Transcript
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
1/13
1
PENGENALAN
Sebagaimana teori-teori kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di
Barat, pertumbuhan dan perkembangan teori-teori kesusasteraan tempatan jugadipengaruhi oleh beberapa faktor. Pada peringkat awal perkembangan, tidak ramai
sarjana dan penganalisis sastera Melayu yang melihat kepentingan kepada memiliki
teori sendiri. Sebaliknya mereka lebih selesa mengguna dan mempraktikkan teori-
teori dan pendekatan-pendekatan yang diimport dari Barat dalam kerja-kerja kritikan
sastera.
Oleh itu, ramai dalam kalangan para penganalisis dan sarjana Melayu yang
terpengaruh dengan idea-idea teori Formalisme, Strukturalisme, Sosialisme, New
Criticism dan sebagainya. Nama-nama pengkritik tempatan seperti Yahya Ismail,
Shahnon Ahmad, A. Wahab Ali, Hashim Awang, Baha Zain, Kasim Ahmad, Umar
Junus, Ramli Isin, Mana Sikana, Rahman Shaari Supardi Muradi, Muhammad Haji
Salleh dikatakan amat akrab dengan teori-teori dan pendekatan-pendekatan serta
aliran-aliran barat.
Walaubagaimanapun dalam tahun-tahun 1980an, mereka mula menyedari
akan kekurangan-kekurangan memiliki sikap kebergantungan kepada teori-teori
Barat. Shahnon Ahmad seawal tahun 1980-an mula beralih kepada pemikiran Islam
dan mengisytiharkan diri sebagai penganut sastera. Sikap Shahnon melambangkan
ketidakpercayaan terhadap prinsip-prinsip kesusasteraan Barat yang ditanggapi
menerusi teori-teori dan pemikiran yang tidak berlandaskan kepada Islam. Sikap
prejudis dan pesimis terhadap teori-teori Barat mula membuak. Hashim Awang,
Mohd Affandi Hassan, Shafie Abu Bakar, Mana Sikana, Mohd Kamal Hassan,
Sahlan Mohd Saman, banyak menyuarakan pandangan yang membayangkan
kepada perlunya kesusasteraan tempatan memiliki teori sastera dan teori kritikan
sendiri.
Berasaskan kepada perkembangan yang berlaku, khususnya dalam tahun-
tahun 1980-an dan 1990-an, beberapa kesimpulan dapat diunjurkan bagi
menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan teori-teori kesusasteraan
tempatan. Antaranya ialah kelemahan teori-teori Barat, kebangkitan pengaruh Islam,kesedaran intelektual dan tuntutan kritikan berasaskan nilai-nilai tempatan.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
2/13
2
Tidak dapat dinafikan bahawa, ramai di kalangan sarjana sastera tempatan
yang mendapat didikan sastera di Barat membawa pulang bersama mereka teori-
teori dan pemikiran sastera barat. Menurut Sahlan (1997), teori-teori yang `diimport`
dari Barat itu kemudiannya dikuliahkan, diajar, disebar, dibengkel dan diseminarkan
dalam negara ini oleh tokoh-tokoh sarjana Melayu sendiri. Dengan itu teori dan
pemikiran sastera dari Barat cepat merebak dan mempengaruhi hampir sebahagian
besar penganut sastera Melayu.
Walaubagaimanapun, ada juga dalam kalangan sarjana yang pulang dari
Barat memiliki kesedaran intelektual yang tinggi terhadap kesusasteraan tempatan.
Mereka inilah yang bangkit membongkar kelemahan-kelemahan teori kesusasteraan
Barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran Barat dalam menafsir
dan menganalisis teks. Hashim Awang adalah tokoh sarjana berpendidikan Barat
yang dilihat mempunyai kesedaran intelektual yang tinggi, sehingga beliau
melibatkan diri secara langsung dalam menyumbangkan idea bagi membudayakan
bidang teori dan kritikan berasaskan pandangan Islam dan nilai-nilai tempatan.
Demikian juga dengan Muhammad Haji Salleh yang dianggap kental dengan
didikan Barat, namun kembali beliau tidak larut dalam kebaratan, tidak termakan
oleh prinsip-prinsip rapuh teori kesusasteraan bikinan sarjana Barat dan tidak pula
memandang idea-idea teoretikal Barat itu sebagai mempunyai kekuatan dalam
bidang epistemologi. Pencarian selama tiga puluh tahun tidak pernah menemukan
kepuasan dalam diri terhadap sumbangan pemikiran Barat terhadap kesusasteraan
nenek moyangnya.
Muhammad meneroka dunia Melayu, menyelongkari jajaran estetika,
mencerakin rantaian puitika bagi mendapatkan makna sebenar kesusasteraanMelayu. Usaha Muhammad yang terjelma dalam gagasan Puitika Sastera Melayu
(2000) sebagai satu keberhasilan daripada kesedaran intelektualnya yang tinggi
terhadap kesusasteraan Melayu. Demikianlah hal dengan beberapa tokoh lain yang
turut bangkit atas prinsip keintelektualan dalam menyumbangkan idea dalam
pembinaan teori-teori tempatan seperti Ungku Maimunah, Shafie Abu Bakar, Mana
Sikana, Mohd Salleh Yaapar, Sahlan Mohd Saman, Mohamad Mokhtar Hassan,
Mohamad Daud Mohamad dan ramai lagi.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
3/13
3
Kritikan adalah wahana sastera yang sangat dinamis sifatnya. Oleh itu,
kritikan menyumbangkan peranan yang sangat besar dalam kemajuan dan
perkembangan sastera. Kesusasteraan tidak mungkin dapat hidup dengan semata-
mata bergantung kepada teorinya, kerana kritikanlah yang `memberi nyawa`
kepadanya. Keperluan kepada teori kesusasteraan Melayu berkait rapat dengan
kegiatan kritikan sastera Melayu itu sendiri.
Telah sekian lama kesusasteraan kita hidup bergantung kepada teori sastera
dan pendekatan kritikan Barat. Selama itu jugalah pandangan hidup masyarakat
Melayu yang terselindung dalam karya-karya sastera Melayu belum benar-benar
mampu dibongkar, kerana teori dan kritikan yang tidak mampu mencecah
kedalaman Melayu dan Islam yang menjadi anutan mereka. Teori-teori dan
pendekatan moden Barat tidak menyediakan ruang dan jalan rintis yang seafdalnya
ke arah itu.
Dalam era pascamoden, keadaan menjadi lebih tidak menentu dan teori-
teorinya pula tidak memberi sebarang jaminan terhadap apa-apa kepastian yang
cuba dicari. Oleh itu, definisi kritikan sastera dalam kesusasteraan Barat dan
kesusasteraan Melayu perlu kepada sedikit pengubahsuaian. Dari pemahaman
sarjana Barat, kritikan kesusasteraan satu disiplin yang sistematik yang berusaha
untuk menjelas, mengkaji, menganalisis, menginterpetasi dan menilai sesuatu hasil
seni (Charless E. Bressler 1999:4). M.A. Abrams (1971) pula menyebutkan kritikan
kesusasteraan sebagai satu cabang pengkajian yang berhubung dengan pengertian,
penjenisan, penghuraian dan penilaian karya-karya kesussteraan.
Kritikan sastera Melayu mengikut Ungku Maimunah ialah segala tulisan
tentang sastera yang memberi kesan kepada perkembangan kesusasteraan
termasuk kepada pembacaan dan penerbitan karya sastera (Rahman Shaari,
1994:11). Ungku Maimunah berpendirian, aspek perkembangan sastera turut
dilibatkan sebagai satu pertimbangan yang wajar berdasarkan keadaan-keadaan
tertentu yang berlaku dalam kesusasteraan Melayu itu sendiri (Rahman Shaari,
1994:10). Ahmad Kamal Abdullah, et al (1990) pula menjelaskan:
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
4/13
4
Kritikan harus mengandungi ciri-ciri seperti pengamatan yang kritis, penumpuan
terhadap teks sama ada yang tersurat dan tersirat, pemerian apresiasi terhadap
keindahan dan kekuatan karya, menilai, membanding, menunjukkan kesalahan
dengan niat mempertingkatkan karya, memberi manfaat kepada pembaca dan
seluruh peneliti lainnya. Perlakuan itu semestinya dibuat dengan pendekatan-
pendekatan tertentu dalam lingkungan kesusasteraan itu sendiri.
Definisi di atas adalah hasil adunan definisi kritikan sastera dari Barat yang
disesuaikan dengan pandangan dan keperluan khalayak sastera Melayu. Daripada
definisi-definisi tersebut, kritikan sastera Melayu kelihatan lebih bersifat
komprehensif berbanding makna kritikan sastera dalam kesusasteraan Barat.
Pembangunan sastera dianggap sebagai satu aspek penting yang perlu ada dalam
kritikan sastera Melayu. Oleh itu, kritikan sastera Melayu tidak semata-mata
menyelongkari teks, tetapi juga membawa sastera itu sendiri kepada kemajuan-
kemajuan sastera dan menghubungkannya dengan aspek-aspek yang berada di luar
teks.
Di sinilah pentingnya teori kesusasteraan Melayu, yakni untuk memenuhi
keperluan dalam bidang kritikan sastera Melayu itu sendiri, yang disifatkan oleh
Mana Sikana sebagai bersifat jatidiri dan seiring dengan konteks sosio budaya
negara ini. Teori-teori kesusasteraan dan kritikan Barat tidak dapat menjangkau
ketinggian falsafah kehidupan orang-orang Melayu dan Islam, kerana sifat sekular
dan keterbatasan falsafahnya yang tidak mencecah dasar ketauhidan dan
ketuhanan yang haq.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
5/13
5
TOKOH SASTERA DAN SUMBANGANNYA (A. SAMAD SAID)
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad
Said, seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam
perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian
meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera. Sejak giat
mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif
yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka. Sumbangan A. Samad
Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah
kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan
kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan
sesudahnya.
Semasa berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke
Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana. A.
Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
6/13
6
1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria
Institution. Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior
Cambridge(1956).
Sejak di bangku sekolah menengah lagi, Samad sudah mulai berkenalan
dengan kesusasteraan di dalam dan luar negeri. Malah, pengarang-pengarang
penting di Singapura pun seperti Asraf, Usman Awang, dan Han Suyin telah
diketemuinya. Sajak dan cerpennya mula tersiar sewaktu beliau masih di bangku
sekolah.Sebelum terbitnya novel Salinayang mengharumkan namanya, Samad
membaca karya-karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan
Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist,
Wuthering HeightdanAlmayers Folly. Beliau menggunting cerpen-cerpen daripada
akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya. Kegiatan
menterjemah beberapa karya sastera asing juga secara tidak langsung memperkuat
minatnya terhadap kesusasteraan. Segalanya ini membulatkan tekad dan fikirannya
untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, dan hasilnya, Samad berupaya
menghasilkan pelbagai genre: sajak, novel, drama, esei/kritikan dan
terjemahan. Kecenderungannya terhadap dunia sastera telah berakar dan
berkembang dalam dirinya sejak kecil lagi apabila beliau selalu mendengar cerita-cerita daripada ibunya. Daripada pengakuannya yang merendah diri, Samad
berkata : ... kalaulah saya diterima sebagai penulis saya lahir daripada Batu
Belah batu Bertangkup. Saya masih tetap mendengar cerita ini walaupun orang
yang menceritakannya ketika memandikan saya, menyuapkan makan saya dan
menidurkan saya sudah tidak ada lagi.
Pekerjaan pertama Samad Said ialah sebagai kerani di Hospital Umum
Singapura. Beliau berasa beruntung bekerja di hospital itu kerana amat sukar
baginya mendapat kerja di mana-mana pun pada waktu itu. Tetapi, di hospital itu,
beliau tidak lama bekerja dan hanya dapat bertahan selama enam bulan
saja. Samad kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan
akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Selepas enam
bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali semula ke Singapura dan bekerja dengan
akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan
Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang, Said Zahari,
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
7/13
7
Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut
berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harianketika itu, telah memujuk
Samad Said agar menyertai Berita Harian. Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali
lagi bertukar kerja. Apabila A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat
khabar The New Straits Times, Samad Said pula dilantik menjadi Pengarang Berita
Harian. Semasa A. Samad Ismail berada dalam tahanan, beliau telah dilantik
menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Timesdi
samping menjalankan tugasnya sebagai Pengarang Berita Harian. Tetapi Samad
menyedari bahawa minatnya dalam bidang penulisan dan tanggungjawab yang
besar yang diamanahkan kepadanya boleh merugikan, bukan sahaja bakat dan
kreativitinya, tetapi dunia kesusasteraan umumnya. Justeru, Samad Said minta
dibebaskan daripada menjadi Pengarang Berita Hariandan mulai 8 Mac 1978
Samad bertugas sebagai seorang daripada enam orang penolong khas dengan
tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan artikel feature. Sejak
akhir 1981, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Warta
Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai Ketua Pengembangan
Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur.Kini A.
Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang
penulisan.
Isterinya, penyair Salmi Manja, seorang penulis yang cukup dikenal oleh
peminat-peminat sastera. Seperti Samad, Salmi juga menulis sajak dan cereka.
Kejayaan A. Samad Said sebagai sasterawan ialah hasil daripada pengalamannya
dan berkat kerajinannya membaca karya-karya orang lain. Dalam karya Samad kita
melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang. Beliau bukan sahaja
begitu cermat dan teliti menghadapi dan membentuk watak-watak, tetapi jugaterhadap alam, benda hidup dan mati, yang menjadi latar ceritanya. Beliau seolah-
olah mencari erti dalam semuanya itu. Samad juga sedar bahawa untuk melahirkan
karya yang bererti, seseorang tidak hanya bergantung kepada bahan dan bakat
kekuatan fikiran sahaja, tetapi pembacaan dan pengalaman yang luas amatlah
penting. Kerana itu, Samad meluaskan pembacaannya kepada bidang politik,
sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan
Rabindranath Tagore. Cara beliau membaca agak aneh, yakni dengan menggaris
atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
8/13
8
dalam prosa, novel, dan malahan puisi. Ini memperlihatkan betapa teliti pembacaan
dan pemerhatiannya. Sikap telitinya ini terpancar juga pada deskripsi dan dalam
dialog-dialog karyanya.
Sungguhpun Samad sangat mengutamakan nilai sastera, beliau tidak pula
menolak konsep Seni untuk Masyarakat, malah puisinya yang pertama diberinya
judul Untuk Angkatan 50 yang tersiar dalamUtusan Zaman(1950). Samad sendiri
pernah menjadi anggota ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan,
Seni untuk Masyarakat , tetapi pendekatan Samad berbeza daripada penulis-
penulis lain. Beliau berhasil memadukan tugas sastera dengan nilai yang
diperlukan. Beliau dianggap sebagai tokoh yang menghubungkan sasterawan-
sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan-
sasterawan generasi kemudiannya yang lebih cenderung menekankan nilai dalam
kesusasteraan.
Meskipun Samad lahir di tengah-tengah Angkatan 50, tetapi daya ciptaannya
berbeza daripada tokoh-tokoh ASAS 50 yang lain. Hal ini demikian kerana, beliau
dibesarkan di kota kosmopolitan Singapura, terdidik secara formal dalam bahasa
Melayu dan Inggeris, dan tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik
atau ideologi yang menentang penjajah. Tokoh-tokoh lain itu terlibat dengan
perjuangan membebaskan masyarakat, karya mereka berlatarbelakangkan daerah
pedesaan dan rakyat, lebih banyak terdedah kepada bahan bacaan dari Indonesia,
dan yang secara sedar, menjadikan sastera sebagai alat kedua dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan. Walaupun Samad bergaul dengan mereka dalam satu
periode yang sama dan mempunyai latar belakang dan pendidikan yang
berbeza, namun Samad cuba menyamakan cita-cita sasteranya dengan mereka
tetapi membezakan dirinya dari segi stail dan pencapaian.
Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana kemudian diterbitkan
dengan judul Salinaialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat
martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A. Teeuw
dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Novel yang hanya
memenangi hadiah penghargaan dalam peraduan penulisan novel anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka (1958) dan yang dihasilkan oleh Samad sewaktu beliau baru
berusia 23 tahun ini, akhirnya menjadi sebuah karya yang menjadi garis pemisah
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
9/13
9
antara karya-karya penulis lama dengan baru dan antara Samad dengan penulis-
penulis 50-an.
Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di
Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Ia menggambarkankemiskinan, keruntuhan moral di kota, dan pergelutan untuk mempertahankan
peribadi di tengah-tengah kebobrokan. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali
asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi Samad telah memperlihatkan kebolehan
seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan
tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salinaialah manusia
yang naturalbukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam
putihnya. Novel ini telah diadaptasi menjadi bentuk teater oleh dramatis Johan
Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur (1986), dan
kemudiannya di Singapura.
Seperti Salina, novelnya Sungai Mengalir Lesu juga menampilkan
pengalaman langsung Samad dalam masyarakat yang menderita akibat
perang. Pemerintahan Jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan
masyarakat akibat perang, memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad
yang pada masa itu masih kanak-kanak lagi. Beliau mengutip kembali butir-butir
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
10/13
10
pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang Indonesia
yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura.
Di samping novel, Samad juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan
puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar di Api. Beliau antara
penulis yang terawal melakukan eksperimen dalam sajak-sajak bebas. Selepas itu,
beberapa buah lagi kumpulan puisinya telah diterbitkan seperti Benih
Harapan(1973), Daun Semalu Pucuk Paku(1975) dan Benih Semalu(1984).
Samad memberikan banyak waktu untuk menulis beberapa buah lagi
novelnya seperti Di Hadapan Pulau.Langit Petangdan Daerah Zeni. Sebuah buku
tentang latar belakang pengalamannya menulis Salina, Sungai Mengalir
Lesudan Langit Petangtelah diterbitkan, berjudul Dari Salina ke Langit Petang. Ia
merupakan hasil tulisan bercorak autobiografi, rakaman pengalaman Samad yang
menceritakan bagaimana beliau lahir menjadi seorang pengarang dan proses
penghasilan tiga buah novelnya yang penting itu.
Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan
meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah
apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa pengarang lain, beliau diiktiraf
sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad,
apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel
Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima
Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards). Kemuncak pencapaian
Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan
Negara 1985.Dalam majlis penganugerahan itu, telah dipentaskan sedutan drama
terbaru A. Samad Said berjudul Wira Bukit. Dalam tahun 1993, A. Samad Saidmenerima Anugerah ASEAN 1993 (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei
Darulsalam.
Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah
dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk
dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
11/13
11
KESIMPULAN
Sumbangan para sasterawan dan penulis cukup besar dalam pembangunanindustri kreatif di negara ini. Sesungguhnya, banyak karya penulis dalam pelbagai
genre dapat diangkat ke pentas teater, dan layar perak sebagai alternatif tambahan
untuk mengetengahkan karya-karya terbaik dan berkualiti tinggi.
Kesemua ini serasi dengan konsep Confluence of Cultures dan gagasan
1Malaysia. Penulis dan sasterawan juga berupaya menjadi ejen perubahan dengan
cara merubah dan mempengaruhi pemikiran dan tanggapan rakyat terhadap apa
yang diingini menerusi karya-karya yang ditulis sedemikian rupa.
Walau bagaimanapun, penulis dan sasterawan tidak menyalahgunakan
keistimewaan mereka ini dengan menghasilkan karya-karya yang berbentuk hasutan
dan berniat jahat kerana inginkan nama dan wang tanpa memikirkan baik buruk
kesannya terhadap masyarakat dan negara.
Sebaliknya, tulis dan ciptakan karya-karya yang dapat merubah pemikiran
rakyat ke arah kebenaran dan tujuan yang murni. Lebih baik lagi, tulis dan ciptakankarya-karya yang dapat menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada
kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi ketika kerajaan
hendak melonjakkan negara ke status negara maju.
Penghargaan yang diterima oleh penulis merupakan penghargaan atas
sumbangan masyarakat sasterawan serta penulis yang sentiasa prolifik, produktif
dan prihatin untuk turut membangunkan literasi budaya dalam kalangan masyarakat
kita. Seperti yang sedia maklum, setiap bangsa mempunyai karya agung masing-
masing yang membawa tema tentang hidup manusia dan kemanusiaan.
Keistimewaan golongan penulis, terletak pada sensitiviti dan kreativiti mereka
terhadap alam, persekitaran serta nilai manusia dan kemanusiaan yang harus
diterokai, difahami dan akhirnya dituangkan ke dalam karya-karya sastera yang
indah, baik dan bermutu.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
12/13
12
Di samping terus giat menulis, aspek promosi dan pemasaran karya-karya
yang dihasilkan oleh para sasterawan dan penulis juga, juga harus diberi perhatian
oleh pelbagai pihak.
Insentif-insentif lain, selain hadiah dan anugerah juga harus dikenal pasti
untuk memberikan nilai tambah harta intelektual golongan tersebut yang
memerahkan minda mereka untuk menghasilkan karya-karya yang cemerlang.
7/31/2019 Pengenalan a Samad Said
13/13
13
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur:AmalEnterprise., 1994.
Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah,Kuala Lumpur Masa Enterprise., 1994.
Abdul Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah danTeknik. KualaLumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.,1987.
Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah,Kuala Lumpur: PenerbitFajar Bakti Sdn Bhd., 1984.
Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication& Dist ributor Sdn.Bhd.
Kamaruddin Sulaiman. Feb. 2004. Penggunaan Prosa Klasik dalamPengajaran BahasaMelayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
top related