PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 BAHASA · PDF filePEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 ... Petikan membincangkan manfaat/faedah/kebaikan ... Pengambilannya secara berterusan mampu memupuk
Post on 01-Feb-2018
274 Views
Preview:
Transcript
1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN BAHAGIAN A Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan Isi / idea – 3 isi / idea penting (tidak termasuk pendahuluan & penutup) dan mesti berdasarkan tugasan yang diberi. Karangan mesti ditulis dalam jumlah yang ditetapkan (antara 200 – 250 patah kata). Karangan yang tidak memenuhi panjang yang ditetapkan tidak boleh dimasukkan pada tahap cemerlang. Kesalahan ejaan tidak dipotong markah. PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBERI KOMEN: Bagi peringkat cemerlang – idea sahaja Bagi peringkat baik, memuaskan dan kurang memuaskan – bahasa dan idea sahaja Karangan yang tiada kata-kata puitis seperti peribahasa, kata-kata hikmat, cogan kata dan lain-lain – markah maksimum 25 sahaja. BAHAGIAN B: Isi – bergantung kepada bilangan perkataan dan markah yang ditetapkan (minimum 3 isi / idea penting) Pemeriksaan secara impression berpandukan panduan ditetapkan Jika karangan: a. Kurang 350 patah kata, pemeriksa seperti biasa. b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa sehingga ke akhir karangan. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan markah ejaan keseluruhan
maksimum 3 markah sahaja. Tiada pemotongan markah ejaan bagi kesalahan berulang. Markah bersih/muktamad hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kanan halaman pertama
karangan.
www.papercollection.batukawa.info
2
Contoh : Bahagian A : 25 Markah
Bahagian B : 65 Markah Jumlah : 90 Markah Komen diberi sekiranya perlu pada karangan yang diperiksa. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca: ( ) = Kesalahan isi ____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar // =Kesalahan ejaan yang berulang
=Kesalahan tanda baca.
www.papercollection.batukawa.info
3
PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 1 BAHAGIAN A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (30 markah) KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
Cemerlang
26 – 30 Atas (28 - 30) Bawah (26 - 27)
Karangan menepati tema bahan rangsangan
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.Ejaan
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan).
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan
dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
Kepujian
20 - 25 Atas (23 - 25) Bawah (20 - 22)
Karangan menepati tema bahan rangsangan.
Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Ejaan
mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang
digunakan bervariasi.
Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.
15 – 19
Karangan masih menepati bahan rangsangan.
www.papercollection.batukawa.info
4
Memuaskan
Atas (17 - 19) Bawah (15 - 16)
Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.Penggunaan kosa kata umum.
Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa
masih bervariasi.
Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.
Kurang Memuaskan
10 - 14 Atas (12 - 14) Bawah (10 - 11)
Karangan kurang menepati tema bahan
rangsangan.
Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Penggunaan kosa kata terhad.
Ejaan masih mengikuti Sistem Ejaan Rumi Baru
tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
Wacana kurang lengkap. unsur bahasa kurang bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.
Pencapaian Minimum
01 - 09 Atas (06 - 09) Bawah (01 - 05)
Calon tidak menunjukkan penguasaan
kemahiran menulis.
Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
Idea tidak menepati bahan rangsangan.
www.papercollection.batukawa.info
5
Bahagian B: Karangan Respons Terbuka ( 100 markah ) KRITERIA KRITERIA
DESKRIPSI
1. BAHASA ( Mekanis )
Kegramatisan - kata ( morfologi )
sintaksis ( ayat ) Tanda baca Ejaan
2. LARAS ( Dinamis )
Pemilihan kosa kata
3. IDEA ( ISI )
Tema Isi utama Pengembangan (huraian/ bahasa/ hujahan/ contoh) Releven
4. PENGOLAHAN
Wacana Logik Pemerengganan Format
5. GAYA BAHASA
Keindahan bahasa Ungkapan Peribahasa
www.papercollection.batukawa.info
6
KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA
CEMERLANG
80 – 100 ( 90 – 100 ) ( 80 – 89 )
Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
tepat. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis Ejaan dan tanda baca betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan
jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
KEPUJIAN
66 – 79 ( 73 – 79 ) ( 66 – 72 )
Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa yang sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum. Idea relevan mengikut tugasan, huraian isi masih
jelas dan contoh masih sesuai. Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan
masih sesuai. Wacana masih lengkap dan terdapat
kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan menarik (peribahasa, pantun, cogan kata)
BAIK
51 – 65 ( 58 – 65 )
Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca masih betul. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Penggunaan kosa kata umum. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
www.papercollection.batukawa.info
7
( 51 – 57 )
masih jelas dan contoh masih sesuai.
Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan masih sesuai.
Wacana masih lengkap Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
MEMUASKAN
36 – 50 ( 43 – 50 ) ( 36 – 42 )
Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. Ayat kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan yang minimum. Laras bahasa kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum dan terhad. Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
kurang jelas dan contoh kurang sesuai. Pengolahan kurang menarik, pemerengganan
kurang sesuai. Wacana masih / kurang lengkap. Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
KURANG MEMUASKAN
21 – 35 ( 28 – 35 ) ( 21 – 27 )
Penggunaan kata kurang tepat. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan
huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang. Unsur bahasa tidak bervariasi. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah.
www.papercollection.batukawa.info
8
CADANGAN JAWAPAN (BM 1- 1103/1) BAHAGIAN A TUGASAN: Sebab –sebab berlakunya kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Cadangan idea.
i. Manusia sudah hilang sifat kemanusiaan.
ii. Manusia sudah tidak mengamalkan nilai moral dan nilai sivik.
iii. Tidak mengamalkan ajaran agama / cetek pengetahuan tentang agama.
iv. Tidak takut akan balasan tuhan atau hari pembalasan.
v. Manusia bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak peka kepada masyarakat sekeliling .
vi. Hukuman tidak berat dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Kemungkinan: Calon mengemukakan idea-idea yang lain berkaitan sebab-sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak (diterima).
www.papercollection.batukawa.info
9
CADANGAN SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1
BAHAGIAN B SOALAN 1 Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Jelaskan
kepentingan disiplin diri kepada pelajar.
Tugasan : Kepentingan disiplin diri kepada pelajar Format : Tiada Cadangan idea :
i. Berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
ii. Memiliki sahsiah diri yang terpuji
iii. Menjadi idola / contoh kepada orang lain / pelajar lain
iv. Menjadi inspirasi rakan-rakan / sumber rujukan
v. Sentiasa patuh pada arahan dan nasihat
vi. Menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah
vii. Sentiasa berfikiran positif dan optimis
viii. Bahagia di dunia dan di akhirat.
SOALAN 2 Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang
peranan ibu bapa bagi melahirkan keluarga yang sihat.
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
Tugasan : Peranan ibu bapa bagi melahirkan keluarga yang sihat. Format : Ceramah
Cadangan idea : i. Menyediakan makanan seimbang
ii. Melakukan aktiviti riadah bersama-sama
iii. Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah .
iv. Mendidik anak-anak tentang amalan kebersihan diri dan
persekitaran.
v.Menasihat dan memastikan anak-anak tidak terlibat dalam gejala
merokok, pengambilan dadah dan alkohol.
www.papercollection.batukawa.info
10
vi.Memastikan diri dan anak-anak sentiasa menjalani pemeriksaan
kesihatan secara berkala.
vii.Memilih tempat tinggal yang sesuai – tersusun / bersih / ada
landskap menarik.
Markah ditolak jika: Tiada kata penghadap majlis – tolak 1 markah
Tiada kata penegasan (tuan-tuan/puan-puan) – tolak 1 markah
Tiada penutup – tolak 1 markah
Maksima tolak markah 2 markah
SOALAN 3
Kerajaan telah berusaha untuk memajukan industri kraft tangan yang semakin dilupakan oleh
rakyat Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan industri ini di negara kita.
Tugasan : Langkah-langkah untuk meningkatkan industri kraft tangan di negara
kita.
Cadangan idea : i .Mengadakan Hari Kraft Kebangsaan sebagai pengiktirafan
ii. Menubuhkan Perbadanan Kemajuan KraftTangan Malaysia
iii. Mengawal kualiti mutu hasil kraft tempatan
iv. Membangunkan bidang penyelidikan
v. Kempen – dalam dan luar negara
Kemungkinan : Calon menulis langkah yang boleh dijalankan : diterima
- Markah maksima 64
SOALAN 4
Wabak ILI dan H1N1 merupakan penyakit berjangkit yang berlaku di seluruh dunia sejak akhir-
akhir ini. Penyakit ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap kesihatan penduduk dan
ekonomi sesebuah negara.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi penularan wabak tersebut..
www.papercollection.batukawa.info
11
Tugasan : Usaha-usaha mengatasi wabak H1N1
Cadangan idea i. Pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.
ii.Tidak mengunjungi negara-negara yang dilanda penyakit tersebut
iii. Menyekat kemasukan pelancong asing dari negara terlibat daripada
memasuki Malaysia
iv.Menyediakan vaksin/ubat-ubatan yang sesuai untuk ketahanan tubuh
badan melawan penyakit.
v. Memusnahkan vektor/punca penyakit
vi.Kajian saintifik untuk mencari ubat yang sesuai agar manusia
mempunyai daya tahan melawan penyakit
Kemungkinan : Tiada
SOALAN 5
Anda telah meminjam sebuah novel dari pusat sumber sekolah dan mendapati novel tersebut
amat menarik.
Ulaskan aspek-aspek menarik yang terdapat dalam novel yang telah anda baca itu.
Tugasan : Aspek-aspek menarik dalam novel
Cadangan idea i. Menulis sinopsis
ii. Tema dan persoalan – menarik dan bersesuaian dengan diri calon
sebagai pelajar / remaja
ii. Gaya bahasa – menarik, mudah difahami, indah, diksi sesuai.
iii. Penggunaan teknik plot yang berkesan : suspen, imbas kembali,
monolog dalaman, dialog dan sebagainya
iv. Terdapat unsur nilai murni dan pengajaran yang boleh diteladani
v. Watak dan perwatakan yang sesuai/sifat watak yang menarik dan
boleh dicontohi
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
2
SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Sept/Okt 2 ½ jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2010
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
KERTAS 2
PERATURAN PEMARKAHAN
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak
@ 2010 Hak Cipta MPSM [Lihat sebelah SULIT
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
3
Markah penuh : 110 Markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah] Nota :
(i) Panduan mengira perkataan. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata sendi did an ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2 (ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16 (iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/Kesimpulan 2 Jumlah Markah 20
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
4
Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Petikan membincangkan manfaat/faedah/kebaikan/kepentingan makanan organik kepada orang ramai. [2 markah] Isi tersurat (manfaat/faedah/kebaikan/kepentingan) [4-12 markah]
1. Kualiti makanan yang lebih tinggi. 2. Bebas daripada racun serangga. 3. Mengurangkan pendedahan kepada hormon dan antibiotik. 4. Mengandungi bahan atau ramuan organik dan tidak mempunyai sebarang bahan tambahan
makanan. 5. Mempunyai nilai nutrisi yang lebih tinggi. 6. Pengambilannya secara berterusan mampu memupuk diet dan tabiat pemakanan yang sihat. 7. Mengubah gaya hidup dan kesihatan seseorang. 8. Mengelakkan kos perubatan yang tinggi pada kemudian hari. 9. Melindungi generasi akan datang daripada terus memakan makanan yang dicemari. 10. Mengekalkan nutrien dan rasanya lebih sedap.
Isi tersirat (langkah-langkah) [4-12 markah]
1. Mengadakan kempen kepada masyarakat tentang kepentingan makanan organik. 2. Insentif kepada pengusaha makanan organik. 3. Menjual produk makanan organik pada harga yang lebih murah. 4. Menanam sendiri sayur-sayuran dengan kaedah tanaman organik. 5. Peranan media massa mendedahkan lebih banyak maklumat kebaikan makanan organik. 6. Memberi kursus dan bimbingan kepada pihak yang berminat dengan tanaman organik.
(isi-isi lain yang difikirkan sesuai diterima) Penutup [2 markah] Kesimpulannya, masyarakat/orang ramai perlu mengambil makanan organik supaya tahap kesihatan mereka terus terpelihara.
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
5
(a)Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam berikut:
Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian
Baik
18 – 20 15 - 17
09 – 10 07 – 09
- Kesinambungan isi baik - Struktur ayat atau tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda baca/ ejaan betul
Sederhana 12 – 14 08 - 11
06 – 07 04 – 06
- Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat atau tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan - Tanda baca/ ejaan juga memuaskan
Lemah
01 - 07
01 – 04
- Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/ tidak memuaskan
Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah
perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah. (iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong. [ Markah bahasa maksimun : 10 markah]
Soalan 2
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
6
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada : Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2( c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah
Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1.Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH -Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2 -Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1 -Jawapan tidak tepat/salah 0 2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH -Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3 -Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis -Isi tidak cukup, kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
-Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 -Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0 3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH -Isi cukup dan lengkap /relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4 -Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 -Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2 -Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1 -Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
7
Soalan 2 (a) : Pemahaman Petikan Umum Markah
(i) Maksud rangkai kata manfaat implisit di sebaliknya – faedah tersirat pengambilan makanan organik. 2
` [maksimun; 2 markah] (ii) Sumbangan; - tidak mencemarkan alam sekitar seperti sungai dan tanah 1
- menggunakan tenaga yang kurang daripada kaedah pertanian biasa 1 - dapat menahan lebih banyak karbon di dalam tanah 1 - mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera 1
[maksimun: 3 markah]
(iii) Punca-punca;
- kurang kesedaran perlunya mengambil makanan bebas bahan kimia 1 - kurang pendedahan manfaat makanan organik 1
- sukar mendapatkan bekalan makanan organik 1 - harga makanan organik lebih mahal daripada makanan biasa 1 - persepsi negatif terhadap makanan organik iaitu makanan untuk orang yang
dihidapi penyakit/makanan golongan atasan. 1 ( isi-isi lain yang difikirkan sesuai diterima)
[maksimun :4 markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
8
Soalan 2 ( b ) – Petikan Drama Markah
(i) - Majid berasa kurang senang dengan cara Safiah berpakaian 1 m - Majid menyampaikan ketidaksenangan itu kepada Umar 1 m - Majid bertanya kepada Umar tentang kekerapan Safiah memakai 1 m seluar
[ Maksimum : 2 markah]
(ii) - pengaruh media massa dalam menonjolkan cara berpakaian moden secara 1 m berleluasa - menganggap pakaian moden selaras dengan perkembangan semasa 1 m - terdapat banyak pertunjukan fesyen secara realiti 1 m - kurang didikan agama 1 m - ibu bapa tidak menunjukkan contoh berpakaian yang baik kepada anak-anak 1 m (iii) Satu nilai dalam petikan:
- menghormati tetamu, misalnya ibu Safiah menerima kehadiran Majid ke 1 m rumahnya dengan senang hati Dua nilai dalam keseluruhan drama :
- kasih sayang misalnya Umar dan Safiah saling menyayangi 1 m - semangat patriotisme, misalnya Umar yang bertegas mahu menjadi guru 1 m untuk mendidik anak bangsa [ Maksimum : 3 markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
9
Soalan 2 ( c ) – Petikan Prosa Klasik Markah
i) - bayan berpura - pura meninggal dunia /menjadikan diri mati 1 [ Maksimum : 2 markah]
ii) - sangat marah lalu turun ke tanah 1 - memaki hamun kepada burung bayan 1 - merungut dirinya tertipu 1 - berhasrat membunuh bayan yang masih hidup/ ada 1
[ Maksimum : 3 markah ]
iii) - mendapat keuntungan daripada menjual bayan tersebut 1 - mungkin menghadapi masalah kewangan pada ketika itu 1
- menjual haiwan hutan di pasaran gelap 1 - menjadikan sebagai binatang ternakan 1 - menggambarkan kenakalan dalam kalangan budak-budak 1 (isi-isi lain yang sesuai diterima) [ Maksimum : 3 markah ]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
10
Soalan 2 ( d ) - Syair Kelebihan Ilmu Markah i) Maksud rangkai kata - ilmu itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit 1 - ilmu merupakan penyelesaian bagi sebarang masalah/sumber 1 (isi-isi lain yang sesuai diterima) [ Maksimum : 2markah] (ii) Kepentingan ilmu - menunjukkan identiti seseorang 1 - rasional dalam tindakan seseorang 1 - dapat menjamin kehidupan seseorang 1 - dihormati oleh masyarakat 1 - memelihara martabat bangsa ( isi-isi lain yang sesuai diterima ) [ Maksimum : 3 markah] (iii) Melalui : - pembacaan yang luas 1 - pengamatan terhadap kejadian atau peristiwa yang berlaku 1 - perbincangan dengan para ilmuan 1 - sentiasa belajar tanpa batasan umur / geografi 1 - membuat penyelidikan terhadap sumber alam 1 ( isi-isi lain yang sesuai diterima ) [ Maksimum : 4markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
11
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3 (a) : 6 markah Soalan 3 (b) : 6 markah Soalan 3 (c) : 6 markah Soalan 3 (d) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan
soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan dipakai dalam satu ayat berikan pertimbangan sebagai satu ayat. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas tolak ½ markah. 10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan), berikan 0 markah. Soalan 3 (a) Membina ayat (i) jalin - anyam/rangkai/susun.
(ii) menjalin - menganyam/merangkaikan/menyusun/mewujudkan mengeratkan. (iii) terjalin - teranyam/terangkai/terselip/telah wujud/kerjasama. (iv) jalinan - sesuatu yang dijalin. (v) penjalin - orang yang menjalin sesuatu/tali dan lain-lain yang digunakan untuk menjalin. (vi) memperjalinkan - menjadikan berjalin atau berangkai.
[6 markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
12
(b) Petikan dialog kepada petikan biasa(cakap pindah) Ana mengajak Siti ke perpustakaan pada petang itu. Lalu Siti bertanya kepada Ana tentang tujuannya hendak ke perpustakaan. Ana menyatakan bahawa dia hendak mencari maklumat tentang tokoh kemerdekaan. Siti ingin tahu akan sebab Ana hendak mencari maklumat tersebut. Ana memberitahu Siti bahawa cikgu Rosli memintanya menulis esei berkenaan kemerdekaan. Siti kurang bersetuju dengan tindakan Ana kerana maklumat tersebut boleh diperolehi melalui Internet. Ana mengeyakan pandangan Siti tetapi dia memaklumkan hendak membaca maklumat daripada sumber lain. [6 markah] (c ) Ejaan dan Imbuhan (i) pehak - pihak (ejaan) membayarkan - membayar (imbuhan) (ii) plan - pelan (ejaan) Memperbesarkan - memperbesar(imbuhan) (iii) dailog - dialog (ejaan) kedengaran - mendengar (imbuhan) [6 markah] (d) Kata/istilah dan Tatabahasa (i) menghindarkan - menyelamatkan (kata/istilah) menjelaskan tentang cara-cara - menjelaskan cara-cara (tatabahasa) (ii) asas - awam(kata/istilah)
berjuta ringgiti - berjuta-juta ringgit (tatabahasa) (iii) soal selidik - kertas kerja (kata/istilah) beliau siapkan - disiapkan oleh beliau (tatabahasa) [6 markah] (e) Peribahasa
(i) hangat-hangat tahi ayam
(ii) kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya (iii) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain/ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [6 markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
13
Soalan 4 [Markah penuh 15 markah] Panduan pemarkahan bagi soalan 4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap iii ) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa yang lengkap iv) Beri 1 markah bagi peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas v) Markah isi maksimum 4 markah vi) Markah bahasa maksimum 3 markah vii) Markah bahasa diberi secara impression Baik : 3 markah Sederhana : 2 markah Lemah : 1 markah viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0 , beri 1 markah untuk bahasa . ix ) Calon tidak menjawab 0 markah [ Maksimum : 7 markah] (b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap iii) Beri 1 markah untuk contoh 1 nilai tanggungjawabbagi setiap novel iv) Beri 2 markah untuk setiap huraian yang lengkap bagi setiap novel v) Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel) vi) Markah bahasa maksimum 2 markah vii) Markah bahasa diberi secara impression Baik : 2 markah Lemah : 1 markah viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa ix) Calon tidak menjawab 0 markah [ Maksimum : 8 markah]
www.papercollection.batukawa.info
1103/2 SULIT
1103/2 [Lihat sebelah SULIT
14
(a) Novel Terminal Tiga Nilai berdikari
... Berdikari dalam menuntut ilmu. Contohnya, Rimpa yang berhijrah ke Kuala Lumpur seorang diri untuk melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Kebangsaan. ... Berdikari dalam mencari ayahnya. Contohnya, Rimpa telah mencari ayahnya tanpa bantuan sesiapa hingga ke Nabawan . Novel Seteguh karang ...Berdikari dalam menuntut ilmu. Contohnya, Awanis mendaftarkan diri ke UiTM, Arau Perlis seorang diri. ... Berdikari meneruskan hidup tanpa ibu bapa. Contohnya, Awanis dapat menjaga kakak dan adiknya, Anita . ... Berdikari menyelesaikan masalah kehidupan. Contohnya, Awanis menyelesaikan masalah Anita yang menghadapi konflik dengan ibu bapanya . ( Isi - isi lain yang sesuai diterima ) (b) Unsur Suspens Novel Terminal Tiga ... Rimpa menerima berita bahawa seorang kerani baru yang bekerja di Akademi Seni Kebangsaan bernama Ruzaini. Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya kepada pembaca siapa sebenar Ruzaini sama ada kawan baik Rimpa atau sebaliknya . ... Kehilangan ayah Rimpa secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya, sehingga selepas berpuluh- puluh tahun barulah ayah Rimpa pulang semula ke pangkuan keluarga . Novel Seteguh Karang ... Peristiwa Awanis yang dicabar oleh En Johari menaiki motorsikal tanpa brek sewaktu menjalani prktikalnya di ladang kelapa sawit, Paka, Terengganu. Pembaca akan tertanya-tanya sama ada Awanis berjaya atau tidak . ... Peristiwa Kak May yang menelan ubat tidur secara berlebihan dan telah dimasukkan ke hospital. Peristiwa tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada Kak May selamat atau tidak.
( Isi - isi lain yang sesuai diterima ) PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
www.papercollection.batukawa.info
top related