PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEH IRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)
Post on 23-Apr-2023
0 Views
Preview:
Transcript
PENGARUH LIBERALISME DALAM PENTAFSIRAN AYAT AL-QURAN OLEHIRF (ISLAMIC RENAISSANCE FRONT)
Oleh: Anis Sakinah Binti Mohd Abd Rahim
Noor Hanisah Binti Abdul Halim
PENDAHULUAN
Dewasa ini, dunia Islam sering diuji oleh ideologi-ideologi
yang menimbulkan konspirasi dan berlakunya salah faham
terhadap agama Islam. Munculnya pemikir-pemikir Barat iaitu
orientalis yang berusaha memerangi Islam dengan mendalami
ilmu al-Quran dan hadis dan seterusnya menjalankan agenda
mereka dengan menyelewengkan agama Islam dengan cara
pemikiran yang liberal serta membawa pendekatan mentafsir
al-Quran secara hermenuetik.1 Bagi yang mula mendekatkan diri
dengan Islam, bahayanya fahaman ini kepada mereka kerana
mereka menerima secara terbuka tanpa merujuk ahli a’lim
ulama yang lebih faqih tentang ilmu agama. Dan malangnya,
mereka yang yang mempunyai jati diri yang lemah ini sangat
mengagung-agungkan pemikiran Islam liberal. Tidak boleh
1 Maksud Hermeneutik adalah suatu pendekatan baru dalam pentafsiran al-Quran dikalangan pemikir liberal. Sebenarnya pendekatan Hermeneutik inidigunakan dalam mentafsirkan kitab Bible oleh golongan ahli teologiYahudi dan Kristian, kerana mereka mendapati Bible banyak kekeliruan danperlu kepada metode analisis teks yang menekankan pengaruh sosiobudayadan sejarah. Kesimpulannya , hermeneutic ini digunakan dalam untukmencari nilai kebenaran Bible dan makna yang dikehendaki pengarangnya.Kaedah inilah yang cuba dilakukan oleh modernis Muslim terhadap al-Quran. Mereka mahu melakukan kritikan terhadap al-Quran sebagaimana yangdilakukan oleh ahli teologi kristian terhadap Bible. . (Tengku IntanZarina, Mazlan Ibrahim. 2013)
di pandang ringan kerana bahawa fahaman ini semakin serius
merebak kepada pelajar dalam pengajian Islam dan para ilmuan
sendiri. Hal ini menyebabkan orang umum khususnya menjadi
keliru akan ajaran agama Islam yang sebenar.
Liberalisasi agama adalah satu wabak yang merbahaya apabila
ia dilihat sebagai satu tuntutan kepada masyarakat. Tambahan
lagi, disebabkan fenomena ini, para pendakwah khususnya
perlu membekalkan diri dengan kefahaman yang jelas dan
mantap terutamanya dalam memahami maqasid syariah serta
meletakkan nas dan aql ditempat yang sepatutnya bukan
mengikut logik akal semata. Akibat ketidakseimbangan ini,
menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi, telah melahirkan golongan
yang bergantung secara berlebihan terhadap maqasid syari’ah
secara menggugurkan nas-nas di dalam al-Quran dan al-Sunah,
mentakwilkan al-Quran secara berlebihan dengan memegang
kepada mutasyabihat serta meninggalkan muhkamat dalam
menyeru ke arah pembaharuan mengikut perspektif mereka.
(Muhammad Rumaizuddin Ghazali 2012)
Menurut Dr.Marzuki Mohamad (2009) beberapa faktor yangmenyebabkan penyebaran fahaman liberal iaitu;
Pertamanya, Semakin tinggi tahap pendidikan moden dikalangan
masyarakat telah membuka minda golongan terpelajar mencetus
idea-idea yang baru dan moden, terutamanya dari Barat yang
disalurkan sama ada melalui institusi pendidikan mahupun
media massa.
Kedua, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang
membuka lebih banyak ruang kepada penyebaran dan pertarungan
idea dalam masyarakat. Professor Syed Muhammad Naquib Al-
Attas dalam bukunya Islam and Secularism menggelar fenomena ini
sebagai fenomena ralat ilmu (error of knowledge) bilamana
capaian maklumat yang terlalu pantas dan bebas di alam siber
ini menyebabkan masyarakat tidak dapat membezakan di antara
ilmuan dan bukan ilmuan sebaliknya menerima sesuatu
pandangan berdasarkan retorik dan emosi semata-mata. Fahaman
liberal ini cuba menyamaratakan golongan ulama dan bukan
ulama dalam membahaskan perkara-perkara asas Islam.
Ketiga, realiti masyarakat majmuk di Malaysia menyuburkan
lagi fahaman Islam Liberal yang mendapat dokongan
terutamanya dari masyarakat bukan Islam.
Mutakhir ini, wujudnya gerakan pemikiran liberalisasi satu
badan bukan kerajaan yang semakin berani menyebarkan fahaman
mereka dan mereka juga merupakan badan yang lebih
berpengaruh berbanding gerakan lain yang menggelarkan diri
mereka sebagai Islamic Renaissance Front (IRF) oleh kerana
faktor fahaman mereka yang menuntut kebebasan dan
kesemarataan secara halus dan dalam masa yang sama mereka
mengambil kesempatan mempromosikan ideologi mereka yang
bersadurkan ayat Quran yang dipetik di luar konteks dan
menumpang nama-nama ilmuan yang ikhlas justeru mencetuskan
pengikut-pengikut dari kalangan muda-mudi dan para ilmuan
itu sendiri yang bersetuju akan fahaman mereka. Oleh itu,
di dalam artikel ini, menyedari akan ancaman daripada IRF
(Islamic Renaissance Rront) ini, penulis memfokuskan kepada
pengaruh liberalisme dalam pentafsiran ayat al-Quran oleh
IRF (Islamic Renaissance Rront) dan penyelewengan yang
dilakukan.
LATAR BELAKANG ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF)
Islamic Renaissance Front atau IRF yang berpusat di Kuala
Lumpur merupakan satu gerakan intelektual dan pemikir yang
menyasarkan kepada pembangunan belia. Pada masa yang sama,
mereka sangat menggalakkan penganjuran wacana intelektual
Islam. Daripada penganjuran wacana-wacana sebegini, IRF
dilihat sebagai satu pertubuhan yang dapat membuka minda
supaya lebih bersikap terbuka dan dapat membebaskan
pemikiran umat Islam daripada pemikiran yang jumud dan
konservatif.
Secara rasminya, IRF telah ditubuhkan pada 12 Disember 2009
oleh Prof Dr Tariq Ramadan. Tujuan gerakan pertubuhan ini
adalah sebagai pemulihan dan pembaharuan pemikiran serta ke
arah penghayatan Islam supaya umat Islam di masa kini dapat
mendepani cabaran globalisasi semasa dengan lebih bermakna
kearah kemajuan dan kebahagiaan semua. Bagi merealisasikan
gerakan ini, IRF dilihat telah mengambil langkah besar bagi
melibatkan diri dalam perbincangan sama ada di dalam atau di
luar negara untuk menggalakkan demokrasi, kebebasan dan
keadilan sosial.2 Salah satu platform penyebaran dan
penyampaian wacana pemikiran mereka adalah melalui penulisan
artikel di dalam internet.
BIOGRAFI TOKOH ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF)2 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Projek Liberalisme : Dimensi dan Mekanisme pada tanggal 20 Disember 2014.
Seterusnya, pengenalan kepada pengasas dan pengerusi Islamic
Renaissance Front (IRF) iaitu Dr Ahmad Farouk Musa yang
merupakan ahli akademik yang menyertai Sekolah Perubatan dan
Sains Kesihatan Jeffry Cheah di Universiti Monash pada
Januari 2007. Pada tahun 2000, Dr Ahmad Farouk telah
memperolehi Ijazah Sarjana Perubatan dalam Pembedahan.
Seterusnya, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah dan
pakar bedah di Universiti Sains Malaysia sebelum sub-pakar
dalam bidang Pembedahan Kardiotorasik di Institut Jantung
Negara. Beliau telah bekerja di Jabatan Pembedahan
Kardiotorasik, Pusat Perubatan Monash, Melbourne pada tahun
2007-2008. Beliau juga secara aktif terlibat dalam kerja-
kerja penyelidikan dan telah membentangkan kertas kerja di
seluruh Asia dan Eropah. Hasil daripada pencapaian yang
cemerlang dalam penyelidikannya, beliau telah memenangi
beberapa pingat di peringkat Negara dan Antarabangsa.
Penyelidikan utama beliau adalah dalam bidang pembedahan
invasif minimum dan fibrilasi atrium. Selain itu, beliau
juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja NGO dan banyak
menyampaikan ceramah-ceramah di universiti-universiti dan
pusat pendidikan yang lain di Malaysia.
(http://www.med.monash.edu.my/staff/academic/surgery/ahmad-
farouk-musa)
Dr Farouk menubuhkan IRF pada tahun 2007 semasa bekerja di
Melbourne, Australia. Walaubagaimanapun, pertubuhan ini
dilancarkan secara rasmi dua tahun kemudian setelah beliau
pulang ke Malaysia. Sepuluh bulan selepas melancarkan IRF,
Dr Farouk telah di jangkiti penyakit meningitis dan beliau
telah di masukkan ke hospital selama enam bulan, dua bulan
beliau dalam keadaan koma.
Selain itu, beliau juga sebelum ini merupakan pengasas
penubuhan sebuah lagi NGO iaitu Muslim Professional Forum
(MPF). Beliau menubuhkan MPF ini setelah perpindahannya
daripada Universiti Sains Malaysia di Kota Baru ke Kuala
Lumpur pada tahun 2002 dan seterusnya bekerja dengan
Institut Jantung Negara (IJN). Perpindahan beliau ini
dilihat sebagai platform terbaik untuk menubuhkan MPF kerana
kemajuannya yang lebih maju kehadapan berbanding Kelantan.
Dan ia merupakan satu tempat yang sesuai untuk mengembangkan
idea dan pemikiran beliau.
Setelah berjaya menubuhkan Muslim Professional Forum (MPF),
tiga tahun kemudian, beliau telah menarik diri daripada
pertubuhan tersebut akibat tidak bersetuju dengan dengan isu
Lina Joy iaitu seorang wanita Islam yang memeluk agama
Kristian yang ingin mempertahankan agama Kristian yang
beliau anuti. Dalam kes ini, Dr Farouk dan rakan-rakannya
telah berselisih pendapat. Beliau secara kerasnya menentang
terhadap penentangan Lina Joy kerana beliau percaya
sepatutnya kita perlu ada kebebasan mengikut naluri sendiri
(freedom of conscience). Malah, beliau telah menggunakan dalil
tanpa melihat tafsiran yang sebenar dengan melihat ayat
tersebut dari segi zahirnya sahaja. Beliau menggunakan ayat
" ن� ي�� د ي� ال������� راه ف ك������� "لا ا� dengan membawa maksud “Tiada paksaan dalam
Agama” bermakna baginya kita tidak boleh memaksa orang lain
menerima agama kita, sepertimana kita tidak boleh menghalang
orang yang beragama lain meninggalkan agamanya. 3
VISI DAN MISI IRF
Berikut adalah visi dan misi yang di bawa oleh IRF:
VISIIslamic Renaissance Front (IRF) adalah sebuah organisasi
yang bertujuan untuk:
1. Menggalakkan idea-idea Islam pembaikan (Islah) dan
pembaharuan (Tajdid) untuk dunia majmu’ yang moden.
2. Menggiatkan semula kedinamikan wacana intelektual Islam
di Malaysia.
3. Menyumbang kepada penubuhan Negara yang inklusif dan
hanya di Malaysia.
3 http//www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/Malaysia-perlu-muslim-berfikir-kata-aktivis-dr-ahmad-farouk-musa
MISI
1. Menawarkan Malaysia dengan maklumat mengenai isu-isu
yang bersesuaian dengan visi IRF.
2. Menyediakan analisis dasar yang terbaik ke arah
mempromosi keamanan dan keharmonian
3. Meningkatkan pemahaman IRF terhadap simpati dan
demokratik Islam.
4. Mengekal, memupuk dan mengembangkan rangkaian IRF
seperti individu yang berfikir, entiti korporat, NGO,
kerajaan dan badan-badan lain ke arah memastikan
penyebaran analisis dan kedudukan IRF yang berkesan.
5. Meningkatkan pemahaman antara budaya dan memupuk dialog
moden di dalam dan di luar Malaysia.
BUKU TERBITAN IRF:
Berikut adalah buku Islamic Renaissance Front (IRF) yang
telah diterbitkan :
1. Risalah Al-Quran
2. Wacana Pemikiran Reformis – Jilid I
3. Wacana Pemikiran Reformis – Jilid II
Pemikiran IRF Dalam Pentafsiran Ayat Al-Quran
IRF membawa sebuah cara sudut pandang yang baru dalam
melihat Islam dengan alasan untuk membebaskan pemikiran
manusia dari keadaan jumud dan konservatif. Sudah tentulah
merupakan tuduhan yang besar kepada ulama-ulama silam
mahupun kontemporari. Sebagai rujukan, kita boleh melihat
pemikiran dan agenda IRF di laman web rasmi mereka.4
Apabila kita melihat pemesongan cara berfikir ini adalah
kerana mereka merujuk kepada pemikiran dan falsafah serta
karya ilmuwan barat itu adalah tanpa dibataskan oleh
kerangka syarak. Selain itu, pemikiran mereka juga
dipengaruhi oleh pemikir liberal dari ilmuwan Islam seperti
Qasim Amin dan Nasr Hamid Abu Zaid yang turut terpengaruh
dengan pandangan hidup dan falsafah barat yang mambawakan
pemikiran dan cara berfikir yang jelas bertentangan dengan
Islam.
IRF mencedok fahaman barat dan sesuaikan dengan Islam, ini
adalah merupakan perkara yang akan mengelirukan akidah umat
Islam sendiri. Bagaimana mereka menafsirkan dan mengeluarkan
hukum dari al-Quran sangat aneh. Jika kita melihat pandangan
IRF dalam isu feminisme, agama dan negara, pandangan hak
asasi. Intipati utama perjuangan IRF adalah menjadikan hujah
4 http://irfront.net/about/introduction/
dalam sesuatu berurusan dengan sesuatu isu adalah meletakkan
hak asasi manusia mendahului syariat Islam.
Pendekatan dan metodologi yang IRF gunakan dalam menafsirkan
sesuatu ayat al-Quran adalah lebih cenderung dengan
pendekatan Hermeneutik. Mereka bukanlah menafsirkan ayat al-
Quran secara keseluruhan, tetapi mereka banyak menulis di
dalam artikel di intenet dan ada yang sudah dibukukan yang
jelas menampakkan sisi pengaruh liberal mereka. Kaedah atau
manhaj ini sama sekali bertentangan dan bercanggah dengan
kaedah yang digunakan oleh mufassirin (ahli tafsir) dalam
menafsirkan ayat al-Quran. Kaedah inilah yang paling banyak
digunakan oleh golongan yang beraliran Islam Liberal yang
mendokong kebebasan menggunakan akal dalam menafsirkan ayat
al-Quran.
Disini penulis membawakan dua isu yang boleh
dibangkitkan untuk menjelaskan sisi- sisi pengaruh pemikiran
liberal IRF dalam menafsirkan ayat al-Quran dengan
pendekatan hermeneutik.
1. Kebebasan beragama
Dalam satu artikel yang telah ditulis oleh pengasas IRF
sendiri iaitu Dr. Ahmad Farouk Musa, berkaitan
ketidaksetujuan beliau dalam isu penentangan terhadap
kes Lina Joy yang ingin murtad kerana beliau percaya
bahawa sepatutnya ada kebebasan mengikut naluri sendiri
(freedom of conscience).
Beliau mengatakan hujah tersebut berdasarkan ayat dalam
firman Allah :
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah
jelas jalan kebenaran (Islam) dari jalan kesesatan (kufur). oleh itu,
sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada
Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui”.5
Beliau mengatakan “Tidak ada paksaan dalam agama..’ bermakna
kita tidak boleh memaksa orang lain menerima agama kita, sama seperti
kita tidak boleh menghalang orang yang beragama meninggalkan
agamanya”.6
2. Poligami
5 Al-Quran. Surah Al-Baqarah 2 : 256. 6 http://www.themalaysiainsider.com/bahasa/article/malaysia/-perlu-muslim-berfikir-kata-dr-ahmad-farouk-musa
Antara perjuangan utama mereka adalah menuntut hak
persamaan gender antara lelaki dan perempuan, seperti
mana pemikiran yang dibawa oleh golongan feminisme,
contoh yang wujud di Malaysia ialah SIS (Sisters in
Islam).
Dalam isu poligami, Dr. Ahmad Farouk Musa juga
membangkitkan kekeliruan dan kesesatan yang nyata.
Beliau berpendapat amalan poligami adalah dilarang
mengikut konteks zaman sekarang. Jelas sekali beliau
tidak bijak menafsirkan ayat al-Quran, dan berhujah
mengikut akal fikiran beliau sendiri. Berikut adalah
antara contoh tulisan beliau mengenai isu persaman
gender dan poligami dalam kehidupan rumah tangga.7
Artikel ini juga dimuatkan dalam buku ‘Wacana Pemikiran
Reformasi’ jilid 1, yang mana ia adalah antara himpunan
artikel yang ditulis oleh ahli-ahli pemikir (think
tanker) dalam IRF.
Telah berkata Dr. Ahmad Farouk Musa,
“Dengan dasar fitrah juga, setiap wanita harus dihormati. Kerana itu,
monogami adalah undang-undang perkahwinan yang asas. Dalam
poligami harus dilarang berteraskan kepentingan awam (maslahah
mursalah). Pendapat Abduh tentang hukum poligami berkait rapat
dengan pandangannya tentang kedudukan wanita dalam Islam. Beliau
percaya bahawa tidak ada melayakkan Islam untuk diangkat sebagai7 http://irfront.net/post/articles-malay/feminisme-persamaan-gender-dan-al-quran/
agama dunia yang moden selain daripada pengikhtirafannya yang tinggi
terhadap wanita. Dalam semua aspek penting, wanita adalah sama taraf
dan kedudukannya dengan lelaki. Dalam menegaskan kenyataan, ‘Abduh
memetik ayat berikut:
“Aku tidak akan melupakan usaha setiap seorang daripada kamu
berjuang (di jalanKu), baik lelaki atau wanita: setiap kamu adalah
pendukung terhadap lain.8
Beliau menafsirkan ayat ini dengan makna bahawa lelaki dan wanita
adalah setanding antara satu sama lain di hadapan Tuhan. Pentafsiran
yang sama juga dikemukan oleh Muhammad Asad dalam komentarnya
terhadap ayat tersebut.
Berdasarkan ayat surah Ali-Imran ayat yang ke 195
itu juga, Dr Ahmad Farouk menyimpulkan bahawa Allah SWT
memuliakan wanita dan lelaki secara sama rata. Maka
poligami adalah suatu penghinaan terhadap kaum wanita.9
Selain itu, terdapat artikel lain yang menyokong
kepada tuntutan reformasi atau perjuangan mereka
tersebut, ditulis oleh salah seorang intern dari IRF.10
Muhammad Nazreen Jaafar bertarikh 20 Disember 2011 ada
menyokong hujahan idea reformis dan pemikir liberal
dari kalangan intelektual Islam, iaitu Qasim Amin.
8 Al-Quran Karim. Surah Ali-Imran 3 : 195.9 http://irfront.net/post/articles-malay/feminisme-persamaan-gender-dan-al-quran/10 http://irfront.net/about-at-irf
Qasim Amin berasal Kaherah, Mesir dan mendapat
pendidikan di Perancis iaitu di Universiti Montpelliar
dan kembali semula ke Mesir pada tahun 1885. (Tengku
Intan Zarina, Mazlan Ibrahim. 2013) Beliau merupakan
seorang figura yang memperjuangkan tuntutan reformasi
politik, sosial dan pendidikan. Antara isu yang
ditentang adalah berkenaan isu poligami. Dalam sebuah
artikel yang diulas oleh Muhammad Nazreen Jaafar ada
menyebut bahawa :
“Qasim Amin menentang keras poligami atas sebab bukanlah ia
didasarkan kepada hukum agama tetapi kebiasaan terjadi adalah
penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita. Pendapat ini tertuang di
dalam buku Tahrir al-Mar’ah.
Qasim Amin mengatakan:“Tidak terbantah, poligami merupakan bentuk
penghinaan yang keras terhadap wanita, kerana anda tidak akan pernah
mendapatkan perempuan yang rela melihat wanita ikut mencintai
suaminya. Seperti hanya seorang lelaki tidak ada rela ada lelaki lain ikut
mencintai isterinya. Cinta jenis ini merupakan kudrat bagi perempuan
seperti ia juga menjadi kudrat bagi lelaki…”11
Hujah Menolak Dakwaan IRF
Sudah jelas di sini, pemikiran dan cara berfikir dikalangan
ahli IRF banyak terpengaruh dengan fahaman dan falsafah11 http://irfront.net/post/articles-malay.qasim-amin-feminis-muslim-yang-mendepani-wacana-perempuan/
barat yang jelas bertentangn dengan prinsip dan akidah Islam
kerana dalam penulisan artikel mereka banyak mengeluarkan
hujah yang merujuk kepada buku-buku dari pemikir liberal
dari intelektual barat dan Islam. Ingin ditegaskan disini,
sejarah dan keadaan di Malaysia tidak sama dengan bangsa
eropah.
Disini ada beberapa hujah yang boleh menjawab dakwaan
IRF di dalam dua isu ini dalam menafsirkan ayat al-Quran :
Kebebasan agama
Bagi isu yang pertama berkenaan dengan kebebasan agama,
merujuk kepada Jumhur Ulama mengatakan kebebasan beragama
adalah tidak mutlak dan dan seseorang itu dilarang keras
keluar dari agamanya (murtad) demi menjaga integriti agama
Islam itu sendiri.
Berdasarkan surah al-Baqarah ayat 256, “Tidak ada paksaan
dalam (memasuki) agama (Islam)”, Ibnu Kathir mengatakan janganlah
kalian memaksa seseorang memasuki agama Islam. Kerana
sesungguhnya dalil-dalil dan bukti-bukti itu sudah demikian
jelas dan terang, sehingga tidak perlu pada permaksaan
terhadap seseorang untuk memeluknya. Tetapi barangsiapa yang
diberi petunjuk oleh Allah SWT dan dilapangkan dadanya serta
diberikan cahaya bagi hati nuraninya, maka ia akan
memeluknya. Dan barangsiapa yang dibutakan hatinya oleh
Allah SWT, dikunci mati pendengaran dan pandangannya, maka
tidak akan ada manfaat baginya paksaan dan tekanan untuk
memeluk Islam. (Ibnu Kathir. 2004)
Para ulama menyebutkan bahawa sebab turun ayat ini
adalah berkenaan dengan beberapa orang kaum Ansar meskipun
hukumnya berlaku secara umum. (Ibnu Kathir. 2004).
Ibnu Jarir meriwayatkan, dari Ibnu Abbas, ia
menceritakan, ada seorang wanita yang sukar mempunyai anak,
berjanji kepada dirinya, jika anak lelakinya hidup, maka ia
akan menjadikan anaknya Yahudi. Dan ketika Bani Nadhir
diusir, dan di antara mereka terdapat anak-anak kaun Ansar,
maka mereka berkata, “Kami tidak mendakwahi anak-anak kami.”
Maka Allah SWT menurunkan ayat, “Tidak ada paksaan untuk
(memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan kebenaran (Islam)
dari jalan kesesatan (kufur).” Dalam hadith yang diriwayatkan Imam
Nasa’ie secara keseluruhan. Juga diriwayatkan Ibnu Abi Hatim
dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya. (Ibnu Kathir. 2004).
Ulama yang lainnya mengatakan : “ Ayat tersebut telah
dinasakh (dihapus) dengan ayat qital (perang), dan
bahawasanya kita diwajibkan mengajak seluruh umat manusia
memeluk agama yang lurus, iaitu Islam. Jika ada salah
seorang menolak memeluknya dan tidak mahu tunduk kepadanya,
atau tidak mahu membayar jizyah, maka ia harus dbunuh. Dan
inilah makna pemaksaan.” (Ibnu Kathir. 2004).
"Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) Yang sangat kuat
gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam
(secara damai)”.12
Kemudian Syed Qutb dalam kitabnya mengatakan pula,
“dalam dasar ini ternyata bagaimana Allah SWT memuliakan
manusia dan menghormati kemahuannya, fikirannya dan
perasaannya. Allah SWT menyerahkan kepada mereka kebebasan
membuat keputusan terhadap perkara aqidah yang menentukan
hidayah dan kesesatan dan menyerahkan kepadanya
tanggungjawab amalan-amalannyadan hisab dirinya.”
Syed Qutb melanjutkan lagi, “ inilah ciri kebebasan
manusia yang paling utama, iaitu kebebasan yang sedang
ditindas di abad dua puluh ini oleh berbagai-bagai aliran
pemikiran atau isme-isme yang sewenang-wenangnya dan sistem-
sistem hidup yang menghinakan manusia.” (Syed Qutb. 2000)
Ini menunjukkan anjuran kebebasan agama adalah pengaruh
pemikiran daripada barat dan fahaman-fahaman yang mereka
12 Al-Quran. Surah Al-Fath 29 : 16
agungkan. Serangan pemikiran yang mereka lancarkan amatlah
bahaya jika kita tidak bentengi dengan ilmu yang secukupnya.
Dr Farouk mengatakan juga,”kita tidak boleh menghalang orang yang
beragama meninggalkan agamanya.” Ini bererti umat Islam ada
kebebasan untuk keluar dari agama Islam dan meninggalkan
segala perintah daripada Allah SWT. Hukum keluar dari agama
Islam (murtad) adalah haram dan berdosa besar.
Daripada Ibnu Abbas R.A. berkata, bersabda Rasulullah
SAW: “Barangsiapa yang menukar agamanya (Islam) , hendaklah
dia dibunuh”.
Kesimpulannya, konsep kebebasan agama dalam Islam telah
termaktub di dalam ayat al-Quran seperti di dalam surah al-
Baqarah ayat 256.
Poligami
IRF jelas berpendapat amalan poligami adalah dilarang kerana
ia adalah satu penghinaan terhadap kaum wanita.
Kelihatan Dr. Farouk menggunakan dalil ayat 195 dalam
surah al-Imran sebagai hujah untuk menolak amalan poligami
kerana beliau berpendapat dalam ayat ini Allah SWT
memuliakan wanita dan lelaki secara sama rata.
Sebenarnya, beliau telah salah memberi tafsiran
terhadap ayat ini. Menurut pendapat para mufassirin, antaranya
Ibnu Kathir dalam kitabnya, telah menyatakan Allah SWT
berfirman : ﴾ .. اب� ج� ت� اس�������������� هم ف� ب)� هم ر Maka “﴿ ل� mereka
memperkenankan permohonannya.” Maksudnya, maka Tuhan mereka
mengabulkan mereka. Sebagaimana yang diungkap sorang penyair
:
ب� ي� اك�2 م�ج� د ذ ه ع�ن ب� ج� لم ي��ست9 داء ف� لى ال�ن ب� ا� ي� ج� ا م�ن� ي�� *وذاع ذع�ا: ي��
Seorang hamba berseru; “Wahai Tuhan yang mendengar
seruan.” Maka pada saat itu tidak ada seorang pun dapat
menjawabnya.
Sa’id bin Manshur berkata, telah menceritakan kepada
kami Sufyan, dari ‘Amr bin Dinar, dari Salamah, seorang dari
keluarga Ummu Salamah, ia mengatakan, Ummu Salamah pernah
berkata: “Ya Rasulullah, kami tidak mendengar Allah SWT
menyebut kaum wanita sedikit pun dalam hijrah.” Maka Allah
SWT menurunkan ayat,
ي﴿ Jث ن) Mو ا Mر ا ك������� ن� ذ م م� ك ن ل م� ام������� ل ع� م������ ع ع� ي� ض������� Mى� لا ا ن� Mهم ا ب)� هم ر اب� ل� ج� ت� اس������� ف�… ﴾
Kaum Ansar berkata: “ Ummu Salamah adalah wanita yangpertama kali datang kepada kami.”13
13 Al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala Sahihain. Bab Surah ali Imran.
Hadith ini juga diriwayatkan al-Hakim dari Sufyan bin
‘Uyainah. Ia (al-Hakim) mengatakan, hadith ini shahih sesuai
dengan syarat al-Bukhari, tetapi al-Bukhari, dan Muslim
sendiri tidak mengeluarkannya. (Ibnu Kathir 2003)
﴾ Yث ن� Mو ا Mر ا ك� ن� ذ م م� ك ن ل م� ام� مل ع� ع ع� ي� ض� Mى� لا ا ن� Mا ﴿…
Kemudian ayat diatas , Ibnu Kathir menafsirkan , “Penggalan
ayat ini merupakan penafsiran dari pengabulan doa. Dengan
kata lain Allah SWT, memberitahukan kepada mereka bahawa
Allah SWT tidak akan menyia-nyiakan amal seorang dari
kalian, bahkan Allah SWT akan memberikan balasan kepada
setiap orang dari kalian dengan sempurna sesuai dengan amal
perbuatannya, baik lelaki atau perempuan.” (Ibnu Kathir
2003)
Jelas sekali Dr. Farouk salah menafsirkan ayat ini
apabila mengaitkannya dengan larangan amalan poligami kerana
tiada kaitan langsung dengan ayat ini. Ini melihatkan
penyelewengan penafsiran ayat al-Quran oleh beliau.
Poligami menurut Islam
Hukum asal poligami adalah harus. Hal ini dalam firman Allah
SWT :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-
perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka
berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-
isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang
demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman”.14
Ayat diatas menjadi sumber rujukan dan panduan para ulama
dalam menetapkan keharusan amalam poligami dalam Islam.
Islam menetapkan bilangan wanita yang boleh dikahwini oleh
seorang lelaki sehingga empat orang sahaja, dan diharamkan
bagi seorang lelaki mengahwini lebih daripada itu. (Sayyid
Sabiq 2008)
Ini dikuatkan lagi dengan hadith :
14 Al-Quran. Surah an-Nisa’ 4 : 3
“Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepada Ghailan Bin Umayyah
ath-Thaqafi dimana ketika memeluk Islam, dia mempunyai
sepuluh orang isteri. Melihat itu, beliau bersabda
kepadanya: ‘Pilihlah empat orang sahaja antara mereka, dan
ceraikanlah yang lain”.15
Dalam kitab Abu Daud dari al-Harith Bin Qais, dia
berkata:
ك2 ل��� لث� ذ ق� ه وس�لم، ف� ي� ص�لي ال�له ع�لب� ث� ب� ال�ن ي� ن)� Mا ، ف� سوه� مان� ي� Yدي� ث� س�لمب� وع�ن Mاعا. رب)� Mهن� ا ت�ر م�ن ال: اخ ق� له، ف�
“ Ketika memeluk agama Islam, aku memiliki lapan orang
isteri, lalu aku menceritakan perkara itu kepada Nabi SAW.
Mendengar itu, beliau bersabda : ‘Pilihlah empat orang
sahaja antara mereka”.’16
Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menjadikan riwayat
ini penguat riwayat-riwayat sebelumnya. Jadi riwayat sahabat
beristeri lebih dari empat lalu Nabi SAW memerintahkan untuk
15 Riwayat at-Tirmizi. Sunan Tirmizi. Kitab an-Nikah. Bab Ma Ja’a fi ar-Rajul Yuslim wa ‘Indahu ’Asyru Niswah (Bab : Suami Masuk Islam Memiliki dan Memiliki Sepuluh Orang). 16 Diriwayatkan Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah.
memilih empat sahaja dan menceraikan selebihnya adalah
riwayat yang boleh dijadikan hujjah dalam pembahasan hukum
Syarak sehingga memberi batasan jumlah maksimum empat. (Ibnu
Kathir 2003)
Maksud keadilan yang sebenar
Namun keharusan ini mestilah didasari oleh syarat yang
membolehkan amalan poligami dipraktikkan iaitu dengan
keadilan. Dalam firman Allah SWT :
ل ���� من� ل ال� وا ك����� ل���� من� لا ث�� م ف� ت� رض����� و ح� اء ول����� س���� ن� ال�ن ي� وا ب�� دل� ع���� ن� ب�� Mعوا ا ي� ط ت� س���� ولن� ي��ه�� ق� معل ال� ا ك� روه� د� ت� ف�
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di
antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh
(hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu
sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain terkatung-
katung…”17
Kesimpulannya, asas pengamalan poligami adalah terletak
kepada kemampuan unruk si suami untuk berlaku adil dari segi
nafkah zahir dan batin beserta menyediakan tempat tinggal
dan bukan mudah untuk dilaksanakan jika tidak mampu kerana
takut berlaku penganiayaan terhadap isteri. Menurut Dr.
17Al-Quran. Surah an-Nisa’ 4:129.
Muhammad al-Bahi yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh
(Fathurrahman 1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang
wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh
menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami
hanya merupakan perkara harus dan satu (keringanan) dalam
keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang
digunakan di dalam diatas didalam surah an-Nisa ayat 3
berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib
dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia bukanlah membawa kepada
makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh
membawa kepada tegahan dan haram hukumnya jika suami yang
berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan
penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.
PENUTUP
Di era globalisasi ini, seiring dengan kemajuan yang di
lalui Malaysia, dakwah islam semakin hari semakin tercabar
dengan penularan pihak berfahaman liberalisme yang sudah
hilang kepercayaannya terhadap Islam. Mereka yang menuntut
kebebasan dan kesamarataan agama dan menganggap syariat yang
Islam telah gariskan adalah satu pemikiran yang jumud dan
dilihat sebagai pemikiran ortodoks. Justeru, perubahan perlu
dilakukan selari dengan kemajuan globalisasi.
IRF atau Islamic Renaissance Front dilihat membawa sebuah
cara sudut pandang yang baru dan lebih fleksible dalam melihat
Islam. Dengan pembaharuan yang dibawa ia dilihat dapat
membebaskan pemikiran manusia mengikut peredaran semasa dan
dapat membentuk sebuah negara yang lebih inklusif yang hanya
di Malaysia. Berdasarkan pemikiran dan pandangan mereka ini,
kita dapat lihat bahawa ia merupakan tuduhan yang besar
kepada ulama-ulama silam mahupun kontemporari yang mengikut
syariat Islam sebagai landasan utama dalam melahirkan Islam
yang syumul. Sebagai rujukan, kita boleh lihat agenda dan
metodologi yang di bawa oleh mereka di dalam buku-buku
terbitan IRF dan di laman web rasmi mereka.
Daripada dapatan kajian ini, kami dapati sisi pandang
pemesongan cara berfikir oleh IRF adalah di sebabkan mereka
menjadikan pemikiran, falsafah serta karya ilmuan barat
sebagai rujukan utama mereka tanpa di kawal oleh kerangka
syara’ yang telah di tentukan oleh Allah. Hasil daripada
penulisan-penulisan yang dibuat oleh mereka, cara mereka
berfikir melalui hujahan-hujahan mereka kebanyakkannya
mengunakan hujahan pemikir barat seperti John Locke,
Immanuel Kant, John hick dan lain-lain yang mana pemikir-
pemikir ini sememangnya terang-terangan dilihat sebagai
pemikir yang liberal.
Di dalam penulisan artikel atau mengeluarkan hujahan, ahli-
ahli IRF dilihat banyak merujuk kepada pemikir liberal dari
ilmuan islam sendiri. Jadi, bagaimana mungkin pemikir
liberal ini yang dilihat menolak agama diambil hujahannya?
Ini yang berlaku kepada IRF yang mana mereka telah mengambil
fahaman barat dalam suatu perkara dan disesuaikan dengan
Islam. Tindakan ini sewajarnya tidak boleh dipandang ringan
ini kerana kekeliruan akan berlaku kepada masyarakat umum
khususnya. Perlu difahami bahawa terdapat perbezaan
diantara menggunakan dalil daripada Al-Quran dan Al-sunnah
yang berpegang teguh dengan akidah Islam dengan menggunakan
dalil daripada Al-Quran dan Al-sunnah yang berdiri dengan
fahaman liberal. Kedua-dua ini wujudnya perbezaan yang
besar.
Sebagai ahli pemikir yang bijak, kita sepatutnya melihat
Allah menetapkan syariat Islam yang utama adalah bagi
menjaga kemaslahatan manusia itu sendiri dari ditimpa bala
dan kerosakan. Dan ini adalah jaminan yang Allah telah
tetapkan. Justeru, sikap izzah kepada agama adalah amat
penting bagi membentuk jati diri seseorang.
Rujukan
Muhammad Rumaizuddin Ghazali. 2012. Yusuf Al-Qaradawi dan
Pengaruhnya dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Bandar Baru Nilai,
Penerbit USIM.
Marzuki Mohamad. 2009. Islam Liberal, Isu dan Cabaran. Editor –
Abdul Karim Ali dan Mohamad Roslan Mohd Nor. Petaling Jaya.
Persatuan Ulama Malaysia.
Ibnu Kathir. 2004. Tafsir Ibnu Kathir. Lubaabut Tafsir Min Ibnii Kathir.
Terj. Abdul Ghaffar. Bogor.Pustaka Imam asy-Syafi’i.
Syed Qutb. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Terj. Yusoff Zaky Haji
Yacob. Kota Bharu. Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
As-Sayyid Sabiq. 2008. Fiqh Sunnah. Jil. 4. Terj. Nor
Hasanuddin & Aisyah Saipuddin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publications.
Al-Hakim. Al-Hakim al-Naisaburi. 405 H. Al-Mustadrak ‘ala
Sahihain. Beirut: Dar al-Kutub Al-‘Ilmiah.
top related