Page 1
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER_
BAGI SAINS TINGKATAN EMPAT: HEREDITY AND_______
VARIATION: SEX CHROMOSOME, TWINS AND MUTATION
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya MELISSA TAN JEROME (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
1948, TAMAN UJUNG CIK ZALEHA BINTI ABDULLAH JALAN TOK UNGKU Nama Penyelia 70100 SEREMBAN, N.S. Tarikh: _________ __ Tarikh: ____________
SULIT
TERHAD
Page 2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan”.
(Sains)
Tandatangan : ..........................................
Nama Penyelia : Cik Zahela binti Abdullah
Tarikh : .........................................
Page 3
PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI SAINS
TINGKATAN EMPAT: HEREDITY AND VARIATION: SEX CHROMOSOME,
TWINS AND MUTATION.
MELISSA TAN JEROME
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
Page 4
ii
Saya akui karya ini “Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer Bagi Sains
Tingkatan Empat: Heredity And Variation: Sex Chromosome, Twins And
Mutation.”adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ............................................................................................
Nama Penulis : MELISSA TAN JEROME
Tarikh : ............................................................................................
Page 5
iii
PENGHARGAAN
Dalam proses pembangunan perisian ini telah melibatkan bantuan daripada
beberapa pihak. Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia projek sarjana muda, Cik. Zaleha
binti Abdullah, atas bantuan serta tunjuk ajar yang diberi selama ini.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada rakan-rakan
sekalian atas sokongan serta tunjuk ajar yang diberi. Akhir sekali, penulis ingin
mengucapkan terima kasih kepada keluarga penulis atas dorongan mereka.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.
Page 6
iv
ABSTRAK
Penggunaan PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) dan multimedia
dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang
lain menjadi semakin giat pada hari ini. Fenomena ini dapat dilihat di mana bakal-
bakal guru yang sedang mengaji di maktab perguruan atau menara gading dilatih
untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer. Pembangunan teknologi
multimedia yang menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif membawa
persepsi baru dalam era mengapa ia sesuai diserahkan kepada pengguna yang
menggunakannya. Pengguna diberi peluang untuk mengawal apa isi kandungan
yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia
dipersembahkan. Perisian ini ditujukan kepada pelajar tingkatan 4 yang mengambil
aliran sains sastera dan guru yang mengajar subjek sains yang berkaitan. Perisian ini
membenarkan pengguna untuk turut serta dalam mengawal maklumat dengan
menggunakan maklumat antaramuka navigasi seperti fungsi mara dan undur,
kemudahan mencapai nota dan latihan dengan mudah. Antara perisian utama yang
digunakn untuk membangunkan perisian multimedia ini adalah Macromedia
Authoware 7.0, Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop 6.0 dan Sound Forge 5.0.
Page 7
v
ABSTRACT
Computer Assited Learning (CAL) and multimedia are widely used in the
process of teaching in schools and certain education centre. This is proven from the
phenomenon where we can see that many of the trainee teachers are been taught and
trained to master certain computer basic knowledge to develop multimedia software.
The development of the multimedia technology empahsizes the interactive elements
which brings a new perception in computer usage in education. Interactive
multimedia software is the reason which made it is suitable to give to the user to use
it. User are given chances to control the content of the software. This software is
aimed for students who are in form 4 taking Science subject and for the teachers who
are teaching relevant topic. This software allows the users to participate and control
information with the navigation interface includes the functions move forward and
backward one screen at a time within the module, jump to modules of interest and
search of find related information on topics that are presented. This software is
packaged into a compact disc (CD) for playback purpose. Major program that are
used to develop this multimedia sotfware were Macromedia Authoware 7.0,
Macormedia Flash MX, Adobe Photoshop 6.0 and Sound Forge 5.0.
Page 8
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
x
xi
xii
xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Perisian
1.5 Kepentingan Projek
1.6 Skop Projek
1.7 Takrifan Operasi
1.8 Rumusan
1
1
3
8
9
10
10
11
14
Page 9
vii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Teknologi dalam pendidikan
2.3 Multimedia dalam pendidikan
2.4 Kelebihan dan kelemahan multimedia dalam
pendidikan
2.5 Elemen-elemen dalam multimedia
2.5.1 Teks
2.5.2 Grafik
2.5.3 Audio
2.5.4 Video
2.5.5 Animasi
2.6 PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer)
2.7 Kelemahan dan kelebihan PBK
2.8 Aplikasi teori pembelajaran ke atas reka bentuk
perisian
2.9 Kajian dan kesan PBK
2.10 Rumusan
16
16
17
18
19
21
21
21
22
22
23
23
25
26
28
29
3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Responden
3.3 Alat kajian
3.3.1 Pemilihan perkakasan dan perisian
3.3.2 Spesifikasi perkakasan minimun
pengguna
3.3.3 Alat pengukuran
3.4 Prosedur kajian
3.4.1 Model reka bentuk ADDIE
3.4.2 Teori pembelajaran yang diaplikasikan
3.4.3 Jadual spesifikasi isi pelajaran perisian
(JSP)
31
31
32
33
33
35
36
36
37
40
41
Page 10
viii
4
5
3.4.4 Carta alir
3.5 Batasan kajian
3.6 Rumusan
HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pendahuluan
4.2 Struktur asas perisian
4.2.1 Paparan montaj
4.2.2 Paparan pendaftaran
4.2.3 Paparan pengesahan status pengguna
4.2.4 Paparan objektif perisian
4.2.5 Paparan menu utama perisian
4.2.6 Papran menu isi pelajaran
4.2.7 Paparan isi pelajaran
4.2.8 Paparan menu latihan
4.2.9 Paparan latihan
4.2.10 Paparan peneguhan positif
4.2.11 Paparan peneguhan negatif
4.2.12 Paparan markah pengguna
4.2.13 Paparan aktiviti
4.2.14 Paparan informasi
4.2.15 Paparan hakcipta
4.3 Komponen perisian
4.3.1 Teks
4.3.2 Grafik
4.3.3 Audio
4.3.4 Animasi
4.4 Pempakejan perisian
4.5 Penutup
KESIMPULAN, MASALAH DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Rumusan perisian
41
48
48
49
49
49
50
50
50
52
53
53
54
55
55
57
58
58
60
60
61
61
62
62
62
63
63
64
65
65
65
Page 11
ix
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi
5.3.1 Kekurangan kepakaran
5.3.2 Masalah teknikal
5.3.3 Kekangan masa
5.4 Kelebihan dan kelemahan perisian
5.4.1 Kelebihan perisian
5.4.2 Kelemahan perisian
5.5 Cadangan
5.6 Kesimpulan
67
67
68
68
69
69
70
70
71
RUJUKAN
LAMPIRAN
73
75
Page 12
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1
3.1
3.2
Kaedah dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan bagi
menghasilkan perisian kursus multimedia
pendidikan yang berkesan.
Penerangan simbol dan perwakilan yang
digunakan dalam carta alir.
Jadual spesifikasi isi pelajaran perisian (JSP).
5
38
46
Page 13
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE
Paparan montaj
Paparan pendaftaran
Paparan pengesahan status pengguna
Paparan objektif perisian
Paparan menu utama perisian
Paparan menu bagi isi pelajaran
Paparan bagi persembahan isi pembelajaran
Paparan menu latihan
Paparan latihan objektif
Paparan latihan struktur
Paparan bagi maklum balas positif
Paparan bagi maklum balas negatif
Paparan markah pada akhir latihan
Paparan aktiviti
Paparan hakcipta
37
51
51
52
52
54
54
56
56
57
57
58
59
59
60
61
Page 14
xii
SENARAI SINGKATAN
PBK
KBSM
UTM
ADDIE
BTP
JSP
CAI
CBI
CAT
CAL
CBL
MSC
- Perisian berbantukan komputer
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Universiti Teknologi Malaysia
- Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation
- Bahagian Teknologi Pendidikan
- Jadual Spesifikasi Pelajaran
- Computer Aided Instruction
- Computer Based Instruction
- Computer Assited Testing
- Computer Aided Learning
- Computer Based Learning
- Multimedia Super Coridor
Page 15
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A
Borang penilaian perisian multimedia
75
Page 16
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad, bekas Menteri Pendidikan Malaysia
mengatakan bahawa teknologi maklumat adalah asas kepada kehidupan masyarakat
abad ke-21. Justeru, usaha perlu dilaksanakan secara gigih untuk menjadikan
masyarakat ini celik maklumat. Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) menjadi
bukti kesungguhan kerajaan merealisasikan usaha mencapai matlamat Wawasan
2020. Ia akan menjadi pemangkin kepada perkembangan pesat sektor teknologi
maklumat yang melibatkan tujuh aplikasi iaitu kerajaan elektronik, sekolah bestari,
tele-perubatan, gugusan penyelidikan dan pembangunan, kad pelbagai guna
kebangsaan dan pengeluaran sedunia web. Di antara tujuh aplikasi ini, sekolah
bestari merupakan aplikasi yang akan meletakkan asas kepada pembangunan sumber
manusia yang berpengetahuan dan menguasai maklumat. Ini sejajar dengan
perkembangan global berasaskan K-ekonomi. Kita dapat melihat bahawa sistem
pendidikan Malaysia pada masa kini sedang mengalami perubahan yang pesat.
Pelbagai kaedah baru diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran seseorang
guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran menjadi lebih bermakna. (Jamalludin
Harun, 2003). Perisian Berbantukan komputer (PBK) mula diperkenalkan dan
seiring dengan perkembangan era teknologi maklumat serta komunikasi yang
Page 17
2
semakin pesat, ia semakin mendapat perhatian sama ada di kalangan pendidik,
pelajar atau masyarakat umum.
Keberkesanan pengajaran berbantukan komputer yang dirancang dengan teliti
telah lama dibuktikan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Secara umumnya,
penguasaan dan kadar pengingatan meningkat apabila multimedia yang interaktif
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana banyak melibatkan
penggunaan lebih dari satu deria serta menjadikan proses lebih aktif apabila
pengguna yang mengawal sesuatu pembelajaran itu. (Mac Donald 1995).
Perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer telah
lama bermula di Amerika Syarikat sejak tahun 1960 dengan menggunakan komputer
IBM. Di Malaysia, kaedah ini mula diperkenalkan dengan melibatkan 60 buah
sekolah menengah yang dibekalkan dengan 20 buah komputer pada tahun 1993.
Suatu bahan bernama ComIL telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan
Kementerian Pendidikan. Terdapat satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan
yang bertanggungjawab dalam menghasilkan PBK di Malaysia iaitu Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP). BTP asalnya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan
Sebaran dan ditubuhkan pada tahun 1972. Fungsi awal BTP ialah perkhidmatan
siaran radio pendidikan, perkhidmatan Alat Pandang Dengar serta TV Pendidikan.
Perkembangan teknologi yang pesat di negara kita menambahkan lagi peranan BTP
yang berkaitan dengan multimedia dalam pendidikan. Antara aktiviti utama yang
dilakukan oleh BTP ialah menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai media iaitu cetak, audio (radio), video (TV) dan perisian multimedia. BTP
juga menguruskan penyebaran bahan yang dihasilkan melalui media cetak, siaran
radio, siaran TV, CD-ROM dan rangkaian komputer.
BTP mengkaji dan mentafsir dasar keperluan pendidikan yang berkaitan
dengan peranan media dan teknologi bagi mengukuhkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain daripada itu, BTP
juga merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam pelbagai media. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan
ini akan disebarkan melalui media yang sesuai. Kemudian BTP akan mengesan,
Page 18
3
menilai dan mengkaji keberkesanan pengunaan media dan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah. Satu lagi
peranan yang amat sesuai dengan perkembangan teknologi pada hari ini ialah
Perisian Kursus Multimedia (CDRI). Perisian Kursus Multimedia mula dibangunkan
pada tahun 1977 dan perisian yang dibangunkan adalah berdasarkan kurikulum dan
bertujuan membantu pelajar dalam aspek pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan. Pada tahun
2000, penerbitan 100 judul CDRI meliputi 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta Pendidikan Islam dan Kajian Tempatan
telah diedarkan kepada 90 buah Sekolah Bestari, 360 buah sekolah projek komputer
dan pendidikan, 18 buah Sekolah Rintis Projek Penstrukturan Pengkomputeran di
bawah EPU, semua maktab perguruan bahagian-bahagian dalam kementerian
pendidikan, semua PSPN, BTPN serta PKG dan sekolah-sekolah lain berdasarkan
permintaan.
1.2 Latar Belakang Masalah:
Pendidikan di Malaysia sejak awal kewujudannya telah mengalami pelbagai
perubahan atau reformasi akibat daripada tinggalan sistem pendidikan kolonial yag
kuat berpegang kepada sistem pecah-perintahnya. Perubahan-perubahan juga turut
dibuat atas desakan etnik-etnik mengenai sistem pendidikan vernakular mereka.
Berbagai perubahan juga dibuat akibat daripada kehendak proses asimilasi daripada
penduduknya yang berbilang bahasa sehingga terbentuknya masyarakat yang
beridentitikan Malaysia. Reformasi pendidikan berlaku pada tahun 1960 dan lahir
Laporan Rahman Talib dan kemudiannya termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.
Reformasi pendidikan terus berlaku sehingga berlaku Laporan Jawatankuasa 1971.
Laungan bekas perdana menteri menjadikan Malaysia sebuah negara maju menerusi
aspirasi Wawasan 2020 dan cetusan idea Koridor Raya Multimedia (MSC)
merancakkan lagi reformasi pendidikan.
Page 19
4
Kehadiran multimedia turut menyaksikan penerimaannya secara meluas di
dalam pendidikan. Di dalam aplikasi MSC, penggunaan multimedia merupakan
antara unsur penting di dalam penyediaan serta pembangunan kandungan
persekolahan bestari. Dunia pendidikan sejak dahulu lagi telah mempergunakan
pelbagai kaedah serta teknologi dalam usaha memperalihkan pengetahuan serta ilmu
di antara tenaga pengajaran dengan pelajar. Ini bermulalah dengan kaedah lisan,
tulisan, lukisan dan kemudiannya menggunakan teknologi penyiaran seperti radio,
televisyen dan sebagainya. Peranan teknologi dan komunikasi dalam kehidupan
masa kini tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Pada tahun 1998, mata
pelajaran teknologi maklumat diumumkan ditawarkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia
2000 sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Tindakan kerajaan meluluskan pakej rangsangan bernilai RM
4.3 bilion termasuk RM 300 juta bagi pembinaan makmal-makmal komputer di
2,000 sekolah adalah antara tindakan susulan yang menunjukkan pembangunan
positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
(Utusan Malaysia, 27 September 2001). Pengunaan perisian multimedia pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mendapat perhatian daripada pihak
kerajaan pada tahun 2001. Sejak penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik dilaksanakan, permintaan perisian pendidikan semakin
bertambah kerana diyakini keberkesananya dapat membantu para guru dan juga
pelajar.
BTP (Disember 1997) menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran
pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia.
Kaedah-kaedah yang disarankan dirumuskan dalam jadual 1.1:
Page 20
5
Jadual 1.1: Kaedah dan Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.
(Jamalludin Harun, 2003).
Pendekatan Penerangan
Tutorial Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bercorak
bimbingan dan latihan.
Latih Tubi Aktiviti bagi meningkatkan kefahaman konsep dan
penguasaan kemahiran melalui latihan yang banyak,
pelbagai bentuk dan pendekatan.
Permainan Pendekatan secara permainan diyakini boleh meningkatkan
minat dan keseronokan belajar.
Simulasi Pembelajaran yang melibatkan pengguna melakukan aktiviti
yang menyerupai keadaan sebenar.
Penemuan Pendekatan di mana pengguna perisian memahami dan
menemui sesuatu (misalnya konsep dan hukum) melalui
aktiviti terbimbing.
Eksperimen Kaedah ini bertujuan membolehkan para pelajar memahami
sesuatu konsep melalui sesuatu proses yang dilaksanakan.
Demonstrasi Penjelasan konsep, proses serta penguasaan sesuatu
kemahiran melalui tunjuk cara.
Ensaiklopedia Pendekatan pembelajaran berkaedahkan kepada proses
rujukan buku atau sumber maklumat yang lain.
Penceritaan Pendekatan pembelajaran yang menjurus kepada aktiviti
menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan konsep atau
idea.
Penjelajahan Aktiviti yang melibatkan kegiatan penjelajahan yang
dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Kolaboratif Satu pendekatan pembelajaran secara berkumpulan,
bercorak saling membantu antara satu sama lain dalam
kumpulan.
Page 21
6
Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan unsur-unsur
pembelajaran interaktif membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer
dalam pendidikan. Perisian yang interaktif adalah faktor utama mengapa ia sesuai
diserahkan kepada pengguna yang menggunakannya. Pengguna diberi peluang
untuk mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia
dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Kebanyakkan pembangun
perisian mula mengambil kira teori-teori pembelajaran ataupun berdasarkan suasana
keperluan dan semasa. Secara umumnya, seorang pembangun perisian perlu
menekankan proses pembelajaran pelajar melalui hasil perisiannya. Penggunaan
teknologi multimedia dalam bidang pendidikan membolehkan informasi dalam
jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut dapat
dicapai serta digunakan mengikut masa dan tempat yang ditetapkan oleh pelajar itu
sendiri. (Albion, 1998). Vaughan (1998) mengatakan bahawa media interaktif dapat
menarik perhatian serta mudah untuk difaham berbanding menggunakan bahan-
bahan yang statik. Maka, pengguna yang tertarik minatnya tentunya akan memberi
lebih tumpuan terhadap isi pembelajaran. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa
penggunaan teknologi multimedia mendapat maklum balas yang positif daripada
pengguna. Ia juga dapat menyokong pembelajaran yang bersifat menyelesaikan
masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian berasaskan keupayaan serta
meningkatkan kreativiti pelajar. (O’Connor dan Brie, 1994). Selain daripada itu, Ng
dan Komiya (2000) membuktikan bahawa multimedia interaktif memberi kesan yang
baik dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh yang panjang
dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding dengan
kaedah pengajaran tradisi.
Grafik mengilustrasikan mesej seperti pepatah yang mengatakan bahawa
“Sekeping gambar dapat menggambarkan seribu bahasa”. Segala bentuk mesej yang
diterima daripada deria penglihatan mereka akan dapat diterima dengan terperinci
dan menyebabkan ia mudah difahami dan seterusnya dikekalkan dalam ingatan.
Dalam bab Keturunan dan Variasi yang mengandungi istilah baru serta pelbagai
fenomena yang jarang boleh didapati di persekitaran pelajar, penggunaan grafik imej
merupakan satu cara yang sesuai untuk membantu pelajar meningkat kadar
pengingatan mereka. Imej grafik dapat menerangkan konsep, mengilustrasikan dan
Page 22
7
menghuraikan carta. Selain daripada itu, imej grafik digunakan sebagai komunikasi
korporat dan budaya, atau simulasi suasana dan ilustrasi tempat. (Rozinah
Jamaludin, 2000). Imej grafik boleh didapati daripada gambar foto, slaid, lukisan
berklip, carta, peta, foto CD-ROM, internet dan perkhidmatan dalam talian dan
tangkapan video dan kamera digital. Penggunaan grafik dapat mempercepatkan
proses penyampaian maklumat dan ianya menyediakan maklumat yang jelas, tepat
dan konsisten antara individu yang berbeza. (Dr.Zaidatun Tasir). Dalam bidang
pendidikan, grafik telah lama digunakan sebagai salah satu medium utama bagi
menyalurkan maklumat. Apabila diperhatikan, daripada peringkat pengajian rendah
atau tadika, para pelajar lebih banyak didedahkan dengan imej atau objek dalam
proses pembelajaran sebelum mengenali huruf. Maka kombinasi huruf dan objek
akan membentuk sesuatu yang lebih bermakna. Sehingga ke peringkat sekolah
menengah dan peringkat universiti, masih ramai yang gemar belajar melalui grafik.
(Jamalludin Harun). Penggunaan grafik pada hari ini bukan sahaja sebagai sokongan
teks semata-mata tetapi sebagai media utama dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi setiap peringkat usia.
Perisian Berbantukan Komputer umumnya bersifat “mengajar” penggunanya
mengenai sesuatu isi pembelajaran. (Baharuddin Aris, 2002). Biasanya PBK
pendidikan berbentuk tutorial, latih tubi, simulasi, dialog dan perisian model. Orang
yang membangunkan perisian dikenali sebagai pembangun perisian. Pembangun
perisian akan memasukkan semua unsur multimedia untuk menjadikan perisiannya
lebih interaktif. Antara unsur multimedia yang lazim dimasukkan ialah teks, grafik,
audio, video, animasi serta hipermedia dan hiperteks. Hasil perisian yang
diperkayakan dengan unsur multimedia semestinya berbeza dengan media
penyampaian maklumat yang lain seperti akhbar, radio, televisyen dan sebagainya
kerana aplikasi multimedia interaktif membenarkan pengguna mengawal sistem
komputer dan ini mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih menarik perhatian
serta menghiburkan (Dr.Zaidatun Tasir, 2003). Konsep hipermedia dan hiperteks
turut membantu menghasilkan kesan interaktivit yang lebih berkesan. Hipermedia
ialah kebolehan sesebuah aplikasi atau sistem membenarkan pengguna mencapai
maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang linear tetapi sebaliknya membenarkan
pengguna mencapai mana-mana aplikasi yang dikehendaki. Bagi konsep hiperteks
Page 23
8
pula ialah capaian maklumat secara rawak melalui teks. Biasanya PBK yang
dibangunkan ini bermatlamat membantu serta membimbing pelajar belajar dan
menguasai pengetahuan yang diperlukan berasaskan sifat-sifat pembelajaran
seseorang pelajar. PBK berbentuk pendidikan hiburan juga boleh dibina
memandangkan unsur-unsur multimedia yang dimasukkan ini boleh bersifat dinamik
dan dengan ini dapat menjadikan proses pendidikan yang selama ini dianggap
membebankan serta membosankan berubah menjadi sesuatu yang menghiburkan.
Maka, sifat dinamik PBK boleh membantu meningkatkan proses pembelajarn
dan pengajaran bagi subjek sains. Ini adalah kerana kebanyakkan topik sains
mengandungi istilah-istilah yang agak baru bagi pelajar dan ini akan menyebabkan
pelajar hilang minat apabila pelajar berasa susah untuk memahami sains dengan
istilah-istilah baru serta konsep yang abstrak. Selain daripada itu, pembelajaran
sains adalah sesuatu yang misteri. Maka dengan adanya bantuan teknologi
multimedia dalam pembangunan perisian, pembelajaran tentulah akan menjadi lebih
menarik. Dalam bab Keturunan dan Variasi akan menerangkan mengenai semua
mengenai gen, kromosom, pembahagian sel, perwarisan sifat, penentuan seks anak
dan kejadian anak kembar, mutasi, penyelidikan genetik serta variasi yang berlaku di
kalangan manusia. Maka, dari bab ini terdapat banyak istilah yang jarang digunakan
dalam kehidupan seharian serta fenomena seperti mutasi yang jarang berlaku di
kalangan pelajar di sekolah. Dengan bantuan PBK dalam prose pengajaran dan
pembelajaran bagi bab Keturunan dan Variasi, pelajar akan lebih sedar bahawa
kepentingan variasi yang berlaku di kalangan manusia serta kepentingan
mewujudkan dan mematuhi etika dalam penyelidikan genetik.
1.3 Pernyataan masalah
Masalah yang dikesan ialah kekurangan PBK yang interaktif serta imej grafik
yang menarik serta bersesuaian bagi bab Keturunan dan Variasi, Sains tingkatan 4
dalam bahasa Inggeris. Sehingga hari ini, masih terdapat ramai pengajar yang masih
Page 24
9
menyampaikan isi pembelajaran bab Keturunan dan Variasi dengan penggunaan
buku teks sahaja. Pedagogi pengajaran yang sedemikian hanya akan menyebabkan
pelajar hanya sekadar mengetahui isi pembelajaran sahaja tetapi sukar untuk
membantu pelajar mengaitkan fakta yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Ini
adalah disebabkan kekurangan variasi perisian yang bersesuaian dalam dunia
pendidikan. Dalam bab Keturunan dan Variasi terdapat banyak istilah-istilah yang
jarang diguna dalam perbualan seharian seperti mutasi, kromosom seks, gen
dominon, gen resesif, autosom, zigot, mutasi gen, mutasi kromosom dan sebagainya.
Penyampaian isi pembelajaran hanya daripada buku teks sahaja tidak mencukupi
untuk menarik minat pelajar. Terutamanya pengajaran terhadap topik “Mutasi dalam
kehidupan”. Dalam topik ini akan membincangkan jenis dan kesan mutasi. Jika
hanya menyebut nama bagi jenis-jenis mutasi kepada pelajar, kebarangkalian pelajar
untuk mengingat jenis serta dan kesan mutasi adalah rendah. Adalah sukar bagi
pelajar untuk mengaitkan mutasi dengan kehidupan kerana jarang melihat kesan
mutasi dalam kehidupan mereka. Penyediaan gambar-gambar yang menarik oleh
pengajar adalah terhad. Ini adalah kerana pengajar perlu mencari gambar-gambar
kemudian membesarkan gambar di mana ianya akan membelanjakan kos yang
mahal. Namun, dengan adanya kemudahan teknologi pada hari ini, pengajar boleh
mencari grafik yang sesuai melalui mana sumber-sumber seperti internet di mana
internet akan menyediakan grafik yang terkini dan pelbagai. Kemudian grafik yang
dicari boleh diubahsuai melalui program-program tertentu seperti Paint, Adobe
photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya.
1.4 Objektif perisian
Di antara berikut merupakan objektif bagi pembangunan perisiasn ini:
(a) Menambah bilangan PBK bagi bab Keturunan dan Variasi, Sains tingkatan 4
dalam bahasa Inggeris.
Page 25
10
(b) Menghasilkan PBK yang interaktif berserta imej grafik yang menarik serta
bersesuaian bagi bab Keturunan dan Variasi.
1.5 Kepentingan projek:
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian bagi subjek sains
tingkatan 4, bab Keturunan dan Variasi yang bersifat dinamik. Kepentingan projek
ini adalah untuk menambah bilangan perisian berbantukan komputer dalam subjek
sains tingkatan 4. Dengan bertambahnya bilangan perisian bagi bab yang berkenaan,
pengajar bolehlah menggunakan perisian ini untuk membantu meningkatkan lagi
penguasaan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Justeru membantu
pelajar untuk mengaitkan dengan kehidupan seharian melalui penyampaian isi
pembelajaran yang interaktif. Perisian yang dihasilkan bersifat interaktif dan
kemasukkan kesemua unsur-unsur multimedia iaitu teks, grafik, animasi, video dan
audio akan membantu dalam menarik minat dan perhatian dalam pembelajaran bagi
bab Keturunan dan Variasi, justeru akan membantu pelajar meningkatkan lagi tahap
penguasaan terhadap bab berkenaan.
1.6 Skop projek
Sasaran kumpulan bagi projek ini ialah pelajar tingkatan 4 yang mengambil
subjek Sains dan guru sains yang mengajar subjek Sains. Sasaran kumpulan tidak
semestinya mempunyai kemahiran komputer yang tinggi kerana hasil perisian
bersifat “user friendly”. Namun demikian, sasaran kumpulan sekurang-kurangnya
Page 26
11
memerlukan pengetahuan asas mengenai literasi komputer. Teori pembelajaran yang
diaplikasikan di dalam projek ini ialah teori pembelajaran teori konstruktivisme di
mana pengajaran dalam PBK berdasarkan kepada pengalaman pelajar dan
menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar. Cara
pembelajaran pelajar yang perlu ada pelajar ialah pembelajaran masteri di mana
pembelajaran adalah dalam corak ajar-uji-ajar semula-uji semula. Di mana dalam isi
kandungan perisian ini, pada setiap akhir penyampaian isi pembelajaran bagi satu
sub topik, kefahaman pengguna akan diuji dengan beberapa soalan. Kemudian
pembelajaran diteruskan sehingga ke bahagian latihan, kefahaman pengguna akan
diuji sekali lagi. Dalam perisian ini, skop kandungan bagi bab Keturunan dan
Variasi hanya ditumpukan kepada kromosom seks, mekanisme penentuan seks anak
dan kejadian anak kembar pada manusia serta mutasi dalam kehidupan. Dengan
hanya menumpukan kepada tiga sub topik ini, grafik-grafik yang terkini serta
menarik akan dimasukkan ke isi pembelajaran supaya boleh membantu pengguna
lebih mengenali setiap istilah sains serta mengaitkan dengan kehidupan seharian.