PENGENALAN Panduan Perpustakaan ini membantu anda mengenali Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Utama. Panduan Perpustakaan Cawangan juga disediakan secara berasingan. Adalah menjadi komitmen kami untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada anda demi kemajuan dan kelestarian ilmu. SEPINTAS LALU Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan pada tahun 1971 hasil gabungan Kolej Pertanian Malaya dan Fakulti Pertanian Universiti Malaya. Justeru itu, Perpustakaan Kolej Pertanian Malaya telah menjadi Perpustakaan Universiti Pertanian Malaysia. Pada tahun 1997, nama perpustakaan ditukar kepada Perpustakaan Universiti Putra Malaysia berikutan pertukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Pada 23 Mei 2002, nama Perpustakaan telah ditukar pula kepada Perpustakaan Sultan Abdul Samad, sempena nama moyang Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Perpustakaan Sultan Abdul Samad, terdiri daripada Perpustakaan Utama dan empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu, Sarawak. Manakala pada bulan April 2012, satu ruang khusus untuk pelajar siswazah telah disediakan, yang dikenali sebagai “Anjung Siswazah”. Perpustakaan Utama terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna pada setiap masa. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan internet Wi-Fi kepada semua pengguna yang berdaftar. PSAS memiliki koleksi yang merangkumi bahan bercetak, bahan media dan bahan digital. Perpustakaan juga melanggan pangkalan data dan jurnal elektronik dengan teks penuh dalam pelbagai bidang. Semua ini boleh diakses dari dalam dan luar kampus melalui laman web PSAS (http://www. lib.upm.edu.my). Katalog Perpustakaan juga boleh diakses melalui laman web ini. OBJEKTIF PERPUSTAKAAN • Memenuhi keperluan maklumat Universiti dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. • Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat. • Memperkukuh program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Pegawai IPTS / Pelajar IPTS 2 naskhah / 14 hari Yuran Tahunan = RM300.00 Pendaftaran + kad = RM30.00 Pegawai Swasta / Pegawai Korporat 2 naskhah / 14 hari Yuran Tahunan = RM500.00 Pendaftaran + kad = RM30.00 Ahli Harian - Yuran Tahunan = Tiada Pendaftaran + kad = RM20.00 / hari Ahli Keluarga Kakitangan Tetap UPM 2 naskhah / 14 hari PERCUMA Keahlian TIDAK PERLU diperbaharui Pesara UPM 4 naskhah / 14 hari Nota Kelayakan Perkhidmatan & Kemudahan Ahli Luar Berdaftar: 1. Rujukan di SEMUA Koleksi Bercetak *(kecuali koleksi Tesis 2 tahun terkini (embargo)). 2. Kemudahan komputer hanya dibenarkan di Bilik Rujukan Elektronik (BRE) sahaja. Ia bergantung kepada kekosongan dan tempoh penggunaannya adalah 2 jam sahaja. 3. Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar (WIFI), EZ Proxy & Perkhidmatan Pembekalan Dokumen (ILL) TIDAK DITAWARKAN. 8. Ketua Pustakawan mempunyai kuasa untuk meminda peraturan Perpustakaan jika dirasakan perlu. ETIKA PENAMPILAN Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi Etika Penampilan Pelajar yang telah ditetapkan oleh Universiti. Pihak Perpustakaan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya para pengguna tidak mematuhi etika yang telah ditetapkan. PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN (Library of Congress) KELAS BIDANG PERKARA A Umum B Falsafah, Psikologi dan Agama BP Agama Islam C,D,E,F Sejarah G Geografi, Antropologi dan Rekreasi H Sains Kemasyarakatan HA Statistik HB Teori Ekonomi HE Pengangkutan dan Perhubungan HF Perdagangan HG Kewangan HM Sosiologi HN Sejarah dan Keperihalan Sosial HQ Famili, Perkahwinan, Wanita HS Pertubuhan HT Masyarakat, Kelas, Bangsa HV Patologi Sosial J Sains Politik K Undang-Undang L Pendidikan M Muzik N Seni Halus P Bahasa dan Kesusasteraan Q Sains QA Matematik QB Astronomi QC Fizik QD Kimia QE Geologi QH Sejarah Semula Jadi QK Botani QL Zoologi QM Anatomi Manusia QP Fisiologi QR Mikrobiologi R Perubatan S Pertanian SB Kultur Tanaman SD Perhutanan SF Sains Haiwan SH Akuakultur, Perikanan SK Sukan Perburuan T Teknologi TT Gubahan dan Senireka TX Ekonomi Rumahtangga U Sains Ketenteraan V Sains Ketenteraan Laut Z Bibliografi, Sains Perpustakaan dan Sumber Maklumat (Am) SEPINTAS LALU KEAHLIAN PERATURAN PENGKELASAN BAHAN PERATURAN 1. Kelewatan memulangkan buku • Denda sebanyak RM0.20 sen sehari akan dikenakan bagi setiap buku yang lewat dipulangkan. • Denda boleh dibayar di semua Kaunter Sirkulasi di Perpustakaan Utama dan Cawangan. • Semua transaksi pinjaman dan pembaharuan buku akan disekat sekiranya pengguna mempunyai denda yang belum dijelaskan. • Denda yang melebihi 2 bulan akan dipindahkan ke Lejar Hutang Pelajar bagi pelajar dan bagi staf, pemotongan gaji akan dilakukan. 2. Buku hilang / basah / rosak • Pastikan fizikal buku dalam keadaan baik sebelum membuat pinjaman. Sekiranya tidak, peminjam perlu mendapatkan cop “Bahan telah rosak” di Kaunter Sirkulasi sebelum meneruskan pinjaman. • Sekiranya buku yang dipinjam hilang, laporkan segera di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan Utama atau Cawangan, untuk tindakan selanjutnya: • Membuat penggantian buku + bayaran perkhidmatan + denda, atau • Bayar harga buku + bayaran perkhidmatan + denda. • Penggantian / pembayaran buku hilang mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas laporan dibuat. Selepas tarikh tersebut, denda akan dimasukkan ke Lejar Hutang Pelajar / pemotongan gaji. • Bagi buku yang dipulangkan dalam keadaan basah / rosak, pengguna juga adalah bertanggungjawab untuk membuat penggantian / pembayaran. 3. Mencuri, mengoyak bahan Perpustakaan boleh menyebabkan pengguna didenda. 4. Sebarang bentuk penyalinan maklumat menggunakan peralatan elektronik tidak dibenarkan di ruang Koleksi Media dan Koleksi Khas. 5. Pengguna tidak dibenarkan menempah tempat duduk di ruang bacaan Perpustakaan. 6. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak dibenarkan masuk ke Perpustakaan. 7. Pelajar dikehendaki mempamerkan kad pelajar ketika berada di Perpustakaan. KELAYAKAN PINJAMAN PEGAWAI / KAKITANGAN UPM KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN Pegawai Pengurusan dan Profesional (Tetap) 30 naskhah / 60 hari Pegawai Akademik: Pensyarah (Tetap) 30 naskhah / 60 hari Pensyarah Kontrak / Tutor 10 naskhah / 30 hari Pegawai Sokongan 6 naskhah / 14 hari Pensyarah Sambilan, Pegawai Kontrak, Pegawai Sokongan Sementara (Lantikan melebihi 1 tahun), Pembantu Penyelidik & jawatan seumpamanya 4 naskhah / 14 hari PELAJAR KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN Pelajar Ijazah Lanjutan 20 naskhah / 30 hari Pelajar Perubatan Klinikal / Veterinar 10 naskhah / 30 hari Pelajar Ijazah 6 naskhah / 14 hari Pelajar Diploma / Asasi Sains 6 naskhah / 14 hari Pelajar Ijazah Pendidikan Jarak Jauh 6 naskhah / 21 hari Kursus Khas (Kursus Jangka Pendek - melebihi tempoh 6 bulan) 2 naskhah / 14 hari AHLI LUAR BERDAFTAR KELAYAKAN / TEMPOH PINJAMAN BAYARAN KEAHLIAN Pegawai IPTA / Pelajar IPTA / Pegawai Kerajaan / Badan Berkanun / Alumni UPM 2 naskhah / 14 hari Yuran Tahunan = RM100.00 Pendaftaran + kad = RM10.00 Diterbitkan oleh: Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia 43400 UPM SERDANG Selangor Darul Ehsan. 2014/2015 Pertanyaan am: 03-89468642 Faksimili: 03-89483745 Laman web: www.lib.upm.edu.my Facebook: www.facebook.com/upmlib