few proposals are being forwarded to improve the safety at work.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Graf xii
Senarai Singkatan xiii
BAB PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah dan Perkataan 8
1.8 Penutup 13
viii
BAB SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori Maslow 18
2.3 Pengetahuan Asas Pelajar Mengenai
Alatan dan Mesin 21
2.4 Persekitaran Dari Aspek Keselamatan
Di Bengkel 23
2.5 Kaedah Senggaraan Peralatan dan Mesin
Di Bengkel 24
2.6 Kemahiran Penggunaan Alatan Dan Mesin
Di Kalangan Pelajar 25
2.7 Pengalaman Pelajar Dalam Penggunaan
Peralatan Dan Mesin Di Bengkel 26
2.8 Sikap Pelajar Semasa Menjalankan Amali Di
Bengkel Teknologi Kejuruteraan 27
2.9 Pengetahuan Pelajar Dalam Penggunaan
Peralatan Dan Mesin 29
2.10 Pengetahuan Senggaraan Alatan Dan Mesin
Di Bengkel 30
BAB METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.0 Pengenalan 31
3.1 Reka Bentuk Kajian 31
3.2 Sampel Dan Tempat Kajian 32
3.3 Instrumen Kajian 33
3.4 Prosedur Kajian 34
3.5 Analisis Data 35
3.6 Penutup 39
ix
BAB ANALISIS DATA MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A: Latar
Belakang Responden 41
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan
PMR ( Kemahiran Hidup) 43
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Keluarga 43
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Aspek Pengetahuan 44
4.3.2 Persoalan Kajian 2 : Aspek Persekitaran 48
4.3.4 Persoalan Kajian 3 : Aspek Senggaraan 52
4.3.5 Persoalan Kajian 4 : Aspek Sikap 55
4.3.6 Persoalan Kajian 5 : Aspek Pengalaman 58
4.3.7 Persoalan Kajian 6 : Aspek Kemahiran 61
BAB RUMUSAN, PERBINCANGAN MUKA SURAT
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangan 67
5.3.1 Aspek Pengetahuan 67
5.3.2 Aspek Persekitaran 70
5.3.3 Aspek Senggaraan 72
5.3.4 Aspek Sikap 73
5.3.5 Aspek Pengalaman 74
x
5.3.6 Aspek Kemahiran 76
5.4 Cadangan 77
5.4.1 Pelajar 77
5.4.2 Guru 78
5.4.3 Pihak Sekolah 78
5.4.4 Jabatan Pendidikan Negeri 79
5.4.5 Kementerian Pendidikan Malaysia 79
5.4.6 Cadangan Kajian Lanjutan 80
BIBLIOGRAFI 81
LAMPIRAN A-D
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Sekolah Yang Terlibat Dalam Soal Selidik 33
3.2 Pemeringkatan Skala 5 ( Lima ) Mata Kepada 3 (Tiga) Mata 37
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 38
4.1 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 43
4.2 Berdasarkan Pendapatan Keluarga Pelajar 43
4.3 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Pengetahuan 45
4.4 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Persekitaran 49
4.5 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Senggaraan 53
4.6 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Sikap 56
4.7 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Pengalaman 59
4.8 Data Analisis Frekuensi Dan Peratusan Responden Bagi
Aspek Kemahiran 62
xii
SENARAI GRAF
NO GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratusan Responden Terhadap Aspek Pengetahuan
Penggunaan Peralatan dan Mesin 47
4.2 Peratusan Responden Terhadap Aspek Persekitaran Dibengkel
Kejuruteraan 51
4.3 Peratusan Responden Terhadap Aspek Senggaraan 54
4.4 Peratusan Responden Terhadap Aspek Sikap 57
4.5 Peratusan Responden Terhadap Aspek Pengalaman 60
4.6 Peratusan Responden Terhadap Aspek Kemahiran Pelajar 63
xiii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa
NSP Sistem Pasport Keselamatan
OSHA Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
NIOSH Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara.
IPA Induksi Akses Kilang
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang paling pesat berkembang
maju di Asia Tenggara dan ini merupakan impak daripada kesungguhan kerajaan dalam
pembangunan pelbagai industri di negara ini. Negara kini juga telah mencapai tahap
negara perindustrian dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain. Ini
adalah penting bagi merealisasikan wawasan 2020 negara iaitu menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020 kelak. Kini telah menampakkan banyak industri-industri
berkembang dengan pesatnya di negara kita, hasil daripada daya usaha mempromosikan
negara dan segala keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat
luar.
Kepimpinan baru oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata:
“ ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi matlamat negara memerlukan
pembangunan industri berasaskan ilmu seperti sains, bio-teknologi, teknologi maklumat
dan komunikasi(ICT) serta berlandaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
65
sejajar trend ini, corak permintaan untuk tenaga manusia berubah ke arah pekerja
berpendidikan tinggi yang mahir dalam bidang sains dan teknologi, serta mempunyai
kemahiran teknikan tanpa mengabaikan aspek keselamatan pekerja” ( Berita Harian, 23
Dis 2003)
Wawasan 2020 telah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri kita , YAB Tun Dr
Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991 di persidangan Pertama Majlis Perdagangan
Malaysia. Dalam teks ucapannya, beliau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020.
Menurut pernyataan Abd Halim Hussin (2004) negara kita sedang menuju ke
arah negara perindustrian, maka sumber tenaga manusia merupakan unsur penting dalam
merealisasikan Wawasan 2020. Hanya dengan melalui kebolehan, kemahiran dan daya
usaha rakyatnya sahaja dapat membawa kepada kemajuan negara.
Bagi menjayakan wawasan dan visi negara, Kementerian Pendidikan memainkan
peranan penting dalam melahirkan pelajar dan pelatih mahupun graduan-graduan mahir
dalam kerjaya di sektor perindustrian di Malaysia. Justeru itu, penubuhan Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Kementerian Pendidikan adalah bertepatan
dengan inspirasi visi negara. Penubuhan jabatan ini adalah bertujuan memberi latihan
kepada pelajar-pelajar serta mendedahkan mereka dengan suasana perindustrian. Pihak
sekolah memberi latihan kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan merangkumi
matapelajaran Awam, Mekanikal dan Elektrik. Aspek keselamatan perlulah diberikan
keutamaan dalam menghadapi risiko-risiko kemalangan di industri. Ini bagi menjamin
keselamatan pelajar dan juga memupuk sikap bertangungjawab pelajar terutama setelah
bekerja di sektor industri kelak. Di samping itu, ia dapat juga menerapkan nilai-nilai
murni kepada pelajar dan dapat digunakan apabila bekerja di sektor industri kelak.
Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM 4 ribu juta setahun akibat
daripada kemalangan industri (ILO 1994). Anggaran ini telah dibuat oleh Pertubuhan
Buruh Antarabangsa berdasarkan formula pengiraan yang meliputi semua kos langsung
66
dan tidak langsung. Kemalangan industri amat serius di mana lebih 89,049 kemalangan
dilaporkan dan melibatkan kehilangan 1402 nyawa pada tahun 1997. Ia melibatkan
bayaran sebanyak RM 313.3 juta oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pada tahun 1998 pula terdapat 88,398 kemalangan telah dilaporkan dan sebanyak 1046
nyawa telah terkorban dan bayaran pampasan sebanyak RM 381.7 juta (SOCSO and
Labour Department Dec 2002).
Lantaran itu, kerajaan telah mewartakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (514) 1994 (OSHA 94) menyatakan rangka kerja untuk memperkenalkan
kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan :
“Pendedahan dan pengenalan kepada keselamatan, kesedaran,
merangsang dan memantapkan keberkesanan pengurusan keselamatan dan
oraganisasi”
(OSHA presentation by En Abdul Rahman Dalip, Presiden Persatuan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 8 Feb 2003).
Lantaran itu, aspek keselamatan haruslah diberi perhatian yang serius oleh semua
pihak dalam menghadapi risiko kemalangan. Dengan itu, kita haruslah memupuk budaya
menitikberatkan keselamatan kepada individu bermula dari alam persekolahan lagi.
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan
para pelajarnya terutamanya semasa menggunakan bengkel-bengkel di sekolah.
Penerapan amalan ini harus dimulakan pada alam persekolahan lagi kerana bak kata
pepatah “jika melentur buluh hendaklah dari rebungnya”.
Pada dasarnya keselamatan dapat diawasi sekiranya pencegahan terhadap
kemalangan atau keadaan merbahaya dapat dikawal. Ir Daud Sulaiman telah menyatakan
bahawa :
“Pembelajaran dari kesilapan seseorang mudah dipelajari tetapi elakkan
pembelajaran daripada berlakunya kecelakaan.”
67
(Accident at work, Depatment of Occupational Safety and Health, Johor. Dec 2002)
1.2 Latarbelakang kajian
Sejak akhir-akhir ini, telah banyak kejadian kemalangan industri berlaku.
Kejadian ini amatlah merugikan negara. Hampir RM 4 ribu juta setahun dibayar sebagai
pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa akibat daripada kemalangan industri ini,
(SOCSO and Labour Department, 2002).
Kejadian letupan gas di Terengganu berlaku pada tahun 2002 disebabkan
kesilapan kemanusian, di mana kontraktor telah membuka saluran paip yang salah ketika
pembersihan logi. Kejadian ini telah mengakibatkan kematian 3 orang pekerja terbakar
akibat letupan itu. Setelah dianalisis oleh pihak yang berkuasa, didapati kemalangan ini
adalah merupakan kesilapan pengurusan yang mengabaikan sistem keselamatan di
tempat kerja (MSOSH 2002).
Impak daripada kemalangan tersebut, telah mengakibatkan kerugian bagi pihak
industri dari aspek kehilangan harta benda, pengeluaran, kehilangan nyawa dan juga
mencemarkan alam sekitar. Lantaran itu, penerapan pengetahuan di kalangan pekerja
amat penting bagi mempastikan pekerja bekerja dengan situasi yang selamat. Pekerja
juga harus mempunyai kemahiran asas terutamanya bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan-kemalangan yang serius. Pihak pengurusan industri perlu memikirkan
langkah-langkah mengutamakan bekerja yang selamat termasuk melakukan
penyenggaraan peralatan dan mesin secara berjadual bagi menghidarkan risiko yang
tidak di ingini.
68
Kecuaian merupakan salah satu faktor utama berlakunya kejadian kemalangan.
Kecuaian seorang guru dari segi keselamatan semasa membaik-pulih kipas di sekolah
Menengah Teknik Melaka telah menyebabkan kemalangan pada dirinya sendiri di mana
seorang pelajar telah membuka suis. Menyebabkan arus elektrik mengalir melaluinya.
Guru tersebut mendapat renjatan elektrik dan dalam keadaan lumpuh (Utusan Malaysia,
2000).
1.3 Pernyataan Masalah
Amalan keselamatan semasa menggunakan peralatan-peralatan di bengkel perlu
diberi perhatian yang serius dan memainkan peranan penting dalam mengurangkan
risiko kemalangan. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam
menjalankan kerja-kerja amali yang menyebabkan berlakunya risiko kemalangan.
Dengan itu, pengkaji ingin mengkaji kesedaran amalan keselamatan penggunaan
peralatan dan mesin di kalangan pelajar yang menjalankan kerja-kerja amali Teknologi
Kejuruteraan di Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat. Kajian ini merangkumi
pengetahuan asas pelajar, tahap persekitaran bengkel, kaedah senggaraan peralatan dan
mesin, asas kemahiran penggunaan alatan dan mesin, pengalaman pelajar dan sikap
pelajar semasa menjalankan amali di bengkel
69
1.4 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan mengenai
kesedaran amalan keselamatan pelajar terhadap penggunaan peralatan dan mesin di
bengkel Teknologi Kejuruteraan. Persoalan yang dikaitkan dalam kajian ini adalah:
1. Adakah para pelajar mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan
peralatan dan mesin di bengkel Teknologi Kejuruteraan ?
2. Adakah tahap persekitaran di bengkel Teknologi Kejuruteraan
membolehkan pelajar menjalankan kerja-kerja amali dengan selamat ?
3. Adakah kaedah senggaraan peralatan dan mesin dilakukan oleh pelajar
sebelum dan selepas menggunakannya ?
4. Adakah pelajar mengamalkan sikap yang positif semasa menjalankan
kerja-kerja amali ?
5. Adakah para pelajar mempunyai pengalaman dalam menggunakan
peralatan dan mesin ?
6. Adakah para pelajar mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan mesin
dan peralatan di bengkel Teknologi Kejuruteraan ?
70
1.5 Objektif Kajian
Bilangan kemalangan di sektor industri makin bertambah dari tahun ke
setahun, kejadian ini seolah-olah menggambarkan amat kurangnya amalan
keselamatan yang dijalankan di tempat kerja. Pihak PERKESO telah membayar
pampasan berjuta ringgit setahun bagi menanggung segala kos kemalangan yang
terjadi. Lantas daripada itu, penerapan nilai-nilai yang menitik beratkan
keselamatan haruslah diberikan kepada individu semasa mereka masih
bersekolah lagi. Objektif kajian ini adalah :
1. Mengenalpasti pengetahuan asas pelajar dalam menggunakan peralatan
dan mesin di bengkel
2. Mengenalpasti tahap persekitaran dari aspek keselamatan yang di adakan
di bengkel teknologi kejuruteraan.
3. Mengenalpasti kaedah senggaraan peralatan dan mesin yang dijalankan
oleh pelajar.
4. Menenalpasti sikap pelajar semasa menjalankan amali di bengkel
teknologi kejuruteraan (TK).
5. Mengenalpasti pengalaman pelajar dalam menggunakan peralatan dan
mesin di bengkel
6. Mengenalpasti asas kemahiran penggunaan mesin dan peralatan di
bengkel di kalangan para pelajar.
top related